METODOLOGI KAJIAN
4.2 Reka Bentuk Kajian
Kajian yang dilaksanakan ini merupakan kajian berbentuk kualitatif. Kajian ini menggunakan pendekatan kajian kes. Hal ini kerana kajian yang dijalankan lebih memfokuskan kepada persekitaran atau situasi yang dialami oleh Mahasiswa FSSG, UniSZA sendiri yang melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti sukarelawan dan kesannya kepada pencapaian akademik mereka. Kebiasaannya kajian kes berfokuskan konteks tertentu atau persekitaran dan memiliki garis sempadan yang nyata dari aspek yang dikaji (Noraini, 2010). Kajian yang dijalankan hanya berpusatkan kepada Mahasiswa FSSG, UniSZA sahaja yang terlibat aktif dalam aktiviti sukarelawan. Dalam kajian kes, kajian mestilah berpusatkan kes tertentu seorang individu, satu kumpulan atau sebuah masyarakat (Noraini, 2010). Pengkaji sekaligus dapat memahami situasi yang dialami kelompok yang diselidik dengan menyelami, mengalami dan merasai pengalaman nyata yang dialami oleh seseorang yang terlibat dengan perkara yang diselidiki. Reka bentuk kajian kes digunakan bagi memperolehi pemahaman yang mendalam mengenai sesuatu situasi serta definisi tersebut bagi mereka yang mengalaminya.
Pertimbangan utama dalam pemilihan kaedah kajian adalah sama ada teknik tersebut bersesuaian dengan tujuan dan objektif kajian yang dijalankan. Kaedah kajian yang digunapakai adalah kualitatif, ianya dianggap bersesuaian apabila pengkaji bertujuan
31
memahami sesuatu fenomena yang berlaku. Kaedah kualitatif amat bersesuaian dirasakan pengkaji kerana boleh digunakan dengan secara interaktif dan humanisme. Maksudnya pengkaji boleh berinteraksi secara langsung dengan respondan dan menghayati segala jawapan yang diberikan oleh respondan. Kaedah mengumpul data secara tradisional dilaksanakan dengan menggunakan kaedah temu bual. Kaedah kualitatif yang diguna pakai mampu menghuraikan pelbagai realiti berdasarkan latar sosial yang sebenar. Pengkaji kualitatif adalah bersifat interpretatif. Ini membawa maksud pengkaji perlu menginterpretasi data dengan mengembangkan deskriptif daripada pandangan individu, dan latar, analisa kategori tema dan membuat interpretasi secara personal. Maka ianya boleh dikatakan suatu kajian yang lebih luas sifatnya, kompleks, interaktif dan lebih bersifat naratif, juga bersifat lebih baik daripada kajian kuantitatif.
Kajian kualitatif mengkaji latar semula jadi, berusaha merasionalkannya dan seterusnya menterjemahkan makna dalam bentuk yang mudah difahami. Kaedah ini dianggap mempunyai kekuatan kerana mempunyai fokus kajian untuk menjawab soalan mengapa dan bagaimana. Kaedah kualitatif ini juga amat wajar digunakan disebabkan beberapa faktor, antaranya kaedah ini mampu merungkai jawapan dengan lebih terperinci dan oleh sebab itu kajian ini hanya melibatkan bilangan sampel yang kecil (Noraini, 2010). Faktor kedua ialah ianya membantu pengkaji untuk mempelajari mengapa dan bagaimana manusia itu berfikir dan memahami sesuatu perkara. Ketiga ianya mampu melihat struktur dan suatu proses itu berlaku. Dan yang terakhir ianya hanya melibatkan penerokaan sesuatu konteks sahaja. Menerus kaedah kualitatif, keyakinan mampu diteguhkan dengan proses pengumpulan data yang dijalankan di tempat yang khusus, iaitu di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Kampus Gong Badak, Kuala Terengganu. Maka kefahaman fakta dan isu yang tersirat berkemungkinan akan menjadi lebih kukuh dan tepat. Kajian ini juga dapat
32
memberi sumbangan dari sudut kesukarelawan serta pencapaian akademik mahasiswa sendiri. Kajian kualitatif yang digunakan secara tidak langsung dapat menjelaskan dengan lebih tepat mengenai amalan dan proses yang dilalui oleh respondan berdasarkan konteks tertentu.
4.3 Persampelan
Perbincangan dalam prosedur persampelan ini merangkumi tiga aspek iaitu populasi kajian, sampel kajian, dan kaedah pemilihan sampel kajian yang dijalankan. Bagi pemilihan persampelan, dua pertimbangan telah pun diambil kira iaitu pengkaji perlu meletakkan sempadan iaitu mengambil kira kes kajian berdasarkan definisi kajian yang dijalankan, tertakluk kepada batasan waktu serta keupayaan dan kebenaran dari pihak respondan sendiri.
Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan cara kajian kes iaitu melihat dengan secara terperinci mengenai penglibatan Mahasiswa FSSG, UniSZA sendiri dalam aktiviti sukarelawan dan kesannya kepada pencapaian akademik mereka. Mahasiswa yang dipilih adalah mereka yang dilihat terlibat secara aktif dalam aktiviti sukarelawan samada di dalam mahupun di luar Universiti. Kajian ini mahu melihat mengapa mahasiswa melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti sukarelawan, bagaimana cara pembelajaran dan apakah kesannya terhadap pencapaian akademik mereka. Pengkaji akan menemu bual secara langsung mahasiswa-mahasiswa yang dipilih untuk mendapatkan segala maklumat yang diperlukan.
33 4.3.1 Populasi Kajian
Pengkaji telah memilih Fakulti Sains Sosial Gunaan, UniSZA sebagai lokasi kajian kerana memiliki populasi kajian yang sedikit iaitu seramai 868 pelajar.
4.3.2 Sampel Kajian
Seramai 5 orang mahasiswa telah dipilih oleh pengkaji daripada jumlah mahasiswa yang ada sebagai sampel kajian.
4.3.3 Kaedah Pemilihan Sampel Kajian
Pemilihan sampel kajian atau respondan adalah mereka yang dapat memberikan segala maklumat yang berkaitan dan menjadi fokus kepada kajian ini, iaitu Mahasiswa FSSG, UniSZA yang terlibat secara aktif dalam aktiviti sukarelawan. Dinyatakan bahawa dalam sesebuah kajian kualitatif, respondan kajian dipilih berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan dan diselaraskan dengan permasalahan kajian yang ingin dikaji. Oleh itu, kajian ini memilih untuk menggunakan kaedah persampelan bermatlamat. Persampelan bermatlamat bermaksud andaian pengkaji mahu memahami dan meneroka secara terperinci maklumat daripada sampel yang boleh memberikan maklumat yang berkaitan (Noraini, 2010). Persampelan bermatlamat secara kebiasaannya dipilih disebabkan kuantiti sampel yang kecil, lokasi sebenar dan kajian yang lebih mendalam. Logik dan kuasa persampelan bermatlamat terletak pada pengumpulan maklumat yang lebih mendalam. Terdapat beberapa faktor kepentingan persampelan bermatlamat, iaitu dapat mewakili tentang latar, individu dan aktiviti yang dipilih. Selain itu, pemilihan sampel yang sengaja dipilih bertujuan untuk
34
meneliti kes kajian. Terakhir sekali, ianya dapat membentuk perbandingan khusus bagi menjelaskan faktor perbezaan latar dan individu (Noraini, 2010).
Kajian kualitatif ini akan memilih sampel yang terdiri daripada Mahasiswa FSSG, UniSZA yang terlibat aktif dalam aktiviti sukarelawan iaitu seramai 5 orang. Pemilihan kelima-lima orang respondan tersebut adalah persampelan bermatlamat yang mengatakan berdasarkan pengetahuan sedia ada pengkaji tentang tujuan kajian ini dijalankan. Oleh itu, pemilihan respondan adalah berdasarkan kegiatan aktif mereka dalam aktiviti sukarelawan. Mereka menjadi respondan yang dapat memberikan maklumat yang amat diperlukan oleh pengkaji.