• Tidak ada hasil yang ditemukan

Berdasarkan makna ini, sebarang aktiviti kerja yang dilaksanakan secara bersama-sama bolehlah dianggap sebagai bergotong-royong.

Dalam dokumen Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku (Halaman 53-66)

Amalan bergotong-royong memastikan semua kerja dapat dilaksanakan dengan cepat, mudah dan menjimatkan kos serta meriah. Sebagai contoh, majlis

perkahwinan menjadi lebih mudah untuk dilaksanakan jika semua ahli masyarakat bekerjasama melaksanakannya selain menjimatkan kos untuk mengupah orang datang memasak atau membina pelamin buat pasangan pengantin. Ringkasnya, sikap mementingkan diri dapat dihindarkan menerusi amalan yang murni ini. Di kampung-kampung, amalan ini masih lagi boleh dilihat dan berlaku sehingga hari ini. Dengan amalan ini, kita bukan sahaja dapat menjimatkan kos dan masa tetapi mengeratkan perpaduan sesama ahli masyarakat setempat kerana berlakunya interaksi ketika amaln bergotong-royong ini dilakukan.

Oleh itu, amalan ini merupakan satu tradisi mulia yang perlu dikekalkan. Kita sebagai rakyat di negara ini yang terdiri daripada pelbagai kaum perlu

mengekalkan amalan murni ini supaya satu masyarakat yang bersatu-padu mampu dihasilkan dengan mudah. Perpaduan yang selama ini wujud banyak bergantung kepada kekerapan aktiviti bergotong-royong ini dilakukan.

Memandangkan masa tidak mengizinkan saya untuk terus berkata-kata, biarlah saya mengundurkan diri dahulu.

Sekian, terima kasih

Pendidikan masa depan harus berteraskan teknologi maklumat. Sebagai pencadang, sediakan teks perbahasan anda.

Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, yang Berusaha Tuan Pegawai Pendidikan Daerah, uru Besar, guru-guru, panel hakim yang arif lagi bijaksana, serta hadirin sekalian.

Pada hari ini, saya selaku pihak pencadang ingin membahaskan tajuk yang diberikan kepada saya yakni, “Pendidikan Masa Depan Harus Berteraskan Teknologi Maklumat”.

Hadirin sekalian,

Kita semua sudah sedia maklum bahawa teknologi maklumat akan menguasai dunia. Semua teknologi yang ada kini pasti mempunyai kaitan dengan teknologi maklumat yakni memudahkan manusia untuk mendapatkan sebarang informasi di hujung jari mereka sahaja terutamanya penggunaan internet. Lantaran itu,

pendedahan akan teknologi maklumat perlulah diberikan kepada pelajar seawal mungkin.

Cara yang paling mudah adalah menjadikan teknologi maklumat sebagai perantara utama dalam sistem pendidikan engara. Pendedahan yang sebegini akan

menjadikan pelajar kita sudah biasa dengan teknologi ini lalu mereka tidak lagi berasa kekok untuk menggunakannya pada masa hadapan. Pada masa yang sama semua pelajar ini akan menjadi celik komputer yang pastinya memudahkan lagi usaha menguasai teknologi maklumat kelak.

Penggunaan teknologi maklumat terutamanya komputer dalam pembangunan negara bukanlah sesuatu yang asing terutama dalam aspek ekonomi. Semua urusan perniagaan kini mampu dilakukan menerusi komputer dengan begitu mudah dan telur. Kemampuan mendedahkan pelajar dengan teknologi maklumat di sekolah bakal menghasilkan satu sumber manusia yang sudah mahir menggunakan teknologi ini sejak muda lagi.

Sidang dewan yang dihormati,

Kita mesti menyokong sepenuhnya usaha kerajaan untuk menjadikan pendidikan masa depan berteraskan teknologi maklumat. Tindakan bijak kerajaan ini mampu menjana pertumbuhan pembangunan negara menjadi lebih rancak dan stabil pada masa mendatang berbanding negara jiran kita. Pada masa yang sama wawasan negara untuk menjadi sebuah negara maju menjelang 2020 pasti tercapai dengan mudah.

Sekian, terima kasih.

Tulis sebuah berita tentang kejadian pelajar mati lemas.

KUALA LUMPUR, 2 April – Dua pelajar mati lemas ketika berenang bersama- sama empat rakan mereka di sebuah tasik di Ampang. Mereka yang lemas itu dikenali sebagai Ahmad bin Ali dan Kamal bin Murad. Kedua-duanya berumur 13 tahun dan merupakan pelajar di Sekolah Menengah Jalan Padang Tembak di sini.

Menurut empat lagi rakan mereka yang berada di tempat itu, tragedi itu berlaku kira-kira jam 4 petang. Kedua-dua pelajar itu berenang bersama-sama rakan mereka yang lain di tasik yang sering dikunjungi oleh orang ramai terutama pada hujung minggu tetapi ketika kejadian itu tidak ada sesiapa yang datang membantu mereka.

Keempat-empat rakan mereka cuba memberi bantuan tetapi gagal untuk

menyelamatkan dua mangsa lemas tersebut. Pihak polis berjaya menjumpai mayat kedua-dua mangsa selepas empat jam menjalankan operasi mencari kerana tasik itu agak dalam dan airnya agak keruh. Faktor hujan turut melambatkan operasi

mereka juga.

Tasik itu memang menjadi tempat tumpuan masyarakat terutama pada hujung minggu. Namun, kawasan tasik itu merupakan tempat larangan berenang dan kelihatan tanda amaran diletakkan di beberapa kawasan strategik di tasik tersebut. Kebanyakan pelajar masih tidak memberi perhatian penting akan faktor

keselamatan diri mereka apabila berenang di tasik tersebut.

Pihak pengurusan tasik bercadang untuk meningkatkan tahap kelsematan di kawasan tersebut dengan menempatkan lebih ramai pengawal keselamatan untuk mengawasi tingkah laku remaja yang menyalahgunakan kemudahan di tasik tersebut.

Lengkapkan surat di bawah untuk memberitahu keluarga anda tentang kehidupan anda di asrama.

Sekolah Teknik Tuanku Jaafar, Jalan Jejaka 2, Ampangan, 45500, Seremban, Negeri Sembilan.

28 Ogos 2009. Menemui ayahanda dan bonda, semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera. Anakanda di sini dalam keadaan sihat jua.

Ayahanda,

Sudah genap sebulan anakanda berada di asrama sekolah ini. Sepanjang tempoh itu anakanda sering teringat akan kehidupan bersama-sama dengan ayahanda dan bonda tetapi anakanda sedar perpisahan ini sementara sahaja.

Untuk pengetahuan ayahanda dan bonda, pada hujung bulan April nanti, anakanda akan menduduki peperiksaan sekolah. Oleh itu, setiap hari anakanda belajar

mengulangkaji pelajaran sebaik sahaja selesai sesi persekolahan biasa. Pada sebelah malam pula anakanda dan pelajar yang lain wajib menghadiri sesi belajar yang telah ditetapkan oleh pihak pentadbir asrama ini selama dua jam setiap hari kecuali sabtu dan ahad.

Anakanda berasa gembira di asrama ini kerana kehidupan di sini memberikan satu pengalaman baru buat anakanda. Bukan sahaja anakanda belajar berdikari tetapi anakanda juga mula sedar bahawa kehidupan pada masa hadapan banyak

bergantung kepada sikap anakanda untuk menghadapi sebarang cabaran.

Rakan-rakan serta guru-guru di sini banyak memberi bantuan. Hubungan anakanda dengan mereka semua berjalan lancar dan yakin prestasi pelajaran anakanda akan semakin bertambah baik nanti.

Akhir kata, doakanlah kejayaan anakanda di sini dan anakanda akan senantiasa merindui ayahanda serta bonda di sana.

Sekian, terima kasih.

Yang benar, Mustapha Kamal

Majalah berbentuk komik ada kebaikan dan keburukannya untuk pelajar. Bincangkan.

Komik merupakan bahan bacaan yang digemari oleh remaja kini. Amalan membaca komik sudah menjadi sesuatu yang lumrah sehingga amalan ini membawa pelbagai impak kepada pelajar.

Kebaikan ketara membaca komik ialah pelajar mampu berlibur yakni berehat untuk menenangkan emosi dan jiwa mereka dengan tenang. Penggunaan gambar yang menarik dan jalan cerita yang unik menjadikan pembacaan komik satu amalan yang menghiburkan Pada masa yang sama, amalan membaca komik ini juga secara tersirat menjadikan seseorang pelajar itu minat untuk membaca.

Semakin banyak bahan komik yang dibaca sudah pasti timbul minat untuk

membaca sebarang bahan termasuklah buku teks yang pastinya memberikan kesan positif kepada pelajar kita.

Namun, komik juga membawa impak negatif yakni harga bahan bacaan berunsur komik yang begitu tinggi ini. Sudah pasti pelajar akan menghabiskan sejumlah wang yang banyak untuk membeli bahan komik ini setiap minggu atau bulan yang boleh digunakan untuk membeli keperluan penting lain juga.

Komik juga sering dianggap pencetus unsur keganasan kerana banyak aksi yang dipaparkan melambangkan aspek keganasan. Tambahan pula, keganasan ini

menyebabkan pelajar mudah terpengaruh lalu berusaha untuk menirunya sehingga menyebabkan mereka terjebak dalam aktiviti yang tidak sihat pula.

Kesimpulannya, pelajar perlu bijak untuk menilai jenis komik yang sesuai untuk dibaca oleh mereka. Pelajar harus sedar bahawa sebarang pembacaan perlulah berlandaskan rasa bertanggungjawab dan memberi informasi yang berguna.

Karangan 23

Andaikan anda seekor arnab. Tulis riwayat hidup kamu.

Nama saya arnab perang tetapi kadangkala saya mendengar orang memanggil saya dengan nama sicomel. Kehidupan saya banyak di sebuah kedai haiwan. Setahu saya, sejak kecil lagi saya sudah berada di kedai ini.

Saya ditempatkan di dalam sebuah sangkar yang agak besar bersendirian. Keadaan sangkar itu juga bersih kerana pemilik kedai ini sering menjaga binatang

peliharaannya dengan baik. Di sebelah sangkar saya tinggal seekor arnab lain yang dikenali sebagai arnab telinga panjang dan di sebelah kiri saya pula sangkar seekor arnab berwarna hitam.

Suatu hari saya telah dibawa keluar dari sangkar itu dan dibawa pulang oleh seorang lelaki. Sebaik sahaja tiba di rumah lelaki itu, saya terus diberikan kepada seorang budak perempuan. Mungkin umur budak itu antara 8-11 tahun. Budak itu terus memeluk saya dengan kuat dan mencium muka saya.

Sejak hari itu saya terus tinggal di rumah besar itu. Kawasan sangkar saya pula agak besar malah lebih besar daripada tempat lama saya itu. Setiap hari budak perempuan itu akan memastikan sangkar saya mempunyai bekalan air dan makanan yang cukup. Saya juga sering kali dimandikan olehnya. Kadangkala budak itu menggunakan sejenis cecair yang menyebabkan bulu saya berwarna wangi.

Sesungguhnya, kehidupan saya di tempat baru ini memang menarik kerana saya sedar budak itu begitu memahami dan menjaga keselesaan hidup saya. Mungkin saya akan hidup lama di rumah ini.

Karangan 24

Anda telah terpilih untuk menyertai pertandingan syarahan antara

kelas. Tajuk syarahan itu ialah “Ke

burukan Siaran Televisyen Kepada Kanak-

kanak.”. Tulis teks syarahan anda selengkapnya.

Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, Guru Besar, guru-guru, dan rakan-rakan sekalian. Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah “Keburukan Siaran Televisyen Kepada Kanak-kanak.”

Hadirin sekalian,

Akibat pembangunan negara yang begitu pesat hampir semua penduduk negara ini sudah memiliki televisyen di rumah mereka. Televisyen sudah diketahui mampu bertindak sebagai alat penyebaran maklumat yang berkesan kepada negara ini. Pada masa yang sama unsur hiburan turut ditimbulkan oleh televisyen menerusi penyiaran program dalam dan luar negara itu.

Namun, peranan televisyen yang membawa kebaikan itu turut menyelitkan impak buruk yang ketara kepada kanak-kanak di negara ini. Kebanyakan program yang ditayangkan itu merupakan program import yang memaparkan pelbagai unsur ganas yang tidak sesuai untuk ditonton oleh kanak-kanak seperti rompakan dan pembunuhan. Sikap menonton program ini dengan kerap akan menyebabkan kanak-kanak cuba meniru aksi tersebut.

Selain itu, televisyen menyebabkan kanak-kanak menghabiskan terlalu banyak masa dengan menonton tanpa membuat sebarang aktiviti yang berfaedah seperti membuat kerja sekolah mereka. Alasan menonton program kesukaan mereka sering menjadi alasan yang menyebabkan banyak aktiviti lain terganggu. Keadaan ini boleh menyebabkan prestasi peperiksaan mereka menurun lalu menimbulkan pelbagai kesan negatif kepada kanak-kanak itu pada masa hadapan pula.

Hadirin yang dihormati,

Semua pihak terutama ibu bapa perlu sedar akan pentingnya sikap mengawal amalan menonton televisyen ini dengan lebih baik. Ibu bapa harus mengutamakan program yang mampu menambahkan pengetahuan dan memupuk sikap baik dalam diri kanak-kanak kerana kanak-kanak merupakan pemimpin negara pada masa hadapan. Kita perlu sedar bahawa rancangan televisyen dapat mempengaruhi

fikiran dan tindakan kanak-kanak. Oleh itu, pilihlah rancangan televisyen yang sesuai untuk ditonton oleh kanak-kanak.

Karangan 25

Anda telah terpilih untuk menyertai pertandingan syarahan antara kelas. Tajuk syarahan itu ialah

“Keburukan Siaran Televisyen

Kepada Kanak-

kanak.”. Tulis teks syarahan anda selengkapnya.

Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, Guru Besar, guru-guru, dan rakan-rakan sekalian. Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah “Keburukan Siaran Televisyen Kepada Kanak-kanak.”

Hadirin sekalian,

Akibat pembangunan negara yang begitu pesat hampir semua penduduk negara ini sudah memiliki televisyen di rumah mereka. Televisyen sudah diketahui mampu bertindak sebagai alat penyebaran maklumat yang berkesan kepada negara ini. Pada masa yang sama unsur hiburan turut ditimbulkan oleh televisyen menerusi penyiaran program dalam dan luar negara itu.

Namun, peranan televisyen yang membawa kebaikan itu turut menyelitkan impak buruk yang ketara kepada kanak-kanak di negara ini. Kebanyakan program yang ditayangkan itu merupakan program import yang memaparkan pelbagai unsur ganas yang tidak sesuai untuk ditonton oleh kanak-kanak seperti rompakan dan pembunuhan. Sikap menonton program ini dengan kerap akan menyebabkan kanak-kanak cuba meniru aksi tersebut.

Selain itu, televisyen menyebabkan kanak-kanak menghabiskan terlalu banyak masa dengan menonton tanpa membuat sebarang aktiviti yang berfaedah seperti membuat kerja sekolah mereka. Alasan menonton program kesukaan mereka sering menjadi alasan yang menyebabkan banyak aktiviti lain terganggu. Keadaan ini boleh menyebabkan prestasi peperiksaan mereka menurun lalu menimbulkan pelbagai kesan negatif kepada kanak-kanak itu pada masa hadapan pula.

Hadirin yang dihormati,

Semua pihak terutama ibu bapa perlu sedar akan pentingnya sikap mengawal amalan menonton televisyen ini dengan lebih baik. Ibu bapa harus mengutamakan program yang mampu menambahkan pengetahuan dan memupuk sikap baik dalam diri kanak-kanak kerana kanak-kanak merupakan pemimpin negara pada masa

hadapan. Kita perlu sedar bahawa rancangan televisyen dapat mempengaruhi fikiran dan tindakan kanak-kanak. Oleh itu, pilihlah rancangan televisyen yang sesuai untuk ditonton oleh kanak-kanak.

Karangan 26

Sejak akhir-akhir ini, masyarakat begitu bimbang tentang masalah salah laku yang melanda pelajar-pelajar. Tulis sebuah karangan tentang cara-cara mengatasi masalah tersebut.

Masalah salah laku dalam kalangan murid memang semakin membimbaangkan terutama di kawasan bandar. Media massa sering menjadikan isu salah laku pelajar ini sebagai berita utama mereka. Pada masa yang sama wujud pelbagai langkah yang boleh dilakukan untuk mengatasi kemelut sosial yang melanda golongan muda negara ini.

Tindakan yang paling efektif ialah pelajar-pelajar perlu diberikan pendedahan motivasi. Langkah ini mampu menguatkan jati diri pelajar supaya lebih tabah menghadapi dugaan kehidupan remaja yang penuh cabaran. Pelajar juga boleh diselitkan dengan pendedahan ilmu keagamaan dan moral yang tinggi.

Malah, pihak sekolah perlu menyediakan perkhidmatan kaunseling yang berkualiti di sekolah mereka. Semua pelajar yang sejak awal dikesan bakal mempunyai masalah salah laku perlu menghadiri sesi kaunseling yang konsisten. Pengawasan sebegini memastikan gejala ini mampu ditangani sejak awal lagi.

Selain itu, pihak berkuasa turut boleh memainkan peranan dengan mengawal penyiaran unsur-unsur hiburan yang tidak bermoral terutama di media massa. Kawalan yang ketat memastikan media massa tidak menyiarkan sebarang budaya negatif yang boleh ditiru oleh golongan muda ini pula. Kerajaan harus memandang jauh dalam usaha menangani kemelut sosial ini.

Tambahan pula, sikap pelajar itu sendiri perlu berubah. Semua pelajar harus memiliki jati diri yang utuh untuk menghalang mereka terjebak ke dalam masalah salah laku ini. Pelajar harus bijak menilai perkara yang buruk dan baik lalu

membuat keputusan dengan sebaik mungkin.

Kesimpulannya, masalah salah laku dalam kalangan pelajar di negara ini harus ditangani secara holistik. Semua pihaak perlu bekerjasama melaksanakan perana mereka baik ibu bapa, kerajaan dan pelajar itu sendiri. Pelajar merupakan

Karangan 27

Tulis sebuah karangan yang bertajuk “Cara

-cara Menggunakan

Dalam dokumen Karangan Terbaik UPSR Drpd E Buku (Halaman 53-66)