• Tidak ada hasil yang ditemukan

MENUBUHKAN SYARIKAT KERETA SEWA

Dalam dokumen Travelog-Usahawan (Halaman 35-40)

BISNES KERETA SEWA

MENUBUHKAN SYARIKAT KERETA SEWA

Perkara pertama yang menjadi halangan bagi kebanyakan bakal usahawan kereta sewa adalah kesukaran untuk mendapatkan lesen syarikat kereta sewa. Seorang rakan yang mahu memulakan bisnes kereta sewa pernah merungut kepada saya, Saya sudah semak syarat penubuhan syarikat kereta sewa. Syaratnya begitu ketat dan kosnya sangat tinggi.

Untuk makluman anda, bagi menubuhkan sebuah syarikat kereta sewa kita perlu mempunyai sebuah syarikat Sdn Bhd (nama syarikat perlulah bercirikan bisnes kereta sewa seperti ABC Car Rental Sdn Bhd), ada pejabat, mendapat permit dari Kementerian Pelancongan dan mempunyai modal berbayar RM150,000 untuk kawasan pekan kecil dan RM200,000 untuk kawasan Bandar.

Belum berniaga lagi dah kena berhabis ribuan ringgit. Bila dah berniaga pun belum tentu untung lagi, macam-mana nak hidup kalau macam ni katanya seperti merungut. Saya hanya tersenyum mendengar rungutannya. Abu (bukan nama sebenar) Saya ada berita lebih buruk lagi kata saya. Apa dia? Tanya Abu.

Untuk pengetahuan kamu, setelah kamu berjaya memiliki lesen syarikat kereta sewa, kamu terpaksa menanggung kos operasi yang tinggi. Kamu perlu membeli kereta dan terpaksa membayar insuran di antara RM3,000 hingga RM10,000 setahun (ikut nilai kereta). Bayangkan sekiranya kamu memiliki 10 buah kereta sewa seperti itu. Silap haribulan, keuntungan sewa kereta habis digunakan untuk membayar insuran sahaja.

Selain itu, setiap 6 bulan kamu terpaksa menghantar kereta tersebut ke pusat pemeriksaan kenderaan untuk memastikan bahawa kenderaan itu selamat untuk disewa. Itu belum masuk duit kopi yang terpaksa kamu bayar untuk mengurangkan karenah birokrasi pihak-pihak yang terlibat.

Tak sangka, bisnes kereta sewa ni tinggi kosnya, tetapi macamana ada sesetengah syarikat kereta sewa boleh hidup? Mesti ada caranya? Bagaimana mereka melakukannnya? Tanya Abu bertubi-tubi kepada saya. Wah bersemangat sungguh rakan saya ni, Ya memang ada caranya, tetapi terpulang kepada sejauh mana keberanian kamu? Jawab saya. Macamana tu? Tanyanya kembali.

Kamu mempunyai pilihan samada menjalankan bisnes kereta sewa berlesen sepenuhnya ataupun secara haram Jawab saya. Bukankah berisiko

bisnes memang berisiko, terpulang kepada kamu. Sekiranya kamu menjalankan bisnes kereta sewa berlesen tanpa mempunyai pelanggan istimewa dan kabel tertentu, risiko untuk gulung tikar sangat tinggi. Kamu akan tewas dengan pengusaha kereta sewa haram yang mampu menawarkan harga kereta yang lebih murah.

Sekiranya kamu melakukan bisnes kereta sewa secara haram, kenderaan kamu berisiko untuk di tahan oleh pihak berkuasa. Kamu akan di saman dan mungkin mengalami kerugian, Wah nampaknya kedua-duanya berisiko, lebih baik saya jual goreng pisang di pasar malam sahaja modal kecil, risiko rendah, pulangan tinggi. Terpulang kepada kamu, saya tidak memaksa atau menghalang kamu menceburi bisnes ini.

Mungkin sebab itu, ramai yang tidak berani menceburkan diri dalam bisnes kereta sewa. Pada saya, itu cukup bagus kerana persaingan menjadi kurang. Bagi yang berani mengambil risiko, jika kena gayanya pulangan bisnes ini memang sangat lumayan.

Mengurangkan Risiko Perniagaan

Lawan setiap risiko dalam perniagaan adalah ilmu pengetahuan, semakin banyak yang kita tahu tentang sesuatu perniagaan, maka risikonya dapat dikurangkan. Tidak kira samada bisnes goreng pisang atau kereta sewa, sekiranya kita melakukan tanpa mengetahui selok-belok bisnes berkenaan dengan mendalam, risiko untuk rugi semakin tinggi.

Jadi sebelum memulakannya, kita perlu mengetahui selok-belok bisnes ini. Secara umumnya terdapat 4 cara untuk mempelajari selok-belok bisnes ini iaitu;

1. Mulakan bisnes kereta sewa secara kecil-kecilan dan belajar sendiri, 2. Minta tunjuk ajar dari pengusaha kereta sewa yang sudah berjaya atau 3. Bekerja sambil belajar dengan pengusaha kereta sewa yang sudah

berjaya atau

4. Jadi rakan kongsi pengusaha kereta sewa yang sudah berjaya.

Berdasarkan pengalaman, ramai yang memilih cara pertama, iaitu memulakan bisnes kereta sewa secara kecil-kecilan bersendirian. Memandangkan mereka tidak berpengalaman, maka 9/10 daripadanya akan kecundang, hanya 1/10 sahaja yang berjaya.

Cara kedua, agak sukar dan mungkin mustahil kerana tidak ramai pengusaha kereta sewa mahu berkongsi ilmu perniagaan mereka dengan

anda. Mana tahu, silap haribulan anda menjadi pesaing mereka. Cara ketiga adalah dengan bekerja sambil belajar dengan syarikat kereta sewa yang sudah berjaya. Walau bagaimanapun ramai yang tidak berpeluang untuk bekerja dengan syarikat kereta sewa. Kebiasaannya, ia hanya terbuka kepada ahli keluarga dan pekerja terdekat sahaja.

Cara terakhir adalah cara paling bijak, tetapi ramai yang tidak mahu memilihnya (mungkin tidak mahu berkongsi keuntungan). Sebenarnya sekiranya anda memilih cara keempat, anda dapat menjimatkan banyak masa kerana tidak perlu membina sistem perniagaan yang belum tentu berjaya. Sebaliknya anda boleh terus menggunakan sistem perniagaan rakan kongsi anda yang terbukti berkesan memberi keuntungan. Di samping dapat mengelak kerugian yang tidak perlu, anda dapat menggunakan modal yang ada untuk menjana lebih banyak keuntungan.

Jadi apa cadangan kamu Wahi? Tanya Abu. Sekiranya kamu sudah ada pengalaman, maka saya cadangkan kamu pilih cara pertama. Mulakan secara kecil-kecilan, dan besarkan perniagaan secara perlahan-lahan. Seperti yang saya lakukan setelah menimba pengalaman dengan syarikat kereta sewa di Langkawi, kemudian saya memulakan secara kecil-kecilan sehingga sekarang. Sekiranya tidak ada pengalaman, saya cadangkan kamu memilih cara ketiga atau keempat.

Kategori Usahawan Kereta Sewa

Sebelum kamu memilih mana-mana cara, biar saya jelaskan tentang kategori usahawan kereta sewa. Secara umumnya terdapat 4 kategori usahawan kereta sewa yang telah saya temui sepanjang 15 tahun terlibat dalam bisnes ini iaitu;

1. Tiada Syarikat Usahawan yang berniaga sendiri dan tidak mempunyai lesen

2. Syarikat kecil Usahawan jenis ini hanya mempunyai lesen pihak berkuasa tempatan tetapi tiada lesen dari kementerian pelancongan. 3. Syarikat Sdn Bhd Usahawan ini mempunyai lesen kementerian

pelancongan tetapi tidak semua kenderaan mereka ada permit.

4. Syarikat Sdn Bhd (syarikat besar) Terdiri daripada syarikat korporat besar milik kerajaan atau swasta, mempunyai lesen kementerian pelancongan dan semua kenderaan mereka ada permit (juga dipanggil kereta plat putih).

anda menubuhkan syarikat kereta sewa mengikut syarat-syarat dalam kategori 4, anda akan terlibat dalam persaingan perniagaan yang tidak adil. Syarikat no 4 memiliki kelebihan kerana mempunyai pelanggan istimewa yang dapat membayar kadar sewa pada harga yang tinggi. Kebiasaanya, syarikat no 4 mempunyai perniagaan yang kukuh seperti hartanah, perhotelan, perladangan, insuran, telekomunikasi dan sebagainya. Sebahagian besar pelanggan mereka terdiri daripada anak-anak syarikat mereka sendiri.

Berdasarkan pengalaman saya, kebanyakan pelanggan mahukan perkhidmatan kereta sewa yang murah dan servis terbaik. Jadi usahawan yang bijak perlu memikirkan cara yang paling berkesan untuk beroperasi pada kos yang paling minimun.

Sekadar memberi cadangan, bagi yang hendak memulakan bisnes kereta sewa, seelok-eloknya buka saja syarikat dalam kategori 2 dan boleh beroperasi dari rumah sahaja (jimat kos). Gunakan internet sepenuhnya untuk mempromosi perkhidmatan anda. Apabila perniagaan anda sudah kukuh, mungkin anda boleh naik taraf kepada syarikat dalam kategori 3. Sementara itu, usahawan dalam kategori 1 agak sukar untuk berkembang kerana pelanggan korporat tidak mahu berurusan dengan mereka.

Haramkah Bisnes Kereta Sewa Haram?

Jadi kamu mencadangkan saya terlibat dalam bisnes kereta sewa secara haram? soal Abu lagi. Tidak juga, terpulang kepada kamu. Saya telah menerangkan kategori-kategori perniagaan ini, dan terpulang kepada kamu untuk memilih kategori mana yang sesuai jawab saya dengan tenang.

Bukankah duit kutipan sewa nanti adalah haram, kerana kita berniaga secara haram? Tanya Abu lagi. Saya bukan pakar agama, dan saya tidak berani mengeluarkan fatwa, tetapi saya teringat kata-kata rakan usahawan kereta sewa di Langkawi yang membuat bisnes kereta sewa secara haram.

Katanya kamu boleh mengatakan bisnes saya haram, tetapi pada saya, selagi saya tidak menipu orang dan melanggar hukum agama, maka saya mengganggap hasil perniagaan saya adalah halal. Sekiranya saya di saman, saya akan menganggap ianya adalah cukai kepada kerajaan. Abu terdiam mendengar penjelasan saya. Saya berharap dia sudah mendapat gambaran perniagaan dalam kategori manakah yang akan menjadi pilihan hatinya.

Betul tu apa yang tuan Wahi katakan, kalau hendak diikutkan hukum halal haram bisnes kita ni, banyak lagi kes-kes di luar sana yang lebih dahsyat kita dengar. Selagi kita tak menipu orang sudah la. Kereta-kereta saya pun bukannya semua ada permit, 30% sahaja ada permit, yang lain semua tiada permit, tak tahan membayar insurannya komen seorang ahli kelab usahawan kereta sewa.

Dalam dokumen Travelog-Usahawan (Halaman 35-40)

Dokumen terkait