PENGLIBATAN MAHASISWA SECARA AKTIF DALAM AKTIVITI
SUKARELAWAN DAN KESAN TERHADAP PENCAPAIAN
AKADEMIK: SUATU KAJIAN KES DI FAKULTI SAINS SOSIAL
GUNAAN (FSSG), UNISZA GONG BADAK
Oleh:
MOHAMAD AIZUDDIN BIN ZAMZAM
LATIHAN ILMIAH YANG DIKEMUKAKAN SEBAGAI MEMENUHI
SYARAT PENGIJAZAHAN SARJANA MUDA KERJA SOSIAL
DENGAN KEPUJIAN
PUSAT PENGAJIAN KERJA SOSIAL
FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN
UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN
ii
PERAKUAN HAKCIPTA
Nama :
No Matrik :
Saya dengan ini memperlakukan bahawa Latihan Ilmiah ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali untuk petikan dan ringkasan yang telah diperakui.
Tandatangan: Tarikh:
iii
PERAKUAN PELAJAR
Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali petikan, huraian dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah dinyatakan sumbernya. Saya juga menyerahkan hak cipta ini kepada pihak Pengajian Kerja Sosial, Fakulti Sains Sosial Gunaan, Universiti Sultan Zainal Abidin bagi tujuan penerbitan jika didapati sesuai.
Tarikh serahan _______________ ____________________
MOHAMAD
AIZUDDIN BIN ZAMZAM
PERAKUAN PENERIMAAN
Setelah diteliti Latihan Ilmiah yang bertajuk Penglibatan Mahasiswa Secara Aktif Dalam Aktiviti Sukarelawan Dan Kesan Terhadap Pencapaian Akademik: Suatu Kajian Kes Di Fakulti Sains Sosial Gunaan (Fssg), Unisza Gong Badak yang diusahakan oleh Mohamad Aizuddin bin Zamzam no. matrik 037338, diterima sebagai memenuhi syarat Pengijazahan Program Sarjana Muda Kerja Sosial Dengan Kepujian.
Diperakui oleh:
………..
Dr. Mohamad Fauzi bin Abdul Talib Pusat Pengajian Kerja Sosial
Fakulti Sains Sosial Gunaan Universiti Sultan Zainal Abidin
iv ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji mengenai penglibatan mahasiswa secara aktif dalam aktiviti sukarelawan dan kesan terhadap pencapaian akademik di Fakulti Sains Sosial Gunaan, UniSZA, Rata-rata ramai yang menganggap bahawa menyertai aktiviti sukarelawan adalah penyumbang utama kepada kemerosotan prestasi akademik mahasiswa tersebut menyebabkan mahasiswa mengabaikan pelajaran seterusnya menyebabkan CGPA mereka merosot. Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk melihat adakah benar kenyataan tersebut atau sebaliknya. Objektif kajian ini adalah mengenal pasti faktor yang menarik minat mahasiswa untuk terlibat aktif dalam aktiviti sukarelawan, mengkaji kaedah pembelajaran yang berkesan dan juga pembahagian masa belajar dan beraktiviti serta kesan kepada pencapaian akademik apabila terlibat aktif dalam aktiviti sukarelawan. Kajian ini melibatkan lima orang mahasiswa sebagai responden yang mana sampel dipilih secara sampel bermatlamat dan kaedah penyelidikan kualitatif iaitu temubual yang mendalam. Hasil kajian menunjukkan bahawa mahasiswa yang melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti sukarelawan tidak memberi kesan yang negatif terhadap pencapaian akademik tetapi sebaliknya keputusan mereka lebih meningkat dan cemerlang.
v ABSTRACT
The purpose of this research is to study student's that are actively involved in volunteering activities and it's effect towards the academic achievement of students from the Faculty of Applied Social Science, UniSZA. Most argue that joining volunteering activities is the main factor for their dwindling academic performance, students ignored their studies completely causing their CGPA to slump. This study is to see whether that statement is true or otherwise. The objectives of this research is to identify the factors that attract students to actively involved themselves in volunteering activities, study effective learning methods and students time management and involvement in activities and its effect towards their academic achievement due to their active involvement in volunteering activities. This research involves 5 students as respondents which was picked through objectified sample and the reasearch method used was qualitative by interview. Research findings show that students that by involving themselves in volunteering activities does not give a negative effect on their academic performance but it is the opposite.
vi
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, bersyukur ke-hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya saya telah dikurniakan segala nikmat yang tidak ternilai ini. Tidak lupa juga selawat serta salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W., keluarga baginda serta para sahabat-sahabat baginda. Ribuan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada penyelia saya, Dr. Mohamad Fauzi bin Abdul Talib kerana sedia menunjuk ajar dan membimbing saya dalam menyiapkan kajian ini sejak dari awal permulaan sehingga ke akhir penulisan kajian ilmiah ini. Segala tunjuk ajar yang diberikan amat dihargai.
Selain itu, tidak dilupakan juga ucapan ribuan terima kasih kepada warga pendidik Fakulti Sains Sosial Gunaan yang lain yang turut memberi ilmu yang sungguh berharga bagi membantu saya dalam menyiapkan kajian ilmiah ini. Tidak dilupakan juga kepada staf-staf perpustakaan UniSZA dan Perpustakaan Awam Terengganu kerana banyak membantu saya dalam mencari bahan-bahan ilmiah sebagai rujukan saya.
Disamping itu juga, jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada kedua ibu bapa saya iaitu Zamzam bin Othman dan Maimunah binti Jaafar yang tercinta kerana telah berkorban masa, tenaga dan duit serta seluruh ahli keluarga saya yang sentiasa memberi semangat kepada saya untuk menyiapkan kajian ilmiah ini. Ribuan terima kasih juga kepada responden-responden saya yang merupakan mahasiswa dari Fakulti Sains Sosial Gunaan, UniSZA kerana sudi membantu saya dalam menjawab soalan yang telah ditemubual seterusnya membantu saya menyiapkan kajian ilmiah ini.
Seterusnya ribuan terima kasih kepada sahabat-sahabat yang sentiasa berkongsi idea dan maklumat serta sentiasa memberi semangat dalam menghasilkan kajian ilmiah yang terbaik. Akhir sekali, terima kasih kepada individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam penghasilan kajian ilmiah ini. Segala yang baik datangnya daripada Allah S.W.T. dan segala kekurangannya atas asbab kelemahan diri saya sendiri.
MOHAMAD AIZUDDIN BIN ZAMZAM BJL14037338
vii
SENARAI JADUAL
No. Jadual
Halaman
Jadual 5.1 Faktor Yang Menarik Minat Mahasiswa Untuk Terlibat Aktif
Dalam Aktiviti Sukarelawan 61
Jadual 5.2 Kaedah Pembelajaran Yang Berkesan Dan Juga Pembahagian
Masa Belajar Dan Beraktiviti 66
Jadual 5.3 Kesan Kepada Pencapaian Akademik Apabila Terlibat Aktif
viii
SENARAI RAJAH
No. Rajah Halaman
ix
SENARAI SINGKATAN
FSSG -Fakulti Sains Sosial Gunaan KPT -Kementerian Pendidikan Tinggi IPTA -Institut Pelajaran Tinggi Awam ISM -Ijazah Sarjana Muda
x
SENARAI KANDUNGAN
KANDUNGAN MUKASURAT
Perakuan ii-iii
Abstrak iv
Abstract v
Penghargaan vi
Senarai Jadual vii
Senarai Gambar Rajah viii
Senarai Singkatan ix
Senarai Kandungan x
BAB 1: PENGENALAN 1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Kajian 3 1.3 Pernyataan Masalah 4
1.4 Persoalan Kajian 5 1.5 Objektif Kajian 5 1.6 Kepentingan Kajian 6
1.7 Batasan Kajian 7 1.8 Rumusan 9 BAB 2: TINJAUAN LITERATUR 2.1 Pendahuluan 10
2.2 Kesukarelawanan 10 2.3 Kesan Penglibatan Mahasiswa Dalam Sukarelawan 12
xi
2.5 Kaedah Pembelajaran Berkesan 16
2.6 Kesan Penglibatan Dalam Sukarelawan Terhadap Pencapaian Akademik 18
2.7 Rumusan 19
BAB 3: KERANGKA KAJIAN
3.1 Pendahuluan 20
3.2 Kerangka Teoritikal 20
3.2.1 Teori Pertukaran Sosial 20
3.2.2 Teori Peranan Identiti 22
3.2.3 Teori Hibrid 23
3.3 Kerangka Konseptual 25
3.4 Definisi Konsep @ Operasional 26
3.4.1 Mahasiswa 26
3.4.2 Sukarelawan 26
3.4.3 Pencapaian Akademik 28
xii BAB 4: METODOLOGI
4.1 Pendahuluan 29
4.2 Reka Bentuk Kajian 30
4.3 Persampelan 32
4.3.1 Populasi Kajian 33
4.3.2 Sampel Kajian 33
4.3.3 Kaedah Pemilihan Sampel Kajian 33
4.4 Lokasi Kajian 34
4.5 Kaedah Penjanaan Data 34
4.6 Temu Bual Mendalam 35
4.7 Pengurusan Data 36
4.8 Penganalisisan Data 37
4.9 Kesahan Dan Kebolehpercayaan 37
4.10 Etika Dan Kerahsiaan 38
4.11 Pengkaji Sebagai Instrumen 38
4.12 Instrumen Kajian 39
4.13 Etika Kajian 40
xiii BAB 5: DAPATAN KAJIAN
5.1 Pendahuluan 42
5.2 Sosio-Demografi Responden Kajian 42
5.2.1 Responden 1 (Nadia) 43
5.2.1.1 Latar Belakang Diri 43
5.2.1.2 Pengalaman Dalam Aktiviti Sukarelawan 43
5.2.2 Responden 2 (Wan) 44
5.2.2.1 Latar Belakang Diri 44
5.2.2.2 Pengalaman Dalam Aktiviti Sukarelawan 44
5.2.3 Responden 3 (Fikah) 45
5.2.3.1 Latar Belakang Diri 45
5.2.3.2 Pengalaman Dalam Aktiviti Sukarelawan 46
5.2.4 Responden 4 (Tehah) 46
5.2.4.1 Latar Belakang Diri 46
5.2.4.2 Pengalaman Dalam Aktiviti Sukarelawan 47
5.2.5 Responden 5 (Mimi) 48
5.2.5.1 Latar Belakang Diri 48
5.2.5.2 Pengalaman Dalam Aktiviti Sukarelawan 48
5.3 5.3 Hasil Penemuan Kajian 50
5.3.1 Faktor Yang Menarik Minat Mahasiswa Untuk Terlibat Aktif
Dalam Aktiviti Sukarelawan 50
xiv
5.3.1.2 Faktor Kepercayaan 54
5.3.1.3 Faktor Motivasi 55
5.3.1.4 Faktor Niat 57
5.3.1.5 Faktor Lain 58
5.3.2 Kaedah Pembelajaran Yang Berkesan Dan Juga Pembahagian
Masa Belajar Dan Beraktiviti 62
5.3.3 Kesan Kepada Pencapaian Akademik Apabila Terlibat Aktif
Dalam Aktiviti Sukarelawan. 67
5.4 Rumusan Hasil Kajian 70
BAB 6: PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN
6.1 Pendahuluan 71
6.2 Maklumat Sosio-Demografi Responden 72
6.3 Perbincangan Hasil Penemuan Kajian 73
6.3.1 Faktor Yang Menarik Minat Mahasiswa Untuk Terlibat Aktif
Dalam Aktiviti Sukarelawan 73
6.3.2 Kaedah Pembelajaran Yang Berkesan Dan Juga Pembahagian
Masa Belajar Dan Beraktiviti 77
6.3.3 Kesan Kepada Pencapaian Akademik Apabila Terlibat Aktif
Dalam Aktiviti Sukarelawan 80
6.4 Cadangan 81
xv
6.6 Kesimpulan 83
BIBLIOGRAFI 85
1 BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Mahasiswa merupakan aset penting dalam memacu pembangunan negara pada masa akan datang. Perkataan “Mahasiswa” merupakan sebuah ungkapan yang secara terminologinya melambangkan pendirian anak muda yang mempunyai jiwa dan semangat yang sentiasa membara dalam mempersiapkan diri menuju kehidupan yang lebih baik. Mahasiswa juga diharapkan untuk memimpin negara di masa akan datang. Selaras dengan hal berkenaan,
ramai mahasiswa masa kini yang melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti sukarelawan. Hal ini sinonim dengan satu frasa yang menyatakan bahawa “Mahasiswa agen transformasi masyarakat”. Melalui aktiviti sukarelawan mahasiswa mampu mengembangkan potensi diri mereka dan secara tidak langsung dapat berinteraksi dengan masyarakat dengan lebih dekat. Mengikut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Ketiga, (1996) mendefinisikan sukarela
sebagai dengan kehendak sendiri, tidak dipaksa-paksa, tidak dikerah, dengan rela hati, pekerja yang tidak digaji atau diupah. Manakala sukarelawan pula merupakan seorang yang
melakukan sesuatu dengan sukarela iaitu ingin memberikan khidmat mereka kepada golongan tertentu dan tidak diperlukan mempunyai kelayakan tertentu.
Namun penglibatan secara aktif dalam sukarelawan secara tidak langsung memberi
kesan terhadap prestasi kecemerlangan akademik mereka sendiri. Memperoleh pencapaian akademik yang cemerlang merupakan matlamat utama bagi setiap mahasiswa yang berjaya
2
tamat pengajian. Oleh yang demikian, kajian ini akan menekankan tentang penglibatan mahasiswa secara aktif dalam aktiviti sukarelawan dan kesannya terhadap pencapaian
akademik. Mahasiswa yang terlibat aktif dalam aktiviti sukarelawan secara tidak langsung mampu memberikan kesan yang positif mahupun negatif kepada pencapaian akademik
mereka sendiri. Bahagian ini akan membincangkan mengenai dengan perkara-perkara yang menjadi asas kepada kajian ini. Dalam bahagian ini, terdapat latar belakang kajian, penyataan masalah, persoalan kajian dan objektif kajian. Selain itu, kepentingan kajian serta batasan
kajian juga turut dibincangkan dalam bahagian ini.
Dalam latar belakang kajian, pengkaji akan menyentuh sedikit sebanyak pengenalan
berkenaan kajian yang dilakukan. Dalam penyataan masalah pengkaji akan membincangkan mengenai sebab dan isu yang menyebabkan pengkaji berminat dan timbulnya idea untuk
melakukan kajian ini. Selain itu, bahagian ini juga akan membincangkan mengenai persoalan kajian yang berkaitan dengan perkara yang menjadi persoalan dan perlu dijawab dalam kajian ini. Pengkaji juga membincangkan objektif kajian dalam bahagian ini dan ditetapkan untuk
dicapai melalui kajian ini.
Kepentingan kajian pula akan membincangkan mengenai sumbangan yang boleh
diberikan oleh kajian ini kepada mahasiswa umumnya. Melalui batasan kajian, pengkaji secara tidak langsung akan membincangkan mengenai kekangan-kekangan yang wujud dalam memastikan kajian dapat dijalankan dengan lancar.
Di penghujung bab 1 ini, terdapat sebuah rumusan yang akan dirumuskan oleh pengkaji. Rumusan ini berkaitan dengan rangkuman keseluruhan bahagian kajian yang
3
secara keseluruhannya, sebaliknya ianya hanyalah sebuah ringkasan terhadap perbincangan yang dilakukan di dalam bab 1.
1.2 Latar Belakang Kajian
Kajian ini adalah berkaitan dengan penglibatan mahasiswa secara aktif dalam aktiviti sukarelawan dan kesannya terhadap pencapaian akademik. Lebih menjurus lagi, kajian ini
adalah sebuah kajian yang melibatkan Mahasiswa Fakulti Sains Sosial Gunaan, UniSZA, Kuala Terengganu khususnya yang terlibat aktif dalam aktiviti sukarelawan dan keberkesanannya terhadap pencapaian akademik mereka. Kajian ini diilhamkan apabila
munculnya mahasiswa yang cemerlang dan dijadikan sebagai tokoh mahasiswa diperingkat Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia kerana penglibatan aktif mereka dalam aktiviti
sukarelawan serta memperoleh pencapaian akademik yang begitu memberangsangkan.
Mengenai mahasiswa yang terlibat aktif dalam aktiviti sukarelawan, pengkaji telah melihat ramai Mahasiswa Fakulti Sains Sosial Gunaan, UniSZA sendiri yang terlibat secara
aktif dalam aktiviti sukarelawan. Hal ini disebabkan UniSZA itu sendiri yang diiktiraf sebagai “Universiti Komuniti” semenjak tahun 2014 ianya telah menjadikan satu galakan kepada mahasiswa UniSZA untuk terlibat aktif dalam aktiviti sukarelawan.
Pengkaji membayangkan bahawa dengan galakan seperti itu, sudah tentu terdapat impak yang besar kepada mahasiswa itu sendiri. Atas dasar ini, pengkaji telah mendapat
ilham untuk menjalankan kajian ini. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji penglibatan mahasiswa secara aktif dalam aktiviti sukarelawan dan kesannya terhadap pencapaian
4
Mahasiswa Fakulti Sains Sosial Gunaan, UniSZA, Kampus Gong Badak, Kuala Terengganu. Maka untuk tujuan ini, kajian ini adalah yang paling sesuai untuk dijalankan.
1.3 Pernyataan Masalah
Mahasiswa mempunyai peranan yang penting di masa akan datang dalam pembangunan negara. Keterlibatan mereka secara aktif dalam aktiviti sukarelawan secara tidak langsung
membantu mereka membangun potensi diri di samping membina kehidupan masyarakat ke arah yang lebih baik. Peranan mahasiswa terhadap masyarakat dapat dilihat dengan jelas antaranya mahasiswa berperanan sebagai agen dalam perubahan masyarakat.
Pemikiran-pemikiran yang individualisme dari mahasiswa seharusnya dibuang dan beralih kepada pemikiran sosial dengan mewujudkan kehidupan berbangsa dan bernegara. Mahasiswa yang
bertoleransi dan berjiwa sosial terhadap lingkungan sekitar dalam era globalisasi ini sangat diperlukan oleh masyarakat masa ini. Mahasiswa harus berfikir untuk mengembalikan dan mengubah keadaan negara kita ini menjadi negara ideal dan mampu bersaing. Namun
perubahan yang dimaksud tentu perubahan ke arah yang positif dan tidak menghilangkan jati diri kita sebagai mahasiswa dan rakyat Malaysia sebagai bangsa yang sopan, ramah, bermoral
dan memiliki akhlak yang mulia. Pada hakikatnya, realiti kehidupan kini menunjukkan kebanyakan mahasiswa menyertai aktiviti sukarelawan secara aktif di atas sebab ingin berseronok dan mencipta memori tanpa memikirkan soal prestasi kecemerlangan akademik
mereka, bahkan fenomena ini semakin berleluasa dan sangat membimbangkan. Hanya segelintir mahasiswa sahaja di negara ini yang sentiasa mengambil berat soal pelajaran dan
5
Melihat kepada permasalahan ini, pengkaji menjalankan kajian khusus ini terhadap Mahasiswa Fakulti Sains Sosial Gunaan, UniSZA, Kampus Gong Badak, Kuala Terengganu
sendiri, untuk mengenal pasti sebab, kaedah pembelajaran, cara pembahagian masa dan kesan terhadap pencapaian akademik apabila mereka terlibat secara aktif dalam aktiviti
sukarelawan.
1.4 Persoalan Kajian
Dalam kajian ini, terdapat tiga persoalan yang perlu dijawab. Soalan-soalannya adalah seperti berikut:
a. Apakah faktor yang menarik minat mahasiswa terlibat aktif dalam aktiviti sukarelawan? b. Bagaimanakah kaedah cara pembelajaran dan juga pembahagian masa belajar dan
beraktiviti?
c. Apakah kesan kepada pencapaian akademik apabila terlibat aktif dalam aktiviti
sukarelawan?
1.5 Objektif Kajian
Antara objektif kajian yang ingin dicapai oleh pengkaji adalah:
a. Mengenal pasti sebab yang menarik minat mahasiswa untuk terlibat aktif dalam aktiviti
sukarelawan.
b. Mengkaji kaedah pembelajaran yang berkesan dan juga pembahagian masa belajar dan
beraktiviti.
c. Mengkaji kesan kepada pencapaian akademik apabila terlibat aktif dalam aktiviti
6 1.6 Kepentingan Kajian
Kajian ini mempunyai impak yang tersendiri. Ini kerana terdapat beberapa manfaat yang
boleh diperolehi melalui kajian ini. Manfaat ini pula boleh digunapakai oleh pelbagai pihak bukan kepada pihak-pihak yang tertentu sahaja. Antara pihak yang memperoleh manfaat
daripada kajian ini adalah mahasiswa universiti, pihak universiti, kerajaan negeri dan juga Kementerian Pendidikan Tinggi.
Bagi mahasiswa universiti, kajian ini akan membantu mereka untuk mengenal pasti kaedah pembelajaran yang berkesan dan juga cara pembahagian masa yang betul bagi melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti sukarelawan tanpa menjejaskan pretasi pelajaran
di universiti. Ini bermakna kajian ini dapat membantu mahasiswa sendiri dalam mengenal pasti potensi diri mereka dan kemampuan mereka untuk memberi komitmen dalam aktiviti
sukarelawan dan juga pembelajaran. Ini secara tidak langsung membantu mereka memperbaiki kelemahan diri dan merancang jadual mereka dengan teratur tanpa mengganggu pembelajaran walaupun terlibat aktif dalam aktiviti sukarelawan.
Bagi pihak universiti pula, kajian ini akan memberikan maklumat terkini berkenaan prestasi kecemerlangan mahasiswa yang terlibat aktif dalam aktiviti sukarelawan. Lebih tepat
lagi, maklumat berkenaan boleh dijadikan sebagai garis panduan pihak universiti dalam melahirkan mahasiswa yang mampu berdaya saing di peringkat yang lebih tinggi. Malahan ianya juga boleh menaikkan lagi ‘rangking’ universiti sendiri dengan adanya mahasiswa yang berkualiti dan cemerlang tidak kira dalam akademik mahupun aktiviti sukarelawan.
Bagi pihak kerajaan negeri, kajian ini akan membantu kerajaan negeri sendiri untuk
7
Duta Jauhar di seluruh IPTA/IPTS seluruh Malaysia yang disertai oleh Mahasiswa Johor itu sendiri. Ini secara tidak langsung membantu kerajaan negeri untuk memajukan masyarakat
yang kurang bernasib baik dalam bentuk keusahawanan sosial.
Bagi pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), kajian ini secara tidak langsung
akan membantu untuk mengenal pasti program-program yang bersesuaian dalam menghasilkan bakal graduan yang kompeten untuk memenuhi keperluan guna tenaga negara
dan antarabangsa dengan sasaran 75% graduan mendapat pekerjaan dalam bidang relevan dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian. Kajian ini juga secara tidak langsung membantu pihak KPT dalam mempertingkatkan keberkesanan program-program
sukarelawan yang dianjurkan seperti Yayasan Sukarelawan Siswa yang melibatkan mahasiswa yang terpilih seluruh IPTA di Malaysia.
1.7 Batasan Kajian
Dalam kajian ini, terdapat beberapa batasan yang telah ditetapkan. Tujuan batasan-batasan
ini diwujudkan adalah untuk memastikan kredibiliti kepada kajian yang dilakukan. Batasan-batasan kajian ini adalah berkaitan dengan lokasi, skop kajian, dan juga subjek kajian. Dalam
bahagian ini, pengkaji akan menerangkan tentang batasan-batasan yang dimaksudkan.
Dalam batasan lokasi, pengkaji hanya menetapkan kajian ini dilakukan di UnisZA, Kampus Gong Badak, Kuala Terengganu sahaja. Ini bagi memastikan dapatan kajian yang
diperoleh juga adalah daripada kawasan UnisZA, Kampus Gong Badak, Kuala Terengganu sahaja. Ini juga bagi mengelakkan pencemaran dapatan daripada kawasan lain akan berlaku
8
Kajian ini juga menetapkan batasan skop kajian terhadap penglibatan mahasiswa secara aktif dalam aktiviti sukarelawan dan kesan terhadap pencapaian akademik. Ini
bermakna pengkaji ingin melihat kesan aktiviti sukarelawan terhadap pencapaian akademik. Pengkaji tidak akan melakukan kajian terhadap kos atau cara sukarelawan yang dilakukan di
universiti. Sebaliknya, pengkaji hanya akan melakukan kajian terhadap kesan penglibatan aktif dalam sukarelawan terhadap pencapaian akademik di kalangan Mahasiswa Fakulti Sains Sosial Gunaan, UniSZA. Ini bagi memastikan dapatan bagi skop kajian yang dikaji
tidak akan bercampur aduk dengan dapatan kajian yang lain.
Dalam kajian ini juga, pengkaji menetapkan batasan kajian terhadap subjek kajian.
Walaupun kajian ini berkenaan mahasiswa yang aktif terlibat dalam aktiviti sukarelawan, namun begitu, bukan semua mahasiswa boleh dilibatkan di dalam kajian ini. Mahasiswa yang
akan dipilih untuk kajian ini adalah Mahasiswa Fakulti Sains Sosial Gunaan, UniSZA yang terlibat aktif dalam aktiviti sukarelawan dan mempunyai pencapaian akademik yang memberansangkan. Ini bagi memastikan tiada dapatan kajian berkenaan dengan mahasiswa
9 1.8 Rumusan
Secara keseluruhannya, pengkaji memilih tajuk berkaitan dengan penglibatan mahasiswa
secara aktif dalam aktiviti sukarelawan dan kesan terhadap pencapaian akademik ini bertujuan untuk mengetahui secara jelas perkara yang berkaitan dengan kesan penglibatan
mahasiswa secara aktif dalam aktiviti sukarelawan yang akan mempengaruhi pencapaian akademik mereka di peringkat universiti.
Di samping itu juga, bahagian ini telah membincangkan mengenai dengan perkara-perkara yang menjadi asas kepada kajian ini. Dalam bahagian ini, terdapat latar belakang kajian, penyataan masalah, persoalan kajian dan objektif kajian. Selain itu, kepentingan
kajian serta batasan kajian juga telah dibincangkan dalam bahagian ini.
Oleh yang demikian, segala perincian yang lebih jelas berkaitan tajuk ini akan
10 BAB 2
TINJAUAN LITERATUR
2.1 Pendahuluan
Bab ini dibahagikan kepada beberapa bahagian yang merangkumi kajian-kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji terdahulu. Kajian-kajian yang dirumuskan adalah kajian yang
berkait rapat dengan kajian ini.
2.2 Kesukarelawanan
Dalam kajian Shweiki & Mauck (1993) mendefinisikan sukarelawan sebagai suatu pekerjaan tanpa upah. Definisi ini dilihat selari dengan definisi yang diungkapkan oleh Kemp (2002)
dan Finkelstein et al., (2007) yang merujuk sukarelawan sebagai individu yang melibatkan diri dengan kerja-kerja amal tanpa mengharapkan sebarang bentuk ganjaran. Manakala Cnaan et al., (1996) pula mendefinisikan sukarelawan sebagai golongan yang meluangkan
masa lapang mereka dengan memberikan perkhidmatan kepada anggota masyarakat lain tanpa mengharapkan sebarang bentuk ganjaran daripada mana-mana pihak atau organisasi
tertentu. Seseorang yang gemar melibatkan diri dengan aktiviti dan program berbentuk sukarelawan dilihat mempunyai tahap keperibadian diri yang lebih baik berbanding dengan mereka yang tidak pernah terlibat dengan mana-mana aktiviti berbentuk kesukarelawanan
11
Selaras dengan misi pembentukan modal insan seperti yang dilaungkan oleh bekas Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Dato’ Shabery Cheek, penglibatan golongan belia secara sukarela dalam mana-mana bidang kemasyarakatan juga perlu ditingkatkan.
Melihat kepada kajian lepas, didapati bahawa kesukarelawanan memiliki tiga
gabungan penting, iaitu kerja sukarela, sukarelawan dan sektor sukarela (Azizan, 2015). Kerja sukarela yang dimaksudkan adalah khidmat atau aktiviti yang dijalankan tanpa
mengharapkan sebarang ganjaran. Manakala sukarelawan pula didefinisikan sebagai individu atau kelompok manusia yang melakukan kegiatan sukarela dan sektor sukarela adalah organisasi sukarela yang meliputi jaringan, pergerakan dan sebagainya.
Kajian mengenai peranan kesukarelawanan terhadap pembinaan kesihatan jiwa dari pandangan Islam, didapati ramai yang tidak menyadari bahawa kegiatan-kegiatan
kesukarelawanan memupuk nilai yang tinggi di sisi agama, di samping memiliki peranan dalam membina kesihatan jiwa seseorang individu (Nasir, 2014)
Kesimpulannya, dapat dilihat bahawa kesukarelawanan memberikan sumbangan
12
2.3 Kesan Penglibatan Mahasiswa Dalam Sukarelawan
Penglibatan mahasiswa universiti dalam aktiviti sosial komuniti banyak mendatangkan manfaat samada secara lansung atau tidak langsung. Mahasiswa adalah sebahagian golongan dari belia. Menurut definisi data Kementerian Belia dan Sukan (1997) belia adalah mereka
yang berusia antara umur 15-40 tahun. Husain Mohamed (1997) mentakrifkan belia sebagai golongan ‘orang muda’ yang bertenaga, produktif, dan menguntungkan dari aspek guna
tenaga kerja ekonomi.
Universiti merupakan tempat pendedahan mahasiswa kepada kemahiran insaniah yang berbeza dari institusi lain samada dari aspek berkomunikasi dan juga budaya bekerja
berpasukan disemai dalam kalangan rakan pelbagai etnik dan bangsa misalnya menganjurkan acara sambutan perayaan, program mobiliti mahasiswa dan khidmat masyarakat dengan
rakan sebaya, pensyarah dan anggota masyarakat. Walaupun aktiviti ini menjanjikan pengalaman, pembangunan keperibadian dan kebolehpasaran yang baik, namun mahasiswa agak keberatan memainkan peranan memberi sumbangan sewaktu dan tindak balas yang baik
dalam aktiviti bersifat kemasyarakatan dan kebajikan.
Musick & Wilson (2003) dalam kajiannya mendapati bahawa penglibatan seseorang
individu dengan aktiviti berbentuk kesukarelawanan boleh membawa kesan positif dalam diri seseorang individu berkenaan. Ini kerana ia secara tidak langsung membantu meningkatkan kesejahteraan fizikal mereka, membentuk jaringan sosial yang lebih luas dan
seterusnya membantu menyelesaikan isu-isu sosial yang wujud dalam kalangan masyarakat. Memandangkan aspek-aspek yang berkaitan dengan kesukarelawanan dalam kalangan
13
mahasiswa terhadap kerja-kerja berbentuk kesukarelawanan. Hasil kajian mampu menyediakan makumat asas kepada pihak pentadbir di institusi pengajian tinggi dalam
merangka program sukarelawan yang boleh menarik minat mahasiswa untuk terus memberi khidmat masyarakat kepada komuniti yang memerlukan.
Kajian yang dijalankan oleh Musick & Wilson (2008) mendapati bahawa penglibatan mahasiswa dengan aktiviti kesukarelawanan sebenarnya bergantung kepada latar belakang
serta pengalaman peribadi seseorang individu berkenaan. Individu yang terlibat dengan kerja-kerja amal sejak diperingkat awal usia muda dikatakan lebih bersikap terbuka untuk menolong orang ramai apabila mereka menjadi dewasa.
Manakala kajian yang dijalankan oleh Ekerdt (1986) menyatakan bahawa keterlibatan mahasiswa dengan aktiviti berbentuk kesukarelawanan adalah berhubungan
dengan faktor jantina. Hasil kajian beliau mendapati majoriti daripada kaum lelaki lebih gemar menjalankan kerja-kerja kesukarelawanan walaupun selepas mendirikan rumah tangga. Keadaan ini berbeza dengan kaum wanita yang dilihat kurang aktif untuk melibatkan
diri dengan aktiviti berbentuk sukarelawan selepas berkahwin memandangkan mereka mempunyai tanggungjawab yang lebih besar untuk menjaga dan mendidik anak-anak.
Hasil dapatan Ekerdt (1986) dilihat bertentangan dengan hasil kajian yang dijalankan oleh Knauft, 1992 yang mendapati bahawa kaum wanita dianggap lebih positif untuk terlibat dengan aktiviti sukarelawan dan membantu masyarakat berbanding dengan kaum lelaki. Ini
adalah kerana kaum wanita dilihat lebih mempunyai sifat prihatin mengenai isu-isu yang berkaitan dengan kemasyarakatan dan kebajikan berbanding dengan kaum lelaki.
14
masyarakat kerana mereka perlu melibatkan diri secara langsung bagi membantu menyelesaikan masalah ketidakseimbangan yang wujud dalam sesebuah masyarakat
berkenaan (Kendall & Associates, 1990).
Menurut kajian yang dijalankan oleh Mabry (1998), mahasiswa yang terlibat dengan
aktiviti yang berkaitan dengan kesukarelawanan dikenalpasti mempunyai perubahan yang ketara daripada aspek nilai sosial yang dimiliki oleh mereka. Keadaan ini wujud
memandangkan mereka mempunyai pengalaman berkomunikasi dengan pelbagai lapisan masyarakat berbanding dengan mereka yang tiada pengalaman langsung dalam aktiviti berbentuk kemasyarakatan.
Astin & Sax (1998) menyatakan bahawa penglibatan mahasiswa dengan aktiviti sukarelawan bukan sahaja mampu meningkatkan tahap pencapaian mereka daripada aspek
kurikulum dan ko-kurikulam, malahan mereka mempunyai rasa tanggungjawab yang tinggi untuk membantu komuniti sekeliling yang berada dalam keadaan yang memerlukan.
Manakala kajian yang dijalankan oleh Haski-Leventhal et al., (2008) pula
menunjukkan bahawa mahasiswa universiti yang melibatkan diri dengan aktiviti berbentuk kesukarelawanan mempunyai gaya kehidupan yang lebih berdisiplin dan kebanyakan mereka
dilihat lebih mempunyai keyakinan diri dan mampu menpensyarahs masa dengan lebih sistematik.
Kesimpulannya aktiviti sukarelawan banyak memberikan kesan yang positif kepada
perkembangan mahasiswa universiti. Keterlibatan mahasiswa dengan aktiviti kesukarelawanan dilihat sebagai petanda yang baik ke arah pembentukan pemikiran yang
15
2.4 Faktor Penglibatan Dalam Aktiviti Sukarelawan
Berhubung dengan faktor keterlibatan seseorang individu dengan kerja-kerja kesukarelawanan, hasil kajian yang dijalankan oleh Nichols & King (1999) mendapati bahawa majoriti individu yang terlibat dengan aktiviti kesukarelawanan adalah disebabkan
oleh keinginan yang tinggi untuk membantu masyarakat. Hasil kajian ini dilihat selari dengan kajian yang dijalankan oleh Jago & Deery (2002) yang mendapati bahawa kebanyakan
individu yang terlibat dengan kerja-kerja sukarelawan adalah bertujuan untuk membantu memenuhi keperluan asas masyarakat yang memerlukan.
Clary, Snyder & Stukas (1996) dalam kajiannya pula mendapati bahawa seseorang
individu terlibat dengan aktiviti kesukarelawanan adalah bertujuan untuk memenuhi matlamat sosial dan psikologi yang berbeza-beza seperti sikap keprihatinan terhadap orang
lain, keinginan untuk meningkatkan tahap pengetahuan, mencari pengalaman baru dalam kehidupan, kesediaan untuk memenuhi keperluan bagi masyarakat yang mengalami kegagalan dalam kehidupan dan bertujuan untuk meningkatkan nilai-nilai positif dalam diri
mereka (Hutchison, 2003).
Thapa (2001) juga pernah mengkaji pengaruh demografi seseorang sukarelawan.
Beliau mendapati demografi mempunyai peranan besar dalam usaha pengambilan sukarelawan kerana mereka adalah bakal pendidik, penggubal dasar, perancang dan pentadbir. Hal ini dibuktikan juga oleh Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim (2004) berkaitan
dengan pengambilan pelatih bagi tujuan sukarelawan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) iaitu profil peserta yang terlibat, permasalahan pelatih dan perkembangan diri boleh
16
yang bebas dan terlalu memikirkan keseronokan. Hal ini turut dibuktikan menerusi kajian oleh Caldwell et al. (2008) iaitu umur yang terlalu muda menjadikan seseorang itu gagal
menghayati erti sebenar kesukarelawanan. Oleh itu, Schlegelmilch dan Tynan (1989) berpendapat golongan muda perlu meningkatkan ilmu pengetahuan kerana ia adalah asas
untuk pembangunan diri.
Kesimpulannya terdapat banyak faktor-faktor penglibatan mahasiswa dalam aktiviti
sukarelawan yang telah dinyatakan pengkaji terdahulu dan kesemua faktor yang telah dinyatakan amat memberi pengaruh besar kepada penglibatan mahasiswa dalam aktiviti sukarelawan.
2.5 Kaedah Pembelajaran Berkesan
Kaedah pembelajaran merupakan satu set ciri-ciri peribadi yang mempengaruhi bagaimana seseorang menerima, mengumpul dan memproses maklumat (Ismail dan Marzuki, 2000). Dalam bilik kuliah, setiap mahasiswa mempunyai kaedah pembelajaran yang berbeza. Oleh
itu pensyarah perlu membantu mahasiswa untuk memilih kaedah pembelajaran yang sesuai untuk menyelesaikan masalah yang timbul dalam pembelajaran mereka (Ahmad et al. 2002).
Menurut Ahmad (2004), kaedah pembelajaran ialah cara mempelajari sesuatu mengikut kecenderungan individu, proses memperolehi maklumat dan pegetahuan, penguasaan kemahiran dan pembentukan sikap serta kepercayaan. Terdapat pelbagai kaedah atau strategi
pengajaran yang digunakan oleh pensyarah bagi menggalakkan proses pembelajaran mahasiswanya seperti pembelajaran koperatif, pembelajaran aktif, pembelajaran kendiri,
17
Mahasiswa perlu mengetahui kepelbagaian kaedah pembelajaran tersebut supaya mereka dapat mengenalpasti kaedah pembelajaran yang sesuai untuk diri mereka supaya
mereka mencapai keputusan pembelajaran yang lebih baik dalam Matematik (Dunn dan Dunn, 2008). Amalan pembelajaran yang tidak berkesan akan banyak membazirkan tenaga,
masa dan hasil yang diperolehi tidak setimpal dengan usaha (Kagan, 1994). Oleh itu, penting bagi setiap mahasiswa memilih kaedah pembelajaran yang mampu meningkatkan pemahaman dan pencapaian dalam setiap mata pelajaran. Kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai akan memberi kesan yang positif terhadap prestasi mahasiswa dalam suatu pelajaran (Johnson dan Johnson, 2003). Untuk memenuhi kaedah pembelajaran
mahasiswa yang berbeza, pensyarah perlu memberi penekanan kepada kaedah pembelajaran yang sesuai yang dapat memberikan manfaat yang berkesan kepada mahasiswa. Berdasarkan
kajian-kajian lalu didapati kaedah pembelajaran koperatif ternyata banyak memberikan manfaat kepada mahasiswa (Panitz, 2009; Dunn dan Dunn, 2008; Johnson, Johnson dan Smith, 2003; Slavin 1995; Dumas, 1984). Pembelajaran koperatif menggalakkan mahasiswa
belajar bersama-sama dengan berkesan melalui pembentukan kumpulan yang heterogenous dan ia sesuai bagi semua peringkat umur mahasiswa dan semua mata mahasiswaan (Philips,
2002).
Teknik belajar ialah cara tertentu yang dapat melipatgandakan keberkesanan pembelajaran. Mengikut Siti Hawa (1987), teknik belajar adalah penting. Kajian beliau
mendapati ramai pelajar tidak dapat bimbingan tentang teknik belajar yang berkesan seperti penggunaan masa, membaca dan mencatat nota, mengadakan rundingcara dan masalah
18
mencuba hasil daripada pemerhatian dari rakan-rakan yang mempunyai prestasi akademik yang tinggi. Walaubagaimanapun, masih terdapat pelajar berkebolehan paling tinggi
sekalipun jarang menyedari dan mengetahui cara pembelajaran berkesan tanpa bantuan.
Kesimpulannya, kaedah pembelajaran yang berkesan perlu dititik beratkan oleh
mahasiswa bagi menjamin keputusan peperiksaan yang cemerlang.
2.6 Kesan Penglibatan Dalam Sukarelawan Terhadap Pencapaian Akademik
Menurut kajian Lee Wee Lim dan Yahya bin Buntat (2006) sememangnya penglibatan dalam aktiviti berpersatuan bukanlah satu-satunya punca kemerosotan akademik pelajar. Data-data
kajian telah menunjukkan bahawa walaupun pelajar tersebut begitu aktif dalam JKM, tetapi masih lagi mampu menunjukkan peningkatan yang mantap. Begitu juga dengan GPA/CPA
mereka yang masih berada dalam kedudukan Kelas pertama dan Kelas Kedua Tinggi. Banyak faktor sebenarnya yang menyebabkan kemerosotan akademik pelajar. Antaranya, pengurusan masa yang tidak teratur, kaedah pembelajaran yang tidak sesuai, kurangnya
motivasi diri, sikap malas, masalah cinta dan sebagainya. Pelajar yang cemerlang akademik adalah pelajar yang pandai menguruskan masa, mempunyai motivasi diri yang tinggi serta
kaedah pembelajaran yang betul. Pelajar yang cemerlang mestilah seimbang dari segi pencapaian akademik dan sahsiah diri. Dengan berpersatuan, sifat kepimpinan pelajar dapat dipupuk. Malah, terdapat beberapa sifat pemimpin yang membezakan mereka daripada
individu biasa. Antaranya ialah fizikal yang sihat dan bersemangat, personaliti yang meyakinkan, jujur dan amanah, keyakinan diri yang tinggi, kemampuan bersosial dan
19
pengurusan masa, perancangan strategik, kemahiran komunikasi dan sistem dokumentasi berkesan. Selain daripada itu, pelajar juga berpeluang mengikuti aktiviti aktiviti luaran yang
menjana ke arah kepimpinan yang tidak lesu dan sentiasa cergas bertenaga.
Di sini jelaslah bahawa penglibatan mahasiswa dalam aktiviti sukarelawan bukan
menjadi sebab kemerosotan pencapaian akademik seseorang mahasiswa malahan ianya memberikan kesan yang positif kepada pencapaian akademik mahasiswa itu sendiri.
2.7 Rumusan
Dalam bahagian ini, dapatlah dirumuskan bahawa pengkaji telah membincangkan mengenai
kajian-kajian lepas yang telah dijalankan oleh pengkaji terdahulu dengan lebih terperinci dan mendalam. Pengkaji mendapati bahawa terdapat perkaitan antara faktor penglibatan
20 BAB 3
KERANGKA KAJIAN
3.1 Pendahuluan
Dalam bahagian ini, pengkaji akan membincangkan mengenai kerangka teoritikal, konseptual dan juga definisi konsep yang berkaitan dengan kajian. Aspek-aspek ini akan ditekankan secara menyeluruh bagi menunjukkan gambaran mengenai kajian yang telah
dijalankan.
Melalui kerangka teoritikal, pengkaji akan membincangkan mengenai teori-teori
yang terlibat bagi tujuan untuk memberikan pemahaman bahawasanya yang dilakukan pengkaji ini mempunyai asas teorinya. Selain itu juga, kerangka konsep pula merupakan bahagian di mana kerangka bagi kajian ini dapat dilihat secara kasar. Di samping itu, pengkaji
juga mengambil kira definisi-definisi yang boleh menunjuk arah tuju bagi kajian ini. Akhir sekali, rumusan akan dibincangkan bagi merumuskan keseluruhan bab ini.
3.2 Kerangka Teoritikal
3.2.1 Teori Pertukaran Sosial
Menurut Roloff (1981) dalam Corrigan (2001), teori pertukaran sosial merupakan satu pertukaran sukarela antara objek atau aktiviti yang rawak daripada seseorang kepada orang
21
(2001) turut memberikan pandangan bahawa perilaku antara individu berlaku untuk mendapatkan sumber atau sesuatu yang berguna (Corrigan, 2001).
Menurut West dan Tunner (2000) pula mengatakan teori pertukaran sosial yang lebih khusus, iaitu teori kebergantungan adalah teori yang menyatakan bahawa terdapat kelompok
yang melihat kehidupan sebagai sebuah pasaran yang mempunyai ganjaran yang boleh didapati bergantung kepada kosnya. Ini berlaku apabila seseorang berinteraksi dengan orang
lain dengan tujuan untuk memperoleh ganjaran yang maksimum dan mengurangkan kos. Disebabkan hal ini, setiap kumpulan manusia bergantung kepada kelakuan kelompok yang lain dan juga kelakuan dan motif mereka. Secara teorinya, ganjaran yang dicari oleh
seseorang itu akan mempengaruhi kos kelompok orang lain itu sendiri (Corrigan, 2001).
Dalam sudut hubungan antara sukarelawan dan orang yang dibantu mereka, kita dapat
melihat dua interaksi yang boleh dikatakan sebahagian daripada teori pertukaran sosial. Dari perspektif orang yang dibantu sukarelawan, sukarelawan merupakan orang yang boleh membantu mereka untuk mendapatkan ganjaran. Ganjaran yang dimaksudkan adalah dalam
bentuk bantuan makanan, tenaga, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain. Ganjaran bagi orang yang dibantu oleh sukarelawan ini adalah sering kali melibatkan pengeluaran kos oleh
sukarelawan itu sendiri. Bagi sukarelawan pula, mereka melihat orang yang perlu dibantu itu sebagai orang yang boleh memberikan ganjaran kepada mereka. Ganjaran yang dimaksudkan bukanlah ganjaran daripada segi kewangan mahupun barangan, namun lebih kepada
22 3.2.2 Teori Peranan Identiti
Identiti merupakan sebuah terma yang boleh diguna pakai bagi perkara yang mewakili sesuatu atau meletakkannya di dalam sesebuah kelompok. Melalui proses pengelompokan diri sendiri atau pengenalan diri sendiri, sebuah identiti akan terbentuk. Menurut Burke dan
Tully (1997) dalam Stets dan Burke (2000), identiti adalah berteraskan kepada pengelasan diri sendiri yang menjadi pengisi kepada sesebuah peranan, makna peranan tersebut dan juga
makna yang akan memberikan sebuah perkara yang akan membantu membimbing peranan tersebut (Stets & Burke, 2000). Melalui pernyataan ini, dapat dijelaskan bahawa seorang mahasiswa yang menganggap dirinya seorang sukarelawan akan mempunyai perlakuan dan
peranan yang dijangkakan daripada seorang sukarelawan. Ini kerana perkara tersebut sering dijadikan sebagai panduan bagi dirinya untuk memberikan khidmat sukarelawan kepada
mereka yang memerlukan.
Teori peranan identiti menggariskan bahawa seseorang mahasiswa itu mempunyai pelbagai identiti yang dibentuk menerusi hubungan dan jangkaan. Ini bermakna, apabila
seseorang mahasiswa menganggap atau memainkan peranan seorang sukarelawan, dia menggabungkan peranan tersebut bersama konsep dirinya. Apabila seseorang itu mempunyai
tahap kaitan identiti dan pembatinan yang tinggi, terdapat kemungkinan yang tinggi bahawa mereka akan berterusan melakukan kesukarelawanan (Finkelstein, 2009). Menurut Penner (2002), reputasi sesebuah organisasi dan budaya pekerja dan faktor lain seperti ciri-ciri
personaliti, kepercayaan, dan nilai juga mempengaruhi keputusan seseorang untuk menjadi sukarelawan.
23
peranan mereka. Peranan ini diperolehi mereka apabila mereka melakukan peranan sosial mereka. Ini menjadikan peranan identiti tersebut sebagai satu perkara yang akan
mempengaruhi kehidupan seseorang mahasiswa kerana menjadi sumber rujukan utama untuk rancangan tindakan peribadi mereka. Ini menunjukkan bahawa mereka mampu untuk
melakukan tugasan dengan kreatif dan improvisasi yang masih termaktub dalam lingkungan kedudukan sosial mereka (Owens, Robinson & Smith-Lovin, 2010). Apabila kita mengambil pendekatan ini dan membandingkanya dengan peranan seseorang sukarelawan, kita akan
dapat melihat bahawasanya seseorang itu akan menjiwai peranannya sebagai seorang sukarelawan, namun masih tidak akan melangkaui kedudukan sosial mereka. Ini mungkin
boleh dikaitkan dengan peranan mereka di luar aktiviti sukarelawan iaitu peranan sebagai seorang mahasiswa. Sebagai contoh, sekiranya seorang mahasiswa itu boleh bertutur dan
mahir dalam mengajarkan sesuatu perkara, tidak mustahil mereka mampu menyumbangkan segala ilmu yang mereka miliki kepada mereka yang memerlukan. Di sini adalah di mana mereka melakukan improvisasi terhadap peranan sukarelawan di dalam lingkungan peranan
sosial mereka yang lain.
3.2.3 Teori Hibrid
Teori Hibrid ini mengabungkan tiga jenis teori lain yang dikaitkan dengan satu sama lain. Akhirnya, ketiga-tiga teori ini digabungkan, dijalinkan dan dihubungkaitkan sehingga
menjadi sebuah Teori Hibrid yang melengkapi satu sama lain. Tiga teori ini adalah Teori Konteks Sosial, Teori Integrasi Sosial dan Teori Peranan Sosial. Dalam Teori Hibrid ini,
24
Dalam Teori Konteks Sosial, sukarelawan dikatakan akan mula bergerak dan melakukan peranan mereka sebagai satu tindak balas kepada masalah kecemasan. Selain itu,
isu-isu sosial yang menyebabkan berlakunya kesukaran kepada kelompok tertentu akan menyebabkan kesukarelawanan mula berkembang. Semangat ini dipengaruhi oleh kawasan
tempat tinggal seseorang sukarelawandan budaya membantu orang lain (Einolf & Chambre, 2011). Ini bermakna seseorang ahli sukarelawan itu akan muncul apabila berlakunya masalah yang besar dan menyukarkan orang lain. Ini boleh dikaitkan dengan sukarelawan yang
muncul semasa banjir dan bencana alam yang lain.
Teori Integrasi Sosial pula menyatakan bahawa sukarelawan lebih terlibat di dalam
aktiviti sosial dan aktiviti berpasukan atau berorganisasi. Ini kerana mereka mempunyai tahap penglibatan yang tinggi di dalam pelbagai kerja sosial, sukarelawan dan juga aktiviti
santai (Einolf & Chambre, 2001). Ini menunjukkan bahawa sukarelawan adalah manusia yang sememangnya bercampur dengan orang lain. Ini juga menunjukkan bahawa sukarelawan adalah manusia yang memang menyertai kelompok manusia yang lain di luar
kerja sukarelawan mereka. Ini turut dapat dikaitkan dengan Teori Peranan Identiti di mana mereka mempunyai dua identiti yang berbeza namun berkait rapat.
Dalam Teori Peranan Sosial, sukarelawan dan peranan sosial mereka lain menentukan peluang dan halangan kepada mereka untuk melakukan kerja sukarelawan. Ini kerana sukarelawan adalah lanjutan daripada peranan sosial lain (Einolf & Chambre, 2011).
Ini bermakna, peranan sosial seseorang sukarelawan amat membantu seseorang sukarelawan tersebut melakukan kerja sukarelawan. Namun begitu, sebaliknya juga kerja sukarelawan
25 3.3 Kerangka Konseptual
Berdasarkan tinjauan literatur dan melalui pembacaan yang telah dilakukan, pengkaji telah membentuk satu kerangka konseptual berdasarkan objektif kajian ini dilakukan. Kerangka konseptual adalah merangkumi adaptasi daripada kajian-kajian yang menyatakan tentang
faktor penglibatan mahasiswa secara aktif dalam aktiviti sukarelawan, kaedah pembelajaran yang berkesan dan cara pembahagian masa belajar dan beraktiviti serta kesannya terhadap
pencapaian akademik. Rajah 3.1 di bawah mempamerkan kerangka konseptual yang digunakan dalam kajian ini.
Rajah 2.1:
Kerangka Konseptual Kajian
Dalam kerangka konseptual kajian ini, pengkaji telah memasukkan elemen yang menjadi persoalan kepada kajian ini. Persoalan yang dimaksudkan adalah faktor penglibatan
mahasiswa secara aktif dalam aktiviti sukarelawan, kaedah pembelajaran yang berkesan dan cara pembahagian masa belajar dan beraktiviti serta kesannya terhadap pencapaian
akademik. Selain itu, dalam kerangka konseptual ini juga, dapat dilihat bahawa pengkaji ingin melihat perkaitan antara faktor mahasiswa terlibat aktif dalam aktiviti sukarelawan
Faktor penglibatan mahasiswa secara aktif dalam aktiviti sukarelawan
Kaedah pembelajaran yang berkesan dan cara pembahagian masa belajar
dan beraktiviti
26
serta kaedah pembelajaran yang berkesan dan cara pembahagian masa belajar dan beraktiviti yang membawa kesan terhadap pencapaian akademik. Ini dilakukan bagi melihat samada
penglibatan mahasiswa secara aktif dalam aktiviti sukarelawan memberi kesan yang positif atau negatif terhadap pencapaian akademik mahasiswa. Ini akan dapat dijawap selepas kajian
ini dilakukan. Elemen-elemen ini akan menjadi fokus kepada kajian ini. Ini kerana elemen-elemen ini telah menjadi sebahagian daripada persoalan dan objektif kajian.
3.4 Definisi Konsep @ Operasional
3.4.1 Mahasiswa
Kamus Dewan (2003) mentakrifkan mahasiswa sebagai pelajar atau penuntut di universiti. Dalam kajian ini mahasiswa bermaksud pelajar yang berdaftar sepenuh masa mengikut
Seksyen 52 (18) Perlembagaan Universiti Teknologi Malaysia. Ertinya seorang pelajar yang sedang mengikuti kursus pengajian di Universiti untuk mendapatkan suatu ijazah atau diploma.
3.4.2 Sukarelawan
Menurut Bezruchka (2000), perkataan kesukarelawanan (Bahasa Inggerisnya adalah
volunteerism) berasal daripada kata kerja volunteer yang pertama digunakan dalam konteks perkhidmatan tentera disebabkan oleh keperluan kepada khidmat negara terhadap seseorang
warganegara. Menurut Bezruchka (2000), segala kerja-kerja amal dan kebajikan yang dihulurkan adalah tanpa mengharapkan apa-apa balasan sama ada berbentuk upah, bayaran
27
Eyler (1999) dan Geiser et al. (2014) berpendapat biasanya tiada unsur mementingkan diri kerana semata-mata demi kebaikan semua pihak dan meningkatkan kualiti hidup
manusia. Menurut Roberts (2006), kesukarelawanan lebih kepada penajaman kemahiran, sosialisasi dan keseronokan apabila bersama sesuatu pihak lain. Bagi Xu dan Ngai (2011),
kesukarelawan yang sebenar seharusnya gembira dapat membantu, menyediakan sumbangan dan menghulurkan bantuan kepada seseorang atau pihak lain walaupun tanpa ganjaran berbentuk nyata atau tidak nyata.
Menurut Blau dan Duncan (1967), ramai sukarelawan yang berkhidmat adalah terlatih dalam bidang tugas masing-masing seperti aspek perubatan, pendidikan atau
kecemasan. Menurut Musick dan Wilson (2003) serta Wilson (2000), istilah sukarelawan ditafsirkan sebagai individu atau kelompok individu yang istimewa dari aspek ciri peribadi
dan keikhlasan terhadap khidmat sukarela, kerja kemasyarakatan atau usaha kemanusiaan yang diceburinya melibatkan aktiviti seperti gotong-royong, membantu dan meringankan beban pihak lain.
Dorsch et al. (2002) juga berpendapat bahawa sukarelawan penting kerana mereka menyumbangkan kepakaran, kemahiran, pengetahuan dan tenaga. Ini termasuklah menjadi
sukarelawan kepada sesebuah organisasi mahupun memberi sebarang bantuan dalam aktiviti kesukarelawanan kepada masyarakat. Walau bagaimanapun, Azizan Bahari (2003) serta Musick dan Wilson (2003) berpendapat kesukarelawanan pula merupakan suatu konsep kerja
28 3.4.3 Pencapaian Akademik
Pencapaian akademik memberi maksud kemampuan dan kebolehan pelajar-pelajar menerima dan menguasai pelajaran yang dipelajari di universiti. Dengan kata lain, pencapaian juga dapat ditakrifkan sebagai kejayaan yang diperolehi oleh para pelajar dalam peperiksaan yang
diadakan di universiti sama ada cemerlang, sederhana atau lemah. Dalam kajian ini, pencapaian akademik pelajar adalah berdasarkan keputusan CGPA yang diperolehi oleh
pelajar.
3.5 Rumusan
Secara keseluruhannya dalam bahagian ini, dapatlah dirumuskan bahawa pengkaji membincangkan mengenai kerangka teori, konseptual dan definisi konsep dengan lebih
terperinci dan mendalam. Kajian-kajian lepas yang dijalankan oleh pengkaji terdahulu mendapati bahawa terdapat perkaitan antara faktor penglibatan mahasiswa secara aktif dalam aktiviti sukarelawan dan kaedah pembelajaran yang berkesan dan cara pembahagian masa
belajar dan beraktiviti yang membawa kesan terhadap pencapaian akademik. Kerangka kajian juga dibentuk sebagai panduan dalam menjalankan kajian ini kepada pengkaji dan bab
29 BAB 4
METODOLOGI KAJIAN
4.1 Pendahuluan
Kajian ini merupakan suatu kajian yang berkait rapat dengan kesukarelawan serta pencapaian akademik. Lebih tepat lagi, kajian ini adalah berkenaan dengan penglibatan mahasiswa secara aktif dalam aktiviti sukarelawan dan kesannya kepada pencapaian akademik. Dalam
kajian ini, aspek-aspek ini akan dikaji dengan lebih mendalam bagi mendapatkan dapatan kajian dan akan dianalisis bagi mendapatkan dapat kajian yang sudah dianalisis. Setelah itu, dapatan kajian yang sudah dianalisis ini akan dibincangkan dan dianalisis untuk dirumuskan
dan disimpulkan di akhir kajian. Ini akan dijalankan berdasarkan objektif dan persoalan kajian yang telah ditetapkan pada awal kajian. Oleh sebab itu, kaedah kualitatif telah
digunakan kerana kaedah ini dianggap tepat kerana pengkaji akan bertemu bertentang mata bersama respondan secara langsung. Informasi yang diperlukan akan dicatat dan dilaporkan berdasarkan persepsi, perasaan, pengalaman dan pengetahuan respondan yang telah dipilih
di awal kajian.
Bab ini telah dibahagikan kepada beberapa bahagian penting iaitu reka bentuk kajian,
pendekatan kajian, kaedah penjanaan data dan aspek teknikal kajian kualitatif. Bahagian pertama akan membincangkan mengenai reka bentuk kajian, mengapa kaedah kualitatif
30
utama yang digunakan dalam penerokaan kajian iaitu kaedah temu bual. Manakala di bahagian akhir kajian ini akan membincangkan mengenai aspek teknikal yang memberi
tumpuan kepada kesahan dan kebolehpercayaan, etika kerahsiaan dan peranan pengkaji sebagai instrumen kajian.
4.2 Reka Bentuk Kajian
Kajian yang dilaksanakan ini merupakan kajian berbentuk kualitatif. Kajian ini menggunakan pendekatan kajian kes. Hal ini kerana kajian yang dijalankan lebih memfokuskan kepada persekitaran atau situasi yang dialami oleh Mahasiswa FSSG, UniSZA
sendiri yang melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti sukarelawan dan kesannya kepada pencapaian akademik mereka. Kebiasaannya kajian kes berfokuskan konteks tertentu atau
persekitaran dan memiliki garis sempadan yang nyata dari aspek yang dikaji (Noraini, 2010). Kajian yang dijalankan hanya berpusatkan kepada Mahasiswa FSSG, UniSZA sahaja yang terlibat aktif dalam aktiviti sukarelawan. Dalam kajian kes, kajian mestilah berpusatkan kes
tertentu seorang individu, satu kumpulan atau sebuah masyarakat (Noraini, 2010). Pengkaji sekaligus dapat memahami situasi yang dialami kelompok yang diselidik dengan menyelami,
mengalami dan merasai pengalaman nyata yang dialami oleh seseorang yang terlibat dengan perkara yang diselidiki. Reka bentuk kajian kes digunakan bagi memperolehi pemahaman yang mendalam mengenai sesuatu situasi serta definisi tersebut bagi mereka yang
mengalaminya.
Pertimbangan utama dalam pemilihan kaedah kajian adalah sama ada teknik tersebut
31
memahami sesuatu fenomena yang berlaku. Kaedah kualitatif amat bersesuaian dirasakan pengkaji kerana boleh digunakan dengan secara interaktif dan humanisme. Maksudnya
pengkaji boleh berinteraksi secara langsung dengan respondan dan menghayati segala jawapan yang diberikan oleh respondan. Kaedah mengumpul data secara tradisional
dilaksanakan dengan menggunakan kaedah temu bual. Kaedah kualitatif yang diguna pakai mampu menghuraikan pelbagai realiti berdasarkan latar sosial yang sebenar. Pengkaji kualitatif adalah bersifat interpretatif. Ini membawa maksud pengkaji perlu menginterpretasi
data dengan mengembangkan deskriptif daripada pandangan individu, dan latar, analisa kategori tema dan membuat interpretasi secara personal. Maka ianya boleh dikatakan suatu
kajian yang lebih luas sifatnya, kompleks, interaktif dan lebih bersifat naratif, juga bersifat lebih baik daripada kajian kuantitatif.
Kajian kualitatif mengkaji latar semula jadi, berusaha merasionalkannya dan seterusnya menterjemahkan makna dalam bentuk yang mudah difahami. Kaedah ini dianggap mempunyai kekuatan kerana mempunyai fokus kajian untuk menjawab soalan
mengapa dan bagaimana. Kaedah kualitatif ini juga amat wajar digunakan disebabkan beberapa faktor, antaranya kaedah ini mampu merungkai jawapan dengan lebih terperinci
dan oleh sebab itu kajian ini hanya melibatkan bilangan sampel yang kecil (Noraini, 2010). Faktor kedua ialah ianya membantu pengkaji untuk mempelajari mengapa dan bagaimana manusia itu berfikir dan memahami sesuatu perkara. Ketiga ianya mampu melihat struktur
dan suatu proses itu berlaku. Dan yang terakhir ianya hanya melibatkan penerokaan sesuatu konteks sahaja. Menerus kaedah kualitatif, keyakinan mampu diteguhkan dengan proses
32
memberi sumbangan dari sudut kesukarelawan serta pencapaian akademik mahasiswa sendiri. Kajian kualitatif yang digunakan secara tidak langsung dapat menjelaskan dengan
lebih tepat mengenai amalan dan proses yang dilalui oleh respondan berdasarkan konteks tertentu.
4.3 Persampelan
Perbincangan dalam prosedur persampelan ini merangkumi tiga aspek iaitu populasi kajian, sampel kajian, dan kaedah pemilihan sampel kajian yang dijalankan. Bagi pemilihan persampelan, dua pertimbangan telah pun diambil kira iaitu pengkaji perlu meletakkan
sempadan iaitu mengambil kira kes kajian berdasarkan definisi kajian yang dijalankan, tertakluk kepada batasan waktu serta keupayaan dan kebenaran dari pihak respondan sendiri.
Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan cara kajian kes iaitu melihat dengan secara terperinci mengenai penglibatan Mahasiswa FSSG, UniSZA sendiri dalam aktiviti sukarelawan dan kesannya kepada pencapaian akademik mereka. Mahasiswa yang dipilih
adalah mereka yang dilihat terlibat secara aktif dalam aktiviti sukarelawan samada di dalam mahupun di luar Universiti. Kajian ini mahu melihat mengapa mahasiswa melibatkan diri
33 4.3.1 Populasi Kajian
Pengkaji telah memilih Fakulti Sains Sosial Gunaan, UniSZA sebagai lokasi kajian kerana memiliki populasi kajian yang sedikit iaitu seramai 868 pelajar.
4.3.2 Sampel Kajian
Seramai 5 orang mahasiswa telah dipilih oleh pengkaji daripada jumlah mahasiswa yang ada
sebagai sampel kajian.
4.3.3 Kaedah Pemilihan Sampel Kajian
Pemilihan sampel kajian atau respondan adalah mereka yang dapat memberikan segala maklumat yang berkaitan dan menjadi fokus kepada kajian ini, iaitu Mahasiswa FSSG,
UniSZA yang terlibat secara aktif dalam aktiviti sukarelawan. Dinyatakan bahawa dalam sesebuah kajian kualitatif, respondan kajian dipilih berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan dan diselaraskan dengan permasalahan kajian yang ingin dikaji. Oleh itu, kajian ini memilih
untuk menggunakan kaedah persampelan bermatlamat. Persampelan bermatlamat bermaksud andaian pengkaji mahu memahami dan meneroka secara terperinci maklumat
daripada sampel yang boleh memberikan maklumat yang berkaitan (Noraini, 2010). Persampelan bermatlamat secara kebiasaannya dipilih disebabkan kuantiti sampel yang kecil, lokasi sebenar dan kajian yang lebih mendalam. Logik dan kuasa persampelan bermatlamat
terletak pada pengumpulan maklumat yang lebih mendalam. Terdapat beberapa faktor kepentingan persampelan bermatlamat, iaitu dapat mewakili tentang latar, individu dan
34
meneliti kes kajian. Terakhir sekali, ianya dapat membentuk perbandingan khusus bagi menjelaskan faktor perbezaan latar dan individu (Noraini, 2010).
Kajian kualitatif ini akan memilih sampel yang terdiri daripada Mahasiswa FSSG, UniSZA yang terlibat aktif dalam aktiviti sukarelawan iaitu seramai 5 orang. Pemilihan
kelima-lima orang respondan tersebut adalah persampelan bermatlamat yang mengatakan berdasarkan pengetahuan sedia ada pengkaji tentang tujuan kajian ini dijalankan. Oleh itu,
pemilihan respondan adalah berdasarkan kegiatan aktif mereka dalam aktiviti sukarelawan. Mereka menjadi respondan yang dapat memberikan maklumat yang amat diperlukan oleh pengkaji.
4.4 Lokasi Kajian
Lokasi kajian adalah di Fakulti Sains Sosial Gunaan, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Kampus Gong Badak, Kuala Terengganu, Terengganu. Pengkaji memilih lokasi kajian ini kerana Fakulti Sains Sosial Gunaan, UniSZA banyak melahirkan mahasiswa
cemerlang serta terlibat aktif dalam aktiviti sukarelawan.
4.5 Kaedah Penjanaan Data
Istilah bagi penjanaan (generating) digunakan kerana dalam kaedah kualitatif, pengkaji harus meneroka dan mengeluarkan data dari lapangan, bukan mengumpul data yang telah tersedia.
Kajian ini dijalankan berdasarkan kaedah utama kualitatif iaitu temu bual. Kajian ini digunakan bagi mendapatkan sebanyak mungkin maklumat dalam jangka masa yang terhad.
35
lapangan, penggunaan pendekatan induktif dan memerlukan laporan mendalam (Noraini, 2010).
Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan temu bual mendalam dan mengemukakan soalan-soalan separa berstruktur. Setiap sesi temu bual berlangsung
sekurang-kurangnya satu jam atau lebih. Pelbagai soalan separa berstruktur yang dikemukakan seperti sebab yang menarik minat Mahasiswa FSSG, UniSZA terlibat aktif
dalam aktiviti sukarelawan, kaedah pembelajaran dan pembahagian masa dalam beraktiviti dan juga belajar dan kesan terhadap pencapaian akademik mereka sendiri.
4.6 Temu Bual Mendalam
Teknik temu bual secara mendalam digunakan bagi mendapatkan maklumat untuk
melengkapkan kajian ini. Teknik ini merupakan teknik yang dominan untuk mendapatkan sesuatu maklumat. Kaedah temu bual mendalam dilaksanakan kerana ia berkait rapat dengan kemampuan mengesan pengalaman orang lain serta dapat melihat kerangka nilai dan
kepercayaan individu yang tidak mungkin kita perolehi tanpa interaksi secara berdepan dengannya (Noraini, 2010). Oleh sebab itu, teknik ini boleh dikatakan amat bersesuaian dan
bertepatan digunakan dalam kajian ini kerana pengkaji akan dapat mengesan pengalaman sebenar yang dilalui oleh mahasiswa UniSZA yang terlibat aktif dalam aktiviti sukarelawan.
Temu bual yang dijalankan dengan memberikan pelbagai soalan separa berstruktur
dan temu bual secara mendalam dengan bercirikan penyiasatan terperinci dan juga soalan-soalan terbuka. Selain temu bual separa struktur, pengkaji juga menggunakan temu bual tidak
36
respondan lebih responsif dan pengkaji dapat mewujudkan satu hubungan yang bersahaja dan selesa dengan respondan. Pendekatan ini telah digunakan oleh pengkaji untuk
bertanyakan soalan mengenai latar belakang respondan, pandangan mereka mengenai aktiviti sukarelawan dan persepsi masing-masing dalam melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti
sukarelawan. Pendekatan ini kebiasaannya digunakan semasa berbual ketika di waktu lapang. Pengkaji mencatatkan semua isi temu bual tidak formal dalam buku catatan sebagai rujukan di masa akan datang. Selain tiu, pita rakaman juga digunakan bagi merakamkan data-data
yang diperlukan.
Selain temu bual dan membuat catatan, pengkaji juga mendengar, merenung dan
memerhati keadaan persekitaran termasuk bahasa bukan verbal. Pengkaji berusaha bagi mendapatkan jawapan daripada setiap soalan yang dikemukakan di samping membuat
penyataan susulan jika ada jawapan yang tidak difahami. Pengkaji melakukan temu bual sekurang-kurangnya sekali dengan setiap respondan.
4.7 Pengurusan Data
Setelah penjanaan data, terdapat dua perkara penting dalam kaedah kualitatif iaitu
pengurusan data dan juga penganalisisan data. Pengurusan data merupakan satu keperluan dalam menyediakan satu pengoperasian penjanaan data yang lebih bersistematik, logik dan penyimpanan serta pencarian data yang lebih tersusun. Pengoperasian ini bertujuan bagi
memastikan data yang diperolehi bersifat aksesibel dan berkualiti, pendokumentasian data serta pengeluaran data pada bila-bila masa yang diperlukan. Penganalisisan data merangkumi
37 4.8 Penganalisisan Data
Menganalisis data kualitatif merupakan suatu proses mencari dan menyusun transkrip temu bual. Ianya bertujuan bagi meningkatkan kefahaman pengkaji serta dapat melaporkan apa yang diteroka kepada pembaca (Noraini, 2010). Proses menganalisis data kaedah kualitatif
merupakan satu proses bekerja dengan data, mengurus dan menyisih kepada unit yang mudah difahami, menggabungkannya dan mencari dan menemui pola yang penting.
Pengkaji yang menggunakan kaedah kualitatif amat cenderung dalam menganalisis data secara induktif. Pola, tema juga kategori muncul dari data tanpa ditentukan sebelum penjanaan dan analisis data dan ianya merupakan satu proses yang berterusan.
Langkah kedua dalam penganalisisan data adalah lebih kompleks dan terperinci. Jumlah data yang besar dan pelbagai iaitu transkripsi temu bual dengan Mahasiswa FSSG,
UniSZA yang terlibat secara aktif dalam aktiviti sukarelawan memerlukan ketelitian dan masa yang panjang. Pengkaji menggunakan cara manual dengan membuat analisis secara menulis apa sahaja isu yang dinyatakan respondan berdasarkan baris demi baris.
4.9 Kesahan dan Kebolehpercayaan
Kualiti dapatan data kajian bergantung kepada aspek kesahan dan kebolehpercayaan. Dalam kajian ini, trigulasi dalam kaedah yang digunakan adalah untuk meningkatkan kebolehpercayaan data kajian yang dikumpulkan. Trigulasi dalam kaedah adalah perbuatan
berkaitan mereplika kajian untuk memastikan kebolehpercayaan dan pengesahan teori melalui penglibatan sumber data yang pelbagai (Noraini, 2010). Dalam kajian ini, pengkaji
38
kesahan yang mendalam bagi kajian ini, pengkaji telah menggunakan strategi memberi check iaitu menjalankan setiap temu bual dan transkripsi, pengkaji mendapatkan penjelasan yang
lebih lanjut mengenai isu tersebut supaya dapatan yang diperolehi bertepatan dengan apa yang telah dikemukakan oleh mereka. Selain itu, komen serta pandangan yang berterusan
daripada penyelia dan pensyarah amat membantu pengkaji melihat data yang banyak dengan lebih berkesan. Pensyarah yang terlibat akan membaca dan meneliti dapatan, serta memberikan pandangan merangkumi kaedah dan reka bentuk kajian, penganalisisan data dan tahap liputan tinjauan ‘literature’. Pensyarah tersebut akan memeriksa data mentah dan juga dapatan keseluruhan kajian dan akan menilai sama ada dapatan yang diperolehi munasabah
dan dapat digunakan.
4.10 Etika dan Kerahsiaan
Aspek kerahsiaan dan juga etika amat dititik beratkan memandangkan kaedah kajian ini melibatkan ‘orang’ dan juga pencapaian akademik mereka.
4.11 Pengkaji sebagai Instrumen
Pengkaji bertindak sebagai instrumen utama semasa penjanaan dan penganalisisan data dalam kajian ini. Dalam proses temu bual yang dijalankan, pengkaji telah menggunakan perakam suara dan mencatat segala perkataan yang dikeluarkan oleh respondan. Hal ini
bertujuan supaya pengkaji dapat menyemak semua apa yang diperkatakan oleh respondan demi meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan dalam temu bual (Noraini, 2010). Selain