PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)
MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH
MODUL BAHASA MELAYU
BMM3103
SINTAKSIS BAHASA MELAYU
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200, PERSIARAN APEC, CYBER 6, 63000 CYBERJAYA
Berkuat kuasa pada Jun 2012 (Edisi September 2014)
IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN
KEPUJIAN
i
ii
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.
Falsafah Pendidikan Guru
Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.
Edisi September 2014 Kementerian Pendidikan Malaysia
Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia.
ii Cetakan Jun 2011
Institut Pendidikan Guru
Kementerian Pelajaran Malaysia
MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN.
MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.
iii Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru
Kandungan Panduan Pelajar Agihan Tajuk Tajuk Pembelajaran
Tajuk 1: Sintaksis: Bidang Kajian Tajuk 2: Sintaksis: Bidang Kajian Tajuk 3: Frasa Nama Bahasa Melayu
Tajuk 4: Susunan Konstituen Frasa Nama Bahasa Melayu Tajuk 5: Frasa Kerja Bahasa Melayu
Tajuk 6: Frasa Kerja Bahasa Melayu Tajuk 7: Frasa Adjektif Bahasa Melayu Tajuk 8: Frasa Adjektif Bahasa Melayu Tajuk 9: Frasa Sendi Nama Bahasa Melayu Tajuk 10: Ayat Bahasa Melayu
Tajuk 11: Proses Penerbitan Ayat Bahasa Melayu:
Transformasi Generatif
Tajuk 12: Proses Penerbitan Ayat Bahasa Melayu Tajuk 13: Ayat Bahasa Melayu
Tajuk 14: Ayat Tunggal Bahasa Melayu Tajuk 15: Ayat Majmuk Bahasa Melayu Rujukan
Panel Penulis Modul Panel Pemurni Modul Ikon Modul
v
Modul ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda.
Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda.
Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri.
Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda.
Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan.
Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial.
Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. Lampiran A menerangkan kepada anda makna-makna ikon tersebut.
Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus.
Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti.
Tip untuk membantu anda melalui kursus ini.
1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan.
2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan.
3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira sasaran pembelajaran anda.
4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami pembacaan anda.
vi
6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahan- bahan yang bermakna.
7. Cari kawan yang boleh membantu pembelanjaran anda.
vii
Kursus Pengajian Sintaksis Bahasa Melayu (BMM 3103) merupakan sebahagian daripada kursus dalam Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah.
Para pelajar akan mempelajari tajuk-tajuk berkenaan dalam modul ini yang meliputi:-
Bidang Kajian Sintaksis
Frasa Nama, Frasa Kerja, Frasa Adjektif dan Frasa Sendi Nama
Ayat Bahasa Melayu
Proses Penerbitan Ayat Bahasa Melayu
Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk
Sepanjang mengikuti modul ini, para pelajar akan melaksanakan latihan dan aktiviti bagi setiap tajuk dan pada akhirnya pula para pelajar akan melaksanakan dua latihan utama modul ini sebagai memenuhi aspek penilaian dalam proses pelengkap modul akses kendiri ini.
Nama Kursus : Sintaksis Bahasa Melayu Kod : BMM3103
Kandungan modul ini dibahagi kepada 15 tajuk/topik. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk interaksi pembelajaran melalui modul.
INTERAKSI TAJUK / TOPIK KANDUNGAN
JUMLAH JAM MENGIKUT PRO FORMA
KURSUS
1
Tajuk 1:
Sintaksis: Bidang Kajian
Struktur Binaan Ayat
Pembahagian Subjek dan Predikat
Ayat Dasar dan Ayat Terbitan
Susunan dalam Ayat
2 Tajuk 2:
Sintaksis: Bidang Kajian
Urutan Kata, Perpindahan Ayat
Ragam Ayat, Jenis Ayat
Sintaksis dan Aspek Tatabahasa yang Lain
Tajuk 3:
Frasa Nama Bahasa Melayu
Konstituen Frasa Nama
Binaan Frasa Nama
2
Tajuk 4:
Susunan Konstituen Frasa Nama Bahasa Melayu
Peraturan D-M
Kekecualian Hukum D-M
Bilangan dan Panggilan 2
Tajuk 5:
Frasa Kerja Bahasa Melayu
Binaan Frasa Kerja
Binaan Frasa Kerja Tanpa Objek
Binaan Frasa Kerja dengan Objek
2
Tajuk 6:
Frasa Kerja Bahasa Melayu
Frasa Kerja dengan Kata Bantu
Frasa Kerja dengan Ayat Komplemen
Unsur Keterangan dalam Frasa Kerja
3
Tajuk 7:
Frasa Adjektif Bahasa Melayu
Binaan Frasa Adjektif: Unsur Pengisi Frasa Adjektif
Penguat
Kata Bantu dalam Frasa Adjektif
2 Tajuk 8:
Frasa Adjektif Bahasa Melayu
Susunan Frasa Adjektif dalam Ayat
Frasa Adjektif dan Ayat Komplemen
Tajuk 9:
Frasa Sendi Nama Bahasa Melayu
Binaan Frasa Sendi Nama
Kedudukan Frasa Sendi Nama dalam Ayat
Penggunaan Kata Sendi Nama Secara Umum
4
Tajuk 10:
Ayat Bahasa Melayu
Ayat, Klausa, Frasa, Perkataan
Ayat Dasar
Ayat Tunggal
Tajuk 11: 2
Proses Penerbitan Ayat Bahasa Melayu:
Transformasi Generatif
Konsep Transformasi-Generatif
Konsep Ayat Terbitan
Konsep Pengguguran
Tajuk 12 (11b):
Proses Penerbitan Ayat Bahasa Melayu
Proses Penyusunun Semula
Proses Peluasan
5
Tajuk 13:
Ayat Bahasa Melayu
Jenis Ayat
Intonasi dalam Ayat
2 Tajuk 14:
Ayat Tunggal Bahasa Melayu
Binaan Ayat Tunggal, Binaan Subjek, Binaan Predikat
Konstituen Ayat Tunggal, Ayat Aktif dan Pasif
Unsur Pilihan dalam Frasa Predikat
Tajuk 15:
Ayat Majmuk Bahasa Melayu
Ayat Majmuk Gabungan
Ayat Majmuk Pancangan
Ayat Majmuk Campuran
Ayat Majmuk Pasif
JUMLAH 10
1 SINOPSIS
Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara yang berkaitan dengan struktur binaan ayat, pembahagian subjek dan predikat, ayat dasar dan ayat terbitan serta susunan dalam ayat. Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. Binaan sintaksis pula merujuk kepada binaan yang dibentuk oleh perkataan yang berfungsi sebagai binaan ataupun konstituen dalam ayat, iaitu klausa dan frasa.
Selain itu, perkataan daripada sudut binaan sintaksis ialah bentuk bebas yang minimum yang menjadi unsur setiap binaan sintaksis, iaitu ayat, klausa dan frasa. Ayat dan klausa mengandungi dua konstituen utama, iaitu frasa subjek dan frasa predikat.
Sehubungan itu, frasa subjek dibentuk oleh frasa nama, manakala frasa predikat dibentuk oleh empat jenis frasa, iaitu frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS). Hasil dari binaan perkataan, frasa. klausa, ialah satu ayat.
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:
i) Menjelaskan definisi ayat, ayat dasar, ayat terbitan, struktur binaan ayat, binaan subjek dan predikat
ii) Menganalisis binaan ayat, binaan ayat dasar, binaan ayat terbitan dan struktur subjek dan predikat dalam ayat.
TAJUK 1 SINTAKSIS: BIDANG KAJIAN
2 1.1 Kerangka Tajuk-tajuk
Ayat merupakan unit binaan yang terdiri daripada subjek dan predikat.
Ayat dasar ialah ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat.
Ayat dasar juga disebut sebagai ayat inti, iaitu ayat yang menjadi sumber bagi pembentukan ayat-ayat yang lain.
Ayat terbitan ialah ayat yang terhasil daripada proses penerbitan sesuatu ayat dengan mematuhi hukum tatabahasa atau rumus transformasi.
Proses penerbitan ayat berlaku sama ada secara pengguguran, penyusunan semula dan peluasan.
Struktur binaan ayat bagi subjek dan predikat boleh berubah-ubah kedudukan mengikut kesesuaian dalam proses penerbitan ayat.
1.2 Kandungan Isi
Kandungan untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep ayat dan binaannya.
Seterusnya, perbincangan difokuskan kepada struktur binaan ayat serta struktur binaan subjek dan predikat dalam ayat.
1.3 Definisi Ayat
Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan, serta mengandungi intonasi yang sempurna (Nik Safiah Karim et.al, 2006).
Sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk,struktur dan binaan atau konstruksi ayat (Siti Hajar Abdul Aziz, 2008).
3 Contoh binaan ayat:
Subjek Predikat
(1) Ali (FN) peniaga (FN)
(2) Pemburu itu (FN) melontar lembing (FK) (3) Bajunya (FN) cantik sekali (FA) (4) Rumah itu (FN) di tepi sawah (FS)
1.4 Pembahagian Subjek dan Predikat
Subjek
Konstituen yang terdiri daripada sama ada satu perkataan atau beberapa perkataan, yang menjadi judul atau unsur yang diterangkan.
Predikat Kumpulan perkataan yang tergolong dalam satu frasa dan menjadi unsur yang menerangkan subjek.
Contoh:
Subjek Predikat
(5) Amin
(6) Abang kandungku (7) Pegawai kastam itu
guru besar di sekolah baru itu.
sedang berehat di bilik sebelah.
amat cekap.
Ayat di atas boleh juga disongsangkan dengan melakukan pendepanan predikat dan meletakkan subjek di belakang.
Subjek Predikat
(8) Guru besar di sekolah baru itu (9) Sedang berehat di bilik sebelah (10) Amat cekap
Amin.
abang kandungku.
pegawai kastam itu.
4 1.5 Ayat Dasar dan Ayat Terbitan
Ayat dasar ialah ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat. Ayat dasar juga disebut sebagai ayat inti , iaitu ayat yang menjadi sumber bagi pembentukan ayat-ayat lain (Raminah Hj.Sabran, Rahim Syam ,1987).
Ayat terbitan ialah ayat yang terhasil daripada proses penerbitan sesuatu ayat dengan mematuhi hukum atau rumus transformasi.
Proses penerbitan ayat berlaku sama ada secara pengguguran, penyusunan semula atau peluasan.
Contoh :
Ayat Dasar Ayat terbitan (perluasan) (11) Faridah guru (FN+FN) Faridah guru yang sabar.
(12) Ah Meng berlari (FN+FK) Ah Meng berlari dengan pantas.
(13) Pak Cik membaca(FN+FK) Pak Cik membaca surat khabar.
(14) Kucing comel (FN+FA) Kucing comel itu kesayangan Mama.
(15) Mak Limah (FN+FS) Mak Limah ke sawah untuk menuai padi.
Aktiviti
1) Bina 5 ayat tunggal dan 5 ayat terbitan.
2) Nyatakan kepentingan membuat analisis sintaksis dalam kalangan guru bahasa.
3) Bincangkan pola-pola ayat dasar dalam bahasa Melayu
5 SINOPSIS
Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara yang berkaita dengan konsep kata dan perpindahan ayat dalam bahasa Melayu, ragam ayat dan jenis ayat serta sintaksis dan aspek tatabahasa bahasa Melayu.
Kata ialah satu unit ujaran yang bebas dan mengandungi makna, yang terdiri daripada satu atau gabungan beberapa bentuk bunyi bahasa. Perkataan dimulai dan diakhiri oleh sempadan perkataan.
Perpindahan ayat merupakan satu proses pembentukan ayat berdasarkan binaan subjek dan predikat sama ada secara susunan biasa atau susunan songsang.
Selain itu, konsep ragam ayat, jenis ayat serta aspek tatabahasa bahasa Melayu akan disentuh dalam bab ini.
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat:
1) Menjelaskan jenis-jenis ayat, ragam ayat serta aspek tatabahasa dalam binaan ayat.
2) Menyatakan konsep ayat berdasarkan jenis dan ragam ayat.
TAJUK 2 SINTAKSIS: BIDANG KAJIAN
6
Sintaksis
Konsep kata dan perpindahan ayat
Ragam Ayat, Jenis Ayat
Aspek
Tatabahasa
2.1 Kerangka Tajuk-tajuk
2.2 Kandungan Isi
Untuk pengetahuan anda, kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep sintaksis yang merangkumi konsep kata dan perpindahan ayat, ragam ayat, jenis ayat serta aspek tatabahasa yang lain. Aspek-aspek tatabahasa yang menjurus kepada bidang sintaksis merupakan aspek penting dalam melengkapi kajian bahasa.
2.3 Kata: Urutan Kata dan Perpindahan Kata
Perkataan atau kata merupakan unsur yang terdapat dalam salah satu binaan ayat.
Frasa pula boleh terbina daripada satu atau beberapa perkataan yang mengandungi kata sama ada kata nama, kata kerja,adjektif atau kata sendi nama (Lutfi Abas ,1975). Terdapat unsur lain seperti kata bantu atau kata penguat dalam sesuatu ayat.
Sebagai contoh, terdapat ayat yang mempunyai kata adjektif seperti berikut:
(1) Ramli sangat pandai bermain skuasy.
(2) Maniam itu baik sungguh.
(3) Kek lapis itu enak sekali.
7 Konsep perpindahan ayat pula adalah berasaskan pola ayat dasar yang jelas terdapat perbezaan urutan dalam pelbagai bahasa. Kedudukan sesuatu perkataan atau kelompok perkataan dan kebolehan berubah tempat dalam sesuatu binaan ayat juga memperlihatkan ciri perbezaan (Nik Safiah Karim et.al 2008). Sebagai contoh, perbandingan antara bahasa-bahasa di bawah:
a) Paulus Mariam Vidit (bahasa Latin) Paulus = Paul
Mariam =Mary vidit = melihat
Dalam hubungan tersebut, akhiran –us dan –am menentukan kata nama subjek dan kata nama objek. Oleh itu, kedudukan kata kerja tidak menjadi persoalan dan tidak menjejaskan makna ayat bahasa Latin tersebut. Sebaliknya, dalam bahasa Melayu, ayat Melihat Paul, Mary akan mengubah makna asal daripada bahasa Latin tersebut.
b) Min aina anta ? (bahasa Arab) Min = daripada / dari
aina = mana
anta = kamu (lelaki)
Maksud terjemahan langsung [daripada mana kamu] kurang memberikan makna yang tepat dan gramatis dalam bahasa Melayu. Ayat bahasa Melayu yang lebih sesuai bagi bahasa Arab tersebut ialah kamu datang dari mana?
Oleh itu, perbezaan urutan dalam pelbagai bahasa serta sistem bahasa yang berbeza-beza menjadikan bahasa itu sesuatu yang unik untuk dikaji dan digunakan.
8 2.4 Ragam Ayat
Konsep ayat telah pun diperkenalkan dalam penerangan sebelum ini. Dengan perkataan lain, ayat boleh terdiri daripada pelbagai bentuk variasi mengikut pola-pola yang tertentu.
Seterusnya, kita akan bincangkan tentang ragam ayat yang menjadi salah satu unsur dalam ayat. Terdapat dua jenis ragam dalam ayat. Ragam ayat terdiri daripada ayat aktif dan ayat pasif. Ayat aktif mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asas sebagai judul. Ayat pasif pula mengutamakan subjek terbitan sebagai judul.
Hubungan antara ayat aktif dengan ayat pasif ialah perpindahan tempat frasa nama yang menjadi subjek dan objek ayat berkaitan.
Contoh:
(4) Amar menendang bola itu. (ayat aktif) (5) Bola itu ditendang oleh Amar. (ayat pasif) (6) Saya menendang bola itu. (ayat aktif) (7) Bola itu saya tendang. (ayat pasif)
(8) Saya tendang bola itu. (ayat pasif yang mengalami pendepanan predikat)
2.5 Ayat Aktif
Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai unsur yang diterangkan. Ayat aktif terdiri daripada ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif. Ayat aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif yang diikuti oleh frasa nama atau klausa komplemen sebagai objek atau unsur penyambut. Ayat aktif tak transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang tak transitif iaitu yang tidak diikuti oleh objek sebagai penyambut.
9 Contoh :
a) Ayat Aktif Transitif
Subjek Predikat
Kata Kerja Transitif Objek (9) Pekerja
(10) Budin (11) Air mata
membaiki membeli membasahi
jalan itu.
buah durian.
pipinya.
b) Ayat Aktif Tak Transitif
Subjek Predikat
Kata Kerja Tak Transitif Objek (12) Kanak-kanak
(13) Ombak (14) Diana
sedang mandi memutih menangis
di kolam itu.
di pantai Damai.
sepanjang malam.
2.6 Ayat Pasif
Ayat pasif ialah ayat yang asalnya daripada ayat aktif transitif iaitu yang mengandungi kata kerja tetapi mengutamakan objek asal sebagai unsur yang diterangkan. Ayat pasif dalam bahasa Melayu digolongkan kepada tiga jenis iaitu:
a) Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif
b) Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua
c) Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja.
i) Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif
Subjek Kata Kerja
Pasif
Oleh + Frasa Nama
Keterangan
(15) Kereta itu (16) Semak samun
sudah dibeli dibersihkan
oleh Amin oleh pekerja
minggu lepas setiap bulan.
10 ii) Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua
Subjek Frasa Kerja Pasif dengan Ganti Nama Diri Pertama atau kedua
Keterangan
(17) Kereta itu (18) Kuih itu
sudah saya bersihkan belum awak makan
pagi tadi.
lagi.
iii) Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja
Subjek Kena Kata Kerja Dasar Oleh+Frasa
Nama (19) Rusa itu
(20) Budak itu
kena kena
tembak kejar
oleh pemburu.
oleh anjing.
2.7 Jenis Ayat
Ayat dapat dibahagikan kepada empat jenis:
i) Ayat penyata ii) Ayat tanya iii) Ayat perintah iv) Ayat seruan
a) Ayat Penyata
Ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu pernyataan. Ayat penyata mempunyai tujuan menyatakan atau memberi keterangan tentang sesuatu hal. Ayat penyata juga dikenali sebagai ayat keterangan.
Contoh:
(21) Saya sudah memiliki kereta baru.
(22) Dunia ini penuh dengan dugaan.
(23) Dia pandai mengawal emosinya.
11 b) Ayat Tanya
Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal dengan berdasarkan nada suara dan penggunaan perkataan tertentu. Ayat tanya boleh wujud dengan kata tanya atau tanpa kata tanya.
c) Ayat Perintah
Ayat perintah ialah ayat yang diucapkan bertujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Perintah ditujukan kepada orang kedua dengan menggunakan kata ganti nama orang kedua seperti awak, kamu, anda, engkau dan sebagainya.
d) Ayat Seruan
Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau intonasi seruan dengan tujuan melahirkan sesuatu keadaan perasaan seperti marah, takut, gembira, sedih dan sebagainya. Contoh kata seru ialah oh, amboi, wah, cis, aduh dan sebagainya. Menurut Abdullah Hassan (2005), ayat seruan lazimnya tidak sempurna dan menyatakan perasaan sedih, suka, gembira, duka , terkejut, marah, hairan dan lain-lain.
Aktiviti
1) Nyatakan empat jenis ayat dalam bahasa Melayu dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai.
2) Bincangkan pola-pola ayat pasif dalam bahasa Melayu.
12 SINOPSIS
Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara yang berkaitan dengan konsep frasa nama serta binaan frasa nama bahasa Melayu.
Tahukah anda bahawa dalam bahasa Melayu, terdapat unsur frasa nama yang menjadi salah satu binaan dalam ayat? Tanpa unsur frasa, maka sesuatu ayat itu tidak akan dapat wujud dengan sempurna.
Frasa nama juga menjadi tonggak dalam binaan sintaksis. Binaan sintaksis pula didasari oleh pola-pola ayat yang mengandungi pola-pola frasa yang menjadi tunjang dalam ayat sama ada sebagai subjek atau predikat. Malah, ayat dan klausa mengandungi dua konstituen utama, iaitu frasa subjek dan frasa predikat. Sehubungan itu, frasa subjek dibentuk oleh frasa nama, manakala frasa predikat dibentuk oleh empat jenis frasa, iaitu frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS).
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat:
1) menjelaskan definisi frasa nama dan;
2) menjelaskan binaan frasa nama.
TAJUK 3 FRASA NAMA BAHASA MELAYU
13
Frasa Nama
inti + inti inti + penerang
3.1 Kerangka Tajuk-tajuk
3.2 Kandungan Isi
Anda perlu mengetahui bahawa, kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep frasa nama berdasarkan pendapat ahli-ahli bahasa. Seterusnya, perbincangan ditumpukan kepada ciri-ciri dan jenis-jenis frasa nama bahasa Melayu.
3.3 Konsep Frasa Nama Bahasa Melayu
Frasa Nama menurut Nik Safiah Karim et.al (2008) ialah konstituen atau unsur yang menjadi pengisi frasa nama yang terdiri daripada kata nama sebagai unsur intinya.
Unsur inti boleh wujud secara sendiri atau dengan sederetan penerang yang hadir sebelum frasa nama atau sesudahnya, atau sebelum dan sesudah frasa nama.
Frasa nama ialah frasa yang boleh berdiri pada subjek dan objek ayat dan predikat nama, disamping boleh menggantikan kata nama (Asmah Hj.Omar, 1986)
14 Contoh :
Subjek Frasa Nama Predikat Frasa Nama (1) Emak
(2) Emak Wan Seng (3) Putrajaya
(4) Bandar Putrajaya
peniaga.
peniaga sayur.
bandar selamat.
bandar selamat.
Struktur Frasa Nama (inti + inti) Frasa Nama
Predikat
Inti Inti
(5) Ibu bapa saling bantu-membantu.
(6) Keluar masuk untuk pekerja sahaja.
Struktur Frasa Nama (inti + penerang) Frasa Nama
Predikat
Inti Penerang
(7) Atlet (8) Pelajar (9) Pegawai (10) Anak (11) Kucing
paralimpik semester akhir Jabatan Haiwan yang soleh itu jinak itu
meraih pingat emas.
menduduki ujian.
memberi ceramah.
baik akhlaknya.
menggigit makanan.
3.3 Binaan Frasa Nama Bahasa Melayu
Binaan frasa nama boleh terbentuk daripada satu perkataan atau lebih (Abdullah Hassan et.al (2006). Frasa ialah unsur terkecil dalam bidang sintaksis. Frasa digunakan bagi membina ayat. Dalam struktur binaan ayat, frasa didapati merupakan unsur yang terletak di bawah klausa. Binaan frasa dapat dibentuk daripada satu kata atau lebih.
Walaupun terdapat beberapa pendapat tentang binaan frasa nama bahasa Melayu,
15 namun perbincangan dalam topik 3 ini menjurus kepada dua struktur frasa dan binaan frasa nama (Abdullah Hassan,1983).
Binaan frasa nama dapat digambarkan seperti berikut:
Binaan Frasa Nama
Jenis Penerang Inti Penerang
Inti + Penerang Nama
Penerang nama keturunan
askar
suku bangsa
British.
Jawa Penerang nama
jenis
kucing bunga
parsi mawar
Penerang nama kegunaan
serbuk minyak
kari pelincir Penerang nama
penyambut
pemutar penjaga
skru pintu Penerang nama
kelamin
pelakon guru
lelaki wanita Penerang nama
tempat
pinggiran pantai
Binaan Frasa Nama
Penerang (Penentu Hadapan)
Inti
(Bilangan+penjodoh bilangan)
Penerang (Inti)
tiga orang guru
lima buah kereta
tujuh dulang nasi minyak.
Penerang (Penentu belakang)
Inti Penerang
orang rumah
itu ini Penerang kata
kerja
mesin bilik
kira
menunggu Penerang kata pengemis muda
16
adjektif kereta antik
Penerang frasa sendi nama
baju banglo
di jemuran di desa.
Penerang
bilangan ordinal
tempat tingkat
kedua ketiga
Inti + inti
Inti + inti
dengan maksud sama erti
tubuh bukit
badan bukau Inti + inti
dengan maksud berlawanan
tuan atas hidup
puan bawah mati
Aktiviti
3) Tulis 10 contoh frasa nama bagi binaan inti + penerang nama.
4) Senaraikan 20 binaan frasa nama berdasarkan sebuah cerpen atau
rencana yang terdapat dalam majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka atau akhbar tempatan.
5) Apakah ciri-ciri yang dapat membezakan frasa daripada ayat?
17 4.0 Konstituen Frasa Nama
Konstituen Frasa Nama dalam tatabahasa Bahasa Melayu mengandungi aspek-aspek yang telah disusun secara sistematik berdasarkan rumus-rumus tatabahasa bahasa Melayu :
Peraturan D-M (Hukum D-M)
Kekecualian Hukum D-M
Bilangan dan panggilan
4.1 Peraturan D – M (Hukum D - M)
Dalam tatabahasa bahasa Melayu, D-M membawa maksud diterangkan (D) dan menerangkan (M). Dalam peraturan ini, unsur yang diterangkan merupakan unsur inti yang hadir pada kedudukan pertama dan unsur menerangkan merupakan unsur penerang yang hadir pada kedudukan yang kedua.
Contoh :
Frasa Nama
Diterangkan (Inti) Menerangkan (Penerang) Askar
Budak Pemain Penarik Penghantar Pensyarah Pakar Doktor
Melayu lelaki boling beca surat wanita psikologi veterinar
TAJUK 4 SUSUNAN KONSTITUEN FRASA NAMA BAHASA MELAYU
18 Contoh-contoh lain:
- sos cili (bukan cili sos)
- Restoran Ali ( bukan Ali Restoran)
- Kedai Makanan Rahim ( bukan Rahim Kedai Makan / Kedai Makan Rahim) - pisang goreng (bukan goreng pisang)
- kentang goreng ( bukan goreng kentang)
- cakera padat (bukan padat cakera/compact disc) - sup kambing ( bukan kambing sup)
- nasi goreng (bukan goreng nasi)
4.2 Kekecualian Hukum D - M
Konsep kekecualian wujud dalam kebanyakan bahasa di dunia bagai merasionalkan penggunaan sistem bahasa yang sudah lazim dipakai secara mantap dalam
masyarakat pengguna bahasa. Hal yang demikian berlaku disebabkan oleh kecenderungan pengguna bahasa menggunakan sistem bahasa lain bagi bahasa sendiri , seperti sesetengan penguna bahasa Melayu yang gemar menggunakan sistem bahasa Inggeris sebagai kayu ukur berbahasa. Lama-kelamaan, keadan itu menjadi perkara lazim dan terhasillah satu fenomena bahasa yang menyimpang daripada rumus tatabahasa dalam konteks hukum D - M.
Selain itu, kekecualian hukum D - M juga wujud akibat kebiasaan dalam
penggunaan, terutama sekali yang melibatkan pada nama-nama jawatan. Kebiasaan ini mewujudkan kelaziman yang semakin diterima penggunaannya dalam masyarakat pengguna bahasa.
19 Contoh:
Penerang (M) Diterangkan (D)
Perdana Ibu Naib Ketua Timbalan Naib Pembantu
Menteri Pejabat Presiden Hakim
Perdana Menteri Presiden
Penyelaras
Namun, hal ini tidak berlaku pada frasa menteri besar, menteri kanan, menteri pengangkutan, imam besar, dan seumpamanya.
Contoh penggunaan dalam ayat:
(12). Perdana Menteri Malaysia yang pertama ialah YTM Tunku Abdul Rahman.
(13). Ibu pejabat Kastam daerah Johor Bahru dipindahkan ke Jalan Aman.
(14). Ketua Hakim Negara telah bercuti selama dua hari.
(15). Timbalan Perdana Menteri membuat lawatan kerja ke Syria.
(16). Jawatan Naib Presiden disandang oleh Dato Hj. Mohd.Ali.
(17). Naib presiden yang baharu telah berucap dalam majlis perasmian.
(18). Pembantu penyeldik sedang membuat penganalisisan data kajian.
20 4.3 Bilangan dan Panggilan
Kata bilangan yang berfungsi sebagai penerang dalam frasa nama boleh wujud di hadapan katan nama inti. (Abdullah Hassan, 2006) Dalam konteks ini, bilangan yang digunakan merujuk kepada unsur numerik yang menjadi penanda kepada jumlah yang difokuskan dalam frasa.
Contoh : lima ekor kuda
segolongan kecil peneroka kelima-lima pendekar silat sekumpulan penyelidik segelintir pengundi sejumlah wang
sebilangan besar pekerja Contoh ayat:
(19) Lima ekor kuda telah dibeli oleh Haji Tahir.
(20). Segolongan kecil peneroka sudah menanam pokok gaharu.
(21). Kelima-lima pendekar silat itu menunjukkan gaya kepahlawanan.
(22). Sekumpulan penyelidik sudah mendapat elaun khas.
(23). Segelinitr pengundi pilihanraya dilihat berlegar-legar di situ.
(24). Sejumlah wang yang besar diperlukan untuk kos perubatan.
(25). Sebilangan besar pekerja sudah pulang ke kampung.
Secara lebih khusus, kata bilangan boleh dibahagikan kepada enam kumpulan berdasarkan makna (Hashim Hj.Musa, 1993);
i. Kata bilangan tentu ii.Kata bilangan tak tentu iii.Kata bilangan himpunan iv.Kata bilangan pisahan v.Kata bilangan pecahan; dan vi.Kata bilangan tingkatan
21 Kata Bilangan Tentu
Kata bilangan yang mendukung makna tentu yang menjurus kepada bilangan khusus terdiri daripada angka yang boleh dilambangkan dengan simbol atau huruf abjad.
Contoh:
satu = 1 empat = IV dua = 2 sepuluh = X Contoh ayat:
(26). Konvokesyen ke-2 telah dilaksanakan pada hari semalam.
(27). Sukan Asia ke-XIV telah mencatat satu sejarah kegemilangan atlet Malaysia.
(28). Dollah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan nyanyian.
(29). Shakira mempunyai empat ekor anak kucing.
(30) Hang Tuah memiliki dua ekor kuda putih .
Kata Bilangan Tak Tentu
Kata bilangan yang merujuk kepada jumlah bilangan yang tidak khusus . Contoh:
Segala, semua , banyak ,sedikit, beberapa, sekalian, sekelompok.
Contoh ayat:
(31). Beberapa orang guru telah ditukarkan ke sekolah pedalaman.
(32). Kegiatan gotong-royong itu disertai oleh semua penduduk kampung.
(33). Segala bantuan yang diberikan oleh pihak sekolah amat dihargai.
Kata Bilangan Himpunan
Kata bilangan yang merujuk kepada jumlah bilangan yang terhimpun atau terkumpul.
Contoh:
berpuluh-puluh, berbelas-belas, beratus-ratus, beribu-ribu, kedua-dua, kelima-lima, kesemua.
22 Contoh ayat:
(34). Berpuluh-puluh kenderaan tentera telah bergerak ke sempadan negara.
(35). Kedua- dua peninju itu telah diberi penghargaan oleh pihak persatuan.
(36). Kesemua mangsa banjir telah dipindahkan ke tempat yang selamat.
Kata Bilangan Pisahan
Kata bilangan jenis pisahan merujuk kepada unsur pemisahan dalam proses memerihalkan bilangan yang menjadi dasar pokok pernyataan. Kata jenis ini juga adalah sejumlah perkataan yang menyokong makna bilangan yang terasing.
Contoh:
masing-masing, setiap, tiap-tiap Contoh ayat:
(37). Masing-masing ada pendapat yang tersendiri dalam isu pembangunan sukan.
(38). Setiap hari dilalui oleh Pak Malau dengan hati yang tabah.
(39). Tiap-tiap pasukan mempunyai ketua yang dilantik oleh pihak pengurusan.
Kata Bilangan Pecahan
Kata bilangan jenis pisahan merujuk kepada unsur pecahan atau pembahagian daripada jumlah keseluruhannya.
Contoh:
setengah, separuh, sepertiga, segelintir, sebahagian Contoh ayat:
(40). Setengah daripada kawasan ini adalah milik Tuan Haji Ali.
(41). Sabar itu adalah separuh daripada iman.
(42). Sebahagian daripada ahli-ahli persatuan tidak hadir.
23 Kata Bilangan Tingkatan
Kata bilangan tingkatan merujuk kepada sejumlah perkataan yang mendukung makna taraf tingkatan bilangan.
contoh:
pertama, kedua, ketiga , keseribu.
contoh ayat:
(43). Gerai pertama menjadi perhatian pembeli.
(44). Dia mampu meraih tempat kedua sahaja dalam pertandingan tersebut.
(45). Pengunjung keseribu akan diberi hadiah cepu emas.
4.4 Panggilan / Kata Panggilan
Sementara itu, konsep panggilan ( kata panggilan) merupakan unsur frasa nama yang hadir sebelum kata nama inti ( Abdullah Hassan, 2008). Jenis-jenis kata panggilan seperti Tuan, Puan , Tunku, Tun, Haji, Datuk dan seumpamanya lazim digunakan sebelum kata nama inti. Kata panggilan merupakan satu sistem yang digunakan dalam bahasa Melayu bagi tujuan penghormatan, pengiktirafan ataupun penentuan identiti secara lebih khusus.
Contoh:
Datuk Maharaja Lela Profesor Ungku Aziz Datuk Sagor Tunku Kamalia Haji Abdul Rahman Limbong Syed Zain Barakbah Tuan Adam Sharifah Mona Alsagoff Puan Mastura Chong Tan Sri Malik Kamal
Contoh ayat :
(46). Datuk Maharaja Lela ialah seorang pejuang yang menentang Inggeris di Perak.
(47).Profesor Ungku Aziz merupakan seorang pencetus idea penubuhan tabung pengurusan haji di Malaysia.
(48). Datuk Sagor harus diingati sebagai seorang pahlawan
24
Aktiviti
1) Bina carta atau pengurusan grafik untuk menunjukkan peraturan D – M.
2) Apakah maksud hukum D-M?
3) Tulis semula ayat- ayat di bawah dengan betul berdasarkan Hukum D- M.
a) Ahmad punya kedai terletak di sebelah bas terminal.
b) Cili sos jenama lada dijual di Aminah Mini Market.
c) Kenderaan mini bas sudah semakin dilupakan.
d) Lain-lain hal boleh dibincangkan pada lain hari.
e) Itu hari kita sudah bercadang melawat mini zoo.
f) Lain masa, anda boleh bayar bil awal.
g) Sport rim kereta itu milik Romli.
25 SINOPSIS
Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:
Menjelaskan definisi frasa kerja dan binaan frasa kerja
Menganalisis binaan frasa kerja, binaan frasa kerja tanpa objek dan dengan objek
Tahukah anda bahawa dalam bahasa Melayu, terdapat unsur frasa kerja yang menjadi salah satu binaan dalam satu-satu ayat. Frasa kerja juga menjadi salah satu tonggak dalam binaan sintaksis. Frasa kerja binaan sintaksis pula didasari oleh pola- pola ayat yang mengandungi pola-pola frasa yang menjadi tunjang dalam ayat sama ada sebagai subjek atau predikat. Malah, ayat dan klausa mengandungi dua konstituen utama, iaitu frasa subjek dan frasa predikat. Sehubungan itu, frasa subjek dibentuk oleh frasa nama, manakala frasa predikat dibentuk oleh empat jenis frasa, iaitu frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS).
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat:
Menjelaskan definisi frasa kerja dan binaan frasa kerja (1.1)
Menganalisis binaan frasa kerja, binaan frasa kerja tanpa objek dan dengan objek (1.6)
TAJUK 5 FRASA KERJA BAHASA MELAYU
26 KERANGKA TAJUK-TAJUK
5.0 KANDUNGAN ISI
Anda perlu mengetahui bahawa, kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep frasa kerja berdasarkan pendapat ahli-ahli bahasa. Frasa kerja dalam bahasa Melayu terdiri daripada kata kerja sebagai dasarnya. Dalam susunan ayat biasa, frasa kerja berfungsi sebagai predikat.
5.1 Konsep Frasa Kerja Bahasa Melayu
Frasa Kerja menurut Siti Hajar Abdul Aziz. (2008) ialah frasa yang terdiri daripada kata kerja sebagai unsur intinya. Frasa kerja bertugas sebagai predikat dalam susunan ayat biasa.
Menurut Abdullah Hassan et.al (2006), frasa kerja terdiri daripada satu atau beberapa perkataan dengan kata kerja berfungsi sebagai fungsinya. Frasa kerja wujud dalam sesuatu ayat dalam binaan predikat.
Frasa
Kerja(Predikat)
Frasa kerja (tanpa objek)
Frasa Kerja
(dengan objek)
27 Contoh :
Ayat
Subjek Predikat Frasa Kerja
(1). Emak
(2). Emak Ahmad (3). Pemuzik itu (4). P.Ramlee
menjemur kain.
menjual sayur di pasar.
meniup saksofon.
mencipta lagu itu.
5.2 Binaan Frasa Kerja
Binaan kata kerja terdiri daripada kata kerja tak transitif atau kata kerja transitif.
Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek sebagai penyambut. Kata kerja tak transitif juga dikatakan sebagai kata kerja yang tidak memerlukan frasa nama sebagai objek (penyambut) untuk melengkapkannya.
5.2.1 Frasa Kerja Tanpa Objek
Frasa kerja tanpa objek merupakan jenis frasa yang tidak memerlukan penyambut (objek) dan boleh berdiri sendiri dalam sesuatu binaan predikat.
Contoh :
(5). Faisal tidur lena.
(6). Budak nakal itu terjatuh lagi.
(7). Dia selalu bergaduh.
Berdasarkan contoh ayat di atas, ayat (91) , (92) dan (93) menunjukkan kata kerja tidur, terjatuh dan bergaduh. Kata kerja tersebut tidak memerlukan atau tidak tidak diikuti oleh frasa nama sebagai objek atau penyambut. Namun kata kerja ini boleh diikuti oleh unsur pelengkap dan penerang.
28 Contoh:
(8). Faisal tidur lena di bilik tidur.
(9). Budak nakal itu terjatuh lagi setelah terpijak kulit pisang.
(10). Dia selalu bergaduh sesama rakan sekolah.
Dalam ayat (94), (95), dan (96), kata kerja telah diberi unsur pelengkap dan penerang.
Biarpun begitu, ayat ini masih mengekalkan konsep kata kerja tak transitif (tanpa objek) Pelengkap ialah perkataan yang hadir selepas kata kerja transitif dan berfungsi untuk melengkapkan kata kerja tersebut.
5.3 Frasa Kerja Dengan Objek
Frasa kerja dengan objek dikenali juga sebagai frasa kerja transitif. Frasa kerja transitif mempunyai dasar kata kerja transitif. Kata kerja transitif pula ialah kata kerja yang memerlukan objek, Kata kerja jenis ini mesti diikuti oleh frasa nama sebagai objek atau penyambut untuk melengkapkan kata kerja tersebut.
Contoh:
Frasa Kerja
Kata Kerja Transitif Penyambut
Menaikkan bendera
menganyam tikar
membaiki radio
Contoh ayat lengkap:
(11). Pelajar itu menaikkan bendera semasa perhimpunan.
(12). Ibu menganyam tikar setiap hari.
(13). Mahmud membaiki radio yang telah rosak.
29 Frasa kerja juga boleh menerima unsur keterangan. Dalam ayat (11), (12) dan (13, frasa yang bergaris ialah unsur keterangan yang mengikuti objek. Unsur keterangan juga boleh terdiri daripada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama.
Dalam konteks ini , kadang-kala terdapat kekeliruan dalam kalangan pengguna bahasa menggunakan frasa kerja sebagai predikat. Hal yang demikian berlaku dalam proses membina sesuatu ayat.
Contoh kesilapan dapat dilihat dalam ayat (15) hingga ayat (19).
(15). Zamani akan melaporkan kepada warden asrama tentang kejadian itu.
(16).Halijah menggenggam erat tangan suaminya.
(17).Datuk Amran menghasilkan banyak produk berasaskan herba.
(18). Lee Chong Wei menghantar dengan tenang bulu tangkis ke jaring.
(19). Tuan Pengarah sedang membincangkan tentang isu pendidikan.
Semua ayat di atas tidak menepati sistem penggunaan kata/frasa kerja transitif.
Ayat-ayat yang tersebut di atas harus ditulis begini: (rujuk ayat 20 – 24) (20). Zamani akan melaporkan kejadian itu kepada warden asrama (21). Halijah menggenggam tangan suaminya dengan erat.
(22). Datuk Aman menghasilkan produk berasaskan herba.
(23). Lee Chong Wei menghantar bulu tangkis ke jaring dengan tenang.
(24). Tuan Pengarah sedang membincangkan isu pendidikan.
Catatan: kejadian’, ‘tangan’, ‘produk ’, ‘bulu tangkis’ dan ‘isu pendidikan’ ialah objek yang mesti hadir selepas
30
Aktiviti
1) Tulis 10 contoh frasa kerja tanpa objek
2) Buat analisis binaan frasa kerja berdasarkan sebuah cerpen atau rencana yang terdapat dalam majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka atau akhbar tempatan.
31 SINOPSIS
Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:
frasa kerja dengan kata bantu, frasa kerja dengan ayat komplemen dan unsur keterangan dalam frasa kerja.
Frasa kerja dalam bahasa Melayu mempunyai elemen kata bantu dalam predikat. Hal yang demikian membuktikan bahawa kepelbagaian elemen kata dalam sesuatu frasa bahasa Melayu menghasilkan satu sistem yang komprehensif. Kata bantu boleh hadir di hadapan predikat kata kerja. Terdapat dua jenis kata bantu iaitu kata bantu aspek dan kata bantu ragam. Dalam perbincangan ini, kita akan melihat pola-pola frasa kerja yang menggunakan kata bantu dalam predikat. Selain itu, aspek penggunaan ayat komplemen dan unsur keterangan akan dibincangkan juga dalam tajuk frasa kerja bahasa Melayu.
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat:
Menghurai frasa kerja dengan kata bantu, frasa kerja dengan ayat komplemen dan unsur keterangan dalam frasa kerja(1.1)
TAJUK 6 FRASA KERJA BAHASA MELAYU
32 KERANGKA TAJUK-TAJUK
6.0 Kandungan Isi
Anda perlu mengetahui bahawa, kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep frasa kerja berdasarkan pendapat-pendapat ahli bahasa. Frasa kerja dalam bahasa Melayu terdiri daripada kata kerja sebagai dasarnya. Dalam susunan ayat biasa, frasa kerja berfungsi sebagai predikat.
6.1 Binaan Frasa Kerja
Menurut Siti Hajar Abdul Aziz. (2008) Frasa kerja terdiri daripada kata kerja sebagai unsur intinya. Frasa kerja bertugas sebagai predikat dalam susunan ayat biasa. Dalam hal ini, frasa kerja yang melibatkan kata bantu aspek merupakan keperihalan tentang aspek masa lampau, ini atau masa hadapan. Hal yang demikian bersesuaian dengan fungsi kata bantu aspek.
1. Amirul sudah mencapai kejayaan dalam peperiksaan yang lepas.
2. Dia telah menulis puisi sejak di bangku sekolah.
3. Michael pernah mendapat pengiktirafan sebagai guru cemerlang.
Contoh (fungsi menunjukkan perbuatan yang belum dilakukan: akan dan belum)
4. Wan Malini akan memetik bunga di taman.
5. Adi Kencana belum lagi berminat untuk merantau ke kota.
Frasa Kerja (Predikat)
Frasa Kerja
(didahului kata bantu aspek dan kata bantu ragam
Frasa Kerja
(dengan ayat komplemen)
33 Menurut Abdullah Hassan pula Frasa kerja boleh terdiri daripada satu atau
beberapa perkataan dengan kata kerja berfungsi sebagai intinya. Frasa kerja terbina daripada lima unsur, iaitu
(i) kata bantu
(ii) kata kerja transitif atau tak transitif sebagai inti (iii) objek
(iv) pelengkap
(v) keterangan atau kata adverba
Kata bantu
Kata kerja transitif atau kata kerja tak transitif sebagai inti.
Objek atau pelengkap
Keterangan atau adverba
Menurut Nik Safiah Karim Kata kerja ialah perkataan yang menjadi inti bagi binaan atau konstruksi frasa kerja. Frasa kerja terdiri daripada kata kerja yang boleh diserai beberapa unsur lain seperti kata bantu, objek, pelengkap, ayat komplemen, dan ayat keterangan. beberapa contoh ayat yang mengandungi predikat frasa kerja seperti yang berikut:
1. Ali tidur.
2. Mereka sedang membaca buku.
3. Adik Fatimah bermain di padang.
4. Pemandu itu membelok ke kanan.
5. Peristiwa itu disaksikan oleh dua ratus orang.
6.2 Frasa Kerja Dengan Kata Bantu Ragam
Frasa kerja yang melibatkan kata bantu ragam merupakan keperihalan tentang aspek perasaan. Hal yang demikian bersesuaian dengan fungsi kata bantu aspek yang memerihalkan perasaan ketika melakukan perbuatan.
34 Menurut Abdullah Hassan kata bantu digunakan dengan kata kerja bagi menunjukkan aspek dan ragam (Kata bantu adalah kata keterangan). Kata bantu aspek dan ragam diletakkan sebelum kata kerja dalam frasa kerja.
Kata bantu aspek membezakan sama ada sesuatu perbuatan itu selesai, sedang dilakukan atau akan dilakukan. Ini dibawa oleh perkataan seperti telah, sudah, pernah, sedang, masih, akan dan belum.
Ada tiga jenis kata bantu aspek, iaitu kata bantu aspek sudah dilakukan, kata bantu aspek sedang dilakukan dan kata bantu aspek belum dilakukan.
Kata Bantu Aspek
Sudah dilakukan Sedang dilakukan Belum dilakukan sudah
telah pernah baru
sedang masih mula
belum akan
Contoh ayat:
1. Hujan masih turun renyai-renyai dan angin masih kuat.
2. Rumah pusakanya telah telah usang dan senget kerana dimamah usia.
3. Abang Asraf masih mencari kerja tetapi belum dapat-dapat lagi 4. Apabila ibu sudah pergi, barulah mereka berani berbual-bual semula.
5. Aida masih belum dapat memberitahu keputusannya walaupun telah ditanya berkali-kali.
6. Saya akan pergi ke Kelantan pada minggu hadapan.
Kata Bantu Ragam
Kata bantu ragam menerangkan perasaan pelaku terhadap perbuatan yang dilakukan.
Kata bantu ini termasuklah: hendak, mahu, harus, mesti, boleh, dan dapat. Contoh ayat 1. Salleh hendak tukarkan atap baru rumahnya.
2. Bahasa Kebangsaan harus menjadi bahasa yang utama dan luas penggunaannya di kompleks beli-belah.
35 3. Barang sembahnya harus diturut oleh Duli Yang Dipertuan kerana sukar tuanku
mencari hamba seperti seperti Laksamana itu.
4. Menerung itu mesti direbahkan secepat mungkin.
5. Tetapi beliau juga mempercayai aktiviti-aktiviti korteks boleh disimpul kait daripada aktiviti-aktiviti fisiologi tindak balas pantulan.
Kata Bantu Aspek dengan Kata Bantu Ragam
Kata bantu aspek dan ragam boleh hadir serentak dalam frasa. Yang berikut ialah kata bantu aspek yang mendahului kata bantu ragam. Contoh ayat:
1. Tuk Penghulu dan isteri serta anak-anaknya sudah tentu kehujanan.
2. .... seorang yang bergaya penggantungan medan tidak dapat menanggap figura tersebut, tetapi seorang yang bebas medan akan boleh menanggapnya.
3. Tahun ini entah bagaimana serangan ketam itu, Lahuma belum mengetahui, tetapi melihat cuaca di langit sudah pasti bencana itu akan datang lagi.
4. ....dan rasanya air matanya sudah hendak keluar.
Kata Bantu Ragam dengan Kata Bantu Aspek
Ada juga kata bantu ragam yang mendahului kata bantu aspek. Contoh ayat:
1. Dan diyakini Nadihah tentu sudah menyampaikan khabar itu kepada Sunarto.
2. Orang boleh sudah dalam dua tiga bulan, dia juga mesti sudah dalam dua tiga bulan.
3. Orang kampung tentu sudah berkeliaran dalam petak menolak sampah sarap.
4. Jadi, saya mesti telah memulakan pengajian.
5. Sekiranya muka Abdul Aziz berubah, dia tentu akan berkata, ”Sabar! Sabar!”.
6.3 Frasa Kerja Dengan Ayat Komplemen
Frasa kerja dengan ayat komplemen merupakan jenis frasa yang boleh menerima pelengkap atau sebaliknya yang dipancangkan ke dalam klausa utama bagi binaan
36 sesuatu ayat. Menurut Nik Safiah Karim et.al (2008), frasa kerja sama ada jenis transitif atau tak transitif, boleh menerima ayat komplemen. Dalam binaan predikat, frasa kerja jenis ini ditandai dengan penggunaan kata kata hubung bahawa, demi, supaya, semoga dan untuk. Apabila keadaan sedemikian berlaku, maka ayat yang terbentuk ialah ayat majmuk.
Contoh :
(i) Frasa kerja transitif dengan ayat komplemen
1. Cikgu Normah menegaskan bahawa tidur yang berkualiti adalah perlu untuk kesihatan minda.
2. Pak Mat mengakui bahawa dia pernah berkhidmat dalam pasukan komando.
3. Pemandu bas itu memaklumkan bahawa semua penumpang selamat sampai ke destinasi.
Berdasarkan contoh ayat di atas, ayat (1) , (2) dan (3) menunjukkan kata kerja tidur, terjatuh dan bergaduh. Kata kerja tersebut menerima ayat komplemen yang akhirnya membentuk ayat majmuk.
(ii) Frasa kerja tak transitif dengan ayat komplemen.
4. Haji Amin percaya bahawa mangsa kebakaran itu boleh diselamatkan.
5. Kim Seng faham bahawa jirannya terpaksa berpindah ke kampung.
6. Jasmin berpendapat bahawa kerjaya guru sangat mencabar.
Dalam ayat (4), (5), dan (7), frasa kerja tak transitif telah menerima ayat komplemen.
Biarpun begitu, ayat ini masih mengekalkan konsep kata kerja tak transitif dan akhirnya membentuk ayat majmuk.
37 6.4 Unsur Keterangan dalam Frasa Kerja
Unsur keterangan dalam frasa kerja diwakili oleh unsur-unsur penerang yang memerihalkan atau menerangkan kata kerja tersebut dengan lebih lanjut. Unsur –unsur biasanya hadir selepas kata kerja. Bagi kata kerja transitif, unsur keterangan hadir selepas objek (penyambut). Unsur-unsur keterangan boleh terdiri daripada binaan frasa sendi nama, frasa adjektif, dan frasa nama. Yang pasti, unsur keterangan ini dapat memberikan gambaran yang lebih jelas tentang maksud dan sasaran makna dalam sesuatu frasa yang menjadi struktur binaan dalam satu-satu frasa.
Berdasarkan aspek makna yang hadir dalam frasa kerja, unsur keterangan dapat dibahagikan kepada lapan jenis:
i. Keterangan tempat atau arah ii. Keterangan waktu
iii. Keterangan cara
iv. Keterangan tujuan atau harapan v. Keterangan alat
vi. Keterangan penyertaan vii. Keterangan hal
viii. Keterangan bagai
Huraian:
(i) Keterangan tempat atau arah
Unsur keterangan tempat atau arah membincangkan tempat berlakunya peristiwa.
Penggunaan kata sendi nama di,ke,dari,daripada,kepada ,pada jelas terdapat dalam unsur keterangan ini.
Contoh:
1. Dia belajar di universiti.
2. Abang Malik memanjat ke atas bumbung rumah.
3. Lim Swee Ting berasal dari Negeri Sembilan.
4. Emak Shafiqah menerima hadiah cenderamata daripada guru besar.
38 (ii) Keterangan waktu
Dua bentuk keterangan waktu wujud dalam frasa kerja iaitu
bentuk frasa sendi nama yang mengandungi kata sendi nama iaitu pada, dalam , sejak dan hingga
bentuk frasa nama seperti semalam, tahun lepas,
Contoh :
1. Pensyarah itu menamatkan kuliah pada jam 9 malam.
2. Pameran kesenian itu bermula sejak semalam.
3. Aiman menunggu kepulangan ayahnya hingga pukul 12 malam.
(iii) Keterangan cara
Keterangan cara boleh bersumberkan daripada kata adjektif.
Keterangan cara boleh terbina daripada frasa sendi nama yang mengandungi kata sendi nama dengan diikuti kata adjektif yang menerima kata pembenda – nya.
Contoh :
a) Air sungai mengalir deras.
1. (a) Air sungai mengalir dengan derasnya.
2. Azman berlari pantas.
2 (a) Azman berlari dengan pantasnya.
3. Menteri berjalan megah.
3 (a) Menteri berjalan dengan megahnya.
(iv) Keterangan tujuan atau harapan
Keterangan tujuan atau harapan ialah unsur yang menerangkan sesuatu perbuatan atau kejadian.
Keterangan tujuan menggunakan kata sendi nama : demi, untuk dan bagi.
39 Contoh :
1. Muhamad belajar bersungguh-sungguh demi masa depan.
2. Mereka berkahwin untuk mencapai kebahagiaan hidup.
3. Penghulu berucap di perhimpunan itu bagi menjelaskan isu sebenar.
(v) Keterangan alat
Unsur yang menerangkan peralatan, perkakas atau benda yang digunakan dalam sesuatu proses atau peristiwa. Kata sendi nama yang digunakan ialah dengan.
Contoh:
1. Guru pelatih itu datang dengan menaiki kereta api 2. Encik Ahmad memotong kek dengan pisau.
3. Harjit Singh memukul bola dengan kayu hoki.
(vi) Keterangan penyertaan
Unsur yang menerangkan maksud ikut serta, ikut bersama-sama atau melibatkan diri.
Kata sendi nama yang digunakan ialah dengan.
Contoh:
1. Aminah datang ke masjid dengan suaminya.
2. Pegawai kebajikan melawat kampung contoh dengan ahli jawatankuasa surau.
3. Muniandy masuk ke pejabat dengan pembantunya.
(vii) Keterangan hal
keterangan hal berfungsi menerangkan keadaan
kata sendi nama yang digunakan ialah tentang, mengenai, terhadap.
40 Contoh:
1. Tuan pengurus sedang memikirkan tentang masalah itu.
2. Panel disiplin membuat teguran terhadap kes itu.
3. Jurutera perunding membuat penilaian semula tentang projek tersebut.
(viii) Keterangan bagai
Unsur yang menerangkan keserupaan,kesamaan atau hampir sama.
Kata sendi nama yang digunakan ialah seperti, bagai, sebagai, bak.
Contoh :
1. Amran berlagak seperti pegawai tinggi .
2. Kepantasan lelaki itu bertindak bagai lipas kudung . 3. Diana berlakon sebagai Puteri Gunung Ledang.
4. Hidungnya mancung bak seludang.
6.5 Kesimpulan
Frasa kerja merupakan satu bentuk frasa yang kompleks dan mampu menerima unsur- unsur perkataan yang menjadi struktur asas dalam binaan predikatnya.
Hal yang demikian bergantung kepada situasi dan rumus yang menjadi dasar dalam pembentukan frasa yang akhirnya.
41 1. Berdasarkan perkataan di bawah, bina ayat yang menggunakan
predikat frasa kerja dengan kata bantu ragam atau kata bantu aspek.
i. melagukan ii. bertolak iii. memancing iv. berupaya v. mengalami vi. bersedia vii. memutuskan viii. berjumpa ix. memikirkan x. mendirikan
2. Isikan tempat kosong dengan kata bantu aspek dan kata bantu ragam dalam ayat-ayat berikut:
a) Hassan __________ menghadiri majlis persandingan di-Raja itu malam tadi.
b) Peserta Sukan Olimpik itu ____________ menghadapi banyak dugaan pada masa ini.
c) Kita _________ berjaya kerana kita tahu bagaimana hendak menyelesaikan masalah itu.
d) Dia __________ belajar lagi, tetapi tidak mempunyai wang yang cukup.
e) Janggan ganggu, dia ____________ menyiapkan kerja sekolahnya.
f) Pihak bank _____________ mengambil tindakan terhadap mereka yang gagal menjelaskan hutang.
Aktiviti
Bincangkan fungsi kata bantu ragam dan kata bantu aspek dalam frasa kerja.
Latihan
42 3. Bina ayat yang menggunakan kata bantu ragam atau kata bantu aspek sekali
gus.
a) telah dapat b) sedang hendak c) masih boleh d) harus telah e) mesti akan f) mesti sedang
43
SINOPSIS
Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:
Binaan frasa adjektif : unsur pengisi frasa adjektif
Penguat
Kata bantu dalam frasa adjektif
Frasa adjektif dalam bahasa Melayu mempunyai elemen kata yang terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mewakili kata sifat atau kata adjektif sebagai kata intinya. Hal yang demikian membuktikan bahawa kepelbagaian elemen kata sifat atau kata adjektif memberikan impak dalam pembentukan frasa adjektif yang berfungsi sebagai predikat dan juga unsur keterangan dan unsur penerang dalam predikat.
Harus dijelaskan bahawa kata adjektif yang hadir selepas kata kerja disebut sebagai keterangan. Sementara, kata adjektif yang hadir selepas kata nama disebut sebagai penerang. Dalam perbincangan ini, kita akan melihat pola-pola frasa adjektif yang berkaitan dengan binaan frasa, kata penguat dan kata bantu dalam frasa. Selain itu, unsur pengisi yang wujud dalam frasa adjektif akan dibincangkan juga dalam tajuk frasa adjektif bahasa Melayu ini.
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat:
Menjelaskan definisi frasa adjektif. (1.1)
Menghuraikan binaan frasa adjektif dengan unsur pengisi, penguat dan kata bantu. (1.2)
TAJUK 7 FRASA ADJEKTIF BAHASA MELAYU
44 KERANGKA TAJUK-TAJUK
7.0 Kandungan Isi
Anda perlu mengetahui bahawa, kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep frasa adjektif berdasarkan pendapat ahli-ahli bahasa. Frasa adjektif dalam bahasa Melayu terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mewakili kata sifat atau kata adjektif sebagai kata intinya. Dalam susunan ayat biasa, frasa adjektif berfungsi sebagai predikat.
7.1 Binaan Frasa Adjektif : Unsur Pengisi Frasa Adjektif
Menurut Abdullah Hassan, Frasa adjektif ialah frasa yang terdiri daripada perkataan atau susunan beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif sebagai inti. Kata inti ini berfungsi sebagai predikat dan juga sebagai keterangan dalam predikat.
7.1.1 Frasa Adjektif sebagai Predikat
Frasa adjektif boleh berfungsi sebagai predikat. Contohnya:
Subjek Predikat
Wajahnya cantik
bersih niatnya
Adik sudah besar
Kampung itu gamat
Orang kampung selalu sesat di kota Frasa Adjektif
Binaan Frasa Adjektif:
Unsur Pengisi Frasa Adjektif
Penguat
Kata Bantu dalam Frasa Adjektif45 Frasa adjektif bertugas sebagai predikat dalam susunan ayat biasa. Dalam hal ini, frasa adjektif boleh terdiri daripada satu kata adjektif atau beberapa kata yang
mengandungi kata adjektif dengan kata bantu dan penguat sama ada dihadapan atau di belakangnya. Hal yang demikian bersesuaian dengan fungsi kata bantu dan penguat sebagai binaan dan unsur pengisian dalam frasa adjektif.
Contoh :
1. Wak Samad sudah terlalu tua
Dalam ayat (1) [Wak Samad] merupakan subjek frasa nama yang diikuti oleh predikat frasa adjektif.
Dalam binaan predikat, [sudah + terlalu + tua] merupakan predikat yang terbina daripada unsur-unsur berikut :
[kata bantu + penguat + kata adjektif]
Unsur pengisi dalam frasa adjektif juga dapat dilihat dalam contoh-contoh di bawah:
Kata Bantu Penguat Kata Adjektif Penguat
sudah - belum masih
-
terlalu sangat
- terlalu
amat
tua prihatin
masak awal
baik
- - benar
- -
Dalam contoh-contoh di atas, kata bantu boleh hadir bersama-sama penguat hadapan mendahului kata adjektif. Namun, penguat juga boleh hadir sama ada di belakang atau di belakang kata adjektif. Bentuk sedemikian boleh berubah-ubah berdasarkan rumus tatabahasa dan pola dalam ayat berkaitan.
7.1.2 Binaan Kata Adjektif Satu Perkataan
Menurut Abdullah Hassan binaan ini terdiri daripada satu kata adjektif seperti rajin, malas, cantik, pucat, kotor dan sebagainya. Kata adjektif ini tidak berimbuhan.
46 Contoh:
1. Dia teringat perut isterinya yang besar itu.
2. Adik sudah besar
3. Abangnya sengaja malas mencari kerja 4. Kasutnya kotor terkena lumpur.
Binaan jenis ini merupakan asas kepada pembentukan frasa adjektif yang menggunakan satu kata adjektif dalam ayat.
Contoh:
i. Salimah sangat rajin.
ii. Guru Pendidikan Jasmani itu cergas iii. Dia kelihatan ceria.
iv. Penglihatannya kabur.
v. Tanamannya subur.
7.1.2 Binaan Kata Adjektif Dua Perkataan
Binaan dua perkataan adjektif merupakan asas kepada pembentukan frasa adjektif yang menggunakan dua kata adjektif dalam ayat
Pola binaannya boleh terdiri daripada yang berikut:
(i) kata adjektif + kata adjektif (unsur keserasian makna) Contoh :
letih lesu cantik molek lemak manis penat lelah
(i) kata adjektif + kata adjektif (makna berlawanan) Contoh:
jatuh bangun