Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, guru besar, para guru serta rakan sekalian. Izinkan saya menyampaikan satu syarahan bertajuk “Cara-cara Menjadi Murid cemerlang”.
Hadirin,
Kecemerlangan pasti mampu meningkatkan imej seseorang murid tersebut. Oleh itu, setiap murid harus tahu cara-cara tertentu untuk mencapai kecemerlangan pendidikan ini.
Langkah awal ialah setiap murid perlu sedar akan kelemahan diri mereka.
Kefahaman akan kelemahan diri ini membolehkan murid menyedari subjek yang perlu diberi penekanan lebih mendalam. Oleh itu, murid akan belajar secara sistematik bagi menangani kelemahan tersebut.
Selain itu, murid harus memiliki jadual belajar yang efektif. Kewujudan jadual sebegini menjadikan murid tahu masa yang sesuai untuk melakukan pelbagai aktiviti yang bukan sahaja berkaitan dengan pelajaran tetapi aktiviti lain yang turut penting seperti berbual-bual dengan rakan dan bersukan. Kepatuhan mematuhi jadual ini menjadikan murid akan mengalami satu kehidupan belajar yang seimbang.
Hadirin yang budiman,
Setiap murid juga semestinya memiliki satu teknik ulang kaji yang berkesan. Semua subjek harus diteliti dan latihan yang cukup dilaksanakan untuk memastikan murid memahami subjek itu secara mendalam. Latihan yang
sistematik menjadikan murid lebih yakin untuk menghadapi peperiksaan kelak. Malah, aspek kesihatan diri secara peribadi harus ditekankan. Amalan pemakanan seimbang bersama-sama ketenangan emosi penting dalam kejayaan seseorang murid itu. Keadaan ini boleh menjadikan murid lebih yakin dan tenang
Sesungguhnya, kecemerlangan tidak mungkin diperoleh dengan mudah sahaja. Semua murid harus berusaha dan mematuhi amalan-amalan positif tertentu. Tanpa usaha sudah pasti kejayaan tidak akan muncul begitu sahaja.
Sekian sahaja syarahan saya pada kali ini. Terima kasih.
Persatuan Bahasa Malaysia sekolah anda akan mengadakan lawatan ke Pulau Pinang. Selaku pengerusi persatuan, anda dikehendaki menulis sepucuk surat kepada Guru Besar sekolah anda untuk meminta kebenaran untuk mengadakan lawatan tersebut.
Persatuan Bahasa Malaysia,
Sekolah Kebangsaan Taman Merdeka, 45000, Batu Berendam,
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Taman Merdeka, 45000, Batu Berendam,
Melaka 28 SEPTEMBER 2009 Tuan,
Memohon Kebenaran Melawat ke Pulau Pinang
Merujuk perkara di atas, saya selaku Pengerusi Persatuan Bahasa Malaysia sekolah ini ingin memohon kebenaran daripada pihak tuan untuk membuat lawatan ke Pulau Pinang pada cuti semester pertama akan datang ini.
2. Tujuan kami mengadakan lawatan tersebut adalah untuk melihat tempat-tempat bersejarah yang terdapat di Pulau Pinang. Lawatan ini juga akan meluaskan lagi pengetahuan murid tentang kepelbagaian kaum di negara ini. Pulau Pinang
merupakan antara negeri yang memiliki kaum-kaum yang unik untuk dilihat oleh murid sekolah ini.
3. Rombongan ini akan meliputi 20 orang murid tahun enam dan diiringi 4 orang guru. Kami berjanji akan mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Kami juga akan mengikuti semua arahan guru pengiring kelak.
4. Kami berharap agar pihak tuan dapat mempertimbangkan dan meluluskan permohonan kami ini secepat mungkin. Hal ini kerana kami memerlukan masa untuk membuat semua persiapan sebelum mengadakan lawatan tersebut seperti aspek meminta kebenaran daripada pihak ibu bapa pula.
Sekian, terima kasih. Yang menjalankan tugas, azman
(AZMAN MOHAMAD) Pengerusi,
Persatuan Bahasa Malaysia,
Karangan 12
Jalan raya di kampung kamu telah rosak. Sebagai wakil penduduk, anda ingin mengemukakan permohonan membaiki jalan. Tulis sepucuk surat kepada Jabatan Kerja Raya untuk menyatakan permohonan kamu itu.
Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, Kampung Pandan Indah Batu 25, 3200, Cheras, Selangor.
Jurutera Daerah,
Jabatan Kerja Raya Daerah Cheras, Kompleks Bangunan Sultan Ismail, Jalan Aman 2,
43200, Cheras,
Selangor. 29 SEPTEMBER 2009. Tuan,
Memohon Membaiki Jalan Raya
Berhubung perkara di atas, saya mewakili penduduk Kampung Pandan Indah Batu 25 memohon jasa baik pihak tuan agar dapat membaiki jalan raya yang sudah rosak di kampung kami ini.
2. Jalan raya di kampung kami ini telah rosak akibat terlalu banyak lori berat yang menggunakannya untuk mengangkut pasir ke kawasan pembangunan di kampung sebelah. Keadaan ini menjadi semakin serius kerana musim hujan yang baharu sahaja tamat bulan lalu menjadikan kawasan tepi jalan raya itu berlopak dan mula berlubang.
3. Akibat kerosakan jalan raya itu beberapa kemalangan kecil telah berlaku. Malah, kami mula berasa bimbang kerana banyak anak-anak penduduk kami
menggunakan jalan tersebut untuk ke sekolah mereka. Kami bimbang jika sesuatu yang buruk akan menimpa mereka kerana keadaan jalan raya yang sudah begitu teruk itu.
4. Bukan sahaja masalah jalan raya ini menyusahkan pelajar ke sekolah tetapi juga buat kami yang hendak pergi ke tempat kerja kerana jalan raya itu merupakan satu- satunya jalan yang menghubungkan kampung ini dengan kawasan lain. Saban hari kami terpaksa lebih berwaspada apabila menggunakan jalan raya itu untuk
mengelakkan lubang dan sebagainya.
5. Besarlah harapan kami agar pihak tuan dapat membaiki jalan raya di kampung kami ini dengan segera.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
KAMAL AHMAD ( KAMAL AHMAD) Wakil Penduduk,
Kampung Pandan Indah Batu 25, Cheras.
Tulis sepucuk surat kepada kenalan kamu di luar negara untuk menceritakan tentang perayaan yang telah kamu sambut.
No.227, Jalan Cheras 2/3, Taman Cheras Aman, 45600, Cheras, Selangor. 27 September 2009.
Menemui sahabatku, Melisa Kwong yang kini berada di Taiwan dengan selamatnya.
Saudari,
Surat saudari yang bertarikh 28 Ogos 2009 itu telah lama saya terima. Maafkan saya kerana terlewat membalas surat saudari itu kerana kesibukan saya menyambut Hari Raya Adilfitri. Untuk pengetahuan saudara, saya dan keluarga di sini
semuanya dalam keadaan yang sihat.
Jadi, untuk warkah kali ini saya berhasrat untuk menceritakan tentang Hari Raya Adilfitri yang telah saya sambut baru-baru ini. Untuk makluman saudari, umat islam meraya perayaan ini pada 1 Syawal yakni kalendar Islam. Sebelum kami menyambut perayaan ini, semua umat Islam akan berpuasa selama sebulan. Pada hari perayaan itu, saya dan ayah serta abang akan bersama-sama pergi ke masjid yang berdekatan rumah saya untuk bersembahyang. Biasanya ketika inilah kami meluahkan rasa syukur kerana berjaya melengkapkan puasa dan mampu menyambut perayaan pula. Biasanya masjid akan dipenuhi dengan orang ramai ketika ini.
Satu perkara yang unik tentang perayaan ini ialah umat Islam akan membuat rumah terbuka yakni semua kaum boleh datang ke rumah orang Islam dan bersama-sama menyambut perayaan ini. Jadi, ramai jiran dan sahabat saya yang datang ke rumah saya pada perayaan tersebut. Biasanya emak saya akan
menyediakan pelbagai juadah makanan untuk dihidangkan kepada tetamu yang datang sambil berbual-bual.
Saya juga akan pergi melawat rumah kawan-kawan saya pada hari perayaan itu. Saya berasa gembira kerana perayaan ini biasanya disambut dalam suasana yang meriah dan ceria lalu memberikan satu kepuasan dalam hidup.
Itu sahaja yang dapat saya ceritakan tentang perayaan yang telah saya sambut itu. Semoga kita akan bertemu lagi.
Sekian, terima kasih.
Yang benar, Kamaluddin
Balas surat kepada rakan anda untuk memberitahunya tentang persediaan anda menghadapi peperiksaan akhir tahun
.
No.228, Jalan Cheras 12, Taman Cheras Utama, 45600, Cheras, Selangor. 29 September 2009. Ke hadapan saudara Kamal yang kini berada di Pulau Pinang, semoga saudara dan keluarga berada dalam keadaan sihat sejahtera.
Saudara,
Surat yang saudara kirimkan itu telah saya terima pada minggu lalu. Saya berasa amat kagum akan persediaan yang telah saudara ambil khas untuk mengharungi peperiksaan akhir tahun pada bulan Oktober nanti. Sememangnya saudara berfikiran jauh.
Untuk makluman saudara, saya juga sudah mula membuat persediaan dalam menghadapi peperiksaan tersebut. Tindakan awal saya ialah dengan membuat jadual belajar di rumah. Semua masa yang telah ditetapkan dalam jadual itu sudah saya patuhi agar proses ulang kaji saya lebih berkualiti dan konsisten.
Pada masa yang sama, saya juga mengikuti kelas tambahan yang disediakan oleh pihak sekolah saya. Kelas ini diadakan setiap hari Isnin bermula jam 4 petang hingga 6 petang. Kelas tambahan ini saya gunakan untuk mengukuhkan lagi kemahiran saya untuk menjawab soalan peperiksaan kelak.
Selain itu, saya juga telah menubuhkan satu kumpulan belajar. Kumpulan ini terdiri daripada empat pelajar sekelas saya dan kami bertemu dua kali seminggu yakni pada hari jumaat dan sabtu setiap jam 8 malam hingga 10 malam di rumah saya. Kami berbincang dan bertukar-tukar pendapat supaya mampu menambahkan pengetahuan bersama.
Saya amat yakin jika saya berusaha lebih gigih, saya boleh memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun kelak lalu memberi sedikit harapan kepada ibu bapa saya.
Sekian sahaja buat kali ini. Terima kasih.
Yang benar, Yusuf
Karangan 15
Tulis berita tentang satu rompakan yang berlaku di sebuah kedai runcit.
KUALA LUMPUR, 28 SEPTEMBER – Satu rompakan telah berlaku di sebuah kedai runcit di Jalan Handal, Taman Seri Maju. Rompakan tersebut telah dilakukan oleh dua lelaki dalam lingkungan umur 30-an pada petang semalam.
Menurut pemilik kedai runcit itu, rompakan itu berlaku ketika dia sedang melayan seorang pelanggannya. Mereka terkejut apabila didatangi oleh dua lelaki itu yang bersenjatakan sebilah parang dan kapak. Perompak-perompak itu berjaya
merampas wang hasil jualan hari itu bernilai hampir RM500. Pemilik kedai runcit itu pada mulanya enggan menyerahkan wang tersebut tetapi setelah perompak memberi amaran akan mencederakan pelangganya, dia terpaksa menyerahkan wang tersebut.
Kejadian yang berlaku dalam masa 10 minit itu merupakan kejadian pertama yang menimpa kedai runcit tersebut. Pihak polis yang datang membuat siasatan
kemudian mengesahkan bahawa dua lelaki dalam lingkungan umur 30-an sedang diburu oleh pihak polis. Kedua-dua perompak tersebut dipercayai masih lagi bersembunyi di kawasan berhampiran kerana semua kawasan keluar dari kawasan itu sudah dikawal oleh pihak polis.
Pihak polis meminta bantuan orang ramai untuk menghubungi pihak polis jika mereka ternampak dua lelaki yang mencurigakan di kawasan mereka dengan segera.
Karangan 16
Di kawasan tempat tinggal anda satu pasar tani telah dianjurkan. Gambarkan suasana di pasar tani tersebut.
Kampung saya, Kampung Merdeka merupakan lokasi pasar tani sejak beberapa tahun yang lalu. Pemilihan kampung saya mungkin ada kaitan dengan
kedudukannya yang strategik kerana berdekatan dengan kampung-kampung lain dan juga bandar Melaka.
Setiap awal pagi Ahad, kampung saya akan dikunjungi para petani dan peniaga. Semua sudah atau sibuk memasang dan menyusun barang jualan mereka. Ada juga yang sedang memasak dan menggoreng pelbagai jenis masakan untuk dijual
kepada pengunjung nanti. Kelihatan juga beberapa kenderaan terutama van diletakkan di tepi gerai mereka.
Menjelang jam 9 pagi, sudah mula kelihatan pengunjung memenuhi tapak pasar tani itu. Ketika inilah para peniaga sibuk berkempen untuk memastikan barangan mereka laris dijual. Suasana mula menjadi riuh-rendah dengan suara peniag-
peniaga ini. Manakala kawasan lalu lintas di situ mula menjadi sesak dengan orang ramai berasak-asak membeli-belah.
Kebanyak pengunjung yang datang ke situ suka memilih dan menawar harga terutama sayur-sayuran dan buah- buahan serta barangan keperluan harian lain. Ada juga yang hanya datang untuk menjamu selera sambil beriadah bersama-sama keluarga mereka. Suasana riuh-rendah tadi akan mula berkurangan menjelang waktu tengah hari.
Ketika waktu inilah, para peniaga mula mengemaskan barangan mereka dan pulang ke rumah masing-masing dengan penuh kegembiraan melihat keuntungan yang diperoleh tadi.
Karangan 17
Persatuan Bahasa Malaysia sekolah anda telah mengadakan lawatan ke Tanah Tinggi Cameron. Selaku setiausaha persatuan, tulis laporan tentang lawatan itu. Laporan Lawatan ke Tanah Tinggi Cameron
Pada 28 September 2007, sebanyak 25 orang ahli Persatuan Bahasa Malaysia, sekolah Kebangsaan Damai, Klang telah mengadakan lawatan ke Tanah Tinggi Cameron. Kami bertolak dari sekolah tepat jam 6.30 pagi bersama-sama lima guru pengiring.
Tempat lawatan kami yang pertama ialah kebun sayur. Kami begitu kagum melihat keluasan kawasan kebun itu bersama-sama dengan kepelbagaian jenis sayur yang ditanam. Antaranya ialah kubis, lobak merah, cili dan sawi. Semua tanaman itu kelihatan segar dan lebih besar daripada kebiasaan yang kami nampak di pasar biasa.
Kemudian, kami melawat pula ke bunga. Sebaik sahaja sampai, semua pelajar berasa begitu gembira kerana melihat keindahan bunga yang pelbagai warna itu. Puan Erra iaitu salah seorang guru pengiring kami telah membeli beberapa jambak bunga ros untuk hiasan di rumahnya kelak. Kami mengambil banyak gambar di kebun bunga yang memang indah itu.
Lawatan kami yang seterusnya ialah lading teh. Penyelia lading itu telah membawa kami berjalan ke kawasan ladang sambil menerangkan jenis-jenis pokok teh dan proses menghasilkan teh. Penerangan yang diberikan itu telah banyak memberikan informasi baru kepada kami tentang teh. Ladang itu memiliki banyak pekerja. Sebelum balik ke Klang, kami telah menghabiskan masa dengan berkelah di kawasan air terjun. Di situ, kami sedang mandi-manda dan menikmati bekalan yang sudah dibawa. Setelah berada hampir sejam di kawasan itu, bas kami bertolak ke Klang dan sampai di Bandar itu menjelang jam 8 malam.
Sebenarnya, lawatan ini telah banyak memberi pengetahuan dan pengalaman baru kepada pelajar semua. Kami bercadang utnuk melawat ke tempat lain pula
Laporan disediakan oleh, 28 Oktober 2008. Kamal Sulaiman
(Kamal bin Sulaiman) Setiausaha
Persatuan Bahasa Malaysia,
Sekolah Kebangsaan Damai, Klang.
Tulis sebuah syarahan yang bertajuk “Faedah Bergoyong
-royong:.Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, barisan
hakim yang arif lagi bijaksana, Guru Besar, guru-guru, dan para hadirin.
Ada pagi yang mulia ini, saya akan menyampaikan sebuah syarahan
yang bertajuk “Faedah Bergotong-royong”.
Hadirin sekalian,
Menurut Kamus Dewan 2009, konsep gotong-royong membawa maksud
mengerjakan atau mengusahakan sesuatu secara bersama-sama.
Berdasarkan makna ini, sebarang aktiviti kerja yang dilaksanakan secara
bersama-sama bolehlah dianggap sebagai bergotong-royong.Amalan bergotong-royong memastikan semua kerja dapat dilaksanakan dengan cepat, mudah dan menjimatkan kos serta meriah. Sebagai contoh, majlis
perkahwinan menjadi lebih mudah untuk dilaksanakan jika semua ahli masyarakat bekerjasama melaksanakannya selain menjimatkan kos untuk mengupah orang datang memasak atau membina pelamin buat pasangan pengantin. Ringkasnya, sikap mementingkan diri dapat dihindarkan menerusi amalan yang murni ini. Di kampung-kampung, amalan ini masih lagi boleh dilihat dan berlaku sehingga hari ini. Dengan amalan ini, kita bukan sahaja dapat menjimatkan kos dan masa tetapi mengeratkan perpaduan sesama ahli masyarakat setempat kerana berlakunya interaksi ketika amaln bergotong-royong ini dilakukan.
Oleh itu, amalan ini merupakan satu tradisi mulia yang perlu dikekalkan. Kita sebagai rakyat di negara ini yang terdiri daripada pelbagai kaum perlu
mengekalkan amalan murni ini supaya satu masyarakat yang bersatu-padu mampu dihasilkan dengan mudah. Perpaduan yang selama ini wujud banyak bergantung kepada kekerapan aktiviti bergotong-royong ini dilakukan.
Memandangkan masa tidak mengizinkan saya untuk terus berkata-kata, biarlah saya mengundurkan diri dahulu.
Sekian, terima kasih