• Tidak ada hasil yang ditemukan

BANYAK HARTANAH14

Dalam dokumen Mudahnya Beli Rumah (Halaman 37-42)

mengandung dengan gaya rambut cari sikat tak jumpa itu. Dari perbualan singkat itu, dia telah pun memiliki 16 buah hartanah. Berbeza dengan saya yang baru ingin bermula.

Pengajaran yang saya terima dari pengalaman pertama ini meninggalkan kesan yang amat mendalam buat saya. Jangan sesekali memandang rendah pada wanita mengandung yang datang lelongan hartanah, ia antara yang saya pelajari dari pengalaman ini.

Saya sangat teruja dengan kemenangan ini. Rumah lelongan pertama saya beralamat di Taman Panorama Lapangan Perdana ini memerlukan sedikit pembaikan kerana salur kabel elektriknya telah dicuri. Kos keseluruhan pembaikan salur kabel elektrik dan pemasangan lampu dan kipas baru, berjumlah RM874.00.

Saya turut memberi sentuhan warna indah dengan cat pada dua dinding utama, satu di dalam bilik tidur utama dan satu lagi di ruang tamu. Tujuannya agar rumah ini kelihatan menarik, baru dan memiliki titik tumpu pada reruangnya. Titik tumpu ini penting sewaktu sessi foto gambar berlansung.

Sebulan kemudian kerja-kerja tersebut pun selesai dan saya telah mula menerima penyewa pertama saya. Penyewa saya merupakan penuntut di Kolej MANSHA Ipoh. Kadar sewa yang saya tetapkan pada waktu itu hanyalah sebanyak RM360 sebulan.

Kemudahan yang saya sediakan pula adalah katil dan tilam untuk dua bilik utama, sebuah sofa terpakai dan TV 14” serta lampu

Saya mengunakan sepenuhnya ilmu sebagai Jurureka Dalaman untuk melahirkan kediaman yang indah dan menawan (menawanlah sangat!!). Hasilnya, keterujaan saya semakin tinggi dengan pelaburan pertama saya ini. Saya fikir ianya berbaloi.

Hampir setiap malam saya memasang impian untuk memiliki sebuah lagi rumah pelaburan, ia bakal menjadi sumber pendapatan tambahan buat saya kelak.

Sedikit lakaran ‘kunci kira-kira’ bagi rumah pelaburan pertama saya ini. Pesan guru hartanah saya, jika pelaburan itu melebihi 8% setahun ia dianggap sihat. (8% dijadikan sandaran berdasarkan kadar keuntungan dividen yang dibayar oleh ASB, jika lebih dari kadar ini melaburlah dengan senang hati)

ROI kediaman ini :

360 x 12 / RM16,000 x 100 = 27%

Pulangan ‘balik modal’ untuk kediaman ini adalah di sekitar empat (4) tahun dengan anggaran kasar sewa sebanyak,

RM360 x 12 x 4 = RM 17,280

Dalam tempoh empat (4) tahun lagi kediaman ini sudah mampu memberikan kembali modal pusingan yang saya keluarkan dengan anggaran kadar sewa kekal pada harga tersebut. (Sewaktu buku ini ditulis kadar sewanya antara unit disini telah pun dinaikkan menjadi RM450 sebulan).

saya gunakan selama ini. Tambahan pula, saya tidak memerlukan sebarang pembiayaan bank bagi mengkayakan bank kerana saya mampu dan boleh membiayai sendiri proses pemilikan rumah ini. Saya sangat teruja dan rasa makin kacak bergaya.

2. Lokasi Berhampiran Sekolah

Di hadapan kediaman Blok C ini terdapat sebuah sekolah menengah yang lengkap dengan prasarana padang bola yang luas. Pada tanggapan saya, lokasi berhampiran sekolah seringkali menarik perhatian mereka yang berkeluarga. Namun, telahan saya ini ternyata meleset kerana kategori penyewa berikutnya bagi kediaman ini hanya terdiri dari yang bujang sahaja. (Sehingga buku ini ditulis, saya sedang menguruskan enam unit rumah sewa di lokasi ini)

3. Rumah Baru

Sepertimana yang diceritakan sebelumnya, saya telah melakukan lawatan tapak sebelum proses lelongan dijalankan dan saya dapati yang ianya belum pernah dihuni. Pemiliknya hanya membeli tetapi tidak pernah menetap di kediaman ini hingga ianya terlelong. Keadaan kediaman masih lagi seperti baru.

Tiada kesan cap tangan pada dinding atau kesan masakan pada dapur kediaman, jauh sekali lukisan Upin Ipin atau ‘Frozen’ di dinding bilik tidur. Ini bermakna, saya sebenarnya telah membeli rumah baru pada harga lelongan yang super rendah. Mungkin berkat doa Aqilah (anak kecil saya) untuk kediaman pertama ini.

keperluan dapur dengan mudah menjadikan ianya kawasan yang menarik untuk didiami (tiga dari penghuni kediaman yang saya uruskan di sini bekerja di pasaraya berhampiran). Dalam erti kata lain, semakin banyak peluang pekerjaan wujud, semakin banyak ‘ruang’ yang didambakan oleh penyewa.

5. Padat dengan Pekerja

Terdapat beberapa blok kediaman di sini yang disewakan kepada pekerja CARSEM Ipoh. Pada sebelah petangnya pasti akan kelihatan gerombolan bas-bas kilang menghantar warga industri ini pulang dan hasil pemerhatian saya semasa mengadakan lawatan tapak di sebelah pagi, petang dan malam, pekerja industri inilah yang sebenarnya memadatkan unit-unit kediaman di sini. Sebelah malamnya pula, saya melihat tapak parkirnya dipenuhi dengan kenderaan penghuninya manakala hampir 70% lampu kediamannya terpasang dan ini mensahihkan lagi permintaan sewa yang tinggi di kawasan terbabit.

6. Pengurusan dan Blok Baru

Blok kediaman ini tidak seperti blok rumah lelongan yang lain yang kusam dan tidak berwarna. Kediaman ini masih kelihatan baru dan ada warnanya yang tersendiri. Secara visualnya ia kelihatan baru dan menarik untuk dimiliki. Pengurusan kediaman ini juga kelihatan terurus dengan baik. Kemudahan jeriji keselamatan dan kad keluar-masuk dibekalkan kepada penghuni kini. Kadar bayaran penyelengaraan yang dikenakan juga masih relatif rendah iaitu RM30 sebulan. Ini kadar mampu milik untuk siapa sahaja terutama pemilik yang tidak kaya seperti saya.

pembangunan apartment mewah ‘Top Tree’ yang dijual pada harga RM270,000 seunit. Sudah tentulah ianya istimewa kerana ada kolam mandi, berbeza dengan kediaman yang saya beli ini yang hanya ada ‘kolah mandi’ di dalamnya. Persaingan kediaman jenis ini tidak wujud, maka nilaian saya bahawa ia merupakan pelaburan yang baik dan bermutu konon-kononnya.

8. Kenaikan Nilai Hartanah

Prinsip pembelian saya berdasarkan pandangan buku ‘Rich Dad Poor Dad’ adalah ‘keuntungan sewaktu membeli’. Walaupun kadar peningkatan agak perlahan tetapi saya masih membeli di bawah harga pasaran.

Sewaktu saya membeli kediaman ini, nilai pasaran kediaman ini berada sekitar RM30,000 seunit. Jika dihitung, sememangnya keuntungan nilaian hartanahnya agak perlahan tetapi dari segi “Cash-On-Cash Return” yang disandarkan pada kadar sewanya, peratusannya agak membahagiakan dan ternyata selepas tiga tahun memilikinya, ianya menjadi mesin duit yang baik buat saya sekeluarga.

“Perkara paling utama dalam mengubah kehidupan

Dalam dokumen Mudahnya Beli Rumah (Halaman 37-42)

Dokumen terkait