• Tidak ada hasil yang ditemukan

KAJIAN IMPAK TERHADAP PELAKSANAAN PROGRA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "KAJIAN IMPAK TERHADAP PELAKSANAAN PROGRA"

Copied!
82
0
0

Teks penuh

(1)

KAJIAN IMPAK TERHADAP PELAKSANAAN

PROGRAM j-QAF DI INSTITUT

PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

DAN SEKOLAH KEBANGSAAN

DI MALAYSIA

Dr. Ghazali bin Darusalam

Rahimi bin Mat Saat

Jabatan Asas Pendidikan Dan Kemanusiaan

Fakulti Pendidikan

Universiti Malaya

Dr. Zaidah binti Mustafa

Unit Penyelidikan Dan Pembangunan Profesionalisme

Bahagian Pendidikan Guru

Kementerian Pelajaran Malaysia

(2)

KANDUNGAN Muka Surat Abstrak

Pengenalan 2

Latar Belakang Program j-QAF 3

Rasional Program j-QAF 3

Impliksi Program j-QAF 4

Fokus Program j-QAF 5

Konsep Program j-QAF 6

Objektif Program j-QAF 6

Sasaran Program j-QAF 6

Pelaksanaan Program j-QAF 6

Pemutusan Pelaksanaan Program j-QAF 13

Rasional Kajian 14

Pembinaan Bahan Kurikulum 14

Buku Panduan 15

Bahan Bantu Mengajar 15

Kokuriklum Program j-QAF 15

Penyertaan Sekolah 2005-2007 16

Bilangan Murid 2005 – 2007 16

Bilangan Guru Mengikut Negeri Tahun 2005- 2007 16

Pencapaian Murid Tahun 1 Tahun 2006 17

Peruntukan Kewangan 18

Fungsi Bahagian-Bahagian Di Kementerian Pelajaran Malaysia 18

Isu dan Cabaran 19

Permasalahan Kajian 19

Tujuan Kajian 20

Persoalan Kajian 20

Reka Bentuk Kajian 20

Sampel Kajian 20

Instrumen Kajian 20

Analisis Data 21

Profil Responden 21

Kajian Lampau 21

Ujian Rintis 28

Dapatan Kajian

Bahagian A : Latar Belakang Sampel (Demografi) 30

Bahagian B : Latar Belakang Akademik 34

Bahagian C : Latar Belakang Pengalaman Kerja 39

Bahagian D : Latar Belakang Pekhidmatan Sekarang 42 Bahagian E : Persepsi Guru Terhadap Program j-QAF 48

Kerja 48

Masalah kerjaya 54

Pembelajaran j-QAF 55

Kepuasan Program Latihan 56

Kepuasan Pengajaran Pensyarah 57

Bahagian F : Kebaikan Program j-QAF 58

Bahagian G : Kelemahan Program j-QAF 61

Bahagian H : Cadangan Penambahbaikan Program j-QAF 64

(3)

Penutup 69

Bibliografi 70

ABSTRACT

(4)

discover above 71 j-QAF teachers feel very satisfied for all the course program which have been carried out. Teacher’s satisfaction for j-QAF's lecturers teaching, finding research showed above 93 percent of j-QAF teachers feel satisfied for their interaction with lecturers in IPG from the aspect of theoretical knowledge transfer, practical knowledge, emphasis on application, innovation practical activity and creativity elements in their education. Finding from qualitative data also show the main good or advantage of j-QAF’s program is j-QAF’s teacher have gotten experience especially from the aspect of knowledge input, real teaching in classroom, overcome students problems and can build self-confidence. They also said that curriculum objective of j-QAF’s program as those desired by Ministry of Education Malaysia have been achieved in producing students who acquire the religion knowledge, skilled in recitation and writings Jawi

(5)

ABSTRAK

Kurikulum Pendidikan Islam semakin hari semakin mantap dengan tercetusnya beberapa cadangan dan perubahan bagi maksud penambahbaikan menyeluruh. Program j-QAF sebagai contohnya adalah manifistasi pemerkasaan sistem Pendidikan Islam melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. Program j-QAF telah mula diperkenalkan pada tahun 2005 dan sehingga kini amat sedikit kajian-kajian yang mengenainya. Tujuan kajian ini dibuat adalah untuk melihat beberapa impak pelaksanaannya samada di Institut Pendidikan Guru mahu pun di sekolah secara khususnya. Reka bentuk kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif melalui soal selidik sebagai data primer serta disokong dengan kajian kualitatif melalui data-data yang dipungut daripada ‘open-ended question’. Lima persoalan kajian dikemukakan yang mencakupi aspek; persepsi kerjaya, permasalahan, kepuasan pembelajaran, kepuasan pelaksanaan program latihan dan kepuasan terhadap pengajaran pensyarah disamping melihat kekuatan dan kelemahan Program j-QAF daripada pandangan para guru j-QAF. Lokasi kajian meliputi seluruh Malaysia, bilangan sampel n = 497 pemilihannya dibuat dengan menggunakan teknik ‘stratified random sampling’. Data-data kajian kuantitatif dianalisis secara menggunakan statistik deskriptif (measure of central tendancy) manakala data-data yang dipungut melalui kajian kualitatif di analisis secara tema dan kategori. Hasil dapatan kajian menunjukkan lebih daripada 97 peratus dorongan guru j-QAF memilih kerjaya dalam profesyen perguruan adalah disebabkan oleh kehendak diri mereka sendiri, lebih 86 peratus pula menyatakan tujuan mereka memilih

profesyen guru adalah disebabkan oleh ingin mendapat kepuasan kerja, ingin berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan serta ingin mendapat kerja yang lebih terjamin, lebih daripada 88 peratus guru-guru j-QAF telah mengetahui matlamat program j-QAF yang sebenar. Daripada Aspek pengurusan dan hubungan antara guru-guru j-QAF dengan pihak sekolah dan komuniti, didapati lebih daripada 80 peratus guru-guru j-QAF dapat menjalinkan kerjasama dengan pihak sekolah. Daripada aspek pencapaian pelajar, lebih daripada 98 peratus guru-guru j-QAF sentiasa

mengutamakan pencapaian/penguasaan pelajar, lebih daripada 94 peratus guru-guru j-QAF bangga menjadi guru j QAF, gembira dengan tugas sebagai guru j QAF dan mendapat kepuasan daripada kerja yang dijalankan. Daripada aspek pelaksanaan pengurusan pengajaran dan

pembelajaran, pedagogi dan penilaian, dapatan kajian mendapati lebih daripada 84 peratus guru-guru j-QAF menggunakan pelbagai kaedah/pendekatan pengajaran. Dari aspek pelaksanaan kokurikulum program j-QAF didapati lebih daripada 82 peratus pentadbir sekolah sentiasa memberi galakan dan sokongan kepada aktiviti kokurikulum j QAF .

(6)
(7)

Pengenalan

Pada hari ini kurikulum persekolahan kebangsaan mendukung hasrat murni negara bagi

menyediakan pendidikan bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan akan datang seperti yang dihasratkan melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. Pelaksanaan cita-cita yang murni ini diteruskan dengan pelbagai usaha dan cara, antaranya melalui penyemakan kurikulum baru, impak daripada Akta Pendidikan 1996. Tujuan penyemakan ini adalah untuk memartabatkan sistem pendidikan negara, memenuhi semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan

mempersiapkan murid dengan cabaran-cabaran semasa dalam menghadapi abad ke 21.

Sehubungan dengan itu, Program j-QAF adalah antara usaha memperkasa Pendidikan Islam dalam pelaksanaan Kurikulum Semakan Pendidikan Islam. Program j-QAF ini merupakan hasil idea YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi yang berhasrat melahirkan murid di sekolah rendah yang khatam al-Quran. Beliau juga menyarankan pendidikan Bahasa Arab diwajibkan, asas-asas Fardhu Ain diamalkan dan pelajaran Jawi diperkukuhkan bermula dari sekolah rendah. Pelaksanaan program j-QAFmenggunakan kurikulum, model dan modul tersendiri serta menggunakan peruntukan waktu sedia ada yang diajar oleh tenaga guru yang dilantik khusus.

Tanggungjawab untuk melaksanakan program ini dipikul oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan usaha merealisasikannya oleh Jabatan Pelajaran Islam dan Moral.(JAPIM) kepada konsep Islam Hadhari yang disarankan oleh YAB Perdana Menteri.

Pelbagai jenis model dalam program j-QAF telah dicadangkan seperti kelas pemulihan Jawi, Model Tasmik, khatam Al-Qur’an model 6 bulan, peluasan Bahasa Arab Komunikasi dan model Bestari Solat yang sedang dilaksanakan di sekolah-sekolah rendah sejak tahun 2005 secara berperingkat-peringkat sehingga terlaksana sepenuhnya pada tahun 2010. Ini seperti yang diusahakan oleh Kementerian Pelajaran.

Latar Belakang Program j-QAF

(8)

Kementerian Pelajaran Malaysia pada 30 Disember 2003 yang lalu. Perdana Menteri telah menyarankan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia hendaklah mengambil usaha bagi membolehkan murid-murid khatam al-Qur'an di sekolah rendah dan mewajibkan Bahasa Arab diajar di peringkat persekolahan berkenaan.

Program j-QAF dilaksana hasil cetusan idea Y.A.B Perdana Menteri ketika melawat Kementerian Pelajaran Malaysia pada 30 Disember 2003.. Atas saranan Y.A.B Perdana Menteri, beberapa siri mesyuarat di peringkat Jabatan Perkhidmatan Pelajaran, Kementerian Pelajaran Malaysia bil. 178/2004 pada 13 Januari 2004 telah bersetuju dan mengambil tindakan susulan di atas kenyataan bahawa pendidikan agama tidak boleh dijadikan sistem berasingan dan usaha perlu dilakukan agar semua sekolah agama dijadikan institusi Pendidikan Islam di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.

Ini diikuti dengan mesyuarat pengurusan Kementerian Pelajaran Bil. 1/2004 pada 7 Januari 2004 telah memutuskan supaya Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Kementerian Pelajaran Malaysia diberi tanggungjawab membuat perancangan dan melaksanakannya dalam kadar segera.

Seterusnya mesyuarat pengurusan Kementerian Pelajaran Malaysia bil. 2/2004 pada 21 Januari 2004 telah dimaklumkan dan bersetuju bahawa projek ini diberi nama singkatan j-QAF iaitu "j" bermaksud Jawi, "Q" bermaksud al-Qur'an, "A" bermaksud Bahasa Arab dan "F"

bermaksud Fardhu Ain. Hasrat murni ini juga telah diperhalusi di peringkat KPM dalam seminar j-QAF 3 – 5 Mac 2004. Sehubungan dengan itu satu projek rintis dijalankan selama 3 bulan di 36 buah sekolah seluruh negara. Dalam Majlis Taklimat KPM kepada Y.A.B Perdana Menteri pada 6 Ogos 2004 berhubung dengan cadangan Jawatankuasa Tan Sri Murad dan Laporan Projek Rintis j-QAF bahawa Y.A.B. Perdana Menteri bersetuju Program ini dilaksana mulai tahun 2005.

Rasional Program j-QAF

(9)

Implikasi Program j-QAF

Pelaksanaan projek j-QAF yang sedang dirancang sudah tentunya akan memberi pelbagai implikasi terhadap sistem Pendidikan Islam itu sendiri termasuklah kuikulum, jadual waktu dan perjawatannya. Dari segi kurikulumnya projek j-QAF lebih bersifat penambahbaikan terhadap silibus Pendidikan Islam itu sendiri. Penambahan terhadap berberapa kemahiran dan amalan Islam ini membawa kepada implikasi penambahpadatan jadual waktu dan seterusnya

memerlukan kepada penambahan keperluan tenaga guru dan guru pembimbing kerana program yang akan dilaksanakan ini tidak boleh dibebankan kepada guru Pendidikan Islam yang sedia ada. Oleh itu jawatan secara hakiki perlu diwujudkan secara berasingan. Keperluan tanaga pengajar tambahan ini sangat penting untuk mengisi keperluan perjawatan yang akan diwujudkan khususnya guru Bahasa Arab, Guru pemulihan jawi dan guru berkemahiran al-Qu'ran. Semua idea dan isu ini sudah tentunya memberi impak terhadap program latihan

perguruan yang dipertanggungjawabkan kepada Institut-Institut Pendidikan Guru Malaysia yang dipilih bagi melatih guru-guru projek j-QAF.

Bahagian Pendidikan Guru (BPG) juga berfungsi sebagai agensi latihan yang telah dipertanggungjawabkan untuk menyediakan guru terlatih secara berperingkat melalui Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS). Oleh itu BPG akan melaksanakan tindakan-tindakan berikut :

a) Menyediakan kurikulum, model dan modul latihan guru b) Menguruskan pemilihan calon guru

c) Melaksanakan latihan KPLI Mod LPBS di Institut Pendidikan Guru dan di sekolah-sekolah

d) Menguruskan dan mengesahkan pensijilan guru e) Menyediakan bajet latihan.

(10)

Kementerian Pelajaran Malaysia telah merancang program j-QAF dengan matlamat untuk memperkasakan pendidikan Islam di sekolah rendah dalam sistem pendidikan Negara. Perubahan inovasi baru pendidikan Islam dalam arus perdana ini memerlukan komitmen yang tinggi di kalangan pelaksana di peringkat Jabatan Pelajaran Negeri, Institut perguruan,Malaysia dan pentadbir sekolah. Pelaksana program j-QAF ini perlu memahami dan mematuhi garis panduan yang ditetapkan bagi mencapai matlamat dan objektif yang dihasratkan.

Fokus Program j-QAF

Program j-QAF ini berfokus kepada Jawi, Al-Qur’an, Bahasa Arab dan Fardhu Ain untuk membolehkan murid dapat khatam Al-Qur’an pada tahun 6 sekolah rendah, di samping dapat meningkatkan penguasaan dalam tulisan Jawi, menghayati amalan fardhu ain dan boleh

berkomunikasi dengan perkataan-perkataan mudah bahasa Arab. Atas usaha dan inisiatif tersebut satu garis panduan Pelaksanaan Kurikukum dan Kokurikulum program j-QAF digubal untuk menjadi panduan kepada sekolah dan guru dalam melaksanakan projek ini dengan jayanya.

Konsep Program j-QAF

Program j-QAF merupakan suatu usaha memperkasakan sistem Pendidikan Islam (PI) melalui penekanan khusus dalam pengajaran Jawi, Al-Qur’an, Bahasa Arab dan Fardhu Ain yang dilaksanakan di peringkat sekolah rendah. Pelaksanaan program j-QAF ini bertujuan untuk memperkasakan lagi tiga subjek teras Pendidikan Islam iaitu Kemahiran Jawi, Pembacaan Al-Qur'an, penguasaan Bahasa Arab Komunikasi dan pemantapan amalan-amalan ibadah Fardhu Ain. Pelaksanaan program ini menggunakan kurikulum, model dan modul yang tersendiri. Oleh itu latihan perguruan perlu dirangka untuk membolehkan guru-guru ini dapat melaksanakan proses pemulihan, bimbingan, penguasaan kemahiran, pengukuhan dan penghayatan murid. Pelaksanaannya adalah menggunakan peruntukan jadual waktu sedia ada.

Objektif Program j-QAF

Jika dilihat dari segi objektifnya, projek j-QAF adalah untuk meningkatkan :

i. Membimbing dan memulih murid-murid yang keciciran dalam Jawi secara berterusan agar dapat menguasai bacaan dan tulisan jawi,

ii. melahirkan murid Islam yang khatam al-Quran sebelum menamatkan pengajian di sekolah kebangsaan,

(11)

iv. pemantapan serta penghayatan amalan-amalan asas fardhu ain.

Sasaran Program j-QAF

Sasaran program ini ialah murid-murid di sekolah rendah dan peringkat awal dimulai oleh murid tahun 1/ 2005 di sekolah-sekolah yang terpilih. Murid-murid yang lain akan meneruskan pembelajaran sedia ada dan dilibatkan dalam Majlis Khatam al-Qur’an bersama-sama murid tahun 1. Sebanyak 1221 buah sekolah dengan 4,861 buah kelas dan seramai 194,440 orang murid akan terlibat pada tahun 2005 ini.

Pelaksanaan Program j-QAF

Projek j-QAF yang telah dilaksanakan diperingkat percubaan kepada 38 buah sekolah

kebangsaan (sekolah rendah) terpilih di seluruh negara sebelum pelaksanaan sebenar pada tahun

2005 secara berperingkat-peringkat telah melibatkan tiga agensi pelajaran ; Jabatan Pendidikan

Islam dan Moral, Bahagian Pendidikan Guru dan Institut-Institut Pendidikan Guru Malaysia.

Ketiga-tiga agensi pelajaran ini memainkan peranannya mengikut fokus masing-masing.

Dari segi pelaksanaan projek j-QAF Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Kementerian

Pelajaran Malaysia telah mengorak langkah menggubal kurikulum, modul-modul dan

model-model alternatif yang difikirkan sesuai bagi tujuan pelaksanan projek j-QAF di mana

pelaksanaan projek j-QAF hendaklah berpandukan kepada bahan-bahan berikut mengikut

subjeknya :

i. program kemahiran jawi – p&p berpandukan kepada Buku Panduan

Pelaksanaan Jawi dan Buku Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Jawi

ii. program khatam al-Qur'an - p&p berpandukan kepada Buku Panduan Pelaksanaan

Model al-Quran dan Buku Panduan Rekod Tasmik al-Quran.

iii. program Bahasa Arab Komunikasi – p&p berpandukan kepada Buku Panduan

(12)

iv. Program Fardhu Ain – p&p berpandukan kepada Buku Panduan Pelaksanaan Model

Bestari Solat.

Penjadualan Program j-QAF

Kelas pemulihan Jawi dijalankan serentak dengan waktu pengajaran jawi murid-murid biasa dalam tempoh 6 bulan pertama dan diajar sebanyak 2 waktu seminggu. Selepas itu Pendidikan Jawi ini diajar sebanyak 1 waktu seminggu kepada murid-murid tahun 1. Bagi peluasan pelaksanaan Bahasa Arab Komunikasi (BAK) ia akan dilaksanakan sepertimana pelaksanaan BAK sebagai bahasa tambahan di Sekolah Kebangsaan pada masa ini, iaitu selama dua waktu seminggu. Ia diajar bersama-sama dengan mata pelajaran Bahasa China Komunikasi dan Bahasa Tamil Komunikasi.

Model 6 bulan khatam al-Qur’an akan menggunakan waktu PI sebanyak 4 waktu dalam tempoh 6 bulan pertama tahun persekolahan. Pada masa yang sama bagi murid yang belum menguasai bacaan Qur’an akan meneruskan kaedah IQRA’. Pada 6 bulan kedua pengajaran al-Qur’an menggunakan 3 waktu untuk tahun 1, dan 2 waktu pada tahun 2 hingga 6. Bagi model Tasmik pelaksanaannya adalah di luar jadual waktu persekolahan. Bagi model bestari solat akan dilaksanakan di luar jadual waktu persekolahan. Ia dilaksanakan 4 kali setahun.

Bahan Dan Kemudahan

Bahan-bahan asas yang disediakan dalam program ini adalah seperti; pelaksanaan buku panduan dasar dan pengurusan kurikulum j-QAF, buku-buku panduan pelaksanaan model-model pengajaran j-QAF dan bahan-bahan contoh untuk pengajaran dan pembelajaran kelas pemulihan jawi. Selain itu mushaf al-Qur’an, buku aktiviti jawi, buku teks bahasa Arab komunikasi, buku aktiviti bahasa Arab, bahan bantu belajar pemulihan jawi, perisian komputer bagi keempat-empat komponen j-QAF, bahan-bahan bacaaan tambahan, tafsir al-Qur’an, kamus bahasa Arab, buku latihan khat jawi, makmal j-QAF, bilik khas j-QAF dan peralatan ICT amat diperlukan bagi pengukuhan dan pengayaaan program j-QAF supaya dapat meningkatkan keberkesanan pelaksanaannya.

Pentaksiran

(13)

Tugas-Tugas Lain Guru j-QAF

Semua guru yang bertugas di sekolah tertakluk kepada tanggungjawab sampingan yang sememangnya wujud di sekolah. Tugas sampingan adalah untuk memantapkan pelaksanaan pengurusan sekolah oleh pihak pentadbir. Tugas-tugas ini adalah tugas yang selain dari tugas kurikulum dan kokurikulum seperti terlibat dengan jawatankuasa PIBG, jawatankuasa komuniti masyarakat, jawatankuasa surau atau masjid, jawatankuasa keselamatan kampung dan sebagainya. Oleh itu guru-guru j-QAF juga tidak akan terlepas dari fenomena dan tanggungjawab ini seperti mana guru-guru lain khususnya guru pendidikan Islam.

Pemantauan Dan Bimbingan

Pegawai-pegawai j-QAF peringkat pusat dan negeri akan menjalankan pemantauan secara berterusan untuk memberi bimbingan bagi menjamin keberkesanan pelaksanaan program ini. Laporan pemantauan akan dibuat dari semasa ke semasa mengikut keperluan bagi mengenal pasti kelemahan dan kekuatan program tersebut untuk diambil tindakan sewajarnya.

Amalan Program j-QAF Di Sekolah-Sekolah Kebangsaan

Dari segi pelaksanaan program j-QAF, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengorak langkah menggubal kurikulum, modul-modul dan model-model alternatif yang bersesuaian dengan tujuan pelaksanan projek j-QAF. Pelaksanaan program j-QAF hendaklah berpandukan kepada bahan-bahan yang telah disediakan oleh pihak kementerian. Dari segi model-model program j-QAF untuk perlaksanaan 2005 lima model telah dikenal pasti iaitu empat model pengajaran dan satu model kokurikulum. Model-model berkenaan adalah seperti berikut :

i. Model kelas pemulihan jawi

(14)

bilangan murid seramai antara 6 hingga 10 yang belum mengenal huruf tunggal atau suku kata terbuka. Murid akan dipulihkan supaya dapat mengenal, menyebut dan menulis huruf tunggal, suku kata terbuka dan tertutup serta membina

perkataan-perkataan mudah.

ii. Model tasmik al-Qur’an

Ia dilaksanakan di luar waktu persekolahan normal mengikut kesesuaian dan keupayaan murid serta dengan persetujuan ibu bapa mereka dan kesediaan guru pembimbing yang terdiri daripada guru j-QAF, guru Pendidikan Islam, guru-guru mata pelajaran lain yang berkebolehan atau pembimbing luar yang

bersesuaian yang dilantik oleh pihak sekolah. Guru j-QAF akan membimbing dan merekod perkembangan bacaan al-Quran murid secara individu. Pelaksanaannya adalah di luar sidang persekolahan. Murid yang cemerlang dalam bacaan boleh meneruskan bacaan al-Quran tanpa terikat dengan agihan juzuk yang

dicadangkan.

iii. Model 6 bulan khatam al-Qur’an

Diperjelaskan dalam buku Panduan Pelaksanaan Program Khatam Qur’an. P&P berpandukan kepada Buku Panduan Pelaksanaan Model al-Quran dan Buku Panduan Rekod Tasmik al-Quran. Pelakasanaannya menggunakan peruntukan waktu Pendidikan Islam yagn sedia ada. Kaedah talaqqi dan musyafahah

(membaca secara bersemuka) digunakan sebagai strategi P&P pula untuk mencapai objektif P & P. Murid yang belum menguasai bacaan al-Qur’an dibimbing dengan kaedah IQRA’, sementara murid yang telah menguasai bacaan al-Qur’an diteruskan menggunakan model khatam al-Qur’an modul 6 bulan. Tumpuan P&P kepada penguasaan kemahiran membaca al-Quran pada 6 bulan pertama tahun 1 dan aspek khatam al-Quran pada 6 bulan pertama tahun 2 hingga tahun 6. Manakala murid yang belum menguasai bacaan al-Quran akan terus menggunakan kaedah Iqra’

iv. Model Peluasan Bahasa Arab komunikasi

(15)

Islam yang tidak mengambil bahasa tambahan lain. Model ini diperjelaskan dalam Buku Panduan Perluasan Pelaksanaan Bahasa Arab Komunikasi. P&P berpandukan kepada Buku Panduan Pelaksanaan Bahasa Arab dan Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab. Status mata pelajaran BAK adalah sebagai mata pelajaran pilihan. Murid-murid diwajibkan memilih BAK sekiranya tidak mengambil mata pelajaran Bahasa Cina Komunikasi atau Bahasa Tamil Komunikasi. Peruntukan waktu adalah 60 minit seminggu dan diajar oleh guru Bahasa Arab yang dikhaskan. Subjek BAK bertujuan menanam minat terhadap Bahasa Arab dan berupaya berkomunikasi dengan perkataan-perkataan mudah

v. Model bestari solat (kokurikulum)

Diperjelaskan dalam Buku Panduan Pelaksanaan Kem Bestari Solat. P&P berpandukan kepada Buku Panduan Pelaksanaan Model Bestari Solat.

Pelaksanaannya selama dua hari tanpa bermalam dengan kekerapan 4 kali setahun dalam bentuk kem. Setiap kem mengambil masa selama 10 jam pengisian kem adalah latihan amali wuduk, amali solat, solat berjemaah, ujian pra dan pasca program, riadah dan pertandingan. Ia juga dikategorikan sebagai aktiviti kokurikulum Pendidikan Islam dan dimasukkan dalam takwim sekolah.

Bagi aktiviti-aktiviti pengukuhan model-model yang akan dilaksanakan adalah seperti berikut : i.. Kelab seni tulisan jawi

ii. Kem bina juara

iii. Majlis khatam al-qur’an iv. Kem literasi al-qur’an dan v. Pertandingan bahasa Arab

(16)

Program yang dilaksanakan ini tidak boleh dibebankan kepada guru Pendidikan Islam yang sedia ada. Oleh itu jawatan secara hakiki telah diwujudkan secara berperingkat-peringkat. Keperluan sumber tenaga pengajar ini sangat penting untuk melaksanakan keperluan dan struktur dalam Program j-QAF khususnya bagi keperluan guru Bahasa Arab, Guru pemulihan jawi dan guru berkemahiran Al-Qur’an. Implikasi program ini yang utama adalah kepada latihan perguruan. Peranan ini dipertanggungjawabkan kepada Institusi-Institusi Perguruan Malaysia yang dipilih bagi melatih guru-guru projek j-QAF seluruh negara.

Bahagian Pendidikan Guru juga berfungsi sebagai agensi latihan yang telah dipertanggungjawabkan untuk menyediakan guru terlatih secara berperingkat melalui Kursus Perguran Lepasan Ijazah (KPLI) Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS). Oleh itu BPG melaksanakan tindakan-tindakan berikut :

i. Menyediakan kurikulum, model dan modul latihan guru ii. Menguruskan pemilihan calon guru

iii. Melaksanakan latihan KPLI Mod LPBS di Institusi Perguruan dan di sekolah

iv. Menguruskan dan mengesahkan pensijilan guru v. Menyediakan bajet latihan.

Sebanyak 25 buah Institusi Perguruan Malaysia dipilih untuk melaksanakan projek j-QAF. Penglibatan para pensyarah khususnya di Jabatan Pengajian Islam bukan sahaja berfungsi sebagai fasilitator malah berperanan sebagai key-personal melatih bakal-bakal guru j-QAF dan guru pembimbing j-QAF.

Kementerian Pelajaran Malaysia telah merancang program j-QAF dengan matlamat untuk memperkasakan pendidikan Islam di sekolah rendah dalam sistem pendidikan Negara. Perubahan inovasi baru pendidikan Islam dalam arus perdana ini memerlukan komitmen yang tinggi di kalangan pelaksana di peringkat Jabatan Pelajaran Negeri, Institusi Perguruan dan pentadbir sekolah. Pelaksana program j-QAF ini perlu memahami dan mematuhi garis panduan yang ditetapkan bagi mencapai matlamat dan objektif yang dihasratkan.

(17)

Tahun 2005 2006 2007 2008 2009 2010 Bil. Sekolah 7634 7674 7714 7754 7794 7835 Penyertaan

Tahun 1 1221 1235 1247 1260 1273 1599

Tahun 2 1221 1235 1247 1260 1273

Tahun 3 1221 1235 1247 1260

Tahun 4 1221 1235 1247

Tahun 5 1221 1235

Tahun 6 1221

Jumlah 1221 2456 3703 4963 6235 7835

Bagi jawatan guru j-QAF diwujudkan bagi pelaksanaan program j-QAF seperti berikut :

Unjuran Ambilan Guru j - QAF Bagi Tahun 2005-2010

Tahun 2005 2006 2007 2008 2009 2010 Bil. Guru Tahun 1 3663 3705 3741 3780 3819 4797 Tahun 2 1221 1235 1247 1260

Tahun 3 1221 1235 1247

Jumlah 3663 4926 6197 6262 6326 4797

Status Guru adalah Guru Kursus Lepasan Ijazah Sekolah Randah MOD Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah ( KPLI SR MOD LPBS).

Unjuran sekolah yang ada j-QAF

TAHUN UNJURAN BIL. SEKOLAH

2005 1221 1221

2006 1235 2456

2007 1247 3703

2008 827 4530

2009 766 5296

2009 766 5296

(18)

Unjuran guru j-QAF

TAHUN UNJURAN GURU BIL. GURU

2005 3,663 3,663

2006 3,705 7,368

2007 4,962 12,330

2008 6,236 18,566

2009 6,301 24,867

2010 7,304 32,171

Penjadualan

MODEL 6 BULAN PERTAMA 6 BULAN KEDUA

Kelas Pemulihan Jawi

60 minit seminggu (2 waktu x 30 minit tahun 1

sahaja)

30 minit seminggu (1 waktu x 30 minit )

Model 6 bulan khatam al-Quram

120 minit seminggu (4 waktu x 30 minit)

90 minit seminggu (3 waktu x 30 minit) Model tasmik khatam

al-Quran Dilaksanakan di luar jadual waktu

Bahasa Arab Komunikasi 60 minit seminggu (2 waktu x 30 minit)

60 minit seminggu (2 waktu x 30 minit)

Kem Bestari Sholat 4 kali setahun

Pemutusan Pelaksanaan Program j-QAF

Mesyuarat pengurusan Kementerian Pelajaran Bil. 1/2004 pada 7 Januari 2004 telah

memutuskan supaya Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Kementerian Pelajaran Malaysia diberi tanggungjawab membuat perancangan dan pelaksanaannya secara menyeluruh dan segera. Seterusnya mesyuarat pengurusan Kementerian Pelajaran Malaysia bil. 2/2004 pada 21 Januari 2004 telah dimaklumkan dan bersetuju bahawa projek ini diberi nama singkatan j-QAF iaitu "j" bermaksud Jawi, "Q" bermaksud Al-Qur'an, "A" bermaksud Bahasa Arab dan "F" bermaksud Fardhu Ain. Pemutusan pelakasanakan program j-QAF dibuat berdasarkan beberapa siri mesyuarat, taklimat dan pemantauan berikut :

• Mesyuarat Memperkasa Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Agama Rendah • Mesyuarat Pasukan Petugas Khas j-QAF

• Mesyuarat Jawatankuasa pelaksana j-QAF

(19)

• Mesyuarat Jawatan Kuasa Pemilihan dan Penempatan Guru-guru Pelatih j-QAF • Mesyuarat Jawatan Kuasa Pemilihan Sekolah

• Kursus Kejurulatihan dan Kursus Dalam Perkhidmatan Guru-guru j-QAF • Taklimat kepada Nazir Sekolah

• Taklimat kepada JPN

• Taklimat kepada Guru Besar

• Taklimat kepada Guru Pembimbing • Taklimat kepada Guru Pendidikan Islam • Taklimat kepada Pensyarah di IPG

• Pemantauan Bersepadu KPM-SPPIM - JPN • Pemantauan Awal Tahun Persekolahan • Pemantauan Secara Berkala Pusat

• Pemantauan Secara Berterusan Negeri, PPD dan PPG

Rasional Kajian

Mengikut Buku Panduan Dasar, Pelaksanaan Dan Pengurusan Kurikulum j-QAF (2004), menjelaskan bahawa program j-QAF yang dilaksanakan perlu dipastikan keberkesanan pelaksanaanya. Sehubungan itu, pemantauan pelaksanaan program perlu dibuat untuk melihat sejauhmana program yang dirancang memenuhi aspek-aspek berikut:

i. mengenalpasti masalah ii. isu dan cabaran

Matlamat dan keperluan kajian terhadap program j-QAF bertujuan untuk menilai dan mengambil tindakan sewajarnya bagi tujuan penambahbaikan.

Berdasarkan Buku Panduan Pelaksanaan Program j-QAF (2006) juga menyarankan agar aktiviti pemantauan bersepadu program j-QAF dibuat dengan melaksanakan satu kajian terperinci menggunakan kaedah temu bual, pemerhatian, dokumen, senarai semak dan soal selidik, responden terdiri daripada para peserta kursus/program, pensyarah dan pentadbir samada di sekolah atau pun Institut Pendidikan Guru Malaysia serta para pegawai di Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Kementerian Pelajaran Malaysia.

(20)

Pelaksanaan Program j – QAF dalah menggunakan sukatan, huraian sukatan dan modul-modul berikut :

• Sukatan Pelajaran Pemulihan Jawi • Sukatan Pelajaran Khatam al-Quran

• Sukatan Pelajaran Bahasa Arab Komunikasi KBSR • Huraian Sukatan Pemulihan Jawi

• Huraian Sukatan Pelajaran Khatam al-Quran

• Huraian Sukatan Bahasa Arab Komunikasi Tahun 1, 2 & 3 • Modul Pemulihan Jawi Tahun 2

• Modul Pemulihan Jawi Tahun 3 • Modul Bestari Solat Tahun 2 • Modul Bestari Solat Tahun 3

Buku Panduan

Buku-buku panduan berikut akan digunakan oleh guru dalam pelaksanaan Program j-QAF : • Buku Panduan Dasar, Pelaksanaan dan Pengurusan Kurikulum j-QAF.

• Buku Panduan Pelaksanaan Model-Model Pengajaran dan Pembelajaran dan Kokurikulum j-QAF Tahun 1.

• Buku Panduan Pelaksanaan Model-Model Pengajaran dan Pembelajaran dan Kokurikulum j-QAF Tahun 2 & 3.

Bahan bantu mengajar

Beberapa bahan maujud dan bukan maujud serta sumber bantu mengajar telah disedikan oleh pihak Kementerian Pelajaran bagi kemudahan guru-guru dan murid seperti berikut:

1. Bahan Bantu Mengajar bagi kelas pemulihan Jawi.

Bahan bantu bagi pengajran kelas pemulihan Jawi adalah seperti ; Permainan Belon, Permainan Belon, Boling, Keretapi dan Kad Huruf, Tenteng, Permainan Senawi, CD Nasyid, Pokok Besatari, Pancing Ikan,,, Rumah Merpati,, Tol Ilmu, Mindal Ceria

2. Bahan Bantu Mengajar (Model Khatm al-Qur’an)

(21)

3. Bahan Bantu Mengajar ( Bahasa Arab Komunikasi)

Bahan bantu mengajar bagi mata pelajaran Bahasa Arab Komunikasi adalah seperti ; Kad Imbasan Bahasa Arab Tahun 1, Kad Imbasan B. Arab Tahun 2 & Tahun 3, CD B. Arab Tahun 1 dan Buku Bacaan Tambahan B.Arab

4. Bahan Bantu Mengajar (Model Bestari Solat)

Bagi bahan bantu mengajar Model Bestari Solat seperti ; Carta Wuduk, Carta Solat, Carta Surah Pendek dan Kaset/CD Bacaan dalam solat

Kokurikulum Program j-QAF

Jenis dan pelaksanaan Kokurikurum Program j-QAF tidaklah sama dengan unit GERKO sekolah, sebaliknya ia bersifat keagamaan dan praktikaliti seperti berikut :

• Majlis Khatam al-Quran Sekolah-sekolah Peringkat Negeri • Majlis Khatam al-Quran Sekolah-sekolah Peringkat Kebangsaan • Kelab Seni Tulisan Jawi

• Persatuan Bahasa Arab • Kem Bina Juara

Penyertaan Sekolah 2005 – 2007

BIL NEGERI 2005 2006 2007

1 Perlis 14 15 16

2 Kedah 98 99 100

3 Pulau Pinang 51 52 53

4 Perak 132 133 133

5 Selangor 128 129 129

6 Kuala Lumpur 43 44 45

7 Negeri Sembilan 52 53 54

8 Melaka 40 41 41

9 Johor 143 144 144

10 Pahang 83 84 84

11 Terengganu 69 70 71

12 Kelantan 89 90 91

13 Sabah 147 148 151

14 Sarawak 128 129 132

15 Labuan 4 4 3

Jumlah 1221 1235 1247

(22)

TAHUN 2005 2006 2007 Jumlah Kohort 1 Kohort 2 Kohort 1 & 2

Sekolah 1221 1,221 1,235 3703

1 132,226 144,685 99,857 257,332

2 132,226

Jumlah 132,226 276,911 99,857 257,332 634,100

Bilangan Guru Mengikut Negeri Tahun 2005

NEGERI GURU NEGERI GURU

Perlis 41 Melaka 119

Kedah 292 Terengganu 203

Pulau Pinang 150 Pahang 249

Perak 385 Kelantan 267

Selangor 377 Sabah 437

Kuala Lumpur 125 Sarawak 375

Negeri Sembilan 156 Labuan 13

Johor 391

Jumlah 3,615

Bilangan Guru Mengikut Negeri Tahun 2006

NEGERI GURU NEGERI GURU

Perlis 49 Melaka 127

Kedah 323 Terengganu 209

Pulau Pinang 175 Pahang 251

Perak 374 Kelantan 277

Selangor 420 Sabah 384

Kuala Lumpur 151 Sarawak 286

Negeri Sembilan 157 Labuan 12

Johor 393

Jumlah 3,613

Bilangan Guru Mengikut Negeri Tahun 2007

NEGERI GURU NEGERI GURU

Perlis 49 Melaka 138

Kedah 365 Terengganu 260

Pulau Pinang 189 Pahang 332

Perak 367 Kelantan 340

Selangor 466 Sabah 244

Kuala Lumpur 177 Sarawak 193

Negeri Sembilan 193 Labuan 13

Johor 398

(23)

BIL MODEL PENCAPAIAN (%)

1 Pencapaian Jawi 90.8

2 Al-Qur’an 46.4

3 Bahasa Arab 84.9

4 Bestari Solat (wuduk) 92.6

5 Bestari Solat (amali) 92.5

6 Bestari Solat (bacaa) 54.6

Peruntukan kewangan

PERUNTUKAN KEWANGAN

TAHUN 2005 TAHUN 2006

RM

9,768.565,00 14,287,300.00RM

Rancangan Malaysia Ke-9

PERANCANGAN RM (JUTA)

Makmal Pembelajaran

Makmal j-QAF mengandungi elemen berikut :

• Ruang Pemulihan jawi • Ruang Khatam al-Quran

• Bilik Interaktif yang dilengkapi dengan 7 buah komputer • Bilik Utiliti

226.8

Pembinaan Sekolah (2,520)

Projek Tambahan Gantian 1,588 kelas Dan ubah suai naik taraf 932 buah kelas

99.8

Perisian j-QAF 9.9

Fungsi Bahagian-Bahagian Di Kementerian Pelajaran Malaysia

Peranan bahagian-bahagian di Kementerian Pelajaran Malaysia dalam melakasanakan Program j-QAF adalah seperti berikut :

BIL BAHAGIAN FUNGSI

1 BAHAGIAN PENDIDIKAN

GURU

• Pemilihan calon guru j-QAF • Pengambilan Guru Dalam Latihan secara LPBS

• Melatih calon guru j-QAF di IPG • Menjalankan Bimbingan

• Melaksana dan menilai Praktikum • Menjalankan peperiksaan

• Mengiktiraf kelayakan dengan

mengeluarkan Sijil Perguruan/Ikhtisassia

2 BAHAGIAN SUMBER

MANUSIA

• Mengenal pasti keperluan Norma perjawatan guru j-QAF

(24)

QAF ke Agensi Pusat JPA

3 BAHAGIAN KEWANGAN • Mengenal pasti keperluan Norma perjawatan guru j-QAF

• Mewujudkan Norma Perjawatan Guru • Memohon Norma Perjawatan guru QAF ke Agensi Pusat JPA

4 BAHAGIAN BUKU TEKS • Menyediakan Buku Teks Bahasa Arab untuk keperluan murid

• Mengedar Buku Teks Bahasa Arab ke sekolah

5 BAHAGIAN

PEMBANGUNAN & PEROLEHAN

• Menyelaras pembelian bahan-bahan pembelajaran j-QAF

• Menyelaras pembinaan Makmal Pembelajaran j-QAF

6 BAHAGIAN

PERANCANGAN & PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN

• Merancang Dasar Pelaksanaan Program j-QAF

• Menyediakan unjuran sekolah j-QAF • Menyediakan perancangan Makmal Pembelajaran j-QAF

7 JABATAN PENDIDIKAN KHAS

• Merancang Pelaksanaan Program j-QAF di Sekolah Pendidikan Khas

• Melaksana Program j-QAF di Sekolah Pendidikan Khas

Isu Dan Cabaran

Beberapa isu, cabaran dan kekangan yang dikenal pasti semasa melaksanakan Program j-QAF adalah seperti berikut :

ISU DAN CABARAN KEKANGAN

• Bekalan guru belum mencukupi untuk ditempatkan di sekolah

• Kemudahan asas seperti surau atau kelas tidak mencukupi bagi melaksanakan P&P j-QAF. • Guru masih dalam latihan dan tidak mendapat

pendedahan yang jelas tentang program j-QAF dan kaedah Iqra’.

• Kurang kefahaman tenaga pensyarah sambilan di IPG tentang Program j-QAF.

• Pertembungan masa pembelajaran kelas KAFA dengan model Tasmik

• Pertambahan pegawai diperlukan bagi memantau pelaksanaan Program j-QAF kerana perluasan sekolah yang akan melaksanakan Program j-QAF

(25)

Hasil daripada bahan-bahan bacaan yang dirujuk dapatlah dirumuskan bahawa permasalah kajian meliputi aspek-aspek berikut ;

i. mengenalpasti kepuasan guru j-QAF terhadap aspek kerjaya.

ii. mengenalpasti kepuasan guru j-QAF terhadap aspek pembelajaran dan pengajaran iii. mengenal pasti kepuasan guru j-QAF terhadap aspek latihan.

Tujuan Kajian

Secara umum, kajian ini bertujuan untuk menilai kepuasan guru j-QAF terhadap pelbagai aspek program, j-QAF di institut Perguruan dan juga di sekolah, khususnya daripada segi ; kerjaya, pembelajaran dan pengajaran serta latiahan program j-QAF.

Persoalan Kajian

Persoalan kajian secara khusus adalah untuk menilai status pelaksanaan praktikum program j-QAF berdasarkan persoalan kajian berikut :

i. Sejauh manakah persepsi guru terhadap program j-QAF dari aspek kerjaya ?

ii. Sejauh manakah persepsi guru terhadap program j-QAF dari aspek masalah kerjaya ? iii. Sejauh manakah pesepsi guru terhadap program j-QAF dari aspek pembelajaran ? iv.. Sejauh manakah kepuasan guru terhadap program j-QAF dari aspek program latihan ?

v.. Sejauh manakah kepuasan guru terhadap pengajaran pensyarah-pensyarah j-QAF ?

Reka Bentuk Kajian

Rekabentuk kajian ini menggabungkan dua disiplin penyelidikan; kuantitatif dan kualitatif. Kajian kuantitatif akan menggunakan statistitk deskriptif bagi data-data yang berkaitan dengan menggunakan instrumen soal selidik. Manakala kajian kualitatif akan menggunakan ’tema dan kriteria’ terhadap ’soft data’ dengan menggunakan instrumen temu bual berkumpulan.

Sampel Kajian

Sampel kajian ini terdiri daripada seramai 497 guru-guru KPLI – GDL – SR – j-QAF dari seluruh Malaysia termasuk dari Sabah dan Sarawak. Sampel kajian ini dipilih menggunakan kaedah rawak berstrata (stratified random sampling). Bilangan sampel ini adalah memadai bagi kajian berbentuk deskriptif seperti mana yang dijelaskan oleh Fraenkel dan Norman (1996) ;

(26)

studies, we think a sample with minimum number of 100 is essential. For correlational studies, a sample of at least 50 is deemed necessary to establish the existence of a

relationship…”

(hlm: 106)

Instrumen Kajian

Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk soal selidik. Instrumen soal selidik dianggap sesuai dalam bidang pendidikan dalam pengumpulan data (Mohd Majid

Konting,1990). Untuk tujuan ini, penyelidik telah merekabentuk satu set soal selidik dan mengedarkannya kepada 20 buah Institut Perguruan Malaysia di seluruh negara yang terlibat melatih guru-guru KPLI j-QAF untuk mendapat maklum balas data yang diperlukan.

Kandungan borang soal selidik ini terbahagi kepada 7 bahagian iaitu ; i. Bahagian A : Latarbelakang responden

ii. Bahagian B : Persepsi guru terhadap program j-QAF dari aspek kerjaya

iii. Bahagian C : Persepsi guru terhadap program j-QAF dari aspek masalah kerjaya iv. Bahagian D : Persepsi guru terhadap program j-QAF dari aspek pembelajaran

v. Bahagian E : Kepuasan guru terhadap program j-QAF dari aspek program latihan

vi. Bahagian F : Kepuasan guru terhadap pengajaran pensyarah-pensyarah j-QAF vii. Bahagian G : Kelebihan Program j-QAF

viii. Bahagian H : Kelemahan Program j-QAF

ix. Bahagian I : Cadangan Penambahbaikan Program j-QAF

Analisis Data

Untuk tujuan kajian ini, analisis data berkomputer SPSS For Windows Release 11.5 (Statistical Package for Social Science) digunakan oleh penyelidik bagi menganalisis data-data kuantitatif. Analisis statistik deskriptif dalam bentuk min, sisihan piawai, frekuensi dan peratusan akan digunakan bagi menerangkan hasil dapatan kajian.

Profil responden

(27)

dicadangkan oleh Krejcie and Morgan (1979) dalam ”Determining Sampel Size for Research Activities” (bagi N = 3500, n = 346 / N = 4000, n = 351)

Kajian Lampau

Laporan daripada Berita Harian ( 26 September 2007) menyatakan seramai 680 murid kelas j-QAF di selruuh negara mewakili 2,560 murid j-j-QAF telah khatam al-Qur’an dari seluruh negara tahun ini. Pada majlis sama, Timbalan Perdana Menteri mengumumkan pernujkkan RM150 uta sebagai tambahan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia membina makamal j-QAF dis elua sekolah kebangsaan selruuh negara spenajgn Ranfcangan Malaysia Ke Semibilan (RMK-9), Dauk Seri Najib Tun Razak menjelaskan lagi, kejayaan program j-QAF adalah bukti pendidikan agama sebgai asas dalampentmbetukan generasi al-Qur’an yang boleh menjadi kejayaan negara.

j-QAF adalah pelengkap sistem Pendidikan Islam negara kita, walaupun sebelum ini diperliekehkan pihak teterntu,kononyasistem pendidkankita adalahsekular, neamun hari nin koita dapat lihat sistem pendidikan kita sebenarnya berasaskan sistem pendidiakn Islam. Adalah menjadi hasrat kerjaan memebawa pembangunan negara ini secara holistik dans eimbang, selras dnegna perjuangan berasaskan konsep Islam yang syumul. Islam bukan sahaja agama ritual semata-mata tetapi juga satu Addien yang memperjuangkan pembangunan bersifat material bagi melahirkan sebuah tamadun baru. Kementerian Pelajaran Malaysia memperuntukkan RM224.4 juta bagi menyediakan makmal Program Jawi, al-Qur’an, Arab dan Fardhu Ain (J-QAF) yagn dilaksanakan sejak 2005, bagi memperkasakan kurikulum peniddikanIslam di sekolah kebangsaan.

Dato’ Hishamuddin pada majlis yang sama berkata, selepas tiga tahun, 644,419 murid kini menguasai Jawi, memahami asas bahasa Arab, mampu membaca al-Qur’an dengan baik serta penghayatan asas Fafdu Ain dalam kehidupan seharian. Selepas tiga tahun program j-QAF di sekolah rendah terpilih seluruh negra, kita dapat melahirkanmurid yagnbukan saja celik Qur’an, malah khtam al-Qur’an di bangku sekolah rendah lagi.

(28)

diwujudkan di semua sekolah selainmenaik taraf kemudahan seida ada dengan peruntukan RM224.4 juta sepanjang Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9)

Manakala kajian oleh Ghazali, Nasarauddin, Kasim dan rakan-rakan (2006) mengenai “Pelaksanaan Program KPLI – LPBS- SR – j-QAF Di Sekolah-Sekolah Kebangsaa Kementerian Pelajaran Malaysia mendapati aspek-aspek pelaksanaan yang dipatuhi mengikut prosidur j-QAF adalah seperti berikut:

1. jadual waktu mata pelajaran j-QAF di sekolah telah mematuhi keperluan sepertimana yang dirancangkan. (min 4.3 )

2. kelas pemulihan jawi program j-QAF telah dapat dilaksanakan mengikut perancangan ( min 4.2).

3. Bahasa Arab Komunikasi juga didapati telah dilaksanakan mengikut prosedur yang dirancangkan.(min 4.2).

4. sekolah-sekolah juga telah melaksanakan program 6 bulan khatam Al-Quran sepertimana yang dirancangkan. (min 4.3)

5. Tasmik Al-Quran juga adalah baik dan mematuhi prosedur perancangan. (min 4.4). 6. kebanyakan aktiviti dalam Program Model Bestari Solat telah dilaksanakan oleh pihak sekolah.

7. Pelaksanaan kelas pemulihan jawi program j-QAF telah dapat dilaksanakan mengikut perancangan (min 4.1).

Terdapat juga aspek-aspek yang tidak dipatuhi dari segi pelaksanaan j-QAF adalah seperti berikut:

1. peruntukan waktu pembelajaran tahun 2 hingga 6 yang memperuntukkan 2 waktu pengajaran seminggu, kurang dipatuhi (min = 3.5).

2. kebanyakan sekolah didapati masih belum menubuhkan Kelab Seni Tulisan Jawi (min 2.3).

3. kebanyakan sekolah juga masih belum mengadakan pertandingan berkaitan dengan Bahasa arab Komunikasi (min 2.4).

4. kebanyakan sekolah masih belum mengadakan majlis khatam Al-Quran (min 1.8) dan masih belum melaksanakan Kem Literasi Al-Quran (min 2.7).

(29)

pihak sekolah dalam program tersebut (min 2.00).

6. aktiviti Kem Solat selama dua hari yang harus diadakan selama empat kali setahun masih kurang dilaksanakan oleh pihak sekolah (min 3.6). Di samping itu terdapat banyak sekolah yang tidak memasukkan program Model Solat Bestari dalam takwim sekolah (min 3.7). Keputusan juga menunjukkan bahawa kebanyakkan sekolah masih belum lagi menubuhkan Kem Bina Juara (min item 1f = 2.0).

7. kebanyakan sekolah didapati masih belum menubuhkan Kelab Seni Tulisan Jawi (min 2.3).

Dari segi bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran, pelajar-pelajar j-QAF berpendapat bahawa kelengkapan bahan untuk melaksanakan program j-QAF adalah terlalu kurang dan kemudahan sokongan untuk program j-QAF di sekolah-sekolah adalah masih lemah (min 3.2). Bahan-bahan dan kelengkapan yang berikut adalah terlalu kurang dan amat diperlukan untuk melaksanakan program j-QAF. Bahan-bahan tersebut adalah:

 Bahan-bahan contoh untuk p&p kelas pemulihan Jawi  Buku-buku aktiviti Jawi

 Bahan Bantu belajar pemulihan Jawi  Tafsir al-Qur’an

 Buku teks Bahasa Arab komunikasi  Buku aktiviti bahasa Arab  Buku latihan khat Jawi

 Mushaf al-Qur’an  Kamus Bahasa Arab

 Perisian komputer bagi empat komponen j-QAF  Peralatan ICT bagi pengukuhan/pengayaan j-QAF  Bahan-bahan bacaan tambahan

(30)

Didapati bahawa pelaksanaan program j-QAF telah berjaya meningkatkan pengetahuan di kalangan pelajar khususnya daripada aspek pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah (min 4.1 – 4.4), meningkatkan. pengurusan kelas (min 4.1 – 4.3), meningkatkan tugas harian di sekolah (min 4.2). Manakala daripada aspek pentaksiran dan penilaian di bilik darjah kurang berjaya meningkatkan pengetahuan pengajaran dan pembelajaran di kalangan pelajar (min 3.7). Ini bermakna aspek pentaksiran dan penilaian di bilik darjah kurang dilaksanakan atau diajar di maktab perguruan oleh pensyarah yang menyebabkan juga kurang dilaksanakan oleh guru j-QAF ketika berada di sekolah (min 3.6 -3.9), mengurus perhimpunan pagi (min 3.7) dan menyelesaikan tugas-tugas rasmi (min 3.9).

Mengikut persepsi guru besar empat aspek p&p di bilik darjah kurang dilaksanakan seperti; 6 bulan khatam al-Qur’an (min 2.4), Bahasa Arab Komunikasi (min 3.9), penggunaan pelbagai strategi p&p (min 3.9) dan penggunaan pelbagai kaedah p&p (min 3.9). Bagi aspek 6 bulan khatam al-Qur’an pelaksanaanya telah berjalan tetapi belum terdapat murid yang khatam. Manakala Bahasa Arab Komunikasi juga telah dilaksanakan oleh seorang sahaja daripada tiga orang guru j-QAF. Begitu juga dengan penggunaan pelbagai strategi dan kaedah p&p j-QAF yang kurang dilaksanakan kerana kurang kefahaman guru mengenainya disebabkan keperbezaan pendekatana pengajaran j-QAF berbanding mata pelajaran yang lain (min 3.9).

(31)

pengujian di bilik darjah berdasarkan borang penilaian kelas bagi mata pelajaran B. Arab Komunikasi (min 3.9) sahaja.

Guru-guru j-QAF berpendapat bahawa terlalu kurang pemantauan dan bimbingan berterusan telah dijalankan oleh Pegawai JPIM Kementerian Pelajaran Malaysia, Pegawai JPIM Jabatan Pelajaran Negeri, Pegawai JPIM Pejabat Pelajaran Daerah dan oleh Pensyarah Maktab Perguruan kepada guru-guru j-QAF untuk menjamin keberkesanan pelaksanaan program j-QAF di sekolah. (min 2.5 dan ke bawah). Guru-guru besar berpendapat bahawa telah menjalankan fungsi mereka dengan baik dalam aspek bimbingan yang diperlukan oleh guru-guru j-QAF di sekolah. Ini adalah kerana mereka jelas tentang matlamat program j-QAF (min 4.2), guru besar juga telah memastikan guru-guru pembimbing di bawah kawalan mereka menjalankan pencerapan p&p kepada guru-guru j-QAF (min 4.1). Seterusnya guru besar sendiri telah membimbing guru-guru j-QAF untuk membantu mereka menjalankan tugas secara berkesan (min 4.1). Guru-guru pembimbing telah dapat memastikan membimbing dan menjaga kebajikan guru-guru j-QAF (min 4.00 dan ke atas). Usaha guru-guru pembimbing ini dapat dilihat apabila mereka berusaha memastikan guru-guru j-QAF dapat:

 Mengajar mengikut opsyen

 Menggunakan modul j-QAF sebagai panduan

 Mengajar mengikut masa p&p yang mencukupi dan peruntukan jadual waktu yang bersesusian

 Menguasai isi kandungan modul j-QAF

 Menggunakan berbagai kaedah dan strategi dalam p&p

Guru besar diperingkat operasinya kurang mengeluarkan surat pelantikan kepada guru pembimbing (min 3.9).

(32)

Kajian juga mendapati guru besar kurang mengadakan Latihan Pembangunan Staf kepada guru-guru j-QAF khsusunya daripada aspek; menjemput pegawai-pegawai di PPD atau JPN untuk memberi latihan secara berterusan kepada guru j-QAF (min 3.8), pihak sekolah juga kurang memberi latihan dalaman (min 3.7) dan kurang memberi latihan yang berfokus kepada keperluan guru j-QAF (min 3.8). Guru besar sentiasa membantu guru j-QAF dalam membentuk sahasiah dan menjaga kebajikan mereka daripada pelbagai aspek seperti; sosial, disiplin, kewangan, akhlak, personal, etika dan kemahiran komunikasi. Min 4.1 – 4.4

Guru pembimbing juga turut berusaha mencapai matlamat program j-QAF seperti yang dihasratkan oleh pihak Kementeraian Pelajaran khususnya daripada aspek pengurusan sekolah yang mencakupi keempat-empat komponen subjek j-QAF seperti ;. Model Kelas Pemulihan Jawi, Model 6 Bulan Khatam al-Qur’an, Model Bahasa Arab Komunikasi dan Model Bestari Sholat. Biar pun begitu masih terdapat beberapa aspek yang kurang tercapai khasnya daripada komponen Bahasa Arab Komunikasi seperti; membantu mempelbagaikan aktiviti komunikatif (min 3.9) dan membantu menyedikan instrument (min 3.9).

Pensyarah-pensyarah program j-QAF berpendapat bahawa pemilihan guru-guru j-QAF adalah memenuhi kriteria yang ditetapkan (min 4.1). Modul yang dibekalkan juga telah dapat membantu pensyarah melaksanakan tugas pengajaran kepada guru-guru j-QAF. Cuma guru-guru j-QAF kurang kepatuhan terhadap tugasan, ketepatan masa dan penyempurnaan tugasan maktab (min 3.7). Dari segi jangka masa kursus pensyarah-pensyarah berpendapat jangka masa kursus program j-QAF perlu disemak semula (min 3.5 )

Guru-guru j-QAF bersetuju terdapat tugas-tugas tambahan yang perlu dilaksanakan, termasuklah kelas gantian (min 3.6),.menjaga kebersihan sekolah (min 3.2), menyediakan pentas bagi acara rasmi (min 3.1), mengawas disiplin murid (min 3.1), menceriakan bilik darjah (min 3.3), tugas-tugas menganggotai ahli jawatankuasa juga tidak kerap (min 1.9)..

Dari segi sokongan, kajian mendapati guru pembimbing bersetuju bahawa pelaksanaan program j-QAF di sekolah mendapat sokongan sepenuhnya dari pelbagai pihak seperti sokongan pihak pentadbir (min 4.5), guru-guru lain (min 4.4), sesama rakan guru j-QAF (min 4.5), staf bukan akademik (min 4.2), pelajar-pelajar (min 4.4) dan masyarakat sekeliling (min 4.2).

(33)

pengajaran yang melebihi 26 waktu seminggu, sedangkan waktu yang ditetapkan oleh JAPIM dalam modul pelaksanaan p&p j-QAF tidak melebihi 25 waktu seminggu.

Begitu juga daripada aspek aktiviti kokurikulum dimana pihak sekolah telah melantik guru-guru j-QAF mengendalikan GERKO di tambah dengan pelbagai jenis jawatan lain yang tidak selayaknya dipegang oleh mereka.. Namuan begitu guru-guru j-QAF didapati telah menggunakan modul/model p&p j-QAF secara amat berkesan semasa praktikum di sekolah-sekolah rendah.

Kajian juga mendapati taklimat praktikum, penggunaan kaedah p&p dan pengajaran mikro didapati menunjukkan tahap keberkesanan yang tinggi (min 4.3 - 4.4). Daripada aspek pengajaran pemulihan Jawi semasa praktikum, guru - guru j - QAF telah melaksanakannya mengikut prosidur seperti yang terdapat dalam kurikulumnya serta didapati subjek pemulihan Jawi telah mencapai sasaran objektifnya tetapi malangnya pihak sekolah kurang menyediakan bilik khas bagi kelas pemulihan Jawi.

Manakala dari aspek pelaksanaan p & p Bahasa Arab pula hasil kajian mendapati guru-guru j-QAF kurang menggunakan sumber-sumber bahan p&p yang disediakan oleh pihak JAPIM dan jadual waktu. Kajian juga mendapati mata pelajaran Bahasa Arab kurang di masukkan dalam jadual waktu rasmi telah menyebabkan pelajar - pelajar kurang menguasai kemahiran Bahasa Arab. Bagi p & p al-Qur’an dan Tasmik, hasil kajian mendapati guru-guru j-QAF telah mengikut prosidur yang dirancangkan dari aspek penggunaan bahan p&p, format pelaksanaan j-QAF dan penggunaan model dan modul serta jadual waktunya. Hanya model khatam al - Qur’an 6 bulan sahaja yang kurang atau gagal dilaksanakan. Biar pun hanya separuh sahaja daripada keseluruhan sampel yang melaksanakan Kem Bestari Sholat dalam tempoh praktikum, namun guru-guru j-QAF yang melaksanakannya didapati telah mengikut prosidur yang dicadangkan dan kesannya dari aspek amalan - amalan fardhu ain didapati sangat berkesan kepada murid-murid.

(34)

Namun begitu data kajian menunjukkan kualiti bimbingan yang diperoleh oleh pensyarah pembimbing lebih berkesan berbanding guru pembimbing.

Dari segi permasalahan yang dihadapi oleh Guru-Guru Dalam Latihan program j-QAF semasa menjalankan praktikum, dapatan kajian telah menunjukkan bahawa guru-guru j-QAF tidak menghadapi banyak masalah sepanjang tempoh praktikum. Namun idemikian diantara 12 permasalahan yang dikaji didapati aspek masa dalam penyediaan bahan-bahan bantu mengajar dan penyediaan Rancangan Pengajaran Harian mengikut formatnya telah dikenal pasti sebagai masalah utama yang dihadapi oleh mereka. Dapatan juga menunjukkan guru-guru j-QAF tidak menghadapi sebarang masalah bimbingan daripada pensyarah dan guru pembimbing sepanjang tempoh praktikum.

Sekali pun kajian ini merupakan suatu kajian awalan mengenai pelaksanaan praktikum guru-guru KPLI j-QAF ambilan Januari 2005, hasil kajian telah menunjukkan satu pencapaian yang membanggakan daripada aspek kualiti bimbingan, tahap penggunaan modul dan model j-QAF dan strategi pelaksanaan komponen-komponen mata pelajaran j-j-QAF, meski pun masih terdapat ketirisan di sana sini yang boleh diperbaiki pada masa akan datang bagi maksud penambahbaikan.

Ujian Rintis

(35)

Jadual 1 Keputusan Pilot Test

No Item Item Pembolehubah Nilai Alpa ( α )

1-9 Bahagian A : Demografi var 1 - var 35

-10 – 21 Bahagian B : Akademik var 1 - var 58

-22 – 27 Bahagian C : Pengalaman Kerja var 1 - var 33 -28 – 37 Bahagian D : Perkhidmatan

Sekarang

var 1 - var 25

-1 – 45 Bahagian E : Persepsi guru terhadap program j-QAF dari aspek kerjaya

var 1 - var 45 .87

46 – 59 Bahagian F : Persepsi guru terhadap program j-QAF dari aspek masalah kerjaya

var 46 - var 59 .84

60 – 67 Bahagian G : Persepsi guru terhadap program j-QAF dari aspek pembelajaran

var 60 - var 67 .86

68 – 79 Bahagian H : Persepsi guru terhadap program j-QAF dari aspek program latihan

var 68 - var 79 .91

8- - 85 Bahagian I : Persepsi guru terhadap program j-QAF dari aspek pensyarah j-QAF

var 80 – var 85 .92

Hasil keputusan pilot test dalam kajian ini, menunjukkan indeks nilai kebolehpercayaan berada antara pekali cronbach  = .86 (stability coefficients) hingga .92 (very good reliability atau acceptable standardised test for internal consistency) masih berada pada tahap degrees of positive correlation (seperti yang ditunjukkan dalam scatterplots Fraenkel). L.R Gay (1992) menjelaskan jika satu set soal selidik (questionnaires) mempunyai sub test (dalam jumlah yang agak banyak), maka nilai r (correlation) tidak akan mencapai tahap Cronbach  = .90.

(36)

1. Dr. Ismail bin Abas 2. Pn. Fadziah Binti Musa

Penyelaras Program j-QAF

Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Institut Perguruan Islam Selangor, Bandar Baru Bangi.

DAPATAN KAJIAN

BAHAGIAN A LATAR BELAKANG SAMPEL (DEMOGRAFI)

Jantina

Jadual 2

Taburan Responden Mengikut Jantina Guru j-QAF Dari Aspek Demografi

n = 497

Perihal Bil Peratus

Lelaki 114 22.9

Perempuan 383 77.1

Jumlah 497 100.00

Jadual 2 di atas menunjukkan guru-guru j-QAF Perempuan 77.1 peratus (383) lebih ramai berbanding dengan guru-guru j-QAF lelaki 22.9 peratus (114).

Umur

Jadual 3

Taburan Responden Mengikut Umur Guru j-QAF n = 497

Perihal Bil Peratus

22-24 tahun 36 7.2

25-27 tahun 185 37.2

26-30 tahun 181 36.4

31-33 tahun 83 16.7

34-37 tahun 12 2.4

38-40 tahun -

-41 tahun keatas -

-Jumlah 497 100.00

(37)

manakala mereka yang berumur antara 22-24 tahun hanyalah 7.2 peratus (36) dan paling sedikit adalah guru-guru j-QAF yang berumur antara 34-37 tahun 2.4 peratus (12) dan tiada dikalangan mereka yang berumur antara 38-40 tahun dan umur 41 tahun keatas.

Negeri

Jadual 4

Taburan Responden Mengikut Negeri n = 497

ZON Negeri Institut pendidikan Guru Bil Peratus

Utara

Kedah Institut Perguruan Darulaman. Kedah 20 8.0

Institut Pergurunan Sultan A. Halim, Sg. petani 20

P. Pinang Institut Perguruan Persekutuan Pulau PinangInstitut Perguruan T. Bainun, Bkt. Mertajam 107 4.0

Tengah

Perak Institut Perguruan Ipoh, Perak 40 8.0

Selangor Institut Perguruan Islam Selangor 40 8.0 K.Lumpur Institut Perguruan Teknik, Kuala Lumpur 40 8.0

Selatan

N, Sembilan Institut Perguruan Raja Melewar, Seremban 40 8.0 Melaka Institut Perguruan Perempuan Melayu Melaka 40 8.0 Johor Institut Perguruan Tun Husain On, Batu PahatInstitut Perguruan Tmg. Ibrahim, J.Bharu 2020 8.0

Timur KelantanTerengganu Institut Perguruan Kota Bharu, KelantanInstitut Perguruan Batu Rakit, K.Terengganu 4040 8.08.0 Pahang Institut Perguruan T. Ampuan Afzan, Kuantan 40 8.0

Sarawak Sarawak

Institut Perguruan Batu Lintang, Kuching 20

8.0 Institut Perg. T. Abd. Razak, K. Samarahan 10

Institut Perguruan Sarawak, Miri 10

Sabah Sabah

Institut Perguruan Gaya, Kota Kinabalu, Sabah 20

8.0 Institut Perguruan Keningau, Keningau, Sabah 10

Institut Perguruan Kent, Tuaran, Sabah 10

Jumlah 497 100.00

(38)

Status

Jadual 5

Taburan Responden Mengikut Status Guru j-QAF n = 497

Perihal Bil Peratus

Bujang 214 43.1

Kahwin 275 55.3

Duda/Janda 8 1.6

Jumlah 497 100.00

Jadual 5 di atas menunjukkan status guru-guru j-QAF. Hasil kajian mendapati guru-guru j-QAF yang telah berkahwin 55.3 peratus (275) lebih ramai berbanding mereka yang masih bujang 43.1 peratus (214) dan paling sedikit mereka yang berstatus duda dan Janda hanyalah 1.6 peratus (8) sahaja.

Perkahwinan

Jadual 6

Taburan Responden Mengikut Tarikh Kahwin Guru j-QAF n = 497

Perihal Bil Peratus

Sebelum memegang jawatan guru j-QAF 216 43.3

Selepas memegang jawatan guru j-QAF 65 13.1

Tidak dijawab 217 43.6

Jumlah 497 100.00

(39)

Bilangan Anak

Jadual 7

Taburan Responden Mengikut Bilangan Anak Guru j-QAF n = 497

Perihal Bil Peratus

1-2 orang 150 30.2

3-4 orang 33 6.6

Melebihi 5 orang 3 0.6

Tiada 99 19.9

Tidak dijawab 212 42.7

Jumlah 497 100.00

Dari segi bilangan anak, kajian mendapati guru-guru j-QAF yang mempunyai anak seramai 1 - 2 orang adalah sebanyak 30.2 peratus (150), 3 - 4 orang pula 6.6 peratus (33) manakala yang melebihi 5 orang anak hanyalah 0.6 peratus (3), yang tiada anak pula adalah sebanyak 19.9 peratus (99), dan yang enggan menjawab atau merahsiakannya adalah 42.7 peratus (212)

Kelulusan Akademik Tertinggi

Jadual 8

Taburan Responden Mengikut Kelulusan Akademik Tertinggi Guru j-QAF n = 497

Perihal Bil Peratus

Ijazah Tinggi 10 2.0

Ijazah pertama 422 85.0

Diploma 31 6.2

Sijil 34 6.8

Jumlah 497 100.00

(40)

Pekerjaan Pasangan

Jadual 9

Taburan Responden Mengikut Pekerjaan Pasangan Guru j-QAF n = 497

Perihal Bil Peratus

Kakitangan kerajaan 67 13.5

Kakitangan swasta 86 17.3

Guru/Pensyarah 107 21.5

Surirumah 15 3.0

Kerja sendiri 222 44.7

Jumlah 497 100.00

Jadual 9 di atas menunjukkan 44.7 peratus (222) pasangan guru-guru j-QAF terdiri daripada kalangan mereka yang berkerja sendiri.. Manakala 21.5 peratus (107) berkerja sebagai guru / Pensyarah dan 17.3 peratus (86) pasangannya berkerja sebagai kakitangan swasta, 13.5 peratus (67) berkerja sebagai kakitangan kerajaan dan selebihnya 3.0 peratus (15) adalah sebagai surirumah sahaja.

Pasangan Seorang Guru/Pensyarah

Jadual 10

Taburan Responden Mengikut Pasangan Guru j-QAF n = 497

Perihal Bil Peratus

Guru program j-QAF 50 10.1

Guru Sek. Ren. Kerajaan 29 5.8

Guru Ren. Swasta 6 1.2

Guru Sek.Men. Kebangsaan 27 5.4

Guru Sek. Men, Swasta 3 0.6

Pensyarah kolej matrikulasi/Institut oerguruan/Kolej komuniti 3 0.6

Pensyarah univerisiti 6 1.2

Pensyarah instituti pendidikan swasta 4 0.8

Bukan seperti di atas 369 74.2

Jumlah 497 100.00

(41)

guru di institusi swasta 1.2 peratus (6), sebagai pensyarah universiti 1.2 peratus (6), sebagai pensyarah di institusi pendidikan swasta 0.8 peratus (4), guru di sekolah menengah swasta 0.6 peratus (3), sebagai pensyarah kolej matrikulasi atau Institut perguruan atau Kolej komuniti juga hanyalah 0.6 peratus (3) sahaja.

BAHAGIAN B LATAR BELAKANG AKADEMIK SAMPEL

Kelayakan Akademik Tertinggi

Jadual 11

Taburan Responden Mengikut Kelayakan Akademik Tertinggi Guru j-QAF n = 497

Perihal Bil Peratus

Ijazah pertama 481 96.8

Diploma siswazah 05 1.0

Ijazah tinggi 11 2.2

Jumlah 497 100.00

Seterusnya jadual 11 di atas menunjukkan, guru-guru j-QAF yang mempunuyai ijazah pertama adalah 96.8 peratus (481). Manakala yang memiliki ijazah tinggi pula hanyalah 2.2 peratus (11) dan paling sedikit mereka yang mempunyai diploma siswazah 1.0 peratus (05) sahaja.

Ijazah Pertama Diperolehi

Jadual 12

Taburan Responden Mengikut Ijazah Pertama Diperolehi Guru j-QAF n = 497

Perihal Bil Peratus

Malaysia 348 70.0

Indonesia 15 3.0

Jordan 20 4.0

Mesir 110 22.1

Yemen 01 0.2

Lain-laian (nyatakan) 03 0.6

Jumlah 497 100.00

(42)

Ijazah Pertama Dalam Bidang

Jadual 13

Taburan Responden Mengikut Bidang Ijazah Guru j-QAF n = 497

Perihal Bil Peratus

Syariah 165 33.2

Usuluddin 134 27.0

Pengajian Islam 83 16.7

Pendidikan Islam 13 2.6

Bahasa/Sastera Arab 71 14.3

Lain-lain (nyatakan) 31 6.2

Jumlah 497 100.00

Jadual 13 di atas menunjukkan guru-guru j-QAF yang memegang ijazah dalam bidang Syar’iah 33.2 peratus (165) adalah lebih ramai berbanding dengan mereka yang mempunyai kelulusan dalam bidang Usuluddin 27.0 peratus (134), Pengajian Islam 16.7 peratus (83), Bahasa/Sastera Arab 14.3 peratus (71) dan paling sedikit mereka yang berkelulusan dalam bidang Pendidikan Islam hanyalah 2.6 peratus (13) serta lain-lain (yang tidak dinyatakan oleh sampel) 6.2 peratus (31).

Sumber Pembiayaan Pengajian Ijazah Pertama

Jadual 14

Taburan Responden Mengikut Sumber Pembiayaan Pengajian Ijazah Pertama Guru j-QAF

n = 497

Perihal Bil Peratus

Biasiwa (nyatakan penaja) 51 10.3

Pinjaman (nyatakan penaja) 386 77.7

Pembiyaan keluarga 60 12.1

Jumlah 497 100.00

(43)

Pendidikan Peringkat Menengah

Jadual 15

Taburan Responden Mengikut Pendidikan Peringkat Menengah Guru j-QAF n = 497

Perihal Bil Peratus

Sek. Men. Kebangasan Agama 96 19.3

Sek. Men. Agama Negeri 292 58.8

Sek. Men. Agama Rakyat 92 18.5

Sek. Men. Agama Swasta 17 3.4

Jumlah 497 100.00

Jadual 15 menunjukkan guru-guru j-QAF telah menerima pendidikan peringkat menengah 58.8 peratus (292) adalah daripada Sekolah Menengah Agama Negeri, manakala 19.3 peratus (96) daripada Sekolah Menengah Kebangasan Agama, 18.5 peratus (92) adalah daripada Sekolah Menengah Agama Rakyat dan paling sedikit daripada Sekolah Menengah Agama Swasta iaitu 3.4 peratus (17) sahaja.

Jika Menyambung Pengajian Peringkat Pengajian Tinggi

Jadual 16

Taburan Responden Mengikut Ijazah Lanjutan Guru j-QAF n = 497

Perihal Bil Peratus

Sarjana (M.A) 11 2.2

Doktor Falsafah (Ph.D) 2 0.4

Tiada 484 97.4

Jumlah 497 100.00

(44)

Bidang Pengajian Sekarang

Jadual 17

Taburan Responden Mengikut Bidang Pengajian Sekarang Guru j-QAF n = 497

Perihal Bil Peratus

Syariah 3 0.6

Usuluddin 3 0.6

Pengajian Islam 1 0.2

Pendidikan Islam 3 0.6

Bahasa/Sastera Arab 4 0.8

Lain-lain (nyatakan) 483 97.2

Jumlah 497 100.00

Jadual 17 di atas menunjukkan bidang pengajian guru-guru j-QAF. Hasil kajian menunjukkan 0.8 peratus (4) mengambil bidang Bahasa/Sastera Arab, 0.6 peratus (3) Syariah, juga 0.6 peratus (3) Usuluddin dan 0.6 peratus (3) Pendidikan Islam, hanya 0.2 peratus (1) Pengajian Islam dan 97.2 peratus (483) lain-lain bidang.

Pusat Pengajian Sekarang

Jadual 18

Taburan Responden Mengikut Pusat Pengajian Sekarang Guru j-QAF n = 497

Perihal Bil Peratus

Univerisiti Malaya 6 1.2

Universiti Putra Malaysia 1 0.2

Universiti Kebangasaan Malaysia 3 0.6

Univiersiti Islam Antarabangasa Malaysia 2 0.4

Universiti Utara Malaysia 0 0.0

Universiti Teknologi Malaysia 0 0.0

Univerisiti Sains Malaysia 0 0.0

Kolej Universiti Islam Malaysia 1 0.2

Lain-lain 484 97.4

Jumlah 497 100.00

(45)

universiti tersebut, tetapi daripada lain-lain universiti didapati peratusannya amat tinggi iaitu 97.4 peratsu (484).

Sumber Pembiayaan Pengajian Sekarang

Jadual 19

Taburan Responden Mengikut Sumber Pembiayaan Pengajian Sekarang Guru j-QAF n = 497

Perihal Bil Peratus

Biasiswa (nyatakan penaja) 1 0.2

Pinjaman (nyatakan penaja) 2 0.4

Pembiayaan keluarga 13 2.6

Tiada 481 96.8

Jumlah 497 100.00

Jadual 19 di atas menunjukkan guru-guru j-QAF yang sedang menyambung pengajian mereka secara separuh masa diperingkat ijazah lanjutan kebanyakkannya tiada tajaan biasiswa daripada mana-mana pihak 96.8 peratus (481), manakala daripada pembiyaan keluarga adalah 2.6 peratus (13), sumber lain pembiayaan adalah 0.4 peratus (2) daripada pinjaman. Biarpun begitu masih terdapat 0.4 peratus (2) yang masih menerima biasiwa.

Tahap Ijazah Tinggi Yang Dimiliki

Jadual 20

Taburan Responden Mengikut Tahap Ijazah Tinggi Yang Dimiliki Guru j-QAF n = 497

Perihal Bil Peratus

Sarjana (M.A) 23 4.6

Doktor Falsafah (Ph.D) 1 0.2

Tiada 473 95.2

Jumlah 497 100.00

(46)

Bidang Ijazah Tinggi Yang Dimiliki

Jadual 21

Taburan Responden Mengikut Bidang Ijazah Tinggi Yang Dimiliki Guru j-QAF n = 497

Perihal Bil Peratus

Syariah 4 0.8

Usuluddin 7 1.4

Pengajian Islam 6 1.2

Pendidikan Islam 1 0.2

Bahasa/Sastera Arab 8 1.6

Tiada 471 94.8

Jumlah 497 100.00

Jadual 21 di atas pula menunjukkan bidang ijazah tinggi yang dimiliki oleh guru-guru j-QAF. Hasil kajian mendapati bidang pengkhususan Bahasa/Sastera Arab adalah 1.6 peratus (8) lebih banyak berbanding bidang-bidang lain seperti ; 1.4 peratus (7) Usuluddin, 1.2 peratus (6) Pengajian Islam, 0.8 peratus (4) Syariah dan 0.2 peratus (1) Pendidikan Islam, dan majoritinya 94.8 peratus (471) tidak menyatakan pengkhususan atau bidang pengajian yang dimilikinya.

AHAGIAN C LATAR BELAKANG PENGALAMAN KERJA SAMPEL

Pengalaman Kerja Sebelum Menjadi Guru j QAF

Jadual 22

Taburan Responden Mengikut Pengalaman Kerja Sebelum Menjadi Guru j-QAF n = 497

Perihal Bil Peratus

Kakitangan kerjaaan 49 9.9

Kakitangan swasta 130 26.2

Pensyarah 6 1.2

Guru sementara 238 47.9

Tutor 3 0.6

Tiada pengalaman kerja 71 14.3

Jumlah 497 100.00

(47)

yang menyatakan tiada pengalaman kerja dimana-mana agensi swasta mahu pun sektor awam (kerajaan).

Taraf Jawatan

Jadual 23

Taburan Responden Mengikut Taraf Jawatan Guru j-QAF n = 497

Perihal Bil Peratus

Tetap 69 13.9

Kontrak/Sementara 279 56.1

Sangkut 9 1.8

Sambilan 76 15.3

Tidak dijawab 64 12.9

Jumlah 497 100.00

Jadual 23 di atas menunjukkan taraf jawatan guru-guru QAF sebelum menjawat jawatan guru j-QAF. Hasil kajian mendapati 56.1 peratus (279) menjawat jawatan kontrak/Sementara. 15.3 peratus (76) sambilan, 13.9 peratus (69) tetap hanya 1.8 peratus (9) menjawat jawatan sangkut dan yang selebihnya 12.9 peratus (64) enggan memberi respons.

Tempoh Pengalaman Kerja Sebelum Menjadi Guru j QAF

Jadual 24

Taburan Responden Mengikut Tempoh Pengalaman Kerja Sebelum Menjadi Guru j-QAF n = 497

Perihal Bil Peratus

1 tahun 239 48.1

2-3 tahun 159 32.0

3-5 tahun 34 6.8

Lebih 5 tahun 65 13.1

Jumlah 497 100.00

(48)

Tempoh Pengalaman Mengajar

Jadual 25

Taburan Responden Mengikut Tempoh Pengalaman Mengajar Guru j-QAF n = 497

Perihal Bil Peratus

1 tahun 225 45.3

2-3 tahun 106 21.3

3-5 tahun 17 3.4

Lebih 5 tahun 7 1.4

Tiada pengalaman mengajar 142 28.6

Jumlah 497 100.00

Dari segi pengalaman mengajar sebagai guru sementara atau sandaran, hasil kajian mendapati bahawa guru j-QAF yang mempunyi pengalaman 1 tahun adalah 45.3 peratus (225) lebih ramai berbanding 21.3 peratus (106) pengalaman mengajarnya antara 2-3 tahun, 3.4 peratus (17) pengalaman mengajar antara 3-5 tahun, dan paling sedikit adalah 1.4 peratus (7) yang memiliki pengalaman mengajar melebihi 5 tahun, manakala bakinya 28.6 peratus (142) yang menyatakan langsung tiada pengalaman mengajar.

Pengalaman Tempat Anda Mengajar

Jadual 26

Taburan Responden Mengikut Pengalaman Tempat Mengajar Guru j-QAF n = 497

Perihal Bil Peratus

Sek. Ren. Kebangasan 127 25.6

Sek. Ren. Agama 46 9.3

Sek. Ren. Agama Swasta 43 8.7

Sek. Men. Kebangasaan 45 9.1

Sek. Men. Kebangsaan Agama 4 0.8

Sek. Men. Agama Negeri 17 3.4

Sek. Men. Agama Rakyat 17 3.4

Sek. Men. Swasta 4 0.8

Kolej Swasta 140 28.2

Universiti 3 0.6

Lain-Lain (Nyatakan) 51 10.3

Jumlah 497 100.00

Referensi

Dokumen terkait

Secara teoritis hasil penelitian ini dapat bermanfaat untuk dijadikan bahan kajian untuk mengembangkan penelitian lebih lanjut tentang pengaruh scientific approach terhadap

Profesi akuntan publik bertanggungjawab untuk menaikkan tingkat keandalan laporan keuangan perusahaan, sehingga masyarakat memperoleh informasi laporan keuangan yang

Penurunan persentase bonggol pisang dalam pembuatan silase meningkatkan kandungan selulosa, hal ini diduga kandungan selulosa bonggol sebelum silase yaitu 9,61%

[r]

LIFE ( Literacy Initiative For Empowerment ) diartikan sebagai sebuah kerangka kerja kolaboratif selama sepuluh tahun. LIFE merupakan bentuk kerjasama dalam bidang literasi

Penjelasan pada hal tersebut adalah besarnya variasi pertumbuhan pada populasi kerbau di kelompok peternak di Pandeglang yang selain dari variasi secara

bahwa media pembelajaran berbasis TIK dalam bentuk media presentasi microsoft power point dapat berpengaruh lebih baik terhadap peningkatan motivasi belajar