BENTUK-BENTUK GANTI RUGI DAN PENILAIANNYA BAGI KES-KES KEMALANGAN JALAN RAYA DI MALAYSIA
3.2 Ganti Rugi bagi Kes-Kes Kemalangan Jalan Raya di Malaysia
3.2.3 Bunga (Interest) dan Kos
Selain ganti rugi yang dibincangkan, faedah kewangan yang boleh diterima oleh pihak mangsa ialah bunga ke atas jumlah bayaran ganti rugi yang diputuskan237 dan kos litigasi. Bunga diberikan sebagai ganti rugi kepada mangsa kerana tidak dapat menggunakan wang ganti rugi yang sepatutnya diterimanya bermula daripada tarikh kemalangan berlaku.238 Pemberian bunga adalah berdasarkan kepada seksyen 11 Akta 1956 berikut:
“Dalam mana-mana prosiding yang dibicarakan dalam mana-mana Mahkamah bagi mendapatkan kembali mana-mana hutang atau ganti rugi, Mahkamah boleh, sekiranya difikirkan sesuai, memerintahkan bahawa hendaklah dimasukkan dalam jumlah yang mana penghakiman diberi bunga pada kadar tertentu sebagaimana yang difikirkan sesuai atas keseluruhan atau mana-mana bahagian hutang atau ganti rugi bagi keseluruhan tempoh atau mana-mana bahagian tempoh di antara tarikh bila kuasa tindakan telah timbul dan tarikh penghakiman.”
236 Seperti mana yang diputuskan dalam beberapa kes seperti kes Kasirin Kasmani v. The Official Administrator & Anor [1991] 2 CLJ 800.
237 Yaakub Haji Mad Sam, “Undang-undang Jalan Raya di Malaysia, Sejauh manakah Keberkesanannya Masa Kini” (makalah, Seminar Undang-undang dan Masyarakat, Universiti Kebangsaan Malaysia, 5 – 6 September 1987), 8; S. Radhakrishnan , “Quantum of Damages”, xxxix.
238 Seperti mana yang dinyatakan dalam kes Murtadza bin Mohamed Hassan v. Chong Swee Pian [1980] 1 MLJ 216 berikut: “The purpose of awarding interest is to compensate a party for being deprived of the
use of money which he is entitles to (see Lim Eng Kay v Jaafar b Mohamaed Said [1982] 2 MLJ 156). It is to compensate him for being kept out of money which theoretically is due to him.”
72
Peruntukan di atas menjelaskan bahawa pemberian bunga bukan wajib kerana pemberiannya dibuat berdasarkan budi bicara mahkamah terhadap fakta kes. Dalam keadaan tertentu, mahkamah boleh memutuskan ganti rugi tanpa sebarang bunga jika terdapat alasan yang jelas dan munasabah.239 Dalam pemberian bunga, mahkamah mempunyai kuasa untuk menetapkan kadar yang sesuai bagi mana-mana item ganti rugi dan hutang. Berdasarkan amalan, bunga boleh diberikan bagi ganti rugi am, khas dan jumlah keseluruhan penghakiman.240 Namun, pemberian bunga bagi setiap perkara adalah berbeza dari aspek kadar dan tempohnya. Disebabkan itu, mahkamah mesti mengkelaskan ganti rugi mengikut kategorinya.241 Jika tidak, keputusan mahkamah boleh dibatalkan oleh mahkamah di peringkat rayuan. Ini diputuskan dalam kes
Santhanaletchumy242 berikut:
“Adalah jelas bahawa Majistret yang bijaksana dalam memberikan bunga, gagal mengkelaskan sama ada bunga tersebut diberikan untuk ganti rugi khas atau ganti rugi am dan, justeru, tidak boleh dikatakan bahawa beliau telah memutuskan berdasarkan budi bicaranya. Dalam membatalkan keputusan Majistret berhubung hal ini, saya memberikan bunga sebanyak 4% setahun untuk ganti rugi khas daripada tarikh kemalangan sehingga tarikh penghakiman dan seterusnya, perayu berhak mendapat 8% setahun sehingga penjelasan ganti rugi. Bagi ganti rugi am, bunga diberikan dengan kadar 6% setahun daripada tarikh pemfailan tindakan sehingga tarikh penghakiman. Berkenaan ganti rugi kesedihan akibat kehilangan, oleh kerana ia bukan termasuk dalam ganti rugi am, saya tidak mengenakan apa-apa bunga ke atasnya.”
Penghakiman di atas menjelaskan bahawa ganti rugi khas diberikan bermula daripada tarikh kemalangan sehingga tarikh penghakiman. Ganti rugi am diberikan bermula daripada tarikh penyampaian writ sehingga tarikh penghakiman. Bunga bagi keseluruhan penghakiman pula diberikan bermula daripada diberikan tarikh penghakiman sehingga tarikh pembayaran ganti rugi dibuat. Dari segi kadar, 4% bagi
239 Seperti mana yang diputuskan dalam kes Kerajaan Johor Negeri Johor & Anor v Adong bin Kuwau & Ors [1998] 2 MLJ 158.
240
Lim Heng Seng, Assessment of Damages, 91.
241 Seperti mana yang diputuskan dalam kes Murtadza, supra, nota 221. 242 Supra, nota 167.
73
ganti rugi khas, 6% bagi ganti rugi am dan 8% bagi jumlah keseluruhan penghakiman seperti mana yang diputuskan dalam kes Santhanaletchumy adalah kadar yang biasa diputuskan. Namun, kadar lain boleh diberikan berdasarkan budi bicara mahkamah sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 11 Akta 1956.243
Seterusnya selain bunga yang boleh dikenakan ke atas pelaku tort, pihak yang kalah dalam perbicaraan juga boleh diperintahkan untuk menanggung kos perbicaraan tersebut.244 Ini adalah peraturan umum yang jika tidak diikuti, mesti disokong dengan alasan yang munasabah oleh mahkamah. Penghakiman kes Kerajaan Johor Negeri
Johor & Anor v Adong bin Kuwau & Ors245 di bawah menjelaskan amalannya:
“Hakim tidak memberikan alasan atas keputusannya tidak memberikan responden kos mereka. Tidak ada cadangan ketika perbicaraan atau ketika penghakiman bahawa pihak responden telah melakukan salah laku yang boleh menghalang mereka daripada menerima kos. Peraturan umum ialah pihak yang menang dalam litigasi berhak mendapatkan kosnya. Pelepasan daripada peraturan ini hanya dibenarkan apabila dapat ditunjukkan bahawa pihak yang menang telah melakukan salah laku dalam prosiding sehingga ke tahap yang menyebabkannya tidak boleh menerima kos walaupun telah menang. Dalam kes ini, tidak dilihat bahawa hakim telah mengambil kira hal-hal relevan itu yang memandu budi bicara mahkamah dalam memutuskan kos. Oleh kerana itu, keputusannya berhubung kos diketepikan dan digantikan dengan keputusan bahawa responden boleh mendapat kos prosiding di Mahkamah Tinggi.”
Daripada penghakiman kes ini, jelas bahawa menanggungkan kos perbicaraan kepada pihak yang kalah adalah amalan umum dalam litigasi sivil. Penafian hak pihak yang menang ini untuk ditanggung kos perbicaraannya oleh pihak yang kalah hanya
243 Banyak kes boleh dirujuk untuk menunjukkan kuasa budi bicara mahkamah berhubung kadar bunga. Selain kadar 4% bagi ganti rugi khas, dalam kes Murtadza, supra, nota 221 dan Multar v. Lim Kim Chee & Anor [1982] 1 MLJ 184, kadar yang ditetapkan ialah 3%. Dalam kes Jos ak Alam v Zulimi bin Lifat & Anor and another appeal [2014] 9 MLJ 139
pula 2%. Selain 6% bagi ganti rugi am, dalam kes Noor Famiza bte Zabri & Anor v. Awang bin Muda & Anor [1994] 1 MLJ 599 dan Saripah bt Mahmud v Govindaraju a/l Venkatachalam & Anor [2011] MLJU 630, kadar yang ditetapkan ialah 8%. Dalam kes Jos ak pula, kadarnya ditetapkan sebanyak 4%.
244
Nuraisyah Chua Abdullah, Question & Answers on Malaysian Courts, 43. Sebagai contoh, sila rujuk kes Abdul Wahab bin Jam Jam v Abdul Wahab bin Abdullah & Anor [2008] 7 MLJ 277. 245[1998] 2 MLJ 158.
74
boleh berlaku sekiranya pihak tersebut dibuktikan telah melakukan salah laku tertentu dalam tempoh prosiding.