berbagai-bagai gaya atau individu boleh dibandingkan. Melalui grafik komputer atau tangkapan
pergerakan, simulasi boleh dibandingkan dengan perenang sebenar. Sedangkan ini
menghapuskan banyak keraguan, tekaan masih diperlukan untuk mencipta gaya-gaya yang baru. Merumuskan sebuah buku panduan untuk perenang masih merupakan suatu cabaran kepada para jurulatih renang, dan rasa air masih diperlukan untuk menutup gelung kawalan supaya gaya-gaya renang tidak kemudian menyimpang.Renang pertandingan
Temasya sukan renang di Universiti Negeri Ohio.
Tujuan renang pertandingan adalah untuk berenang dengan paling cepat bagi sesuatu jarak yang diberikan. Renang pertandingan menjadi popular pada
abad ke-19 dan kini terdiri
daripada 34 buah acara, iaitu 17 buah acara bagi setiap jantina. Renang juga merupakan acara yang popular dalamSukan Olimpik Musim Panas, dengan setiap jantina ahli olahraga masing-
masing bertanding dalam 13 buah acara yang diiktirfaf. Acara-acara Sukan Olimpik diadakan di dalam kolam yang 50 meter panjangnya. Badan pentadbiran antarabangsa renang pertandingan ialah FINA (Fédération Internationale de Natation), iaitu Persekutuan Renang Antarabangsa.Keempat-empat gaya pertandingan dalam Sukan Olimpik ialah
gaya kuak kupu-kupu,
gaya kuak lentang, gaya kuak dada, dan gaya bebas (gaya rangkap depan). Gaya-gaya itu boleh
direnang secara perseorangan atau bersama-sama dalam lumba rampai. Urutan lumba rampai ialah: 1) gaya rama-rama, 2) gaya lentang, 3) gaya dada, dan 4) gaya bebas. Terdapat dua jenis lumba berganti-ganti: lumba rampai dan gaya bebas. Urutan lumba rampai ialah: 1) gaya kuak lentang, 2) gaya kuak dada, 3) gaya kuak kupu-kupu, dan 4) gaya bebas. Setiap empat perenang dalam renang lumba berganti-ganti berenang pada jarak yang tertentu, bergantung kepada jarak keseluruhan lumba berganti-ganti. Ketiga-tiga jarak lumba berganti-ganti ialah 200meter atau
ela, 400 meter atau ela, dan 800 meter atau ela (yang terakhir ini hanya direnang dengan
menggunakan gaya bebas). Untuk kolam 50 meter, setiap perenang dalam lumba berganti-ganti berenang dari hujung ke hujung kolam renang bagi lumba 200 meter, dua jarak hujung ke hujung kolam renang bagi lumba 400 meter, dan empat jarak bagi lumba 800 meter. Bagi kolam 25 meter atau ela, setiap perenang dalam lumba berganti-ganti berenang dua jarak bagi lumba 200 meter, empat jarak bagi lumba 400 meter, dan lapan jarak bagi lumba 800 meter. Banyak kolam pertandingan yang bersaiz penuh diAmerika Syarikat adalah 50 meter panjangnya dan 25 ela
lebarnya. Ini membenarkan kedua-dua lumba jarak pendek (kolam 25 m atau 25 ela) dan lumba jarak panjang (kolam 50 m) diadakan.Terdapat beberapa jenis pengadil:
• pemula yang memulakan perlumbaan;
• para pengadil pemusingan yang memastikan bahawa pemusingan perenang adalah
menetapi peraturan
• para pengadil renang yang memeriksa gaya renang peserta,
• para penjaga waktu yang menentukan masa yang diambil oleh para peserta; dan
• ketua pengadil (bahasa Inggeris: umpire) yang memastikan bahawa segala aspek
perlumbaan dikendalikan dengan lancar.
Jika seseorang pegawai menangkap sesiapa antara peserta-peserta yang melanggar peraturan gaya renang, peserta itu akan disingkirkan dan renangnya dianggap tidak sah.
Komuniti-komuniti Amerika Syarikat dan United Kingdom menaja liga-liga renang pertandingan yang terdiri daripada pasukan-pasukan renang kanak-kanak dan remaja. Liga-liga ini sebahagian besarnya menepati peraturan-peraturan renang yang diiktiraf dan berenang dengan gaya piawai, tetapi pada jarak yang lebih pendek, sebagai acara-acara dalam temasya sukan renang. Liga-liga itu yang biasanya bergiat pada bulan-bulan yang lebih panas tidak dikaitkan secara langsung dengan sebarang pertubuhan renang negara atau dunia. Bagaimanapun, perenang-perenang yang memulakan pengalaman renang pertandingan mereka dalam pasukan-pasukan renang tempatan tersebut kekadangnya akan menyertai pasukan peringkat negara.
Lihat juga Senarai perenang Renang rekreasi
Dua buah dok renang.
Tujuan renang yang paling umum adalah sebagai rekreasi. Renang rekreasi dianggap oleh banyak orang sebagai cara melegakan diri serta senaman penuh badan yang baik. Banyak
gaya
renang adalah sesuai untuk renang rekreasi; kebanyakan perenang rekreasi lebih menyukai gaya
yang mengekalkan kepala mereka di atas permukaan air, dengan pemulihan lengan di bawah air. Gaya dada, gaya sisi, dan 'gaya anjing mengayuh' merupakan gaya yang paling biasa digunakan dalam renang rekreasi, tetapi pemulihan lengan di luar air dalam gaya bebas atau gaya rama-rama membekalkan kelebihan yang diberikan oleh perbezaan rintangan antara udara dengan air.Gaya rama-rama yang terdiri daripada pemulihan di luar air, dengan simetri pergerakan badan yang sama rata, adalah paling sesuai untuk renang di dalam air yang bergelora. Umpamanya, dalam suatu contoh renang ketahanan yang mencipta rekod,
Vicki Keith
menyeberangi Tasik Ontario yang bergelora dengan menggunakan gaya rama-rama. Kebanyakan renang rekreasi diadakan di dalam kolam-kolam renang yang tenang airnya. Oleh itu, gaya bebas yang tidak begitu berkesan di dalam air bergelora adalah sesuai. Selain daripada kolam renang, tempat-tempat untuk renang rekreasi termasuk pantai, tasik, lubang renang, sungai, anak sungaikecil, dan kekadangnya terusan.
Renang sebagai pekerjaan
Sebilangan pekerjaan memerlukan pekerjanya berupaya berenang. Umpamanya,
juruselam abalone dan mutiara berenang dan menyelam untuk mencari rezeki, sebagaimana
dengan pelembing ikan.Renang digunakan untuk menyelamatkan perenang-perenang lain yang cemas. Terdapat sebilangan gaya renang yang khusus bagi tujuan penyelamatan (sila lihat
Senarai gaya renang).
Teknik-teknik itu dibelajar oleh paraanggota penyelamat dan pengawal pinggir laut. Latihan
teknik-teknik itu juga telah berkembang menjadi pertandingan-pertandingan seperti menyelamatnyawa buih ombak.
Renang telah dipergunakan dalam bidang
biologi laut untuk mencerap tumbuh-
tumbuhan dan haiwan-haiwan di dalam habitat semula jadi. Bidang-bidang sains yang lain juga
menggunakan renang, umpamanyaKonrad Lorenz berenang bersama-sama
angsa sebagai
sebahagian kajiannya tentang tingkah laku haiwan.Renang juga dipergunakan untuk tujuan