• Tidak ada hasil yang ditemukan

81Sudah tentu strategi-strategi ini tidak saling menyingkiri, tetap

menggunakan syarat sederhana pergerakannya akan pasti bermula dengan pelonggaran menuju ke arah penyesuaian, di mana IPCC mendeinisikannya sebagai ‘penyesuaian di dalam sistem semula jadi atau manusia dalam tindak balas kepada stimuli iklim yang dijangka atau kesannya, di mana menyederhanakan bahaya atau mengeksploitasi peluang yang bermanfaat’. Daripada sudut strategik ini bererti usahawan perlu membiasakan diri untuk membuat perubahan untuk menangani keadaan iklim baru.

Beberapa penyesuaian akan hampir pasti diperlukan walaupun jika pelepasan pencemaran di berhentikan dengan serta merta. Namun demikian, dari sudut strategik, terdapat pertukaran di antara pelonggaran, iaitu reaktif dan penyesuaian, iaitu proaktif. Strategi dibentuk oleh satu analisis risiko dan kos yang dijangkakan begitu juga dengan tanggapan awam. Jika anda percaya bahawa kesan perubahan iklim adalah terlalu jauh dan boleh diuruskan, maka halatuju anda adalah penyeseuaian. Tetapi jika anda percaya bahawa kesan adalah dekat dan teruk, maka pelonggaranlah halatuju strategik anda.

Rajah 3.6 Penyesuaian Lwn. Pelonggaran

Sumber: Citigroup, Climatic Consequences: Investment Implication of a Changing Climate, www.climateactionproject.com/docs/Citigroup_2007.pdf, p. 19 Boleh urus Teruk Hampir Pelonggaran Penyesuaian Lambat Masa Impak

82 Analisis risiko iklim

Kini usahawan di abad ke-21 perlu untuk menilai kesan risiko dan ekonomi tertentu tentang aktiviti mereka. Siapakah yang paling berisiko apabila berlaku perubahan iklim? Terdapat empat jenis risiko:

• Risiko izikal: Ia melibatkan kesan langsung daripada kejadian berkaitan dengan cuaca, termasuklah kemudahan air, tahap hujan, paras laut, kerosakan harta benda, penyakit berkaitan dengan haba, penguatkuasaan supaya memindahkan operasi ke lokasi lain dan harga komoditi. Pihak penyedia insurans kini percaya bahawa mereka telah terkurang nilai tentang kos kewangan dalam kerosakan akibat perubahan iklim dan diberi amaran bahawa mereka boleh menggandakan premium. Tiga tahun yang lepas (2006-2009) adalah tahun malapetaka yang paling tinggi kosnya untuk industri insurans dalam sejarah, dengan kerugian ekonomi berkaitan malapetaka sebanyak $269 billion.

• Risiko reputasi: Ancaman ini adalah terhadap nilai jenama syarikat. Nilai jenama merangkumi sehingga 70 peratus daripada permodalan pasaran syarikat. Perubahan iklim telah pun menjadi keprihatinan pelanggan utama. Pelanggan memberikan perhatian yang lebih kepada gelagat perniagaan dan syarikat yang tidak bersedia untuk menghadapi perubahan iklim yang akan menghadapi risiko kerosakan pasaran dan nilai jenama mereka. Mana-mana pihak yang boleh mencari peluang yang sesuai untuk membezakan diri mereka dengan ukuran yang telah ditetapkan, sebagai contoh, untuk mengurangkan jejak karbon.

MEMAHAMI EKONOMI PENYESUAIAN

>>KEUSAHAWANAN AMALAN Penyesuaian adalah penting untuk menangani impak yang tidak boleh dielakkan akibat perubahan iklim di mana dunia telah melakukan komitmennya. Ia akan menjadi pentign khususnya untuk membangunkan negara yang akan terjejas paling teruk dan dalam masa terdekat oleh perubahan iklim.

Penyesuaian boleh mengurangkan impak tetapi tidak boleh menyelesaikan masalah perubahan iklim dengan sendirinya. Penyesuaian akan menajdi penting untuk menghadkan impak negatif daripada perubahan iklim. Namun demikian, walaupun menggunakan penyesuaian masih terdapat kos tinggalan; sebagai contoh, jika peladang menukarkan tanaman yang lebih berdaya tahan terhadap iklim tetapi hasilnya lebih rendah.

Terdapat had tentang apa yang boleh dicapai oleh penyesuaian. Semakin meningkatnya kekuatan dan kelajuan iklim yang tidak boleh dijangka,

83

• Risiko perundangan: Perubahan iklim dilihat semakin meningkat oleh kerajaan dan juga awam sebagai kegagalan pasaran yang serius yang hanya boleh diperbetulkan menggunakan perundangan dan campur tangan kerajaan. Syarikat berkeusahawanan hendaklah menyesuaikan diri dengan undang-undang dan peraturan baru yang mencipta kelebihan daya saing kerana ketidakapastian perundangan akan membuatkannya sukar untuk merancang ke hadapan. Terdapat dua jenis perundangan: perundangan seperti permit dan keperluan produk, perundangan asas pasaran seperti cukai karbon, skim perdagangan pelepasan pencemaran dan tarif bahan api.

• Risiko dakwaan: Lebih banyak perundangan akan mendorong lebih banyak dakwaan. Tidak diragui lagi mahkamah akan mengambil tindakan terhadap pelepas bahan tercemar, cabaran-cabaran keberkesanan relatif penyesuaian akan semakin hilang. Dalam sistem semula jadi, wujud had yang jelas kepada kelajuan di mana haiwan dan ekosistem boleh berpindah atau melakukan penyesuaian. Untuk masyarakat manusia, juga terdapat had-hadnya – sebagai contoh, jika paras laut meningkat akan menjadikan setengah negara tidak boleh didiami lagi.

Tanpa pelonggaran yang kuat dan awal, had iizikalnya – kosnya – penyesuaian akan berkembang dengan cepat. Ini akan berlaku khusus di negara-negara membangun, maka perlu ditangani dengan segera menggunakan pelonggaran. Penyesuaian akan memberikan manfaat setempat di dalam kebanyakan kes, dapat dikenalpasti tanpa masa menunggu yang lama, pelonggaran adalah sebaliknya. Oleh itu beberapa penyesuaian akan wujud secara autonomi, sebagaimana individu bertindak balas kepada pasaran atau perubahan persekitaran. Banyak akan berlakuu di peringkat tempatan. Penyesuaian berautonomi juga boleh melibatkan kos yang sangat tinggi terutama untuk yang termiskin dalam masyarakat.

Tetapi penyesuaian adalah kompleks dan banyak halangan yang perlu diatasi. Kerajaan mempunyai peranan untuk dimainkan untuk memastikan penyesuaian berlaku, bermula dari sekarang, menyediakan garis panduan polisi dan ekonomi serta sokongan institusi kepada sektor swasta dan masyarakat awam. Aspek lain untuk penyesuaian, seperti keputusan tentang infrastruktur, akan memerlukan pandangan jauh dan perancangan, manakala yang lain, seperti pengetahuan dan teknologi, akan menjadi manfaat global.

Kajian-kajian dalam sektor yang sensitif dengan iklim juga menjurus kepada penyesuaian sebagai pilihan yang akan memberikan manfaat jika ada kos berlebihan. Namun demikian, maklumat kuantitatif terhadap kos dan manfaat penyesuaian secara ekonomi dalam keadaan semasa adalah terhad.

Sumber: Nicholas Stern, The Economics of Climate Change:The Stern Review, Cabinet Oi ce – HM Treasury, Cambridge University Press, 2007: 457

84 berkaitan cukai karbon dan kawalan, begitu juga pemeriksaan rapi terhadap pendedahan gas-gas rumah hijau dalam laporan tahunan. Menurut KPMG, terdapat enam sektor perniagaan yang berada dalam zon bahaya yang akan terjejas akibat risiko perubahan iklim. Ini termasuklah penerbangan (perundangan baru muncul dan risiko kepada reputasi), penjagaan kesihatan (peningkatan kos rawatan akibat penyakit bawaan iklim), sektoe kewangan (pelaburan yang salah dan tanggungan insurans yang meningkat), pelancongan (pelancong berkurang), minyak dan gas (risiko pengatur undang-undang) dan pengangkutan (terutama pengangkutan lori dan penerbangan). Sektor yang selamat dari segi terjejas akibat risisko perubahan iklim adalah telekomunikasi, kimia serta makanan dan minuman. Untuk kimia tanda selamatnya sekotr ini ialah kerana ia melibatkan penyediaan yang bertahap tinggi.

Manakala perubahan iklim sebagai satu fenomena global, terdapat perbezaan risiko di antara kawasan. Enam puluh sembilan peratus orang Australia percaya bahawa iklim adalah satu ‘masalah yang serius dan menekan, di mana kita perlu mengambil langkah awal walaupun ini melibatkan kos yang tinggi’, manakala China memberi penekanan pada 42 peratus dengan Filipina dan Thailand pada 27 peratus. Orang India adalah yang paling curiga mengenai keperluan untuk tindakan menghadapi pemanasan global dengan hanya 19 peratus mengatakan bahawa masalah ini cukup menekan untuk diberikan tindakan segera dan mahal.

Kadar diskaun sosial

Setiap orang mengutamakan untuk mendapatkan sesuatu yang mereka perlukan sekarang berbanding kemudian, semua benda lain adalah dianggap sama. Ahli ekonomi merujuk kepada corak keutamaan tersebut sebagai kadar diskaun untuk masa depan. Iaitu satu kadar di mana anda mendiskaunkan pulangan masa depan apabila dibandingkan dengan pulangan segera atau masakini. Mari kita andaikan bahawa paras laut akan melimpahi bahagian pantai Bangladesh dalam tahun 2050. Seorang nenek Bangladesh berumur 50 tahun dengan jangka hayat pada kelahiran hanya 37 tahun, hari ini mempunyai harapan yang tipis untuk hidup hingga berumur 100 tahun. Tetapi cucunya yang berumur 10 tahun hari ini mungkin mempunyai jangka hayat sehingga 61 tahun. Nenek tersebut berkemungkinan besar mengabaikan sahaja risiko dari malapetaka tersebut. Tetapi kita tidak boleh mengatakan dengan pasti sama ada kawasan pantai Bangladesh akan dilimpahi air dalam tahun 2050. Kita mungkin melihat peningkatan suhu dan lebih banyak ribut hari ini, tetapi kita tidak boleh menduga dengan tepat akibatnya. Adakah apabila berlaku banjir di kawasan pantai akan membuatkan haiwan liar tertentu akan pupus, di luar pengetahuan kita, telah menyumbang kepada kebajikan kita? Atau adakah

85

Dokumen terkait