• Tidak ada hasil yang ditemukan

BARANG PERMAINAN

Dalam dokumen Modul Membentuk Dan Membuat Binaan (Halaman 183-191)

3. Penampilan kertas origami selalunya mahal dan warnanya agak terang walaupun mempunyai warna atau corak yang berbeza di kedua-dua belah yang sangat berguna bagi sesetengah projek.

4. Kertas taip, kertas tulis, kertas fotostat dan kertas komputer merupakan kertas yang sesuai untuk origami.

5. Kertas-kertas khas boleh didapati daripada sumber: x Outlet yang membekalkan peralatan kepada pelukis

x Supplier yang membekalkan peralatan kepada grafik

6. Dalam kes rekaan yang memerlukan aspek penegasan seperti “Easter Egg Basket”, gunakan kertas artis yang tebal yang boleh menyerap lembapan tanpa melengkung seperti kertas Ingres atau kertas “water colour” yang sebenar.

7. Di dalam origami terdapat teknik lipatan basah dibuat untuk mendapatkan kesan di mana apabila kertas kering nanti lipatan ini terhasil. Dalam hal yang lazim, kertas jenis water colour digunakan.

8. Dalam situasi yang lain, kelainan bentuk origami mempengaruhi jenis kertas, lapisan kertas dan teknik yang diaplikasikan.

Latihan 3.4

1. Lipat di atas permukaan meja atau kayu yang keras.

2. Sebelum melipat setiap rekaan, pastikan kertas yang digunakan segi empat atau 2 x 1 segi empat sama.

3. Lipat dengan perlahan-lahan dan jangan tergopoh-gopoh, teliti dan kemas.

4. Lihat pada diagram dan baca segala arah. Lihat simbol, “valley” atau “mountain” dan bagaimana ia bergerak langkah demi langkah.

5. Terus lihat ke hadapan untuk hasilan mengikut ilustrasi berpandu.

6. Untuk bentuk, jangan lihat langkah secara berasingan. Pandang langkah seterusnya, kemudian ke belakang, ke hadapan dan seterusnya.

Latihan 3.5

Ikut arahan seperti yang terdapat di gambar rajah origami 1 untuk menghasilkan origami yang dimaksudkan.

Origami kapal terbang

Ujian 1

Ciri-ciri kain yang sesuai untuk origami: 1. Sederhana tebal, padu dan agak keras. 2. Berwarna menarik dan kelihatan eksklusif

3. Mudah di pelbagai kerana jenis kain yang luwes/fleksibel 4. Sedondon dengan set meja dan dapat menghidupkan suasana 5. Mudah di dobi, disimpan dan mesra dengan persekitaran.

Ujian 2

Kesan-kesan positif daripada kerja menghasilkan origami: 1. Melatih minda – peka dengan arahan dan peraturan.

2. Menguji kesabaran – hanya insan yang bersikap penyabar dan toleran dapat menghasilkan origami.

3. Menguji kefahaman minda – latihan kognatif yang baik di samping menentukan urutan dalam sistem pembuatan atau penghasilan.

4. Keprihatinan dalam menghasilkan origami. Amalan yang berterusan dapat mendidik akal dan jiwa dengan baik.

5. Menjadikan aktiviti sampingan – dilakukan sebagai aktiviti masa lapang. 6. Elakkan pembaziran terutamanya kertas yang tidak digunakan.

8. Membina kreativiti minda dan hasilan seni yang tinggi mutunya. 9. Mudah dibawa, dihasil dan diaplikasi dalam semua suasana. 10. Bagi tujuan perniagaan, origami menjadi suatu bidang ekonomi.

TOPIK 4: ASEMBLAJ

Latihan 4.1

Louise Nevelson menghasilkan asemblaj “Sky Catheral” tahun 1958 melalui gabungan objek-objek yang berikut:

1. Kaki kerusi 2. Batang penyapu 3. Pintu kabinet 4. Kayu terbuang 5. Penggulung benang

Untuk menampilkan konsep asemblaj yang bersifat misteri, Nevelson mewarnakan asemblaj tersebut dengan warna biru terang.

Latihan 4.2

1. Rauschenberg menampilkan bentuk asemblaj dua dimensi dan tiga dimensi dalam karya “Canyon”, 1959. Dua dimensi dalam karya tersebut memaparkan catan yang dihasilkan gabungan cat minyak, pensel, kertas, keluli, fotografi manakala tiga dimensi yang diasemblajkan terdiri daripada burung helang yang diawet, bantal buruk, butang, cermin dan tiub warna.

2. Imej diikonkan (icon) atau disimbolikkan. Setiap objek mempunyai konotasi makna yang pelbagai dan kombinasi objek ini membentuk kesatuan makna yang amat mendalam.

3. Karya ini memperihalkan situasi dan habitat di “Grand Canyon, Utah, Amerika

Syarikat” yang sifat kehidupannya mencabar dan merbahaya. Muka bumi di Grand

Canyon tandus dan gersang. Burung helang merupakan haiwan liar yang

4. Penampilan karya secara abstrak ekspressionisme ini amat menarik dan mempunyai konotasi makna yang mendalam. Suatu olahan yang berani dan mengajak pemerhati dan penonton berfikir seterusnya mencari siratan makna yang

ingin dipancarkan daripada nukilan idea beliau.

Latihan 4.3

Ciri-ciri proto-taip yang baik mempunyai ciri-ciri yang berikut:

1. Mewakili skala asemblaj sebenar yang di kecilkan atau dimodelkan mengikut nisbah tertentu.

2. Menentukan kerangka asemblaj berpandukan proto-taip yang dibina. Menentukan kerangka ini dianggap penting untuk mendapatkan hasilan asemblaj yang kukuh dan mantap.

3. Menggunakan bahan atau media yang sama atau pilihan bahan lain yang hampir sama dan membolehkan pembesaran kepada asemblaj dapat dilaksanakan dengan baik dan terancang.

4. Mengenal pasti alat dan bahan yang berkaitan untuk menghasilkan objek yang sebenar dengan jayanya.

5. Mengenal pasti kemungkinan-kemungkinan dari masalah yang dijangkakan mungkin berlaku dan alternatif mengatasinya.

6. Mengaplikasikan asas seni reka dengan baik dan berkesan.

7. Kemasan proto-taip dapat dijadikan panduan kepada kemasan asemblaj yang sebenar.

Latihan 4.4

Tema dan tajuk menjadi pokok persoalan yang ingin dikongsi sama oleh pengarca asemblaj. Ia mungkin berupa maklumat, dokumentasi, lonjakan paradigma, cetusan emosi

dan perasaan, sindiran atau satira, protes, kegilaan idea dan lain-lain. Soal tepat atau

tidaknya pokok persoalan ini biasanya hanya diketahui oleh pengarca. Bagi pemerhati atau penonton, tema dan tajuk ini hanya dirujuk berdasarkan kepada ketepatan tajuk yang dipaparkan di kaki-kaki arca.

Isu semasa yang paling relevan dengan tema dan tajuk ialah; x Isu air yang kotor dan tercemar.

x Isu perparitan dan sungai yang sering kali menyebabkan banjir.

x Isu petroleum. Saban hari naik dan membawa korelasi terhadap kenaikan harga barangan.

x Isu pembaptisan orang Islam sesama Islam. x Pencemaran air dan udara.

x Lain-lain yang sesuai.

Latihan 4.5

Menentukan kaedah dan peraturan mengguna alat perlu betul dan relevan dengan penghasilan asemblaj kerana:

1. Kemahiran penggunaan alat dianggap sangat penting kerana berkaitan dengan keberkesanan hasil, tema dan tajuk.

2. Alatan yang bersesuaian dan mencukupi penting agar proses penghasilan berjalan dengan lancar dan terancang.

3. Alatan digunakan pada tempat yang sesuai seperti bengkel, studio seni dan ruang kerja yang bersesuaian.

4. Alat dan kaedah yang dipilih betul dan lengkap dapat mempengaruhi dapatan asemblaj yang baik dan berkesan.

Ujian 1

Asemblaj terhasil daripada gabungan objek-objek buangan dan objek yang di kitar semula. Jika asemblaj dapat menghasilkan alam sekitar yang menarik dan teratur, ini bermakna perkara-perkara berikut telah diimplementasikan.

x Penggunaan bahan buangan yang di kitar semula.

x Menyusun atur objek alam yang besar untuk diimejkan sebagai arca asemblaj. x Memadu dan memadankan lanskap alam dengan tambahan asemblaj yang disusun

rapi.

x Apa sahaja objek alam, objek buatan manusia dapat disepadukan dalam konteks membina asemblaj.

x Alam sekitar akan tampak lebih menarik dan teratur kerana asemblaj mengguna dan mengolah bahan tersebut.

Ujian 2

Plagiarism adalah proses imitasi karya. Ia boleh berlaku secara sewenang-wenangnya jika tiada kawalan yang berkaitan dilakukan.

1. Penguatkuasaan kawalan hak cipta terpelihara dan akta yang berkaitan.

2. Pelukis adalah pelajar baru yang baru menggunakan konsep “trial and error”.

3. Tidak ada tegahan dari orang perseorangan, kumpulan atau organisasi yang diamanahkan.

4. Plagiarism mendapat tempat dalam dunia seni. Sepatutnya, plagiarism ini disingkir daripada masyarakat.

5. Hak demokrasi dan soal kebebasan hak asasi manusia yang longgar dari segi penguatkuasaannya.

TOPIK 5: STABIL

Latihan 5.1

Bahan terbuang ditafsirkan sebagai bahan yang dikitar semula setelah tamat jangka hayat

penggunaannya. Hal ini berlaku disebabkan kerana berlakunya kerosakan atau

ketidaksempurnaan objek yang berkaitan. Bahan-bahan yang dimaksudkan terdiri daripada:

1. Bahan terbuang yang diguna pakai semula seperti kepingan logam, besi, kayu,

plastik, papan, tali belati dan lain-lain.

2. Bahan-bahan terbuang daripada buatan manusia seperti kaki kerusi yang patah,

papan yang telah terendam dan banyak lagi.

Bahan-bahan terbuang penting untuk pembinaan stabil kerana:

x Bahan ini telah dibentuk, diukir, dihakis dikikis malah mengalami proses pengluluhawaan yang menukarkan binaan asal kepada sifat baru.

x Ceraian daripada bahan-bahan ini mengujudkan satu fenomena gabungan yang unik dan menarik.

x Kos bahan ini murah dan selalunya percuma kerana orang awam biasanya sudah menganggap sebagai sampah atau bahan buangan.

x Keaslian lebih menyerlah kerana ada bahagian-bahagian tertentu yang kita tidak perlu mengukir atau membentuk.

Latihan 5.2

Simetri menjadi paksi menegak stabil, membahagikan dua isi padu stabil dan membentuk satu imbangan atas bawah, kiri dan kanan. Kajian dan penelitian simetri perlu dilakukan dengan hati-hati untuk mendapatkan imbangan yang baik, kukuh dan mantap. Pengarca sering kali memilih simetri tulen untuk menghasilkan stabil kerana imbangan ini paling mapan dan bertenaga.

Dalam situasi lain, stabil mungkin bersifat tidak simetri tulen tetapi dalam apa keadaan sekalipun, sifat tidak simetri stabil tidak begitu keterlaluan. Maknanya imbangan kiri dan kanan masih baik dan mantap.

Bagaimanakah imbangan disesuaikan? Pedestal atau tapak stabil mengambil peranan untuk imbangan. Pedestal adalah objek pelengkap stabil yang menjadikan stabil lebih imbang dan menarik. Pedestal yang baik mestilah lebih tegap dan sepadu. Jika tidak, fungsi pedestal sia-sia sahaja. Justeru itu pedestal stabil dipilih daripada jenis keluli, besi, batu, simen, kayu keras dan konkrit simen dan besi.

Latihan 5.3

Pedestal bukan sahaja menjadi tapak stabil tetapi juga tapak kepada arca yang lain. Pedestal menjadi pengimbang kepada stabil, pelengkap dan menimbulkan unsur estetika stabil. Jika diperagakan bersama stabil, pedestal boleh diwarna mengikut kesedondonan stabil. Maknanya, warna yang dipilih tidak terpisah. Ia masih mengulang bentuk dan komponen warna stabil.

Mengapakah stabil memerlukan pedestal? 1. Pedestal menjadi pelengkap utama stabil 2. Kestabilan dan imbangan

3. Estetika dan etika

4. Konsep lengkap melengkapi, mengimbangi bentuk dan rentak

5. Konsep simetri stabil sangat diutamakan dan pedestal memperteguhkan tujuan tersebut.

Latihan 5.4

Kajian jisim (volume) sesuatu stabil dianggap penting kerana;

1. Jisim menentukan rentak, ruang dan bentuk.

2. Jisim menentukan struktur binaan, pemilihan kerangka jisim yang dikaitkan dengan kekuatan jisim.

3. Jisim menentukan kesesuaian alat dan bahan binaan.

4. Jisim menentukan tekstura binaan dan pemilihan bahan penyudah stabil yang perlu diimbangkan.

5. Jisim menentukan sifat simetri stabil – tulen atau tidak tulen. 6. Jisim membentukan kesepaduan kepada stabil.

Ciri-ciri Jisim Stabil yang Sesuai

1. Tidak terlalu berat. 2. Kuat, mantap dan kukuh.

3. Boleh dironggakan kerana permukaan luar yang lebih berfungsi. Contohnya: simenfero.

4. Membawa imbangan stabil yang baik. 5. Setimpal dengan pedestal.

Latihan 5.5

Contoh stabil marmar yang baik dan mantap

Stabil yang baik dan mantap mempunyai ciri-ciri yang berikut:

1. Bahan binaan yang padu yang menepati spesifikasi bahan dan alat. 2. Mempunyai konotasi makna yang berbagai.

3. Komposisi bentuk, rentak, pergerakan dan imbangan yang saling lengkap melengkapi.

4. Simple tetapi menarik.

5. Tidak berserabut, mempunyai hala tuju yang menyenangkan. 6. Kuat, padu dan nampak gagah/mantap.

Kelainan stabil dengan arca yang lain:

1. Stabil diperagakan di atas tanah, mempunyai tapak dan sifatnya mantap. 2. Stabil mementingkan konsep simetri dan bahan binaan yang tahan dan lasak. 3. Diperagakan di tanah lapang dan di persekitaran bangunan.

4. Statik. Jika berlaku tokok tambah dengan mesin akan berubah kepada kinestetik. 5. Bahan binaan yang lasak, kuat dan padu untuk mengelak proses pereputan dan

pengluluhawaan yang cepat.

Dalam dokumen Modul Membentuk Dan Membuat Binaan (Halaman 183-191)

Dokumen terkait