• Tidak ada hasil yang ditemukan

CABANG BISNES KERETA SEWA

Dalam dokumen Travelog-Usahawan (Halaman 40-45)

BISNES KERETA SEWA

CABANG BISNES KERETA SEWA

Kali ini saya hendak menghuraikan tentang cabang-cabang perniagaan yang ada di dalam bisnes kereta sewa. Kebanyakan mesej-mesej yang saya terima daripada rakan-rakan yang berminat untuk memulakan bisnes kereta sewa tertumpu untuk memberikan perkhidmatan kereta sewa kepada pelajar universiti, kolej dan maktab.

Sebenarnya bisnes kereta sewa mempunyai banyak cabang. Ia boleh dikembangkan dengan produk-produk lain yang boleh mendatangkan sumber pendapatan yang lumayan. Berikut merupakan cabang-cabang perkhidmatan yang boleh dijalankan bersama-sama bisnes kereta sewa. Sewa Kereta Pandu Sendiri

Ini merupakan produk utama dalam kebanyakan bisnes kereta sewa. Pelanggan diberi kebenaran untuk menyewa dan memandu sendiri kereta anda. Sebelum memberi sewa, pastikan anda manapis setiap pelanggan anda. Seboleh-bolehnya tanya ke mana mereka hendak pergi, tujuan menyewa kereta, tempat kerja mereka, siapa yang boleh dihubungi, alamat tempat tinggal dan sebagainya.

Sekiranya pelanggan berkenaan teragak-agak untuk memberi maklumat yang diminta, maka lupakan sahaja pelanggan berkenaan. Mereka mungkin berniat tidak baik.

Apabila bertemu dengan pelanggan berisiko, Biasanya saya akan menolak urusniaga ini dengan secara halus. Setiap kali berasa curiga saya akan berkata boleh tuan tunggu sebentar, saya perlu periksa kereta yang ada sekarang lima minit kemudian saya akan menghubungi pelanggan itu dan berkata minta maaf tuan buat masa ini semua kereta habis ditempah.

Anda perlu ingat, bahawa anda tidak boleh memberi sewa kepada sebarangan pelanggan. Mereka mungkin perompak, atau berniat mahu mencuri alat ganti kereta anda. Jadi anda perlu bijak untuk memilih pelanggan yang bagus dan juga berniat jahat.

Sekiranya pelanggan berkenaan lulus proses tapisan, kemudian pastikan pelanggan berkenaan mengisi borang sewa dan maklumat yang diberikan adalah sama seperti dalam dokumen peribadi mereka. Pastikan pelanggan berkenaan membayar sewa dan jika perlu minta mereka meletakkan deposit sebagai cagaran. Jumlah deposit bergantung kepada

Semakin banyak maklumat yang anda tahu tentang pelanggan berkenaan, maka jumlah deposit akan berkurang. Kebiasaannya, saya tidak mengenakan deposit kepada pelanggan tetap (sebab saya sangat mengenali mereka), tetapi bagi pelanggan baru jumlah deposit di antara RM400 hingga RM3,500.

Sekiranya pelanggan berkenaan cuba mengelak membayar deposit, maka lupakan sahaja pelanggan itu. Ini menunjukkan mereka lebih sayangkan wang mereka daripada kereta anda. Pada mereka, apa yang akan berlaku kepada kereta anda, bukan tanggungjawab mereka. Pada saya tidak berbaloi menyewa kereta kepada pelanggan sebegini.

Sewa Kereta Bersama Pemandu

Perkhidmatan seterusnya adalah kereta sewa bersama pemandu. Kebiasaannya pelanggan yang menggunakan perkhidmatan ini perlu menghadiri mesyuarat, majlis perkahwinan, seminar, pameran dan rombongan. Mereka memilih untuk menyewa kereta bersama pemandu mungkin kerana tidak mahir selok-belok jalan di tempat tersebut. Justeru, daripada membuang masa akibat tersesat jalan, lebih baik mereka menyewa kereta bersama pemandu.

Kadangkala pelanggan-pelanggan yang menggunakan perkhidmatan ini boleh jadi orang yang berpangkat dalam organisasi tertentu. Mereka mahukan kenderaan yang bersih dan selesa setaraf dengan status mereka. Selalunya sebelum mereka tiba ke sesuatu tempat, setiausaha mereka akan menghubungi pengusaha kereta sewa dan meminta menghantar bos mereka ke lokasi yang telah ditetapkan.

Dengan adanya perkhidmatan ini, bos mereka tidak lagi perlu pening kepala memandu kereta atau mencari teksi untuk menghadiri mesyuarat atau lawatan tapak.

Cabaran Off-Road

Ada pelanggan sanggup membayar ribuan ringgit sekiranya anda sanggup membawa mereka menjelajah hutan belantara, ladang kelapa sawit dan getah menggunakan kenderaan pacuan empat roda atau pun motosikal tahan lasak. Sekiranya tempat anda mempunyai trek yang sesuai, anda boleh mencuba perniagaan ini.

risikonya untuk rosak. Anda mungkin tidak dapat menjana banyak keuntungan sekiranya bergantung kepada bengkel membaiki kenderaan sepenuhnya. Seperti sedia maklum, kos untuk membaiki kenderaan di bengkel adalah tinggi berbanding membaikinya sendiri.

Sekiranya anda tidak mempunyai kemahiran membaiki kenderaan, saya mencadangkan anda mencari rakan kongsi yang mahir tentang selok-belok membaiki kenderaan. Untuk makluman anda, saya juga tidak mahir tentang aspek pembaikan kenderaan. Walau bagaimanapun, saya mempunyai rakan kongsi yang mahir tentang hal-hal berkaitan kenderaan.

Setiap kali kenderaan saya mengalami kerosakan serius, saya akan merujuk kepadanya dahulu. Dia akan memberikan nasihat secara percuma dan jujur kepada saya. Khidmat nasihatnya dapat menyelamatkan saya daripada ditipu oleh bengkel kenderaan yang mengenakan caj yang tidak sepatutnya.

Homestay

Di samping memberi kemudahan kepada pelanggan menyewa kereta, anda boleh menawarkan pakej penginapan kepada mereka. Seorang rakan pernah menceritakan bagaimana keluarganya berkongsi membeli lot-lot tanah dan mencagarkan kepada bank. Wang pinjaman digunakan untuk membina bilik-bilik sewa.

Hasil sewaan digunakan untuk membayar, ansuran pinjaman berkenaan. Kini apabila kesemua pinjaman telah dilunaskan keluarganya boleh bersenang-hati menerima duit sewa setiap bulan. Dalam masa yang sama keluarganya juga menyediakan perkhidmatan kereta sewa.

Sekiranya anda tidak mempunyai bilik kosong yang sesuai, anda boleh berunding dengan saudara-mara, jiran-jiran atau rakan-rakan terdekat yang mempunyai bilik kosong di rumah mereka. Setiap kali, anda mendapat pelanggan yang menyewa kereta, pelawa mereka untuk menginap di homestay mereka pada harga istimewa.

Anda bukan sahaja mendapat keuntungan hasil sewa kereta, dalam masa yang sama anda membantu orang lain menjana pendapatan tambahan. Tren terkini menunjukkan bahawa kebanyakan pelancong tempatan dan luar negara lebih suka menginap di homestay berbanding hotel. Kebiasaannya tinggal di homestay bukan sahaja menjimatkan, mereka juga dapat merasai suasana kehidupan kampung dan pinggir bandar.

Pengangkutan Ulang-Alik

Anda boleh berunding dengan pihak hotel di tempat anda dan menawarkan perkhidmatan pengangkutan ulang-alik dari hotel ke bandar, lapangan terbang dan tempat-tempat menarik. Perkhidmatan ini memudahkan penghuni hotel berkenaan untuk pergi membeli-belah ataupun ke lapangan terbang pada kadar tambang yang lebih murah berbanding menggunakan teksi.

Pengangkutan Anak Kapal

Kebiasaannya syarikat-syarikat carigali minyak dan perkapalan memerlukan syarikat kereta sewa memberikan perkhidmatan seperti mengambil dan menghantar pekerja, bekalan makanan, barangan runcit, surat khabar dan majalah ke pelabuhan.

Wakil Agensi Pelancongan Luar

Terdapat syarikat pelancongan dari luar yang memerlukan perkhidmatan pangangkutan untuk membawa pelanggan-pelanggan mereka ke destinasi yang telah ditetapkan. Memandangkan mereka tidak mempunyai cawangan di tempat tersebut, maka mereka memerlukan syarikat kereta sewa yang boleh menjadi wakil kepada syarikat mereka.

Sewa Motosikal

Terdapat pelanggan mahu berjimat-cermat atau tidak mahu terperangkap dengan kesesakan lalu lintas. Justeru mereka lebih suka memilih untuk menyewa motosikal sahaja. Selain menjimatkan, mereka dapat bergerak dengan mudah.

Sewa Basikal

Mungkin ada pelanggan yang mementingkan aspek alam sekitar, mereka lebih suka bersiar-siar menggunakan basikal untuk ke tempat-tempat berdekatan.

Pakej Pelancongan Khas

Anda boleh menyediakan pakej pelancongan seperti berkelah di air terjun, membeli-belah di bandar, pergi ke tempat-tempat menarik dan sebagainya.

Van Pekerja

Anda juga boleh mengambil kontrak, membawa pekerja di kilang-kilang, hospital swasta dan hotel.

Tempahan Hotel

Anda boleh menulis surat kepada hotel-hotel di sekitar anda dan meminta mereka memberikan kadar sewa bilik istimewa kepada syarikat anda. Sekiranya anda mempunyai pelanggan yang mahu menyewa kereta dan hotel, anda boleh membantu mereka membuat tempahan terus melalui anda. Selain mendapat keuntungan dari hasil sewa kereta, anda juga mendapat komisen melalui tempahan bilik hotel.

Dalam dokumen Travelog-Usahawan (Halaman 40-45)

Dokumen terkait