• Tidak ada hasil yang ditemukan

➢ Sukuk korporat

PUBLIC ISLAMIC MONEY MARKET FUND (PIMMF) Kategori Dana Pasaran wang Islam

1.2 FAKTOR RISIKO

Risiko Umum

1. Risiko pasaran: Risiko pasaran merujuk kepada kemungkinan pelaburan akan kehilangan nilai akibat penurunan umum dalam kewangan yang disebabkan oleh keadaan ekonomi, politik dan/atau lain-lain faktor-faktor yang akan menyebabkan penurunan dalam NAB dana.

2. Risiko kecairan: Risiko kecairan merujuk kepada kemudahan untuk mencairkan aset bergantung kepada jumlah aset yang diniagakan di pasaran. Jika dana memegang aset yang tidak cair atau sukar untuk dilupuskan, nilai dana akan menerima kesan negatif apabila aset tersebut terpaksa dijual pada harga yang kurang memuaskan.

3. Risiko pengurus: Risiko ini merujuk kepada pengurusan harian dana oleh pengurus dana yang akan memberi kesan terhadap prestasi dana. Contohnya, keputusan pelaburan yang dibuat oleh pengurus dana berkait peruntukan aset dan pilihan saham yang mungkin tidak sejajar dengan penggerakan pasaran, atau ketidakpatuhan dengan peraturan, dan dasar serta prosedur dalaman, boleh menjejaskan prestasi dana

4. Risiko pembiayaan pinjaman/margin: Risiko ini berlaku apabila pelabur mengambil pinjaman/pembiayaan margin untuk membiayai pelaburan mereka. Risiko yang wujud apabila melabur menggunakan wang yang dipinjam, termasuk pelabur tidak dapat membayar pinjaman. Sekiranya unit digunakan sebagai sandaran, pelabur mungkin terpaksa menampung lebihan bayaran bulanan sekiranya harga unit yang jatuh ke tahap tertentu disebabkan keadaan pasaran. Sekiranya tidak, unit mungkin dijual pada nilai aset bersih seunit yang lebih rendah berbanding nilai aset bersih seunit pada titik pembelian bagi melangsaikan pinjaman tersebut.

Pengurus tidak menggalakkan amalan pembiayaan pinjaman untuk membeli dana amanah saham.

5. Risiko ketidakpatuhan dengan keperluan Syariah: Bagi dana patuh Syariah, risiko ini merujuk kepada risiko di mana kemungkinan ekuiti patuh Syariah yang sedang dipegang oleh dana dikategorikan semula sebagai tidak patuh Syariah semasa kajian semula secara berkala ke atas ekuiti yang dijalankan oleh SACSC, Penasihat Syariah atau lembaga Syariah indeks Islam yang berkaitan. Jika ini berlaku, Pengurus akan mengambil langkah yang perlu untuk melupuskan ekuiti tersebut. Mungkin terdapat kerugian melepas ke atas dana kerana dana tidak dibenarkan untuk menyimpan lebihan keuntungan modal yang diperoleh daripada pelupusan ekuiti tidak patuh Syariah. Nilai dana mungkin terjejas teruk sekiranya pelupusan ekuiti tidak patuh Syariah pada harga yang lebih rendah daripada kos pelaburan. (Sila rujuk halaman 86 bagi Proses Pembersihan Dana).

Risiko Tertentu Dana

Dana Ekuiti, Aset Campuran dan Seimbang

1. Risiko sekuriti tertentu: Harga sesuatu sekuriti tertentu mungkin berubah sebagai tindak balas kepada keadaan yang memberi kesan kepada syarikat individu. Oleh itu, penggerakan harga yang buruk sesuatu sekuriti tertentu di mana dana melabur boleh menjejaskan NAB dan harga unit dana.

2. Risiko sekuriti tidak tersenarai: Risiko ini berkait dengan pelaburan dalam sekuriti yang tidak disenaraikan di bursa sekuriti, seperti saham syarikat yang tidak tersenarai. Pelaburan dalam sekuriti tidak tersenarai mungkin menyebabkan dana tertakluk kepada risiko kecairan semasa sekuriti dilupuskan dan mungkin menjejaskan nilai dana.

3. Risiko kadar faedah: Risiko kadar faedah merujuk kepada kesan perubahan kadar faedah ke atas penilaian sukuk dan aset cair Islam. Apabila kadar faedah meningkat, harga sukuk secara umumnya akan merosot dan ini akan mengurangkan nilai pasaran pelaburan dana di dalam sukuk. Keadaan

74

4. Risiko kredit: Risiko kredit berkaitan dengan kedudukan kredit penerbit sukuk atau aset cair Islam yang bergantung kepada kemampuan penerbit untuk membuat pembayaran keuntungan dan/atau prinsipal tepat pada masanya. Sekiranya penerbit sukuk atau aset cair Islam mungkir dalam pembayaran keuntungan dan/atau prinsipal, nilai dana mungkin akan terjejas.

5. Risiko mata wang: Jika dana melabur dalam mata wang asing atau aset yang diukur dalam mata wang asing, dana mungkin akan terdedah kepada risiko turun naik mata wang. Jika nilai mata wang denominasi pelaburan menyusut berbanding dengan mata wang tempatan, NAB dana boleh terjejas, begitu juga sebaliknya. Bagi mengurangkan risiko tersebut, dana mungkin mengguna pakai strategi perlindungan nilai. Walau bagaimanapun, dana tidak akan mendapat manfaat daripada sebarang potensi peningkatan jika mata wang bergerak ke arah bertentangan dengan strategi perlindungan nilai.

6. Risiko negara: Dana dengan pelaburan asing mungkin akan terjejas oleh perubahan keadaan ekonomi dan politik, sekatan penghantaran balik mata wang atau perkembangan lain dalam undang-undang atau peraturan negara-negara di mana dana melabur. Sebagai contoh, keadaan ekonomi sesebuah negara yang merosot boleh memudaratkan nilai pelaburan dana di negara-negara tersebut. Ini seterusnya boleh mnyebabkan NAB dana atau harga unit jatuh.

Dana serantau/negara yang melabur sebahagian besar NAB di pasaran asing mungkin akan lebih merasakan kesan perubahan keadaan politik dan ekonomi rantau/negara tersebut.

7. Risiko Industri/Sektor: Risiko industri/sektor timbul apabila dana yang kebanyakannya dilaburkan di dalam industri atau sektor tertentu. Disebabkan tahap kepelbagaian yang rendah oleh industri/sektor, dana mungkin lebih mudah terdedah kepada faktor yang berkaitan industri/sektor tertentu di mana pelaburan dibuat. Bagi PISSF, sebarang perubahan material yang berkaitan dengan sektor yang mana dana melabur boleh memberikan kesan buruk terhadap NAB dana.

8. Risiko berkait pelaburan dalam waran patuh Syariah: Harga pasaran waran patuh Syariah yang dipegang oleh dana mungkin terjejas oleh perubahan harga pasaran sekuriti sokongan dan juga harga laksana dan tarikh luput waran patuh Syariah. Sesuatu penggerakan yang buruk dalam harga pasaran waran patuh Syariah mungkin akan menjejaskan NAB dan harga unit dana.

Dana Sukuk/Pendapatan Tetap

1. Risiko kadar faedah: Risiko kadar faedah merujuk kepada kesan perubahan kadar faedah ke atas penilaian sukuk dan aset cair Islam. Apabila kadar faedah meningkat, harga sukuk pada umumnya akan merosot dan ini akan mengurangkan nilai pasaran pelaburan dana di dalam sukuk. Keadaan bertentangan akan berlaku apabila kadar faedah jatuh. Pulangan pelaburan dana dalam aset cair Islam bergerak selaras dengan kadar faedah. Penurunan kadar faedah akan mengurangkan pulangan dari pelaburan dana dalam aset cair Islam. Sebagai contoh, apabila kadar faedah jatuh, penempatan deposit Islam akan dilaburkan semula pada kadar faedah yang lebih rendah dan mengakibatkan pulangan yang lebih rendah kepada dana.

2. Risiko kredit: Risiko kredit berkaitan dengan kedudukan kredit penerbit sukuk atau aset cair Islam yang bergantung kepada kemampuan penerbit untuk membuat pembayaran keuntungan dan/atau prinsipal tepat pada masanya. Sekiranya penerbit sukuk atau aset cair Islam mungkir dalam pembayaran keuntungan dan/atau prinsipal, nilai dana mungkin akan terjejas

3. Risiko Industri/Sektor: Risiko industri/sektor timbul apabila dana yang kebanyakannya dilaburkan di dalam industri atau sektor tertentu. Disebabkan tahap kepelbagaian yang rendah oleh industri/sektor, dana mungkin lebih mudah terdedah kepada faktor yang berkaitan industri/sektor tertentu di mana pelaburan dibuat. Bagi PIINFBF, sebarang perubahan material yang berkaitan dengan sektor yang mana dana melabur boleh memberikan kesan buruk terhadap NAB dana

Dana Pasaran wang

1. Risiko kadar faedah: Risiko kadar faedah merujuk kepada kesan perubahan kadar faedah ke atas penilaian sukuk dan aset cair Islam. Apabila kadar faedah meningkat, harga sukuk secara umumnya akan merosot dan ini akan mengurangkan nilai pasaran pelaburan dana di dalam sukuk. Keadaan bertentangan akan berlaku apabila kadar faedah jatuh. Pulangan pelaburan dana dalam aset cair Islam bergerak selaras dengan kadar faedah. Penurunan kadar faedah akan mengurangkan pulangan dari pelaburan dana dalam aset cair Islam. Sebagai contoh, apabila kadar faedah jatuh, penempatan deposit Islam akan dilaburkan semula pada kadar faedah yang lebih rendah dan mengakibatkan pulangan yang lebih rendah kepada dana.

2. Risiko kredit: Risiko kredit berkaitan dengan kedudukan kredit penerbit sukuk atau aset cair Islam yang bergantung kepada kemampuan penerbit untuk membuat pembayaran keuntungan dan/atau prinsipal tepat pada masanya. Sekiranya penerbit sukuk atau aset cair Islam mungkir dalam pembayaran keuntungan dan/atau prinsipal, nilai dana mungkin akan terjejas.

Strategi Pengurusan Risiko

Dana Ekuiti, Aset Campuran dan Seimbang

Peruntukan aset, pengurusan kecairan dan strategi pempelbagaian yang digunakan adalah tertumpu kepada usaha untuk menguruskan risiko yang dihadapi oleh dana.

Untuk mengurangkan risiko yang timbul daripada kemudahubahan ketara semasa penggerakan pasaran buruk, pendedahan mata wang asing dan penggerakan kadar faedah asing, dana akan menggunakan strategi lindung nilai kontrak niagaan ke depan pertukaran asing (diluluskan sebagai patuh Syariah oleh Penasihat Syariah dana) (bagi dana bukan KWSP-SPA, dana mungkin akan menggunakan kontrak niagaan ke depan dan opsyen (diluluskan sebagai patuh Syariah oleh Penasihat Syariah dana)). Penyertaan dalam instrumen ini untuk tujuan lindung nilai dan pelaburan dalam waran akan dinilai pada asas berterusan dan diuruskan dengan sewajarnya memandangkan ia berpotensi meningkatkan kemudahubahan pulangan dana.

Untuk menguruskan risiko kredit, analisis kredit dijalankan dan penarafan kredit institusi kewangan diawasi secara berterusan. Dana akan memberikan tumpuan terhadap sekuriti yang diterbitkan oleh syarikat dengan kedudukan kewangan yang mantap yang mana nisbah penggeran dan nisbah perlindungan faedah adalah pada tahap munasabah bagi industri di mana syarikat penerbit beroperasi.

Dana Sukuk

Proses pengurusan risiko ditumpukan kepada pengurusan kesan perubahan dalam aliran kadar faedah dan profi l risiko kredit penerbit sukuk individu.

Pengurus dana akan mengguna pakai pelbagai strategi pelaburan, seperti pembelbagaian portfolio dan peruntukan aset yang berbeza di antara sukuk jangka panjang dan sukuk jangka pendek dan instrumen pasaran wang Islam untuk melaraskan risiko dan ciri-ciri pulangan dana. Untuk menguruskan risiko kredit, analisis kredit dijalankan dan penarafan kredit institusi kewangan diawasi pada asas berterusan. Dana akan memberikan tumpuan terhadap sekuriti yang diterbitkan oleh syarikat dengan kedudukan kewangan yang mantap yang mana nisbah penggeran dan nisbah perlindungan faedah adalah pada tahap munasabah bagi industri di mana syarikat penerbit beroperasi.

Untuk mengurangkan risiko yang timbul daripada pendedahan mata wang asing dan penggerakan kadar faedah asing, dana akan menggunakan strategi lindung nilai kontrak niagaan ke depan pertukaran asing (diluluskan sebagai patuh Syariah oleh Penasihat Syariah dana) (bagi dana bukan KWSP-SPA, dana mungkin akan menggunakan kontrak niagaan ke depan dan opsyen (diluluskan sebagai patuh Syariah oleh Penasihat Syariah dana)). Penyertaan dalam instrumen ini untuk tujuan lindung nilai akan dinilai pada asas berterusan memandangkan ia berpotensi meningkatkan kemudahubahan pulangan dana.

76

Dana Pasaran Wang

Pada dasarnya, dana telah distrukturkan di mana ia dihadkan kepada instrumen dengan tempoh kematangan yang singkat bagi mengurangkan kesan perubahan dalam kadar faedah terhadap prestasi dana. Instrumen pasaran wang diterbitkan oleh institusi kewangan berlesen dengan penarafan gred pelaburan. Sekiranya penarafan kredit institusi kewangan tersebut diturunkan, dana akan mengambil langkah untuk mengurangkan pendedahan kepada institusi tersebut. Risiko kredit dianggap terhad di mana pelaburan di dalam sukuk mesti mempunyai penarafan kredit minimum A untuk instrumen jangka panjang dan P1 untuk instrumen jangka pendek pada titik pembelian. Sekiranya penarafan kredit sukuk tersebut diturunkan di bawah gred pelaburan minimum yang ditetapkan, Pengurus akan mengambil langkah wajar untuk melupuskan aset yang terdedah risiko tersebut. Walau bagaimanapun, untuk melindungi kepentingan dana, Pengurus berkuasa untuk mempertimbangkan semua faktor yang relevan yang menjejaskan nilai berpatutan pelaburan tersebut melalui proses penilaian kredit dalaman sebelum membuat keputusan berkenaan cara dan jangka masa pelupusan tersebut.