• Tidak ada hasil yang ditemukan

BENTUK-BENTUK GANTI RUGI BAGI KES-KES KEMALANGAN JALAN RAYA MENURUT PERUNDANGAN ISLAM

D. Keguguran kandungan 1. Bayi telah

6.3 Kaedah Penetapan Ganti Rugi Menurut Perbincangan Fuqaha

6.3.1 Penetapan Nilai Ganti Rugi Berdasarkan Nas Syara’

6.3.1.3 Pemberatan Nilai Diat dalam Keadaan Tertentu

Nilai diat bagi kehilangan nyawa dan pelbagai bentuk kecederaan telah ditetapkan oleh syarak. Nilai ini adalah sama bagi semua golongan mangsa tanpa mengira status dan kedudukan mereka. Nilai diat tidak boleh ditambah kecuali dengan sebab-sebab yang dibenarkan oleh syarak.538 Sebab yang disepakati oleh para fuqaha adalah pemberatan diat bagi pembunuhan secara sengaja dan separuh sengaja.539

Selain daripada itu, para fuqaha berselisih pendapat khususnya berkenaan pemberatan diat dalam tiga keadaan iaitu apabila berlaku ke atas mahram,540 pada

534

Jika pakar berpendapat bahawa kehilangan pertuturan adalah sebanyak satu perempat atau satu pertiga, maka remedi akan diberikan sebanyak itu dengan menisbahkannya kepada nilai diat. Ini merupakan pandangan Mazhab Maliki. Ibid, 340

535 Ini merupakan salah satu pandangan dalam mazhab Hanafi. Ibid, 340. 536

Ibid, 324 dan 326; Al-Nawawi, Al-Minhaj, 1: 412.

537Al-Nawawi, Al-Minhaj, 1: 411; al- ‘Aisawi , al-Jinayah ‘ala al-Atraf, 310-311, 318, 326, 330 dan 334. 538

al- ‘Aisawi, Jinayah ‘ala Atraf, 401 – 405; Ahmad Badr Din Hassun, Mawsu‘ah Imam

al-Syafi‘i al-Kitab al-Um Silsilat Musannafat al-Imam al-Matlabi Muhammad bin Idris al-Syafii

(Damsyik: Dar Qutaybah, 2003), 407.

539 Muhammad Ahmad Siraj, Daman al-‘Udwan fi al-Fiqh al-Islami,446.

540 Hubungan mahram di antara pelaku dan mangsa ialah mahram disebabkan nasab. Hubungan mahram disebabkan penyusuan dan persemendaan tidak menyebabkan pemberatan diat berlaku. Sekiranya mangsa dan pelaku bukan merupakan mahram seperti hubungan sepupu, maka diat tidak diberatkan juga. al- ‘Aisawi , al-Jinayah ‘ala al-Atraf, 401. Walaubagaimanapaun, ada yang menghadkan keadaan ini kepada

165

bulan-bulan haram541 dan berlaku di tanah haram.542 Pertama, pandangan yang mengatakan bahawa tidak berlaku sebarang pemberatan diat dalam ketiga-tiga keadaan tersebut.543 Kedua, pandangan yang mengatakan bahawa pemberatan diat nyawa dan anggota apabila berlaku ke atas seorang ayah yang membunuh anaknya secara sengaja sahaja.544 Ketiga, pemberatan diat nyawa dan anggota dalam ketiga-tiga keadaan di atas, walaupun secara tidak sengaja.545 Keempat, pemberatan diat nyawa dalam ketiga-tiga keadaan di atas secara sengaja.546

Pemberatan diat menurut Mazhab Shafi’i yang mewakili pandangan ketiga di atas, dilakukan melalui pembahagian 100 ekor unta kepada tiga kumpulan umur seperti mana yang ditetapkan bagi kesalahan secara sengaja.547 Ini berbeza dengan lima kumpulan umur bagi kesalahan tidak sengaja.548 Tidak berlaku pertambahan bilangan unta yang telah ditetapkan syarak. Walau bagaimanapun, mazhab Hanbali yang mewakili pandangan keempat di atas, menerima pertambahan nilai diat melalui medium emas (dinar) dan perak (dirham) iaitu sebanyak 1/3 bagi setiap keadaan yang

pembunuhan ibu bapa sahaja walaupun secara tidak sengaja. Muhammad Ahmad Saraj, Daman

al-‘Udwan, 446.

541

Bulan-bulan haram di dalam Islam ialah Dzulkaedah,Dzulhijjah, Muharram dan Rejab.

542 Jumhur fuqaha bersependapat bahawa tanah haram yang menyebabkan pertambahan nilai diat ialah Mekah. Mereka berselisih pendapat berkenaan pembunuhan yang berlaku di Madinah. Golongan pertama berpendapat diat diberatkan kerana kedudukan Madinah adalah sama seperti Mekah kerana diharamkan perbuatan memburu manakala golongan yang kedua pula berpendapat sebaliknya. ‘Aisawi ,

al-Jinayah ‘ala al-Atraf, 401; Ahmad Fathi Bahnasi, al-Diyat fi al-Syari ‘ah al-Islamiyyah, 97; Muhammad

Ahmad Saraj, Daman al-‘Udwan, 447. 543

Ini merupakan pandangan fuqaha mazhab Hanafi, Ibn Mundhir daripada mazhab Syafi’I dan al-Khiraqi daripad amazhab Hanbali. al- ‘Aisawi , al-Jinayah ‘ala al-Atraf, 399.

544 Ini merupakan pandangan mazhab Maliki . Ibid, 400. 545 Ini merupakan pandangan mazhab Syafi’i. Ibid, 401. 546

Ini merupakan pandangan mazhab Hanbali. Walau bagaimanapun, mereka berselisih pandangan berkenaan pemberatan diat ke atas anggota. Ibid, 404.

547Pemberatan diat dilakukan dengan membahagikan unta diat sebanyak 100 ekor kepada tiga kumpulan umur iaitu 30 hiqqah (betina, 3 tahun), 30 jadza’ah (betina, 4 tahun) dan 10 khalifah (betina, 5 tahun ke atas). Ibid, 401; Muhammad Ahmad Saraj, Daman al-‘Udwan, 446- 447.

548

Lima kumpulan unta diat bagi kesalahan tidak sengaja menurut mazhab Syafi’i ialah 20 bint makhad (betina, 1 tahun), 20 bint labun (betina, 2 tahun), 20 ibn labun (jantan, 2 tahun), 20 hiqqah (betina, 3 tahun) dan 20 jadza’ah (betina, 4 tahun). al- ‘Aisawi , al-Jinayah ‘ala al-Atraf, 392.

166

dinyatakan.549 Ini berlandaskan kepada athar para sahabat iaitu Umar r.a, Uthman r.a dan Ibn ‘ Abbas r.a berikut:

Daripada Mujahid:

.

Terjemahan: “Sesungguhnya Umar bin al-Khattab r.a telah memutuskan kepada sesiapa yang membunuh di tanah haram atau pada bulan-bulan haram atau mangsanya mahram dengan satu diat dan satu pertiga diat.” 550

Daripada Abi Najih daripada bapanya:

.

Terjemahan: “Sesungguhnya seorang lelaki telah menyetubuhi seorang wanita di Mekah (seterusnya membunuhnya) maka Uthman bin ‘Affan r.a telah memutuskan buat wanita tersebut sebanyak 8000 dirham iaitu merangkumi satu diat (6000 dirham) dan satu pertiga diat (2000 dirham).”551

Diriwayatkan daripada Nafi‘ bin Jubair:

Terjemahan: “Bahawa seorang lelaki telah dibunuh di tanah haram dan pada bulan haram, maka berkata Ibn ‘Abbas: ((Diat untuknya ialah 12,000 (dirham), dan (untuk) bulan haram 4000 (dirham) dan untuk tanah haram 4000 (dirham), maka keseluruhannya 20, 000 (dirham)).” 552

549 Ibid, 404. 550

al-Baihaqi, Sunan al-Kubra, j. 8, Bab ma ja’a fi taghliz al-diyat fi qatl al-khata’ fi shahr al-haram wa al-balad al-haram wa qatl dhi al-rahim, no. hadith 16561.

551 al-Baihaqi, Sunan al-Kubra, j. 8, Bab ma ja’a fi diyyat al-mar’ah, no. hadith 16740; Ada juga dinyatakan dengan lafaz yang sedikit berbeza dalam Bab ma ja’a fi taghliz al-diyat fi qatl al-khata’ fi shahr al-haram wa al-balad al-haram wa qatl dhi al-rahim, no. hadith 16559.

552

‘Aisawi , Jinayah ‘ala Atraf, 403. Athar ini ada dinyatakan dalam Baihaqi, Sunan

al-Kubra, j.8, Bab ma ja’a fi taghliz al-diyat fi qatl al-khata’ fi shahr al-haram wa al-balad al-haram wa qatl

167

Kesemua athar di atas menunjukkan bahawa penambahan nilai diat yang diputuskan adalah 1/3 daripada kadar diat yang berasaskan kepada dirham. Berdasarkan riwayat yang disandarkan kepada Ibn ‘ Abbas di atas pula, pertambahan diat berlaku bagi setiap keadaan secara berasingan. Beliau menetapkan pembunuhan yang berlaku di tanah haram dengan pertambahan sebanyak 1/3 daripada nilai diat yang berasaskan dirham. Oleh kerana ia berlaku pada bulan haram, maka diat ditambah lagi sebanyak 1/3, menjadikan pertambahan diat secara keseluruhan sebanyak 2/3.

Dalam konteks kes kemalangan jalan raya di Malaysia, kehilangan nyawa boleh melibatkan mangsa dalam kalangan mahram dan berlaku pada bulan-bulan haram. Justeru, berpandukan kepada pandangan mazhab Syafi’i, penambahan nilai diat juga boleh berlaku ke atas pemandu cuai dalam keadaan tersebut. Selain keadaan tersebut, Muhammad Ahmad Saraj berpandangan bahawa penambahan nilai diat bagi kes kemalangan jalan raya boleh ditetapkan oleh pemerintah553 atas sebab-sebab lain iaitu apabila perbuatan salah dan natijah yang terhasil adalah serius.554 Antara contoh perbuatan salah yang dikemukakannya adalah memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kemalangan berlaku. Begitu juga dengan syarikat kontraktor yang cuai dalam tugas dan membahayakan pengguna jalan raya dengan lubang yang sukar dilihat dan dielakkan. 555

Namun, untuk pelaksanaan dalam kes-kes kemalangan jalan raya semasa, penulis cenderung kepada pandangan fuqaha yang menetapkan bahawa penambahan

553

Muhammad Ahmad Saraj, Daman al-‘Udwan449.

554Beliau berpandangan bahawa pemberatan diat dilakukan dalam keadaan-keadaan khas mungkin disebabkan seriusnya perbuatan dan kesan yang berlaku. Contohnya, pembunuhan dalam kalangan mahram. Pada hakikatnya tiada perbezaan antara pembunuhan mahram dengan pembunuhan terhadap ajnabi dari segi kehilangan nyawa dan dosa. Apa yang membezakannya ialah kesedihan dan penderitaan yang dialami oleh keluarga mangsa adalah lebih berat apabila pembunuhan dilakukan oleh mahram sendiri. Oleh kerana itu, pemberatan diat dalam dibernarkan keadaan ini bagi memulihkan emosi dan perasaan keluarga. Justeru, beliau berpendapat bahawa pemberatan diat boleh dilakukan di zaman ini bagi keadaan selain daripada yang telah dibincangkan oleh fuqaha apabila wujud sebab yang sama iaitu seriusnya perbuatan dan natijah yang berlaku. Muhammad Ahmad Saraj, Daman al-‘Udwan, 450 – 451. 555 Muhammad Ahmad Saraj, Daman al-‘Udwan, 451.

168

nilai diat tidak berlaku dalam kes tidak sengaja.556 Ini kerana kecuaian yang mengakibatkan kemalangan jalan raya adalah sesuatu yang tidak dirancang mangsanya, waktunya dan tempatnya. Walau bagaimanapun, penulis bersetuju bahawa perbuatan salah seperti yang dinyatakan oleh Muhammad Ahmad Saraj boleh dikenakan hukuman berat melalui takzir, bukan melalui penambahan nilai diat yang telah ditetapkan oleh syarak.