• Tidak ada hasil yang ditemukan

Modul Membentuk Dan Membuat Binaan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Modul Membentuk Dan Membuat Binaan"

Copied!
204
0
0

Teks penuh

(1)

MEMBENTUK DAN

MEMBUAT BINAAN

(2)

ISI KANDUNGAN

Panduan Kursus i – v

TOPIK 1: MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN 1

1.1 Bentuk Tiga Dimensi dan Ruang 2 1.2 Benda-benda Alam dan Buatan Manusia 5 1.3 Tujuan Membentuk dan Membuat Binaan 5

1.3.1 Tingkatkan Daya Kreativiti 5

1.3.2 Membuat Penerokaan dan Eksperimen Bahan 7 1.3.3 Kesesuaian Bentuk dan Binaan

sebagai Hasil Rekaan Tiga Dimensi 10 1.4 Kepentingan Membentuk dan Membuat Binaan 11 1.4.1 Mengembangkan Persepsi Pelajar Tentang Seni Tiga Dimensi 11 1.4.2 Mengenali Pelbagai Bentuk Asas 12

Rumusan 13 Glosari 14 Ujian 1 14 Ujian 2 14 TOPIK 2: ARCA 15 2.1 Kategori Arca 17

2.2 Alat dan Media dalam Pembuatan Arca 19

2.3 Teknik Penghasilan 20

2.3.1 Penyediaan Lakaran Idea 21

2.3.2 Proses Membentuk Arca 21

2.4 Persembahan Hasil Kerja 21

2.4.1 Ekspresi Diri 21

2.4.2 Kemahiran Mengaplikasikan Alat, Bahan dan Teknik 22

2.4.3 Apresiasi 22

Rumusan 23

Glosari 23

Ujian 1 24

(3)

TOPIK 3: ORIGAMI 25

3.1 Sejarah Origami 25

3.2 Origami di Barat 25

3.3 Jenis-jenis Bentuk Origami 26

3.4 Alat dan Media 28

3.4.1 Kertas Origami 28

3.4.2 Gunting 30

3.4.3 Pisau Kraft 30

3.5 Proses dan Teknik Pembuatan 31

3.6 Simbol dan Kaedah 32

Rumusan 38 Glosari 38 Ujian 1 38 Ujian 2 38 TOPIK 4: ASEMBLAJ 39 4.1 Contoh-contoh Asemblaj 40

4.2 Alat dan Media 41

4.2.1 Alatan 41

4.2.2 Bahan/Media 42

4.2.3 Bagaimana Proses Asemblaj Dilakukan atau Dihasilkan? 43

4.2.4 Penyediaan Lakaran Idea 44

4.2.5 Penjanaan Idea – (Thumbnail-Print) 46 4.2.6 Pemilihan Lakaran Akhir untuk Penghasilan Karya Asemblaj

daripada Sketsa 2 47

4.2.7 Proses Membentuk Asemblaj 47

4.3 Persembahan Hasil Kerja 48

4.3.1 Ekspresi Diri 48

4.3.2 Kemahiran Mengaplikasi Alat, Bahan dan Teknik 49

4.3.3 Ekspresikan Diri Anda 51

Rumusan 51

Glosari 52

Ujian 1 52

(4)

TOPIK 5: STABIL 53

5.1 Alat dan Media 54

5.1.1 Stabil Dihasilkan Menggunakan Media Batu Marmar 55 5.1.2 Pengenalan Hasil Subjek dalam Arca Stabil 56 5.1.3 Pertimbangan Bahan yang Diperlukan untuk Membuat Arca

Stabil Boleh Dirumus Seperti Berikut 57 5.2 Proses Kreativiti Menghasilkan Arca Stabil 58 5.2.1 Kesesuaian Bentuk dan Binaan dalam Menghasilkan Arca Stabil 58 5.3 Proses Menghasilkan Arca Stabil 59

5.3.1 Ekspresi Diri Anda 64

Rumusan 65

Glosari 65

Ujian 1 66

Ujian 2 66

TOPIK 6: MOBAIL 67

6.1 Alat dan Media 69

6.1.1 Alatan 69

6.1.2 Alatan untuk Menghasilkan Mobail 70

6.1.3 Media Mobail 71

6.1.4 Media untuk Menghasilkan Mobail 72 6.1.5 Bagaimana Proses Mobail Dihasilkan? 73 6.1.6 Penyediaan Lakaran Idea untuk Menghasilkan Mobail 73

6.1.7 Proses Membentuk Mobail 74

6.2 Persembahan Hasil Kerja 75

6.2.1 Ekspresi Diri 75

6.2.2 Kemahiran Mengaplikasikan Alat, Bahan dan Teknik 77

6.2.3 Apresiasi Mobail 78 Rumusan 80 Glosari 80 Ujian 1 81 Ujian 2 81 TOPIK 7: MODEL 82 7.1 Definisi 82

7.1.1 Alat dan Media 82

7.2 Aplikasi Alat, Media dan Teknik 83 7.2.1 Lakaran Idea

(5)

7.2.2 Pemilihan Alat dan Bahan 83 7.2.3 Menentukan Teknik Berdasarkan Bahan yang Digunakan 83 7.3 Persembahan Hasil Kerja atau Proses Penghasilan Model 84

7.4 Persembahan Hasil Kerja 89

7.4.1 Ekspresif Diri 89 7.4.2 Apresiasi 89 Rumusan 89 Glosari 90 Ujian 1 90 Ujian 2 90 TOPIK 8: BONEKA 91 8.1 Definisi 91

8.2 Aplikasi Alat, Media dan Teknik 91

8.2.1 Jenis-jenis Boneka 91

8.3 Aplikasi Alat, Media dan Teknik 98

8.3.1 Lakaran Idea 98

8.3.2 Pemilihan Alat dan Bahan 98

8.3.3 Menentukan Teknik Berdasarkan Bahan yang Digunakan 98

8.4 Persembahan Hasil Kerja 99

8.4.1 Ekspresif Diri 99 8.5 Apresiasi 99 Rumusan 99 Glosari 100 Ujian 1 100 Ujian 2 100 TOPIK 9: TOPENG 101 9.1 Definisi 101 9.1.1 Fungsi Topeng 101

9.1.2 Alat dan Media 102

9.1.3 Teknik 102

9.2 Aplikasi Alat, Media dan Teknik 104

9.2.1 Lakaran Idea 104

(6)

9.2.4 Menentukan Teknik Berdasarkan Bahan yang Digunakan 104 9.2.4 Proses dan Teknik Membuat Topeng Menggunakan

Papier Mashe 105

9.3 Persembahan Hasil Kerja 110

9.3.1 Ekspresif Diri 110 9.3.2 Apresiasi 111 Rumusan 111 Glosari 111 Ujian 1 112 Ujian 2 112 TOPIK 10: DIORAMA 113

10.1 Alat dan Media 115

10.1.1 Alatan 115

10.1.2 Alatan Membuat Diorama 117

10.1.3 Bahan Menghasilkan Diorama 117

10.1.4 Penyediaan Lakaran Idea untuk Menghasilkan Diorama 119

10.1.5 Proses Membentuk Diorama 123

10.2 Persembahan Hasil Kerja 125

10.2.1 Ekspresi Diri 125

10.2.2 Kemahiran Mengaplikasikan Alat, Bahan dan Teknik 127

10.2.3 Apresiasi Diorama 128 Rumusan 129 Glosari 129 Ujian 1 130 Ujian 2 130 Jawapan Latihan 131 Rujukan 156

(7)

PENGENALAN

Kursus Membentuk dan Membuat Binaan adalah kursus Open University Malaysia (OUM) yang diuruskan oleh Fakulti Pendidikan dan Bahasa. Kursus ini bernilai 3 jam kredit yang akan meliputi 15 minggu.

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITUJUKAN?

Kursus ini ialah kursus wajib Lembaga Akreditasi Negara (LAN) ke atas semua pelajar Sarjana Muda Pengajaran (sekolah rendah) dengan kepujian, di semua institusi pengajian tinggi. Sebelum mengikuti kursus ini, anda perlu memahami kandungan kursus dan bagaimana ia dijalankan serta keperluan-keperluannya. Untuk itu anda perlu membaca panduan ini dengan teliti dari mula hingga akhir.

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

Berdasarkan piawaian OUM yang memerlukan pelajar memperuntukkan 40 jam pembelajaran bagi setiap jam kredit, maka kursus ini memerlukan peruntukan masa selama 120 jam pembelajaran. Anggaran penggunaan masa adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.

Jadual 1: Anggaran Peruntukan Masa bagi Kursus

Aktiviti Jam

Membaca modul dan menyiapkan latihan 70 Menghadiri tutorial pada kadar 1 jam per sesi 10

Capaian dalam laman web 6

Menyiapkan satu (1) tugasan 24

Ulang kaji 10

Jumlah 120

OBJEKTIF KURSUS

Setelah mengikuti kursus ini, pelajar akan dapat:

1. menjelaskan pengetahuan asas dalam pengenalan membentuk dan membuat binaan, bidang ketiga dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah.

2. mengkategori kandungan bidang membentuk dan membuat binaan dan menentukan topik-topik yang sesuai untuk tujuan merancang pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah.

(8)

3. mengaplikasikan aktiviti membentuk dan membuat binaan sebagai persiapan sebagai guru permulaan Pendidikan Seni Visual sekolah rendah.

4. menghasilkan karya seni dalam bidang membentuk dan membuat binaan.

SINOPSIS KURSUS

Mata pelajaran ini meliputi pengetahuan asas dalam bidang membentuk dan membuat binaan Pendidikan Seni Visual sekolah rendah. Pelajar didedahkan mengenai arca, stabil, asemblaj, origami. Ia menekankan kepada proses mengenal, menyelidik dan membuat hasil seni dalam tersebut. Bakal guru permulaan diharapkan menggunakan bakat seoptimum yang mungkin untuk mengimaginasi, mengekspresi, menginkuiri, berkreativiti, menginovasi dan mereka cipta bidang ini. Penemuan dari dapatan baru mungkin akan menjadikan anda akan bertambah yakin dan seronok kerana bidang ini agak berbeza dengan bidang menggambar dan membuat rekaan dan corak. Apapun, apabila pelajar telah melaluinya pelajar akan dapat menilai keseronokan mempelajari dan menceburkan diri dalam bidang membentuk dan membuat binaan.

PETA MINDA

MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

PENGENALAN JENIS-JENIS AKTIVITI - TOKOH-TOKOH - PENDAPAT OLEH PENGKARYA LAIN

JENIS KARYA

1. ARCA

2. ORIGAMI

3. ASEMBLAJ

4. STABAIL

5. MOBAIL

6. MODEL

7. BONEKA

8. TOPENG

9. DIORAMA

APLIKASI ALAT,MEDIA

DAN TEKNIK

- Pemilihan bahan

- Pemilihan alat

- Lakaran ide

- Pemilihan teknik

- Peringkat

penghasilan

- Kemasan

PERSEMBAHAN HASIL - Ekspresi diri - Kemahiran aplikasi alat & bahan

- Apresiasi

PENILAIAN

(9)

PERISIAN

Topik 1 : Topik ini memberi penekanan konsep asas membentuk dan membuat

binaan. Ia diperkenalkan melalui pemahaman asas dalam pengenalan bentuk-bentuk objek tiga dimensi yang dikaitkan dengan ruang. Objek tiga dimensi dalam konteks membentuk dan membuat binaan KBSR terdiri daripada arca, asemblej, mobail, stabil, model, diorama, boneka, topeng dan origami.

Topik 2 : Topik ini menyentuh mengenai pengenalan arca, pengelasan arca dari jenis dan cara binaan termasuk teknik penghasilan. Bagi penguasaan ilmu yang lebih mendalam, pengenalan alatan yang berkaitan dengan pembuatan arca diperkenal. Ia juga memperlihatkan kepada perbandingan jenis arca dan aplikasi setiap arca.

Topik 3 : Origami adalah satu-satunya binaan yang terhasil daripada kerja membentuk menggunakan kertas. Ia boleh diaplikasi bukan sahaja menggunakan kertas tetapi di peringkat yang lebih meluas, origami di komersial kerana perniagaan hotel dan katering memperagakan origami menggunakan kain sebahagian ciri yang penting.

Topik 4 : Asemblaj juga merupakan karya seni tiga dimensi. Ia merupakan gabungan

objek menggunakan lebih daripada satu bahan, membentuk komposisi gubahan yang menarik dan bermakna. Tokoh-tokoh arca asemblaj cuba menampilkan bagaimana pelbagai bahan buangan boleh membentuk satu kesatuan gubahan yang menarik dan mempunyai konotasi yang berbagai.

Topik 5 : Topik ini memperihalkan mengenai stabil. Sifat stabil bersifat mantap dan mempunyai isi padu yang mencukupi untuk menampung sesuatu binaan. Stabil menggunakan bahan yang bersifat konkrit dan tahan lama. Sesuai dengan peragaannya yang terletak di bahagian luar dan terdedah, stabil menggunakan bahan pejal yang lasak dan tahan lama.

Topik 6 : Mengenal dan seterusnya mempelajari mobail adalah perlu dikuasai oleh

bakal guru Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah. Pengenalan awalan mobail ini menjurus kepada pensejarahannya, bahan dan alatan yang digunakan untuk menghasil seterusnya teknik membuat mobail berkenaan. Setiap satu mobail yang diterangkan ditunjukkan bagaimana proses penghasilan ini dapat dilaksanakan dengan berkesan sehingga terhasil hingga ke peringkat gunaan.

Topik 7 : Dalam topik ini model diperkenalkan untuk menjurus kepada pengetahuan

dan maklumat dalam persediaan untuk mengajar dalam Pendidikan Seni Visual sekolah rendah. Sebagai bakal guru, persediaan ini perlu diteliti untuk menghasilkan model yang bersesuaian dalam menampilkan pengajaran yang mantap dan berkesan. Ia tidak semata-mata dibuat sewenang-wenangnya tetapi juga dirancang bagi tempoh pengajaran dan pembelajaran dalam rancangan pelajaran harian. Di dalamnya pula dimasukkan teknik-teknik dan kaedah-kaedah penghasilan seterusnya disepadukan dengan pelbagai strategi pembelajaran seperti yang telah diterangkan.

(10)

Topik 8 : Boneka merupakan karya yang tergolong di dalam penghasilan karya seni dalam bidang membentuk dan membuat binaan. Di dalamnya dimasukkan falsafah, alat dan bahan yang berkaitan serta bagaimana ia diimplementasikan dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

Topik 9 : Topik ini mengajak anda untuk membuat topeng melalui pelbagai teknik

dan kaedah yang disarankan. Ia juga menjurus kepada kaedah penghayatan dalam berkarya seni dengan betul dan bersifat naratif. Penghayatan dan pemahaman ini dilakukan dengan pelbagai pendekatan sehingga akhirnya kita merasakan bahawa topeng mesti dibuat dengan penuh hati-hati. Topeng dalam konteks yang lebih meluas mungkin digunakan bersama dengan permainan tarian kuda kepang, tarian singa dan lawak jenaka.

Topik 10 : Setelah anda menguasai kemahiran menghasil dan membentuk karya

seperti yang dinyatakan di atas, peluang untuk mentadbir sesuatu tema dibuat dalam kerja diorama. Ia mewakili satu tema atau persoalan yang berkaitan dengan sesuatu pelajaran, misalnya kehidupan di taman laut. Segala spesies, suasana dan habitat yang berkaitan ditampilkan dengan meneliti kepelbagaian jenis bahan supaya tema yang diharapkan benar-benar menyerlah dan kelihatan hidup. Penampilan imej bertema ini perlu diurus dengan rapi dan teliti agar mesej dan gambaran sebenar dapat menjelmakan.

PENGETAHUAN ASAS

Pengetahuan asas perlu di peringkat Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) atau yang setara dengannya. Pencapaian kepujian dalam peperiksaan peringkat SPM amat membantu untuk mengikuti kursus ini kerana anda akan meneruskan kajian anda hingga empat semester.

BAHAN BACAAN

Buku teks rujukan bagi kursus ini seperti mana yang dicadangkan dan dinyatakan dalam unit teks.

(11)

KAEDAH PENILAIAN

Penilaian bagi kursus ini melibatkan dua komponen, iaitu penilaian berterusan dan penilaian akhir. Pecahannya seperti berikut:

Penilaian berterusan

1. Ujian 1 10%

2. Ujian 2 15% 3. Penglibatan dalam perbincangan 5% 4. Tugasan (1) 20% 5. Peperiksaan akhir 50%

Jumlah 100 %

(12)

TOPIK 1

MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

PENGENALAN

Tahukah anda bahawa hasilan seni berupa dua dimensi dan tiga dimensi? Apakah objek dua dimensi dan objek seni tiga dimensi? Topik ini menyentuh bidang yang ketiga dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah KBSR. Ia menekankan kepada pemahaman dan penguasaan objek-objek seni tiga dimensi. Objek tiga dimensi bersifat konkrit, berisipadu, mempunyai pandangan sisi, kiri, kanan, atas dan bawah. Di dalam menghasil objek yang bersifat tiga dimensi ini, penstrukturan reka bentuknya perlu dirancang dan perhalusi agar hasilannya nanti menepati spesifikasi yang dikehendaki. Hasilan yang wujud daripada membentuk dan membuat binaan ini dikenali sebagai objek maujud, iaitu objek nyata dan boleh dipegang. Justeru itu ia mempunyai ciri-ciri binaan seperti bentuk, jalinan, besar, kecil, licin, kesat, keras, lembut dan lain-lain. Proses membentuk dan membuat binaan melalui proses imaginasi oleh pelukis dan seterusnya diterjemah dalam bentuk lukisan, distruktur dan akhirnya proses pembinaan objek tersebut.

OBJEKTIF

Pada akhir topik ini pelajar akan dapat:

1. menjelaskan bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah;

2. mengklasifikasi sembilan jenis aktiviti bidang membentuk dan membuat binaan seperti yang dinyatakan dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah;

3. menjana dan membuat penerokaan idea daripada salah satu aktiviti membentuk dan membuat binaan;

4. memilih dan menerang proses membuat satu aktiviti daripada bidang membentuk dan membuat binaan; dan

5. menghasilkan sebuah karya tiga dimensi dalam konteks membentuk dan membuat binaan daripada sembilan jenis yang dipelajari.

(13)

SKOP KAJIAN MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN KBSR

Peta Minda

Rajah 1.1: Jenis objek yang dicadangkan dalam aktiviti Pendidikan Seni Visual KBSR

Mengapakah objek konkrit dikategorikan di dalam bentuk tiga dimensi? Apakah rumus yang anda boleh dapati daripada objek-objek tiga dimensi ini?

1.1 BENTUK TIGA DIMENSI DAN RUANG

Bentuk tiga dimensi merupakan objek yang bersifat konkrit, berisipadu, mempunyai pandangan sisi, kiri, kanan, atas dan bawah. Ia berupa objek semula jadi, objek buatan manusia atau bentuk ilusi. Bentuk semula jadi dan buatan manusia boleh disentuh, dilihat dan dirasa. Berbeza dengan bentuk ilusi yang hanya boleh lihat dan tidak dapat dirasa kerana berbentuk dua dimensi yang mungkin berupa lukisan atau ilustrasi. Bentuk ilusi dapat digambarkan melalui penggunaan unsur seni seperti garisan, ton, jalinan, warna dan ruang. Dalam sebutan lain, bentuk ilusi disebut bentuk maya. Satu lagi jenis bentuk yang mungkin jarang diperkatakan ialah bentuk ikon (icon). Bentuk ini mempunyai makna yang tersendiri dan hanya diketahui maknanya oleh orang yang mengetahui mengenai kajian perlambangan dan simbol. Bidang perlambangan dan simbol (iconography) pada mulanya dikaitkan dengan agama Kristian dan lambang-lambang dalam patung Mesir purba tetapi kontemporari ini ia telah disimbolkan dalam arca moden.

(14)

Rajah 1.2: Arca ikon bulu tangkis karya Claes Oldenburg dan

Coosje van Bruggen di hadapan Muzium Nelson-Arkins, bandar raya Kansas

Peta Minda

Rajah 1.3: Jenis objek tiga dimensi dalam kajian membentuk dan membuat binaan

Ruang pula merupakan kawasan antara objek dengan objek yang lain. Ruang yang sedemikian berkaitan dengan bentuk yang diperagakan untuk membentuk satu kesatuan imej. Dari segi perspektifnya ia boleh ditunjukkan dengan objek di hadapan lebih besar dan semakin kecil apabila ia terletak semakin jauh. Ruang juga boleh digambarkan melalui penggunaan warna yang terang bagi objek yang dekat dan kelihatan semakin kabur pada objek yang terletak semakin jauh. Ruang mungkin terdiri jenis nyata dan jenis tampak. Ruang nyata ialah ruang yang terdapat pada bentuk-bentuk konkrit seperti arca, seni bina, barangan domestik, objek buatan manusia dan objek alam. Ruang tampak ialah ruang

JENIS OBJEK

TIGA DIMENSI

OBJEK ALAM/

SEMULAJADI

OBJEK

BUATAN

MANUSIA

ILUSI/

MAYA -2 D

OBJEK

MAUJUD

OBJEK

REAL

OBJEK IKON/

KONSEPTUAL

(15)

ilusi yang wujud dalam seni tampak seperti lukisan, catan, cetakan, montaj, kolaj dan sebagainya.

Latihan 1.1

Mengapakah ruang menjadi kriteria yang sangat penting dalam peragaan arca?

Rajah 1.4: Ruang terbentuk dari ton warna

Rajah 1.5: Arca dan ruang saling lengkap melengkapi

arca ruang

(16)

TL = Titik lenyap

Rajah 1.6: Ruang, objek dan perspektif

1.2

BENDA-BENDA ALAM DAN BUATAN MANUSIA

Benda-benda alam adalah hasil ciptaan Tuhan. Ia terdiri daripada manusia, tumbuh-tumbuhan, binatang, buah-buahan, hidupan laut, bunga-bungaan dan berbagai lagi yang sebahagian besarnya berbentuk organik. Bentuk organik tidak mempunyai sifat yang semukur dan tidak simetri. Berbeza dengan benda-benda buatan manusia seperti meja, kerusi, televisyen, rumah, kereta, almari dan berbagai lagi yang banyak menguasai bentuk

geometri. Secara mudahnya mengapa manusia banyak menggunakan bentuk geometri

yang simetri adalah untuk imbangan, kestabilan dan kekukuhan dari segi reka bentuknya. Bentuk-bentuk geometri yang sering dijadikan asas untuk mereka bentuk terdiri bentuk kubus, silinder, piramid, kon, kuboid dan sfera. Dalam hal yang lain, manusia ada juga mereka bentuk benda yang bersifat organik untuk menampilkan ciri-ciri yang menarik kerana manusia sering kali merujuk benda-benda alam sebagai hasilannya.

Rajah 1.7: Objek-objek alam dan buatan manusia

mempunyai bentuk tiga dimensi dan bersifat konkrit

1.3 TUJUAN MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

1.3.1 Tingkatkan Daya Kreativiti

Jika anda seorang yang sering membayangkan suatu penemuan ke arah mewujudkan apa yang setakat ini belum dihasil atau sesuatu yang memberi makna kepada anda, anda adalah seorang yang kreatif. Tindakan ini menyamai dengan apa yang diperkatakan oleh

(17)

dengan pendapat June King Mc Fee yang mengatakan bahawa kreativiti itu adalah keupayaan mencipta perlambangan dan idea baru dengan menyusun dan mengolah semula perlambangan yang sedia ada. Carl Rogers pula mengatakan bahawa kreativiti itu wujud melalui tindakan sesuatu yang berkaitan dengan ciri keunikan seseorang, bahan dan alat yang digunakan, kejadian dan peristiwa terhadap kemanusiaan sama ada suka atau duka. Bagi Viktor Lowenfeld, kreativiti itu adalah suatu naluri semula jadi sejak lahir yang digunakan untuk menyelesaikan atau membuat pernyataan tentang masalah kehidupan. Ia dapat dilakukan melalui keinginan dan naluri ingin bertindak.

Menurut Viktor Lowenfeld lagi, kreativiti berlaku mengikut tahap-tahap tertentu antaranya;

Rajah 1.8: Tahap perkembangan kreativiti menurut Viktor Lowenfeld

Bagaimana untuk Meningkatkan Kreativiti Kanak-kanak?

KETEKALAN ORGANISASI MAKNA BARU KEUPAYAAN SINTESIS KEUPAYAAN MENGANALISA KETERBUKAAN KEASLIAN FLEKSIBILITI KEPEKAAN

KREATIVITI

4. Beri peluang untuk

mengeksploitasi lebih banyak media dan alat untuk memperkaya maklumat dan pengetahuan.

2. Lawatan ke zoo,

muzium,

perpustakaan dan kraf tangan.

3. Beri perhatian ketika

berkarya. Bimbing dan berikan perhatian cara berkarya yang baik dan berketerampilan.

1. Rangsangkan pemikiran

kanak-kanak dengan merujuk buku-buku bergambar, bercerita, menonton filem, menayang slaid dan gambar foto.

(18)

1.3.2 Membuat Penerokaan dan Eksperimen Bahan

Membuat penerokaan dan eksperimen bahan dilakukan untuk memastikan bahan yang akan dibuat bersesuaian dengan jenis binaan dan ketahanannya. Sering kali dalam proses ini kita akan mengesan kerangka objek binaan di samping memilih bahan yang memperkukuh binaan tersebut. Apabila kita membuat model kucing, dawai halus digunakan untuk membina kerangka bentuk manakala paper mashe diaplikasi untuk membentuk sifat fizikal kucing itu. Bahan tambahan lain yang berupa guli digunakan untuk mata kucing, tali tangsi untuk misai dan berus sabut untuk ekor kucing. Proses membuat dan membina model kucing ini perlu dilakukan mengikut tertib dan pemeringkatan kerja yang teliti.

Apapun yang akan dihasilkan dalam bidang membentuk dan membuat binaan perkara-perkara berikut akan menjadi tema atau hal subjek yang penting.

(a) Alam Semula Jadi dan Objek Persekitaran

Objek-objek ciptaan Tuhan seperti flora dan fauna menjadi sumber utama dalam menghasilkan karya. Selain itu, objek domestik seperti cawan, piring, pinggan senduk, pisau, meja dan sebagainya juga dijadikan rujukan dalam berkarya. Kesemua objek yang menjadi tema atau hal subjek ini dikaji dari segi dinamik fom, kualiti objek, ciri-ciri organik, keunikan, integrasi alam dan kehidupan di samping mengambil kira garisan, ruang, warna, jalinan, rupa dan bentuk.

Latihan 1.2

Mengkritik secara keterlaluan sering kali akan mematahkan semangat pelajar untuk terus berkarya. Bagaimanakah perkara ini boleh diatasi agar pengajaran dan pembelajaran dalam membentuk dan membuat binaan tidak bermasalah?

5.Jangan kritik keterlaluan terhadap

karya mereka. Nyatakan bahawa kesilapan bukan kegagalan tetapi sebagai cabaran untuk peningkatan.

6. Berikan ganjaran atau

insentif. Hasil karya yang baik dipamer di ruang lobi atau tempat-tempat strategik.

7. Adakan pertandingan mereka

bentuk tiga dimensi di kalangan pelajar.

(19)

(b) Perasaan Dalaman, Khayalan dan Imaginasi Si Pelukis

Pengalaman hidup banyak memberi kesan dan pengaruh terhadap minda pelukis yang akhirnya menzahirkan ilham atau idea untuk mencipta. Perasaan takut, misteri, sedih dan sebagainya menjadi sumber inspirasi karya si pelajar atau pelukis. Menurut Sigmund Frued dan Paul Jean Satre, teori-teori imaginasi berupaya mencipta sesuatu objek atau karya melangkaui batas fizikal dan cabaran status-quo pelukis. Imaginasi ini akan memandu arah si pelajar atau si pelukis ke arah yang lebih kreatif dan melampaui batas-batas kebiasaan dalam berkarya. Menurut Frued lagi, perasaan dalaman inilah yang menjadi motivasi atau penggerak minda dalam berkarya.

Rajah 1.9: Ekspresi dari deria dalaman dan khayalan pelukis (c) Aliran dan Tema Sejagat

Tema menjelaskan konsep dalam agenda kehidupan manusia. Ia menunjukkan kekerapan manusia mengambil hal benda yang sering diperkatakan. Contohnya; membuat wau lazimnya dikaitkan dengan unsur kosmos seperti bulan, matahari bintang dan sebagainya. Dari idea yang berbagai, keunikan ciptaan berlaku dan akhirnya mewujudkan kepelbagaian rupa bentuk dan jenis produk. Dalam konteks yang lebih besar, jelmaan perasaan dalam berkarya mengguna alam sekitar menjadi suatu keunikan ciptaan dan mengujudkan satu kekaguman. Wujudnya

“Non-objective art”, ‘Minimal art” misalnya adalah suatu aspek pengkaryaan yang berani,

mencabar dan sanggup menerima rintangan. (d) Keperluan dan Pengalaman Hidup Harian

Ciptaan cawan, sudu, senduk, periuk dan alat-alat domestik yang lain merupakan asas ciptaan dalam bidang membentuk dan membuat binaan. Pada bidang yang lebih besar, manusia mencipta dan membuat kipas, basikal, kereta, kereta api malah jambatan dan objek-objek gunaan lain yang mewatakkan keperluan asas sebuah masyarakat dan negara. Idea datang dari soal desakan untuk mengguna di samping mengatasi sebarang kesulitan mengharungi kehidupan. Lalu diciptanya bentuk-bentuk konkrit yang dapat memanfaatkan manusia si pencipta itu sendiri. Semakin aktif dan proaktif seseorang manusia itu mencipta objek tiga dimensi, semakin tinggi kualiti ciptaan dan lebih tinggi nilai estetikanya.

(20)

Latihan 1.3

Tema dalam menghasilkan karya sering kali berkaitan dengan alam semula jadi dan kosmos. Mengapa?

Bagaimana Perkembangan dan Penghalusan Idea dalam Bidang Membentuk dan Membuat Binaan Berlaku?

(a) Pemerhatian dan Kajian Visual

Pemerhatian dan kajian visual dapat dilakukan dari kesedaran dan kualiti tampak yang tinggi. Ia dilakukan melalui kajian yang terperinci mengenai alam dan fenomenanya. Menurut Frank Barron dan Irvin Child, artis mempunyai keupayaan tinggi untuk melihat, memerhati, mentafsir, mengurus maklumat visual berbanding bukan artis. Norman Meier (1930) pula mengatakan bahawa artis boleh menyelesaikan pelbagai kemahiran-kemahiran seni. Begitu juga mengikut J.P.

Guilford, artis dapat menyesuaikan diri dan menggunakan media biasa berbanding

dengan tukang dan pereka bentuk. (b) Perubahan Cara Bekerja

Pelukis tidak hanya menggunakan satu teknik dan kaedah. Jika selama ini artis menggunakan satu kaedah sahaja, dia seharusnya mengubah kepada kaedah lain untuk mendapatkan keunikan penghasilan. Membuat percubaan yang tidak putus-putus akan mencernakan lebih banyak idea dan akhirnya dapat menjana dapatan yang lebih unik dan berketerampilan.

(c) Penerokaan Simbol dan Makna

Pelukis akan mencari dan mengkaji ilham-ilham baru. Penerokaan yang tidak henti-henti akan menemukan dapatan yang lebih kreatif dan bermakna. Amalan membuat penyelesaian masalah, membuat inkuiri penemuan akan lebih memaknakan lagi hasil penerokaan kajian.

Membuat Penerokaan dan Eksperimentasi Bahan

Selain daripada alat dan media yang telah dinyatakan dalam bahagian di atas, beberapa pertimbangan lain perlu dan penting untuk aktiviti membentuk dan membuat binaan, antaranya:

1. Bahan terbuang yang diguna pakai semula.

2. Benda-benda daripada alam sekitar seperti buluh, tanah liat, buah kelapa, pinang, kulit siput dan sebagainya.

3. Benda-benda buatan manusia seperti manik, kayu larik, kotak-kotak, tisu, gam dan sebagainya

4. Bahan-bahan terbuang daripada buatan manusia seperti kaki kerusi yang patah, papan yang telah terendam dan banyak lagi benda-benda lain.

Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada pelajar membuat rujukan kepada objek sebenar. Perbandingan ini akan memberi kesedaran bahawa idea dan kreativiti ada fungsi dan makna. Bagaimanakah cara ini dapat dilakukan?

(21)

1. Memerhati, mengenali dan memahami bentuk dan ruang objek.

2. Memerhati dan menyentuh bentuk benda alam dan benda buatan manusia.

3. Memerhati dan menyatakan perbezaan dan persamaan sifat bahan melalui deria pendengaran.

4. Memerhati pelbagai jenis bentuk barangan buatan manusia untuk kegunaan harian, permainan dan peragaan.

5. Memerhati dan memahami bahawa sesuatu objek itu memenuhi ruang sebenar.

Rajah 1.10: Model lembu,bekas pensil dan

model kucing dibina dan dibentuk menggunakan paper mashe

1.3.3

Kesesuaian Bentuk dan Binaan sebagai Hasil Rekaan Tiga Dimensi

1. Mengenal pasti bahagian-bahagian yang terdapat dalam sesuatu binaan.

2. Mengetahui bagaimana bentuk tertentu dicantumkan bagi menghasilkan objek. 3. Mendapatkan imbangan kedudukan dan kestabilan dalam sesuatu ciptaan. 4. Menggunakan alat dan media sebagai pengolahan reka bentuk.

5. Menghasilkan jenis-jenis bentuk bergerak dan bentuk yang mempunyai ilusi pergerakan.

6. Menghasilkan dan melengkapkan bentuk rekaan mengikut perancangan. 7. Membandingkan hasil bentuk rekaan dengan objek sebenar.

8. Memahami dan menghargai proses menghasil bentuk rekaan dan binaan.

9. Berbincang dan menilai hasil bentuk rekaan dan binaan dari segi proses membuat, olehan bahan, unsur-unsur seni, fungsi dan kemasan.

10. Menentukan cara dan memperagakan bentuk rekaan yang paling sesuai dan menyatakan kesannya.

11. Menceritakan pengalaman baru yang diperoleh daripada proses menghasil bentuk rekaan.

(22)

1.4

KEPENTINGAN MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

1.4.1 Mengembangkan Persepsi Pelajar tentang Seni Tiga Dimensi

Kejelasan dan kefahaman dalam persepsi pelajar tentang seni tiga dimensi akan memberikan suatu kefahaman dan kejelasan untuk terus belajar dan berkarya. Pelajar akan mengenal dan mengesan ciri-ciri objek tiga dimensi antaranya:

1. Bahan binaan sesuai dan relevan dengan tujuan hasilan. 2. Jika arca yang dihasilkan, pastikan ia kuat, kukuh dan selamat.

3. Konsep kepelbagaian bahan dapat diadun atau dipasang dengan baik, membentuk suatu komposisi gubahan yang artistik dan strategik.

4. Mempunyai imbangan yang menarik sama ada simetri tulen atau tidak tulen.

5. Menguasai prinsip-prinsip rekaan seperti rentak, pergerakan, kontra, warna, imbangan dan kesatuan yang menarik.

6. Untuk arca yang menggunakan tapak, pastikan ia kuat, selamat dan kukuh. 7. Asli, unik dan berketerampilan dari segi dapatan.

Kemahiran Mengaplikasikan Alat, Bahan dan Teknik

Kemahiran-kemahiran seperti di atas akan merujuk kepada beberapa kriteria penghasilan. Secara yang paling asas ia berkaitan dengan:

1. Kesesuaian topik, tema dan teknik yang dikaitkan dengan pemilihan alat dan bahan. 2. Membuat “tumbnail-print” sebagai tindakan mengawal dan mengawas urusan

membuat. Segala lakaran ini mengambil kira dari segi kesesuaian objek.

3. Sesuatu perkembangan (progress) kerja dikawal selia mengikut keperluan bahan dan alat yang menjadikan urutan kerja berjalan lancar dan terancang.

4. Pilih teknik membuat yang sesuai. Bagi teknik topeng misalnya, kaedah tampalan mungkin dianggap paling dominan dan sesuai. Lakukan pemeringkatan penghasilan topeng ini dengan teliti dan teratur.

5. Kaedah mengguna alat perlu betul dan tertib. Bagi penggunaan pahat dalam konteks menghasil arca luakan berasaskan kayu perlu diawasi dari cara memegang, pilihan saiz pahat, arah pergerakan mata pahat di samping kekuatan dan kadaran pukulan berbantukan tukul kayu.

6. Bagi kerja-kerja menghalus ke atas objek arca, kertas pasir sering kali diaplikasikan untuk mendapatkan tekstur yang licin dan menarik.

7. Syelek, varnis, minyak kayu, cat alas, cat kilat, emulsi, perada, labuci, manik-manik sering kali menjadi pilihan untuk dijadikan kemasan akhir produk. Pilih keserasian bahan penyudah atau bahan kemasan untuk penampilan yang anggun.

(23)

1.4.2

Mengenali Pelbagai Bentuk Asas

Secara mudahnya bentuk asas terdiri daripada bentuk organik dan bentuk geometri. Bentuk organik mempunyai sifat yang tidak menentu, bergerigis, berkeluk-keluk, berjurai, lembik dan berbagai lagi. Ia mungkin berupa sotong, burung, pokok, buah-buahan, binatang, gunung-ganang dan berbagai lagi. Manakala bentuk geometri mempunyai sisian yang tetap, lurus, keras dan padu. Ia mungkin berupa bangunan, kotak, bola, piramid, kun dan lain-lain lagi. Bentuk-bentuk asas yang diterangkan tadi menjadi idea pengarca yang kemudiannya diolah dan dibina dengan menggunakan teknik yang dirancang oleh si pelukis atau pengarca.

Rajah 1.11: Contoh bentuk geometri

Rajah 1.12: Bentuk-bentuk asas geometri

SFERA

KUBOID

KON

PIRAMID

SELINDER

KUBUS

BENTUK

GEOMETRI

(24)

Rajah 1.13: Bentuk-bentuk organik

Latihan 1.4

Topeng adalah satu daripada kegiatan membentuk dan membuat binaan. Terangkan proses penghasilan membuat topeng hingga ke peringkat kemasan.

Latihan 1.5

Bentuk organik dan bentuk geometri menjadi asas utama dalam membentuk dan membuat binaan. Dengan menggunakan pengurusan grafik, buat perbandingan ciri-ciri kedua-dua bentuk tersebut.

RUMUSAN

Membentuk dan membuat binaan merupakan satu bidang yang mengutamakan penguasaan jisim atau isi padu objek, reka bentuk dari setiap posisi dan lokasi serta fungsinya. Perancangan rapi dan mendalam perlu dilakukan untuk mendapatkan suatu penampilan yang benar-benar relevan dengan apa yang dihasratkan oleh pelukis. Menstruktur objek tiga dimensi dalam konteks membentuk dan membuat binaan tidak boleh diambil remeh. Ia mesti diolah dengan sebegitu teliti dan rapi kerana kekuatan struktur akan mempengaruhi terhadap keteguhan dan ketepatan hasil dapatan. Pengetahuan mengenai alat dan bahan diperlukan untuk mengimbangi ciri-ciri kekuatan reka bentuk di samping kesesuaian terhadap mesej dan topik binaan. Alatan-alatan yang berupa mesin berkuasa elektrik seperti pengisar kertas untuk membuat paper mashe, mesin untuk menggaul paper mashe, mesin perata dan mesin penyembur cat mungkin diperlukan untuk menghasilkan dapatan yang baik dan bermakna. Seterusnya, pilihan

DEDAUNAN

BUAH-BUAHAN

TUMBUH-TUMBUHAN

HIDUPAN

LAUT

BINATANG

BUNGA-BUNGAAN

MANUSIA

BENTUK

ORGANIK

(25)

lokasi yang relevan dengan objek seni perlu dipertimbangkan. Mobail perlu digantung, stabil statik dan perlukan tapak yang mantap, diorama dikotakkan pada cermin atau perspek yang lutsinar dan origami perlukan penampilan ruang hias yang bertutup seperti almari cermin. Akhirnya, apabila penampilannya berlaku dalam situasi yang relevan, karya akan kelihatan cantik dan menarik.

GLOSARI

Asemblaj – Gabungan pelbagai objek.

Paper Mashe – Serbuk kertas (selalunya kertas surat khabar).

Mobail – Arca yang digantung, boleh bergerak.

Perspek – Kepingan plastik yang lut sinar.

Origami – Seni lipatan kertas.

Topeng Serkup – Topeng selungkup/dimasukkan terus di kepala.

Tumbnail-print – Lakaran kecil sebagai penjanaan idea.

UJIAN 1

Arca ikonografi merupakan salah satu daripada bindang membentuk dan membuat binaan. Apakah yang dimaksudkan arca ikonografi? Beri beberapa contoh arca ikonografi yang terdapat di Malaysia?

UJIAN 2

Papier mashe merupakan bahan yang dominan di dalam aktiviti membentuk dan membuat binaan. Nyata dan huraikan mengapa paier mashe menjadi pilihan utama guru dan murid di dalam aktiviti membentuk dan membuat binaan?

(26)

TOPIK 2

ARCA

Arca berasal daripada perkataan Yunani tua “sculpere” yang bermaksud mengukir, menebuk, memotong, melarik dan sebagainya (Gaunt 1966: 1).

Sejarah arca bermula dari penemuan patung kecil “Cycladic” di sebuah pulau di Laut Aegean lebih kurang 4,500 tahun yang lalu. Adalah dipercayai bahawa arca figura yang banyak ditemui di serata dunia ada kaitan yang amat rapat dengan sistem kepercayaan pada masa itu. Arca “Laocoon” (50 Sebelum Masihi) menunjukkan satu situasi dramatik: tiga lelaki dibelit ular. Gambaran ini menunjukkan sindiran masyarakat pada masa itu. Pada masa Renaison, arcawan banyak berkarya bertemakan figura manusia kerana faktor kemanusiaan paling mudah dijadikan sebagai sindiran dan teladan. Pada tahun 1501 – 1504 Michelangelo membuat arca manusia bertopik “David” menggunakan marmar. Menjelang abad kedua puluh, arca tidak berkonsepkan figura seratus peratus. Ia telah mengalami perubahan dan akhirnya berubah kepada konsep abstrak. Arcawan British bernama Henry Moore dan Alberto Giacometti telah menukarkan konsep figura yang dipiuhkan atau distailisasikan untuk lebih membawa makna dalaman.

Perkembangan seni arca di Malaysia asalnya berkaitan dengan magis yang digunakan oleh kaum asli bagi tujuan keagamaan dan perubatan. Patung-patung yang dihasilkan oleh Kaum Jah Hut dan Mah Meri mempunyai ciri-ciri seperti yang diterangkan tadi. Perkembangan arca yang bersifat konseptual dan distailisasikan bermula sekitar tahun 1960-an daripada pengarca yang mendapat pendidikan Barat. Pengarca Malaysia terdiri daripada Anthony Lau, Latiff Mohidin, Syed Ahmad Jamal dan Lim Kian Seng.

OBJEKTIF

Pada akhir topik ini pelajar akan dapat:

1. mengetahui arca sebagai objek tiga dimensi yang mementingkan jisim dan ruang;

2. memahami bahawa arca dihasilkan melalui pelbagai teknik dan kaedah; 3. mengenal pengarca luar negeri dan pengarca Malaysia; dan

(27)

Rajah 2.1: Arca pentingkan bentuk dan ruang

Aktiviti 2.1

Mengapakah arca kurang mendapat perhatian dari segi pengkaryaan dan penggunaan? Bagaimanakah situasi ini boleh diubah dan seterusnya arca menjadi pilihan utama di dalam hiasan dan pengkaryaan?

Rajah 2.2: Jenis-jenis arca LAND INSTALASI STABIL MOBAIL BINAAN TIMBULAN LUAKAN ASEMBLAJ ARCA TAMBAHAN JENIS-JENIS ARCA

(28)

2.1 KATEGORI

ARCA

Arca pada asal-usul pengkaryaan bersifat realis iaitu menampilkan objek patung manusia dan binatang sebagai suatu representasi mesej. Ia ada kaitan dengan kepercayaan dan keagamaan. Menjelang abad ke dua puluh, apabila seni menemui dimensi baru, arca berubah kepada ciri abstrak dan membuka era baru dalam peradaban arca. Kontemporari ini arca lebih menampilkan bentuk abstrak kerana interpretasinya yang berbagai dan mempunyai konotasi yang luas. Bagi tujuan untuk menjadikan arca lebih bermakna ia diolah dalam pelbagai gunaan dan akhirnya muncullah arca estetik dan arca berfungsi.

Rajah 2.3: Kategori arca

Latihan 2.1

Arca karya Syed Ahmad Jamal yang bertajuk “Pertumbuhan” yang terdapat di Laman Asean Kuala Lumpur merupakan arca stabil yang terkenal.

Berdasarkan Rajah 2.3 apakah kategori arca yang boleh dipadankan dengan karya tersebut? Beri huraian anda.

KATEGORI ARCA

ARCA ESTETIK

-

Bahan peragaan/tatapan

-

Sebagai hiasan dalam/luar

bangunan

-

Punyai makna yang mendalam dan

pengetahuan yang intelektual

ARCA BERFUNGSI

-

Boleh diguna pakai sebagai alat

permainan, tempat permainan

kanak dan lanskap

-

Sebagai alat ritual,

penyembahan dan keagamaan

-

Keperluan domestik

(29)

Rajah 2.4: Media penghasilan arca

Rajah 2.5: Arca logam dan permata Rajah 2.6: Arca kayu

Latihan 2.2

Berpandukan Rajah 2.4 di atas, apakah media dan objek lain yang pernah digunakan oleh pengarca?

MEDIA

PENGHASILAN

ARCA

TANAH LIAT

- Ada kaitan dengan tembikar (tanah dibakar) Asal kajian sebelum batu digunakan untuk arca

KAYU

- Media paling tua

Melalui proses ukiran dan sapu minyak pada kayu - Banyak dipraktikkan oleh masyarakat pribumi Malaysia

BATU

- Jenis batu lembut spt. pualam atau alabaster, batu kapur dan batu sabun. - Batu keras spt. granit, marmar dan batu pasir - Sering kali batu digabung dengan logam

GANGSA

- Gabungan tembaga, zink dan timah

- Gunakan alatan leburan yang bersuhu tinggi

- Gunakan acuan untuk membentuk arca

LOGAM

Mula diguna kurun ke -20.

Proses oksiasetilena digunakan

(30)

Latihan 2.3

Jika anda seorang pengarca, apakah ciri-ciri persembahan yang menepati penghasilan arca yang baik?

2.2

ALAT DAN MEDIA DALAM PEMBUATAN ARCA

Bil. Jenis

Bentuk/3D Bahan/Alat Contoh

1. Arca timbul Kepingan kayu, plaster of Paris, batu, kayu, plastik, kertas lumat, papier mashe, tanah liat, Pahat, penukul, alat pengukir, pengikis, kikir pari, kertas pasir dan lain-lain.

“Still Life With Musical Instruments” oleh Jaques Lipchitz”

(891-1973)

2. Asemblaj Kayu, logam, batu, simen, bongkah-bongkah, “spare-part” kenderaan, bahan kutipan, besi, roda dan sebagainya.

“Bicycle Wheel” oleh Marcel Duchamp

(1887 – 1968), Perancis.

3. Mobail Besi, dawai, kertas, tali temali, kepingan logam, kad bod

“Horizontal Spines” oleh Alexander Calder, 1942. 4. Stabail Simen, kepingan logam, plastik,

“spare-parts” kenderaan, besi, logam, papan dan sebagainya.

“Homage New York: A Self Construction and Self Destroying Work of Art” oleh Jean Tinguely (1925-1991).

Latihan 2.4

Mengapakah arca “Bicycle Wheel” karya Marcel Duchamp dikategorikan sebagai arca asemblaj?

(31)

2.3 TEKNIK

PENGHASILAN

Bil. Jenis Bentuk/

3 D Teknik Penghasilan dan Peralatan yang Berkaitan

1. Arca timbul Bentuk tiga dimensi tersembul keluar dari permukaan dua dimensi yang rata atau dipahat keluar yang akhirnya menonjolkan objek ke permukaan. Ia bolah di buat secara:

- Acuan - Tampalan - Asemblaj - Binaan

2. Asemblaj Bahagian atau komponen yang berlainan yang dicantum dan menjadi satu kesatuan objek dan menjadi satu konsep bermakna. Teknik hasilan;

- Kimpalan - Binaan

- Cantuman skru/paku - Gam

3. Mobail Bahagian-bahagian dicantum untuk membentuk satu kesatuan. Digantung untuk menjadikan objek bergerak, berputar atau berombak. Teknik yang digunakan;

- Kimpalan - Gam - Skru - Ikatan

4. Stabail Bahan kutipan dicantumkan untuk membentuk satu kesatuan objek dan dipasang tapak yang stabil. Teknik yang digunakan;

- Kimpalan - Skru - Ikatan - Acuan - Binaan

(32)

2.3.1

Penyediaan Lakaran Idea

Penentuan bentuk arca dan jenis bahan perlu ditentukan lebih awal. Olahan idea perlu berpandukan kepada asas dan prinsip seni reka berdasarkan kepada perkara-perkara berikut;

x Menentukan subjek dan tema x Menentukan alat dan media

x Membuat tumb-nail-print (membuat lakaran-lakaran kecil)

x Memilih salah satu lakaran yang terbaik x Memperinci lakaran

2.3.2

Proses Membentuk Arca

Setelah penyediaan lakaran ide selesai proses berikut merupakan urutan yang perlu dilakukan;

x Membuat model kecil/prototaip x Membuat kerangka atau struktur x Membuat arca yang sebenar x Kemasan dan persembahan

2.4

PERSEMBAHAN HASIL KERJA

2.4.1 Ekspresi

Diri

Persembahan hasil kerja yang baik mempunyai ciri-ciri yang berikut: 1. Bentuk arca menepati tema dan topik.

2. Bahan binaan arca sesuai dengan tujuan hasilan. 3. Pastikan ia kuat, kukuh dan selamat.

4. Kepelbagaian bahan dapat diadun atau dipasang dengan baik, membentuk suatu komposisi gubahan yang artistik.

5. Mengaplikasi prinsip-prinsip rekaan seperti rentak, pergerakan, kontra, warna, imbangan dan kesatuan yang menarik.

(33)

2.4.2

Kemahiran Mengaplikasikan Alat, Bahan dan Teknik

Kemahiran-kemahiran seperti di atas akan merujuk kepada lima perkara yang berikut: 1. Kesesuaian topik, tema dan teknik yang dikaitkan dengan pemilihan alat dan bahan. 2. Membuat “tumbnail-print” bertujuan untuk membuat pilihan yang terbaik.

3. Kaedah mengguna alat perlu betul dan mengikut peraturan.

4. Syelek, varnis, minyak kayu, cat alas, cat kilat, emulsi, perada, labuci, manik-manik sering kali menjadi pilihan untuk dijadikan kemasan akhir produk. Pilih keserasian bahan penyudah atau bahan kemasan untuk penampilan yang anggun.

5. Untuk tujuan peragaan yang mantap, tentukan tapak yang kukuh dan selamat.

Rajah 2.7: Arca boleh dinterpretasi dengan pelbagai cara dan disiplin

2.4.3 Apresiasi

Apresiasi arca dilakukan berpandukan empat perkara berikut:

Rajah 2.8: Apresiasi arca

1.Tajuk dan tema yang sesuai

3.Pilihan reka bentuk berasaskan warna

dan padanan imej

4.Kesesuaian secara keseluruhan

2.Alat dan bahan yang sesuai

(34)

Latihan 2.5

Dalam proses penghasilan arca, terdapat beberapa aspek yang perlu dilakukan mengikut urutan. Huraikan lima aspek tersebut?

RUMUSAN

1. Dari aspek sejarah kewujudan arca dikaitkan dengan ritual.

2. Setelah berlakunya proses pemodenan, arca tidak semata-mata untuk ritual tetapi ia juga digunakan sebagai hiasan dan gunaan.

3. Arca seterusnya berkembang luas kerana penerimaan masyarakat dan penggunaan pelbagai media mengikut pengaruh aliran atau isme.

4. Sebuah arca yang menarik perlu menekankan unsur seni, prinsip rekaan dan struktur rekaan.

5. Penghasilan sebuah arca perlu mengikut urutan proses.

GLOSARI

Abstrak – Umum, kabur, tidak jelas.

Asemblaj – Gabungan pelbagai objek.

Konotasi – Berbagai makna, maksud.

Konseptual – Berkaitan konsep.

Magis – Pemujaan.

Mobail – Arca yang digantung, boleh bergerak.

Papier Mashe – Kertas surat khabar.

Representasi – Penyataan semula.

Stailisasi – Pengubahsuaian.

(35)

UJIAN 1

Berdasarkan dua gambar di bawah, jawab soalan-soalan berikut; (a) Kategorikan jenis arca di atas.

(b) Berdasarkan kategori arca di atas buat perbandingan dari fungsi, media dan cara persembahan.

Arca 1 Arca 2

UJIAN 2

Lakaran idea adalah salah satu aspek yang penting dalam penghasilan arca. Huraikan lima ciri-ciri yang berkaitan dengan proses lakaran idea.

(36)

TOPIK 3 ORIGAMI

PENGENALAN

Tahukah anda bahawa sehelai kertas jika dilipat boleh menghasilkan binaan dan bentuk? Seni melipat kertas ini dipanggil origami. Ia mungkin bertemakan haiwan, tumbuhan, permainan atau barang permainan. Seni origami berasal dari China kemudiannya diamalkan oleh orang Sepanyol dan orang Jepun. Ia kemudiannya berakar umbi dan diserap menjadi kebudayaan tempatan. Origami boleh menggunakan kertas putih atau kertas berwarna dan terdapat juga mereka yang mewarnakan bentuk akhir yang terhasil. Semua jenis bentuk kertas boleh digunakan untuk tujuan melipat.

OBJEKTIF

Pada akhir topik ini, pelajar akan dapat;

1. memahami konsep origami dari segi hasilan dan kegunaan; 2. mengetahui teknik untuk menghasilkan origami;

3. membanding beza origami yang dihasilkan dari pelbagai alat dan bahan; dan 4. menghasilkan origami dari satu kajian bertemakan alam sekitar.

3.1 SEJARAH

ORIGAMI

Merupakan kesenian melipat kertas yang bermula semenjak mula diperkenalkan pada abad pertama di China iaitu Ts’ai Lun. Kertas yang diperbuat dari hancuran tumbuhan dan kain buruk membolehkan kertas dihasilkan dengan lebih mudah dan banyak. Pada abad keenam, cara pembuatan kertas dibawa ke Sepanyol oleh orang-orang Arab dan juga ke Jepun oleh Dokyo. Sejak itu, origami popular di Jepun hingga hari ini dengan penghasilan kertas tempatan iaitu washi. Origami menjadi satu kebudayaan orang Jepun dalam adat keagamaan Shinto. Di Sepanyol, orang Arab Moor menggunakan origami untuk mengkaji

tessallation dan bentuk geometri pada kertas. Bentuk haiwan tidak digalakkan oleh kerana

Islam melarang pembuatan patung-patung. Daripada orang Arab Moor, orang Arab mengetahui cara-cara pembuatan kertas dan juga origami.

3.2

ORIGAMI DI BARAT

Di Barat, origami mula dikenali pada tahun 1920 apabila “kertas ajaib” oleh Will Blyte dan Harry Houdini membentuk lipatan kertas untuk buku-buku di pasaran. Buku khusus mengenai origami kemudiannya muncul seperti “beria dengan melipat” oleh W.D. Murray dan F.J. Rigney, dicetak di Amerika Syarikat pada tahun 1928. Pada tahun 1930 ramai ahli silap mata mula menonjolkan penggunaan wang kertas untuk menghasilkan cincin, haiwan, burung dan objek lain. Seorang rakyat Afrika Selatan, Margaret Campbell mengeluarkan buku “Membuat Permainan Kertas” di London pada tahun 1937.

(37)

Rajah 3.1: Jenis-jenis bentuk origami

3.3

JENIS-JENIS BENTUK ORIGAMI

(a) Haiwan

Sebahagian besar origami dibentuk dari jenis ini. Bentuk yang popular terdiri daripada ikan, rama-rama, gajah dan burung. Bentuk lain yang tidak kurang pentingnya terdiri daripada dinosaur, serangga dan singa laut daripada dinosaur, serangga dan singa laut.

Unta Burung

Rajah 3.2: Origami jenis haiwan

TUMBUH-TUMBUHAN

JENIS-JENIS

BENTUK

ORIGAMI

HAIWAN

PERHIASAN/

BARANG

PERMAINAN

PERMAINAN

(38)

(b) Barang Permainan

Bentuk origami jenis ini yang terkenal terdiri daripada sampan, kereta, bangunan dan perabot kecil (miniature).

Sampan Kereta dan bangunan Songkok

Rajah 3.3: Origami permainan (c) Tumbuh-tumbuhan

Origami yang terkenal dari jenis ini terdiri dari bentuk bunga, daun dan pokok pain. Ia sering digunakan untuk menghiasi kad ucapan. Contoh bunga yang terkenal terdiri daripada bunga dahlia, bunga dandelion dan bunga tulip.

Bunga dandelion Bunga dahlia Hiasan pasu

Rajah 3.4: Origami tumbuh-tumbuhan (d) Perhiasan

Origami jenis perhiasan direka bentuk untuk difungsikan di atas meja, pelengkap meja dan untuk sambutan hari perayaan.

(39)

Hari Krismas Kotak barang-barang kemas Rajah 3.5: Origami perhiasan

Latihan 3.1

Mengapakah Will Blyte dan Harry Houdini mencetuskan “kertas ajaib” pada tahun 1920 di Barat? Nyatakan implikasi daripada tindakan beliau?

3.4

ALAT DAN MEDIA

3.4.1 Kertas

Origami

Kertas segi empat yang telah sedia ada dalam pelbagai saiz dan warna boleh didapati dengan mudah di kedai menjual alatan seni visual. Selalunya kertas seperti ini berwarna pada satu bahagian sahaja manakala bahagian belakangnya pula berwarna putih. Saiz kertas yang sesuai untuk origami ialah 15 sentimeter. Dari saiz tersebut bentuk kecil atau besar boleh dihasilkan mengikut bentuk yang dikehendaki.

Asas origami ialah kertas putih atau kertas berwarna. Selain itu origami yang telah siap juga boleh diwarnakan pada peringkat akhir. Media lain yang sering digunakan terdiri daripada fabrik, kepingan logam, plastik, kertas tisu, kertas keras, gam dan straw juga boleh digunakan sebagai bahan sokongan. Alatan yang digunakan terdiri daripada gunting, pisau, gam dan pembaris keluli.

Prosedur untuk Pemilihan Kertas

1. Kesemua jenis kertas sesuai untuk melipat tetapi kejayaan melipat ialah menyesuaikan kertas yang betul untuk corak yang sesuai.

2. Elakkan daripada menggunakan kertas yang sukar mendapat lipatan yang tepat seperti surat khabar, tisu atau kertas tuala melainkan jika ianya telah ditetapkan. 3. Penampilan kertas origami selalunya mahal dan warnanya agak terang walaupun

mempunyai warna atau corak yang berbeza di kedua-dua belah yang sangat bergua bagi sesetengah projek.

(40)

4. Kertas taip, kertas tulis, kertas fotostat dan kertas komputer merupakan kertas yang sesuai untuk origami.

5. Kertas-kertas khas boleh didapati daripada sumber: x Outlet yang membekalkan peralatan kepada pelukis

x Supplier yang membekalkan peralatan kepada grafik

6. Dalam kes rekaan yang memerlukan aspek penegasan seperti “Easter Egg Basket”, gunakan kertas artis yang tebal yang boleh menyerap lembapan tanpa melengkung seperti kertas Ingres atau kertas “water colour” yang sebenar.

7. Di dalam origami terdapat teknik lipatan basah dibuat untuk mendapatkan kesan di mana apabila kertas kering nanti lipatan ini terhasil. Dalam hal yang lazim, kertas jenis water colour digunakan.

8. Dalam situasi yang lain, kelainan bentuk origami mempengaruhi jenis kertas, lapisan kertas dan teknik yang diaplikasikan.

Latihan 3.2

Dengan menggunakan pengurusan grafik, senaraikan jenis-jenis origami yang sesuai diajar kepada murid-murid KBSR?

(41)

Rajah 3.6: Jenis-jenis kertas untuk origami

3.4.2 Gunting

Penggunaan gunting tidak digalakkan ketika membentuk origami. Adalah perlu untuk mengendalikan gunting dengan baik agar kertas yang digunting dapat menghasilkan kesan guntingan yang baik dan lurus.

3.4.3 Pisau

Kraf

Penggunaan pisau kraf lebih sesuai untuk memotong kertas mengikut bentuk yang dikehendaki. Sebelum mula memotong kertas, pastikan kad yang tipis diletakkan di dalam kertas supaya pisau yang digunakan tidak merosakkan permukaan kertas.

JENIS-JENIS

KERTAS

1. KERTAS WASHI

x Berkualiti tinggi daripada Jepun x Buatan tangan dengan teknik yang

istimewa

x Corak elegan seperti fabrik broked x Lebih mengekalkan keindahan

model yang telah siap

2. KERTAS KERAJANG

x Dihasilkan dengan

menggabungkan kertas lain x Kadangkala bercorak timbulan

dan licin

x Permukaannya berkilau dan berkilat

3. KERTAS SEPASANG

x Gabungan dua kertas yang

berlainan untuk kesan menarik

x Spray “adhesive” untuk melekat pasangan kertas x Origami dibentuk

4. KERTAS BUNGKUSAN

x Berwarna pada

permukaannya dan putih di bahagian belakangnya x Pelbagai corak, rekaan dan

tekstur. Sesuai untuk origami yang berbagai warna.

x Sering disebut kertas pembungkus hadiah

(42)

3.5

PROSES DAN TEKNIK PEMBUATAN

Kemahiran asas membuat origami ialah melipat kertas. Kertas yang sering digunakan terdiri daripada empat segi tepat atau empat segi memanjang.

Rajah 3.7: Melipat kertas segi empat mudah dan cepat

Latihan 3.3

Mengapakah penting bagi kita untuk membuat pilihan kertas untuk tujuan membuat origami. Cadangkan kertas-kertas yang menarik untuk boleh ditampilkan di dalam menghasilkan origami?

6. Segi empat

tepat siap

MEMBENTUK

KERTAS SEGI

EMPAT YANG

MUDAH DAN CEPAT

1. Lipat dua kertas

sehingga membentuk garisan

5. Potong sepanjang

garisan lipatan dan buka segi tiga tersebut

2. Potong kertas tersebut

dengan berhati-hati pada lipatan kertas tersebut dengan menggunakan pisau

4. Lipat bahagian belakang

kertas membentuk segi tiga dan tekan sehingga meninggalkan kesan

3. Lipat pada bahagian

sudut kertas untuk membentuk segi tiga

(43)

Rajah 3.8: Tips-tips untuk melipat kertas

Latihan 3.4

Apakah tips-tips yang anda boleh fikirkan untuk mendapatkan bentuk-bentuk origami yang kemas dan tepat?

3.6

SIMBOL DAN KAEDAH

Origami melibatkan pemahaman yang berbeza mengenai simbol dan lipatan. Kesemua urutan di dalam penghasilan origami akan menggunakan pelbagai jenis simbol dan lipatan. Makna-makna simbol mungkin amat menonjol tetapi sesetengah lipatan agak unik dan memerlukan penerangan sebelum dihasilkan. Simbol dan kaedah yang ditampilkan dalam penerangan ini diharapkan dapat membantu kepada anda untuk menghasilkan origami mudah.

(44)
(45)
(46)

Contoh Origami 1

KAPAL

TERBANG

Latihan 3.5

Berdasarkan contoh origami 1, hasilkan origami seperti yang ditunjukkan di dalam urutan membuat mengikut gambarajah.

(47)

Contoh Origami 2

Siput

babi

(48)

Contoh Origami 3

(49)

RUMUSAN

1. Origami merupakan seni membentuk dan melipat yang berasaskan kertas, plastik dan kain.

2. Untuk menghasilkan origami yang baik, tip-tip dalam melipat dan membentuk kertas perlu diikuti dan diperhalusi.

3. Kelainan kualiti kertas, warna kertas dan cara melipat kertas mempengaruhi terhadap hasil origami.

4. Peragakan dengan mengambil kira keperluan dan kepentingan. Origami yang berasaskan kain lebih sesuai untuk penampilan di meja makan dan barangan hantaran perkahwinan manakala origami kertas lebih kepada hiasan.

GLOSARI

Adhesive – Berunsur pelakat.

Dandelion – Sejenis tumbuhan kecil dan liar yang berbunga kuning cerah.

Elegan – Segak dan ekslusif.

Kertas Ingres – Kertas cat air mengambil sempena pelukis cat air “Ingres”.

Miniature – Karya kecil – catan, origami, model dan lain-lain.

Peraga – Pamer, tonjolkan.

Tessellation – Kepingan batu yang pipih dan berbagai warna.

UJIAN 1

Origami dibuat berasaskan kertas yang sesuai mengikut spesifikasi tertentu. Jika kain digunakan sebagai origami, apakah ciri-ciri utama yang membolehkan origami berjaya dibuat dengan baik dan berkesan?

UJIAN 2

Huraikan kesan-kesan positif yang anda boleh perolehi daripada kegiatan menghasilkan origami.

(50)

TOPIK 3 ORIGAMI

PENGENALAN

Tahukah anda bahawa sehelai kertas jika dilipat boleh menghasilkan binaan dan bentuk? Seni melipat kertas ini dipanggil origami. Ia mungkin bertemakan haiwan, tumbuhan, permainan atau barang permainan. Seni origami berasal dari China kemudiannya diamalkan oleh orang Sepanyol dan orang Jepun. Ia kemudiannya berakar umbi dan diserap menjadi kebudayaan tempatan. Origami boleh menggunakan kertas putih atau kertas berwarna dan terdapat juga mereka yang mewarnakan bentuk akhir yang terhasil. Semua jenis bentuk kertas boleh digunakan untuk tujuan melipat.

OBJEKTIF

Pada akhir topik ini, pelajar akan dapat;

1. memahami konsep origami dari segi hasilan dan kegunaan; 2. mengetahui teknik untuk menghasilkan origami;

3. membanding beza origami yang dihasilkan dari pelbagai alat dan bahan; dan 4. menghasilkan origami dari satu kajian bertemakan alam sekitar.

3.1 SEJARAH

ORIGAMI

Merupakan kesenian melipat kertas yang bermula semenjak mula diperkenalkan pada abad pertama di China iaitu Ts’ai Lun. Kertas yang diperbuat dari hancuran tumbuhan dan kain buruk membolehkan kertas dihasilkan dengan lebih mudah dan banyak. Pada abad keenam, cara pembuatan kertas dibawa ke Sepanyol oleh orang-orang Arab dan juga ke Jepun oleh Dokyo. Sejak itu, origami popular di Jepun hingga hari ini dengan penghasilan kertas tempatan iaitu washi. Origami menjadi satu kebudayaan orang Jepun dalam adat keagamaan Shinto. Di Sepanyol, orang Arab Moor menggunakan origami untuk mengkaji

tessallation dan bentuk geometri pada kertas. Bentuk haiwan tidak digalakkan oleh kerana

Islam melarang pembuatan patung-patung. Daripada orang Arab Moor, orang Arab mengetahui cara-cara pembuatan kertas dan juga origami.

3.2

ORIGAMI DI BARAT

Di Barat, origami mula dikenali pada tahun 1920 apabila “kertas ajaib” oleh Will Blyte dan Harry Houdini membentuk lipatan kertas untuk buku-buku di pasaran. Buku khusus mengenai origami kemudiannya muncul seperti “beria dengan melipat” oleh W.D. Murray dan F.J. Rigney, dicetak di Amerika Syarikat pada tahun 1928. Pada tahun 1930 ramai ahli silap mata mula menonjolkan penggunaan wang kertas untuk menghasilkan cincin, haiwan, burung dan objek lain. Seorang rakyat Afrika Selatan, Margaret Campbell mengeluarkan buku “Membuat Permainan Kertas” di London pada tahun 1937.

(51)

Rajah 3.1: Jenis-jenis bentuk origami

3.3

JENIS-JENIS BENTUK ORIGAMI

(a) Haiwan

Sebahagian besar origami dibentuk dari jenis ini. Bentuk yang popular terdiri daripada ikan, rama-rama, gajah dan burung. Bentuk lain yang tidak kurang pentingnya terdiri daripada dinosaur, serangga dan singa laut daripada dinosaur, serangga dan singa laut.

Unta Burung

Rajah 3.2: Origami jenis haiwan

TUMBUH-TUMBUHAN

JENIS-JENIS

BENTUK

ORIGAMI

HAIWAN

PERHIASAN/

BARANG

PERMAINAN

PERMAINAN

(52)

(b) Barang Permainan

Bentuk origami jenis ini yang terkenal terdiri daripada sampan, kereta, bangunan dan perabot kecil (miniature).

Sampan Kereta dan bangunan Songkok

Rajah 3.3: Origami permainan (c) Tumbuh-tumbuhan

Origami yang terkenal dari jenis ini terdiri dari bentuk bunga, daun dan pokok pain. Ia sering digunakan untuk menghiasi kad ucapan. Contoh bunga yang terkenal terdiri daripada bunga dahlia, bunga dandelion dan bunga tulip.

Bunga dandelion Bunga dahlia Hiasan pasu

Rajah 3.4: Origami tumbuh-tumbuhan (d) Perhiasan

Origami jenis perhiasan direka bentuk untuk difungsikan di atas meja, pelengkap meja dan untuk sambutan hari perayaan.

(53)

Hari Krismas Kotak barang-barang kemas Rajah 3.5: Origami perhiasan

Latihan 3.1

Mengapakah Will Blyte dan Harry Houdini mencetuskan “kertas ajaib” pada tahun 1920 di Barat? Nyatakan implikasi daripada tindakan beliau?

3.4

ALAT DAN MEDIA

3.4.1 Kertas

Origami

Kertas segi empat yang telah sedia ada dalam pelbagai saiz dan warna boleh didapati dengan mudah di kedai menjual alatan seni visual. Selalunya kertas seperti ini berwarna pada satu bahagian sahaja manakala bahagian belakangnya pula berwarna putih. Saiz kertas yang sesuai untuk origami ialah 15 sentimeter. Dari saiz tersebut bentuk kecil atau besar boleh dihasilkan mengikut bentuk yang dikehendaki.

Asas origami ialah kertas putih atau kertas berwarna. Selain itu origami yang telah siap juga boleh diwarnakan pada peringkat akhir. Media lain yang sering digunakan terdiri daripada fabrik, kepingan logam, plastik, kertas tisu, kertas keras, gam dan straw juga boleh digunakan sebagai bahan sokongan. Alatan yang digunakan terdiri daripada gunting, pisau, gam dan pembaris keluli.

Prosedur untuk Pemilihan Kertas

1. Kesemua jenis kertas sesuai untuk melipat tetapi kejayaan melipat ialah menyesuaikan kertas yang betul untuk corak yang sesuai.

2. Elakkan daripada menggunakan kertas yang sukar mendapat lipatan yang tepat seperti surat khabar, tisu atau kertas tuala melainkan jika ianya telah ditetapkan. 3. Penampilan kertas origami selalunya mahal dan warnanya agak terang walaupun

mempunyai warna atau corak yang berbeza di kedua-dua belah yang sangat bergua bagi sesetengah projek.

(54)

4. Kertas taip, kertas tulis, kertas fotostat dan kertas komputer merupakan kertas yang sesuai untuk origami.

5. Kertas-kertas khas boleh didapati daripada sumber: x Outlet yang membekalkan peralatan kepada pelukis

x Supplier yang membekalkan peralatan kepada grafik

6. Dalam kes rekaan yang memerlukan aspek penegasan seperti “Easter Egg Basket”, gunakan kertas artis yang tebal yang boleh menyerap lembapan tanpa melengkung seperti kertas Ingres atau kertas “water colour” yang sebenar.

7. Di dalam origami terdapat teknik lipatan basah dibuat untuk mendapatkan kesan di mana apabila kertas kering nanti lipatan ini terhasil. Dalam hal yang lazim, kertas jenis water colour digunakan.

8. Dalam situasi yang lain, kelainan bentuk origami mempengaruhi jenis kertas, lapisan kertas dan teknik yang diaplikasikan.

Latihan 3.2

Dengan menggunakan pengurusan grafik, senaraikan jenis-jenis origami yang sesuai diajar kepada murid-murid KBSR?

(55)

Rajah 3.6: Jenis-jenis kertas untuk origami

3.4.2 Gunting

Penggunaan gunting tidak digalakkan ketika membentuk origami. Adalah perlu untuk mengendalikan gunting dengan baik agar kertas yang digunting dapat menghasilkan kesan guntingan yang baik dan lurus.

3.4.3 Pisau

Kraf

Penggunaan pisau kraf lebih sesuai untuk memotong kertas mengikut bentuk yang dikehendaki. Sebelum mula memotong kertas, pastikan kad yang tipis diletakkan di dalam kertas supaya pisau yang digunakan tidak merosakkan permukaan kertas.

JENIS-JENIS

KERTAS

1. KERTAS WASHI

x Berkualiti tinggi daripada Jepun x Buatan tangan dengan teknik yang

istimewa

x Corak elegan seperti fabrik broked x Lebih mengekalkan keindahan

model yang telah siap

2. KERTAS KERAJANG

x Dihasilkan dengan

menggabungkan kertas lain x Kadangkala bercorak timbulan

dan licin

x Permukaannya berkilau dan berkilat

3. KERTAS SEPASANG

x Gabungan dua kertas yang

berlainan untuk kesan menarik

x Spray “adhesive” untuk melekat pasangan kertas x Origami dibentuk

4. KERTAS BUNGKUSAN

x Berwarna pada

permukaannya dan putih di bahagian belakangnya x Pelbagai corak, rekaan dan

tekstur. Sesuai untuk origami yang berbagai warna.

x Sering disebut kertas pembungkus hadiah

(56)

3.5

PROSES DAN TEKNIK PEMBUATAN

Kemahiran asas membuat origami ialah melipat kertas. Kertas yang sering digunakan terdiri daripada empat segi tepat atau empat segi memanjang.

Rajah 3.7: Melipat kertas segi empat mudah dan cepat

Latihan 3.3

Mengapakah penting bagi kita untuk membuat pilihan kertas untuk tujuan membuat origami. Cadangkan kertas-kertas yang menarik untuk boleh ditampilkan di dalam menghasilkan origami?

6. Segi empat

tepat siap

MEMBENTUK

KERTAS SEGI

EMPAT YANG

MUDAH DAN CEPAT

1. Lipat dua kertas

sehingga membentuk garisan

5. Potong sepanjang

garisan lipatan dan buka segi tiga tersebut

2. Potong kertas tersebut

dengan berhati-hati pada lipatan kertas tersebut dengan menggunakan pisau

4. Lipat bahagian belakang

kertas membentuk segi tiga dan tekan sehingga meninggalkan kesan

3. Lipat pada bahagian

sudut kertas untuk membentuk segi tiga

(57)

Rajah 3.8: Tips-tips untuk melipat kertas

Latihan 3.4

Apakah tips-tips yang anda boleh fikirkan untuk mendapatkan bentuk-bentuk origami yang kemas dan tepat?

3.6

SIMBOL DAN KAEDAH

Origami melibatkan pemahaman yang berbeza mengenai simbol dan lipatan. Kesemua urutan di dalam penghasilan origami akan menggunakan pelbagai jenis simbol dan lipatan. Makna-makna simbol mungkin amat menonjol tetapi sesetengah lipatan agak unik dan memerlukan penerangan sebelum dihasilkan. Simbol dan kaedah yang ditampilkan dalam penerangan ini diharapkan dapat membantu kepada anda untuk menghasilkan origami mudah.

(58)
(59)
(60)

Contoh Origami 1

KAPAL

TERBANG

Latihan 3.5

Berdasarkan contoh origami 1, hasilkan origami seperti yang ditunjukkan di dalam urutan membuat mengikut gambarajah.

Gambar

Gambar asemblaj 4.1 Gambar asemblaj 4.2        Gambar asemblaj 4.3
Gambar 4.1 - Karya Louise Nevelson, “Sky Catheral”, 1958 di atas  merupakan karya asemblaj yang ulung dan popular
Figura manusia yang  bersifat 3 D

Referensi

Dokumen terkait