• Tidak ada hasil yang ditemukan

PI BOND, PISBF, PIINFBF, PISTBF, PSKF, PI INCOME (i) Had Tebaran Pelaburan

781.4 BATASAN PELABURAN

PI BOND, PISBF, PIINFBF, PISTBF, PSKF, PI INCOME (i) Had Tebaran Pelaburan

Pelaburan

Had

(% daripada NAB dana masing-masing) Nilai pelaburan dalam debentur Islam yang diterbitkan oleh mana-mana

penerbit tunggal

≤ 20%

Nota: Had penerbit tunggal boleh ditingkatkan kepada 30% sekiranya debentur Islam ditarafkan oleh mana-mana agensi penarafan domestik atau global sebagai yang berkualiti terbaik dan menawarkan keselamatan yang lebih tinggi

80

Pelaburan

Had

(% daripada NAB dana masing-masing) Bagi pelaburan dalam derivatif

Islam:-(i) pendedahan kepada aset sokongan

(ii) nilai urus niaga derivatif OTC Islam dengan mana-mana pihak tunggal

≤ had tebaran pelaburan yang disyaratkan dalam bahagian ini

≤ 10%

Nilai pelaburan dalam produk berstruktur Islam yang diterbitkan oleh pihak tunggal

≤ 15%

Nilai agregat bagi pelaburan dalam debentur Islam, instrumen pasaran wang Islam, akaun pelaburan Islam dan/atau deposit Islam, derivatif OTC Islam dan produk berstruktur Islam yang diterbitkan oleh atau ditempatkan dengan, mengikut keadaan, mana-mana penerbit/institusi tunggal

≤ 25%

Nota: Had ini boleh ditingkatkan kepada 30% daripada NAB dana masing-masing jika had penerbit tunggal ditingkatkan kepada 30%.

Nilai pelaburan dalam unit mana-mana skim pelaburan kolektif patuh Syariah

≤ 20%

Nilai pelaburan dalam debentur Islam yang diterbitkan oleh mana-mana kumpulan syarikat

≤ 30%

(ii) Had Tumpuan Pelaburan

Pelaburan Had

Pelaburan dalam debentur Islam ≤ 20% daripada debentur Islam

yang diterbitkan oleh mana-mana penerbit tunggal Pelaburan dalam instrumen pasaran wang Islam ≤ 10% daripada instrumen yang

diterbitkan oleh mana-mana penerbit tunggal.

Nota: Had ini tidak diguna pakai untuk instrumen pasaran wang Islam yang tidak mempunyai saiz terbitan yang ditentukan sebelumnya.

Pelaburan dalam skim pelaburan kolektif patuh Syariah ≤ 25% daripada unit dalam mana-mana skim pelaburan kolektif.

(iii) Had Pendedahan

Pelaburan

Had

(% daripada NAB dana masing-masing) Nilai pelaburan dalam sekuriti patuh Syariah tidak tersenarai ≤ 10%

Nota: Had pendedahan tidak diguna pakai

untuk:-(i) Debentur Islam yang didagangkan di pasaran OTC tersusun; dan (ii) Produk berstruktur Islam.

Pelaburan

Had

(% daripada NAB dana masing-masing) Nilai pegangan dalam pelaburan asing

(i) PI BOND, PSKF and PISBF (ii) PIINFBF dan PISTBF

≤ 30%

≤ 25%

Pendedahan daripada kedudukan derivatif Islam ≤ NAB dana pada setiap masa

PIEBF

(i) Had Tebaran Pelaburan

Pelaburan Had

(% daripada NAB dana) Nilai pelaburan dalam debentur Islam yang diterbitkan oleh mana-mana

penerbit tunggal

≤ 20%

Nota: Had penerbit tunggal boleh ditingkatkan kepada 30% sekiranya debentur Islam ditarafkan oleh mana-mana agensi penarafan domestik atau global sebagai yang berkualiti terbaik dan menawarkan keselamatan yang lebih tinggi bagi pembayaran keuntungan dan modal yang tepat pada masanya.

Nilai pelaburan dalam saham biasa patuh Syariah yang diterbitkan oleh mana-mana penerbit tunggal

≤ 10%

Nilai penempatan dalam akaun pelaburan Islam dan/atau deposit Islam dengan mana-mana institusi tunggal

≤ 20%

Nilai agregat pelaburan dana dalam sekuriti patuh Syariah boleh pindah, instrumen pasaran wang Islam, akaun pelaburan Islam dan/atau deposit Islam, yang diterbitkan oleh atau ditempatkan dengan, mengikut keadaan, mana-mana penerbit/institusi tunggal

≤ 25%

Nota: Had ini boleh ditingkatkan kepada 30% daripada NAB dana jika had penerbit tunggal ditingkatkan

kepada 30%.

Nilai pelaburan dalam unit mana-mana skim pelaburan kolektif patuh Syariah

≤ 20%

Nilai pelaburan dalam debentur Islam yang diterbitkan oleh mana-mana kumpulan syarikat

≤ 30%

Nilai pelaburan dalam sekuriti patuh Syariah boleh pindah (selain daripada sukuk) dan instrumen pasaran wang Islam yang diterbitkan oleh mana-mana kumpulan syarikat

≤ 20%

82

(ii) Had Tumpuan Pelaburan

Pelaburan Had

Pelaburan dalam debentur Islam ≤ 20% daripada debentur Islam

yang diterbitkan oleh mana-mana penerbit tunggal Pelaburan dalam sekuriti patuh Syariah boleh pindah (selain daripada

sukuk)

≤ 10%

Pelaburan dalam instrumen pasaran wang Islam ≤ 10% daripada instrumen yang diterbitkan oleh mana-mana

penerbit tunggal.

Nota: Had ini tidak diguna pakai untuk instrumen pasaran wang Islam yang tidak mempunyai saiz terbitan yang ditentukan sebelumnya.

Pelaburan dalam skim pelaburan kolektif patuh Syariah ≤ 25% daripada unit dalam mana-mana satu skim

pelaburan kolektif.

(iii) Had Pendedahan

Pelaburan Had

(% daripada NAB dana) Nilai pelaburan dalam sekuriti patuh Syariah tidak tersenarai ≤ 10%

Nota: Had pendedahan ini tidak diguna pakai untuk debentur Islam yang didagangkan di pasaran OTC tersusun

Nilai pegangan dalam pelaburan asing ≤ 30%

Pendedahan daripada kedudukan derivatif Islam ≤ NAB dana pada setiap masa

Dana Pasaran Wang

(i) Had Tebaran Pelaburan

Pelaburan Had

(% daripada NAB dana) Nilai pelaburan dalam debentur Islam dan instrumen pasaran wang Islam

yang diterbitkan oleh mana-mana penerbit tunggal

≤ 20%

Nota: Had boleh ditingkatkan kepada 30% sekiranya debentur Islam ditarafkan oleh mana-mana agensi penarafan domestik atau global sebagai yang berkualiti terbaik dan menawarkan keselamatan yang tinggi bagi pembayaran keuntungan dan prinsipal tepat pada masanya.

Pelaburan Had

(% daripada NAB dana) Nilai penempatan dalam akaun pelaburan Islam dan/atau deposit Islam di

mana-mana institusi kewangan tunggal

≤ 20%

Nilai pelaburan dalam debentur Islam dan instrumen pasaran wang Islam yang diterbitkan oleh mana-mana kumpulan syarikat yang diterbitkan oleh mana-mana kumpulan syarikat

≤ 30%

Nilai pelaburan dalam unit mana-mana skim pelaburan kolektif patuh Syariah

≤ 20%

(ii) Had Tumpuan Pelaburan

Pelaburan Had

Pelaburan dalam debentur Islam ≤ 20% daripada sekuriti yang

diterbitkan oleh mana-mana penerbit tunggal Pelaburan dalam instrumen pasaran wang Islam ≤ 20% daripada sekuriti yang

diterbitkan oleh mana-mana penerbit tunggal.

Pelaburan dalam skim pelaburan kolektif patuh Syariah ≤ 25% daripada unit dalam mana-mana satu skim pelaburan

kolektif.

(iii) Had Pendedahan

Pelaburan Had

(% daripada NAB dana)

Nilai pelaburan dalam pelaburan yang dibenarkan ≥ 90%

Nilai pelaburan dalam pelaburan yang dibenarkan dengan baki tempoh kematangan tidak melebihi 365 hari

≥ 90%

Nilai pelaburan dalam pelaburan yang dibenarkan dengan baki tempoh kematangan melebihi 365 hari tetapi kurang daripada 732 hari

≤ 10%

Penarafan kredit minimum untuk pelaburan PIMMF dalam sukuk, pada titik pembelian

(i) Instrumen bertempoh panjang (ii) Instrumen bertempoh pendek

A P1

(Seperti yang dinilai oleh RAM atau dinilai setaraf dengannya oleh agensi penarafan beriktikaf yang lain)

Nota: Pelaburan yang dibenarkan untuk PIMMF merujuk kepada sukuk, instrumen pasaran wang Islam, akaun pelaburan Islam dan deposit Islam di institusi kewangan berlesen.

84

Had dan batasan yang dinyatakan di atas harus dipatuhi sepanjang masa berdasarkan nilai dana masing- masing yang paling terkini, dan nilai pelaburan serta instrumennya. Walau bagaimanapun, kelonggaran 5 peratus lebihan bagi mana-mana had atau batasan mungkin dibenarkan apabila had atau batasan dilanggar disebabkan oleh kenaikan dan penurunan nilai dalam setiap pelaburan atau instrumen dana, atau disebabkan penebusan unit atau pembayaran yang dibuat daripada dana. Pengurus harus, dalam satu tempoh yang wajar yang tidak melebihi 3 bulan daripada tarikh pelanggaran tersebut, mengambil langkah dan tindakan untuk membetulkan pelanggaran ini.

Walau bagaimanapun, had dan batasan ini tidak diguna pakai untuk sekuriti yang diterbitkan atau dijamin oleh Kerajaan atau Bank Negara Malaysia.

1.5 PENILAIAN UNTUK PELABURAN YANG DIBENARKAN

Ekuiti, waran dan opsyen patuh Syariah tersenarai (yang diluluskan sebagai patuh Syariah oleh Penasihat Syariah dana) – penilaian adalah berdasarkan harga pasaran di bursa masing-masing. Sekiranya tidak terdapat harga pasaran atau penilaian berdasarkan harga pasaran tidak mewakili nilai berpatutan pelaburan, sekuriti akan dinilai pada nilai berpatutan, seperti mana yang ditentukan secara jujur oleh Pengurus, berdasarkan kaedah atau asas yang diluluskan oleh pemegang amanah selepas perundingan teknikal yang bersesuaian.

Ekuiti patuh Syariah tidak tersenarai – nilai berpatutan adalah berdasarkan kepada kaedah yang diterima oleh Pengurus, disahkan oleh juruaudit dan diluluskan oleh pemegang amanah.

Sukuk tersenarai dan tidak tersenarai – untuk sukuk tersenarai, harga dagangan terakhir yang disebut di bursa yang diiktiraf akan digunakan. Sekiranya tidak terdapat harga pasaran atau penilaian berdasarkan harga pasaran tidak mewakili nilai berpatutan sukuk, sukuk akan dinilai pada nilai berpatutan, seperti mana yang ditentukan dengan suci hati oleh Pengurus, berdasarkan kaedah atau asas yang diluluskan oleh pemegang amanah selepas perundingan teknikal yang bersesuaian.

Bagi sukuk tidak tersenarai dalam sebutan RM, penilaian akan dilakukan secara harian menggunakan nilai harga berpatutan yang disebut oleh Agensi Penghargaan Bon (BPA) yang berdaftar dengan SC. Sekiranya Pengurus berpendapat bahawa harga yang disebut oleh BPA untuk sesuatu sukuk adalah berbeza daripada ‘harga pasaran’

melebihi 20 mata asas, Pengurus boleh menggunakan ‘harga pasaran’ asalkan Pengurus menepati keperluan yang ditentukan oleh SC. Harga pasaran bagi sukuk berpunca daripada sebut harga pasaran yang diperoleh daripada panel sekurang-kurangnya tiga buah institusi kewangan yang aktif yang dikawal oleh Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan/atau Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (FSA/IFSA). Sukuk tidak tersenarai lain termasuk sukuk tidak tersenarai asing akan dinilai secara harian berdasarkan nilai berpatutan mengikut rujukan kepada purata hasil indikatif yang disebut oleh tiga buah institut bebas dan mantap.

Surat dagangan Islam – surat dagangan Islam dinilai pada hasil pembelian dengan keuntungan yang diakru setiap hari.

Instrumen pasaran wang Islam – Instrumen pasaran wang Islam termasuk sijil hutang Islam boleh niaga dinilai pada hasil pasaran berdasarkan baki harian sehingga kematangan.

Akaun pelaburan Islam dan deposit Islam – nilai pelaburan sebegini akan ditentukan setiap hari dengan merujuk pada nilai nominal dan keuntungan terakru padanya untuk tempoh yang berkaitan.

Unit dalam skim pelaburan kolektif patuh Syariah lain – harga belian balik seunit yang terakhir yang disiarkan atau jika tidak tersedia, unit akan dinilai pada nilai berpatutan ditentukan secara jujur oleh Pengurus, berdasarkan kaedah atau asas yang diluluskan oleh pemegang amanah selepas perundingan teknikal yang bersesuaian.

Kontrak niagaan ke depan pertukaran asing (diluluskan sebagai patuh Syariah oleh Penasihat Syariah dana) – semua kontrak niagaan ke depan pertukaran asing (diluluskan sebagai patuh Syariah oleh Penasihat Syariah dana) adalah ditandakan-pada-pasaran secara harian dan dinilai pada nilai berpatutan menggunakan kadar ke depan baki tempoh matang.

Kontrak niagaan ke depan (diluluskan sebagai patuh Syariah oleh Penasihat Syariah dana) – semua kontrak niagaan ke depan (diluluskan sebagai patuh Syariah oleh Penasihat Syariah dana) adalah ditandakan-pada-pasaran pada akhir setiap hari dagangan. Sebarang keuntungan atau kerugian dinyatakan dengan serta-merta apabila ditandakan ke pasaran.

Sekuriti patuh Syariah yang digantung – akan dinilai pada harga tergantungnya kecuali jika terdapat bukti mencukupi bagi menunjukkan yang nilai saham seperti ini jatuh ke bawah harga tergantungnya, di mana nilainya akan ditentukan dalam cara yang dipersetujui oleh Pengurus dan pemegang amanah.

Semua sekuriti dan aset patuh Syariah asing ditukarkan kepada RM berdasarkan kadar pertukaran bida yang disebut oleh Thomson Reuters/Bloomberg pada pukul 4:00 petang waktu United Kingdom pada hari yang sama.

1.6 PROSES SARINGAN SYARIAH BAGI DANA

Pelaburan dana dalam ekuiti tidak tersenarai di pasaran domestik dan asing akan dipilih menurut ekuiti yang dikelaskan sebagai patuh Syariah oleh Penasihat Syariah. Untuk membolehkan ekuiti dikaji oleh Penasihat Syariah, pengurus dana pertamanya, akan mengenal pasti ekuiti yang memenuhi kriteria pelaburannya.

Semua dokumen berkaitan dengan maklumat terkini berhubung aktiviti perniagaan, penyata kewangan dan maklumat berkaitan lain akan dikemukakan kepada Penasihat Syariah untuk proses saringan saham Syariah yang melibatkan analisis kuantitatif dan kualitatif.

Bagi ekuiti domestik tersenarai, rujukan dibuat kepada senarai ekuiti patuh Syariah yang ditetapkan oleh SACSC setiap setengah tahun. Bagi pelaburan dana dalam ekuiti tidak tersenarai di pasaran domestik, Penasihat Syariah akan menggunakan pendekatan kuantitatif dua peringkat berdasarkan penanda aras aktiviti perniagaan dan nisbah kewangan dalam menentukan status Syariah ekuiti tersebut. Bagi penanda aras aktiviti perniagaan, sumbangan aktiviti tidak patuh Syariah seperti perbankan dan insurans konvensional, perjudian, arak, khinzir dan makanan serta minuman tidak halal, tembakau, pendapatan faedah, dividen dari pelaburan tidak patuh Syariah, hiburan tidak patuh Syariah dan aktiviti berkaitan lain yang dianggap tidak patuh Syariah, kepada pendapatan kumpulan atau keuntungan kumpulan sebelum cukai mesti kurang daripada 5%. Bagi sumbangan dagangan saham, perniagaan pembrokeran saham dan sewa yang diterima daripada aktiviti tidak patuh Syariah kepada pendapatan kumpulan atau keuntungan kumpulan sebelum cukai mesti kurang daripada 20%. Bagi penanda aras nisbah kewangan, Penasihat Syariah akan menentukan sama ada nisbah kewangan (iaitu hutang dan nisbah tunai tidak patuh Syariah ialah kurang daripada 33%) daripada ekuiti, mematuhi nilai ambang kewangan tersebut. Selain daripada kriteria kuantitatif dua peringkat, Penasihat Syariah juga akan meneliti aspek kualitatif yang termasuk persepsi orang awam terhadap imej syarikat daripada perspektif pengajaran Islam.

Bagi ekuiti asing tersenarai, rujukan akan dibuat berdasarkan senarai indeks Islam yang diluluskan pada setiap bulan. Bagi pelaburan dana dalam ekuiti tersenarai dan tidak tersenarai di pasaran asing yang tidak terdapat dalam senarai indeks Islam yang diluluskan, Penasihat Syariah akan mengguna pakai pendekatan dua peringkat iaitu saringan berdasarkan sektor dan saringan berdasarkan perakaunan, untuk menentukan status Syariah ekuiti tersebut. Bagi saringan berdasarkan sektor, aktiviti perniagaan teras yang berkait pengiklanan dan media, arak, pengklonan, perbankan dan insurans konvensional, perjudian, khinzir, pornografi , tembakau dan dagangan emas serta perak pada asas tunai tertunda adalah tidak bersesuaian untuk pelaburan Islam. Bagi saringan berdasarkan perakaunan, Penasihat Syariah akan menentukan sama ada nisbah hutang konvensional, nisbah tunai konvensional, nisbah akaun belum terima dan nisbah pendapatan tidak dibenarkan mematuhi nilai ambang kewangan yang diluluskan oleh indeks Islam yang dilanggan oleh dana. Penanda aras ini mungkin berbeza menurut perkembangan pasaran modal Islam dan bidang kuasa penyedia indeks Islam yang dirujuk.

Sekiranya terdapat pengiraan yang gagal memenuhi penanda aras kewangan, Penasihat Syariah tidak akan memberi status patuh Syariah kepada ekuiti tersebut. Untuk memastikan pematuhan yang ketat dengan keperluan Syariah, ekuiti asing yang diluluskan oleh Penasihat Syariah akan dikaji dua kali setahun.

Pelaburan dana dalam sukuk domestik akan dipilih daripada senarai sukuk yang tersedia di laman web SC.

Pelaburan dana dalam sukuk asing akan dipilih selepas perundingan dengan Penasihat Syariah. Bagi memastikan pematuhan ketat kepada keperluan Syariah, Penasihat Syariah akan mengkaji maklumat memorandum atau prospektus sukuk asing untuk maklumat berkenaan kelulusan Syariah dan fatwa yang mengesahkan sukuk tersebut. Penasihat Syariah akan mengkaji struktur, kontrak, aset dan terma terbitan sukuk asing untuk memastikan bahawa ia mematuhi prinsip Syariah.

86