• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAHAGIAN G : KELEMAHAN PROGRAM J-QAF

Dalam dokumen KAJIAN IMPAK TERHADAP PELAKSANAAN PROGRA (Halaman 69-82)

Daripada aspek kelemahan pelaksanaan Program j-QAF, dapatan kajian daripada soalan ‘open- eded’ dinyatakan seperti berikut:

Tema Kelemahan Program j-QAF

Sukatan pelajaran j-QAF Target untuk sukatan pelajaran j-QAF terlalu tinggi. Sukatan Bahasa Arab susah.

Bahan Bantu Mengajar

Dan Sumber P&P Bahan bantu mengajar tidak sampai ke sekolah.kekurangan Bahan Bantu Mengajar (BBM).

Kelemahan di sekolah ialah tiada peralatan mengajaran yang mencukupi.

Sukar untuk mendapatkan bahan bekalan j-QAF. Bahan yang dibekalkan lambat sampai di sekolah.

Kekurangan buku-buku dan alat-alat bahan bantu mengajar terutama dalam bahasa Arab.

Kekurangan keperluan asas pelajar di sekolah, kelemahan

pengagihan, contohnya pihak sekolah tidak mendapat bekalan buku teks.

Alat Bantu Mengajar sukar didapati dan bekalan di kementerian tidak sampai di sekolah.

Terpaksa mencari bahan bantu mengajar sendiri. Bahan bantu

mengajar tidak mencukupi. Sekolah tidak mempunyai peralatan yang mencukupi.

Modul di maktab hendaklah diberi awal sebelum interaksi.

Pemantauan Pelajaran Daerah.

Tiada kerjasama daripada guru-guru lain selain daripada j-QAF. Pemantauan dari PPD dan JPN, pemantauan dari mereka sepatutnya bagi memberikan tunjuk ajar dan pengetahuan kepada kami guru- guru yang baru hendak mengajar tetapi berlaku sebaliknya. Mereka memantau dan mereka mengkritik kami,

pengalaman yang sedikit tidak cukup menjadi seorang yang sempurna.

Pelaksanaan j-QAF tidak dipantau di sekolah-sekolah oleh pihak- pihak yang sepatutnya.

Prasarana Tiada bilik khusus untuk pengajaran j-QAF Masalah yang dihadapi ialah kurang bilik darjah. Sebaran Maklumat

Program j-QAF

Maklumat kurang jelas dari pihak Jabatan Pendidikan Islam dan Moral.

Pelatih tidak diberi kefahaman dan pengetahuan yang secukupnya sebelum ditempatkan di sekolah.

Input Guru j-QAF Guru j-QAF mendapat kejutan budaya kerana terus dihantar bertugas atau mengajar dengan teori dan pengalaman yang kurang.

Penempatan Guru j-QAF Guru j-QAF terdedah dengan risiko yang membahayakan kerana telah ditugaskan untuk bertugas di tempat yang jauh tanpa persediaan yang dibekalkan.

Masalah penempatan guru-guru j-QAF di luar bandar terpaksa tinggal bersama guru2 yang sudah berkahwin

Sekolah yang jauh dari pekan dan keselamatan yang tidak terjamin. Penempatan pengajaran daripada pemerhatian saya kebanyakkan syarat yang diberikan kepada pelajar j-QAF terlalu berat. Selain tempoh masa terlalu lama untuk berkhidmat di sesuatu sekolah. Ia juga kadang-kadang memberi masalah kepada pelajar-pelajar yang sudah berkahwin, suami-isteri dipisahkan, terpaksa jauh. Anak-anak tidak dapat membesar selama bertahun-tahun. Hubungan menjadi kurang.

Ketidakadilan dalam penempatan guru-guru j-QAF, khususnya di Sabah dan Sarawak, kenapa guru-guru j-QAF yang berasal dari Sabah dan Sarawak tidak dihantar ke Semenanjung?.

Penempatan pelatih j-QAF dipedalaman juga banyak menimbulkan masalah dari segi perhubungan, untuk mendapatkan BBM j-QAF dan mencari sumber pengajaran terbaik.

Tidak dianggap baik oleh sesetengah pihak kerana dianggap sebagai guru tempelan semata-mata.

Kelas Pemulihan Jawi Tiada sebarang komen daripada informan Model 6 bulan khatam

al-Quram/

Model tasmik khatam al-Quran

Murid-muird gagal untuk mengkhatam al-Quran dalam masa yang ditetapkan.

Model tasmek perlu diperbaiki.

Pelajar diluar bandar teerlalu lemah.... program khatam 6 bulan tidak terlaksana, tidak tercapai.

Jadual tasmek yang tidak mencukupi merangkumi banyak kelas. Masa untuk kelas tasmek sukar untuk dilaksanakan walaupun mendapat sambutan dari murid-murid, masa petang selepas persekolahan membuatkan murid-murid sudah berasa letih dan

masalah pengangkutan pulang juga menjadi masalah kepada murid yang jauh dari sekolah.

Dalam modul 6 bulan khatam al-Quran, jika kita mengikut pada modul 6 bulan, pelajar-pelajar mesti tamat Iqra’ tetapi permasalahan yang timbul dalam masa 6 bulan pertama tidak semua murid dapat membaca Iqra’. peringkat-peringkat mereka perlu diutamakan. Bahasa Arab Komunikasi Modul Bahasa Arab, guru-guru terpaksa bercakap bahasa Arab

menerangkan isi pelajaran kepada murid-murid walau pun mereka tidak memahaminya.

Buku teks Bahasa Arab tidak dibekalkan di sekolah. Bahan Bantu Mengajar untuk Bahasa Arab amat kurang

Aras pembelajaran dalam Bahasa Arab ada kala terlalu tinggi dan kompleks bagi murid tahun satu kerana banyak antara mereka yang belum atau masih mengenal huruf-huruf tunggal.

Fardhu Ain/

Kem Bestari Sholat

Tiada sebarang komen daripada informan Pengurus/Pentadbir

Sekolah

Masalah pihak pentadbir tidak memahami konsep j-QAF Masa tasmek terpaksa dipendekkan atas arahan Guru Besar Guru Pendidikan Islam kurang memberikan kerjasama semasa proses P&P

GPI kurang memahami konsep j-QAF atau apa yaang perlu dilaksanakan guru-guru lain juga kurang memahami konsep dan pelaksanaan j-QAF

Tidak mendapat sokongan dan kerjasama daripada guru pendidikan di sekolah

Kekurangan dari segi bimbingan dari guru pembimbing sendiri. Guru pembimbing tidak tahu apa apa yang hendak diajar dan tidak tahu apa peranan yang sepatutnya yang perlu dia buat untuk membimbing pelajar j-QAF.

Ketua penitia agama dan guru Pendidikan Islam kurang memahami tentang j-QAF dan enggan bekerjasama dengan guru-guru j-QAF terutamanya program tasmik (mendengar).

Pentadbir yang terlalu berkira.

Kemahiran Pedagogi Guru pelatih tidak dapat atau tidak mengetahui secara teorinya sebagaimana cara hendak mengawal dan mengajar cara lebih berkesan terutamanya bagi guru pelatih yang kurang pengalaman dalam tugas perguruan.

Murid kurang memberi tumpuan terhadap pengajaran guru. Bagi guru yang kurang pengalaman dan tiada pengalaman, mereka tidak tahu cara pengajaran j-QAF ini di sekolah. Ini disebabkan kurangnya pendedahan tentang modul dan proses pengajaran. Mereka masuk ke sekolah tanpa pengalamanyang diberikan.

Waktu yang diberikan terlalu singkat.

Tenaga pengajar (pelatih) tidak terlatih dan tidak ada pengetahuan pedagogi atau teknik pengajaran dan pembelajaran, strategik dan sistematik tidak dapat memberi kesan serta impak maksima ke atas murid.

Latihan Perguruan MOD LPBS

Tempoh pembelajaran – interaksi dengan pensyarah terlalu singkat. Kerja kursus yang diberi terlalu banyak bagi guru yang mengajar

dipedalam ataupun pulau sukar untuk mencari bahan dan berhubung dengan rakan lain mahu pun pensyarah pembimbing untuk

menyiapkan tugasan.

Guru-guru Pendidikan Islam tidak memahami konsep j-QAF yang sebenarnya

Sistem jadual pembelajaran yang agak padat menyukarkan kefahaman guru pelatih tentang subjek yang diajar.

Sokongan Ibu Bapa & Masyarakat

Saya yang mengajar dipedalaman, tiada kelas sokongan di dalam masyarakat setempat ibubapa dan murid-murid hanya

mengharapkan sekolah semata-mata (tiada kelas KAFA, kelas membaca al-Quran dan Fardhu Ain).

Masa untuk kelas Tasmek sukar dilaksanakan kerana kurang Mendapat sokongan dan kerjasama daripada ibu bapa pelajar yang menunggu anak balik.

Masyarakat kurang berpengetahuan berkenaan dengan program j- QAF.

Penerangan program j-QAF perlu diadakan bagi mengelakkan kekeliruan pihak ibubapa yang non-muslim untuk memahaminya. Program j-QAF adalah program yang masih baru diwujudkan oleh kerajaan,dan menjadi kelaziman setiap sesuatu yang baru masih sukar diterima dan difahami oleh sesetengah orang. Begitu juga dengan program j-QAF ini, masih ramai yang samar-samar tentang program ini sama ada guru j-QAF itu sendiri, guru-guru di sekolah, murid-murid dan juga ibu bapa. Sokongan daripada ibu bapa masih menjadi masalah dalam melaksanakan program ini.

Rakan j-QAF Tiada persefahaman dengan rakan j-QAF.

Mewujudkan pro dan kontra di kalangan guru-guru di sekolah terhadap guru-guru j-QAF dan pelaksanaannya.

Peruntukan Kewangan Peruntukan kewangan yang lambat sampai membantutkan pelaksanaan program.

Sukar mendapat peruntukan kewangan dari pihak sekolah terutama apabila ingin mengadakan Kem Bestari Solat dan terpaksa

menggunakan kewangan sendiri.

BAHAGIAN H : CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PROGRAM j-QAF

Cadangan-cadangan bagi maksud penambahbaikan program j-QAF telah dinyatakan oleh Informan-informan seperti kenyataan berikut :

Tema Cadangan Penambahbaikan

Sokongan Kewangan Kewangan untuk Kem Bestari Solat sepatutnya disegerakan untuk memberi keselesaan kepada program itu dilaksanakan.

Perlulah mempercepatkan peruntukan kewangan dengan segera. Buat satu kewangan khusus untuk j-Qaf dan bukan dimasukkan ke akaun sekolah, kerana keadaan sebegini memayahkan guru-guru j- Qaf untuk menggunakan duit tersebut bagi menjalankan proses P & P.

Memastikan sumber kewangan dan program ini disegerakan supaya memudahkan atau melancarkan perjalanan program ini lebih

berkesan. Pemantauan Program j-

QAF

Pastikan kementerian memantau terhadap guru-guru yang mengajar di kawasan pedalaman kerana mereka sukar memberikan kerjasama dengan j-Qaf dan melepaskan bebanan kerja mereka kepada j-Qaf menyebabkan kami terpaksa mengajar mata pelajaran lain dan mereka hanya datang ke sekolah tetapi tidak masuk kelas untuk mengajar.

Pihak PPD mesti memberi taklimat kepada guru besar supaya mereka lebih memahami dengan program ini kerana terdapat

sesetengah guru besar tidak begitu memahaminya dan anggap guru j- QAF menyusahkan bila datang ke sekolah mereka.

Sumber dan Bahan P&P Hendaklah mengatasi masalah buku teks bagi yang kawasan bandar. Penambahan sumber-sumber rujukan di pusat sumber

Pastikan yang peralatan yang dibekalkan ke sekolah-sekolah terutamanya pulau-pulau ada sampai ke tangan tenaga pengajar j- QAF.

Peralatan mestilah ada dahulu di sekolah-sekolah yang hendak ditempatkan guru j-QAF sebelum sampainya guru tersebut ke sekolah, seperti ABM, buku-buku berkaitan dan sebagainya.

Setiap sekolah yang mempunyai guru j-QAF menyediakan sebuah komputer riba khas untuk guru j-QAF.

Komputer yang telah disetkan program Jawi, Bahasa Arab, Kem Bestari Solat.

Penempatan dan Pertukaran Guru j-QAF

Janganlah menghantar terlalu jauh guru j-QAF ke pedalaman. Mencadangkan agar guru-guru j-QAF di hantar mengikut negeri masing-masing.

Memudahkan pertukaran apabila cukup lima tahun kerana ini boleh dirasai juga oleh guru-guru lain mengajar di pedalaman.

Kurangkan syarat bagi yang sudah berkahwin (terutamanya mengenai mengandung).

Perbanyakkan pengambilan guru j-Qaf demi untuk mencapai matlamat dan objektif program j-Qaf.

Sistem rotate (pusingan) antara guru yang bertugas di ceruk pedalaman dan guru yang bertugas di bandar-bandar harus

diwujudkan. Ini kerana kementerian seharusnya bersikap adil dengan memberi peluang guru yang mengajar di kawasan pedalaman

terutamanya merasai bekerja di bandar juga.

Harus dikaji terlebih dahulu tentang penempatan guru j-Qaf, jangan suka-suka letak terutama sekali bagi guru perempuan.

Beri maklumat lengkap dan gambaran sepenuhnya kepada pelatih sebelum pelatih melapor diri di sekolah.

Menambahkan lagi guru j-QAF di sekolah-sekolah pedalaman dengan jumlah yang lebih daripada 3 orang.

Pemberian Elaun Khas perberian elaun pedalaman sewajarnya diberikan juga kepada guru LPBS j-Qaf. Ini kerana walau pun masih dalam LPBS, namun tugas beban dan tanggungjawab adalah setanding dengan guru-guru lain, serta kos hidup yang tinggi setiap kali keluar ke pekan.

Bebab Tugas Guru Pihak maktab mesti kurangkan memberi tugasan atau kertas kerja, kerana terganggu serta tertekan guru j-Qaf yang sudah banyak tugas di sekolah masing-masing.

Guru-guru j-QAF jangan dibebankan dengan asigment yag banyak oleh pihak maktab, kerana boleh mengganggu kepada tumpuan mengajar dan kadang-kadang guru-guru j-QAF ini jauh dengan bandar bagi membuat rujukan dan sebagainya. Dengan ini lebih menyusahkan guru-guru j-Qaf dan akan memberi tekanan jiwa Penggunan Modul j-QAF Selitkan banyak pandangan para ulamak tentang sesuatu tajuk yang

hendak dibincangkan beserta dalil-dalil agar boleh menambahkan lagi pengukuhan sebagai bahan rujukan.

Elok diisi, kesimpulan atau refleksi setiap tajuk di dalam modul. Setiap tajuk dan isi-isi penting ditulis dalam bentuk peta minda agar lebih jelas.

Modul hendaklah diberikan lebih awal untuk memudahkan para pelajar mengulangkaji terlebih dahulu.

Progam Dan Latihan Di Institut Perguruan

Memberi latihan dan teori yang mencukupi sebelum dihantar ke sekolah dan juga didedahkan beberapa persediaan yang diperlukan. Semua guru panitia Pendidikan Islam di semua sekolah perlu diberi penerangan yang selengkapnya dan terperinci mengenai program j- Qaf supaya tidak wujud kekeliruan mengenai program ini.

Kelas Pemulihan Jawi Banyakkan kursus untuk guru-guru j-Qaf terutamanya dalam teknik menguasai bacaan dan tulisan jawi.

Model 6 bulan khatam al-Quram/

Model tasmik khatam al-Quran

Program 6 bulan khatam al-Quran dilanjutkan tempoh.

Tidak perlu kelas tasmi’ di luar waktu P & P, membebankan guru dan pelajar sahaja. Tasmi’ boleh dijalankan waktu P & P

Bahasa Arab Komunikasi Tiada sebarang cadangan yang dikemukakan Fardhu Ain/

Kem Bestari Sholat Kem bestari solat wajib diteruskan namun perlu ditambah lebih banyak ABM bagi memudahkan guru-guru j-QAF menyelaraskan masa yang ada.

Kem bestari solat tidak perlu sampai empat fasa. Memadailah dua fasa sahaja iaitu fasa satu semester satu dan fasa dua semester dua. Harapan Masa Hadapan Mewujudkan program seperti j-QAF diperingkat menengah agar

usaha yang telah dijalankan dapat berterusan sekaligus

memantapkan para pelajar yang telah mengikuti program j-QAF peringkat rendah.

Rumusan kajian ini dibuat adalah berdasarkan kepada persoalan kajian yang dinyatakan pada topik yang lalu mencakupi aspek-aspek berikut:

1. Persepsi guru terhadap program j-QAF dari aspek kerjaya

Daripada aspek dorongan guru j-QAF memilih kerjaya dalam profesyen perguruan dapatan kajian mendapati lebih daripada 97 peratus adalah disebabkan oleh kehendak diri mereka sendiri dan bukannya daripada dorongan ibu bapa, dorongan rakan dan dorongan pasangan mereka. Manakala matlamat atau tujuan guru-guru j-QAF menceburkan diri dalam profesyen perguruan mendapati lebih daripada 86 peratus adalah disebabkan oleh ingin mendapat kepuasan kerja, ingin berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan serta ingin mendapat kerja yang tetap/lebih terjamin. Daripada aspek pelaksanaan kurikulum dalam program j-QAF, lebih daripada 88 peratus guru-guru j-QAF telah mengetahui matlamat program j-QAF yang sebenar, memahami konsep sebenar program j QAF, telah dapat mengembangkan pengetahuan dan kreativiti mereka, mempunyai pengetahuan yang cukup tentang program j QAF serta mempunyai pengetahuan yang cukup tentang kandungan mata pelajaran j QAF. Daripada Aspek pengurusan dan hubungan antara guru-guru j-QAF dengan pihak sekolah dan komuniti, didapati lebih daripada 80 peratus guru-guru j-QAF dapat menjalinkan kerjasama dengan pihak sekolah, selalu berbincang dengan guru lain untuk perbaiki mutu pengajaran, boleh menyesuaikan diri dengan iklim sekolah, boleh menyesuaikan diri dengan guru lain di sekolah, selalu berkomunikasi dengan guru j-QAF dari sekolah lain, menjalinkan kerjasama dengan komuniti luar sekolah dan telah mengurus program j QAF di sekolah dengan baik. Daripada aspek pencapaian pelajar pula lebih daripada 98 peratus guru-guru j-QAF sentiasa mengutamakan pencapaian/penguasaan pelajar. Daripada aspek perasaan, hasil kajian mendapati lebih daripada 94 peratus guru-guru j- QAF bangga menjadi guru j QAF, gembira dengan tugas sebagai guru j QAF dan mendapat kepuasan daripada kerja yang dijalankan.

Daripada aspek pelaksanaan pengurusan pengajaran dan pembelajaran, pedagogi dan penilian, dapatan kajian mendapati lebih daripada 84 peratus guru-guru j-QAF menggunakan pelbagai kaedah/pendekatan pengajaran, dapat menyediakan rancangan pengajaran dengan baik, boleh menyampaikan isi pengajaran dengan teratur dan jelas, mengadakan kelas pemulihan untuk pelajar lemah dan dapat menguruskan bilik darjah dengan baik. Dari aspek pelaksanaan kokurikulum program j-QAF (Majlis Khatam al-Quran Sekolah-sekolah Peringkat Negeri, Majlis Khatam al-Quran Sekolah-sekolah Peringkat Kebangsaan, Kelab Seni Tulisan Jawi, Persatuan

Bahasa Arab dan Kem Bina Juara), didapati lebih daripada 82 peratus pentadbir sekolah sentiasa memberi galakan dan sokongan kepada aktiviti kokurikulum j QAF .

Dari aspek pelaksanaan ICT dalam program j-QAF, dapatan kajian menunjukkan lebih 80 peratus guru-guru j-QAF telah menggunakan kemudahan tekologi maklumat dan komunikasi dalam sesi pengajaran disamping mereka telah pun mempunyai komputer sendiri yang memudahkan mereka mengeksess melalui internet atau membuka bahan dan sumber ICT j-QAF melalui komputer peribadi. Dari aspek sokongan daripada pihak pentadbir, mendapati lebih 79 peratus pentadbir sekolah sentiasa memberi bimbingan dan galakan terhadap guru-guru j-QAF dan dari aspek penggunan bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran, lebih daripada 88 peratus guru-guru j-QAF sentiasa menggunakan sumber pengajaran dalam sesi pengajaran mereka di kelas-kelas j-QAF disamping guru-guru j-QAF telah pun menghasilkan sendiri sumber pengajaran. Akhir sekali daripada aspek nilai ditambah (value added) dalam program j-QAF hasil kajian mendapati lebih 69 peratus guru-guru j-QAF telah mengadakan program/aktiviti tambahan untuk pelajar j QAF.

2. Persepsi guru terhadap program j-QAF dari aspek masalah kerjaya

Daripada aspek permasalahan kerjaya semasa bertugas di sekolah, dapatan kajian mendapati 55 peratus guru-guru j-QAF menyatakan masalah utama adalah disebabkan oleh beban menggantikan kelas guru lain yang dinyatakan sebagai masalah yang paling utama disamping wujudnya halangan daripada pihak pentadbir sekolah untuk memohon peruntukkan tambahan bagi menjayakan aktiviti-aktiviti program j-QAF.

3. Persepsi guru terhadap program j-QAF dari aspek pembelajaran

Daripada aspek pembelajaran guru-guru j-QAF semasa interaksi di Institut-Institut Perguruan, dapatan kajian menunjukkan lebih 72 peratus guru-guru j-QAF menyatakan kandungan modul berguna untuk menjadi guru yang baik, pentadbir sekolah membenarkan menggunakan kemudahan di sekolah untuk pembelajaran dan kandungan modul mudah dibaca/difahami.

4. Kepuasan guru terhadap program j-QAF dari aspek program latihan.

Hasil kajian mendapati lebih daripada 71 guru-guru j-QAF amat berpuas hati terhadap pemarkahan peperiksaan pelajar, berpuas hati terhadap bimbingan yang diberikan oleh pensyarah, berpuas hati terhadap sistem penilaian, berpuas hati terhadap teori-teori yang diajar, berpuas hati terhadap mod latihan LPBS yang diikuti, berpuas hati terhadap

kemahiran/pengetahuan yang diperolehi, berpuas hati terhadap pemarkahan tugasan, berpuas hati terhadap aktiviti kokurikulum, berpuas hati terhadap kemudahan sokongan, berpuas hati terhadap jadual pembelajaran, berpuas hati terhadap kemudahan mendapat rujukan tambahan, dan berpuas hati terhadap bahan pembelajaran sokongan untuk kandungan modul.

5. Kepuasan guru terhadap pengajaran pensyarah-pensyarah j-QAF .

Dapatan kajian menunjukkan lebih daripada 93 peratus guru-guru j-QAF merasa berpuas hati terhadap interaksi mereka dengan para pensyarah di IPG dari aspek pemindahan pengetahuan teori, pengetahuan praktikal, penekanan kepada aplikasi, aktiviti amali inovasi dan unsur-unsur kreativiti dalam pengajaran mereka.

Kebaikan Program j-QAF

Kebaikan atau kelebihan Program j-QAF yang paling utama daripada dapatan kajian kualitatif menunjukkan guru-guru j-QAF banyak mendapat pengalaman khususnya daripada aspek input ilmu, pengajaran sebenar di bilik darjah, mengatasi permasalahan pelajar dan dapat membina keyakinan diri. Mereka juga menyatakan bahawa matlamat kurikulum Program j-QAF seperti yang dihasratkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia telah dapat dicapai dalam melahirkan insan pelajar yang celik agama, berkemahiran dalam pembacaan dan penulisan Jawi, boleh membaca al-Qur’an dan boleh mengamalkan perkara-perkara asas dalam Fardhu Ain, khususnya Solat serta murid-murid mampu memahami dan menggunakan perkataan-perkataan mudah Bahasa Arab Komunikasi.

Kelemahan Program j-QAF

Dapatan kajian melalui data-data kualitatif mendapati, kelemahan yang paling utama dalam program j-QAF adalah daripada aspek bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran. Sebahagian besar guru-guru j-QAF menyatakan terdapatnya kekurangan BBM dan jika ada pun tak sampai ke tangan mereka. Seperkara lagi aspek kurangnya kerjasama dan pemantauan daripada pegawai-pegawai di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN). Guru-guru j-QAF juga tidak berpuas hati mengenai penempatan mereka di sekolah tanpa mengambil kira soal keluarga dan kurangnya kerjasama daripada pihak pentadbir sekolah yang berpunca daripada pihak pengurusan sekolah yang kurang memahami konsep sebenar Program j- QAF.

Cadangan

Melalui data-data kualitatif, guru-guru j-QAF mencadangkan perkara-perkara berikut untuk diambil tindakan segera bagi penambahbaikan program j-QAF :

i. Menambah peruntukan kewangan khususnya dalam aktiviti Kem Bestari Solat ii. Pegawai-pegawai daripada Kementerian Pelajaran samada daripada PPD, JPN,

JAPIM,

BPG atau IPG perlu turun ke padang membuat pemantauan program j-QAF di sekolah- sekolah khususnya kepada pihak pengurusan sekolah.

iii. Memastikan bahan dan sumber Program j-QAF sampai ke tangan guru.

iv. Memudahkan urusan penempatan guru-guru j-QAF dengan mengambil kira soal keluarga, keselamatan dan jarak penempatan di pedalaman.

PENUTUP

Kajian ini merupakan suatu kajian yang komprihensif mengenai pelaksanaan program j-QAF guru-guru KPLI j-QAF MOD LPBS-SR ambilan Januari 2005, hasil kajian telah menunjukkan satu pencapaian yang membanggakan daripada aspek kualiti kerjaya, program latihan, pengajaran dan pembelajaran di IPG dan pelaksanaannya di sekolah, tahap penggunaan modul dan model j-QAF serta strategi pelaksanaan komponen-komponen mata pelajaran j-QAF. Meski pun masih terdapat ketirisan di sana sini yang boleh diperbaiki pada masa akan datang bagi maksud penambahbaikan. Pelaksanaan Program j-QAF boleh berfungsi sebagai tunggak baru dalam memperkasa Sistem Pendidikan Islam seperti yang diwartakan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan untuk membina jati diri insan mukmin dan merealisasikan hasrat

Dalam dokumen KAJIAN IMPAK TERHADAP PELAKSANAAN PROGRA (Halaman 69-82)

Dokumen terkait