• Tidak ada hasil yang ditemukan

Faktor Pengaruh Keluarga, Rakan Dan Universit

DAPATAN KAJIAN

5.2 Maklumat Sosio-Demografi Responden

5.3.1 Faktor Yang Menarik Minat Mahasiswa Untuk Terlibat Aktif Dalam Aktiviti Sukarelawan.

5.3.1.1 Faktor Pengaruh Keluarga, Rakan Dan Universit

a. Faktor Pengaruh Keluarga

Kesemua responden bersependapat dan setuju bahawasanya faktor keluarga memainkan peranan penting dalam menarik minat mereka untuk terlibat aktif dalam aktiviti sukarelawan;

51

“Yes, Mak Ayah saya sendiri merupakan Sukarelawan kat Masjid, dimana mereka merupakan orang kuat Masjid sebenarnya dan bila ada program kat Masjid macam MauliduRasul, Qurban, diorang banyak participate, diorang yang ketuai program itu, jadi saya sebagai anak saya nampak benda itu jadi why not kita buat apa yang parents kita buat kan. Dan kalau balik kampung ada rewang memang kita akan buat benda itu. So faktor family memang sangat ada, macam itulah.”

(R.1)

Untuk pengetahuan saudara, keluarga saya merupakan pengiat aktif Sukarelawan di Sabah juga sendiri, kerana apa dari aspek Sukarelawan itu apabila saya melihat saudara mara contohnya keluarga yang terdekat misalnya saudara pakcik saya sendiri merupakan pengiat terhadap Sukarelawan di Sabah dan mereka telah mengadakan satu konsert dan menyumbang kepada mangsa-mangsa kebakaran di Tawau disana. Dan dalam aspek itulah saya lihat betapa mereka bersungguh-sungguh dalam membantu dan berkhidmat kepada komuniti Sabah khususnya.

(R.2)

“Dalam ahli keluarga saya sendiri takde yang terlibat dalam aktiviti Sukarelawan ni, tapi ayah saya sendiri yang banyak mengajar melatih anak-anak dia untuk sentiasa berkhidmat kepada masyarakat lain. Walaupun dia kerja sebagai Engineer, tapi dia still ada aktiviti mingguan dalam tempat kerja dia. Contohnya bagi sumbangan makanan kepada orang susah, jadi dilatihkan benda tu kepada anak-anak dia.

(R.3)

Yup, Keluarga saya sendiri merupakan ahli Sukarelawan dan juga penganjur kepada aktiviti-aktiviti Sukarelawan, mereka banyak memfokuskan kepada golongan-golongan mualaf yang perlu dibantu, dari itulah saya mula mengikuti setiap aktiviti-aktiviti sukarelawan bersama keluarga saya.”

(R.4)

“Ok, untuk soalan ni, ada. Tetapi aktiviti sukarelawan biasalah seperti bagi sedekah dekat makcik-makcik kat pasar. Hmm, bagi sedekah dekat tabung masjid.

52 b. Faktor Pengaruh Rakan

Kelima-lima responden berpendapat sama dengan mengatakan faktor pengaruh rakan-rakan juga wujud dalam menarik minat mereka untuk terlibat aktif dalam aktiviti sukarelawan;

Yes, saya ramai kawan-kawan yang terlibat dalam aktiviti Sukarelawan, tapi kawan-kawan yang rapat, maksudnya kawan yang saya betul-betul rapat, takde. Saya kawan yang bukan dalam kelas kecuali kawan saya sorang nilah nama dia Hazirah bt Wahid dimana dia juga merupakan Sukarelawan dan kiteorang sentiasa bila ada program “eh jom join Sukarelawan, ok on” tapi kawan-kawan lain, kurang sikit, mereka tak berapa minat sangat. So saya tak berapa kisah benda tu, at least kita ada kawan, even kalau takde kawan pun saya akan boleh bergerak sendiri.

(R.1)

“Sebenarnya timbul minat Sukarelawan ini merupakan daripada aspek persekitaran saya sendiri iaitu dari aspek rakan-rakan saya sendiri bagaimana saya melihat rakan-rakan saya beranjak demi satu demi satu tangga kejayaan apabila mereka terlibat dalam aspek Kesukarelawanan. Saya amek contoh saudara Ammar Rafiq (Pr esiden MPP UniSZA 2017/2018) sebabnya dia lebih dekat dengan saya dan juga merupakan rakan sekelas. Jadi saya melihat betapa kebanyakan kegiatannya melibatkan diri merupakan aspek Kesukarelawanan, jadi saya melihat itu merupakan salah satu faktor pendorong untuk saya lebih bergiat aktif bukan hanya akademik tetapi saya cuba mengimbangkan amtara keduanya Sukarelawan dan juga Akademik.

(R.2)

Ya ramai kawan-kawan saya yang terlibat aktif dalam aktiviti Sukarelawan ni, terutama kawan baik saya sendiri, kawan-kawan saya dari diploma sampai degree semua ada penglibatan terhadap aktiviti Sukarelawan, contoh macam kawan saya PERSIS (Pertubuhan Sukarelawan Siswa), ada yang pergi misi Kemboja Qurban, lepastu ada yang ke Medan, Indonesia. Dan ianya memang membuktikan bahawasanya saya mempunyai ramai kawan yang terlibat aktif dalam aktiviti Sukarelawan dan ianya mempengaruhi saya untuk turut terlibat aktif dalam aktiviti Sukarelawan.

53

“Ya ramai kawan-kawan saya yang terlibat aktif dalam aktiviti Sukarelawan ni, tetapi tidak semuanya dari kalangan rakan sekelas. Kebanyakan mereka dalam bidang Antropologi dan Dakwah, Perakaunan dan Perubatan.”

(R.4)

“Ya ada, hmm, saya ada ramai kawan yang turut terlibat secara aktif dalam aktiviti sukarelawan ni. Biasanya kalau saya ada program untuk join aktiviti sukarelawan ni, saya akan mengajak kawan-kawan saya untuk turut sertalah dengan program yang saya join tu.” (R.5)

c. Faktor Pengaruh Universiti

Kelima-lima responden amat bersetuju dan bersependapat bahawa pengaruh universiti memainkan peranan penting dalam menarik minat mereka untuk terlibat aktif dalam aktiviti sukarelawan;

“Universiti juga merupakan faktor yang penting sebenarnya untuk kita sebagai student, kalau universiti tak menggalakkan, kita pun tak boleh nak gerak dan kita pun susah nak gerak sebenarnya bawah universiti. Jadi universiti ni kalau kita nak buat program Sukarelawan mereka akan support, mereka akan bagi dana, mereka akan tolong apa yang patutlah, apa yang mereka boleh tolong. So universiti memang satu faktor yang pentinglah dalam Sukarelawan samada peringkat universiti mahupun peringkat kebangsaan.

(R.1)

Saya bersyukur kerana ditempatkan di Universiti Sultan Zainal Abidin kerana Universiti Hepa (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) khususnya amat menggalakkan kita untuk mengikuti aktiviti Kesukarelawan lagi, apatahlagi apabila kita punya TNC (Timbalan Naib Canselor) sendiri menggalakkan mahaiswa turun kepada komuniti, sebab kita sedia maklum bahawa Universiti Sultan Zainal Abidin adalah merupakan Universiti yang dekat dengan komuniti. Jadi saya bersyukur kerana pihak Universiti menggalakkan semua mahasiswa terlibat dalam aspek Kesukarelawanan.

54

“Setakat ni Alhamdulillah, Universiti sentiasa mendorong saya dari semasa kesemasa, Universiti banyak memberi peluang kepada saya untuk melibatkan diri dalam aktiviti Sukarelawan sehingga diberi peluang untuk menyertai Yayasan Sukarelawan Siswa dibawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) di Laos selama 3 minggu.”

(R.3)

“Universiti sentiasa memberi peluang dan ruang kepada pelajar untuk terlibat aktif dalam aktiviti sukarelawan dan saya selalu memanfaatkan setiap peluang dan ruang yang mereka beri.”

(R.4)

“Ok, ya pihak Universiti sangat mengalukan dan memberi sokongan kepada Mahasiswa yang berminat untuk terlibat secara aktif dalam aktiviti sukarelawan ni. Sebagai contohnya, hmm, pihak Universiti meluluskan program-program yang beraspekkan sukarelawan. Seperti, hmm, yang saya pernah sertai adalah aktiviti sukarelawan membersih pantai teluk ketapang, dan ini dalah aktiviti saya yang first saya sertai ketika saya semester satulah. Dan ada banyak lagilah aktiviti sukarelawan yang saya join.”

(R.5)