kehidupannya
Huraian1
Huraian 2
Huraian 3
Huraian 4
PERSOALAN DALAM NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS INFO KOMSAS
Persoalan ialah cerita sampingan atau perkara yang lebih kecil yang ada hubungan dengan tema yang dibicarakan oleh pengarang bagi menguatkan tema dalam sesebuah karya.
*1. Persoalan kasih sayang seorang anak terhadap ibu.
Dahlia sangat menyayangi emaknya, Saleha. Dahlia bergegas mencari dan mendapatkan emaknya yang sedang bercakap sendirian dan sesekali ketawa di kebun getah setelah dimaklumkan oleh adiknya Melati. Dahlia juga melawat emaknya ketika emaknya dirawat di Hospital Permai dan berharap agar emaknya segera sembuh.
*2. Persoalan tanggungjawab anak terhadap keluarga.
Sebagai anak sulung, Dahlia sanggup ponteng sekolah untuk menjaga adik-adiknya ketika ayahnya terlantar di hospital Batu Pahat akibat dipatuk ular tedung semasa hendak mandi. Dahlia juga bertanggungjawab membawa adik bongsunya, Anggerik yang mengalami demam panas ke klinik untuk mendapatkan rawatan dengan bantuan Najib, rakan sekelasnya yang kebetulan datang menziarahinya.
*3. Persoalan sikap mementingkan diri dalam masyarakat
Seman sanggup menghasut ibunya, Nek Kiah supaya menjual tanah tapak rumah yang menjadi tempat tinggal Embong sekeluarga dengan nilai RM15,000 semata-mata kerana tamakkan wang tanpa memikirkan kesulitan yang akan dihadapi oleh adik ipar dan keluarganya yang hidup dalam kesusahan.
*4. Persoalan kepentingan ilmu demi masa depan.
Embong sedar akan kepentingan pelajaran bagi anak-anaknya. Oleh itu, Embong tidak membenarkan Dahlia berhenti sekolah semata-mata mahu menjaga adik-adiknya. Embong memberitahu Dahlia bahawa dia sanggup bersusah payah demi memastikan kejayaan anak-anaknya dalam pelajaran.
*5. Persoalan kemiskinan hidup masyarakat kampung.
-Embong mahu Dahlia belajar hingga ke universiti untuk membaiki nasib diri dan keluarganya. Oleh sebab itu dia tidak memberi kata putus semasa Azhari menghantar rombongan merisik Dahlia. Embong malah menyerahkan hal itu kepada Dahlia untuk membuat keputusan.
-Anggerik menangis kerana tidak mahu minum susu yang cair akibat susu telah habis dan keluarga Dahlia tidak ada wang untuk membeli susu.
*6. Persoalan jodoh pertemuan di tangan Allah
Dahlia menyerahkan jodohnya dengan Azhari kepada Allah. Dia mahu meneruskan pelajarannya demi membaiki taraf hidup keluarganya.
*7. Persoalan kepercayaan karut masyaarakat kampung.
- Nek Kiah percaya di rumah Dahlia ada hantu. Oleh sebab itu, seorang demi seorang keluarganya ditimpa bencana.
- Nek Kiah menyuruh seorang anak muda mendukung dan membawa Said yang sudah tidak bernyawa mengelilingi rumah sebanyak tujuh kali kerana dikatakan jika berbuat demikian akan mengembalikan nyawanya semula.
*8. Persoalan kesabaran dalam mengharungi dugaan hidup
-Dahlia tetap bersabar apabila Aton menyindirnya sewaktu dihantar oleh Azhari. -Dahlia tetap bersabar apabila Aton mengatakan emaknya gila dan Dahlia telah sengaja membunuh anaknya Said kerana dikatakan lambat menyelamatkannya. -Dahlia bersabar mengharungi kehidupannya walaupun keluarga mereka hidup dalam kemiskinan.
-Dahlia bersabar menghadapi kerenah Nek Kiah yang membenci keluarganya. *9. Persoalan semangat setia kawan
-Kavita membawa Najib datang ke rumah Dahlia apabila mereka mendapati Dahlia kerap tidak hadir ke sekolah. Hal ini membuktikan semangat setia kawan yang tinggi.
-Kavita diminta oleh Cikgu Hisyam untuk membuat salinan nota untuk diberikan kepada Dahlia. Kavita menurut suruhan cikgunya kerana dia mempunyai semangat setia kawan dalam membantu rakannya yang dalam kesusahan.
*10. Persoalan semangat untuk mencapai kejayaan
- Dahlia terpaksa berulang alik ke sekolah setelah emaknya dirawat di hospital kerana dia tetap ingin meneruskan pelajarannya.
- Dahlia bersemangat mengulang kaji pelajaran di pusat pemindahan banjir demi mencapai kejayaan dalam peperiksaan STPM.
*11. Persoalan keberanian menyelamatkan nyawa orang lain.
- Dahlia seorang gadis yang berani kerana sanggup terjun ke dalam sungai yang deras dan dalam untuk menyelamatkan Said walaupun terpaksa menggadaikan nyawanya sendiri.
LEMBARAN KERJA 2 LATIHAN PENGUKUHAN
Suai padan pernyataan persoalan dengan peristiwa yang sesuai dalam rajah berikut.
Ikhlas membantu orang yang berada dalam kesusahan
Doktor Ridhuan amanah menjalankan Tugasnya sebagai pegawai perubatan kesihatan dengan berusaha mengenal pasti punca dan kaedah rawatan bagi memulihkan penyakit Saleha
Taat akan perintah ibu bapa
Tauke Lim ikhlas membantu Embong sekeluarga yang hidup dalam
kesusahan dengan membenarkan mereka membeli barang keperluan secara hutang di kedai runcitnya.
Amanah dalam menjalankan tanggungjawab
Dahlia , Melati, Mawar dan Kiambang menunjukkan sifat taat akan perintah ibu bapa. Dahlia sanggup
mengetepikan kepentingan diri untuk menjaga adik-adiknya.
Kepercayaan kepada perkara tahyul
Dahlia berani terjun ke dalam sungai yang berarus deras untuk
menyelamatkan Said yang tenggelam di dasar sungai ketika bermandi-manda di hadapan rumahnya.
Berani menyelamatkan nyawa orang lain
Nek Kiah dan Seman percaya bahawa nasib malang yang menimpa keluarga Embong kerana mereka pembawa sial. Nek Kiah percaya bahawa syaitan dan hantu yang menyebabkan keluarga Embong susah.
LEMBARAN KERJA 3 LATIHAN PENGUKUHAN
Arahan : Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.
Jawapan : Novel Songket Berbenang Emas
Novel yang saya kaji ialah Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Dalam novel ini terdapat banyak pengajaran yang dikemukakan oleh pengarang.
Antara ………yang terdapat dalam novel ini ialah……… ………..berusaha untuk menyelesaikan setiap ……….. yang kita hadapi. Contohnya, ………. yang ketinggalan dalam pelajaran kerana terpaksa ……….. sekolah untuk menjaga adik-adiknya di rumah, telah mendapatkan ……….. daripada kawan-kawannya.
Selain itu, kita janganlah………. terhadap orang lain. Contohnya Aton bersangka buruk terhadap Dahlia apabila Dahlia dihantar pulang Oleh ………..hendaklah kita jauhi kerana akan menyebabkan ……… ………faham sesama sendiri.
perselisihan pengajaran Azhari
bersangka buruk kita hendaklah ponteng
nota Dahlia masalah