• Tidak ada hasil yang ditemukan

Frasa Kerja Dengan Ayat Komplemen

Dalam dokumen PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) (Halaman 46-54)

Frasa Kerja (dengan objek)

6.3 Frasa Kerja Dengan Ayat Komplemen

Frasa kerja dengan ayat komplemen merupakan jenis frasa yang boleh menerima pelengkap atau sebaliknya yang dipancangkan ke dalam klausa utama bagi binaan

36 sesuatu ayat. Menurut Nik Safiah Karim et.al (2008), frasa kerja sama ada jenis transitif atau tak transitif, boleh menerima ayat komplemen. Dalam binaan predikat, frasa kerja jenis ini ditandai dengan penggunaan kata kata hubung bahawa, demi, supaya, semoga dan untuk. Apabila keadaan sedemikian berlaku, maka ayat yang terbentuk ialah ayat majmuk.

Contoh :

(i) Frasa kerja transitif dengan ayat komplemen

1. Cikgu Normah menegaskan bahawa tidur yang berkualiti adalah perlu untuk kesihatan minda.

2. Pak Mat mengakui bahawa dia pernah berkhidmat dalam pasukan komando.

3. Pemandu bas itu memaklumkan bahawa semua penumpang selamat sampai ke destinasi.

Berdasarkan contoh ayat di atas, ayat (1) , (2) dan (3) menunjukkan kata kerja tidur, terjatuh dan bergaduh. Kata kerja tersebut menerima ayat komplemen yang akhirnya membentuk ayat majmuk.

(ii) Frasa kerja tak transitif dengan ayat komplemen.

4. Haji Amin percaya bahawa mangsa kebakaran itu boleh diselamatkan.

5. Kim Seng faham bahawa jirannya terpaksa berpindah ke kampung.

6. Jasmin berpendapat bahawa kerjaya guru sangat mencabar.

Dalam ayat (4), (5), dan (7), frasa kerja tak transitif telah menerima ayat komplemen.

Biarpun begitu, ayat ini masih mengekalkan konsep kata kerja tak transitif dan akhirnya membentuk ayat majmuk.

37 6.4 Unsur Keterangan dalam Frasa Kerja

Unsur keterangan dalam frasa kerja diwakili oleh unsur-unsur penerang yang memerihalkan atau menerangkan kata kerja tersebut dengan lebih lanjut. Unsur –unsur biasanya hadir selepas kata kerja. Bagi kata kerja transitif, unsur keterangan hadir selepas objek (penyambut). Unsur-unsur keterangan boleh terdiri daripada binaan frasa sendi nama, frasa adjektif, dan frasa nama. Yang pasti, unsur keterangan ini dapat memberikan gambaran yang lebih jelas tentang maksud dan sasaran makna dalam sesuatu frasa yang menjadi struktur binaan dalam satu-satu frasa.

Berdasarkan aspek makna yang hadir dalam frasa kerja, unsur keterangan dapat dibahagikan kepada lapan jenis:

i. Keterangan tempat atau arah ii. Keterangan waktu

iii. Keterangan cara

iv. Keterangan tujuan atau harapan v. Keterangan alat

vi. Keterangan penyertaan vii. Keterangan hal

viii. Keterangan bagai

Huraian:

(i) Keterangan tempat atau arah

Unsur keterangan tempat atau arah membincangkan tempat berlakunya peristiwa.

Penggunaan kata sendi nama di,ke,dari,daripada,kepada ,pada jelas terdapat dalam unsur keterangan ini.

Contoh:

1. Dia belajar di universiti.

2. Abang Malik memanjat ke atas bumbung rumah.

3. Lim Swee Ting berasal dari Negeri Sembilan.

4. Emak Shafiqah menerima hadiah cenderamata daripada guru besar.

38 (ii) Keterangan waktu

Dua bentuk keterangan waktu wujud dalam frasa kerja iaitu

 bentuk frasa sendi nama yang mengandungi kata sendi nama iaitu pada, dalam , sejak dan hingga

 bentuk frasa nama seperti semalam, tahun lepas,

Contoh :

1. Pensyarah itu menamatkan kuliah pada jam 9 malam.

2. Pameran kesenian itu bermula sejak semalam.

3. Aiman menunggu kepulangan ayahnya hingga pukul 12 malam.

(iii) Keterangan cara

 Keterangan cara boleh bersumberkan daripada kata adjektif.

 Keterangan cara boleh terbina daripada frasa sendi nama yang mengandungi kata sendi nama dengan diikuti kata adjektif yang menerima kata pembenda – nya.

Contoh :

a) Air sungai mengalir deras.

1. (a) Air sungai mengalir dengan derasnya.

2. Azman berlari pantas.

2 (a) Azman berlari dengan pantasnya.

3. Menteri berjalan megah.

3 (a) Menteri berjalan dengan megahnya.

(iv) Keterangan tujuan atau harapan

 Keterangan tujuan atau harapan ialah unsur yang menerangkan sesuatu perbuatan atau kejadian.

 Keterangan tujuan menggunakan kata sendi nama : demi, untuk dan bagi.

39 Contoh :

1. Muhamad belajar bersungguh-sungguh demi masa depan.

2. Mereka berkahwin untuk mencapai kebahagiaan hidup.

3. Penghulu berucap di perhimpunan itu bagi menjelaskan isu sebenar.

(v) Keterangan alat

 Unsur yang menerangkan peralatan, perkakas atau benda yang digunakan dalam sesuatu proses atau peristiwa. Kata sendi nama yang digunakan ialah dengan.

Contoh:

1. Guru pelatih itu datang dengan menaiki kereta api 2. Encik Ahmad memotong kek dengan pisau.

3. Harjit Singh memukul bola dengan kayu hoki.

(vi) Keterangan penyertaan

 Unsur yang menerangkan maksud ikut serta, ikut bersama-sama atau melibatkan diri.

 Kata sendi nama yang digunakan ialah dengan.

Contoh:

1. Aminah datang ke masjid dengan suaminya.

2. Pegawai kebajikan melawat kampung contoh dengan ahli jawatankuasa surau.

3. Muniandy masuk ke pejabat dengan pembantunya.

(vii) Keterangan hal

 keterangan hal berfungsi menerangkan keadaan

 kata sendi nama yang digunakan ialah tentang, mengenai, terhadap.

40 Contoh:

1. Tuan pengurus sedang memikirkan tentang masalah itu.

2. Panel disiplin membuat teguran terhadap kes itu.

3. Jurutera perunding membuat penilaian semula tentang projek tersebut.

(viii) Keterangan bagai

 Unsur yang menerangkan keserupaan,kesamaan atau hampir sama.

 Kata sendi nama yang digunakan ialah seperti, bagai, sebagai, bak.

Contoh :

1. Amran berlagak seperti pegawai tinggi .

2. Kepantasan lelaki itu bertindak bagai lipas kudung . 3. Diana berlakon sebagai Puteri Gunung Ledang.

4. Hidungnya mancung bak seludang.

6.5 Kesimpulan

Frasa kerja merupakan satu bentuk frasa yang kompleks dan mampu menerima unsur-unsur perkataan yang menjadi struktur asas dalam binaan predikatnya.

Hal yang demikian bergantung kepada situasi dan rumus yang menjadi dasar dalam pembentukan frasa yang akhirnya.

41 1. Berdasarkan perkataan di bawah, bina ayat yang menggunakan

predikat frasa kerja dengan kata bantu ragam atau kata bantu aspek.

i. melagukan ii. bertolak iii. memancing iv. berupaya v. mengalami vi. bersedia vii. memutuskan viii. berjumpa ix. memikirkan x. mendirikan

2. Isikan tempat kosong dengan kata bantu aspek dan kata bantu ragam dalam ayat-ayat berikut:

a) Hassan __________ menghadiri majlis persandingan di-Raja itu malam tadi.

b) Peserta Sukan Olimpik itu ____________ menghadapi banyak dugaan pada masa ini.

c) Kita _________ berjaya kerana kita tahu bagaimana hendak menyelesaikan masalah itu.

d) Dia __________ belajar lagi, tetapi tidak mempunyai wang yang cukup.

e) Janggan ganggu, dia ____________ menyiapkan kerja sekolahnya.

f) Pihak bank _____________ mengambil tindakan terhadap mereka yang gagal menjelaskan hutang.

Aktiviti

Bincangkan fungsi kata bantu ragam dan kata bantu aspek dalam frasa kerja.

Latihan

42 3. Bina ayat yang menggunakan kata bantu ragam atau kata bantu aspek sekali

gus.

a) telah dapat b) sedang hendak c) masih boleh d) harus telah e) mesti akan f) mesti sedang

43

SINOPSIS

Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:

 Binaan frasa adjektif : unsur pengisi frasa adjektif

 Penguat

 Kata bantu dalam frasa adjektif

Frasa adjektif dalam bahasa Melayu mempunyai elemen kata yang terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mewakili kata sifat atau kata adjektif sebagai kata intinya. Hal yang demikian membuktikan bahawa kepelbagaian elemen kata sifat atau kata adjektif memberikan impak dalam pembentukan frasa adjektif yang berfungsi sebagai predikat dan juga unsur keterangan dan unsur penerang dalam predikat.

Harus dijelaskan bahawa kata adjektif yang hadir selepas kata kerja disebut sebagai keterangan. Sementara, kata adjektif yang hadir selepas kata nama disebut sebagai penerang. Dalam perbincangan ini, kita akan melihat pola-pola frasa adjektif yang berkaitan dengan binaan frasa, kata penguat dan kata bantu dalam frasa. Selain itu, unsur pengisi yang wujud dalam frasa adjektif akan dibincangkan juga dalam tajuk frasa adjektif bahasa Melayu ini.

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat:

 Menjelaskan definisi frasa adjektif. (1.1)

 Menghuraikan binaan frasa adjektif dengan unsur pengisi, penguat dan kata bantu. (1.2)

Dalam dokumen PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) (Halaman 46-54)

Dokumen terkait