• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAHAGIAN F : KEBAIKAN PROGRAM J-QAF

Dalam dokumen KAJIAN IMPAK TERHADAP PELAKSANAAN PROGRA (Halaman 66-69)

Data-data daripada ‘open-ended’ yang dikutip daripada informan menunjukkan kebaikan program j-QAF seperti yang ditunjukkan melalui format laporan berikut :

Tema Kebaikan Program j-QAF

Persedian guru Guru dapat membuat persediaan awal pengajaran dan pembelajaran, ini kerana guru telah mendapat bimbingan guru2 yang lain.

Mendapat Pengalaman

Guru mendapat lebih banyak pengalaman untuk mengawal keadaan murid (mengetahui bagaimana situasi sekolah dan suasana pengajaran dan

pembelajaran).

Memberi latihan perguruan berasaskan pengalaman.

Dapat memberi peluang kpd siswazah menambah pengalaman dan

menyebarkan beberapa banyak ilmu yang ditimba selama ini kpd generasi muda yang bru melangkah ke alam persekolahan.

Mode (LPBS) amat bersesuaian kerana dengan latihan ini saya dapat pengalaman ketika berada di sekolah. Saya dapat mengalami sendiri suasana persekolahan, ragam murid-murid, cabaran-cabarann menangani kerenah mereka (pengalaman secara terus).

Mode (LPBS) melatih saya untuk lebih berkeyakinan dan bersemangat kental ketika berhadapan dengan masalah-masalah atau tekanan-tekanan ketika berada di sekolah.

Pencapaian matlamat kurikulum yang dihasratkan

Melahirkan pelajar yang berilmu tentang Jawi, boleh membaca al-Quran, berbahasa Arab dan ilmu Fardhu Ain.

Membasmi buta huruf Jawi, kedhaifan ilmu Fardhu Ain dan membaca al- Quran.

Menerap ilmu Fardhu Ain kepada murid sejak awal secara teori dan praktikal.

Memberi pengetahuan dan penekanan dalam menguasai ilmu agama (j-QAF) kepada murid2.

Memberi pendedahan kepada murid luar bandar,

Memberi pengetahuan kepada generasi tentang perkara yang berkaitan dengan pendidikan Islam.

Pendidikan intelek dan rohani berjalan dengan serentak.

Program yang dirancangkan ini banyak kelebihan yang diperolehi samada kepada pihak sekolah, guru mahupun murid. Paling jelasnya ia memberi kelebihan kepada murid yang mana di peringkat awal lagi murid telah didedahkan dan diajar dengan pengajaran asas ilmu Islam seperti Jawi, al- Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain. Justeru, diharapkan agar program seperti ini mampu melahirkan generasi hadapan yang celik al-quran sekali gus membentuk akhlak generasi hadapan yang cemerlang.

Program j-QAF secara tidak langsung dapat melahirkan anak-anak bangsa menjadi insan yang berguna dan berjaya.

Program j-QAF yang saya ikuti sangat memberikan kelebihan kepada saya kerana dengan adanya program ini saya dapat menguasai kesemua aktiviti- aktiviti yang dijalankan. Saya juga dapat menguasai tulisan Jawi dengan lebih mahir lagi di samping menguasai ilmu Fardhu Ain. Murid-murid yang bermasalah juga dapat menguasai tulisan Jawi dan cepat membaca Jawi dengan adanya kelas pemulihan Jawi yang dijalankan disekolah.

Menghidupkan semula masyarakat Islam yang semakin jauh dari bidang agama.

Melahirkan murid-murid sebagai generasi yang celik agama dan bersahsiah tinggi di samping diterapkan dengan ilmu-ilmu yang berguna.

Dapat memperkasakan Pendidikan Islam di Malaysia.

Dapat membentuk murid-murid melaksanakan ajaran/system pendidikan Islam yang sebenar.

Murid yang lebih mantap dari segi jasmani, rohani, emosi, intelek, sahsiah dan sosial.

Murid yang lebih berketrampilan.

Dapat meningkatkan kefahaman tentang agama Islam dengan lebih mendalam bukan sahaja kepada murid2 tetapi juga kpd guru2 yang bukan opsyen agama terutamanya mereka yang berada di kawasan pedalaman. Memberi peluang kepada murid-murid yang tidak berpeluang untuk belajar Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain untuk belajar melalui guru J- QAF

Program J-QAF yang dilaksanakan dapat membantu pelajar mengetahui asas-asas agama terutamanya pelajar yang tinggal di pendalaman yang ketandusan ilmu-ilmu keagamaan.

Secara tidak langsung ianya dapat mempengaruhi masyarakat setempat terutamanya di kawasan pendalaman mengenai ilmu agama

Mengembangkan syariat Islam.

Dalam jangkamasa panjang kita mampu melahirkan anak-anak yang seimbang Jasmani, Emosi Rohani Intelek (JERI)..

Pelajar dapat diasuh bacaan al-Quran, menguasai Bahasa Arab, mengenali huruf-huruf Jawi dan mengetahui cara-cara berwudhuk dan solat di awal usia.

Mewujudkan rasa cinta kepada agama di kalangan kanak-kanak Mengukuhkan lagi ilmu berkaitan dengan keagamaan.

Mengembangkan lagi ilmu agama dan memperluaskan Islam.

Dapat memberikan pelajar-pelajar sekolah rendah ilmu yang berkaitan dengan Fardu Ain, al-Quran dan kemahiran berbahasa Arab apabila menjejakkan kaki ke sekolah menengah.

Melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan dari segi duniawi dan ukhrawi.

Membina budaya cintakan agama Islam. Penerapan dan

perentasan nilai Mendidik dan mengasuh sahsiah pelajar dengan nilai-nilai murni.Dapat melahirkan murid-murid yang berakhlak mulia melalui pengajaran yang menerapkan nilai-nilai murni.

Penggunaan

Modul Modul yang baik / lengkap. Pandangan dan

dari semua pihak.

Ibubapa yang kurang pendidikan agama di kawasan luar bandar di Sabah semakin celik dengan bidang keagamaan

Pedagogi Pembahagian murid dalam satu kelas membolehkan murid diberi tumpuan latih tubi.

Memberi peluang kepada pelatih mempraktikkan apa yang dipelajari seterusnya meningkatkan penguasaan samada dari segi ilmu ataupun praktikal mereka di dalam P&P.

Membantu murid-murid lemah dengan lebih berkesan.

Memberi pemuihan dan pengajaran Pendidikan Islam yang berkesan kepada murid-murid sekolah rendah.

Memberi tumpuan yang lebih kpd murid2 yang lemah dan tercicir dalam pembelajaran.

Dapat kenal pasti murid2 yang lemah dari peringkat rendah.

Kerjaya Memberi peluang kepada pelajar jurusan pengajian islam mendapat pekerjaan yang lebih baik dan terjamin.

Pengangguran tidak berleluasa dikalangan penuntut pengajian Islam dari universiti-universiti tempatan/luar negara.

Dapat menambah kekurangan guru agama di sekolah-sekolah terutamanya di kawasan pedalaman.

Mengurangkan bebanan tugas Guru Pendidikan Islam.

Dapat membantu golongan siswazah yang mengganggur dalam bidang agama

Guru j-QAF boleh menjadi guru tambahan kepada sekolah-sekolah yang kekurangn guru. Dalam masa yang sama, guru-guru j-QAF dapat menambah pengetahuan dari subjek-subjek lain yang diajar, seperti sains, matematik, B. Inggeris dan sebagainya.

Elaun memuaskan. Kelas Pemulihan

Jawi

Dapat menguasai tulisan Jawi.

Dapat melahirkan murid yang celik Jawi. Model 6 bulan khatam al-Quram/ Model tasmik khatam al-Quran

Dapat menyedarkan umat Islam mendalami dan mempelajari ilmu al-Quran serta mengamalkan dalam kehidupan seharian.

Meningkatkan tahap kebolehan pelajar dalam menguasai al-Quran. Dapat memberi pendedahan yang awal (sekolah rendah) kepada setiap pelajar mengenai asas pembelajaran dan pembacaan ql-Quran serta dapat. melahirkan pelajar yang celik al-Quran.

Dapat membantu dan meningkatkan pengetahuan pelajar dalam ilmu2 agama, penghayatan ilmu tajuid dan tilawah al Quran.

Dapat menghabiskan al-Quran dengan cepat.

Murid-murid dapat meningkat prestasi baca al-Quran melalui tasmik.

Dapat menyedarkan umat Islam mendalami dan mempelajari ilmu Al-Quran serta mengamalkan dalam kehidupan seharian.

Model khatam Quran menyebabkan murid-murid beragama Islam tidak lagi buta al-Quran.

Dapat memupuk minat membaca al-Quran di kalangan pelajar. Melahirkan insan yang celek al-Quran.

Bahasa Arab Komunikasi

Dapat memahami bahasa Arab dan dapat menggunakan perkataan yang mudah untuk berkomunikasi (pelajar).

mana mungkin mereka tidak pernah belajar bahasa Arab sebelum ini. Bagus dalam penerapan bahasa Arab pada peringkat awal kanak-kanak Salah satu usaha di mana guru-guru j-QAF dapat menarik minat murid yang bukan Islam untuk mempelajari Bahasa Arab.

Fardhu Ain/ Kem Bestari Sholat

Mengasuh mereka untuk solat.

Mengetahui cara bacaan/ solat dari umur 7 tahun.

Melahirkan murid-murid yang tahu cara pelaksanaan solat dengan betul. Murid-murid beragama Islam dapat dididik dari kecil tentang amalan Fardhu Ain seperti cara, mengambil wudu’, solat melalui Kem Bestari Solat.

Dapat menyempurnakan tuntutan agama degan memperbaiki dan mengelokkan lagi ibadat solat.

Membantu murid-murid di kawasan pendalaman khususnya Sabah dan Sarawak mengenali perkara-perkara asas dan Fardu Ain.

Kem Bestari Solat satu aktiviti yang baik bagi mengajar murid pengetahuan solat secara tidak langsung memberi kesedaran kepada ibubapa dan

masyarakat.

Memantapkan kekuatan rohani dengan penekanan dalam kem solat Kemudahan/

sumber / sokongan

Ada kemudahan yang disediakan.

Dalam dokumen KAJIAN IMPAK TERHADAP PELAKSANAAN PROGRA (Halaman 66-69)

Dokumen terkait