• Tidak ada hasil yang ditemukan

984.1 PROFIL KORPORAT PUBLIC MUTUAL

Dana yang disenaraikan di dalam Prospektus Induk ini diuruskan oleh Public Mutual, anak syarikat milik penuh Public Bank. Public Mutual merupakan pengurus dana berlesen dan Penyedia Skim Persaraan Swasta (PRS) dan pengurus amanah saham swasta terbesar dari segi NAB. Diperbadankan pada 21 Julai 1975 di bawah nama lamanya iaitu Kuala Lumpur Mutual Fund Berhad, Public Mutual memulakan operasinya pada 2 Julai 1980 dan merupakan perintis terawal dalam industri ini.

Ahli Lembaga Pengarah

Tan Sri Dato’ Sri Dr. Teh Hong Piow – Pengarah Bukan Bebas (Pengerusi) Tan Sri Dato’ Sri Tay Ah Lek – Pengarah Bukan Bebas

Dato’ Sri Lee Kong Lam – Pengarah Bukan Bebas

Dato’ (Dr) Haji Mohamed Ishak Bin Haji Mohamed Ariff – Pengarah Bebas En. Quah Poh Keat – Pengarah Bukan Bebas

Dato’ Mohammed Najeeb Bin Abdullah – Pengarah Bebas Dato’ Mohd Hanif Bin Sher Mohamed – Pengarah Bebas

Cik Yeoh Kim Hong – Ketua Pegawai Eksekutif / Pengarah Eksekutif Bukan Bebas

4.2 FUNGSI, TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGURUS

Fungsi, tugas dan tanggungjawab Pengurus termasuk, tetapi tidak terhad kepada

berikut:-• memastikan bahawa dana amanah saham diuruskan di dalam lingkungan Surat Ikatan, undang-undang sekuriti dan garis panduan yang berkaitan sepanjang masa;

• menyediakan sokongan pelanggan bagi memberikan khidmat terbaik kepada kehendak pemegang unit;

• memaklumkan pemegang unit berhubung pengurusan dan prestasi dana melalui laporan interim dan laporan tahunan;

• memastikan bahawa kepentingan pemegang unit dipelihara dan dilindungi sebaiknya sepanjang masa.

Pengurus tidak terlibat di dalam sebarang dakwaan dan timbang tara, sama ada sebagai plaintif atau defendan, dan tidak mengetahui akan sebarang tindakan undang-undang, sama ada tergantung atau terancam atau apa-apa fakta yang mungkin menyebabkan tindakan undang-undang yang boleh membawa kesan penting dan buruk kepada perniagaan atau kedudukan kewangannya.

4.3 JAWATANKUASA PELABURAN

Jawatankuasa Pelaburan menyelia proses pelaburan dana. Fungsi terperinci Jawatankuasa Pelaburan adalah seperti berikut:

• Menyemak prestasi dan peruntukan portfolio/aset dana.

• Menyemak prestasi pasaran dan prospek masing-masing.

• Menyemak dan meluluskan strategi portfolio yang dicadangkan oleh Pengurus Dana dan pasukannya.

4.4 PROFIL KAKITANGAN PELABURAN UTAMA

Pasukan Pelaburan Public Mutual yang terdiri daripada lebih daripada 20 orang pengurus portfolio serta pasukan penyelidikan yang terdiri daripada lebih daripada 30 orang juru analis penyelidikan yang diketuai oleh Pengurus Besar Kanan – Bahagian Pelaburan yang melaporkan secara langsung mengenai pengurusan dana kepada Ketua Pegawai Eksekutif.

Profi l kakitangan utama pasukan Pelaburan ialah seperti berikut:

Pengurus Besar Kanan – Bahagian Pelaburan

En. Lum Ming Jang – En. Lum telah memperoleh CMSRL beliau pada 31 Disember 2004.

En. Lum Ming Jang memiliki ijazah kepujian Perakaunan dari National University of Singapore dan merupakan seorang Juruanalisis Kewangan Berkanun. Beliau menyertai Public Mutual pada 2001 sebagai Pengurus Kanan – Penyelidikan Pelaburan dan menjawat jawatan Pengurus Kanan – Pengurusan Dana dan pengurus dana lantikan bersama bagi beberapa dana pada 2003. Beliau dinaikkan pangkat kepada Pengurus Besar – Pelaburan pada 2004 dan kemudiannya Pengurus Besar Kanan – Pelaburan pada tahun 2007.

En. Lum mempunyai pengalaman melebihi 25 tahun dalam pengurusan dana, penyelidikan pelaburan dan pembrokeran saham. Sebelum menyertai Public Mutual, En. Lum memegang pelbagai jawatan pengurusan di beberapa buah fi rma pembrokeran saham tempatan dan luar negara yang terkemuka, mengawasi fungsi penyelidikan pelaburan dan jualan institusinya. Pengalaman penyelidikan En. Lum termasuk menilai prospek pertumbuhan perolehan korporat, menilai rekod prestasi pengurusan, pengiraan penilaian saham dan analisis kewangan syarikat yang tersenarai di Bursa Securities. Beliau juga berkebolehan dalam menganalisis aliran kewangan dan ekonomi yang mempengaruhi penggerakan pasaran saham. Daripada segi pengurusan dana, En. Lum pernah bertugas sebagai pengurus dana lantikan bersama untuk beberapa buah dana amanah saham yang diuruskan oleh Public Mutual sejak 2003 sebelum memegang jawatan Pengurus Besar – Pelaburan pada 2004 dan kemudiannya Pengurus Besar Kanan – Pelaburan pada tahun 2007.

Pengurus Besar – Pelaburan, Pengurusan Portfolio Ekuiti

En. Chiang Kang Pey – En. Chiang telah memperoleh CMSRL beliau pada 8 Februari 2005.

En. Chiang memiliki ijazah Sarjana Pengurusan Kewangan (Senarai Kepujian Dekan) dari Rotterdam School of Management, Erasmus University di Netherlands dan ijazah Sarjana Muda Ekonomi dalam bidang Perakaunan dari Monash University, Australia. Beliau merupakan pemegang piagam CFA dan telah menguruskan dana ekuiti sejak 1997. En. Chiang menyertai Public Mutual pada tahun 2004 sebagai Pengurus – Penyelidikan Pelaburan dan kemudian ditukar jawatan sebagai Pengurus – Pelaburan, Bahagian Ekuiti di mana beliau terlibat dalam pengurusan dana ekuiti terpilih. Beliau kemudiannya dinaikkan pangkat sebagai Pengurus Portfolio Kanan – Pelaburan, Bahagian Ekuiti pada 2005 dan memegang jawatan pengurus dana bersama pelbagai dana ekuiti terpilih. Dari 2006, En.

Chiang dilantik sebagai pengurus dana lantikan untuk beberapa buah dana ekuiti terpilih. Beliau dinaikkan pangkat sebagai Penolong Pengurus Besar pada 2008 dan kemudiannya sebagai Timbalan Pengurus Besar pada 2015.

Pada 2016, En. Chiang memegang jawatan sebagai Ketua Pengurusan Portfolio Ekuiti dan pada 2017 beliau telah dinaikkan pangkat ke jawatan Pengurus Besar. Dalam jawatan ini, selain daripada menyelia prestasi semua pengurus portfolio ekuiti, beliau aktif dalam pembinaan, pengawasan dan pengimbangan semula portfolio ekuiti bagi mencapai objektif dana terpilih.

En. Chiang memulakan kerjaya pelaburannya pada 1995 sebagai seorang penganalisis ekuiti di sebuah fi rma pembrokeran saham, dan kemudian menyertai jabatan pelaburan sebuah syarikat insurans hayat. Sebelum menyertai Public Mutual, beliau bertugas di sebuah syarikat pengurusan aset, bermula dengan kerjaya sebagai penolong pengurus dana yang bertanggungjawab bagi menganalisis dan menilai syarikat tersenarai. Beliau kemudiannya dilantik sebagai pengurus dana, yang mana beliau menguruskan bersama portfolio Asia Pasifi k (kecuali Jepun) dengan pengkhususan dalam ekuiti Malaysia dan Thailand.

Penolong Pengurus Besar – Pelaburan, Pengurusan Portfolio Ekuiti

Cik Tan Chee Chin – Cik Tan telah memperoleh CMSRL beliau pada 8 Februari 2005.

Cik Tan merupakan graduan University of Western Australia dan memiliki ijazah Saujana Muda Perdagangan (Kepujian) di dalam bidang Perakaunan dan Kewangan dan merupakan seorang pemegang piagam CFA. Beliau menyertai Public Mutual pada 2003 sebagai Penolong Pengurus, Penyelidikan Pelaburan. Beliau kemudiannya dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Pengurus – Pelaburan, Bahagian Ekuiti dan pengurus dana lantikan bersama untuk beberapa dana yang diuruskan oleh Public Mutual pada 2005. Cik Tan mula memegang jawatan sebagai

100

Penolong Pengurus Besar – Pelaburan, Pengurusan Portfolio Ekuiti

En. Mat Radzuan bin Abd Razak – En. Mat Radzuan telah memperoleh CMSRL beliau pada 8 Februari 2005.

En. Mat Radzuan memiliki ijazah Sarjana Muda Sains di dalam bidang Sains Aktuari dan Kewangan dari Roosevelt University, Amerika Syarikat. Beliau merupakan pemegang piagam CFA dan ahli CFA Institute dan CFA Malaysia.

Beliau menyertai Public Mutual pada 2004 sebagai Penolong Pengurus – Pelaburan, Bahagian Ekuiti dan kemudiannya dilantik sebagai pengurus dana bersama bagi beberapa buah dana terpilih yang diuruskan oleh Public Mutual pada 2005. En. Mat Radzuan memegang jawatan sebagai Pengurus Portfolio – Pelaburan, Bahagian Ekuiti pada 2006 dan Pengurus Portfolio Kanan – Pelaburan, Bahagian Ekuiti pada 2008. Beliau dinaikkan pangkat kepada Penolong Pengurus Besar – Pelaburan, Bahagian Ekuiti pada 2014.

En. Mat Radzuan mempunyai pengalaman melebihi 20 tahun dalam pasaran ekuiti Malaysia. Sebelum menyertai Public Mutual, En. Mat Radzuan pernah bertugas di pelbagai syarikat termasuk syarikat pengurusan aset, insurans, pembrokeran saham dan pembrokeran perdagangan hadapan.

Penolong Pengurus Besar – Pelaburan, Pengurusan Portfolio Ekuiti

Cik Chen Yuet Fong – Cik Chen telah memperoleh CMSRL beliau pada 19 Oktober 2005.

Cik Chen merupakan graduan Universiti Malaya dan memiliki Sarjana Muda Ekonomi. Beliau seorang pemegang piagam CFA. Beliau menyertai Public Mutual sebagai Penolong Pengurus, Pelaburan, Bahagian Ekuiti pada 2005.

Beliau memegang jawatan Pengurus Portfolio – Pelaburan, Bahagian Ekuiti pada 2006 dan Pengurus Portfolio Kanan, Bahagian Ekuiti pada 2012. Beliau kemudian dinaikkan pangkat kepada jawatan Penolong Pengurus Besar – Pelaburan, Pengurusan Portfolio Ekuiti pada 2016. Sebelum menyertai Public Mutual, Cik Chen bertugas di sebuah syarikat pengurusan aset tempatan sebagai pengurus dana. Pengalaman pengurusan dana beliau termasuk pembentukan strategi pelaburan bagi aset yang diuruskan dan pengurusan portfolio ekuiti dan pendapatan tetap.

Cik Chen juga pernah bertugas sebagai juru analis pelaburan bagi sebuah syarikat pembrokeran saham tempatan dan pengalaman penyelidikan pelaburan beliau termasuk penilaian prospek pertumbuhan perolehan korporat, pengiraan penilaian saham dan analisis kewangan syarikat tersenarai.

Penolong Pengurus Besar – Pelaburan, Pengurusan Portfolio Pendapatan Tetap dan Penyelidikan Pelaburan En. Philip Wong Chee Pin – En. Wong telah memperoleh CMSRL beliau pada 15 November 2013.

En. Wong memiliki ijazah Sarjana Sains dalam Analisis Pelaburan dari University of Stirling dan ijazah Sarjana Muda Sastera dalam Kajian Perakaunan dari University of Huddersfi eld di United Kingdom. En. Wong menyertai Public Mutual pada 2013 sebagai Penolong Pengurus Besar – Penyelidikan Pelaburan dan memegang jawatan terkini sebagai Ketua Pengurusan Portfolio Pendapatan Tetap dan Ketua Penyelidikan Pelaburan Ekuiti Malaysia sejak 2016.

En. Wong mempunyai pengalaman di dalam penyelidikan pelaburan dan pengurusan portfolio melebihi 22 tahun.

Sebelum menyertai Public Mutual, En. Wong merupakan Ketua Pegawai Pelaburan sebuah syarikat pengurusan pelaburan asing. Beliau juga telah mengumpul pengalaman yang luas semasa bertugas sebagai Naib Presiden Kanan – Pelaburan Ekuiti Institusi, di sebuah syarikat pengurusan pelaburan terkemuka.

Penolong Pengurus Besar – Pelaburan, Pengurusan Portfolio Pendapatan Tetap

En. Zaharudin bin Ghazali – En. Zaharudin telah memperoleh CMSRL beliau pada 12 September 2005.

En. Zaharudin, CFP, memiliki Ijazah Muda Sains Perpustakaan dari Universiti Teknologi MARA. Beliau menyertai Public Mutual pada awal 1991 sebagai Eksekutif dalam Jabatan Pelaburan. Pada lewat 1992, beliau ditugaskan membantu pengurus dana dalam operasi pengurusan tunai dana. En. Zaharudin dinaikkan pangkat sebagai Penolong Pengurus – Pelaburan pada 1997 dan kemudiannya sebagai Pengurus – Pengurusan Pendapatan Tetap pada 2001. Beliau kemudiannya dilantik semula sebagai Pengurus – Pelaburan, Bahagian Pendapatan Tetap pada 2004 dan selepas itu dinaikkan pangkat sebagai Pengurus Portfolio Kanan – Pelaburan, Bahagian Pendapatan Tetap pada 2006. Beliau dinaikkan pangkat kepada Penolong Pengurus Besar pada 2013. En. Zaharudin terlibat dalam menyelia dan merangka strategi pelaburan bagi portfolio pendapatan tetap dan telah menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan operasi dan kebolehan sistem Bahagian Pendapatan Tetap.

Untuk maklumat lanjut mengenai Pengurus dan Jawatankuasa Pelaburan, sila layari web kami di www.publicmutual.com.my

4.5 URUS NIAGA PIHAK BERKAITAN/PERCANGGAHAN KEPENTINGAN

Semua urus niaga pihak berkaitan dana dilaksanakan berdasarkan terma terbaik yang sedia ada untuk dana dan yang tidak kurang daripada urus niaga tulus antara pihak bebas.

Urus niaga sedemikian mungkin meliputi:

• urusan jualan dan pembelian sekuriti pelaburan dan instrumen oleh dana.

• deposit dan penempatan pasaran wang oleh dana.

• pegangan unit dalam dana oleh pihak berkaitan.

Apabila konfl ik kepentingan timbul disebabkan ahli Jawatankuasa Pelaburan atau pengarah mempunyai pegangan saham yang besar atau menjadi pengarah di dalam syarikat awam, dan dana membuat pelaburan di dalam syer atau stok syarikat senarai awam, ahli jawatankuasa atau pengarah berkenaan tidak akan melibatkan diri di dalam membuat keputusan berhubung syer atau saham dana tersebut.

Kakitangan Pengurus dikehendaki mendapat kelulusan bertulis dan mengisytiharkan semua urusan mereka di dalam sekuriti.

4.6 DOKUMEN YANG TERSEDIA UNTUK DITELITI

Salinan dokumen-dokumen berikut (jika berkenaan) boleh diperiksa di pejabat berdaftar Pengurus atau lokasi sedemikian seperti yang ditentukan oleh SC:

(a) Surat ikatan induk dan surat ikatan tambahan;

(b) Prospektus Induk semasa dan prospektus tambahan atau gantian, jika ada;

(c) Laporan tahunan dan interim terbaru dana;

(d) Setiap kontrak penting yang dirujuk di dalam Prospektus Induk ini dan, di dalam kes kontrak yang tidak bertulis, memorandum yang memberi maklumat penuh kontrak;

(e) Penyata kewangan teraudit Pengurus dan dana untuk tahun kewangan semasa dan 3 tahun kewangan yang lepas atau jika kurang dari tempoh 3 tahun, dari tarikh ditubuhkan atau dimulakan;

(f) Semua laporan, surat atau lain-lain dokumen, serta penilaian dan penyata oleh mana-mana pakar, yang mana sebahagian daripadanya dipetik atau dirujuk di dalam Prospektus Induk ini. Sekiranya terdapat ringkasan laporan pakar di dalam Prospektus Induk, keseluruhan laporan pakar yang berkaitan disediakan untuk diperiksa;

(g) Perintah dan kertas sebab untuk semua litigasi penting dan arbitrasi yang didedahkan di dalam Prospektus Induk ini (jika ada); dan

(h) Semua persetujuan yang diberi oleh pakar yang didedahkan di dalam Prospektus Induk ini.

4.7 DASAR DAN PROSEDUR BERKENAAN AKTIVITI PENGUBAHAN WANG HARAM

Pengurus telah menetapkan dasar dan prosedur untuk bertindakbalas terhadap risiko yang melibatkan pengubahan wang haram dan pembiayaan pengganas, selaras dengan kepatuhan dengan peruntukan Akta Pengubahan Wang Haram, Akta Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Akta Hasil daripada Aktiviti Haram 2001. Dasar dan prosedur yang terlibat meliputi inisiatif utama berikut:

• Penyediaan latihan dan pendidikan mengenai perkara tersebut kepada semua kakitangan, dengan penekanan terhadap kakitangan barisan hadapan dan ahli tenaga agensi;

• Penyediaan langkah dan kawalan spesifi k berkaitan pengenalan pelanggan dan penerimaan termasuk penentusahan identiti pelanggan melalui dokumen pengenalan yang relevan;

• Memastikan laporan segera urus niaga yang menimbulkan kesangsian pada Jabatan Risikan Kewangan dan Penguatkuasaan Bank Negara Malaysia.

102