Soalan 1: Rumusan Markah penuh dibahagikan kepada:
a) Isi -20 markah b) Bahasa -10 markah (a) Isi [20 markah]
Nota:
(i) Panduan mengira perkataan
Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan: • nama khas
• perkataan berulang
• penggunaan kata sendi di dan ke • tarikh
• angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan • gelaran
(ii) Kira dan tandakan jawapan calon setakat 120 patah perkataan sahaja sebelum diperiksa
(iii) Periksa jawapan calon setakat 120 patah perkataan sahaja.Yang tidak perlu diperiksa.
(iv) Berikan markah bagi setiap isi yang tepat dan lengkap sahaja.
(b) Bahasa [10 markah]
Bahagian Markah Markah
(i) Pendahuluan 2
(ii) Isi tersurat 4 5 6 7 8 9 10 11 12 16
(iii) Isi tersirat 12 11 10 9 8 7 6 5 4 (iv) Penutup/
Kesimpulan
2
Asas pemberian markah bahasa tertakluk kepada markah isi seperti yang dinyatakan dalam jadual berikut:
Peringkat Markah
Isi BahasaMarkah Huraian
Baik 18-2015-17 9-107-8
-Kesinambungan isi baik -Struktur ayat/tatabahasa baik -Kosa kata luas
-Tanda baca/ejaan betul
Sederhana 12-14
8-11
6-7 4-5
-Kesinambungan isi masih baik
-Struktur ayat/ tatabahasa masih memuaskan
-Kosa kata masih memuaskan
-Tandabacaan/ ejaan juga memuaskan
Lemah 1-7 1-4 -Pada keseluruhannya dalam serbakekurangan/ tidak memuaskan.
# ½ daripada markah isi. Nota:
i. Jika bahasanya baik, tambah 1 markah lagi.
ii. Jika bahasanya kurang memuaskan, tolak 1 markah.
iii. Jika disalin bulat-bulat perkataan demi perkataan, ayat demi ayat, walaupun jumlah perkataan kurang daripada 120 patah perkataan, berikan 0 markah. iv. Jika rumusan kurang daripada 120 patah perkataan, markah tidak
dipotong.
MEMBINA PENDAHULUAN RUMUSAN Langkah 1 : menulis ayat pendahuluan
• Pendahuluan rumusan perlu mengandungi pernyataan isi tersurat dan isu yang dibincangkan dalam petikan.
• Oleh sebab itu, pelajar perlu membaca keseluruhan petikan untuk mengenal pasti isu yang dibincangkan dalam petikan.
• Panduan : Soalan pemahaman 2(a) boleh membantu pelajar untuk mengenal pasti isu yang terdapat dalam petikan.
Kaedah menulis bahagian pendahuluan rumusan
a. Baca dan fahami arahan soalan dengan teliti, kemudian kesan bahagian isi tersurat.
b. Pastikan kata kunci yang terdapat dalam arahan isi tersurat.
c. Gantikan kata kunci tersebut dengan perkataan yang seerti/sinonim dengannya.
Faktor Kesan Faedah Kekangan Peranan Langkah
Sebab Punca Elemen Akibat Impak Implikasi Keistimewaan Kelebihan Manfaat Kebaikan Kepentingan Kelemahan Keburukan Kekurangan Halangan Batasan Masalah Fungsi Tanggungjawab Tugas Cara-cara Kaedah Usaha-usaha Tindakan Pendekatan Strategi d. Mesti ada kata pangkal ayat:
Petikan ini membincangkan_______________________________________. e. Jumlah perkataan lebih kurang 10 patah perkataan.
f. Ditulis dalam satu ayat atau satu perenggan.
g. Pastikan ada penambahan siapa (dalam kalangan masyarakat / rakyat/penduduk) atau di mana(di negara ini/di Malaysia/ di dunia/ di peringkat antarabangsa). Bergantung pada kehendak soalan.
Contoh soalan dan arahan :
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang faktor- faktor yang menyebabkan dadah menjadi musuh utama manusia dan langkah-langkah membanterasnya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan
Kata kunci arahan untuk isi tersurat ialah faktor-faktor yang menyebabkan dadah menjadi musuh utama manusia
Gantikan perkataan faktor-faktor dengan perkataan lain yang seerti dengannya, iaitu punca-punca / sebab-sebab .
Petikan membincangkan punca-punca yang menyebabkan dadah menjadi musuh utama manusia .
Latihan
1. Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang kesan kelemahan institusi keluarga dan langkah-langkah mengatasinya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Lengkapkan ayat pendahuluan
Petikan ini membincangkan………. ……….. ………..
2. Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang sebab-sebab khidmat sistem pesanan ringkas amat diperlukan pengguna dan langkah-langkah menjimatkan penggunaannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Lengkapkan ayat pendahuluan
Petikan ini membincangkan... ... ...
3. Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian tuliskan satu rumusan tentang kepentingan hutan bakau kepada negara ini dan langkah-langkah memuliharanya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Lengkapkan ayat pendahuluan
Petikan ini membincangkan………. ……….. ………..
4. Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian tuliskan satu rumusan tentang faktor-faktor yang mempengaruhi keghairahan orang ramai mengunjungi pusat beli-belah dan ciri-ciri pusat beli-belah yang selamat. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan
Lengkapkan ayat pendahuluan
Petikan ini membincangkan……… ……….. ………..
5. Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah mengatasi gejala buli dan kesan-kesan gejala itu ke atas pelajar. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Lengkapkan ayat pendahuluan:
Petikan ini membincangkan………... ... ...
6. Baca petikan di atas dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang kesan-kesan pudarnya penghayatan semangat patriotik dalam kalangan generasi muda dan cara mengatasi. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Lengkapkan ayat pendahuluan
Petikan ini membincangkan……….... ……….. ………..
7. Baca petikan di atas dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang punca- punca generasi kini tidak menghayati semangat patriotik dan kesannya.
Lengkapkan ayat pendahuluan
Petikan ini membincangkan……… ……….. ………..
8. Baca petikan di atas dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah memupuk semangat kejiranan dalam masyarakat bandar dan kesannya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Lengkapkan ayat pendahuluan
Petikan ini membincangkan……… ……….. ………..
9. Baca petikan di atas dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang usaha-usaha memupuk minat membaca dalam kalangan pelajar luar bandar dan kesannya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Lengkapkan ayat pendahuluan
Petikan ini membincangkan………. ……….. ………..
10.Baca petikan di atas dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang usaha-usaha memupuk minat membaca dalam kalangan pelajar luar bandar dan kesannya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Petikan ini membincangkan………. ……….. ………..
11.Baca petikan di atas dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah mengatasi penyakit berjangkit dan halangannya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Lengkapkan ayat pendahuluan
Petikan ini membincangkan………. ……….. ………..
12. Baca petikan di atas dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan mempelajari bahasa asing dan halangannya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Lengkapkan ayat pendahuluan
Petikan ini membincangkan……… ……….. ………..
13. Baca petikan di atas dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang tindakan mengurangkan kesan inflasi di negara kita dan sebab-sebab masalah inflasi sukar diatasi. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Lengkapkan ayat pendahuluan
Petikan ini membincangkan………... ……….. ………..
14. Baca petikan di atas dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang punca keruntuhan moral dalam kalangan masyarakat di negara ini dan langkah membendungnya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Lengkapkan ayat pendahuluan
Petikan ini membincangkan……… ……….. ………..
LANGKAH 2 :
TEKNIK MENGESAN ISI TERSURAT
• Isi tersurat ialah isi penting yang terdapat dalam petikan / teks. • Isi tersurat dapat dikesan berdasarkan arahan soalan.
• Garis dan nomborkan setiap isi tersurat.
• Setiap petikan biasanya mengandungi lebih daripada 6 isi tersurat. • Isi tersurat lazimnya terdapat dalam setiap perenggan petikan.
• Abaikan setiap contoh, misalan, seperti dll. Berikan perhatian kepada isi utama atau isi penting sahaja.
Langkah 2a - Mengesan isi tersurat ( isi penting ) berdasarkan arahan dalam soalan
Untuk mengesan isi tersurat, guru boleh membantu pelajar mengenal pasti perkatan-perkataan yang berikut, jika digunakan dalam petikan: (Rujuk jadual yang berikut)
Bil .
Arahan dalam soalan Perkataan yang sering kali digunakan dalam ayat-ayat isi tersurat
`1. Punca Disebabkan / kerana / daripada / oleh sebab/ menyumbang /
2. Kesan Dapat / telah / mampu / berupaya /akan / boleh mendatangkan / menjadikan / menyebabkan / membolehkan / meninggalkan / mempengaruhi dan sebagainya.
3. Langkah Hendaklah / perlu / mesti / harus / wajar / boleh / sepatutnya / wajib
Contoh 1:
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian senaraikan punca-punca yang menyebabkan masalah pelanggaran disiplin dalam kalangan pelajar, kesan-kesannya serta langkah-langkah untuk menangani masalah tersebut. Tuliskan isi yang tersurat itu dalam jadual yang berikut.
Sejak akhir-akhir ini, masalah pelanggaran disiplin dalam kalangan pelajar sering disiarkan di dada akhbar dan disiarkan oleh media elektronik. Masalah yang kian meruncing ini mendapat perhatian serius semua lapisan masyarakat, baik ibu bapa, pendidik, pihak polis, mahupun ahli-ahli politik. Pelajar di sekolah dianggap melanggar disiplin jika mereka melanggar peraturan-peraturan sekolah seperti yang digariskan dan ditetapkan dalam Buku Peraturan Sekolah. Antara kesalahan yang
jelas tidak boleh dilakukan ialah seperti menghisap rokok, membawa senjata tajam, bergaduh, dan sebagainya yang dianggap kesalahan berat.
Antara faktor utama yang menyumbang kepada masalah disiplin pelajar ialah kemerosoton asuhan, didikan dan kawalan ibu bapa. Ibu bapa lebih banyak memberi tumpuan terhadap kerjaya dan menyerahkan soal pembesaran anak-anak kepada pembantu rumah, pusat asuhan, tadika dan sekolah. Selain itu, pengaruh persekitaran turut menyumbang kepada peningkatan masalah juvana dan disiplin pelajar.
Masalah pelanggaran disiplin yang semakin serius berlaku di sekolah akan mempengaruhi suasana belajar yang tidak selesa, sekali gus mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Gejala ini turut meninggalkan kesan psikologi kepada pelajar yang menjadi mangsa. Perkara ini menuntut pihak-pihak yang tertentu, khususnya Kementerian Pendidikan hendaklah mengambil tindakan yang tegas dan segera . Langkah memberikan kuasa merotan kepada Guru Disiplin Sekolah, di samping menempatkan lebih ramai Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah, mungkin merupakan strategi yang terbaik untuk menangani masalah ini.
Pelajar-pelajar hari ini ialah pewaris masa hadapan. Kita harus bersama-sama bertanggungjawab mencorakkan pemikiran dan arah tuju mereka agar menjadi generasi negara pada masa hadapan yang lebih baik.
(Diubahsuaikan daripada Dewan Siswa : Jenayah dan salah laku pelajar, Mac 2003) Baca petikan di atas dengan teliti, kemudian kenal pasti ayat-ayat yang berkaitan dengan kata kunci atau arahan soalan. Tuliskan semula ayat-ayat tersebut dalam jadual yang berikut.
Bi l
Kata kunci / arahan Contoh ayat
1 Punca-punca
- kemerosoton asuhan, didikan dan kawalan ibu bapa
- pengaruh persekitaran turut menyumbang kepada peningkatan masalah juvana dan disiplin pelajar. punca punca kesa n langkah
2 Kesan-kesan selesa
- mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran.
- meninggalkan kesan psikologi kepada pelajar yang menjadi mangsa .
3 Langkah-langkah
- Kementerian Pendidikan hendaklah mengambil tindakan yang tegas dan segera
- Perlu memberikan kuasa merotan kepada Guru Disiplin Sekolah
- Akan menempatkan lebih ramai Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah
Contoh 2:
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian senaraikan punca kemusnahan alam sekitar, kesan kemusnahannya kepada manusia serta langkah-langkah menjaga kesejahteraan alam sekitar.
Pelbagai tragedi yang meragut nyawa di negara kita ternyata masih tidak mampu menginsafkan segelintir pihak yang rakus menjalankan kegiatan memusnahkan alam sekitar. Tragedi pangsapuri Highland Towers runtuh pada 11 Disember 1993, bencana banjir lumpur di perkampungan Orang Asli Dipang, Perak, pada 29 Ogos 1996 dan sebuah banglo runtuh di Taman Hillview pada tahun 2002, jelas memperlihatkan kegiatan pembangunan yang tidak terkawal
49
punca punca
kesa n
akan mendatangkan bencana kepada masyarkat. Teguran demi teguran dan tindakan telah diambil, tetapi masih ramai golongan peniaga dan pemaju yang degil dan ingin mengaut keuntungan segera tanpa memikirkan kesan tindakan mereka terhadap alam sekitar. Pelbagai undang-undang dan garis panduan yang digubal oleh kerajaan untuk menjamin kelestarian alam sekeliling sepatutnya mampu memastikan pembangunan dijalankan secara mapan tanpa merosakkan persekitaran. Namun di manakah silapnya?
Alam adalah milik semua dan menjadi tanggungjawab kita menjaganya. Dalam hal ini, sektor swasta boleh memainkan peranan yang lebih proaktif dalam usaha memelihara alam sekitar. Pelaburan untuk meraih keuntungan semata-mata tanpa keinginan memelihara alam sekitar perlu dielakkan. Sektor swasta boleh berusaha mengitar semula barangan terbuang untuk menghasilkan barangan yang bermutu di samping mengeluarkan barang-barang mesra alam yang mudah reput. Penggunaan teknologi moden mungkin tidak mampu mengurangkan masalah pencemaran alam sekitar 100 peratus tetapi sekurang-kurangnya tindakan positif kita tidak lagi menambah kerosakan alam yang sudah sedia tercemar.
Baca petikan di atas dengan teliti, kemudian kenal pasti ayat-ayat yang berkaitan dengan kata kunci atau arahan soalan. Tuliskan semula ayat-ayat tersebut dalam jadual yang berikut.
Bi l
Kata kunci / arahan Contoh ayat
1 Punca-punca
- segelintir pihak yang rakus menjalankan kegiatan memusnahkan alam sekitar.
- kegiatan pembangunan yang tidak terkawal - golongan peniaga dan pemaju yang degil dan ingin mengaut keuntungan segera
2 Kesan-kesan
- Tragedi pangsapuri Highland Towers runtuh pada 11 Disember 1993,
- bencana banjir lumpur di perkampungan
langkah
Orang Asli Dipang, Perak, pada 29 Ogos 1996 - sebuah banglo runtuh di Taman Hillview pada tahun 2002,
- mendatangkan bencana kepada masyarkat.
3 Langkah-langkah
Contoh 3:
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian tuliskan sebab-sebab sungai tercemar, kesan-kesan pencemaran sungai dan langkah-langkah menangani masalah pencemaran sungai di negara ini.
Isu pencemaran alam sekitar, khususnya pencemaran sungai semakin hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini. Walaupun pencemaran sungai telah lama berlaku, namun belakangan ini, masalah tersebut kian mendapat perhatian kerana kadar pencemaran yang semakin parah. Pembangunan yang dikejar oleh kebanyakan negara jelas telah mengorbankan kesejahteraannya.
Sungai merupakan kurniaan Tuhan yang sungguh bernilai sejak sejarah dunia mula diwarnai oleh tamadun manusia yang rata-ratanya bertapak di lembah-lembah
51 ? …… …… ? …… …. ?
sungai. Namun begitu, di sebalik ciri-cirinya yang unik, sungai menjadi korban manusia yang meletakkan kepentingan diri dan wang ringgit melebihi segala-galanya. Tanggungjawab memelihara sungai yang menjadi denyut tamadun manusia terus terabai hingga banyak sungai yang tercemar dan menyakitkan mata yang memandangnya.
Kesedaran masyarakat yang cetek tentang kepentingan menjaga kebersihan sungai menyebabkan masalah ini menjadi serius. Sungai dianggap sebagai tempat pembuangan sisa-sisa kemudahan manusia. Selain itu, kekurangan pegawai penguat kuasa untuk memantau tindakan manusia ini turut menjadi penghalang kepada usaha-usaha membendung masalah pencemaran sungai. Banyak pihak yang berjaya melepaskan diri walaupun jelas terbabit dalam masalah ini. Ketidakcekapan pengurusan sampah turut menyumbang kepada sikap tidak bertanggungjawab masyarakat membuang sampah sewenang-wenangnya ke dalam sungai. Natijahnya, air sungai yang menjadi sumber air minuman menjadi kotor dan mengandungi bahan kimia beracun yang boleh membahayakan manusia. Lebih daripada itu, wabak penyakit yang melibatkan sakit atau gatal-gatal kulit menyerang mereka yang bermandi-manda di sungai terbabit.
Pelaksanaan kempen seperti `Hentikan Pencemaran’ dan `Cintailah Sungai Kita’ perlu dihebahkan melalui media massa. Kempen sebegini diharap akan memberikan kesedaran kepada masyarakat. Namun masih ada segelintir masyarakat yang langsung tidak menyedari kewujudan kempen-kempen tersebut. Penguatkuasaan undang-undang melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam usaha memastikan bahawa bahan-bahan tertentu diproses dahulu sebelum dilupuskan ke dalam sungai wajar dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh. Tindakan berani anggota masyarakat melaporkan aktiviti-aktiviti yang mampu mengancam kesihatan sungai amat dialu-alukan demi menjamin dan mengekalkan kebersihan dan kejernihan sungai.
Baca petikan di atas dengan teliti, kemudian kenal pasti ayat-ayat yang berkaitan dengan kata kunci atau arahan soalan. Tuliskan semula ayat-ayat tersebut dalam jadual yang berikut.
Bi Kata kunci arahan Contoh ayat
? …… ….. ? …… …..? …… ….. ? …… …
l
1 Punca-punca
2 Kesan-kesan
- air sungai yang menjadi sumber air minuman menjadi kotor.
- mengandungi bahan kimia beracun yang boleh membahayakan manusia.
- wabak penyakit yang melibatkan sakit atau gatal-gatal kulit menyerang mereka yang bermandi-manda di sungai terbabit.
3 Langkah-langkah
LANGKAH 3:
TEKNIK MEMBINA ISI TERSIRAT
Isi tersirat dibina berdasarkan FOKUS 2 soalan. Isi ini tidak terdapat dalam petikan yang diberikan.
Contoh: FOKUS 2 dalam soalan yang diberikan ialah:langkah mengatasi kekurangan air bersih
Binalah perenggan isi tersirat dengan memasukkan sekurang-kurangnya 2 isi tersirat.
Kata tugas untuk FOKUS 2 perlu dimasukkan dalam ayat pertama perenggan isi tersirat.
Tiada markah isi sekiranya isi tersebut diambil daripada petikan.
Pelajar digalakkan mengolah ayat sendiri dengan syarat ayat tersebut gramatis dan lengkap.
Kebiasaan pelajar sederhana atau lemah tidak dapat memberikan isi tersirat. Ibu bapa Asuhan Didikan awal Kasih sayang Pihak sekolah Pengajaran di dalam kelas Aktiviti kokurikulum Peranan guru Media Massa Pengiklanan Promosi berterusan Kerajaan Penguatkuasaan undang-undang Dendaan/hukuman Dana/Modal Kempen kesedaran Kerjasama dengan Negara lain/luar Hubungan diplomatik
Pertubuhan Badan Bukan Kerjasama Sokongan kepada usaha kerajaan Dana/modal Kempen Jalin kerjasama dengan pihak lain
Rakan Sebaya
Pengaruh positif
Sokongan
Masyarakat
Sikap ambil tahu dan peduli/prihatin
Kerjasama/Sokongan
Cara menulis isi tersirat
Antara langkah mengatasi kekurangan air bersih ialah ibu bapa memberikan didikan awal kepada anak-anak atau pihak sekolah boleh memberikan pendedahan tentang langkah penjimatan air sewaktu pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
LANGKAH 4
MENULIS KESIMPULAN/ PENUTUP
Untuk menulis bahagian kesimpulan rumusan, pelajar dicadangkan: • Mulakan dengan perkataan – Kesimpulannya…
• Menyatakan siapa yang perlu bertindak ?
• Menyatakan tindakan yang berkaitan dengan arahan soalan • Gunakan penanda wacana – agar atau supaya
• Menyatakan apakah hasil tindakan itu?
Kesimpulannya,
Semua pihak – ( siapa)
hendaklah menjaga kebersihan sungai - (tindakan) agar ( penanda wacana)
kita sentiasa mendapat sumber air yang bersih. ( hasil tindakan ) Contoh ayat lengkap.
1. Kesimpulannya, semua pihak hendaklah menjaga kebersihan sungai agar kita sentiasa mendapat sumber air yang bersih.
2. Kesimpulannya semua pihak hendaklah bekerjasama menangani masalah ponteng dalam kalangan pelajar agar dapat melahirkan remaja yang bertanggungjawab.
3. Kesimpulannya semua pihak hendaklah menjaga keindahan alam sekitar supaya dapat mewujudkan suasana yang bersih.
4. Kesimpulannya semua pihak hendaklah mengalakkan pelajar mengambil bahagian dalam aktiviti kokurikulum agar dapat melahirkan pelajar yang berdisiplin.
5. Kesimpulannnya semua pihak hendaklah mengalakkan penggunaan Teknologi Maklumat agar kita dapat melahirkan anggota masyarakat yang bermaklumat.
(1)
Penanda wacana Cadangan/Harapan/(2) Siapa yang harus
bertindak/fokus soalan
(3)
Kata hubung Kesan/akibat/hasil(4) tindakan
Kesimpulannya semua pihak haruslah bekerjasama
menangani isu air bersih
agar/supaya rakyat dapat hidup dengan selesa dan harmoni
LATIHAN RUMUSAN SET 1
[ 30 markah ]
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kebaikan makan coklat dan cara-cara memajukan industri coklat. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Sejak turun-temurun, coklat telah digunakan dalam penyediaan pelbagai jenis makanan dan minuman yang digemari oleh semua peringkat umur daripada segenap lapisan masyarakat di seluruh dunia. Pada zaman dahulu hanya orang yang berada dapat menikmati coklat. Pada masa itu, coklat ialah makanan yang dikhaskan untuk raja-raja, perwira dan pembesar negara. Kini, coklat yang dihasilkan daripada buah koko semakin berkembang dan menjadi sumber ekonomi kepada banyak negara.
Coklat mempunyai kandungan serat yang tinggi, karbohidrat, antioksida, kalsium, fosfat dan vitamin A, B, C dan D. Mengikut kajian sains, pengambilan coklat dapat melegakan otot. Namun demikian, sekiranya diambil secara berlebihan, coklat boleh menyebabkan otot menjadi terlalu rehat sehingga asid perut mudah masuk ke dalam esofagus, iaitu bahagian saluran makanan yang terletak antara tekak dengan perut. Keadaan ini boleh mengakibatkan kecederaan dalaman kepada manusia. Hasil penyelidikan pula mendapati bahawa coklat dapat memberikan perasaan gembira yang amat sangat kepada pemakannya. Perasaan gembira dapat dirasai ketika coklat mencair di dalam mulut.
Hasil kajian mendapati bahawa ketika makan coklat, aromanya mampu merehatkan minda seseorang. Di samping itu, pengambilan coklat juga dapat menimbulkan perasaan relaks kerana bahan kimia teobromina yang terdapat dalam coklat boleh memberikan rangsangan psikologi seolah-olah diri sentiasa bertenaga. Walau bagaimanapun, bahan kimia yang memberikan kesan relaks kepada manusia itu boleh menjadi racun kepada banyak haiwan peliharaan seperti kucing, anjing dan kuda. Hal ini terjadi kerana haiwan peliharaan tidak mempunyai sistem penghadaman yang dapat melakukan proses penguraian terhadap bahan kimia tersebut.
Manfaat lainnya ialah coklat mempu melanjutkan usia seseorang yang selalu memakannya. Kajian mendapati bahawa sekiranya manusia mengunyah coklat tiga kali sebulan, mereka diramalkan dapat hidup setahun lebih lama daripada orang yang tidak memakan coklat langsung. Selain itu, coklat boleh mengurangkan risiko serangan strok kerana fungsinya yang dapat mencairkan darah dan mengelakkan darah daripada membeku di dalam jantung. Penghidap asma juga digalakkan supaya memakan coklat untuk melegakan saluran pernafasan di dalam paru-paru. Kandungan bahan kimia dalam coklat yang diambil juga sesuai untuk melegakan batuk. Namun begitu, manusia perlu berhati-hati kerna pengambilan coklat yang berlebihan boleh mengakibatkan obesiti.
JAWABAN PELAJAR: Isikan jawapan anda di ruang yang telah disediakan ini.
Petikan membincangkan... ... (2 markah) Antara kebaikan makan coklat ialah...
Di samping itu,... ...Selain itu,... ...Tambahan pula,... ...Oleh sebab itu,... dan kebaikan yang terakhir ialah... ... Antara cara memajukan industri coklat ialah... ...Di samping itu, ... ... Kesimpulannya,...mesti... ...supaya...(2 markah) (Jangan melebihi 120 patah perkataan) PANDUAN JAWABAN RUMUSAN SET 1
Pendahuluan:-Petikan membincangkan faedah-faedah makan coklat kepada kesihatan manusia.
Senarai isi-isi Tersurat:(Kebaikan makan coklat)
1. mengandungi pelabagai jenis zat makanan seperti serat dan vitamin. 2. pengambilan coklat boleh melegakan otot.
3. pemakan coklat akan berasa gembira.
4. aroma coklat mampu merehatkan minda pemakannya.
5. pengambilan coklat dapat menimbulkan perasaan yang rileks. 6. memakan coklat dikatakan boleh memanjangkan usia seseorang.
7. coklat yang boleh mencairkan darah mampu mengurangkan risiko serangan strok. 8. mampu mengurangkan asma kerana coklat boleh melegakan saluran pernafasan. 9. kandungan kimia dalam coklat boleh melegakan batuk.
Senarai isi-isi Tersirat(Cara-cara memajukan industri coklat)
1. Memberi galakan kepada petani untuk mempertingkatkan hasil koko negara. 2. Membuka kawasan penanaman baharu bagi tanaman koko.
4. Mengkaji harga bahan-bahan berasaskan coklat di negara kita. 5. memberi penjelasan kepada pengguna tentang diet coklat.
6. peranan iklan atau media untuk menghebahkan kepentingan dan keistimewaan coklat.
Kesimpulan rumusan:
Kesimpulannya, pelbagai pihak mesti menyokong industri coklat di negara kita supaya industri ini dapat membantu pertumbuhan ekonomi negara.
PETIKAN RUMUSAN SET 2
[ 30 markah ]
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan bahasa kebangsaan dan masalah-masalah yang dihadapi untuk memperkasakan bahasa kebangsaan. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Pada kelazimannya, istilah bahasa kebangsaan merujuk kepada satu bahasa yang dikaitkan dengan sesebuah negara. Bahasa yang dipilih untuk menjadi bahasa kebangsaan biasanya ialah bahasa setempat atau bahasa peribumi. Bahasa kebangsaan sering dijadikan simbol jati diri nasional yang sama untuk seluruh rakyat sesebuah negara.
Dalam hal ini, seperti kebanyakan negara, Malaysia memiliki hanya satu bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu. Dengan menggunakan satu bahasa kebangsaan sahaja, negara kita telah berjaya membentuk satu identiti nasional yang sama dalam kalangan rakyat. Bahasa Melayu telah dipilih sebagai bahasa kebangsaan negara kita kerana bahasa Melayu ialah bahasa kumpulan etnik yang paling besar dan atas kemampuannya sebagai bahasa lingua franca, iaitu bahasa perhubungan antara masyarakat selama beberapa abad di rantau ini. Di samping itu, bahasa Melayu menjadi bahasa pentadbiran kerajaan Melayu sebelum negara ini dijajah oleh kuasa Barat. Walau bagaimanapun, akibat penjajahan Barat, perpaduan rakyat di negara kita mulai tergugat. Tindakan onar penjajah itu
meninggalkan kesan yang mendalam sehingga menyulitkan kita untuk menyuburkan jati diri serta citra bangsa yang utuh sifatnya.
Setelah mencapai kemerdekaan, para pemimpin kita telah mengambil langkah segera untuk mengukuhkan perpaduan rakyat yang menjadi teras pembangunan negara. Atas kesedaran itulah, bahasa Melayu dikembalikan peranannya sebagai alat perpaduan dan seterusnya membangkitkan semangat kebangsaan rakyat negara ini. Di samping itu, bahasa kebangsaan juga dapat memupuk semangat kekitaan dalam jiwa rakyat Malaysia, yang bersifat padu dan abadi. Hal tersebut hanya dapat dilakukan melalui perkongsian satu bahasa kebangsaan, yang antaranya digunakan sebagai bahasa pengantar tunggal dalam sistem pendidikan nasional. Melalui sistem pendidikan tersebut bahasa kebangsaan juga berperanan sebagai alat untuk menyatupadukan rakyat dalam negara kita. Sehubungan dengan itu, banyak negara yang memanfaatkan fungsi bahasa kebangsaan untuk menyatupadukan rakyat.
Melalui penggunaan satu bahasa kebangsaan sesama rakyat, komunikasi yang berkesan dapat dizahirkan. Hal ini demikian kerana melalui pertuturan satu bahasa yang sama rakyat mudah memahami antara satu sama lain dan rasa saling menghormati akan dapat diwujudkan. Sesungguhnya bahasa kebangsaan bukan sahaja merupakan jiwa rakyat, tetapi sebenarnya ialah maruah negara dan maruah rakyat negara kita. Dalam konteks ini, martabat dan nama baik bahasa Melayu perlu dijaga. Bahasa Melayu wajar diletakkan pada kedudukan teratas, yakni di atas mana-mana bahasa lain di negara kita selaras dengan cogan kata bahasa jiwa JAWABAN PELAJAR: Isikan jawapan anda di ruang yang telah disediakan ini.
Petikan membincangkan... ...(2 markah) Antara kepentingan bahasa kebangsaan ialah... ...Di samping itu,... ...Selain itu ... ...Tambahan pula,... ...Oleh sebab itu,...dan kepentingan yang terakhir ialah...
Antara masalah yang dihadapi untuk memperkasakan bahasa kebangsaan ialah...Di samping itu,...
... Kesimpulannya,...mesti... ...supaya...(2 markah) (Jangan melebihi 120 patah perkataan)
PANDUAN JAWABAN RUMUSAN SET 2
Pendahuluan:-Petikan membincangkan kelebihan-kelebihan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di negara kita.
Senarai isi-isi Tersurat:(Kepentingan bahasa kebangsaan)
1. Menjadi lambang jati diri nasional yang sama untuk seluruh rakyat.
2. Merupakan satu identiti nasional yang sama dalam kalangan semua rakyat. 3. Sebagai alat perpaduan.
4. Dapat membangkitkan semangat kebangsaan dalam kalangan rakyat. 5. Memupuk semangat kekitaan dalam jiwa rakyat.
6. Menjadi bahasa pengantar tunggal dalam sistem pendidikan negara. 7. Mampu menyatupadukan rakyat Malaysia.
8. Dapat mewujudkan komunikasi yang berkesan.
Senarai isi-isi Tersirat(masalah-masalah yang dihadapi)
1. Sokongan daripada pihak swasta kurang memberangsangkan.
3. Sesetengah pemimpin dan masyarakat yang tidak mengutamakan bahasa kebangsaan.
4. Sesetengah masyarakat yang lebih suka menggunakan bahasa Inggeris. 5. Keyakinan sesetengah masyarakat terhadap bahasa Melayu sangat kurang. 6. Penggunaan bahasa rojak dalam kalangan masyarakat yang menjejaskan bahasa kebangsaan.
Kesimpulan rumusan:
Kesimpulannya, usaha memartabatkan bahasa kebangsaan mesti dipergiatkan supaya bahasa kebangsaan sentiasa dipandang tinggi.
PETIKAN RUMUSAN SET 3
[ 30 markah ]
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan tidur dari segi saintifik dan cara-cara mengatasi masalah sukar tidur. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Pernahkah sekali-sekala anda berasa otak lebih lembap dan sukar untuk berfikir? Pernahkah anda mengalami keadaan yang merimaskan terutama apabila sukar memberikan tumpuan kepada kerja ataupun pelajaran? Kajian menunjukkan bahawa masalah sukar menumpukan perhatian dan kelembapan otak ini ada kaitan dengan faktor tidur.
Setiap orang memerlukan masa tidur yang berbeza mengikut umur, tahap kesihatan dan aktiviti hariannya. Misalnya, golongan remaja memerlukan tidur antara enam hingga lapan jam sehari. Tidur yang paling berkualiti ialah tidur pada waktu malam. Tidur amat penting bagi melancarkan proses metabolisme karbohidrat di dalam badan. Melalui proses ini, badan seseorang mengeluarkan hormon pertumbuhan yang berfungsi untuk membaiki sel-sel yang rosak. Kajian mendapati bahawa tidur yang cukup mampu meningkatkan keupayaan untuk belajar dan membantu dalam memelihara daya ingatan seseorang. Selain itu, proses penyimpanan maklumat di dalam otak juga berlaku semasa tidur. Oleh itu, mereka yang sering tidur lewat, seperti murid yang mengulang kaji pelajaran sehingga lewat malam, akan menyebabkan proses penyimpanan maklumat terganggu. Kurang tidur
juga mengakibatkan tumpuan seseorang dalam membuat keputusan dan perancangan terjejas. Menurut kajian, kebanyakan kemalangan yang berlaku di tempat kerja dan di jalan raya ada kaitannya dengan tumpuan yang terganggu akibat faktor kurang tidur.
Tidur memantapkan sistem ketahanan dalam badan seseorang. Hal ini demikian kerana seseorang yang tidur kurang daripada kadar biasa akan mengalami tekanan dan melemahkan ketahanan badan sehingga menyebabkan mudah dijangkiti penyakit. Menurut pakar, badan kita mempunyai pusingan biologi yang tetap. Pusingan biologi ini aktif pada waktu siang dan kurang aktif pada waktu malam. Oleh itu, bagi memulihkan pusingan biologi dalam badan, kita perlu tidur secukupnya. Tidur yang tidak mencukupi akan menjejaskan pusingan biologi seseorang.
Selain tidur pada waktu malam. Amalan tidur seketika pada waktu tengah hari dapat menyegarkan tubuh badan, sekali gus meningkatkan produktiviti. Kajian juga menunjukkan bahawa tidur secara rutin selama 30 minit pada waktu tengah hari dapat mengurangkan risiko penyakit jantung. Walau bagaimanapun, seseorang tidak digalakkan tidur selepas matahari terbit dan waktu lewat petang. Hal ini demikian kerana menurut pakar, tidur pada waktu-waktu tersebut boleh menjejaskan kesihatan. Tidur yang cukup pada waktu yang sesuai merupakan komponen penting bagi mendapatkan kesihatan yang baik.
JAWABAN PELAJAR: Isikan jawapan anda di ruang yang telah disediakan ini.
Petikan membincangkan... ...(2 markah) Antara kepentingan tidur dari segi saintifik ialah... ...Di samping itu,... ...Selain itu,... ... Tambahan pula,... ...Oleh sebab itu,... dan kepentingan yang terakhir ialah... ...
Antara cara mengatasi masalah sukar tidur ialah... ...Di samping itu,... ... Kesimpulannya,...mesti... ...supaya...(2 markah) (Jangan melebihi 120 patah perkataan)
PANDUAN JAWABAN RUMUSAN SET 3
Pendahuluan:-Petikan membincangkan faedah-faedah tidur dari segi saintifik bagi menjamin kecerdasan seseorang.
Senarai isi-isi Tersurat (Kepentingan tidur dari segi saintifik)
1. Melancarkan proses metabolisme karbohidrat di dalam badan seseorang. 2. Meningkatkan keupayaan untuk belajar.
3. Memelihara daya ingatan seseorang.
4. Berlakunya proses penyimpanan maklumat di dalam otak. 5. Memantapkan sistem ketahanan di dalam badan seseorang. 6. Memulihkan sistem pusingan biologi di dalam badan seseorang. 7. Menyegarkan tubuh badan seseorang dan meningkatkan produktiviti.
Senarai isi-isi Tersirat (Cara-cara mengatasi masalah sukar tidur) 1. Mengamalkan gaya hidup sihat pada waktu siang.
2. Membersihkan badan/mandi sebelum tidur.
3. Mengikut jadual tidur dan bangun seperti yang telah ditetapkan mengikut peringkat umur.
4. Mendengar muzik atau membaca sebelum tidur.
5. Makan makanan yang seimbang atau menjaga tabiat pemakanan. 6. Menjauhi minuman yang menyebabkan kita sukar tidur.
7. Memilih tempat tidur yang tenang dan tiada gangguan. 8. Mendapatkan khidmat nasihat doktor.
Kesimpulan rumusan:
Kesimpulannya, setiap orang mestilah mendapatkan tidur yang secukupnya dan berkualiti supaya dapat menikmati hidup yang sempurna.
PETIKAN RUMUSAN SET 4
[30 markah]
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan penghayatan semangat patriotik dalam kalangan generasi muda dan halangan melaksanakannya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Semangat patriotik ialah perasaan cinta akan tanah air. Semangat ini sering dikaitkan dengan semangat nasionalisme, iaitu semangat kenegaraan bagi membina dan membangunkan negara.Semangat patriotik dapat menjadikan generasi muda memperkukuh pembangunan negara yang telah diasaskan oleh generasi terdahulu.
Semangat patriotik ini dapat menanamkan rasa tegas diri dalam diri anak-anak muda. Tegas diri ini ditonjolkan sama ada secara langsung atau tidak langsung. Kita akan berasa bangga apabila lagu kebangsaan dimainkan dan Jalur Gemilang dikibarkan atau apabila negara mencapai kemajuan dalam sesuatu bidang juga kejayaan di arena antarabangsa. Pendek kata, semangat patriotik mampu meningkatkan daya juang dan jati diri serta berupaya membangunkan dan memajukan diri sendiri, keluarga serta masyarakat.
Semangat patriotik ini perlu disematkan dengan kukuh dalam kalangan generasi muda. Contoh yang paling ketara ialah sambutan Hari Kebangsaan yang seharusnya dihayati oleh generasi ini. Hal ini demikian kerana mereka tidak terlibat dalam perjuangan memperoleh kemerdekaan negara yang pernah dilakukan oleh negarawan kita beberapa dekad yang lalu. Oleh itu, mereka mungkin kurang memahami pahit getir perjuangan untuk mendapatkan kemerdekaan tersebut. Namun demikian, kesedaran tentang pentingnya
Hal ini demikian kerana tanpa kebebasan membuat keputusan sendiri dalam hala tuju pembangunan negara, kita akan terus menjadi hamba atau orang suruhan kuasa lain. Kita juga akan mudah diperalatkan oleh negara lain untuk mencapai sesuatu agenda mereka.
Semangat patriotisme ini bertujuan membentuk generasi muda yang kental dari segi fizikal dan minda. Hal ini membolehkan generasi kini mengukuhkan jati diri dan semangat kenegaraan bagi membendung perkembangan gejala sosial untuk meruntuhkan akhlak dan akidah. Anak muda yang tebal semangat patriotiknya tidak akan tergamak terlibat dalam gejala sosial. Mereka tentunya sedar akan tanggungjawab dan peranan yang perlu dipikul oleh mereka sebagai peneraju masyarakat masa hadapan.
Semangat patriotik dapat mencorakkan dan meningkatkan komitmen penduduk pelbagai etnik. Dalam konteks budaya, perpaduan perlu ditunjukkan dalam bentuk perlakuan hidup seharian. Dalam hal ini, kita agak kurang bermasalah kerana generasi muda hari ini nampaknya lebih erat hubungannya walaupun mereka berasal daripada pelbagai kaum. Hal ini demikian kerana wawasan budaya kebangsaan nampaknya mempunyai kesan yang positif dalam kalangan mereka. Kedudukan kumpulan etnik ini dalam pelbagai bidang kehidupan juga nampaknya sudah agak setanding seperti peribahasa duduk sama rendah, berdiri sama tinggi.
Semangat patriotik ini perlu dijadikan landasan bagi meningkatkan kesetiaan terhadap negara, tanpa mengira kaum dan dalam apa-apa jua situasi. Semangat ini juga amat perlu bagi mengekalkan kestabilan dan keharmonian negara serta hubungan antara kaum. Hal ini dapat memupuk amalan perkongsian dan kerjasama dalam pelbagai bidang, dan menanam sikap serta tanggungjawab bersama bagi menjayakan wawasan dan cita-cita negara.
Akhirnya, semangat patriotik mesti ditanamkan dalam generasi muda kita kerana semangat ini menyentuh soal maruah, martabat, pembangunan, identiti dan kesejahteraan hidup pada masa hadapan.
( Dipetik dan diubahsuaikan daripada buku teks Bahasa Melayu tingkatan 4 ms 165 – 166)
JAWABAN PELAJAR: Isikan jawapan anda di ruang yang telah disediakan ini.
Petikan membincangkan... ...(2 markah) Antara kepentingan penghayatan semangat patriotik ialah ... ...Di samping itu,... ...Selain itu,... ... Tambahan pula,...
dan kesan yang terakhir ialah... ... Antara halangan dalam melaksanakannya ialah... ...Di samping itu,... ... Kesimpulannya,...mesti... ...supaya...(2 markah) (Jangan melebihi 120 patah perkataan)
PANDUAN JAWABAN RUMUSAN SET 4
Pendahuluan:-Petikan membincangkan faedah/kebaikan/manfaat penghayatan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda di negara kita/di Malaysia. Senarai isi-isi Tersurat (kepentingan penghayatan semangat patriotisme)
1. dapat menjadikan generasi muda memperkukuh pembangunan negara. 2. dapat menanam rasa tegas diri
3. mampu meningkatkan daya juang dan jati diri.
4. berupaya membangunkan dan memajukan diri sendiri, keluarga serta masyarakat 5. tidak akan tergamak terlibat dalam gejala sosial.
6. membentuk generasi muda yang kental dari segi fizikal dan minda 7. mengukuhkan jati diri dan semangat kenegaraan.
8.dapat mencorakkan dan meningkatkan komitmen penduduk pelbagai etnik
9.meningkatkan kesetiaan terhadap negara tanpa mengira kau dan dalam apa-apa jua situasi.
Senarai isi-isi Tersirat (Halangannya) 1. pengaruh media sosial
2. kurang pendedahan tentang semangat patriotik
Kesimpulan rumusan:
Kesimpulannya, semua pihak memainkan peranan dalam memupuk semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda supaya negara akan bertambah maju.
Soalan 2(a) - Petikan Umum
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan perkataan anda sendiri.
I. Berikan maksud meningkatkan daya juang seperti dalam petikan. II. Mengapakah generasi muda perlu menghayati kemerdekaan?
III. Pada pendapat anda, bagaimanakah usaha yang perlu dilakukan bagi mengekalkan kemerdekaan?
Jawapan:
I. Maksud meningkatkan daya juang ialah menambahkan semangat untuk bersaing.
II. Generasi muda perlu menghayati kemerdekaan agar mereka menghargai pengorbanan generasi terdahulu di samping dapat melahirkan semangat cinta akan negara dan sentiasa berusaha mengekalkan kemerdekaan negara. III. Pada pendapat saya, usaha yang perlu dilakukan bagi mengekal
kemerdekaan ialah dengan mempertontonkan keperitan generasi lalu memperjuangkan kemerdekaan, mengekalkan keharmonian hidup antara
kepada rakyat. Kerajaan pula perlu meningkatkan taraf sosio ekonomi penduduk dan mempertingkatkan kekuatan pertahanan negara.
PETIKAN RUMUSAN SET 5
[30 markah]
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang usaha-usaha membudayakan amalan berbudi bahasa dalam kalangan masyarakat dan kekangan-kekangannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Dewasa ini kita menghadapi satu senario, iaitu sifat-sifat luhur dan kesantunan budi bahasa yang semakin terhakis sedangkan dulu hal ini menjadi kebanggaan masyarakat Malaysia. Ungkapan infrastruktur kelas pertama dan mentaliti kelas ketiga tepat menggambarkan kerisauan masyarakat Malaysia tentang keadaan negara pada masa ini. Ekoran itu, kerajaan telah mengorak langkah yang bijaksana, iaitu pada 11 Januari 2005, Perdana Menteri Malaysia telah melancarkan Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni Peringkat Kebangsaan. Kempen ini dijalankan bagi tempoh masa lima tahun dari tahun 2005 hingga tahun 2010. Perdana Menteri menyatakan bahawa sebelum amalan ini terhakis seharusnya peranan kendiri, keluarga, dan masyarakat amat penting untuk membugarkan budaya berbudi bahasa.
Peranan institusi keluarga tidak boleh dikesisikan. Para ibu bapa perlu mengambil sikap bersungguh-sungguh apabila memberi didikan kepada anak-anak. Ibu bapa harus menyemai sikap berbudi bahasa yang tinggi kepada anak-anak kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya. Hal ini kerana remaja sering dikaitkan dengan gejala sosial seperti pergaulan bebas, lepak, lumba haram dan sebagainya. Perlakuan mereka sudah melanggar adab dan tatasusila yang menjadi norma dalam
menegur perlakuan remaja dengan cara berhemah agar mereka dapat menerima teguran dengan sebaik-baiknya.
Sebaliknya, masyarakat hari ini lebih menekankan aspek materialisme, sekali gus meminggirkan nilai moral seperti berbudi bahasa. Ibu bapa dan guru-guru sepatutnya berganding bahu dengan masyarakat dalam memainkan peranan membentuk peribadi anak-anak kerana remaja diibaratkan seperti sehelai kain putih yang mudah menerima dan seterusnya mengamalkan nilai budi bahasa yang terpuji. Dalam kehidupan bermasyarakat, para remaja perlu sentiasa menggunakan tutur kata yang sopan, mempunyai fiil yang halus dan budi pekerti yang mulia, bertegur sapa, sedia memohon maaf, membiasakan diri memberi salam atau ucap selamat dan bantu-membantu ibarat berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
Selain itu, institusi pendidikan formal, iaitu sekolah bertanggungjawab untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Tugas guru pula semakin mencabar bukan sahaja menghabiskan sukatan pelajaran, malah guru harus menjadi suri teladan kepada anak didik mereka. Jadi warga pendidik hendaklah menggunakan bahasa yang sopan apabila berinteraksi dengan pelajar. Tugas ini haruslah disambut baik oleh para pendidik kendatipun mereka menanggung beban tugas yang banyak. Seterusnya, masyarakat menyambut baik jika syarikat pengangkutan awam seperti bas, teksi, monorel, dan LRT menggunakan kenderaan mereka sebagai platform untuk mendidik masyarakat ke arah merealisasikan nilai-nilai berbudi bahasa dengan melekatkan pelbagai iklan dan cogan kata pada kenderaan awam. Hal ini demikian kerana pembangunan fizikal seharusnya seiring dengan pembangunan insan.
Sebagai konklusi, masyarakat yang maju tanpa nilai-nilai moral, khususnya budi bahasa dapat diibaratkan seperti seorang manusia tanpa roh. Kita tidak mahu generasi akan datang menjadi masyarakat yang tidak berbudi bahasa dan lupa akan adat yang selama ini diamalkan oleh masyarakat Melayu. Semua pihak harus menggemblengkan tenaga bersama-sama menyahut kempen kerajaan agar amalan berbudi bahasa yang menjadi amalan tradisi nenek moyang kita tidak luput ditelan arus globalisasi yang begitu hebat.
Diubahsuaikan daripada Berbudi Bahasa Amalan Hidup Kita oleh Tuan Ismail Tuan Muhammad, Dewan Siswa, Februari 2008
JAWABAN PELAJAR: Isikan jawapan anda di ruang yang telah disediakan ini.
Petikan membincangkan... ...(2 markah) Antara usaha membudayakan amalan berbudi bahasa ialah ... ...Di samping itu,...
...Selain itu,... ... Tambahan pula,... ...Oleh sebab itu,... dan usaha yang terakhir ialah... ...
Antara kekangannya ialah... ...Di samping itu,... ... Kesimpulannya,...mesti... ...supaya...(2 markah) PANDUAN JAWABAN RUMUSAN SET 5
Pendahuluan:-Petikan membincangkan langkah/cara/kaedah membudayakan amalan berbudi bahasa dalam kalangan masyarakat di Malaysia.
Senarai isi-isi Tersurat (Usaha membudayakan amalan berbudi bahasa) 1. Para ibu bapa perlu mengambil sikap bersungguh-sungguh apabila memberi didikan kepada anak-anak
2. Ibu bapa harus menyemai sikap berbudi bahasa yang tinggi kepada anak-anak. 3. Masyarakat harus mempunyai keupayaan untuk menegur perlakuan remaja dengan cara berhemah
4. Ibu bapa dan guru-guru sepatutnya berganding bahu dengan masyarakat dalam memainkan peranan membentuk peribadi anak-anak.
5. Institusi pendidikan formal iaitu sekolah bertanggungjawab untuk melahirkan pelajar yang seimbang.
6.Guru harus menjadi suri teladan kepada anak didik mereka. 7.Melekatkan pelbagai iklan dan cogan kata pada kenderaan awam
8.Warga pendidik harus menggunakan bahasa yang sopan apabila berinteraksi dengan pelajar
Senarai isi-isi Tersirat (kekangan) 1. Kurang didikan daripada ibu bapa
2. Terpengaruh dengan media sosial.
3. Sikap tidak ambil peduli dalam kalangan masyarakat. 4. Kurang penerapan nilai murni dalam kalangan pendidik.
Kesimpulan rumusan:
Kesimpulannya, semua pihak perlu menggembleng tenaga dalam memupuk amalan berbudi bahasa supaya dapat menikmati hidup yang aman.
Soalan 2(a) - Petikan Umum
Berdasarkan petikan soalan di atas, jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
I. Berikan maksud rangkai kata meminggirkan nilai moral
II. Apakah perkara yang merisaukan masyarakat Malaysia?
III. Pada pendapat anda, apakah kesan yang akan dihadapi oleh masyarakat jika amalan berbudi bahasa semakin terhakis?
Jawapan:
I. Maksud rangkai kata meminggirkan nilai moral ialah tidak mengendahkan amalan-amalan baik/ tidak mementingkan perkara-perkara baik.
II. Perkara yang merisaukan masyarakat Malaysia ialah sifat-sifat luhur semakin terhakis termasuk kesantunan budi bahasa dan mentaliti rakyat masih berada pada tahap kelas ketiga.
III. Pada pendapat saya, kesan yang akan dihadapi oleh masyarakat jika amalan berbudi bahasa semakin terhakis ialah masyarakat bersikap ego dan mementingkan diri sendiri. Di samping itu, masyarakat akan mementingkan harta semata-mata. mereka akan menjadi semakin sombong, jati diri masyarakat semakin luntur, hilang rasa hormat-menghormati, hilang sikap bertolak ansur, dan hilang semangat kejiranan.
PEMAHAMAN
PETIKAN UMUM
Soalan 2:
Markah penuh 35 markah dibahagikan kepada: Soalan 2(a) : 9 markah
Soalan 2(b) : 9 markah Soalan 2(c) : 8 markah Soalan 2(d) : 9 markah Perhatian bagi soalan 2(a) hingga Soalan 2(d):
1. Jawapan hendaklah menggunakan ayat sendiri.
2. Jawapan hendaklah dalam ayat yang lengkap/gramatis/sempurna. 3. Jika disalin bulat-bulat daripada teks dan jawapan itu betul, berikan
separuh(50%) daripada markah yang diperuntukkan sahaja. Panduan pemarkahan soalan pemahaman
1. Soalan 2 markah
DESKRIPSI MARKAH
Jawapan tepat mengikut konteks/isi cukup dan ayat gramatis
2
Jawapan tidak tepat/salah 0
2. Soalan 3 markah-
DESKRIPSI MARKAH
Isi cukup dan lengkap/relevan dengan tugasan dan ayat gramatis
3
Isi cukup dan lengkap/relevan tetapi ayat kurang gramatis Isi tidak cukup/kurang relevan tetapi ayat gramatis
2 Isi tidak cukup/kurang lengkap dan ayat kurang gramatis 1 Isi tidak betul/tidak relevan dengan tugasan,ayat gramatis 0
3. Soalan 4 markah
DESKRIPSI MARKAH
Isi cukup dan lengkap/relevan dengan tugasan dan ayat gramatis
4 Isi cukup dan lengkap/relevan tetapi ayat kurang gramatis 3 Isi tidak cukup/kurang relevan tetapi ayat gramatis 2 Isi tidak cukup/kurang lengkap dan ayat kurang gramatis 1 Isi tidak betul/tidak relevan dengan tugasan,ayat gramatis 0
PANDUAN MENJAWAB SOALAN PETIKAN UMUM(SOALAN 1-RUMUSAN) 1. Baca soalan dengan teliti untuk mendapat gambaran akan kehendak
soalan
2. Soalan terbahagi kepada tiga iaitu:
a. Menjawab soalan rangkai kata- 2 markah
b. Menjawab soalan pemahaman petikan – 3 markah c. Soalan kemahiran Berfikir – 4 markah.
3. Jawapan perlu menggunakan ayat yang lengkap.
4. Untuk soalan(ii) jawapan mesti diambil daripada petikan. Anda perlu menggunakan ayat sendiri dan bukannya menyalin bulat-bulat daripada petikan.
5. Pastikan jumlah markah yang diberikan. Jika soalan itu, tiga markah, anda dicadangkan agar memberikan 2 atau 3 isi.
6. Untuk soalan 4 markah, anda dicadangkan untuk menghuraikan isi anda.(Isi + Huraian). Sekiranya tiada huraian anda dicadangkan untuk menulis 3 atau 4 isi.
PEMAHAMAN
PROSA MODEN
TEKNIK MENJAWAB SOALAN PEMAHAMAN PROSA MODEN (CERPEN DAN DRAMA)
1. Prosa moden terdiri daripada cerpen dan drama. Terdapat enam buah cerpen dan dua buah drama yang perlu dikaji di tingkatan 4 dan tingkatan 5.
2. Terdapat empat jenis soalan pemahaman yang dikemukakan dalam soalan: a) Menganalisis petikan
i) Jawapan ada dalam petikan
ii) Elakkan menggunakan pendapat sendiri b) Maksud rangkai kata
i) Seboleh-bolehnya jangan ambil satu pun perkataan yang diuji. ii) Uji semula maksud yang diberi ke dalam petikan asal.
c) Unsur-unsur sastera
i) Soalan berkaitan dengan tema, persoalan, nilai, pengajaran dan perwatakan.
ii) Calon perlu memahami teks cerpen atau drama dan membaca nota-nota berkaitan teks tersebut.
d) Pendapat (KBAT)
i) Jawapan yang diberi mesti berasaskan idea sendiri. ii) Jangan ambil isi daripada petikan.
3. Jawapan perlu ditulis dalam ayat yang lengkap, iaitu dengan mengambil sebahagian daripada perkataan dalam soalan dan sambungkan dengan jawapan anda.
4. Calon-calon dalam kategori GALUS digalakkan menjawab soalan yang mempunyai jawapan dalam petikan (menganalisis petikan).
SOALAN MUDAH / UJIAN KEFAHAMAN (CERPEN DAN DRAMA) LATIHAN 1
Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan cerpen “Kaduk, Ayam dan Raja”. 1. Apakah bidang yang diceburi oleh Hakim?
______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ 2. Huraikan dua nilai yang terdapat dalam cerpen tersebut.
______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ LATIHAN 2
Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan cerpen “Munsyi” 1. Siapakah Munsyi?
______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ 2. Huraikan dua latar masyarakat yang terdapat dalam cerpen tersebut.
______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ LATIHAN 3
Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan cerpen “Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul”. 1. Apakah tindakan Mas yang menunjukkan keprihatinannya terhadap haiwan
seperti kijang?
______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ 2. Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam cerpen ini.
______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________
LATIHAN 4
Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan drama” Berkhidmat Untuk Negara”. 1. Mengapakah Aiman enggan menyertai Program Latihan Khidmat Negara
(PLKN) pada awalnya? ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ 2. Mengapakah Aiman memarahi Nek Sinah yang memanggilnya “nak Aiman”?
______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ LATIHAN 5
Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan cerpen “Cinta Ahmad Mutawakkil”. 1. Siapakah Ahmad Mutawakkil?
______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ 2. Nyatakan dua perwatakan Imam Ngah Deraman.
______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ LATIHAN 6
1. Bagaimanakah layanan babah terhadap Aiman Aqil?
______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ 2. Nyatakan dua latar tempat beserta contoh yang terdapat dalam cerpen
tersebut. ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ _____________________________________________________________ LATIHAN 7
Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan cerpen “Gerhana Manusia”. 1. Siapakah Nusia?
______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ 2. Berikan dua persoalan yang terdapat dalam cerpen ini.
______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ LATIHAN 8
Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan drama “Bukan Gila”.
1. Apakah penyakit yang dideritai oleh Azmir sehingga dia dikatakan gila?
______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ 2. Nyatakan dua latar masyarakat yang terdapat dalam drama ini.
______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________
SOALAN BERFORMAT SPM
LATIHAN 1 (CERPEN KADUK, AYAM DAN RAJA)
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan ynag berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Azam memandang ke wajah sahabatnya , “Apa masalahnya? Bukankah kau boleh mendapat bantuan ? Kerajaan sudah berjanji akan menolong penternak sebagai insentif kerana menambah bekalan makanan untuk rakyat.”
“Azam, tanah ini sesuai untuk ternakan, jauh dari kawasan perumahan. Tetapi ada masalah yang lain. Kau tengok jalan masuk ke reban ini. Jalan itu tidak berturap dan becak pada musim hujan. Pernah lori tersangkut dalam selut. Aku sudah menulis surat memohon jalan itu dinaik taraf. Aku sudah berusaha ke sana ke mari untuk menemui orang yang berpengaruh, tetapi jawapannya tiada peruntukan untuk menurap jalan itu buat masa ini. Aku dicaci-maki oleh orang kampung kerana kemasukan lori-lori itu memburukkan lagi keadaan jalan”.
Azam menggeleng-geleng , bagaimanakah hasil jualan ayam?”
Hakim terus menjawab, “Mujur juga ada hasilnya. Tetapi hidupku dikelilingi hutang. Aku berhutang dengan bank. Aku berhutang dengan Syarikat RAJA. Mereka menghantar anak-anak ayam, mereka menghantar dedak, mereka menghantar ubat-ubatan. Semua itu akan dipotong daripada hasil jualanku. Kau tengok ni (Hakim menunjukkan salah satu penyata yang dikeluarkan oleh Syarikat RAJA). Nilai jualan dari rebanku ialah RM 85000.00. Tetapi akhirnya hanya RM 13000.00 sahaja yang masuk ke kantungku. RM 72000.00 adalah untuk RAJA kerana membayar harga anak-anak ayam, harga dedak dan ubat-ubatan. Dari RM 13000.00 itulah aku membayar hutang bank, gaji pembantu, upah penangkap ayam, membayar bil elektrik dan air yang cukup tinggi dan segala kos penyelenggaraan yang lain”.
(Dipetik daripada cerpen “Kaduk, Ayam dan Raja” oleh Zurinah Hassan dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, DBP) (i) Apakah masalah yang dihadapi oleh Hakim seperti yang dinyatakan dalam
petikan?
[2 markah] ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ (ii) Jika anda adalah rakan baik Hakim, apakah cara yang boleh anda lakukan
untuk membantu Hakim? [3 markah]
______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________
(iii) Huraikan satu perwatakan Hakim yang terdapat dalam petikan di atas dan satu perwatakan lain daripada cerpen yang tidak terdapat dalam petikan.
[4 markah] ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________
LATIHAN 2 (CERPEN MUNSYI)
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Setiap kali saya meluahkan hasrat untuk bermastautin di ibu kota, bonda memberikan pelbagai alasan agar saya terus menetap di kampung halaman tercinta ini. Kata bonda, ilmu agama saya masih terlalu cetek dan nipis. Bimbang , saya akan hanyut dibawa arus hedonisme dan modenisme yang sedang melanda anak-anak muda kota. Malahan, kata bonda lagi, bahasa ibunda saya juga masih lemah. Bahasa yang membesarkan saya dengan segala adat resam dan nilai budaya warisan turun-temurun . Bahasa yang diwarisi nenek moyang sejak zaman-berzaman.
Bonda tahu, secubit ilmu yang mengisi dada saya yang kerdil ini tidak akan mampu mengekang ledakan perubahan social yang boleh meragut jati diri saya sebagai generasi bermaruah. Saya akui kebenaran kata-kata bonda tentang malapetaka yang sedang menghinggapi sekian ramai anak-anak sebangsa saya. Kebanyakannya tergadai maruah dan harga diri dek mengejar dunia yang bergelar globalisasi dalam menuju arus perdana.
“Mel, agama dan bahasa itu cermin maruah kita yang ditinggalkan nenek moyang! Jasad yang dibaluti agama serta lidah yang dilebati bahasa ibunda merupakan warisan kita yang masih ada. Andai kedua-dua sudah hilang di atas muka bumi ini, kita bukan lagi generasi bermaruah, tetapi bangsa yang dilaknati Allah”.
Pesan bonda itu kekal melebat dalam hati sanubari saya. Pesan mulus yang terpahat lama di pangkal hati. Oleh itu, saya tangguhkan berkali-kali hasrat itu. Hasrat untuk menjengah wajah kota yang pesat dengan kemajuan dan peradaban. Saya batalkan keinginan meruap-ruap dalam diri saya untuk mencari pengalaman baharu sebagai warga kota.
(Dipetik daripada cerpen “Munsyi” dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, DBP)
i. Nyatakan alasan-alasan yang telah diberikan oleh bonda setiap kali penulis meluahkan hasratnya untuk bermastautin di ibu kota. [2 markah] ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ii. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara membentuk jati diri yang
kukuh? [3 markah] ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ iii. Huraikan satu nilai kemanusiaan yang terdapat dalam petikan cerpen di atas
dan satu nilai kemanusiaan yang tidak terdapat dalam petikan.
[4 markah] ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________