• Tidak ada hasil yang ditemukan

ASPEK-ASPEK POSITIF YANG BOLEH DIJADIKAN PANDUAN

Dalam dokumen ros (Halaman 80-84)

PROGRAM KELAB DAN PERSATUAN TAHUN 2009

6.1 ASPEK-ASPEK POSITIF YANG BOLEH DIJADIKAN PANDUAN

Sepanjang tempoh dua minggu berada di sekolah, terdapat pelbagai aspek yang dapat diperhatikan. Ia samada untuk dijadikan panduan atau mungkin untuk difikirkan cara penyelesaian yang mungkin perlu dilakukan.

Salah satu aspek positif di sekolah yang boleh dijadikan panduan oleh guru pelatih adalah melihat pelajar-pelajar mempunyai budaya sekolah mereka sendiri iaitu budaya akan memberi salam kepada guru dan juga kepada orang yang lebih tua daripada mereka. Sifat positif pelajar-pelajar SMK yang boleh dijadikan panduan lagi ialah, mereka ada sifat beratur atau berbaris terlebih dahulu setiap waktu pagi sebelum memulakan pelajaran dan sewaktu pertukaran kelas. Begitu juga halnya jika pelajar-pelajar ini ingin membeli makanan di kantin sekolah.

Budaya membaca dan mengaminkan doa juga merupakan salah satu budaya sekolah yang murni. Doa dibaca selepas loceng pagi berbunyi iaitu sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran bermula. Doa dibaca sekali lagi apabila tamatnya sesi pengajaran dan pembelajaran iaitu sebelum pelajar-pelajar pulang ke rumah masing-masing. Doa akan dibaca oleh pengawas yang bertugas pada setiap hari.

Aspek positif yang lain adalah peranan guru yang tersendiri untuk mengalakkan pembacaan. Di sini, guru menggunakan bakat kesenian yang ada menghias ruangan kosong menjadi satu tempat yang bermanfaat untuk pelajar-pelajar. Usaha pengekalan keceriaan kemudian diserahkan kepada pelajar-pelajar sendiri di bawah pemantauan guru yang terlibat. Secara tidak langsung, ruangan menunggu tidak lagi dibiarkan kosong dan tidak terurus, sebaliknya diisi dengan rak yang tersusun dengan buku-buku yang berguna.

6.2 Aspek-Aspek Yang Boleh Diperbaiki

Daripada pemerhatian yang dilakukan selama 10 hari di Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 18 (SMKJ18), saya dapati terdapat beberapa aspek yang perlu diperbaiki. Antaranya ialah dari segi penyusunan bilik-bilik di sekolah ini. Daripada pemerhatian yang dilakukan terdapat perletakan kelas yang tidak bersesuian dengan kehendak pelajar dan mengurangkan keselesaan guru yang mengajar.

Selain itu, dari aspek keceriaan sekolah saya dapati masih terdapat kekurangan dari aspek menceriakan dinding blok bangunan, malah kebanyakkan dinding masih kosong tanpa sebarang corak. Keadaan ini menyebabkan suasana persekitaran kurang ceria dan menarik. Manakala dalam bilik darjah pula, aspek keceriaan masih kurang dititikberatkan, kebanyakkan bilik darjah masih lagi tidak menarik dan kosong tanpa sebarang aspek keceriaan.

Masalah disiplin dikalangan para pelajar yang agak ketara ialah gejala ponteng dan merokok. Saya agak terkejut apabila mengetahui para pelajar suka ponteng kelas di perpustakaan. Perpustakaan sebgaai tempat untuk mendapatkan buku-buku dan menambahkan maklumat tetapi berlaku penyalahgunaan.

Sekolah tidak menitikkan kebersihan terutama di dalam tandas. Kebanyakan tandas rosak dan tidak dapat digunakan oleh pelajar-pelajar yang terlalu ramai. Ini menyukarkan lagi keselesaan pelajar untuk belajar. Ini akan membantutkan proses P&P.

6.3Aspek-Aspek Yang Menarik Perhatian

Terdapat banyak aspek yang menarik perhatian saya seperti, kemudahan infrastrukur yang lengkap dan canggih. Walaupun SMKJ18 merupakan sebuah sekolah yang terletak di luar bandar namun, segala kemudahan di sekolah ini adalah lengkap. Bagi memudahkan pelajar mencari maklumat, kerajaan telah membina makmal komputer yang dilengkapi dengan kemudahan rangkaian internet. Di samping mencari maklumat, pelajar yang tidak mahir menggunakan komputer boleh mempelajari komputer di sekolah.

Dengan bertambahannya dua blok bangunan baru penyusunan dan pembahagian kelas boleh dilakukan dengan lebih sempurna. Selain itu, terdapat kemudahan infrastruktur yang lain seperti bilik Astro, makmal sains, bilik kemahiran hidup, taman bacaan, dewan, padang dan gelanggang yang lengkap untuk kemudahan pelajar. Kebanyakan blok akademik di cat dengan yang baru untuk meningkatkan lagi kecerian kelas dengan warna yang bersesuaian dengan proses pembelajaran yang akan memberikan kesan yang baik kepada para pelajar.

Selain itu, aspek pelaksaan kerohanian juga menarik minat saya di sekolah ini. Hal ini kerana, sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran para pelajar akan membaca doa dan aktiviti ini dilakukan pada setiap hari persekolahan. Begitu juga pada waktu tamat proses P&P. Pelajar-pelajar dilatih membaca doa sebaik sahaja sebelum dan selepas melakukan sesuatu perkara untuk mengharapkan keredhaan Allah. Selain itu, sembahyang hajat khas juga dilakukan pada setiap tahun. Kebiasaannya, solat hajat ini dilakukan pada dua bulan terakhir sebelum menjelang peperikaan. Sembahyang hajat ini diserikan lagi dengan penglibatan ibu bapa pelajar dan semua guru SMKJ 18. Dengan usaha yang dilakukan diharapkan ilmu yang dipelajari akan diberkati olehNya. Selain itu pelajar juga akan terlibat dengan “hari pelepasan ilmu” atau hari mohon restu. Kebiasaannya ia akan dilaksanakan sebelum menjelang peperiksaan. Pada hari tersebut guru-guru akan bersalaman dengan pelajar sebagai tanda guru telah meredhai ilmu yang diberikan kepada pelajar

dan pelajar juga akan meminta maaf dari guru di atas segala kesalahan yang telah dilakukan.

Apa yang saya lihat, guru-guru dan para pelajar begitu rapat sekali seperti rakan-rakan. Ini adalah strategi yang baik untuk mengeratkan hubungan dikalangan para pelajar supaya guru-guru boleh mempengaruhi para pelajar. Para pelajar akan sentiasa menghormati guru-guru dan mengurangkan masalah disiplin.

Segala pengalaman yang saya peroleh semasa menjalani ROS di SMKJ18 akan menjadi pedoman dan panduan kepada saya untuk meneroka bidang pendidikan dan membakar semangat dalam mewarnai dunia pendidikan. Semoga ia akan menjadi ilham untuk saya meneruskan usaha dan menabur bakti untuk mendidik anak bangsa suatu hari kelak.

Dalam dokumen ros (Halaman 80-84)

Dokumen terkait