BENTUK-BENTUK GANTI RUGI DAN PENILAIANNYA BAGI KES-KES KEMALANGAN JALAN RAYA DI MALAYSIA
3.2 Ganti Rugi bagi Kes-Kes Kemalangan Jalan Raya di Malaysia
3.2.1 Ganti Rugi Am
3.2.1.4 Kehilangan Saraan (Loss Of Support)
Bagi kes kemalangan maut, ganti rugi yang diperuntukkan buat tanggungan si mati akibat kerugian kewangan kesan daripada kematian si mati ialah ganti rugi kehilangan saraan.207 Pemberiannya bertujuan memastikan tanggungan si mati mendapat manfaat saraan yang dinikmatinya jika kemalangan tidak berlaku.208
204 Seperti mana diputuskan dalam kes Ting Jie Hoo v Lian Soon Hing Shipping Co [1990] 2 MLJ 56. 205 Salleh Buang, Undang-undang kecuaian, 356.
206 [1985] 1 MLJ 30. 207
S. Santhana Dass, “Chan Chin Min1 v. Ibrahim Ismail2”, i.
208 Muhammad Altaf Hussain Ahangar, “Dependability of Dependency Claims : The Malaysian Perspective” [2004] 3 MLJ xxii; [2004] 3 MLJA 22.
62
Tanggungan yang berhak terhadap ganti rugi ini dijelaskan dalam seksyen 7(2) Akta 1956 berikut:
“Setiap tindakan tersebut hendaklah bagi faedah isteri, suami, ibu bapa, dan anak, jika ada, tentang orang yang kematiannya telah disebabkan demikian hendaklah diambil oleh dan di atas nama wasi si mati.”
Berdasarkan peruntukan di atas, tanggungan yang berhak mendapat faedah daripada ganti rugi kehilangan saraan dibataskan kepada isteri atau suami, ibu bapa dan anak-anak si mati. Isteri atau suami yang berhak termasuklah daripada perkahwinan adat.209 Anak-anak yang berhak membuat tuntutan pula, termasuklah anak angkat yang diambil secara sah menurut undang-undang.210 Peruntukan dengan jelas tidak memasukkan adik beradik sebagai tanggungan si mati.
Justeru dalam kes Chan Chin Ming & Anor v Lim Yok Eng,211 Mahkamah Agung memutuskan bahawa wang saraan yang diperoleh oleh ibu si mati mestilah ditolak dengan perbelanjaan yang digunakannya untuk anak-anaknya yang lain yang merupakan adik beradik si mati. Keputusan ini mengundang pelbagai kritikan daripada pengamal undang-undang dan penyelidik di Malaysia yang bersetuju dengan keputusan mahkamah bicara untuk tidak menyelidik ke mana wang saraan tersebut dibelanjakan oleh si ibu.212 Maksud kehilangan saraan pula dinyatakan melalui seksyen 7 (3) Akta 1956 berikut:
209
Seperti mana yang diputuskan dalam kes Chong Sin Sen v Janaki a/p Chellamuthu [1997] 5 MLJ 411, kes Joremi bin Kimin & Anor v Tan Sai Hong [2001] 1 MLJ 268 dan Khairul Anwar bin Abd Aziz & Anor v Pakiam a/p Vitilingam & Anor [2010] 7 MLJ 372.
210
Seperti mana yang diputuskan dalam kes Zulkifli Ayob v Velasini K Madhavan & Anor [2000] 1 CLJ 117.
211 [1994] 3 MLJ 233.
212 Keputusan mahkamah yang didasarkan kepada seksyen 7 ini menimbulkan kritikan antaranya oleh P. Balan, K.S Dass dan Muhammad Altaf Hussain Ahangar. P. Balan menyifatkan pembatasan istilah tanggungan yang tidak menerima adik-beradik sebagai tanggungan sebagai ketinggalan dan tidak realistik kerana tidak menggambarkan keadaan sebenar di Malaysia dan Asia berhubung ikatan dan kehidupan kekeluargaan .P Balan, Damages for Personal Injurie, 17. K.S Dass pula berpandangan bahawa mahkamah tidak sepatutnya menyelidik ke mana wang yang diberikan oleh si mati dibelanjakan oleh tanggungan. Beliau lebih menyokong pandangan mahkamah bicara dalam kes Chan Chin Ming yang dilihat menyedari keperluan satu bentuk perlindungan kepada balu si mati yang terbeban dengan bebanan kewangan akibat kematian suaminya. K.S Dass, Quantum of Damages, 87. Muhammad Altaf Hussain
63
“Ganti rugi yang kena dibayar oleh pihak di bawah subseksyen (1) kepada pihak bagi siapa dan untuk faedahnya tindakan diambil hendaklah, tertakluk kepada seksyen ini, akan menjadi ganti rugi kepada pihak bagi siapa dan untuk faedahnya tindakan diambil bagi apa-apa kehilangan tempat bergantung ditanggung bersama dengan apa-apa perbelanjaan yang munasabah tertanggung akibat tindakan salah, abai atau ingkar pihak yang bertanggungan di bawah subseksyen (1).”
Melalui peruntukan, maksud saraan tidak dibataskan kepada bentuk perbelanjaan tertentu. Sebaliknya peruntukan menyebut saraan merangkumi apa-apa perbelanjaan yang munasabah. Namun, dalam Chan Chin Ming,213 maksud saraan telah dihadkan melalui penghakiman Peh Swee Chin HMA seperti berikut:
“Pada pandangan kami, kehilangan saraan adalah untuk semua tujuan praktikal diterjemahkan kepada kerugian kewangan yang dialami oleh tanggungan. Dengan mengambil kira golongan yang berhak seperti mana yang dinyatakan di atas, dapatlah disimpulkan secara logik bahawa plaintif hanya boleh membuat tuntutan dalam apa-apa kes bagi kerugian kewangan yang dialaminya sebagai tanggungan sahaja dan bukan dalam bentuk yang lain.”
Penghakiman di atas menyatakan bahawa ganti rugi yang diperuntukkan hanya bagi kerugian kewangan sebenar yang dialami oleh tanggungan sahaja. Ini tidak semestinya merangkumi keseluruhan jumlah wang yang diterima oleh tanggungan daripada si mati. Oleh kerana itu dalam kes ini, wang saraan ibu si mati yang dibelanjakan bagi menyara anak-anaknya tidak diambil kira oleh mahkamah. Keputusan ini membatalkan keputusan mahkamah bicara bahawa perkataan saraan tidak patut dihadkan kepada makanan sahaja tetapi merangkumi segala faedah kewangan yang
Ahangar pula menegaskan keperluan untuk meluaskan konsep tanggungan iaitu sekurang-kurangnya dengan memasukkan adik-beradik dalam senarai tanggungan yang berhak menerima ganti rugi kehilangan penyaraan. Beliau menyatakan peruntukan yang digunapakai sekarang yang berasaskan kepada undang-undang di England 1846 patut diubah bersesuaian dengan perubahan yang juga berlaku dalam undang-undang Inggeris tersebut yang telah memasukkan suami atau isteri, adik-beradik, bapa saudara dan ibu saudara de facto kepada si mati sebagai tanggungan. Muhammad Altaf Hussain Ahangar, “Dependability of Dependency Claims,” xxv.
64
diterima oleh tanggungan bagi menjalani kehidupannya dan apa yang digunakan oleh tanggungan tidak perlu diselidik.214
Penghakiman ini kemudiannya diikuti oleh kes kemudian seperti kes Lee Tai
Kau & Anor v Rajanderan a/l Manickam & Anor.215 Dalam kes ini, mahkamah menetapkan ganti rugi kehilangan saraan ditetapkan oleh mahkamah untuk ayah dan ibu si mati yang dianggarkan untuk kegunaan peribadi mereka. Perbelanjaan yang digunakan untuk isi rumah dan sewa rumah ditolak daripada sumbangan bulanan yang diterima daripada si mati. Ini menjadikan nilai ganti rugi (multiplicand) bagi ayahnya RM100, berbanding wang saraan bulan yang diterimanya sebanyak RM200. Untuk si ibu pula, daripada RM600 yang diterimanya, RM200 dianggar sebagai kegunaan peribadinya dan digunakan sebagai nilai ganti rugi (multiplicand). Begitu juga dalam kes Khairul Anwar bin Abd Aziz & Anor v Pakiam a/p Vitilingam & Anor.216 Perbelanjaan barang dapur yang digunakan oleh ibu dan isteri si mati ditolak daripada jumlah wang saraan yang biasa diberi oleh si mati kepada mereka.
Dalam pemberian ganti rugi kehilangan saraan, mahkamah juga terikat dengan syarat yang ditetapkan melalui seksyen 7(3)(iv)(a) berikut:
“Dalam menilai kehilangan mata pencarian berhubung dengan mana-mana tempoh selepas kematian seorang jika mata pencarian tersebut memperuntukkan atau menyumbangkan kepada ganti rugi di bawah seksyen ini Mahkamah hendaklah:
(a) mengambil kira bahawa jika si mati telah mencapai umur lima puluh lima tahun pada masa kematiannya, kehilangan mata pencariannya bagi mana-mana tempoh selepas kematiannya hendaklah tidak diambil kira untuk pertimbangan; dan dalam kes bagi mana-mana si mati lain, kehilangan mata pencariannya bagi mana-mana tempoh selepas kematiannya hendaklah diambil kira untuk pertimbangan jika dibuktikan atau diakui bahawa si mati telah mempunyai kesihatan yang baik melainkan kecederaan yang menyebabkan kematiannya, dan telah menerima mata pencarian dari usahanya sendiri atau aktiviti lain yang menguntungkan sebelum kematiannya.”
214
Muhammad Altaf Hussain Ahangar, “Dependability Of Dependency Claims”, xxv. 215 [1996] 1 CLJ 589, 590.
65
Peruntukan di atas mensyaratkan bahawa si mati mestilah berumur di bawah 55 tahun, mempunyai kesihatan yang baik dan pernah memperoleh pendapatan dengan usaha sendiri sebelum kemalangan dan kematiannya berlaku. Jika tidak, tuntutan tanggungan si mati terhadap ganti rugi kehilangan saraan akan ditolak. Syarat-syarat ini adalah sama seperti ganti rugi kehilangan pendapatan masa hadapan yang telah dibincangkan.