• Tidak ada hasil yang ditemukan

2.5 Penerapana Nilai Islam Dalam Pengajaran dan pembelajaran

2.5.2 Pengajaran dan Pembelajaran IPA Biologi dengan Pendekatan

Menerapkan Nilai Islam

Pengajaran dan pembelajaran IPA yang diajarkan di sekolah menengah dapat memberikan tumpuan ke atas aspek kemahiran, rasa ingin tahu yang kuat dalam penyiasatan saintifik dan teknologi. IPA dalam mengkaji fenomena semula jadi menggunakan proses dan sikap saintifik melalui pemerhatian, pengulangan eksperimen, dan analisis sikap saintifik berlaku secara objektif dan adil dalam mengumpul data yang akan diperolehi. Seterusnya bahagian aplikasi IPA terdiri daripada tiga komponen, iaitu sikap, proses dan produk saintifik yang bermakna kepada pelajar. Akan tetapi, Biologi sebagai satu daripada cawangan tumpuan sains semulajadi membincangkan mengenai isu-isu lingkungan yang berhubung kait dengan alam semulajadi melalui proses dan sikap saintifik pelajar (Collins, 1992; Sumarno, 2004; Berns, 2006).

Kurikulum Indonesia menyenaraikan Ilmu Pengetahuan Alam (IPA) yang diajarkan di peringkat sekolah menengah di Indonesia terbahagi kepada tiga iaitu Biologi, Fizik dan Kimia. Oleh itu, Biologi di sekolah menengah pertama dan dikenali sebagai IPA Biologi (Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia, 2014).

bertujuan agar pelajar memahami sepenuhnya konsep dan penerapannya dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi. Selain itu, pembelajaran IPA Biologi juga melatih pelajar untuk menghargai kekuasaan Tuhan dan mengetahui pentingnya kandungan mengajar yang diajarkan oleh guru kepada pelajar.

IPA Biologi yang diajarkan kepada pelajar peringkat sekolah menengah berorientasikan pada konsep asas pengetahuan, kecekapan dan sikap ilmiah pelajar. Pengajaran dan pembelajaran IPA Biologi lebih memberikan tumpuan kepada kemahiran proses pelajar dalam mencari fakta, membina konsep, teori dan sikap saintifik, boleh menjadi pengaruh yang positif ke atas kualiti dan produk pendidikan. Dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru sepatutnya membangunkan strategi pembelajaran yang boleh melibatkan pelajar secara aktif, iaitu aktiviti pelajar untuk mencari dan melaksanakan idea mereka yang pelbagai. Kecekapan guru dalam memberikan penyeliaan dan semangat kepada pelajar menjadi strategi penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Badan Standard Nasional Pendidikan, 2006).

Matlamat pengajaran dan pembelajaran IPA Biologi peringkat sekolah menengah di Indonesia adalah untuk (i) memupuk keyakinan terhadap kebesaran Allah SWT, berdasarkan kebenaran, keindahan dan perintah Allah, (ii) memberi pemahaman tentang pelbagai fenomena semula jadi, prinsip dan konsep sains semula jadi, serta kaitannya dengan alam sekitar dan masyarakat, (iii) memberikan pengalaman dalam perancangan kepada pelajar dalam menjalankan kerja-kerja saintifik untuk mewujudkan sikap saintifik, (iv) meningkatkan kesedaran untuk memelihara dan menjaga alam sekitar dan sumber asli, (v) menyediakan pengetahuan asas yang

mencukupi untuk meneruskan pendidikan pelajar daripada peringkat seterusnya (BSNP, 2006; Daud Pakeh, 2015).

Kurikulum Integratif (KI) dengan penerapan nilai Islam dalam pengajaran dan pembelajaran IPA Biologi dilaksanakan dengan cara menyepadukan nilai-nilai syariat Islam dalam pengajaran dan pembelajaran IPA Biologi. Nilai-nilai syariat Islam yang disepadukan tidak hanya berupa konsep atau pengetahuan, akan tetapi juga melalui tatacara berbincang dalam kumpulan, berhubung kait dengan persekitaran pelajar. Kurikulum IPA Indonesia untuk Darjah Sembilan sekolah menengah menyenaraikan kecekapan inti dan kecekapan asas berkenaan dengan Biologi, Fizik dan Kimia (Lampiran Permendikbud, 2013). Kecekapan asas IPA Biologi darjah sembilan berkenaan dengan Pembiakan pada manusia, kelainan dan penyakit pada sistem pembiakan, dan impak buruk pergaulan lelaki dengan wanita dalam masyarakat Islam (Faruqi, 2010).

Pengajaran dan pembelajaran IPA Biologi dengan menggunakan pendekatan KI dengan penerapan nilai Islam merupakan sebahagian daripada usaha menyepadukan ilmu qauli dan qauni menjadi satu kesatuan dalam pengajaran dan pembelajaran. Kandungan mengajar IPA Biologi dihubung kaitkan dengan ajaran Islam (Azra, 2000). Hal ini boleh dilakukan kerana ajaran agama Islam sangat luas dan komprehensif serta saling terkait satu dengan yang lainnya. Oleh itu, pandangan Islam dapat digunakan untuk mempersiapkan pelajar menjadi manusia yang mempunyai kesedaran, kemampuan dan tanggung jawab untuk memakmurkan kehidupan dalam pedoman hidup yang aman, damai dan sejahtera (Sukro Muhab, 2014; JSIT, 2014).

Pengajaran dan pembelajaran pembiakan dengan pendekatan KI dengan penerapan nilai Islam dilaksanakan guru dengan mengajukan masalah tentang makna daripada Surah an-Nisa Ayat 1. Makna daripada Surah an-Nisa Ayat 1 dapat digunakan guru untuk merangsang pelajar berfikir tentang hubungan kait daripada seorang suami dan isterinya telah diatur dengan baik oleh Allah SWT. Guru sebagai pemudah cara-cara bagi pelajar dapat menunjukkan bahawa dalam Islam sudah diatur tentang perkara pembiakan. Pelajar dijangkakan belajar kandungan pembiakan sebagai perkara yang harus difahami dan dilaksanakan dalam kehidupan seharian berdasarkan perintah Allah. Guru dapat menjelaskan bahawa pembiakan merupakan perkara penting menurut Islam dan merupakan bahagian daripada ibadah kepada Allah (Saminan, 2013; Jaringan Sekolah Islam Terpadu, 2014).

Guru dan pelajar juga dapat membincangkan makna daripada Surah al-Fathir Ayat 11, Surah al-Mu’minun Ayat 12, 13 dan 14 serta Surah an-Nur Ayat 31. Guru dapat membuat hubung kait kelima-lima ayat tersebut dengan kandungan Pembiakan. Surah al-Mu’minun Ayat 12 dan 13 menjelaskan tentang mula daripada konsep pembiakan menurut Islam. Guru dapat menjelaskan makna daripada Ayat 13 dan 14 dalam kehidupan sebenar. Makna daripada Ayat 13 dan 14 dijangkakan dapat membina persepsi baik dalam diri pelajar mengenai pentingnya pembiakan dan proses pembiakan.

Perbincangan daripada makna Surah an-Nisa Ayat 1, Surah al-Fathir Ayat 11, Surah al-Mu’minun Ayat 12 dan 13 serta Surah an-Nur Ayat 31 memudahkan guru merangsang pelajar untuk memahami kandungan mengajar Pembiakan berdasarkan

persepektif Islam. Pelajar dijangkakan terangsang memahami kandungan tersebut kerana Islam memandang penting perkara pembiakan.

Guru dapat membuat permasalahan kontekstual berkenaan dengan pembiakan dan meminta pelajar menyelesaikan permasalahan tersebut berasaskan makna surah-surah Al-Qur’an yang mempunyai hubung kait. Permasalahan kontekstual yang dapat dibuat guru berkenaan dengan kandungan pembiakan misalnya pentingnya menjaga kebersihan alat pembiakan pada perempuan kerana berfungsi untuk meneruskan keturunan. Surah al-Mu’minun Ayat 13 menjelaskan bahawa pembiakan berlaku dalam rahim wanita yang dipandang sebagai tempat yang kukuh. Pelajar perlu dirangsang untuk mengidentifikasikan ciri daripada rahim yang kukuh. Pelajar juga dapat dirangsang untuk mengidentifikasikan cara menjaga alat kelamin yang baik. Di samping itu, dapat dibuat hubung kait alat pembiakan pada perempuan dengan bersuci sebagai syarat melakukan ibadah salat. Pelajar dirangsang mencari maklumat berkenaan dengan hubung kait kebersihan dan kesihatan alat pembiakan pada perempuan dengan syarat shah shalat dan ibadah lainnya serta usaha apa yang dapat dilakukan untuk memenuhi syarat tersebut (Faruqi, 2010; Jalaluddin, 2013).

Dengan membuat hubung kait permasalahan pembiakan dengan nilai Islam, pelajar memahami kandungan pembiakan tidak sahaja daripada aspek pengetahuan akan tetapi juga daripada aspek kemahiran dan sikap/kepercayaan. Ketiga aspek ini dapat dibina berasaskan daripada nilai-nilai Agama Islam yang berasaskan nilai-nilai Al-Qur’an dan hadith. Hal ini menunjukkan pelajar belajar tentang kandungan pembiakan selaras dengan pemikiran Agama Islam dan dijangkakan kefahaman

berkenaan dengan pembiakan akan digunakannya dalam kehidupan sebenar sebagai bahagian daripada beribadah kepada Allah (Faruqi, 2010; Saminan Ismail, 2013).

Kajian Lawson (1998) menunjukkan bahawa penggunaan peta konsep bagi pembelajaran biologi tentang tajuk pemilihan alam mendapatkan pelajar salah memberi makna konsep berterusan hidup. Guru mesti mampu membahagikan pengetahuan asas kepada pelajar mengenai bahan pembelajaran pemilihan alam dengan jaringan hidup serta asal usul manusia. Dalam teori pemilihan alam telah dibantah oleh banyak pakar berkenaan dengan bukti fosil yang palsu atau tidak tepat. Kesalahan konsep ini dapat dihuraikan secara baik oleh guru dengan cara pendekatan Islami bahawa manusia, haiwan, dan tumbuhan itu ciptaaan Allah SWT (Mohd Isha Awang & Ibrahim, 2013; Ulil Amri, 2012).