• Tidak ada hasil yang ditemukan

Esei SPM Kelebihan dan Kekuatan Bahasa M

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Esei SPM Kelebihan dan Kekuatan Bahasa M"

Copied!
3
0
0

Teks penuh

(1)

Selamat pagi dan salam sejahtera diucapkan kepada Yang Berusaha Puan Pengetua Sekolah Menengah Sung Siew, Puan Poh Siew Boon, Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Ganesan, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Puan Wong Foong Meng, ketua-ketua bidang, guru-guru serta pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM sekalian. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kerana saya telah diberi peluang untuk menyampaikan teks ceramah kepada calon-calon yang bakal menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini. Pada hari yang mulia ini, saya selaku wakil badan NGO, ingin menyampaikan sebuah teks ceramah mengenai “Kekuatan dan Kelebihan Bahasa Melayu”.

Sidang hadiran sekalian,

Seperti yang kita ketahui, Bahasa Melayu telah termaktub sebagai Bahasa

kebangsaan sejak kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957 lagi. Bahasa merupakan satu simbolik perdana dalam menentukan martabat dan nilai bangsa dan negara di persada dunia. Peribahasa ada mengatakan, ‘tak kenal maka tak cinta’. Rangkai kata ini boleh dijadikan sebagai bukti bahawa kita haruslah mengenali dan menggunakan bahasa Melayu yakni bahasa kebangsaan kita untuk menyemai perasaan cinta akan negara dan menanam semangat patriotik dalam atma setiap warga Malaysia. Oleh itu, bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa rasmi dalam semua majlis rasmi yang dianjurkan oleh pihak kerajaan Malaysia. Secara tidak langsung, Bahasa Melayu sebenarnya menjadi cetusan identiti semua kaum di Malaysia. Terdapat beberapa kekuatan dan kelebihan Bahasa Melayu yang akan saya jelaskan sebentar lagi.

Kelebihan yang paling ketara ialah bahasa Melayu pernah menjadi ‘lingua franca’ iaitu bahasa perhubungan terutamanya di Nusantara. Misalnya, tatkala zaman Kesultanan Melayu Melaka, bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa perhubungan antara orang tempatan dengan pedagang-pedagang antarabangsa. Hal ini secara tidak langsung telah menyebabkan wujudnya perkahwinan campuran seperti Melayu-Cina yang lebih dikenali sebagai Baba Nyonya dan juga perkahwinan Melayu-India yang dikenali sebagai Chetti. Seorang penulis Belanda pada tahun 1726 yang bernama Francis Valentyne pernah mengatakan bahawa “barang siapa yang tidak tahu berbahasa Melayu ketika itu, dia dianggap tidak berpelajaran”. Bahasa Melayu juga telah digunakan secara meluas sebelum kedatangan penjajah Barat yang membawa bahasa Inggeris dan mempengaruhi bahasa Melayu di Tanah Melayu. Rentetan itu, Tanah Melayu telah dijadikan satu pelabuhan entreport yang amat penting ketika itu.

Para hadirin yang dihormati sekalian,

(2)

England dan lain-lain lagi. Hal ini menunjukkan bahawa bahasa Melayu tidak semestinya dituturkan dan diiktiraf di Kepulauan Melayu sahaja malah bahasa tersebut dituturkan dan diiktiraf di seluruh benua Asia. Jelaslah bahawa Bahasa Melayu merupakan bahasa yang mempunyai penutur yang banyak di dunia.

Selain itu, bahasa Melayu juga berkembang sejajar dengan perkembangan zaman. Bahasa Melayu tidak pernah lupus walaupun pernah diketepikan apabila kebanyakan negara di Asia Tenggara telah dijajah oleh pihak British. Pertembungan bahasa berlaku akibat pengaruh daripada bahasa-bahasa lain. Hal ini telah menyebabkan berlakunya peminjaman bahasa daripada bahasa-bahasa asing seperti bahasa Sanskrit, Arab dan Inggeris demi meningkatkan dan memantapkan lagi kosa kata bahasa Melayu. Mutu bahasa Melayu dinaik taraf dengan cara menyerap kemasukan kata dari bahasa asing. Misalnya, banyak istilah-istilah bahasa Inggeris yang dipinjam dan kini digunakan sejajar dengan perkembangan semasa dunia sains dan teknologi moden. Contoh-contoh bagi perkataan bahasa Inggeris yang dipinjam ialah ‘produksi’ yang diambil daripada perkataan ‘production’, ‘sistem’, ‘illustrasi’ dan ‘simulasi’. Seterusnya, banyak istilah bahasa Arab juga dipinjam terutamanya dalam bidang agama, pentadbiran dan kesusasteraan. Contoh-contoh perkataan bahasa Arab yang digunakan ialah ‘lazim’, ‘khianat’, ‘ahli’ dan ‘Ahad’. Manakala contoh-contoh perkataan yang dipinjam

daripada bahasa Sanskrit ialah ‘angkasa’, ‘aksara’, ‘bayu’ dan ‘bangsa’. Hadirin yang saya kasihi,

Tambahan pula, bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa pengantar yang utama untuk menyeragamkan sistem pendidikan di sekolah dan di pusat pengajian tinggi di Malaysia. Hal ini adalah bagi mengelakkan persengketaan antara kaum seperti peristiwa 13 Mei 1969 daripada berlaku lagi. Hal ini demikian kerana Malaysia mempunyai masyarakat yang terdiri daripada pelbagai jenis kaum. Oleh itu, penggunaan bahasa Melayu telah membantu untuk menyatupadukan kaum-kaum yang berbilang kaum di Malaysia. Melalui bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, ramai pakar ilmuan dan golongan pentadbir yang berjaya dilahirkan. Jelaslah bahawa bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa

pengantar yang utama untuk menyeragamkan sistem pendidikan di sekolah dan di pusat pengajian tinggi di Malaysia.

Lebih-lebih lagi, bahasa Melayu boleh digunakan menjadi alat untuk mencapai perpaduan nasional. Ketika zaman penjajahan British, tatkala kegiatan ekonomi orang-orang Melayu tidak mendatangkan hasil-hasil yang memberansangkan, pihak British sering

mengamalkan sikap ‘menanam tebu di bibir mulut’ sehingga mereka berjaya membawa masuk imigran-imigran Cina dan India ke Tanah Melayu. Hal ini secara tidak langsung telah melahirkan sebuah masyarakat majmuk yang terdiri daripada pelbagai jenis kaum seperti yang ada pada hari ini. Lantaran itu, bahasa kebangsaan telah bertindak sebagai ejen penyatuan dan perpaduan antara kaum di Malaysia. Bahasa Melayu yang dicapkan sebagai bahasa rasmi Malaysia telah memudahkan rakyat jelata yang majmuk untuk memahami dan berkomunikasi sesama sendiri menggunakan bahasa tersebut. Bahasa ini juga dapat

(3)

Guru-guru dan pelajar-pelajar sekalian,

Sebagai menggulung semua perkara di atas, izharlah bahawa bahasa Melayu mempunyai kelebihan dan kekuatan yang diikitiraf bukan sahaja di Asia tenggara malah di seluruh dunia. Bahasa Melayu amat penting untuk mencapai perpaduan nasional dan masih relevan untuk digunakan mengikut peredaran zaman. Besarlah harapan saya agar pelajar-pelajar sekalian bukan sekadar mengenali dan menuturkan bahasa kebangsaan kita tetapi juga memartabatkan serta menjunjung tinggi bahasa ini bagi menjaga kedaulatan bangsa dan negara. Setiap individu tidak sewajarnya memandang enteng terhadap perkara ini. Oleh itu, semua pihak harus menggembleng tenaga dalam usaha memartabatkan Bahasa Malayu agar negara kita, Malaysia, dapat ‘duduk sama rendah, berdiri sama tinggi’ setanding negara-negara maju yang lain di seantero jagat ini. Saya berharap untuk sekian kalinya agar pelajar-pelajar dapat mengambil iktibar dan melakukan anjakan paradigma bagi mengubah masa depan negara kepada sesuatu yang afdal.

Referensi

Dokumen terkait

Segala puji penulis senantiasa panjatkan atas kehadirat Allah Robbul ‘Izzati yang tiada hentinya mencurahkan rahmat dan hidayah-Nya sehingga dengan segala karunia

Proxy Server adalah sebuah komputer server atau program komputer yang dapat bertindak sebagai komputer lainnya untuk melakukan request terhadap content dari internet atau

Namun maksud utama pendidikan akhlak/moral sama, yaitu menanamkan kepercayaan peserta didik terhadap standar moral untuk kemudian mengekspresikannya menjadi sikap dan tindakan

Valbury Asia Securities or their respective employees and agents makes any representation or warranty or accepts any responsibility or liability as to, or in relation to, the

Sedangkan glasir ketiga (berkode LS – 3) yang dibuat dari campuran 50 % lumpur Sidoarjo, 20 % kapur Pecatu dan 30 % felspar Lodoyo adalah glasir tidak mengkilap (dop)

Jadi tujuan pembelajaran harus menunjukkan tingkah laku akhir atau hasil belajar yang dituntut dapat dilakukan siswa sebagai bukti usaha belajarnya telah berhasil.. KD

kepuasan wisatawan terhadap atraksi wisata di Floating Market Lembang. Data sekunder adalah data yang diperoleh dari beberapa sumber data. dan literature yang dapat mendukung

Penelitian ini merupakan penelitian tindakan kelas (PTK) yang dilaksanakan dalam tiga siklus. Subjek penelitian adalah siswa VII A SMP Negeri 4 Ponorogo yang berjumlah 36