• Tidak ada hasil yang ditemukan

Ayat Majmuk Pasif

Dalam dokumen PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) (Halaman 111-118)

Frasa Kerja (dengan objek)

TAJUK 13 AYAT BAHASA MELAYU

15.3 Konsep Ayat Majmuk

15.3.4 Ayat Majmuk Pasif

147 Ayat majmuk pasif berasal daripada ayat majmuk aktif yang mengandungi kata kerja transitif. Dengan kata lain, ayat-ayat majmuk aktif boleh dijadikan ayat majmuk pasif seperti dalam contoh-contoh yang berikut:

Ayat Majmuk Gabungan

(59) (a) Aktif : Saya menyapu lantai dan Farhana mengelap tingkap.

(b) Pasif : Lantai saya sapu dan tingkap dilap oleh Farhana.

(60) (a) Aktif : Beliau menyapa saya ketika beliau berada di situ.

(b) Pasif : Saya disapa oleh beliau ketika beliau berada di situ.

Ayat Majmuk Relatif

(61) (a) Aktif : Syazwana melukis potret yang cantik itu.

(b) Pasif : Potret yang cantik itu dilukis oleh Syazwana.

(62) (a) Aktif : Lori yang melanggar kereta saya itu melanggar kereta Najwa pula.

(b) Pasif : Kereta Najwa pula dilanggar oleh lori yang melanggar kereta saya.

Ayat Majmuk Komplemen (Komplemen Objek)

(63) (a) Aktif : Pegawai itu menjelaskan bahawa mesyuarat itu terpaksa dibatalkan.

(b) Pasif : Bahawa mesyuarat itu terpaksa dibatalkan dijelaskan oleh pegawai itu.

(64) (a) Aktif : Akhbar harian itu melaporkan bahawa keadaan ekonomi negara semakin kukuh.

(b) Pasif : Bahawa keadaan ekonomi negara semakin kukuh dilaporkan oleh akhbar harian itu.

148 Ayat Majmuk Keterangan

(65) (a) Aktif : Adik akan mengikuti rombongan itu jika ayah mengizinkannya.

(b) Pasif : Rombongan itu akan diikuti oleh adik jika ayah mengizinkannya.

(c) Pasif : Adik akan mengikuti rombongan itu jika diizinkan oleh ayah.

(66) (a) Aktif : Meskipun badannya lemah, Puan Salmi tetap meneruskan kerja di bendang.

(b) Pasif : Meskipun badannya lemah, kerja di bendang tetap diteruskan oleh Puan Salmi.

15.4 Kesimpulan

Ayat majmuk merupakan ayat yang mengandungi lebih daripada satu subjek atau predikat. Ringkasnya, ayat majmuk terdiri daripada gabungan dua atau lebih ayat tunggal yang disatukan melalui penggunaan kata penghubung. Berdasarkan jenis kata hubung yang digunakan, kata majmuk bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada beberapa kategori seperti ayat majmuk gabungan, ayat majmuk pancangan dan ayat majmuk campuran.

Aktiviti

(1) Dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai, jelaskan perbezaan antara ayat tunggal dengan ayat majmuk.

(2) Bina tiga ayat setiap satu untuk menunjukkan pemahaman anda tentang:

(a) ayat majmuk gabungan (b) ayat majmuk pancangan (c) ayat majmuk campuran (d) ayat majmuk pasif

64

SINOPSIS

Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:

 Ayat, Klausa, Frasa, Perkataan

 Ayat Dasar

 Ayat Tunggal

Ayat Bahasa Melayu

Ayat dalam bahasa Melayu boleh terbentuk daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan, serta mengandungi intonasi yang sempurna. (Nik Safiah Karim et.al. 2008).

Ayat terdiri daripada binaan klausa, frasa ,dan perkataan.

Kajian tentang ayat membuktikan bahawa kepentingan klausa, frasa dan perkataan mempunyai fungsi yang utama dalam pembentukan ayat.

Selain itu, ayat dasar atau ayat inti merupakan ayat yang terdiri daripada ayat penyata. Ini berbeza dengan ayat tunggal yang terdiri daripada ayat tanya, perintah dan seruan dan sebagainya.

Dalam perbincangan ini, kita akan melihat pola-pola ayat dasar, ayat tunggal dan tidak ketinggalan unsur yang berkaitan dengan susunan klausa, frasa, dan perkataan dalam ayat .

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat:

 Menjelaskan definisi klausa, frasa, ayat dasar dan ayat tunggal (1.1)

 Menganalisis binaan ayat dasar dan ayat tunggal.(1.6)

KERANGKA TAJUK-TAJUK

TAJUK 10 AYAT BAHASA MELAYU

65 10.0 Kandungan Isi

Anda perlu mengetahui bahawa, kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep ayat, klausa, frasa dan perkataan. Perbincangan juga akan berkisar pada aspek ayat dasar (ayat inti) dan juga ayat tunggal.

10.1 Ayat

Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan

yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan, serta mengandungi intonasi yang sempurna. (Nik Safiah Karim et.al. 2008).

Menurut Abdullah Hassan et.al (2006), ayat terdiri daripada perkataaan-perkataan yang disusun dalam susunan dan kelompok-kelompok tertentu. Setiap kelompok perkataan disusun dengan lengkap. Susunan yang lengkap mempunyai makna yang lengkap.

Setiap satu kelompok tersebut mengandungi sekurang-kurangnya dua bahagian iaitu subjek dan predikat. Subjek menyebut sesuatu perkara, seperti rumah, baju, kereta dan seumpamanya. Predikat pula menerangkan tentang perkara yang telah disebutkan dalam predikat iaitu menerangkan tentang rumah, baju, kereta dan seumpamanya.

Contoh :

(1) Sekolah di tepi laut.

Dalam ayat (1) sekolah terdiri daripada kelompok perkataan yang menjadi pokok perbincangan. Malah sebenarnya, sekolah ialah komponen subjek ayat. Dalam

kumpulan perkataan kedua, di tepi laut,menceritakan tentang subjek ayat.Maksud ayat tersebut ialah hal sebuah sekolah yang terletak di tepi laut.

Bahasa Melayu

Ayat, Klausa, Frasa, Perkataan

Ayat Dasar Ayat Tunggal

66 (2) Rumah langsir biru.

Dalam ayat (2) rumah ialah kelompok perkataan yang menjadi subjek dalam ayat tersebut. Sementara, langsir biru yang tergolong dalam kelompok kedua ialah predikat bagi ayat tersebut yang menerangkan tentang keadaan rumah besar tersebut.

10.2 Klausa

Klausa ialah satu rangkaian perkataaan yang mengandungi subjek dan predikat , yang menjadi konstituen dalam ayat. (Nik Safiah Karim et.al. 2008) Klausa tergolong kepada dua jenis iaitu:

(i) Klausa bebas (ii) Klausa tak bebas

Klausa bebas ialah klausa yang terdiri daripada sekumpulan perkataan yang maknanya boleh berdiri sendiri dan boleh bersifat sebagai ayat lengkap apabila diujarkan dengan intonasi yang sempurna. Klausa boleh diumpamakan ayat dalam ayat (Abdullah Hassan et.al 2006).

Contoh :

klausa 1 : Majid kaya (klausa bebas)

klausa 2 : kerana cekap menguruskan perniagaan (klausa tak bebas)

Ayat sempurna:

klausa 1 + klausa 2 = Majid kaya kerana cekap menguruskan perniagaan.

Klausa bebas juga disebut sebagai klausa utama.

Berdasarkan contoh :

Majid kaya kerana cekap menguruskan perniagaan.

[klausa bebas] [ klausa tak bebas]

[klausa utama]

67 Oleh itu, pembentukan klausa bebas adalah berdasarkan ciri klausa yang mampu mendokong makna lengkap serta mendokong ciri –ciri ayat yang sempurna.

10.3 Frasa

Frasa ialah unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan, ataupun satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. (Nik Safiah karim, et.al 2008) Frasa nama boleh terbentuk daripada satu perkataan atau lebih (Abdullah Hassan et.al, (2006). Frasa ialah unsur terkecil dalam bidang sintaksis. Frasa digunakan bagi membina ayat. Dalam struktur binaan ayat, frasa didapati merupakan unsur yang terletak di bawah klausa.

Contoh ayat : sehelai baju kurung di dalam almari. Ayat ini akan dipenggal sebahagiannya untuk melihat rumus struktur frasa.

Frasa baju

sehelai baju baju kurung

sehelai baju kurung

Frasa di atas berasaskan satu binaan ayat (FN+FS) :Sehelai baju kurung di dalam almari. Bentuk frasa satu perkataan ialah baju. Bentuk tersebut diperluas menjadi sehelai baju, baju kurung, sehelai baju kurung, dan sebagainya.

Jadi, frasa yang asas iaitu baju kurung telah diperluaskan melalui pancangan ke dalam sebuah frasa yang lain hingga terbentuknya frasa sehelai baju kurung.

10.4 Perkataan

Perkataan ialah konstituen kepada frasa. Perkataan adalah bentuk bahasa yang mengandungi makna atau fungsi nahu (Abdullah Hassan et.al , 2008)

68 mendokong makna tertentu. Perkataan mempunyai beberapa golongan tertentu seperti kata nama, kata kerja, kata adjektif, kata sendi nama, kata hubung, kata tugas dan sebagainya.

Contoh:

kata nama: pelajar, ayah, Seremban, taman kata kerja : makan, tidur, melukis, menendang Kata adjektif : kurus, pucat, gempal, tampan

kata sendi nama : di rumah, ke kedai, dari Johor, daripada besi

Dalam dokumen PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) (Halaman 111-118)

Dokumen terkait