BAB 3: METODOLOGI KAJIAN
3.2 Reka Bentuk Kajian
Reka bentuk kajian ini adalah penyelidikan jenis kajian tinjauan deskriptif yang menggunakan teknik Delphi (Dalkey dan Helmer, 1963). Kajian deskriptif merupakan penyelidikan yang bermatlamat untuk menerangkan sesuatu fenomena yang sedang berlaku (Mohd Majid Konting 1998). Bagi tujuan penentuan jumlah dan saiz sampel kajian, jadual Krejcie dan Morgan (1970) serta pendapat Sekarang (2003) dirujuk sebagai panduan.
University
Kajian dengan teknik delphi ini telah dilaksanakan melalui gabungan kaedah kuantitatif dan kualitatif. Kaedah kualitatif adalah melibatkan temu bual yang dilaksanakan dalam fasa analisis keperluan dalam pusingan pertama Delphi. Manakala kaedah kuantitatif dijalankan pada pusingan kedua dan ketiga delphi dalam fasa reka bentuk serta fasa penilaian. Menurut Creswell (2008), gabungan kaedah kajian adalah perlu dengan alasan pelaksanaannya seperti berikut iaitu:
i) Sekiranya salah satu kaedah tidak dapat menjawab sepenuhnya soalan kajian; ii) Sekiranya kajian kualitatif perlu disusuli dengan kajian kuantitatif atau sebaliknya untuk mendapatkan data yang lebih banyak, terperinci dan khusus; iii) Sekiranya komponen kualitatif ingin digabungkan ke dalam kajian kuantitatif atau sebaliknya untuk mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam berkaitan data yang dikutip; dan
iv) Untuk menjalankan kajian di peringkat ijazah tinggi yang kurang memberikan tumpuan kepada kaedah kualitatif.
Bagi memudahkan proses penyelidikan ini, Model Tujuh Langkah Menanda Aras Juran oleh Brad Wood (2009), telah digunakan. Model ini telah digunakan oleh beliau yang merupakan konsultan di sebuah firma latihan dan konsultasi bagi menentukan penanda aras dalam meningkatkan prestasi organisasi. Beliau telah membahagikan proses penanda aras ini kepada dua 20 peringkat. Peringkat pertama adalah analisis kedudukan yang melibatkan empat langkah iaitu membuat persediaan dan perancangan, mengutip data, menganalisis data dan membuat pelaporan. Peringkat kedua adalah implementasi amalan terbaik yang melibatkan tiga langkah iaitu pembelajaran dari amalan terbaik, merancang dan melaksanakan tindakan penambahbaikan serta menginstitusikan pembelajaran.
Rajah 3.1 menunjukkan adaptasi pembentukan Model Kepimpinan Ulul Albab berasaskan Model Tujuh Langkah Menanda Aras Juran.
University
Rajah 3.1: Adaptasi pembentukan Model Kepimpinan Ulul Albab berasaskan Model Tujuh Langkah Menanda Aras Juran. Diambil daripada “7 steps to better
benchmarking”, oleh B. Wood (2009)
Bagi memenuhi keperluan kajian ini, empat langkah dalam peringkat pertama telah diguna pakai iaitu langkah membuat persediaan dan merancang, mengutip data, analisis data serta membuat pelaporan. Langkah dalam peringkat pertama ini adalah langkah yang perlu dijalankan bagi mengenal pasti amalan ciri-ciri kepimpinan Ulul Albab yang terbaik oleh pengetua. Manakala peringkat kedua pula melibatkan langkah 5, 6 dan 7, iaitu prosedur pembentukan model kepimpinan Ulul Albab.
Berikut adalah penerangan ringkas tujuh langkah dalam peringkat pertama tersebut : 1. Dalam langkah ini persediaan dan perancangan mengenal pasti keperluan menandai aras, menentukan kaedah yang akan digunakan dan mengenal pasti individu atau kumpulan yang terlibat dalam projek kajian ini.
2. Langkah ini adalah aktviti memungut data dan menentukan apa yang ingin diukur serta bagaimana ianya diukur, apa yang memerlukan penanda aras dan apa yang tidak diperlukan. Perkara yang paling penting adalah menentukan kaedah memungut data yang paling sesuai. Langkah 1: Persediaan dan Perancangan Langkah 2: Kutipan Data Langkah 3: Analisis Data Langkah 4: Pelaporan Langkah 5: Menyenaraikan Ciri-Ciri Kepimpinan Ulul Albab yang terbaik
berdasarkan 16 ayat Ulul Albab dalam al-Quran dan konsep kepimpinan Imam dalam solat berjamaah. Langkah 6: Mengenalpasti Amalan Ciri-Ciri Kepimpinan Ulul Albab oleh pengetua berdasarkan langkah 3
Langkah 7: membentuk model kepimpinan Ulul Albab
(gabungan langkah 5 dan 6)
P er in gk at 1: An alisis K ed u d u kan Peri n gka t 2: Fas a Pem b en tu kk an Mod el/ Prof il K ep im p ina n U lul a l-B ab
University
of Malaya
3. Dalam langkah ini, analisis data adalah aktiviti utama dalam untuk menentukan bahawa data tersebut tepat dan lengkap. Analisis ini juga perlu disusuli dengan saranan untuk usaha pengubahsuaian.
4. Pelaporan hasil analisis data dalam langkah 3 kemudiannya dilaporkan dengan jelas, mudah difahami melalui perantaraan yang sesuai.
5. Langkah ke lima ini menyenaraikan semula ciri-ciri kepimpinan Ulul Albab yang terbaik. Aktiviti utama dalam langkah ini adalah menentukan sub-dimensi dan menyenaraikan ciri-ciri kepimpinan Ulul Albab berdasarkan 16 ayat tentang Ulul Albab dalam al-Quran dan konsep kepimpinan Imam dalam solat berjamaah.
6. Langkah ini adalah untuk mengenal pasti sub-dimensi dan amalan ciri-ciri kepimpinan Ulul Albab yang terbaik oleh pengetua. Pada peringkat ini amalan ciri-ciri utama kepimpinan Ulul Albab dikenal pasti oleh pengkaji berdasarkan analisis data peringkat ke tiga.
7. Akhir sekali langkah ke tujuh ini menggabungkan langkah 5 dan 6 untuk membentuk model kepimpinan Ulul Albab dan mendapat pengesahan dari pakar.
Bagi menjelaskan prosedur reka bentuk kajian ini, secara keseluruhannya kajian ini telah dijalankan dalam tiga fasa iaitu, fasa analisis keperluan, fasa reka bentuk dan fasa penilaian seperti berikut:
a) Fasa Analisis Keperluan
Kajian pada fasa ini bertujuan untuk mengenal pasti apakah dimensi utama dalam kepimpinan Ulul Albab bagi memenuhi keperluan pendidikan MRSM Ulul Albab. Temu bual separa berstruktur telah dijalankan ke atas lima belas orang pemimpin MRSM Ulul Albab untuk mengenal pasti apakah dimensi utama kepimpinan Ulul Albab, cadangan sub-sub dimensi serta ciri-ciri atau item-item yang terkandung dalam setiap sub-sub-dimensi tersebut oleh peserta kajian fasa keperluan ini. Berdasarkan temu bual tersebut yang disokong oleh hasil sorotan kajian, satu set soalan berstruktur telah dibina sebagai instrumen temu bual
University
b) Fasa Reka Bentuk
Kajian pada fasa ini adalah menggunakan teknik Delphi yang bertujuan untuk mengesahkan hasil dapatan fasa analisis keperluan dan seterusnya membina item melalui penambahbaikan berdasarkan kesepakatan pandangan dalam kalangan panel pakar Delphi fasa reka bentuk. Penggunaan Teknik Delphi dalam kajian ini adalah berdasarkan pengetahuan umum bahawa pandangan pakar boleh dipercayai bagi menghasilkan sumbangan yang bermakna dalam menyelesaikan permasalahan kompleks (Landeta & Barrutia, 2011). Beberapa pusingan maklum balas adalah proses yang penting dalam teknik Delphi. Proses ini membolehkan panel pakar fasa reka bentuk untuk menyemak semula penilaian yang dibuat dalam pusingan sebelumnya. Pemilihan kaedah kutipan data dengan menggunakan teknik ini disokong oleh Linstone dan Turoff (2002) dan Skulmoski, Hartman dan Krahn (2007) bahawa teknik Delphi sesuai digunakan untuk mendapatkan lebih banyak maklumat bagi masalah atau fenomena yang masih baru. Penggunaan teknik Delphi juga sesuai untuk mengkaji isu yang kompleks bila mana data dalam bentuk kuantitatif gagal untuk mendapatkan lebih banyak pengetahuan tersirat dalam minda dan pandangan kalangan pakar (Grisham, 2009). Teknik Delphi ini juga sesuai digunakan untuk mereka bentuk dan membuat kesahan ke atas instrumen sebagaimana yang dilakukan dalam kajian ini (Linstone & Turoff, 2002; Manizade & Mason, 2010; Su-Fen, Chien-Lin, Kuan-Chia & Lee-Hsieh, 2010).
Empat sesi pusingan Delphi yang dicadangkan bagi kajian ini adalah berdasarkan kaedah yang digunakan oleh Stylianides dan Pashiardis (2007) dan disarankan oleh Hsu dan Sandford (2007). Namun begitu, tiga sesi pusingan Delphi adalah mencukupi untuk memenuhi keperluan kajian sekiranya kesepakatan dalam kalangan pakar telah dicapai dalam pusingan tersebut (Manizade & Mason, 2011; Skulmoski et al., 2007; Wallengren, 2011). Empat pusingan yang dimaksudkan adalah seperti berikut:
i) Pusingan pertama
Dalam sesi pusingan pertama Delphi, pengkaji telah menemu bual kesemua lima belas orang pakar mengenai ciri-ciri kepimpinan Ulul Albab berasaskan tiga dimensi Ulul
University
Albab iaitu Quranik, Ensiklopedik dan Ijtihadik.Hasil dapatan fasa analisis keperluan merupakan asas utama untuk kegunaan pusingan pertama Delphi ini. Semasa sesi temu bual, perbualan dengan responden telah direkod dengan kebenaran untuk memudahkan semakan semula. Data temu bual telah ditranskripsikan untuk penganalisisan data. Ayat-ayat penting telah dikodkan dan dikelaskan kepada item-item tertentu. Hasil dari proses ini adalah penentuan sub-dimensi beserta senarai item atau ciri-ciri amalan kepimpinan Ulul Albab yang telah dipersetujui dan disahkan oleh panel pakar fasa reka bentuk.
ii) Pusingan kedua
Dalam sesi pusingan ini, panel Delphi telah menerima senarai sub-dimensi dan item yang telah dikumpul berdasarkan temu bual dalam pusingan pertama. Pakar perlu menyemak semula semua sub-dimensi dan item yang disenaraikan. Mereka diminta berinteraksi dengan menggunakan skala yang diberikan iaitu dengan menggunakan skala Likert lima poin. Pakar dibolehkan untuk menyatakan rasional bagi pilihan mereka, membuang item yang telah disenaraikan, menambah item baru dan menambah baik item sedia ada.
iii) Pusingan ketiga
Dalam sesi pusingan ini, panel Delphi menerima senarai sub-dimensi dan item yang telah dikemas kini dalam pusingan kedua. Selanjutnya, pengkaji memohon untuk disemak semula penilaian yang mereka berikan terhadap semua item. Alasan perlu diberikan sekiranya tahap persetujuan mereka menjangkaui skala persetujuan majoriti bagi sesi pusingan terdahulu. Menurut Hsu dan Sanford (2007) dalam Rosnah (2013), hanya sedikit sahaja perubahan dijangkakan pada peringkat ini. Sesi pusingan Delphi boleh ditamatkan pada peringkat ini sekiranya kesepakatan yang tinggi telah dicapai antara panel bagi semua item dalam setiap sub-dimensi kepimpinan Ulul Albab.
iv) Pusingan keempat
Walaupun tiga pusingan sudah mencukupi, namun Hsu dan Sanford (2007)
University
dapatan kajian. Bagi keperluan kajian ini, sesi pusingan Delphi ditetapkan sebanyak tiga pusingan sahaja, sekiranya kesepakatan yang tinggi dalam kalangan pakar telah tercapai dalam sesi pusingan ketiga tersebut.Kutipan data boleh ditamatkan pada pusingan ke tiga tersebut.
c) Fasa Penilaian
Kajian tinjauan telah digunakan pada fasa ini yang melibatkan penggunaaninstrumen soal selidik bagi mengumpul data kajian. Kaedah tersebut adalah yang termudah dan berkesan dalam memperoleh data piawai daripada saiz sampel kajian yang besar dan menyeluruh (Babbie, 2001; Fraenkel & Wallen, 2003; Neumann, 2003; Mitchell & Jolley, 2004) dalam Rosnah (2013). Sebelum itu, satu kajian rintis terhadap seramai 50 orang guru telah dijalankan di Simposium MRSM Ulul Albab yang telah berlangsung di Hotel Royale Chulan Damansara pada 27 hingga 29 hb April 2015. Selanjutnya, analisis data dilakukan pada akhir fasa ini yang bertujuan untuk mereka bentuk Model Persamaan Struktural berasaskan sub-dimensi serta item-item terbaik amalan kepimpinan Ulul Albab. Sekiranya model asal tidak sepadan dengan data kajian, model persamaan struktural modifikasi perlu dilakukan bagi memperolehi bentuk sebenar Model Kepimpinan Ulul Albab.