Pak Kamal seorang pesawah yang tidak memiliki pendidikan tinggi. Dia tidak mahu anak tunggalnya itu menjalani kehidupan yang serupa dengannya. Pak
Kamal lebih suka melihat Ali berjaya dalam hidupnya dan memiliki pelajaran yang baik.
Jadi, setiap hari Pak Kamal dan isterinua akan bekerja keras di sawah untuk memastikan Ali mampu ke sekolah. Mereka sanggup berlapar dan tidak memiliki pakaian yang banyak asalkan anak mereka itu mampu ke sekolah setiap hari. Mereka sanggup berkorban apa-apa sahaja demi kejayaan Ali yang merupakan anak tunggal mereka.
Kini, Pak Kamal dan isterinya boleh berbangga kerana Ali menjadi satu-satunya penduduk kampung mereka yang berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading. Ali berjaya dipilih untuk memasuki kursus perubatan di sebuah universiti terkenal negara.
Sebaik sahaja tamat pengajiannya, Ali telah berjaya mendapat kerja sebagai doktor di sebuah hospital swasta yang terkenal. Gaji bulannya begitu lumayan. Jauh lebih banyak daripada pendapatan ayahnya itu sehingga Ali sudah mampu untuk
membeli sebuah kereta dan rumah dalam masa tidak sampai setahun sahaja. Namun, kebahagian yang dijangkakan oleh Pak Kamal dan isterinya tidak kesampaian kerana kehidupan di kota telah menyebabkan Ali lupa
tanggungjawabnya kepada keluarga. Dia tidak lagi pulang melawat ibubapanya di kampung. Dia tidak mengenang jasa dan pengorbanan ayah serta ibunya itu. Pak Kamal sedar bahawa anak yang dahulunya disanjung atas kejayaanya itu kini menjadi seperti kacang lupakan kulit. Apabila teringatkan anaknya itu, Pak Kamal menangis tetapi dia dan isterinya masih berdoa agar Ali akan berasa insaf lalu pulang ke pangkuan mereka.
Anda telah menyaksikan satu kebakaran. Ceritakan pengalaman anda menangani situasi tersebut.
Aku masih tidak dapat melupakan peristiwa kebakaran yang berlaku pada bulan lepas. Setiap kali membaca akhbar tentang kejadian kebakaran fikiran ini terus teringat akan kejadian itu. Masalah ini berterusan kerana aku terlibat secara langsung dalam peristiwa tersebut.
Peristiwa kebakaran itu berlaku pada waktu petang hari Ahad minggu terakhir pada bulan lepas itu. Ketika itu, aku berada di satu simpang jalan menuju ke arah
rumahku. Tiba-tiba sahaja, aku terdengar jeritan orang ramai meminta pertolongan kemudian perkataan api berulang kali pula berkumandang. Rupa-rupanya, jeritan itu datangnya dari sebuah rumah di deret rumah yang berada di tepi jalan itu. Tanpa membuang masa, aku segera menelefon pihak bomba dengan menggunakan telefon bimbit yang diberikan oleh ibu tadi. Kemudian, aku menuju ke rumah yang sedang terbakar itu. Ketika aku sampai, sudah ada beberapa jiran yang sibuk
mengangkat keluar beberapa peralatan elektrik dari rumah tersebut. Aku
membantu mereka. Ada juga beberapa orang yang hanya duduk melihat sahaja. Kemudian kedengaran bunyi siren bomba. Pasukan bomba begitu pantas bertindak kerana dalam masa tidak sampai 10 minit sahaja api yang sedang marak di
bahagian atas rumah itu sudah berjaya dipadamkan oleh mereka. Menurut jiran- jiran, kebakaran itu berlaku akibat litar pintas.
Aku bersyukur kerana dapat membantu mangsa kebakaran dengan segera membuat panggilan kepada pihak bomba. Semua penghuni rumah itu dalam keadaan
selamat. Hanya bahagian atas rumah itu sahaja yang terbakar teruk. Aku difahamkan jiran-jiran kawasan itu telah memberi bantuan kewangan kepada mangsa kebakaran itu.
Anda sebagai wakil murid tahun enam dikehendaki berucap dalam satu majlis perpisahan antara guru dengan murid-murid tahun enam. Tulis ucapan itu selengkapnya.
Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, guru-guru, dan rakan sekalian. Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan.
Ribuan terima kasih kepada pihak sekolah kerana menjemput saya sebagai wakil murid tahun enam untuk berucap dalam majlis yang meriah lagi bermakna ini. Hadirin,
Guru-guru sekolah ini telah mendidik dan membimbing kami demi kejayaan pada masa hadapan. Oleh itu, kami akan sentiasa mengenang dan menghargai jasa guru sekalian. Kami tidak sekali-kali akan menjadi seperti “kacang lupakan kulit”. Tanpa guru siapalah kami.
Selain itu, kami berjanji akan terus belajar dengan tekan sehingga mencapai kejayaan dalam peperiksaan akan datang. Walaupun kita akan terpisah, harapan kami semua ialah guru-guru tidak akan melupakan kami begitu sahaja. Bak kata pepatah “jauh di mata dekat di hati”.
Guru-guru dan rakan-rakan,
Kami berjanji akan mengingati semua nasihat guru terutama nasihat agar menjadi insan yang berguna buat agama, masyarakat dan negara ini. Kami berharap agar guru sekalian sentiada mendoakan kejayaan kami dalam segenap lapangan yang kami ceburi.
Akhir kata, kami memohon maaf aras semua kesilapan yang kami lakukan sepanjang kami belajar di sini.
Sekian, terima kasih.
Sebagai ketua murid, anda telah dipilih untuk memberi ucapan bersempena dengan sambutan Hari Guru. Lengkapkan ucapan di bawah.
Yang Dimuliakan Tuan Pengerusi Majlis, Tuan Guru Besar, guru-guru yang dikasihi serta rakan sekalian. Selamat sejahtera saya ucapkan.
Hadirin yang dikasihi,
Pada pagi yang penuh bermakna ini, saya mewakili pelajar tahun enam sekolah ini mengucapkan selamat hari guru kepada guru-guru yang kami semua kagumi. Didikan guru-guru semua telah banyak memberi kesedaran kepada kami semua. Kami mengucapkan berbanyak-banyak terima aksih kepada guru yang begitu tekun dan sabar serta dedikasi mendidik kami untuk memperoleh ilmu pengetahuan. Guru-guru bekerja mendidik kami tanpa mengharapkan sebarang balasan pun. Namun, berkat ketekunan guru-guru semua, kami telah berjaya mencapai kejayaan demi kejayaan dalam peperiksaan kami. Semua kejayaan ini tidak akan berlaku tanpa kewujudan guru-guru semua.
Kami berharap guru-guru akan terus berkhidmat untuk mendidik anak bangsa yang amat memerlukan bantuan ini. Tanpa pertolongan guru-guru semua, kami boleh diumpamakan sebagai anak ayam kehilangan ibu.
Akhir sekali, kami mengucapkan selamat hari guru kepada guru-guru yang dikasihi.