• Tidak ada hasil yang ditemukan

35Berdasarkan pemerhatian secara bebas, pada peringkat awalnya jaringan sosial ini banyak digunakan oleh

Dalam dokumen Sphider (Halaman 39-41)

golongan remaja yang kebanyakannya terdiri daripada pelajar sekolah yang menetap di bandar-bandar besar yang sememangnya mempunyai akses kepada kemudahan internet. Mereka menggunakan jaringan sosial untuk berinteraksi sesama sendiri. Penggunaan e-mel mula digantikan dengan mesej-mesej (komen) di atas dinding (wall) yang disediakan.

Namun, trend itu dipercayai mulai berubah sejak kebelakangan ini. Ini kerana semakin ramai golongan dewasa dan organisasi perniagaan yang menggunakan media sosial ini untuk meluaskan jaringan ke peringkat global. Daripada hanya sebagai alat untuk berseronok, jaringan sosial ini digunakan untuk pelbagai tujuan termasuk pendidikan, politik dan perniagaan.

Oleh sebab itu, pemilik akaun jaringan-jaringan sosial semakin meluas yang terdiri daripada pelbagai latar belakang, termasuklah golongan profesional seperti doktor, ahli akademik, ahli perniagaan, selebriti, dan ahli politik. Malah, ramai golongan ibu bapa yang mula menyertai talian ini untuk berinteraksi dengan anak-anak yang tinggal berjauhan dengan mereka atau melanjutkan pelajaran di luar negara.

Laman-laman sebegini juga digunakan untuk mengekalkan hubungan dengan saudara-mara yang jarang ditemui kerana kekangan masa. Maka, semakin ramai yang menggunakan identiti sebenar dalam proil masing-masing. Selain itu, jaringan sosial kini semakin menarik dan tidak lagi berasaskan teks semata-mata, malah wujud juga aplikasi dalam bentuk mudah alih (mobile) dan dilengkapi dengan aplikasi tambahan seperti permainan interaktif secara realiti maya.

ANTARA YANG FAKTA

Fenomena jaringan sosial telah pun menular ke segenap lapisan masyarakat pada masa ini. Sesiapa yang tidak mempunyai atau sekurang-kurangnya tahu apa itu jaringan sosial boleh dikatakan sebagai buta IT ( Information

Technology ). Sejauh manakah kebenaran pernyataan ini adalah terpulang kepada interpretasi individu itu sendiri. Tetapi apa yang perlu dikaji, mengapakah jaringan sosial ini menjadi satu fenomena? Di manakah letaknya kelebihan jaringan sosial?

Secara umumnya, pengguna jaringan sosial menggunakan aplikasi ini sebagai satu platform membentuk kumpulan sahabat. Aplikasi jaringan sosial berupaya menemukan sahabat yang telah lama terpisah walau di mana pun beliau berada dengan syarat, sahabat tersebut juga telah mempunyai atau membuka akaun jaringan sosial yang sama. Oleh kerana inilah, walau apa jenis jaringan sosial yang digunakan, mereka menggalakkan semua pemegang akaunnya melengkapkan butir-butir peribadi secara lengkap dan telus agar mudah dikenali di kalangan sahabat-sahabat ini.

Apabila satu kumpulan telah pun dibentuk, maka disinilah fungsi e-mel yang dahulunya diutus sebagai medium penyampaian maklumat telah diambil alih oleh ‘status’ dalam fungsi jaringan sosial. Tepat, ringkas, padat, pada bila- bila masa dan ‘dengan rela’. Berita mengenai sahabat-sahabat pun boleh diketahui dengan pantas tanpa ruang lingkup

sepadan dan masa malah emosi beliau pada masa sekarang pun akan sampai ke pengetahuan yang lain.

Mengimbas sebentar mengenai masa lalu, ruangan Kembang Setaman dalam majalah ataupun ruangan personaliti menarik minat bagi mereka yang ingin menambah kenalan tetapi, dengan adanya jaringan sosial, anda akan dapat berkenalan dengan pelbagai jenis manusia dari pelbagai negara malah ramai juga yang telah ke jinjang pelamin.

Ada juga yang menjadikan aplikasi jaringan sosial sebagai medan memperjuangkan wadah dan pemikiran, berkarya dan sebagainya dan yang paling seronok (atau sebaliknya) tindak balas daripada pengikut-pengikut adalah secara serta merta melalui komen-komen yang dihantar. Efektif bukan?

Golongan usahawan adalah satu golongan yang dikira amat menikmati fenomena jaringan sosial ini. Mereka tidak perlu lagi ke lokasi mencari pasaran, membazir masa bertemu kerenah pelanggan, mengusung produk ke sana ke mari tetapi segala-galanya boleh dilakukan secara atas talian bermula dari memuat naik gambar produk jualan, informasi, tawar menawar, tempahan seterusnya membuat urus niaga malah soal jawab dan testimonial juga dapat dilakukan secara interaktif. Pengguna juga boleh mewujudkan satu kumpulan dan berkongsi pengalaman mengenai penggunaan produk-produk tertentu dan promosi boleh dilakukan dengan menjemput rakan-rakan yang lain menyertai kumpulan tersebut.

Ada juga mengatakan jaringan sosial adalah satu aplikasi yang mesra pengguna apabila membekalkan fungsi- fungsi memuat naik dan boleh berkongsi gambar, birthday reminder, berkongsi jadual peribadi, nota, menerap nilai tolong menolong dalam aplikasi sokongan yang dibekalkan.

Jaringan sosial juga boleh dikatakan menjimatkan kos apabila jemputan perkahwinan atau apa sahaja jemputan rasmi boleh hanya di ‘tag’ kepada para jemputan tanpa melibatkan kos percetakan dan pos.

Apapun manipulasi seseorang terhadap penggunaan aplikasi jaringan sosial ini, yang paling utama ianya adalah satu medium yang menyediakan segalanya secara percuma.

ANTARA YANG MAYA

Sebenarnya banyak lagi perkara-perkara positif yang boleh kita ambil menerusi arus teknologi ini selagi kita menjadikan ianya positif.

Namun, di sebalik segala kebaikan yang diikirkan sebenarnya banyak perkara-perkara negatif yang tersirat ketika kita sedang asyik menggunakan aplikasi jaringan sosial ini. Untuk memiliki satu akaun dalam jaringan sosial adalah mudah iaitu pengguna perlu melengkapkan beberapa butiran peribadi seperti tarikh lahir dan alamat e-mel yang sah. Apabila telah memiliki satu akaun, pengguna boleh menambah fakta-fakta peribadi bagi melambangkan diri empunya akaun tersebut.

Tanpa kita sedar, ramai antara rakyat Malaysia sudah pun memberikan 100 peratus info dan butir-butir diri mereka dengan TEPAT. Alasannya, semakin tepat data yang diberi semakin mudahlah rakan-rakan yang mencari akan menemui kita.

Tahukah kita bahawa semua data itu boleh diakses oleh sesetengah pihak dengan mudah? Tanpa perlu bertanya kepada kita, bos kita, rakan-rakan kita, pihak universiti kita malah keluarga kita.

Melalui jaringan sosial, ia bukan sahaja menyenaraikan fakta terkini mengenai diri kita malah sejarah kehidupan kita pada masa lampau. Terikirkah anda dengan fakta-fakta tersebut, tidak mustahil satu klon yang mampu menyamar sebagai diri kita telah lahir bagi menjalankan misi-misi yang tidak masuk akal.

Selain itu, tarikh lahir yang telah kita daftarkan secara terbuka di dalam Facebook juga mampu menjadi punca kepada banyak penyelewengan. Nombor kad pengenalan boleh dijana melalui tarikh lahir. Dengan hanya meneka kod tempat lahir serta 4 nombor terakhir di dalam kad pengenalan seseorang, keseluruhan nombor kad pengenalan boleh di dapati secara lengkap. Di dalam kebanyakan aplikasi dalam negara, nombor kad pengenalan digunakan sebagai kunci bagi sebarang urusan atau semakan. Oleh itu, berhati-hatilah.

Pengguna jaringan sosial juga dinasihatkan supaya berhati-hati di sebalik kebaikan penggunaan update status dalam sesetengah jaringan sosial. Perasaan jujur dan terlalu telus kadangkala boleh memakan diri sendiri. Kerap kali di kalangan sahabat-sahabat yang berada dalam lingkungan jaringan sosial menceritakan bahawa mereka sedang menikmati percutian, kursus, kerja luar dan sebagainya. Kita tidak tahu sejauh mana status kita itu memberi impak kepada orang-orang di sekeliling kita. Secara realitinya pernah terjadi rompakan di sebuah rumah apabila penghuninya pergi bercuti ke luar negara. Setelah dijalankan pemeriksaan, rompakan tersebut telah dilakukan oleh orang yang berada dalam jaringan sosial itu sendiri.

37

Dalam dokumen Sphider (Halaman 39-41)