kewangan global dan telah menggugat kepercayaan terhadap sistem yang sama.
Di dalam istilah yang luas ekonomi dunia adalah berasaskan pertaruhan yang mana hampir semua benda boleh mencipta jumlah wang yang tersangat banyak berasaskan tiada apa-apa. Ia hanya berasaskan sentimen pasaran. Ia merupakan kegagalan besar kewangan seluruh dunia yang dibawa oleh gadai janji sub-prima, hutang yang bercagarkan obligasi, kredit yang dibekukan dan pertukaran kredit mungkir.
Bagaimanakah ianya berlaku? Pelabur selalunya sentiasa mencari jalan untuk menambahkan wang mereka. Secara tradisi mereka melabur di dalam bon kerajaan, yang mana dengan kejutan akibat gagalnya dot-com dan peristiwa 11 September telah dipotong dengan drastik kepada satu peratus untuk memastikan ekonomi terus kuat di AS. Yang penting di sini ialah pelabur boleh meminjam wang dengan hanya satu peratus dan mereka juga mendapat kemudahan kredit yang murah dari Jepun, China dan negara-negara Arab. Wang tersebut digunakan untuk menyungkit keuntungan yang lebih besar.
KRISIS KREDIT UNTUK BONEKA
>>KEUSAHAWANAN AMALAN Andaikan seoarang usahawan yang berniaga dalam bidang biji kopi. Usahawan tersebut membeli satu kontena biji kopi pada harga $10 000 dan menjualkannya kepada peruncit kopi pada harga $11 000 dengan keuntungan $1 000. Kemudian beliau berikir, ‘Mengapa saya tidak meminjam dari bank secukupnya untuk membeli 100 kontena biji kopi’. Untuk itu beliau memerlukan $990 000. Menggunakan logik leveraj, beliau pergi ke bank yang menawarkan pembiayaan murah pada kadar satu peratus, menjelaskan sedikit sebanyak tentangnya dan mendapatkan $990 000. Beliau kemudian membeli 100 kontena pada harga $1 juta dan menjualkannya pada harga $1.1 juta. Kemudian beliau membayar balik pinjaman $990 000 campur $10 000 faedah. Selepas pelaburan asas $10 000, beliau mendapat keuntungan $90 000. Ini merupakan cara hebat untuk kedua-dua usahawan dan bank untuk mendapatkan wang. Berikut ialah bagaimana ianya bertambah:
Sebuah keluarga mahukan sebuah rumah, jadi mereka menyimpan untuk membayar wang pendahuluan dan menghubungi seorang broker gadai janji. Broker tersebut mencarikan seorang pemberi pinjaman untuk keluarga tersebut, yang meluluskan mereka dengan satu gadai janji. Broker tersebut mendapat komisyen yang agak lumayan. Keluarga tersebut pun membeli sebuah rumah dan menjadi pemilik rumah. Ini adalah sangat baik untuk mereka kerana harga rumah sedang meningkat dan akan terus meningkat. Semuanya berjalan dengan lancar. Satu hari pemberi pinjaman mendapat panggilan dari sebuah bank pelaburan yang mahu membeli gadai janji. Pemberi pinjaman kemudian menjualkannya dengan
88
mengenakan yuran yang baik. Bank pelaburan tadi kemudian meminjam berjuta dollar, membeli beribu-ribu gadai janji lagi dan menjadikannya pakej di dalam satu portfolio. Ini bermakna setiap bulan ia menerima bayaran daripada pemilik rumah yang terdapat dalam portfolionya.
Kemudian pegawai kewangannya membahagikan portfolio tersebut kepada tiga bahagian: pelaburan selamat, okay dan berisiko. Mereka kumpulkan bahagian ini semula ke dalam portfolio dan menamakannya ‘obligasi hutang bercagar’ atau OHB. OHB ini beroperasi seperti tiga bekas yang berantai. Apabila wang masuk, bekas ‘selamat’ memenuhinya dahulu, kemudian ia melimpah ke bekas ‘okay’ dan yang tinggal lagi ke dalam bekas ‘berisiko’. Wang datang dari pemilik rumah yang membayar gadai janji mereka. Jika setengah pemilik tidak membayar dan mungkir, sedikitlah wang yang masuk dan bekas ‘berisiko’ tidak akan berisi. Ini membuatkan bekas di bawah adalah lebih berisiko berbanding bekas di atas yang lebih selamat. Untuk menampung risiko yang lebih tinggi, bekas berisiko menerima kadar pulangan yang lebih tinggi (sebagai contoh 10 peratus). Bekas di atas menerima kadar pulangan lebih rendah tetapi masih menarik (sebagai contoh 4 peratus), di mana bekas okay mempunyai kadar pulangan 7 peratus. Untuk memastikan bekas di atas lebih selamat lagi, bank akan menginsuranskannya dengan satu perlindungan yang kecil, dipanggil pertukaran kredit mungkir.
Bank melakukan semua kerja ini supaya agensi penarafan kredit akan dapat meletakkan bekas atas sebagai pelaburan yang selamat iaitu AAA, penarafan yang paling tinggi. Bekas okay ialah taraf BBB, masih agak bagus. Mereka tidak memberikan apa-apa taraf kepada bekas berisiko. Disebabkan taraf AAA, bank pelaburan boleh menjualnya kepada pelabur yang mahukan pelaburan yang selamat. Ia akan menjual bekas okay kepada bank lain, manakala bekas berisiko dijual kepada dana berpagar dan lain-lain pengambil risiko. Bank pelaburan memperolehi jutaan dollar yang kemudian membayar balik pinjamannya.
Akhirnya, pelabur menemui satu pelaburan yang baik untuk wang mereka, lebih baik daripada bil bank pusat yang satu peratus itu. Mereka sangat puas membuatkan mereka mahukan pembahagian seperti OHB dan lebih banyak gadai janji. Pemberi pinjaman memanggil broker untuk mencari lebih ramai pemilik rumah, tetapi broker tidak dapat mencarinya lagi. Setiap orang yang layak untuk gadai janji sudah pun memilikinya. Tetapi mereka mempunyai satu idea. Apabila pemilik-pemilik rumah mungkir terhadap gadai janji mereka, pelabur akan mendapatkan rumah tersebut, rumah tersebut akan sentiasa meningkat nilainya. Oleh kerana ianya tergolong sebagai kemungkiran pemilik rumah, pemberi pinjaman boleh mula menambahkan risiko kepada gadai janji baru: sebagai contoh tiada wang pendahuluan, tidak perlu bukti pendapatan. Tiada dokumen langsung. Itulah yang telah mereka lakukan. Sebaliknya daripada memberikan pinjaman kepada pemilik rumah yang bertanggung jawab, yang dipanggil gadai janji prima, mereka mula mendapatkan setengah yang kurang bertanggung jawab. Inilah gadai janji sub prima.
Inilah satu titik peralihan. Seperi selalu, broker gadai janji menghubungkan keluarga dengan peminjam dan satu gadai janji, dengan mendapatkan komisyen. Keluarga membeli sebuah rumah besar. Peminjamn menjual gadai janji kepada
89
Berapa banyakkah kos terlibat dalam krisis kewangan global? Rajah 3.7 menunjukkan betapa mahalnya krisis tersebut berbanding dengan pengukuran lain.
Bagaimanakah ia mempengaruhi Asia? Kenaikan dalam harga makanan, ditambah pula dengan ketidakstabilan kewangan serta keadaan yang tidak dapat dijangka di mana-mana menggandakan kesan tersebut di Asia Pasiik. Kos bahan api yang tinggi, harga komoditi yang terus meningkat serta ketakutan kepada kemelesetan global membimbangkan ramai penganalisis ekonomi di negara-negara membangun. Ramai percaya secara tidak benar bahawa Asia mengalami krisis akibat kesan daripada sistem kewangan barat. Asia tidak mempunyai gadai janji sub prima dan mengecapi pertumbuhan yang pesat serta mencipta kekayaan di tahun-tahun terdekat. Tetapi keadaan ini telah mendorong pelaburan yang besar di negara-negara barat yang telah meningkatkan pendedahan Asia kepada masalah yang berlaku di barat.
bank pelaburan, yang menukarkannya kepada OHB dan menjualkan bekas-bekas tersebut kepada pelabur. Ianya berjalan dengan lancar untuk setiap orang dan membuatkan semuanya kaya.
Tiada siapa yang bimbang kerana sebaik sahaja mereka menjualkan gadai janji kepada orang lain, ia menjadi masalah orang tersebut. Jika pemilik rumah mungkir, mereka tidak perlu peduli. Mereka menjual risiko mereka dan mendapat berjuta-juta dollar: seperti permainan ‘hot potato’ dan sebuah bom jangkamasa. Tidak hairanlah, pemilik rumah mungkir terhadap gadai janji mereka, yang pada waktu itu dimiliki oleh bank. Ini bermakna bank dapat merampas rumah tersebut dan satu daripada bayaran bulanannya bertukar menjadi sebuah rumah. Bukan masalah besar. Ia letakkannya sebagai untuk dijual. Tetapi lebih banyak bayaran bulanannya bertukar menjadi rumah-rumah. Sekarang terdapat banyak rumah di pasaran, mencipta lebih banyak bekalan berbanding permintaan dan harga rumah tidak akan meningkat lagi. Menurut fakta, ia menjunam.
Ini mewujudkan masalah yang menarik untuk pemilik rumah yang masih membayar gadai janjii mereka. Sedangkan semua rumah dikejiranannya semuanya untuk dijual, harga rumah mereka juga akan turut menjunam dan mereka mula berikir mengapa membayar gadai janji hingga $300 000 untuk nilai rumah kini hanya $90 000. Mereka memutuskan bahawa ianya tidak masuk akal untuk meneruskan bayaran walaupun mereka mampu, kemudian mereka meninggalkan rumah tersebut.
Kadar kemungkiran berleluasa di seluruh negara dan harga rumah menjunam. Kini bank pelaburan sedang memegang satu portfolio penuh dengan rumah-rumah yang bernilai. Seluruh sistem kewangan kini menjadi pasaran kredit beku. Setiap orang mula jatuh mulis.
Sumber: Jonathan Jarvis, ‘The Short & Simple Story of the Credit Crisis’, © 2009 Jonathan Jarvis, http://crisisofcredit.com/
90 Daripada 2007 hingga 2008 ekonomi India telah bertumbuh sehingga 9
peratus dijana sebahagian besar oleh pasaran dalaman. Tetapi pertumbuhan India telah menjadi perlahan dengan banyaknya dalam masa terdekat. China
juga mengalami keadaan yang sama di mana berlaku kelembapan yang
mendadak dan juga kehilangan pekerjaan di kalangan rakyatnya.
Sebagaimana dialami negara lain, India dan China telah mencurahkan
berbillion dollar untuk pakej pemulihan. Rajah 3.7 Perbandingan Krisis Kewangan Global, $ Trillions Sumber: CIA Factbook; and Oxfam, ‘G20: Global bailout enough to end world poverty for 50 years’, 1 April 2009, www.oxfam.org.uk/applications/blogs/pressoi ce/?p=4080 0.1 0.1 0.2 0.2 0.2 0.4 0.5 0.5 0.7 0.7 0.8 1.3 2.5 2.6 3.3 7.8 8.4 9.7 10.5 13.8 14.5
Tahap bantuan global semasa (2007)
Bantuan diperlukan untuk capai bangun milenium Perlumbaan ke bulan (dollar semasa)
Perang korea (dollar semasa) Perang Vietnam (dollar semasa) KNK Australian
KNK UK
Janji bantu negara miskin sejak 1970 Jumlah gadaijanji rumah AS
Jaminan global di pertengahan-2009 Nilai syarikat di dunia yang terkeluar
91 Secara ironik kejatuhan ekonomi global ini adalah berpunca daripada daya
inovatif dalam kewangan oleh para usahawan. Sebagaimana yang dinyatakan
oleh ahli ekonomi Joseph Stigliz pemenang Anugerah Nobel: Mereka
terus berinovasi, itu tiada masalahnya, tetapi bukanlah dengan cara yang boleh membuatkan ekonomi semakin kuat. Beberapa orang yang terbaik dan
paling bijak dari Amerika yang menumpukan sepenuh bakat mereka ke arah memastikan pencapaian piawaian dan peraturan yang telah direkabentuk untuk memastikan kecekapan ekonomi dan keselamatan sistem perbankan. Malangnya, mereka terlalu jauh berjaya, namun kita semua – pemilik rumah, pekerja, pelabur, pembayar cukai – yang membayar kosnya. Krisis ini menimbulkan soalan-soalan asas mengenai globalisasi, yang sepatutnya
membantu meresapkan risiko. Sebaliknya, ia telah mengupayakan
kegagalan Amerika supaya tersebar ke seluruh dunia, seperti wabak yang berjangkit. Barangkali adalah sesuai untuk dipetik kenyataan bapa pasaran bebas, Adam Smith yang mengatakan: ‘Pedagang kita dan pakar-pengilang menegur bahawa banyak kesan buruk tentang upah yang tinggi dalam masa harga yang sedang meningkat, oleh itu mengurangkan jualan barangan
di dalam dan di luar negara. Mereka mengatakan tiada kena mengena
dengan kesan buruk akibat keuntungan yang tinggi. Mereka mendiamkan diri apabila melibatkan kesan yang menyebabkan kecelakaan berkaitan
dengan perolehan kepada mereka sendiri.
Ekologi Keusahawanan
Dalam tahun 1987 sebuah suruhanjaya yang diketuai oleh Perdana MenteriNorway Gros Harlem Brundtland telah ditubuhkan oleh Suruhanjaya
Dunia terhadap Persekitaran dan Suruhanjaya Dunia terhadap Persekitaran dan Pembangunan (WCED) di bawah pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
(UN) untuk meneroka ke dalam kedudukan sistem alam semula jadi dunia
dan menyediakan satu pandangan mengenai persekitaran kesihatan
global. Laporan yang bertajuk, Our Common Future’ atau Masa Depan Kita
Bersama menggariskan satu keadaan yang terancam di mana populasi dunia
hidup dengan baik melebihi kemampuan planet untuk menggantikan
semula sumber-sumber aslinya, menyerap pencemaran dan mengitar
keadaan beriklim yang penting seperti suhu. Penyelesaian jangka panjang
adalah di antaranya ialah supaya masyarakat manusia mengamalkan
kelestarian, satu istilah yang dideinisikan oleh suruhanjaya sebagai:
‘Memenuhi keperluan generasi masa kini tanpa berkompromi dengan
keupayaan generasi masa depan untuk memenuhi kehendak-
kehendak mereka. Laporan Brundtland menjurus kepada satu idea bahawa pasaran adalah punca dan juga penyelesaian yang berpotensi ke arah teka-teki kelestarian.
Ia juga telah mendorong kita untuk berikir semula tentang konsep
92 kita kepada rumusan terhadap kemerosotan persekitaran adalah hasil
daripada kegagalan pasaran. Menggabungkan kedua-dua kedudukan
tersebut kita lihat bahawa kegagalan pasaran mewakili peluang untuk
mencapai keuntungan manakala serentak dengan itu mengurangkan
gelagat ekonomi persekitaran. Ia juga membuatkan kita melihat kepada bagaimana usahawan merebut peluang yang semula jadinya bersekongkol dalam persekitaran berkaitan dengan kegagalan pasaran. Di dalam era keusahawanan industri, bermula dari abad ke-19
sehinggalah ke millenium baru, usahawan tidak pernah bertanggung
jawab untuk mengambil kira persekitaran ke dalam perancangan dan
rekabentuk mereka. Mereka hanya menumpukan perhatian kepada
pemerahan sumber yang terhad dengan sedikit keprihatinan sahaja untuk menggantikannya semula, berkaitan pengedaran global tanpa mengambil
kira jarak, pembinaan yang berleluasa tidak mengambil kira natijah
persekitaran dan jalan pintas rantaian-bekalan tanpa mengambil kira ekuiti.
Usahawan selalunya tidak berorientasikan pencegahan kesan negatif,
kebalikan kepada kemerosotan, atau kepada penambahbaikan bersih
dalam alam semesta izikal dan sosial. Di dalam era usahawan industri, pembaziran bukanlah satu rekabentuk yang dipertimbangkan. Akhirnya
usahawan-usahawan tersebut menyebabkan kesan negatif terhadap
persekitaran dan masyarakat. Kini, di era keusahawanan lestari, kita perlu untuk berikir cara ekologi
mengenai biosfera dan untuk mengambil kira bahan buangan yang
terkandung di dalam produk. Kita perlu bergerak menjangkaui analisis
input-output yang mudah tanpa mengambil kira tentang akibatnya dan
untuk mengaplikasikan konsep baru yang mengambil kira dimensi
kehidupan produk dan perkhidmatan yang kita keluarkan. Intisarinya, kita perlu mencipta lingkaran impak keusahawanan yang positif bersih kerana biosfera adalah berkaitan dengan sosiosfera dan ekonosfera. Impak
lingkaran keusahawanan ini boleh mencetuskan kesan yang boleh
menguatkan pengurangan atau memulihkan biosfera. Istilah ‘keusahawanan lestari’ menghubungkan tiga konsep. Ia meletakkan
fokus kepada inisiatif dan kemahiran seseorang usahawan individu atau berpasukan untuk mencapai kejayaan pasaran melalui inovasi yang
melindungi dan menambah baik persekitaran. Lebih luas lagi,
keusahawanan lestari ialah satu persilangan di antara sosiosfera, ekonosfera
dan biosfera. Biosfera merangkumi semua benda hidup dan tidak hidup
di muka bumi. Sosiosfera pula merangkumi semua manusia di dalam
sebuah sistem sosial, semua peranan yang mereka penuhi dan semua corak
kelakuan, semua input dan output mereka berkaitan dengan manusia
lain dan semua organisasi dan kumpulan yang mereka adalah ahlinya.
Ekonosfera pula merangkumi pasa asasnya adalah bahagian daripada
sosiosfera yang disusun atur melalui pertukaran, terutama sekali
93
harga. Penyelidik Australia Diesendorf dan Hamilton mendeinisikan ekonosfera sebagai ‘jumlah saham modal, iaitu set semua objek, manusia, organisasi dan sebagainya yang menarik pada pendapat sistem pertukaran. Daripada pandangan suatu bahan, kita lihat objek yang lalu daripada biosfera kepada ekonosfera di dalam proses pengeluaran, sama juga kita melihat produk yang melalui keluar daripada set ekonomi sebagai buangan kerana nilanya menjadi sifar. Sedikit pindaan kepada komen bapa rekabentuk cradle-to-cradle, Michael Braunhart, kita mungkin mengatakan: Biosfera dan ekonosfera adalah konsep kunci di dalam falsafah cradle-to- cradle. Kedua-duanya adalah rapat, kitaran yang tiada akhirnya, di mana bahan boleh digunakan semula berulang-ulang kali, kerana mereka kekal bernilai. Mereka seharusnya menyumbangkan sesuatu yang bernilai kepada sama ada biosfera atau pun ekonosfera. Kemudian kita bertanya sfera mana memiliki komponennya. Jika mereka milik biosfera maka soalannya ialah sama ada anda boleh memberikannya balik kepada alam semula jadi: Adakah ianya terbiodegradasi, adakah ia meninggalkan hanya nutrien yang sistem organik boleh menghadamkannya? Jika ia untuk ekonosfera, maka isu utama ialah bagaimana mudahnya produk untuk diuraikan dan bahannya boleh dikitar semula.
Rajah 3.8 Ekologi Keusahawanan
Sumber: CIA Factbook; and Oxfam, ‘G20: Global bailout enough to end world poverty for 50 years’, 1 April 2009, www.oxfam.org.uk/applications/blogs/pressoi ce/?p=4080 (-) (+) Keusahawanan tidak lestari Keusahawanan lestari Sosiosfera - Enterprais manusia - Kerajaan dan infrastruktur - Pengetahuan, buruh dan modal - Peluang dan nilai
Biosfera
- Persekitaran izikal - Iklim dan tenaga - Air, tanah, lora & fauna - Atmosfera dan topograi
Ekonosfera
- Persekitaran perniagaan - Keadaan faktor keusahawanan - Penambah kecekapan
94 Kita boleh melihat konsep ini dalam satu persamaan: SE = f(B + S + E)
Elemennya diatur mengikut urutan sejarah’ Jika kita gunakan ‘e’ untuk maksud ‘tertanam di dalam atau satu subset daripada’, kita dapat:
SE = (E e S e B)
Ekologi keusahawanan memfokuskan kepada gabungan kelestarian persekitaran dan keusahawanan. Idea utama ialah bahawa terdapat keselarian di antara sistem asli dengan sistem keusahawanan. Ekologi keusahawanan memindahkan proses keusahawanan daripada sistem lini (lingkungan terbuka), di mana sumber dan pelaburan modal bergerak melalui sistem untuk menjadi bahan buangan, bagi lingkungan tertutup di mana bahan buangan menjadi input untuk proses baru. Bagaimanakah bumi, manusia dan ekonomi berkaitan? Aliran tenaga dan bahan yang diambil dan dipulangkan kepada persekitaran luaran dipanggil ‘throughput’ atau bahan yang diproses. Untuk kebanyakan bahagian ini adalah satu pertukaran yang tidak sekata. Rajah 3.8 menunjukkan bahawa usahawan tidak lestari memerah sumber yang besar dengan itu mengurangkan bumi (tanda negatif). Biasanya ia akan dipulangkan sebagai bahan buangan dalam bentuk turun nilai. Keusahawanan lestari bermakna pemulangan sumber dalam bentuk tambah nilai (garisan putus kepada tanda positif). Ketiga-tiga sfera berkongsi satu perjuangan untuk terus hidup. Mereka memerah sumber dan bahan yang tetap untuk mengekalkan kedudukan tersusun sendiri pada satu kadar degradasi rendah. Sebaliknya mereka mungkin akan turun sehingga kepada titik tenaga sifar. Di dalam ilmu izik kita namakan degradasi entropi dan keadaan tenaga sifar dipanggil inertia. Kesemua tiga sistem hendaklah terlibat dan memproses nilai. Masalahnya ialah usahawan di masa lepas telah merendahkan nilai proses ini dengan pemerasan yang tidak bertanggung jawab.
Perkara lain yang menyatukan ketiga-tiga sfera ialah cara mereka memproses bahan. Di dalam biosfera, proses semula jadi mewujudkan biomass, di mana massa adalah organisma hidup dan mati seperti kayu, daun dan lain-lain jirim organik. Andaikan tiada campurtangan manusia, proses ini dioptimakan berhubung dengan penggunaan tenaga dan bahan. Sesuatu yang berlebihan membolehkan biosfera untuk berhadapan dengan perubahan. Wujudnya mekanisma pembaikan yang akan menterbalikkan degradasi. Pengumpulan kesilapan memandu ke arah kerosakan bermutasi spesies, tetapi Darwin telah menunjukkan bahawa terdapat ‘kelengkapan pembaikan’ untuk membetulkan kesilapan tersebut. Terdapat jumlah kepelbagaian yang sangat besar dicipta dengan variasi dan pemilihan semula jadi. Spesies muncul dan hilang dalam laluan evolusi. Walaubagaimanapun, ciri-ciri yang lebih unggul dari kalangan mereka yang telah melalui evolusi mungkin kekal. Ini membolehkan biosfera untuk bertindak balas kepada
95
perubahan. Ia mencipta satu ketegapan yang boleh menghadapi
malapetaka utama. Adakah ini kedengaran seperti ekonomi? Tentu sekali, ekonosfera
mempunyai mekanisma seakan-akan sama. Mari kita lihat satu kumpulan
yang koheren daripada proses perindustrian sebagai satu organisma.
Kemudian pasaran ekonomi juga menyamai proses pemilihan semula jadi ‘Darwinian’ di dalam perkhidmatan dan produk yang ia keluarkan.
Ekonosfera mempunyai ingatan. Ia boleh mengingat semula proses lama seperti kincir angin. Ia serasi dengan degradasi melalui mekanisma
pembaikan. Kesilapan yang timbul dalam pengeluaran semula adalah
seperti perniagaan yang gagal baru bermula semula. Ia mempunyai
beberapa kelengkapan pembaikan seperti penguatkuasaan undang-undang, polisi persekitaran dan pendidikan. Sehingga ke hari ini, beberapa usahawan telah merendah nilaikan dengan hebat tentang kepebagaian bio, ekosistem serta kaedah daya terus hidup yang disediakan oleh alam semula jadi, ini termasuklah sumber-sumber
seperti tenaga, air, ruang bebas dan bahan-bahan. Kita telah tidak memberi
nilai kepada alam semula jadi sebagai sebuah ekosistem yang hidup.
Sebaliknya menambah nilai kepada bahan hidup yang kita hanya mahu
mengurangkan bilangan sumber-sumber yang mati (sebagai contoh, melalui kitar semula). Diakhirnya, masyarakat terpaksa melaksanakan peraturan
yang kompleks, insentif dan alat untuk mendenda usahawan atau
untuk menggalakkan mereka untuk mengurangkan pembuangan dan melonggarkan kesan keusahawanan negatif. Apa yang boleh dilakukan
oleh keusahawanan positif ialah dengan menjana impak positif dengan
menambah nilai dan menghapuskan pembuangan yang telah direka bentuk,
disalin, dilupuskan, keusangan yang telah dirancang dan tujuan-tujuan
yang akhirannya adalah membazir. Usahawan positif mencipta sistem lingkaran berimpak positif dan inovasi yang mencipta pengangkat untuk
penambahbaikan bioizikal serta transfomasi sosial. Kitar semula adalah satu kes yang dimaksudkan. Di sini kita mesti membezakan di antara kitaran ke bawah dan kitaran ke atas. • Kitaran ke bawah mengubah bentuk bahan buangan dan barangan
kepada kegunaan yang lebih rendah. Manakala ia mungkin berkaitan
dengan pembuangan pengguna yang lampau, ini hanyalah satu
bahagian kecil dari pembuangan yang terlibat dalam pemerasan dan pemprosesan. Contoh yang jelas ialah kitar semula plastik, yang
menukar bentuknya menjadi plastik yang lebih rendah mutunya tanpa menghiraukan tentang kerugian tenaga yang sangat besar semasa melakukan pengeluarannya.
• Dengan kitaran ke atas, bahan buangan digunakan untuk menyediakan produk baru dan bernilai tinggi. Amalan ini adalah untuk mengambil sesuatu yang boleh dilupuskan dan diberi tujuan semula menjadi produk