JAWATANKUASA PENGURUSAN UNIT HAL EHWAL MURID 2009 SMK JENGKA 18 BANDAR JENGKA, PAHANG
TUGAS JAWATANKUASA PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
3. JAWATANKUASA PANITIA (SEMUA GURU PENDIDIKAN ISLAM)
a. Memiliki, memahami dan boleh mentaksir serta menghuraikan kandungan sukatan pelajaran yang berkenaan
b. Memahami dan mematuhi pekeliling-pekeliling dan arahan berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar serta menentukan dan menetapkan matlamat yang harus dicapai, iaitu dari segi pengetahuan, kebolehan dan kemahiran harus dicapai pada akhir tiap penggal bagi setiap kelas.
c. Mempunyai sebuah buku rekod mengajar yang kemaskini dan menyerahkan kepada Pengetua pada masa yang ditetapkan
d. Menyediakan rancangan pelajaran bagi matapelajaran yang diajar dengan lengkap untuk tempoh setahun
e. Menyediakan dan memberikan kerja-kerja latihan yang cukup, memeriksa buku latihan pelajar dan memulangkan semula secepat mungkin.
f. Menyerahkan/menunjukkan buku latihan murid kepada Pengetua atau wakilnya pada masa yang dikehendaki
g. Mengadakan ujian bulanan dan penilaian kepada pelajar. Merekodkan soalan-soalan dan keputusan ujian dalam buku rekod mengajar.
h. Mengesan kelemahan pelajar dan menjalankan kelas pemulihan/bimbingan
i. Menjadi ahli dalam panitia Kemahiran Hidup, menghadiri serta mematuhi dan melaksanakan keputusan mesyuarat panitia.
j. Menghadiri mesyaurat/taklimat mengenai mata pelajaran yang berkenaan sama ada dikelolakan oleh kementerian/ jabatan pelajaran negeri/pejabat pelajaran daerah. Menyampaikan semula maklumat kepada guru lain yang mengajar mata pelajaran yang sama.
k. Sentiasa mengikuti perkembangan dan pembaharuan tentang teknik pelajaran Pendidikan Islam bagi meningkatkan lagi prestasi dalam pengajaran dan pembelajaran.
l. Melaporkan kepada ketua panitia Pendidikan Islam tentang masalah pengajaran dan pembelajaran untuk tindakan selanjutnya
m. Menjaga keselamatan dan kebersihan alat-alat bantuan mengajar yang digunakan, memastikan alat-alat bantuan mengajar digunakan secara meluas.
n. Bertanggungjawab dalam menambah alat bantuan mengajar bagi memperkayakan pusat sumber sekolah.
o. Mengadakan sudut Pendidikan Islam dalam kelas yang diajar p. Membantu menguruskan bank soalan
2.5 BUDAYA SEKOLAH
Sepanjang tempoh 2 minggu guru pelatih melaksanakan ROS di Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 18, banyak nilai-nilai murni yang menjadi amalan dan telah menjadi budaya warga sekolah tersebut. Peluang yang ada ketika menjalani ROS tidak disia-siakan oleh guru pelatih. Semasa di dalam pemantauan, didapati beberapa budaya sekolah diamalkan oleh seluruh warga Sekolah Menegah Kebangsaan Jengka 18.
Antara yang menjadi perhatian adalah budaya memberi salam oleh pelajar-pelajar terutamanya ketika bertemu dengan golongan yang lebih dewasa. Ini sebagai menghormati sesama muslim disamping mengeratkan perhubungan antara warga sekolah. Begitu juga keadaannya ketika guru mula masuk dan keluar kelas. Sebagai galakan untuk mengukuhkan lagi budaya ini, murid juga diajar untuk memberi salam ketika ingin memasuki bilik guru selain beberapa tempat yang dianggap sesuai.
Selain itu, budaya beratur yang diamalkan oleh pelajar-pelajar SMK Jengka 18 menunjukkan mereka seorang warga sekolah yang berdisiplin. Pelajar-pelajar akan beratur pada setiap pagi untuk mengaminkan doa sebelum masuk ke dalam kelas bagi memulakan pelajaran pada hari tersebut. Pelajar-pelajar juga akan beratur semasa
membeli makanan dan minuman di kantin. Para pengawas yang bertugas di kantin akan memastikan pelajar beratur semasa membeli makanan.
Budaya berpakaian kemas dan bersih juga cuba diterapkan di kalangan pelajar. Setiap hari pelajar dimestikan memakai pakaian kemas dengan lengkap berstokin dan berkasut. Bagi murid yang berjawatan, mereka diwajibkan memakai pakaian yang dikhaskan untuk mereka. Sebagai contoh, pengawas dikehendaki memakai baju kuning lengkap berserta dengan Vest dan tali leher bagi lpelajar lelaki . Berbeza dengan pengawas perpustakaan, manakala selainnya sama seperti pelajar biasa yang tidak berjawatan. Budaya pemakaian yang kemas seperti ini menambah kesegakan murid disamping mencerminkan kredibiliti murid untuk menjadi contoh yang baik kepada murid lain seiring dengan jawatan yang disandang.
Pada setiap hari Rabu, berbeza suasananya apabila semua murid tidak kira yang berjawatan atau tidak diwajibkan memakai pakaian uniform lengkap mengikut aktiviti kokurikulum yang disertai. Keadaan ini memudahkan pergerakan aktiviti kokurikulum untuk dijalankan memandangkan pada hari tersebut murid-murid akan berkumpul di dalam unit berunifom disertai untuk menjalankan aktiviti masing-masing.
Tradisi terpuji yang sesuai dicontohi adalah membaca doa sebelum dan selepas melaksanakan aktiviti pembelajaran. Bagi menyeragamkan bacaan, pembacaan dilakukan oleh pengawas dengan bantuan pembesar suara. Murid-murid yang lain pula akan mengaminkan doa yang dibaca. Pada ketika ini, murid yang lain dikendalikan oleh pengawas yang bertugas untuk beratur di dalam barisan di luar kelas. Semua ini bertujuan untuk memastikan murid sentiasa berdisiplin disamping sentiasa mengingati Allah di dalam menuntut ilmu. Untuk menambahkan lagi keberkatan ilmu yang dipelajari, doa akan dibacakan pula sejurus sebelum memulakan satu-satu pembelajaran. Tugas ini pula dikendalikan oleh ketua kelas atau murid lain yang ditugaskan oleh kelas masing-masing.
2.6 HUBUNGAN ANTARA ORGANISASI INDUK DENGAN PIHAK PPD DAN JPN
Hubungan yang baik antara organisasi sekolah dengan pihak Pengarah Pendidikan Daerah (PPD), serta Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) ternyata jelas terbukti apabila perkara ini mendapat pengesahan daripada pihak pengurusan sekolah sendiri selain Guru Penolong Kanan Pentadbiran. Pihak PPD seringkali berkunjung ke sekolah ini
terutamanya apabila timbul masalah-masalah yang berhubung dengan hal ehwal
pentadbiran sekolah tersebut. Malah, waktu-waktu tertentu juga JPN seringkali membuat lawatan ke sekolah ini.
Selain itu, hubungan antara sekolah dengan pihak PPD dan JPN dieratkan lagi dengan Program Sekolah Perkasa iaitu satu program yang bermatlamat merealisasikan pendidikan bertaraf dunia dan menjana modal insan kelas pertama. Ia merupakan Program Bahagian Sekolah KPM dan dalam Jajahan Pasir-Puteh hanya terdapat 3 buah sekolah yang terpilih sahaja menyertai program tersebut termasuk Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 18
Jalinan perhubungan antara organisasi induk sekolah dengan pihak PPD dan JPN adalah melalui pemantauan yang kerap diadakan ke atas prestasi sekolah ini. Hasilnya, rekod yang diperolehi melalui mesyuarat-mesyuarat yang diadakan akan disalurkan kepada pihak atasan. Begitu juga jika terdapat sebarang masalah berhubung dengan sekolah, ianya akan dilaporkan kepada pihak berkenaan.
3.0 KEMUDAHAN YANG TERDAPAT DI SEKOLAH
BIL JENIS KUANTITI
a. KEMUDAHAN FIZIKAL
Dewan 2
Kantin 1
Tandas 10
Kedai koperasi/buku 1
Lain-lain (nyatakan) -Kedai pengawas
-b. KEMUDAHAN HUMANISTIK
Surau 1
Bilik Rawatan 1
Bilik Bacaan/SAL 5
Bilik Kaunseling 1
Pondok Pengawal Keselamatan 2
Lain-lain (nyatakan) 1
c. KEMUDAHAN P&P
Makmal Sains 3
Makmal Komputer 1
Bengkel kemahiran Hidup 3
Pusat Sumber Sekolah 1
Perpustakaan 1 Bilik Gerakan 4 Bilik Guru 1 Bilik Darjah 28 Sudut Bacaan/maklumat 5 Padang 1 Gimnasium -Gelanggang Badminton 2
Gelanggang Bola Tampar 1
Gelanggang Bola Jaring 2
Gelanggang Sepak takraw 2
Stor Sukan 1
Lain-lain (nyatakan) –Pejabat 1
d. PERALATAN P&P
Televisyen 4
Komputer 7
LCD 12
VCD 4
Radio-kaset 10
Mesin Fotostat 3
Mesin Cetak 1
Alat Tulis
Lain-lain (nyatakan) –Hifi 2
e. KEMUDAHAN KOMUNIKASI
Telefon 2
Faksimili 1
4.0PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
4.1 MATLAMAT
4.1.1Pendedahan awal kepada guru pelatih terhadap suasana pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
4.1.2Menghayati suasana pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. 4.1.3Membina keyakinan diri sebagai seorang bakal guru terlatih.
4.1.4Menghubungkan antara amalan sebenar dalam bilik darjah dengan teori pengajaran dan pembelajaran.
4.2TUGAS
4.2.1Merekod sekurang-kurangnya satu pemerhatian pengajaran dan pembelajaran merangkumi elemen berikut:
a. Tajuk
b. Objektif Pengajaran c. Keadah mengajar
d. Penggunaan Alat Bantu Mengajar e. Pengurusan Kelas
f. Pengurusan Masa Pengajaran g. Kaedah Penilaian
h. Penutup
4.2.2 Menyediakan catatan pembelajaran elemen berikut:
a. Menyenaraikan kemahiran yang dipelajari oleh murid
b. Teknik pembelajaran c. Hasilan pembelajaran