• Tidak ada hasil yang ditemukan

Travelog-Usahawan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Travelog-Usahawan"

Copied!
119
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

SENARAI KANDUNGAN

Penghargaan 4

Pendahuluan 5

Tentang Saya 6

Hijrah Menjadi Usahawan 10

Ayah Kenapa Kita Miskin? 11

Harga Menjadi Seorang Hamba 14

Punca Bisnes Gagal 18

Kuasa Leveraj 22

Buat Duit Sambil Tidur 25

Kisah 3 Lelaki 28

Fantasi Bakal Usahawan 32

Bisnes Kereta Sewa 34

Menubuhkan Syarikat Kereta Sewa 35

Cabang Bisnes Kereta Sewa 40

Kesesuaian Lokasi Bisnes Kereta Sewa 45 Strategi Pemasaran Bisnes Kereta Sewa 1 48 7 Tip Menapis Pelanggan Kereta Sewa 52

Pelanggan Murahan 53

Pelabur Bisnes Kereta Sewa 54

Naik Taraf Syarikat 56

Strategi Pemasaran Bisnes Kereta Sewa 2 57

Kereta Sambung Bayar 59

Melindungi Perniagaan 60

Pajakan Kereta Sewa 62

Tip Mendapat Pinjaman 66

Pinjaman Untuk Blacklisted 67

Akaun Simpanan Vs Akaun Semasa 72

Kesan Pinjaman ASB 73

Pinjaman Untuk Bekerja Sendiri 74

Pinjaman ASB 76

Pinjaman Peribadi Menggunakan Syarikat 77 Teknik Pinjaman “Post Dated Cheque” 78

(3)

Pengurusan Kewangan 82

Panduan Bebas Hutang 83

4 Langkah Bebas Masalah Kewangan 92

Buta Atau Celik Wang 98

20 Buku Kegemaran Saya 101

Pengurusan Cukai 102

Bisnet Internet 103

Buat Duit Melalui Ebook 104

Buat Duit Melalui Affiliate 106

Hartanah 109

Gaji Kecil Nak Beli Hartanah RM2.5 Juta 110 Beli 3 Rumah RM1.06 Juta Dalam Masa 5 Tahun 115

Penutup 117

(4)

PENGHARGAAN

Salam hormat, terlebih dahulu saya mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan IzinNya saya dapat menyiapkan ebook ini. Buat isteri tersayang Nurshirley Kamilia Abdullah, terima kasih kerana menyumbang idea dalam penerbitan ebook ini. Kepada anakanda kesayangan Alif Aurealis Mycah dan Arjuna Andika Kaseh, ayahanda doakan semoga menjadi anak yang soleh. Kepada staff Green Matrix Enterprise Travel & Tours Sdn Bhd, terima kasih kerana terus memberi sokongan kepada saya. Saya berharap anda mendapat manfaat daripada perkongsian saya ini. Yang benar,

WahiAbd Rashid

Website : www.wahiabdrashid.com Email : info@wahiabdrashid.com

(5)

PENDAHULUAN

Semenjak saya bergelar usahawan sepenuh masa, saya sering menerima soalan-soalan mengenai perniagaan. Pada mulanya saya hanya menulis di facebook, blogspot dan laman web. Bagi memudahkan rakan-rakan membaca perkongsian pengalaman saya, maka saya telah mengumpulkan semua artikel saya di dalam sebuah E-book yang bertajuk Travelog Usahawan. Saya memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan pada ebook ini. Walau bagaimanapun saya berharap perkongsian saya ini tetap memberi manfaat kepada anda semua. Insya Allah.

(6)

TENTANG SAYA

Nama Saya Wahi Bin Abd Rashid. Saya di lahirkan pada tahun 1979 di Kedah Darul Aman. Semenjak kecil keluarga saya telah berpindah ke Pahang kerana ayah ditawarkan menjadi peneroka Felda di sana.

Kisah saya pada zaman kanak-kanak tidak banyak berbeza dengan anak peneroka Felda yang lain. Setiap hari saya akan pergi ke sekolah dan sekiranya cuti, saya akan membantu keluarga di ladang kelapa sawit. Sekiranya ada kelapangan, saya akan membantu ayah menguruskan bengkel membaiki kenderaan di rumah.

MASUK UNIVERSITI

Syukur Alhamdulillah berkat doa ibu dan ayah, saya berjaya belajar hingga ke menara gading. Pada tahun 2002 saya berjaya menamatkan pengajian ijazah sarjana muda di dalam bidang sains sekitaran dari Universiti Malaysia Sabah.

Walaupun sudah memegang segulung ijazah, namun mendapatkan pekerjaan yang sesuai merupakan satu cabaran yang besar kepada saya. Tidak tahan menganggur terlalu lama, akhirnya saya bekerja dengan sebuah syarikat pelancongan yang terlibat di dalam bisnes kereta sewa.

Jawatan saya tidaklah setinggi mana, boleh dikatakan saya hanya pekerja am sahaja di syarikat berkenaan. Sayalah pencuci kereta, budak suruhan, penjaga kaunter kereta sewa dan kadangkala menjadi pemandu teksi sapu. Walaupun jawatan saya tidak glamor, namun entah mengapa saya amat suka dengan kerja berkenaan.

Mungkin saya suka melaram dengan pelbagai jenis kereta syarikat ke sana dan ke mari. Walau bagaimanapun saya berasa agak malu dengan rakan-rakan di Universiti. Ada yang sudah menjadi pegawai kerajaan dan ada juga yang bekerja sebagai eksekutif di syarikat swasta. Saya pula jauh ketinggalan di belakang.

Setelah setahun bekerja dengan syarikat berkenaan, saya mengambil keputusan menyambung pengajian di peringkat sarjana (Master) di Universiti Malaysia Sabah. Pada tahun 2005 saya berjaya menamatkan

(7)

pengajian sarjana dan ditawarkan bekerja sebagai tutor di Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu.

KERJA KERAJAAN

Buat pertama kali saya berasa seronok kerana dapat menyandang jawatan setaraf dengan kelulusan saya. Cemburu dengan gaya hidup ranggi rakan-rakan yang sudah bekerja lebih awal daripada saya, maka saya cuba meniru gaya hidup mereka. Saya cuba memiliki apa yang mereka ada.

Saya tidaklah boros, tetapi saya cuba memiliki apa yang sepatutnya saya ada. Maklumlah dah penat belajar tinggi-tinggi, mahu juga memakai pakaian cantik, berjalan ke sana-sini, beli peralatan elektrik, perabot rumah, gajet dan ehem ehem berkahwin.

AKIBAT BANYAK HUTANG

Sebaik menerima gaji, di dalam kepala saya sudah ada senarai barang yang saya mahu beli. Sekiranya tidak mampu membeli secara tunai, saya akan menggunakan kad kredit. Akibatnya lama-kelamaan hutang saya semakin meningkat. Setiap bulan saya sentiasa runsing memikirkan duit gaji yang semakin tidak cukup. Sampai satu tahap, saya tidak mampu membayar bil air dan elektrik di rumah.

Kebiasaannya gaji saya habis licin setelah 2 minggu menerimanya, bila tidak cukup duit, saya akan menggunakan kad kredit. Maka tidak hairanlah hutang saya semakin lama-semakin banyak. Pada masa itu saya mempunyai 4 kad kredit dengan hutang sebanyak RM18,000.

HIJRAH MENJADI USAHAWAN

Puas saya memikirkan bagaimana hendak mengatasi masalah tidak cukup wang. Saya cuba bekerja lebih kuat lagi, namun ia tidak dapat menyelesaikan masalah kewangan saya. Pada penghujung tahun 2006, saya mengambil keputusan untuk memulakan perniagaan secara sambilan.

Pada mulanya saya tidak tahu hendak berniaga apa. Saya mencuba berbagai-bagai jenis perniagaan. Saya pernah menjual cenderamata, pakaian berjenama tiruan, agen penjual minyak pelincir kenderaan, perladangan kelapa sawit, gerai minuman, agen hartanah dan kereta sewa.

(8)

Walau bagaimanapun hampir ke semua perniagaan itu menemui kegagalan.

Hutang saya juga semakin bertambah akibat kerugian dalam setiap perniagaan yang saya ceburi. Sungguh pun begitu, saya tidak pernah berputus asa, saya tetap meneruskan usaha demi mengubah nasib hidup saya.

Di sebalik kegagalan semua bisnes yang saya ceburi, ada satu bisnes yang berpotensi iaitu bisnes kereta sewa. Rupanya baru saya sedar, peluang untuk berjaya lebih tinggi sekiranya saya melakukan sesuatu yang saya minat dan mahir. Tanpa membuang masa saya terus fokus kepada bisnes berkenaan.

Bermula dengan modal RM3,000 saya membeli 2 buah kereta kancil terpakai dan mula menyewakannya. Syukur alhamdulillah perniagaan saya mendapat sambutan. Pada tahun 2008 saya mendaftarkan sebuah syarikat kecil bernama Green Matrix Enterprise untuk memudahkan saya berurusan dengan pelanggan korporat.

Saya mula membangunkan perniagaan itu sedikit demi sedikit. Syukur alhamdulillah bisnes kereta sewa saya terus mendapat sambutan. Keuntungan daripada perniagaan saya gunakan untuk menambah bilangan kereta sedikit demi sedikit.

Pada tahun 2011 saya sudah memiliki 70 buah kereta. Pada tahun yang sama saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja untuk menumpukan sepenuh perhatian terhadap perniagaan saya. Bagi mengembangkan perniagaan ke seluruh negara, saya telah menaik taraf syarikat kepada Green Matrix Enterprise Travel & Tours Sdn Bhd (961710-U).

Saya mula membuka cawangan di seluruh negara dengan menjalinkan kerjasama dengan beberapa rakan niaga kereta sewa. Syukur alhamdulillah perniagaan saya terus berkembang dari masa ke semasa. BERKONGSI PENGALAMAN

Semenjak mengambil keputusan berhenti kerja dan berhijrah menjadi usahawan sepenuh masa, saya mula menerima email daripada rakan-rakan

(9)

yang meminta saya memberi tunjuk ajar bagaimana hendak mengikut jejak langkah saya. Pada mulanya saya berasa rendah diri, saya bukanlah ahli perniagaan yang sudah bergelar jutawan. Saya juga tidak mempunyai latarbelakang pendidikan di dalam bidang perniagaan. Namun, adakalanya saya terfikir, apa salahnya sekiranya saya berkongsi pengalaman yang ada. Mungkin sumbangan kecil saya ini dapat membantu mereka yang mahu berhijrah menjadi usahawan.

Saya mula berkongsi pengalaman di dalam facebook, blog, menulis buku dan memuat naik video di dalam you tube. Saya juga pernah dijemput menjadi speaker di dalam seminar keusahawanan. Respon positif daripada rakan-rakan, memberikan semangat kepada saya untuk terus berkongsi pengalaman di dalam dunia perniagaan. Saya berharap usaha kecil saya ini memberi manfaat kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menjadi usahawan. Insya Allah. Teruskan membaca catatan-catatan pengalaman saya sepanjang berhijrah menjadi usahawan.

(10)
(11)

AYAH KENAPA KITA MISKIN?

Bagi mereka yang pernah hidup susah, pernahkah anda bertanya soalan di atas kepada ayah anda? Apa perasaannya sekiranya anak-anak kita bertanya soalan itu kepada kita pula suatu hari nanti? Saya pasti sedikit sebanyak pasti hati kita terguris mendengarnya.

Mujurlah saya tidak tergamak bertanya soalan berkenaan kepada ayah saya. Saya sentiasa bersyukur dengan keadaan kami. Tetapi saya sentiasa tertanya-tanya mengapa bangsa saya (Melayu) dan orang Islam di Malaysia kebanyakannya miskin. Kenapa orang cina, yang bukan penduduk asal tanah Melayu boleh menjadi kaya-raya di sini? Benarkah seperti yang biasa saya dengar tentang komplot peniaga cina membunuh perniagaan melayu?

Saya bukan hendak membangkitkan isu perkauman di sini. Saya mahu mencari jawapan mengapa orang melayu jauh ketinggalan. Benarkah Islam itu sinonim dengan kemiskinan?

Bagi mencari jawapan kepada soalan-soalan bodoh saya ini, maka saya pun bertanyalah kepada ayah saya. Boleh juga buat modal berborak kosong dengan beliau. Maklumlah saya sekarang tinggal di Sarawak, sekali-sekala balik ke kampung di Kedah seronok juga mendengar cerita beliau.

Untuk makluman ayah saya dilahirkan pada tahun 1925 di Kedah. Beliau pernah hidup semasa zaman penjajahan British, Jepun dan Komunis. Walaupun sudah berusia lebih 80 tahun, kesihatannya masih dalam keadaan baik, cuma kadangkala beliau diserang penyakit lelah.

KISAH TEBU

Menurut beliau, semasa zaman penjajahan British dahulu orang Melayu tidak dibenarkan berniaga. Kalau orang melayu didapati berniaga di bandar, mereka akan ditangkap. “Kenapa pula orang melayu kena tangkap ayah?” tanya saya pelik. Sebab orang melayu tidak ada lesen. Lagipun orang melayu beragama islam. Kalau boleh British tidak mahu orang Islam maju, biarlah mereka terus kekal miskin sebagai petani dan nelayan, senang sikit nak kawal.

Saya mula teringat tentang dasar pecah dan perintah yang diajar dalam subjek sejarah di sekolah menengah. Mungkin betul seperti apa yang diceritakan oleh ayah. Ini bermakna sejak dahulu lagi British sudah tahu,

(12)

untuk memastikan orang melayu terus hidup miskin, mereka mesti dihalang daripada berniaga.

Sekiranya orang melayu hendak menjual hasil pertanian, mereka perlu menolaknya kepada orang tengah iaitu peniaga cina. Sebagai contoh tanaman tebu, pada masa itu orang melayu menolak sebatang tebu kepada peniaga cina dengan harga 3 sen, manakala peniaga cina menjual tebu itu dengan harga 7 sen.

Urusniaga ini agak berat sebelah kerana orang melayu terpaksa menunggu beberapa bulan untuk mendapat 3 sen manakala orang cina hanya perlu tunggu 1 hari untuk mendapat untung sebanyak 4 sen. Dasar British ini menyebabkan orang melayu terus kekal miskin dan orang cina semakin kaya-raya. Hmmm ada logiknya juga cerita ayah saya ni. Orang Melayu miskin kerana mereka dipaksa untuk terus hidup miskin. Mereka tidak ada pilihan.

SELEPAS MERDEKA

Sekarang negara kita sudah merdeka, ya kita sudah merdeka lebih hampir 50 tahun. British sudah tidak ada dan semua orang boleh berniaga tidak kira, Melayu, Cina atau India. Tetapi, kenapa orang Melayu masih ramai yang miskin? Dalam bahagian ini saya tidak bersetuju dengan pendapat ayah saya. Menurut beliau, orang Melayu tidak maju kerana kerajaan yang ada sekarang ini masih mengekalkan sistem British. “nak berniaga mesti kena ada lesen, kalau tak ada lesen kena saman” katanya.

Pada saya itu bukan alasannya, nak buat lesen bukannya susah sangat pun, lagi pun kosnya tidak mahal. Jadi apa sebabnya orang melayu masih ramai yang miskin? Saya teringat petikan di dalam buku Why We Want You to Be Rich, penulisnya Robert Kiyosaki ada memetik kata-kata daripada Albert Einstein seperti berikut

Insanity : doing the same thing over and over again and expecting different results”

Maksudnya, kita tidak akan mendapat keputusan yang berbeza sekiranya kita masih melakukan perkara yang sama berulang-ulang. Persoalannya apakah yang orang Melayu lakukan selama lebih 50 tahun dan hasilnya mereka masih miskin?

Pernahkah anda menerima nasihat sebegini “belajar rajin-rajin nanti dapat masuk universiti, bila dah dapat ijazah boleh cari kerja bagus-bagus

(13)

dan hidup kamu pasti senang”. Saya yakin setiap ibu-bapa akan memberitahu perkara yang sama kepada anak-anak mereka. Saya juga diberitahu perkara yang sama.

Sekarang lihatlah apa hasilnya. Sekiranya saya perhatikan rakan-rakan yang sama-sama belajar di universiti dahulu, boleh saya katakan bahawa tidak ada seorang pun yang menjadi kaya-raya selepas keluar universiti. Masing-masing mengeluh dengan gaji yang semakin tidak cukup akibat kenaikan kos sara hidup. Ada yang masih belum mampu membeli rumah dan ada juga yang dibebani dengan hutang yang banyak.

Yang peliknya kita masih menyuruh anak-anak kita supaya belajar rajin-rajin, nanti dapat masuk universiti boleh dapat kerja bagus dan hidup kamu pasti senang. Inilah yang dikatakan kerja gila, memberitahu anak-anak kita supaya membuat benda yang sama dan berharap mereka boleh menjadi kaya.

Amat jarang ibu-bapa yang menyuruh anak-anak mereka menjadi ahli perniagaan. Padahal untuk keluar dari kepompong kemiskinan kita mesti terlibat dengan perniagaan. British sudah tahu perkara ini ratusan tahun dahulu dan sebab itu mereka menghalang nenek moyang kita menjadi usahawan. Malangnya ibu-bapa, termasuk kita sendiri meneruskan legasi British menghalang generasi kita terlibat di dalam perniagaan.

Ramai yang beranggapan perniagaan adalah berisiko. Ianya berisiko kerana kita tidak tahu apa-apa tentang sesuatu perniagaan itu. Sebagai contoh, ramai yang menganggap perniagaan kereta sewa yang saya lakukan berisiko tinggi. Tetapi pada saya risikonya rendah kerana saya tahu selok-belok perniagaan ini. Saya telah mengambil langkah-langkah perlu untuk mengurangkan risiko di dalam perniagaan ini. Tetapi sekiranya anda tidak tahu apa-apa tentang perniagaan ini, risiko untuk rugi juga sangat tinggi. Pokok pangkalnya anda mesti tahu sebelum terlibat di dalam sesuatu perniagaan.

Jadi, sekiranya kita mahu keluar dari kepompong kemiskinan, kita mesti berniaga. Ya kita mesti menjadi usahawan. Kita mesti memberitahu kepada generasi seterusnya bahawa menjadi pekerja tidak akan menjadikan mereka kaya. Mereka perlu belajar untuk menjadi usahawan. Insya Allah suatu hari nanti kita tidak perlu ditanya “Ayah kenapa kita miskin?”.

(14)

HARGA MENJADI SEORANG HAMBA

Sejak akhir-akhir ini negara agak heboh tentang isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Ada yang minta dimansuhkan dan ada juga yang minta diteruskan. Saya pula mempunyai pandangan yang berbeza tentang isu ini. Sebenarnya saya bukanlah pelajar yang mendapat pinjaman PTPTN. Semenjak mengikuti kursus matrikulasi, saya memang ditawarkan pinjaman MARA.

Seingat saya, selepas menamatkan kursus matrikulasi, kami diberi pilihan samada mahu memilih pinjaman MARA atau menukar kepada pinjaman PTPTN. Pada masa itu ramai rakan-rakan yang memilih pinjaman PTPTN. Maklumlah PTPTN menawarkan pinjaman lebih tinggi iatu RM21 ribu manakala MARA hanya memberikan RM15 ribu.

Saya pula malas hendak mengisi borang permohonan baru dan meneruskan dengan pinjaman MARA. Kadangkala terasa menyesal pula kerana tidak memilih PTPTN. Rakan-rakan yang mengambil PTPTN boleh dikatakan sudah menjadi Orang Kaya Baru (OKB) di universiti, manakala saya pula saya pula terpaksa berjimat cermat dengan duit pinjaman MARA yang sedikit.

Setelah berjaya menamatkan pengajian, saya bersyukur kerana pihak MARA menukar status pinjaman saya menjadi biasiswa. Sementara itu rakan-rakan yang mengambil PTPTN terpaksa membayar pinjaman berkenaan. Selepas 10 tahun bergraduat, saya pasti ada rakan-rakan yang sudah habis membayar pinjaman PTPTN berkenaan dan ada yang masih belum. Saya tidak mahu komen tentang isu ini. Saya bersetuju, sekiranya kita berhutang kita perlu membayar balik pinjaman.

SELEPAS 10 TAHUN BERGRADUAT

Apa yang saya hendak kongsikan di sini adalah apa yang telah terjadi kepada kami selepas 10 tahun bergraduat. Saya agak terkejut apabila menerima banyak email dari rakan-rakan yang mahu berhenti bekerja dan ingin menjadi usahawan.

Kebanyakannya sudah bosan dengan kerja masing-masing. Ada yang tertekan dengan suasana tempat kerja, Ada yang dibebankan dengan hutang yang tinggi. Ada pula yang merasakan pendapatan makan gaji semakin tidak mencukupi dan ada juga yang tidak tahan berjauhan dengan keluarga kerana dihantar bekerja di luar negara.

(15)

Mungkin apabila kami sudah mencecah umur 30 tahun, masing-masing mahu kehidupan yang lebih relaks atau“settle down” kalau boleh mahu bersama keluarga. Ketika ini boleh dikatakan semua rakan-rakan saya sudah berkeluarga dan mempunyai anak. Ramai yang mengeluh kerana tidak dapat meluangkan masa bersama keluarga. Maklumlah suami isteri sibuk bekerja, waktu siang anak-anak dihantar ke nurseri. Apabila malam, masing-masing sudah keletihan.

Saya percaya, sebagai ibu bapa kita mestilah rapat dengan anak-anak semenjak dari kecil. Sekiranya kita membiarkan nurseri atau orang gaji Indonesia mengambil alih tanggungjawab kita sebagai ibu bapa, tidak mustahil suatu hari nanti mereka juga dengan selamba boleh mencampakkan kita ke rumah orang tua-tua.

“Hey dulu kamu campakkan saya ke nurseri dan biarkan bibik menjaga saya, sekarang biar kamu pula merasa apa yang saya rasa dahulu” mungkin itu kata-kata yang mungkin kita akan dengar apabila sudah tua nanti. Lagipun kita tidak tahu apa yang akan berlaku 30 – 40 tahun lagi. Mampukah anak-anak kita menyara kita pada masa itu. Sekiranya kos sara hidup zaman sekarang dijadikan ukuran, saya pasti anak-anak kita tidak mampu menyara kita pada masa itu.

Sekiranya difikirkan balik, apa yang kita wariskan kepada mereka apabila bersara nanti? kalau saya masih berterusan bekerja makan gaji, saya mungkin tidak dapat memberikan apa-apa kepada anak saya. Mereka mungkin terpaksa mengikut jejak langkah saya, bekerja makan gaji, terlalu sibuk dengan kerja mereka dan akhirnya terpaksa menghantar saya ke rumah orang tua-tua. Ohh saya tidak mahu semua itu berlaku, biarlah hari tua saya dikelilingi oleh anak-anak dan cucu.

BERHIJRAH MENJADI USAHAWAN

Berbalik tentang cerita mengenai menjadi usahawan, saya pasti ramai rakan-rakan yang bercita-cita mahu menjadi usahawan. Mereka mula membayangkan kehidupan yang lebih bebas, dapat bersama keluarga dan tidak perlu mengalami stress di pejabat lagi. Walau bagaimanapun ramai yang tidak berani mengambil langkah ini dan tidak kurang juga yang kecundang di tengah jalan. Menurut statistik Malaysia, 93 peratus perniagaan ditutup dalam tempoh 3 tahun pertama. Ini bermakna daripada 10 orang yang mahu menjadi usahawan, 9 orang lagi akan dijamin “bungkus”.

(16)

Hmm mengapa susah sangat hendak menjadi usahawan? Pada saya, puncanya adalah disebabkan selama ini kita dilatih untuk menjadi pekerja, bukannya usahawan. Sebagai bekas tenaga pengajar di universiti, saya pernah mengajar pelajar diploma perikanan. Saya yakin tidak ramai bekas pelajar saya menjadi usahawan dalam bidang perikanan.

Semasa di universiti mereka diajar untuk tahu segala-galanya, tetapi tidak ada satu benda pun yang mereka betul-betul tahu. Cuba tanya bagaimana mereka hendak mendapatkan modal perniagaan? pasti mereka terkebil-kebil memikirkan bagaimana caranya. Saya cukup hairan mengapa mereka diajar pelbagai subjek yang kadangkala tidak ada kaitan langsung dengan subjek perikanan.

SEKIRANYA SAYA BOLEH KEMBALI 10 TAHUN DAHULU

Saya tidak mahu merungut tentang polisi pendidikan negara. Pada saya lebih mudah mengubah diri sendiri, daripada mengubah dasar kerajaan. Sekiranya saya boleh kembali 10 tahun dahulu, saya akan memberi nasihat seperti berikut;

1. Jangan ambil pinjaman PTPTN itu, nanti kamu akan terperangkap dengan beban hutang yang tidak berkesudahan. Kalau boleh, dapatkan biasiswa. Kalau tidak dapat biasiswa, cubalah gunakan duit sendiri. Kalau tidak mampu, mungkin kamu boleh berfikir tempat kamu bukan di universiti. Ingat universiti bukan satu-satunya tempat untuk belajar. Bill Gates, Mark Zukerberg, Tan Sri Syed Al Bukhary dan banyak lagi billionair di dunia juga tidak masuk universiti.

2. Saya juga akan berkata kepada mereka, kalau nak belajar tak perlu rajin-rajin sangat sebab ilmu yang kamu belajar akan memerangkap kamu menjadi hamba selama-lamanya, suatu hari nanti kamu pasti bosan dengan kerja kamu.

3. Tumpukan kepada kekuatan dan minat kamu, jadilah hebat di dalam perkara yang kamu minat.

4. Belajarlah menjadi usahawan ketika di universiti sebab 10 tahun dari sekarang kamu pasti ingin menjadi usahawan. Gunakan duit sebaik mungkin, sementara ada peluang, pergilah berkursus, belajar tentang ilmu keusahawanan, perakaunan, pemasaran, pengurusan kewangan, teknologi maklumat dan sebagainya.

5. Lagi satu, berkawanlah dengan ramai ahli perniagaan, carilah mentor yang dapat mendidik kamu menjadi usahawan. Saya percaya, sekiranya kamu mengikut nasihat saya ini, pasti kamu tidak akan mengeluh tentang nasib diri sekarang.

(17)

“Hey Wahi, itu 10 tahun dahulu, kita bercakap tentang masa sekarang. Nasihat kamu sudah terlambat, apa yang kami perlu lakukan kalau nak berhijrah menjadi usahawan seperti kamu?” kata seorang rakan saya. Sabar, janganlah marah. berikut merupakan apa yang anda perlu lakukan sekiranya hendak berhijrah menjadi usahawan;

1. Taatlah perintah Allah dan Sayangilah keluarga anda.

2. Bayarlah segala hutang anda perlahan-lahan dan berhenti membuat hutang tidak sihat (kad kredit. pinjaman peribadi, skim ansuran mudah).

3. Berhenti meminta nasihat percuma dari perancang kekayaan (Wealth Planner). Jadilah perancang kewangan diri sendiri.

4. Beli buku perniagaan, belajar tentang ilmu keusahawanan. Belajar tentang pengurusan kewangan peribadi.

5. Berkawanlah dengan ahli perniagaan yang berjaya, elakkan berkawan dengan usahawan penglipurlara (usahawan yang mahu menjadi kaya sekelip mata).

6. Cari seorang mentor yang dapat mendidik anda menjadi usahawan. 7. Bina perniagaan anda perlahan-lahan.

Insya Allah, anda pasti boleh menjadi usahawan yang berjaya. Saya yakin, sekiranya kita berusaha dari awal, suatu hari nanti kita dapat mewariskan empayar perniagaan kepada anak-anak kita. Saya berharap kita tidak lagi perlu bimbang dihantar ke rumah orang tua-tua.

P/S : Berabis duit berpuluh ribu ringgit, buat ijazah tapi hidup susah juga. baik belajar buat bisnes kereta sewa, cukup bulan, kutip duit, kepala tak pening, hati pun tak sakit – pendapatan Insya Allah lumayan.

(18)

PUNCA BISNES GAGAL

Memiliki perniagaan yang berjaya merupakan impian ramai orang. Walau bagaimanapun statistik di Malaysia menunjukkan 9 daripada 10 bisnes yang baru dimulakan akan lingkup dalam masa 3 tahun pertama.

Ramai orang telah melaluinya termasuk saya sendiri. Mengapa ini terjadi? puncanya adalah kerana ramai yang terlepas pandang dalam aspek yang paling penting iaitu matlamat perniagaan.

Apa Matlamat Perniagaan Anda?

Apabila seseorang itu terfikir untuk memulakan perniagaan, soalan yang paling kerap ditanya adalah “Bisnes apa yang boleh menjana keuntungan yang lumayan?” Bagi mendapatkan jawapannya, mereka akan mula bertanya rakan sekeliling, kaum keluarga dan ada melayari internet untuk mencari model perniagaan yang dapat memenuhi matlamat perniagaan berkenaan.

Sebaik sahaja mereka mengenal pasti bisnes yang sesuai, maka mereka akan berusaha untuk menjayakannya. Matlamat utama perniagaan mereka adalah untuk menjana keuntungan sebanyak yang mungkin.

Di sinilah bermulanya kesilapan kebanyakan bakal usahawan (termasuk saya dahulu). Memang tidak salah menetapkan matlamat perniagaan untuk menjana keuntungan sebanyak yang mungkin. Namun apabila kita terlalu fokus kepada keuntungan, maka biasanya kita akan memilih bisnes secara tangkap muat.

Memilih Bisnes Secara Tangkap Muat

Maksudnya di sini, kita memilih bisnes bukan berdasarkan minat dan kemahiran yang kita ada. Asalkan nampak boleh hasilkan keuntungan yang tinggi, maka kita akan terjun di dalam perniagaan itu tanpa berfikir panjang.

Contohnya suatu ketka dahulu perniagaan ikan keli di dalam kanvas agak popular. Ramai yang tertawan dengan pulangan yang tinggi di dalam perniagaan berkenaan. Justeru tidak hairanlah jika ramai yang cuba menceburi perniagaan berkenaan. Akibatnya terdapat terlalu banyak pengusaha dan bekalan ikan keli di pasaran yang menyebabkan harganya jatuh merudum.

(19)

Keadaan ini menyebabkan ramai pengusaha ikan keli mengalami kerugian kerana pulangannya tidak setimpal dengan kos yang dikeluarkan. Akhirnya ramai yang berputus asa dan meninggalkan perniagaan itu begitu sahaja.

Bagi yang masih bersemangat, mereka akan mencari peluang perniagaan baru yang boleh memberikan keuntungan yang lebih lumayan. Kini perniagaan sarang burung walit sedang mendapat sambutan. Ramai yang berlumba-lumba mengusahakan perniagaan berkenaan. Kita dapat perhatikan banyak premis komersial dan bangunan dibina untuk dijadikan sebagai tempat penghasilan sarang burung walit.

Saya tidak pasti adakah perniagaan ini akan menerima nasib yang sama seperti perniagaan ikan keli di dalam kanvas. Apa yang pasti, apabila terlalu ramai orang terjun di dalam sesuatu perniagaan, maka persaingan akan meningkat dan menyebabkan harga produk akan jatuh merudum. Hanya mereka yang fokus dan kreatif sahaja dapat bertahan di dalam sesuatu perniagaan.

Pentingnya Minat Di Dalam Perniagaan

Turun naik di dalam perniagaan adalah perkara biasa. Adakalanya harga naik, adakalanya harga turun. Bagi mereka yang memulakan perniagaan berdasarkan minat dan kemahiran. Saya yakin, mereka tidak akan cepat berputus asa. Ini kerana matlamat perniagaan mereka bukan keuntungan semata-mata.

Mereka melakukannya kerana seronok dan puas dapat melakukan sesuatu yang mereka minat. Mereka akan terus fokus dan lebih kreatif mempelbagaikan produk di dalam perniagaan yang mereka ceburi. Jadi tidak hairanlah kebanyakan usahawan yang melakukan perniagaan berdasarkan minat dapat bertahan lebih lama berbanding mereka yang melakukan bisnes secara tangkap muat.

Pengalaman Saya

Saya juga pernah melakukan kesilapan “tangkap muat” apabila terlibat di dalam bisnes ladang kelapa sawit. Saya tertarik dengan bisnes berkenaan setelah melihat kejayaan seorang rakan yang mengusahakan ladang kelapa sawit seluas 70 ekar. Semangat saya semakin berkobar-kobar apabila mendapat tahu bahawa beliau berjaya menjana pendapatan melebihi 5

(20)

Pada masa itu, matlamat perniagaan saya hanya satu, iaitu mahu menjadi kaya sama seperti rakan saya itu. Namun, matlamat saya itu tidak tercapai setelah menghadapi pelbagai masalah seperti kesukaran mendapat pekerja, serangan penyakit pada pokok, kesilapan teknik penanaman dan kenaikan kos baja dan racun.

Setelah ditimpa satu demi satu masalah, semangat saya semakin pudar. Setelah bertungkus-lumus selama 3 tahun, akhirnya saya mengambil keputusan untuk berhenti meneruskan perniagaan kelapa sawit berkenaan. Keadaan mungkin akan berbeza sekiranya saya melakukan perniagaan berdasarkan minat. Walaupun menghadapi pelbagai masalah, saya akan terus melakukannya kerana ia memberi kepuasan kepada diri saya.

Rakan saya itu mungkin pernah mengalami masalah seperti saya, namun disebabkan minatnya di dalam perladangan kelapa sawit, maka dia tetap melakukannya sehingga mencapai kejayaan. Tambahan pula, beliau menjalankan perniagaan ladang kelapa sawit, bukan mengejar keuntungan semata-mata. Beliau melakukannya kerana ingin membantu kaum keluarganya meningkatkan taraf ekonomi di kampung. Mungkin sebab itu beliau berjaya berbanding saya.

Apa Matlamat Perniagaan Yang Betul?

Saya berpendapat bakal usahawan perlu menetapkan matlamat perniagaan mereka adalah untuk membantu memudahkan hidup orang lain. Elakkan terlalu fokus mengejar keuntungan semata-mata. Seboleh-bolehnya pilih perniagaan berdasarkan minat dan kemahiran yang kita ada. Cara mudah untuk mengetahui minat kita adalah dengan bertanya pada diri sendiri, apakah perkara yang kita sanggup lakukan walaupun tidak dibayar.

Sebagai contoh, sejak dari kecil saya memang meminati bidang permotoran. Saya tahu serba sedikit tentang penjagaan kenderaan. Saya menggunakan minat itu untuk membantu menjimatkan kos operasi pelanggan dengan menyediakan perkhidmatan kereta sewa berkualiti pada harga yang berpatutan. Hasilnya saya berjaya menerima tempahan yang tidak putus-putus daripada pelanggan terutamanya syarikat korporat.

Walaupun saya pernah mengalami banyak kerugian, namun saya tidak pernah berputus asa kerana saya sangat meminati bidang perniagaan ini. Cabaran demi cabaran membuatkan saya lebih kreatif mencipta produk-produk perkhidmatan yang berbeza daripada syarikat kereta sewa yang lain. Alhamdulillah perniagaan saya masih bertahan setalah hampir 8

(21)

tahun memulakannya (sejak 2006). Saya juga berjaya mengembangkan perniagaan dengan membuka 16 cawangan secara kerjasama di bandar-bandar utama di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Syukur Alhamdulillah

Kesimpulan

Kesimpulannya, sebelum anda memulakan perniagaan, seboleh-bolehnya pilihlah bidang perniagaan berdasarkan minat dan kemahiran yang anda ada. Tanya pada diri sendiri apa yang anda sanggup lakukan walaupun tidak dibayar. Elakkan terlalu fokus mengejar keuntungan, sebaliknya gunakan minat dan kemahiran yang ada untuk membantu memudahkan hidup orang lain. Insya Allah wang akan datang kemudian apabila kita banyak memberi.

Percayalah, setiap orang dikurniakan lebih daripada satu minat dan kemahiran, tugas kita adalah untuk mencari dan menggunakannya untuk membantu hidup orang lain. Saya juga menyedari bahawa saya minat menulis, merakam video dan bercakap. Saya gunakan minat dan kemahiran itu untuk berkongsi pengalaman supaya dapat memberi sedikit panduan kepada mereka yang berminat mahu menjadi usahawan.

Kini syukur Alhamdulillah, usaha kecil saya ini telah membuahkan hasil. Walaupun tidak banyak, namun saya cukup gembira apabila mendapat mesej dan email daripada rakan-rakan pembaca yang mengucapkan terima kasih dan doa di atas usaha saya yang tidak seberapa ini. Semoga usaha kecil saya ini terus memberi manfaat kepada anda semua. Insya Allah

(22)

KUASA LEVERAJ

Baru-baru ini saya ada pos gambar saya bersama anak bongsu saya di facebook. Di dalam gambar berkenaan saya ada tulis bahawa saya menjaga anak saya 100% daripada dia lahir hingga sekarang. Walaupun saya sibuk menjaga anak, namun saya sentiasa pastikan perniagaan berjalan seperti biasa. Pada hari tersebut saya menjana wang hampir RM1K walaupun saya sibuk menjaga anak. Ini menunjukkan bahawa walaupun saya sibuk menguruskan keluarga, namun ia bukan penghalang bagi saya untuk menjalankan perniagaan. Bagi saya keluarga adalah keutamaan.

Bersama anak bongsu Arjuna Andika Kaseh

DO MORE AND MORE WITH LESS AND LESS

Bagi membolehkan saya melakukan 2 perkara yang agak mencabar, maka saya telah menggunakan konsep Do More and More With Less and Less. Konsep ini sebenarnya saya baca daripada buku Robert Kiyosaki iaitu

Retire Young, Retire Rich.

Menurut Robert Kiyosaki, sekiranya anda ingin menjadi kaya, maka anda perlu banyak membantu orang. Semakin ramai yang anda bantu, maka wang akan mula datang tanpa henti.

Walau bagaimanapun setiap manusia mempunyai batasan. Contohnya saya hanya mempunyai 2 tangan, 2 kaki, 2 mata, 2 telinga dan 1 mulut. Sekiranya saya ingin membantu ramai orang maka, ia agak terbatas. Justeru saya perlu belajar menggunakan leveraj.

(23)

LEVERAJ

Leveraj ini umpama suatu kuasa yang kita gunakan untuk menggandakan keupayaan kita membantu orang lain. Laman web saya iaitu www.wahiabdrashid.com juga merupakan satu leveraj. Kalau anda lihat statistik laman web berkenaan, terdapat lebih 100,000 pelawat yang memasuki laman web berkenaan. Laman web berkenaan memudahkan saya membantu 100,000 pelawat mendapatkan maklumat yang mereka mahu. Kalau harapkan saya nak berjumpa dengan setiap pelawat, memang sesuatu yang mustahil.

JENIS LEVERAJ

Sebenarnya terdapat pelbagai jenis leveraj di dunia ini, contohnya; 1. Others People Money (OPM) – Pinjaman bank, wang pelabur, wang

keluarga, rakan kongsi dsbnya.

2. Others People Time (OPT) – Pekerja, freelance, kontraktor dsbnya 3. Partnership – Joint Venture, agen dsbnya.

4. Tools – Telefon bimbit, internet, kapal terbang dsbnya.

Kita perlu belajar menggunakan leveraj berkenaan untuk membolehkan kita membantu ramai orang dengan menggunakan sumber/tenaga yang terbatas.

AKIBAT TIDAK MAHU BELAJAR MENGGUNAKAN LEVERAJ

Biasanya orang yang belajar menggunakan leveraj, akan mendahului orang yang bersikap ignorance (tidak ambil peduli). Contohnya orang yang belajar menggunakan pinjaman bank dengan betul akan hidup senang berbanding orang yang takut berhutang.

Selain itu, orang yang tidak mahu belajar menggunakan leveraj, kebiasaannya mereka akan dipergunakan oleh orang yang pandai menggunakan leveraj. Hidup mereka tidak akan berubah, manakala hidup orang yang pandai menggunakan leveraj akan berubah dalam masa yang singkat.

ILMU LEVERAJ SENTIASA BERUBAH

(24)

lebih pantas. Sekiranya kita masih menggunakan kapal laut, maka kita akan ketinggalan jauh di belakang berbanding orang yang menggunakan kapal terbang. Justeru kita perlu sentiasa mengemaskini ilmu leveraj setiap masa agar tidak ketinggalan zaman.

KESIMPULANNYA

Sekiranya anda ingin menjadi kaya dan berjaya, maka anda perlu banyak membantu orang. Semakin ramai yang anda bantu maka semakin murah rezeki anda. Walau bagaimanapun manusia mempunyai batasan, justeru anda perlu bijak menggunakan leveraj yang ada. Mereka yang tidak mahu belajar menggunakan leveraj, tidak dapat membantu ramai orang justeru hidup mereka juga tidak banyak berubah dan biasanya akan dipergunakan oleh orang yang pandai menggunakan leveraj. Wallahualam.

(25)

BUAT DUIT SAMBIL TIDUR

Baru-baru ini saya berborak dengan seorang rakan. Kami pernah bekerja bersama semasa di Universiti dahulu. Sebab stress di tempat kerja lama maka dia berhenti kerja pada tahun 2007. Saya pula berhenti kerja pada tahun 2011.

Sebaik berhenti kerja, dia ditawarkan menjadi pegawai di agensi kerajaan. Saya pula terpaksa merangkak-rangkak dalam dunia perniagaan. Sekarang gaji kasarnya RM6K sebulan, saya pula boleh dapat 2 kali ganda jumlah itu ketika tidur sahaja.

Dia terkejut dan bertanya, bagaimana kau lakukan Wahi? Saya tidak jawab sebaliknya saya tanya soalan kepadanya. Berikut merupakan dialog perbualan di antara saya dan beliau;

Rakan : Macamana income ko boleh 2 kali ganda daripada aku, walaupun tengah tidur?

Saya : Ko kenal Robert Kiyosaki? Rakan : Tak kenal.

Saya : Ko kenal Azizi Ali, Chef Li, Irfan Khairi, Dr Shah Razali? Rakan : Tak kenal, siapa diorang tu Wahi?

Saya : Masya Allah, mereka merupakan usahawan yang telah berjaya dan banyak menulis buku tentang kewangan.

Rakan : Sorry Wahi, aku bab membaca ni malas sikit

Saya : Kalau malas membaca, tak mungkin ko boleh lulus Degree di Universiti dulu. Apa yang ko baca sekarang?

Rakan : Harian Metro dan majalah motor he he he.. Saya : Patutlah

Rakan : Jadi hanya sebab ko membaca buku diorang, maka ko boleh buat duit 2 kali ganda daripada gaji aku waktu tengah tidur?

Saya : Ya, baca, kaji dan buat.

Rakan : Rasa macam tak adil pula. Aku kerja setengah mati dapat RM6K, ko tengah tidur pun boleh dapat RM12K.

Saya : Ianya bukan mudah, kena banyak membaca, mencuba dan berkorban.

Rakan : Ok lepas ni Insya Allah aku akan mula membaca.. Saya : Buku aku ko dah baca?

Rakan : Errrr belum..

(26)

Rakan : Ok. PENGAJARANNYA

Mengapa saya bertanya tentang Robert Kiyosaki, Azizi Ali, Chef Li, Irfan Khairi dan Dr Shah Razali pada rakan saya? Pada saya nama-nama berkenaan merupakan antara ikon yang terkenal dan pakar di dalam bidang kewangan. Bagi mereka yang rajin belajar tentang ilmu kewangan, nama-nama tersebut memang tidak asing lagi.

Bagi yang tidak peduli tentang ilmu kewangan, kemungkinan besar mereka tidak mengenali nama-nama tersebut. Sebab itu di dalam buku-buku Robert Kiyosaki, beliau ada mengatakan;

“Money is not evil, ignorance about money is evil”

Maksudnya Wang bukan syaitan, tetapi sikap tidak ambil peduli tentang wang adalah syaitan. Ehh betulkah translation saya ni? Macam tak kena saja. Saya rasa apa yang dimaksudkan oleh Robert Kiyosaki adalah “Wang bukanlah punca masalah, tetapi sikap tidak ambil peduli tentang ilmu kewangan adalah punca sebenar masalah kebanyakan orang”

Sikap rakan saya itu yang tidak mahu belajar ilmu kewangan menyebabkan beliau tidak tahu bagaimana menggunakan wang untuk menjana lebih banyak wang. Beliau hanya fokus bagaimana bekerja keras untuk mendapatkan wang. Akibatnya sumber pendapatannya amat terhad dan sering menghadapi masalah kewangan.

Walaupun beliau mempunyai pendapatan yang agak tinggi (RM6K sebulan), namun tahap kewangannya boleh dikatakan agak tenat kerana kebanyakan gajinya habis digunakan untuk membayar hutang sahaja. Mana tidaknya beliau mempunyai 2 kad Kredit dengan hutang berjumlah RM40K. Selain itu beliau membuat pinjaman peribadi berjumlah RM60K untuk membeli motosikal berkuasa tinggi.

Beliau tidak sedar, dengan ilmu kewangan yang betul, beliau boleh menjana wang tanpa perlu bekerja keras. Itulah yang saya lakukan semenjak tahun 2006, saya belajar membina aset yang boleh menjana wang tanpa saya perlu bekerja. Kini syukur alhamdulillah saya mempunyai beberapa portfolio perniagaan yang menjana wang walaupun saya tertidur.

(27)

Sungguhpun begitu, ianya bukan berlaku dalam satu malam, ianya mengambil masa, tenaga dan wang yang banyak. Saya percaya ramai yang tidak sanggup lakukannya kerana perkara paling sukar dilakukan setiap individu adalah berubah. Maksud saya, ramai yang lebih suka hidup susah dan miskin berbanding berusaha keras belajar menjadi kaya.

APA YANG PERLU ANDA BUAT

Sekiranya anda ingin mengubah nasib hidup anda, maka anda perlu berubah. Sekiranya apa yang anda lakukan 5 tahun dahulu, tidak banyak mengubah nasib hidup anda sekarang, maka anda perlu mengubahnya hari ini. Perhatikan orang-orang yang berjaya, tanya apa yang mereka lakukan.

Bagi saya pula, jika dahulu saya banyak menghabiskan masa membaca puluhan tesis, journal, buku akademik, akhbar dan majalah sains (Ketika masih kerja di universiti dahulu). Namun saya sedar, semua itu tidak banyak membantu menjadikan saya kaya. Justeru saya mula berubah dengan membaca buku-buku yang ditulis oleh orang berjaya seperti Robert Kiyosaki, Azizi Ali, Chef Li, Irfan Khairi, Dr Shah Razali dan banyak lagi. Saya cuba contohi apa yang mereka lakukan. Ternyata lama-kelamaan taraf ekonomi saya semakin baik dari masa ke semasa.

Jadi sekiranya anda ingin mengubah hidup anda, maka anda perlu mula membaca buku-buku yang ditulis oleh usahawan-usahawan yang saya sebutkan sebelum ini. Percayalah tiada siapa dapat mengubah nasib hidup anda kecuali diri anda sendiri.

(28)

KISAH 3 LELAKI

Agak lama juga saya tidak menulis, maklumlah sekarang sedang sibuk menjaga bayi kami yang baru dilahirkan pada 25 May 2012 yang lalu. Kami menamakan bayi berkenaan Arjuna Andika Kaseh. Sengaja beri nama yang klasik sikit supaya nampak lain dari yang lain.

Walaupun saya banyak menyepi, namun saya sering menerima mesej yang meminta pendapat bagaimana hendak berhijrah menjadi usahawan. Di dalam banyak-banyak mesej yang saya terima, saya tertarik dengan kisah 3 orang lelaki. Saya akan namakan mereka sebagai lelaki A, B dan C. Berikut merupakan sedikit latar belakang ketiga-tiga lelaki berkenaan. LELAKI A

Lelaki A merupakan seorang pelajar di sebuah Universiti. Beliau berumur di dalam lingkungan 21 tahun. Saya agak kagum dengannya kerana walaupun masih muda, beliau sudah mempunyai perniagaan sendiri (bisnes kereta sewa di universiti).

Walau bagaimanapun, usaha beliau tidak mendapat sokongan ahli keluarga. Ahli keluarganya meminta beliau berhenti berniaga, tumpukan perhatian kepada pelajaran dan sekiranya sudah bergraduat carilah kerja yang terjamin. Beliau kecewa dengan sikap keluarganya kerana minatnya dalam dunia perniagaan begitu mendalam. Beliau meminta saya memberi nasihat kepadanya.

LELAKI B

Lelaki B merupakan seorang pekerja swasta di ibu Negara berumur sekitar 29 tahun. Beliau sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak berusia 5 bulan. Di dalam emailnya beliau meminta saya memberi khidmat perundingan bagaimana hendak menyelesaikan masalah hutangnya. Berikut merupakan senarai hutangnya.

• RM60K Personal Loan (Sudah hangus kerana terlibat dengan skim cepat kaya).

• RM7K - Kad Kredit • RM17K PTPTN • RM18K Kereta

Kalau nak diikutkan, jumlah hutang beliau tidaklah banyak sangat, tetapi mungkin disebabkan kos sara hidup yang semakin meningkat

(29)

menggunakan kad kredit untuk mengisi minyak kereta. Beliau pening kepala kerana hutang kad kreditnya semakin banyak. Beliau mahu saya memberi idea, bagaimana beliau boleh menyelesaikan masalah hutangnya. Kalau boleh beliau mahu memulakan perniagaan, tetapi beliau tidak tahu hendak berniaga apa.

LELAKI C

Lelaki C merupakan seorang eksekutif di syarikat korporat yang berjaya. Beliau berumur 35 tahun dengan pendapatan RM20 ribu sebulan. Isterinya juga bekerja dengan syarikat korporat dengan pendapatan RM5 ribu sebulan. Walaupun mereka tidak mempunyai masalah kewangan yang serius, namun hidup mereka tertekan kerana dia dan isterinya terpaksa berjauhan beribu-ribu batu.

Masuk kali ini sudah 2 kali dia dihantar bekerja di luar negara. Beliau sedih apabila menyetahui bayinya pernah didera oleh pembantu rumahnya warga Indonesia. Anak sulungnya juga lebih rapat dengan datuk dan neneknya berbanding dirinya sendiri. Sepanjang bekerja di luar negara, beliau hilang saat-saat gembira melihat anak-anaknya membesar di depan mata.

Kalau boleh beliau mahu berhenti kerja dan memulakan perniagaan sendiri. Beliau mahu menghabiskan lebih banyak masa bersama keluarganya. Masalahnya beliau tidak yakin untuk hidup dengan pendapatan yang tidak menentu. Beliau bimbang tidak dapat membayar segala hutang-piutangnya apabila dia berhenti kerja kelak.

APA PENYELESAIANYA?

Sekiranya dilihat di antara ketiga-tiga lelaki berkenaan, pada saya masalah mereka sungguh ironi. Lelaki A mahu menjadi usahawan kerana minat tetapi dihalang oleh keluarga. Lelaki B mahu menjadi usahawan kerana merasakan wang gajinya tidak mencukupi. Lelaki C pula mahu menjadi usahawan kerana mahu meluangkan lebih banyak masa bersama keluarganya. Kesemua mereka mahu menjadi usahawan pada umur yang berbeza.

Sekiranya diperhatikan dengan teliti, kisah mereka merupakan kisah klasik lelaki di Malaysia. Sebaik tamat belajar di universiti, semua berlumba-lumba mencari pekerjaan. Apabila sudah mendapat pekerjaan kebanyakannya terperangkap dengan beban hutang yang tinggi.

(30)

Bagi melunaskan hutang, mereka terpaksa bekerja lebih keras lagi supaya dapat naik pangkat dan gaji. Apabila gaji mereka semakin besar, pihak syarikat mula berfikir untuk membuang mereka bagi mengurangkan kos syarikat. Lebih baik ambil fresh graduate daripada membayar gaji eksekutif senior yang tinggi.

Kebiasaannya pihak syarikat akan menghantar mereka jauh dari keluarga supaya hidup mereka tertekan. Akhirnya mereka terpaksa berhenti kerja dan syarikat tidak perlu membayar sebarang pampasan kerana mereka berhenti kerja secara sukarela. Itulah yang terjadi di dalam dunia korporat sejak dari dahulu lagi.

NASIHAT SAYA

Bagi lelaki A, anda mempunyai 2 pilihan iaitu pilihan pertama bekerja makan gaji dan kedua menjadi usahawan dan tentukan nasib sendiri. Sekiranya anda memilih pilihan pertama nasib anda mungkin berkesudahan seperti lelaki B dan C (last-last nak jadi usahawan juga).

Sekiranya anda memilih pilihan kedua, hanya anda sahaja yang dapat menentukan nasib hidup anda. Pada pendapat saya peringkat umur anda merupakan peringkat paling sesuai memulakan perniagaan. Anda masih belum berkeluarga dan tidak perlu memikirkan apa yang akan terjadi kepada orang di bawah tanggungan anda (anak dan isteri).

Percayalah membina perniagaan mengambil masa 3 hingga 5 tahun untuk berjaya. Sepanjang tempoh itu anda akan menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan. Apakah situasi terburuk yang boleh berlaku sekiranya perniagaan anda rugi? Paling teruk sekalipun anda seorang sahaja yang menanggungnya. Impak kepada orang lain amat minima. Anda boleh bangkit kembali dan bina perniagaan anda sehingga berjaya. Insya Allah.

Bagi lelaki B, situasi anda sungguh berbeza, anda mempunyai tanggungan seperti anak dan isteri disamping terpaksa melunaskan hutang yang ada. Nasihat saya mulakan perniagaan berdasarkan minat dan kemahiran yang saudara ada. Mulakan secara kecil-kecilan (maksimum modal RM5,000 sahaja). Bina perniagaan anda perlahan-lahan. Kalau boleh carilah mentor yang mempunyai bidang perniagaan yang sama dengan minat dan kemahiran yang anda ada. Insya Allah dengan bimbingan yang betul dan ikhlas anda pasti boleh berhijrah menjadi usahawan yang berjaya dan hidup dengan lebih selesa.

(31)

Bagi lelaki C, anda mempunyai 2 pilihan, sekiranya anda memilih keluarga, anda akan kehilangan kerjaya. Sekiranya anda memilih kerjaya, anda akan kehilangan keluarga. Agak sukar memiliki kedua-duanya melainkan anda sudah menjadi usahawan yang berjaya. Tepuk dada tanya selera, mana yang lebih penting keluarga atau kerjaya?.

Jika saya diberi pilihan, saya tidak sanggup kehilangan keluarga. Pada saya anak-anaklah yang akan menjaga kita ketika waktu tua nanti. Percayalah tiada majikan yang sanggup datang menjaga kita apabila kita sudah tua. Hanya anak-anak yang akan menjaga kita dengan penuh kasih sayang apabila kita sudah tua. Itupun sekiranya kita melakukan perkara yang sama ketika anak-anak kita masih kecil.

Tuhan itu maha adil, sekiranya kita tinggalkan keluarga kita, tidak mustahil suatu hari nanti keluarga kita akan meningggalkan kita. Sekiranya kita membiarkan anak-anak kita dijaga oleh pembantu rumah atau dihantar ke nurseri, tidak mustahil mereka juga akan mencampakkan kita ke rumah orang tua.

(32)

FANTASI BAKAL USAHAWAN

Di dalam artikel ini saya ingin berkongsi kisah menarik yang dihantar melalui email kepada saya. Di dalam email berkenaan penulis menyatakan kekecewaannya kerana sukar untuk mendapatkan pinjaman perniagaan.

Untuk makluman beliau telah mencuba memohon pinjaman berjumlah RM100,000 daripada Bank, Mara dan Tekun. Beliau mahu memulakan bisnes francais menjual air minuman berjenama. Walau bagaimanapun permohonan ditolak kerana perniagaannya belum cukup 6 bulan.

BERMULANYA FANTASI

Di dalam buku Hijrah Menjadi Usahawan saya ada menceritakan bagaimana seorang usahawan taska yang terpaksa mengadaikan rumah bapanya bagi membayar balik pinjaman bernilai RM60 ribu setelah mengalami kerugian yang teruk di dalam perniagaan itu.

Pada saya, ini adalah antara kesilapan yang sering dilakukan oleh bakal usahawan. Pada mereka semakin besar modal yang dilaburkan, maka keuntungan juga lebih besar. Saya sering melihat ramai rakan-rakan usahawan yang terpaksa gulung tikar, muflis dan disenarai hitam akibat kegagalan membayar balik pinjaman perniagaan bernilai puluhan ribu dan ada yang mencecah ratusan ribu.

Mereka tidak tahu bahawa 9/10 usahawan yang baru memulakan perniagaan akan bungkus dalam 3 tahun pertama. Ini kerana tedapat banyak “titik buta” di dalam sesuatu perniagaan. Di atas kertas, cadangan sesuatu perniagaan memang nampak menarik, tetapi realitinya banyak perkara yang diluar jangkaan. Saya juga pernah mengalaminya apabila mengusahakan ladang kelapa sawit dan bisnes menyewakan jentolak. Nasib baik saya tidak jatuh muflis.

NASIHAT SAYA

Berikut nasihat saya bagi mereka yang baru hendak memulakan perniagaan.

1. Mulakan perniagaan berdasarkan minat dan kemahiran sendiri. Kebanyakan usahawan yang berjaya, mereka melakukan perniagaan berdasarkan minat dan kemahiran yang mereka ada.

(33)

2. Mulakan perniagaan dengan modal maksimum RM5,000 sahaja. Ini kerana 9/10 usahawan yang baru memulakan perniagaan bungkus dalam masa 3 tahun pertama. Sudah ramai “wannabe” usahawan muflis/blacklist kerana gagal membayar pinjaman perniagaan.

3. Fokus perniagaan adalah membantu pelanggan, bukan mengejar keuntungan semata-mata. Prinsip perniagaan adalah mudah, beri dahulu dan Insya Allah wang akan datang kemudian.

4. Sentiasa perbaiki/bina sistem perniagaan. Pergi kursus, belajar dari buku, cari mentor yang sudah berjaya (bayar mereka sekiranya perlu). Bisnes yang mempunyai sistem yang baik adalah bisnes yang boleh ditinggalkan dan masih boleh menjana pendapatan tanpa kehadiran kita.

Saya berharap, kepada bakal usahawan, elakkan melakukan kesilapan yang pernah saya dan ramai lagi lakukan. Mulakan perniagaan secara kecil-kecilan dahulu dan kemudian membesar. Insya Allah, kejayaan pasti muncul kepada mereka yang fokus dan bersabar.

(34)
(35)

MENUBUHKAN SYARIKAT KERETA SEWA

Perkara pertama yang menjadi halangan bagi kebanyakan bakal usahawan kereta sewa adalah kesukaran untuk mendapatkan lesen syarikat kereta sewa. Seorang rakan yang mahu memulakan bisnes kereta sewa pernah merungut kepada saya, Saya sudah semak syarat penubuhan syarikat kereta sewa. Syaratnya begitu ketat dan kosnya sangat tinggi.

Untuk makluman anda, bagi menubuhkan sebuah syarikat kereta sewa kita perlu mempunyai sebuah syarikat Sdn Bhd (nama syarikat perlulah bercirikan bisnes kereta sewa seperti ABC Car Rental Sdn Bhd), ada pejabat, mendapat permit dari Kementerian Pelancongan dan mempunyai modal berbayar RM150,000 untuk kawasan pekan kecil dan RM200,000 untuk kawasan Bandar.

Belum berniaga lagi dah kena berhabis ribuan ringgit. Bila dah berniaga pun belum tentu untung lagi, macam-mana nak hidup kalau macam ni katanya seperti merungut. Saya hanya tersenyum mendengar rungutannya. Abu (bukan nama sebenar) Saya ada berita lebih buruk lagi kata saya. Apa dia? Tanya Abu.

Untuk pengetahuan kamu, setelah kamu berjaya memiliki lesen syarikat kereta sewa, kamu terpaksa menanggung kos operasi yang tinggi. Kamu perlu membeli kereta dan terpaksa membayar insuran di antara RM3,000 hingga RM10,000 setahun (ikut nilai kereta). Bayangkan sekiranya kamu memiliki 10 buah kereta sewa seperti itu. Silap haribulan, keuntungan sewa kereta habis digunakan untuk membayar insuran sahaja.

Selain itu, setiap 6 bulan kamu terpaksa menghantar kereta tersebut ke pusat pemeriksaan kenderaan untuk memastikan bahawa kenderaan itu selamat untuk disewa. Itu belum masuk duit kopi yang terpaksa kamu bayar untuk mengurangkan karenah birokrasi pihak-pihak yang terlibat.

Tak sangka, bisnes kereta sewa ni tinggi kosnya, tetapi macamana ada sesetengah syarikat kereta sewa boleh hidup? Mesti ada caranya? Bagaimana mereka melakukannnya? Tanya Abu bertubi-tubi kepada saya. Wah bersemangat sungguh rakan saya ni, Ya memang ada caranya, tetapi terpulang kepada sejauh mana keberanian kamu? Jawab saya. Macamana tu? Tanyanya kembali.

Kamu mempunyai pilihan samada menjalankan bisnes kereta sewa berlesen sepenuhnya ataupun secara haram Jawab saya. Bukankah berisiko

(36)

bisnes memang berisiko, terpulang kepada kamu. Sekiranya kamu menjalankan bisnes kereta sewa berlesen tanpa mempunyai pelanggan istimewa dan kabel tertentu, risiko untuk gulung tikar sangat tinggi. Kamu akan tewas dengan pengusaha kereta sewa haram yang mampu menawarkan harga kereta yang lebih murah.

Sekiranya kamu melakukan bisnes kereta sewa secara haram, kenderaan kamu berisiko untuk di tahan oleh pihak berkuasa. Kamu akan di saman dan mungkin mengalami kerugian, Wah nampaknya kedua-duanya berisiko, lebih baik saya jual goreng pisang di pasar malam sahaja modal kecil, risiko rendah, pulangan tinggi. Terpulang kepada kamu, saya tidak memaksa atau menghalang kamu menceburi bisnes ini.

Mungkin sebab itu, ramai yang tidak berani menceburkan diri dalam bisnes kereta sewa. Pada saya, itu cukup bagus kerana persaingan menjadi kurang. Bagi yang berani mengambil risiko, jika kena gayanya pulangan bisnes ini memang sangat lumayan.

Mengurangkan Risiko Perniagaan

Lawan setiap risiko dalam perniagaan adalah ilmu pengetahuan, semakin banyak yang kita tahu tentang sesuatu perniagaan, maka risikonya dapat dikurangkan. Tidak kira samada bisnes goreng pisang atau kereta sewa, sekiranya kita melakukan tanpa mengetahui selok-belok bisnes berkenaan dengan mendalam, risiko untuk rugi semakin tinggi.

Jadi sebelum memulakannya, kita perlu mengetahui selok-belok bisnes ini. Secara umumnya terdapat 4 cara untuk mempelajari selok-belok bisnes ini iaitu;

1. Mulakan bisnes kereta sewa secara kecil-kecilan dan belajar sendiri, 2. Minta tunjuk ajar dari pengusaha kereta sewa yang sudah berjaya atau 3. Bekerja sambil belajar dengan pengusaha kereta sewa yang sudah

berjaya atau

4. Jadi rakan kongsi pengusaha kereta sewa yang sudah berjaya.

Berdasarkan pengalaman, ramai yang memilih cara pertama, iaitu memulakan bisnes kereta sewa secara kecil-kecilan bersendirian. Memandangkan mereka tidak berpengalaman, maka 9/10 daripadanya akan kecundang, hanya 1/10 sahaja yang berjaya.

Cara kedua, agak sukar dan mungkin mustahil kerana tidak ramai pengusaha kereta sewa mahu berkongsi ilmu perniagaan mereka dengan

(37)

anda. Mana tahu, silap haribulan anda menjadi pesaing mereka. Cara ketiga adalah dengan bekerja sambil belajar dengan syarikat kereta sewa yang sudah berjaya. Walau bagaimanapun ramai yang tidak berpeluang untuk bekerja dengan syarikat kereta sewa. Kebiasaannya, ia hanya terbuka kepada ahli keluarga dan pekerja terdekat sahaja.

Cara terakhir adalah cara paling bijak, tetapi ramai yang tidak mahu memilihnya (mungkin tidak mahu berkongsi keuntungan). Sebenarnya sekiranya anda memilih cara keempat, anda dapat menjimatkan banyak masa kerana tidak perlu membina sistem perniagaan yang belum tentu berjaya. Sebaliknya anda boleh terus menggunakan sistem perniagaan rakan kongsi anda yang terbukti berkesan memberi keuntungan. Di samping dapat mengelak kerugian yang tidak perlu, anda dapat menggunakan modal yang ada untuk menjana lebih banyak keuntungan.

Jadi apa cadangan kamu Wahi? Tanya Abu. Sekiranya kamu sudah ada pengalaman, maka saya cadangkan kamu pilih cara pertama. Mulakan secara kecil-kecilan, dan besarkan perniagaan secara perlahan-lahan. Seperti yang saya lakukan setelah menimba pengalaman dengan syarikat kereta sewa di Langkawi, kemudian saya memulakan secara kecil-kecilan sehingga sekarang. Sekiranya tidak ada pengalaman, saya cadangkan kamu memilih cara ketiga atau keempat.

Kategori Usahawan Kereta Sewa

Sebelum kamu memilih mana-mana cara, biar saya jelaskan tentang kategori usahawan kereta sewa. Secara umumnya terdapat 4 kategori usahawan kereta sewa yang telah saya temui sepanjang 15 tahun terlibat dalam bisnes ini iaitu;

1. Tiada Syarikat Usahawan yang berniaga sendiri dan tidak mempunyai lesen

2. Syarikat kecil Usahawan jenis ini hanya mempunyai lesen pihak berkuasa tempatan tetapi tiada lesen dari kementerian pelancongan. 3. Syarikat Sdn Bhd Usahawan ini mempunyai lesen kementerian

pelancongan tetapi tidak semua kenderaan mereka ada permit.

4. Syarikat Sdn Bhd (syarikat besar) Terdiri daripada syarikat korporat besar milik kerajaan atau swasta, mempunyai lesen kementerian pelancongan dan semua kenderaan mereka ada permit (juga dipanggil kereta plat putih).

(38)

anda menubuhkan syarikat kereta sewa mengikut syarat-syarat dalam kategori 4, anda akan terlibat dalam persaingan perniagaan yang tidak adil. Syarikat no 4 memiliki kelebihan kerana mempunyai pelanggan istimewa yang dapat membayar kadar sewa pada harga yang tinggi. Kebiasaanya, syarikat no 4 mempunyai perniagaan yang kukuh seperti hartanah, perhotelan, perladangan, insuran, telekomunikasi dan sebagainya. Sebahagian besar pelanggan mereka terdiri daripada anak-anak syarikat mereka sendiri.

Berdasarkan pengalaman saya, kebanyakan pelanggan mahukan perkhidmatan kereta sewa yang murah dan servis terbaik. Jadi usahawan yang bijak perlu memikirkan cara yang paling berkesan untuk beroperasi pada kos yang paling minimun.

Sekadar memberi cadangan, bagi yang hendak memulakan bisnes kereta sewa, seelok-eloknya buka saja syarikat dalam kategori 2 dan boleh beroperasi dari rumah sahaja (jimat kos). Gunakan internet sepenuhnya untuk mempromosi perkhidmatan anda. Apabila perniagaan anda sudah kukuh, mungkin anda boleh naik taraf kepada syarikat dalam kategori 3. Sementara itu, usahawan dalam kategori 1 agak sukar untuk berkembang kerana pelanggan korporat tidak mahu berurusan dengan mereka.

Haramkah Bisnes Kereta Sewa Haram?

Jadi kamu mencadangkan saya terlibat dalam bisnes kereta sewa secara haram? soal Abu lagi. Tidak juga, terpulang kepada kamu. Saya telah menerangkan kategori-kategori perniagaan ini, dan terpulang kepada kamu untuk memilih kategori mana yang sesuai jawab saya dengan tenang.

Bukankah duit kutipan sewa nanti adalah haram, kerana kita berniaga secara haram? Tanya Abu lagi. Saya bukan pakar agama, dan saya tidak berani mengeluarkan fatwa, tetapi saya teringat kata-kata rakan usahawan kereta sewa di Langkawi yang membuat bisnes kereta sewa secara haram.

Katanya kamu boleh mengatakan bisnes saya haram, tetapi pada saya, selagi saya tidak menipu orang dan melanggar hukum agama, maka saya mengganggap hasil perniagaan saya adalah halal. Sekiranya saya di saman, saya akan menganggap ianya adalah cukai kepada kerajaan. Abu terdiam mendengar penjelasan saya. Saya berharap dia sudah mendapat gambaran perniagaan dalam kategori manakah yang akan menjadi pilihan hatinya.

(39)

Betul tu apa yang tuan Wahi katakan, kalau hendak diikutkan hukum halal haram bisnes kita ni, banyak lagi kes-kes di luar sana yang lebih dahsyat kita dengar. Selagi kita tak menipu orang sudah la. Kereta-kereta saya pun bukannya semua ada permit, 30% sahaja ada permit, yang lain semua tiada permit, tak tahan membayar insurannya komen seorang ahli kelab usahawan kereta sewa.

(40)

CABANG BISNES KERETA SEWA

Kali ini saya hendak menghuraikan tentang cabang-cabang perniagaan yang ada di dalam bisnes kereta sewa. Kebanyakan mesej-mesej yang saya terima daripada rakan-rakan yang berminat untuk memulakan bisnes kereta sewa tertumpu untuk memberikan perkhidmatan kereta sewa kepada pelajar universiti, kolej dan maktab.

Sebenarnya bisnes kereta sewa mempunyai banyak cabang. Ia boleh dikembangkan dengan produk-produk lain yang boleh mendatangkan sumber pendapatan yang lumayan. Berikut merupakan cabang-cabang perkhidmatan yang boleh dijalankan bersama-sama bisnes kereta sewa. Sewa Kereta Pandu Sendiri

Ini merupakan produk utama dalam kebanyakan bisnes kereta sewa. Pelanggan diberi kebenaran untuk menyewa dan memandu sendiri kereta anda. Sebelum memberi sewa, pastikan anda manapis setiap pelanggan anda. Seboleh-bolehnya tanya ke mana mereka hendak pergi, tujuan menyewa kereta, tempat kerja mereka, siapa yang boleh dihubungi, alamat tempat tinggal dan sebagainya.

Sekiranya pelanggan berkenaan teragak-agak untuk memberi maklumat yang diminta, maka lupakan sahaja pelanggan berkenaan. Mereka mungkin berniat tidak baik.

Apabila bertemu dengan pelanggan berisiko, Biasanya saya akan menolak urusniaga ini dengan secara halus. Setiap kali berasa curiga saya akan berkata boleh tuan tunggu sebentar, saya perlu periksa kereta yang ada sekarang lima minit kemudian saya akan menghubungi pelanggan itu dan berkata minta maaf tuan buat masa ini semua kereta habis ditempah.

Anda perlu ingat, bahawa anda tidak boleh memberi sewa kepada sebarangan pelanggan. Mereka mungkin perompak, atau berniat mahu mencuri alat ganti kereta anda. Jadi anda perlu bijak untuk memilih pelanggan yang bagus dan juga berniat jahat.

Sekiranya pelanggan berkenaan lulus proses tapisan, kemudian pastikan pelanggan berkenaan mengisi borang sewa dan maklumat yang diberikan adalah sama seperti dalam dokumen peribadi mereka. Pastikan pelanggan berkenaan membayar sewa dan jika perlu minta mereka meletakkan deposit sebagai cagaran. Jumlah deposit bergantung kepada

(41)

Semakin banyak maklumat yang anda tahu tentang pelanggan berkenaan, maka jumlah deposit akan berkurang. Kebiasaannya, saya tidak mengenakan deposit kepada pelanggan tetap (sebab saya sangat mengenali mereka), tetapi bagi pelanggan baru jumlah deposit di antara RM400 hingga RM3,500.

Sekiranya pelanggan berkenaan cuba mengelak membayar deposit, maka lupakan sahaja pelanggan itu. Ini menunjukkan mereka lebih sayangkan wang mereka daripada kereta anda. Pada mereka, apa yang akan berlaku kepada kereta anda, bukan tanggungjawab mereka. Pada saya tidak berbaloi menyewa kereta kepada pelanggan sebegini.

Sewa Kereta Bersama Pemandu

Perkhidmatan seterusnya adalah kereta sewa bersama pemandu. Kebiasaannya pelanggan yang menggunakan perkhidmatan ini perlu menghadiri mesyuarat, majlis perkahwinan, seminar, pameran dan rombongan. Mereka memilih untuk menyewa kereta bersama pemandu mungkin kerana tidak mahir selok-belok jalan di tempat tersebut. Justeru, daripada membuang masa akibat tersesat jalan, lebih baik mereka menyewa kereta bersama pemandu.

Kadangkala pelanggan-pelanggan yang menggunakan perkhidmatan ini boleh jadi orang yang berpangkat dalam organisasi tertentu. Mereka mahukan kenderaan yang bersih dan selesa setaraf dengan status mereka. Selalunya sebelum mereka tiba ke sesuatu tempat, setiausaha mereka akan menghubungi pengusaha kereta sewa dan meminta menghantar bos mereka ke lokasi yang telah ditetapkan.

Dengan adanya perkhidmatan ini, bos mereka tidak lagi perlu pening kepala memandu kereta atau mencari teksi untuk menghadiri mesyuarat atau lawatan tapak.

Cabaran Off-Road

Ada pelanggan sanggup membayar ribuan ringgit sekiranya anda sanggup membawa mereka menjelajah hutan belantara, ladang kelapa sawit dan getah menggunakan kenderaan pacuan empat roda atau pun motosikal tahan lasak. Sekiranya tempat anda mempunyai trek yang sesuai, anda boleh mencuba perniagaan ini.

(42)

risikonya untuk rosak. Anda mungkin tidak dapat menjana banyak keuntungan sekiranya bergantung kepada bengkel membaiki kenderaan sepenuhnya. Seperti sedia maklum, kos untuk membaiki kenderaan di bengkel adalah tinggi berbanding membaikinya sendiri.

Sekiranya anda tidak mempunyai kemahiran membaiki kenderaan, saya mencadangkan anda mencari rakan kongsi yang mahir tentang selok-belok membaiki kenderaan. Untuk makluman anda, saya juga tidak mahir tentang aspek pembaikan kenderaan. Walau bagaimanapun, saya mempunyai rakan kongsi yang mahir tentang hal-hal berkaitan kenderaan.

Setiap kali kenderaan saya mengalami kerosakan serius, saya akan merujuk kepadanya dahulu. Dia akan memberikan nasihat secara percuma dan jujur kepada saya. Khidmat nasihatnya dapat menyelamatkan saya daripada ditipu oleh bengkel kenderaan yang mengenakan caj yang tidak sepatutnya.

Homestay

Di samping memberi kemudahan kepada pelanggan menyewa kereta, anda boleh menawarkan pakej penginapan kepada mereka. Seorang rakan pernah menceritakan bagaimana keluarganya berkongsi membeli lot-lot tanah dan mencagarkan kepada bank. Wang pinjaman digunakan untuk membina bilik-bilik sewa.

Hasil sewaan digunakan untuk membayar, ansuran pinjaman berkenaan. Kini apabila kesemua pinjaman telah dilunaskan keluarganya boleh bersenang-hati menerima duit sewa setiap bulan. Dalam masa yang sama keluarganya juga menyediakan perkhidmatan kereta sewa.

Sekiranya anda tidak mempunyai bilik kosong yang sesuai, anda boleh berunding dengan saudara-mara, jiran-jiran atau rakan-rakan terdekat yang mempunyai bilik kosong di rumah mereka. Setiap kali, anda mendapat pelanggan yang menyewa kereta, pelawa mereka untuk menginap di homestay mereka pada harga istimewa.

Anda bukan sahaja mendapat keuntungan hasil sewa kereta, dalam masa yang sama anda membantu orang lain menjana pendapatan tambahan. Tren terkini menunjukkan bahawa kebanyakan pelancong tempatan dan luar negara lebih suka menginap di homestay berbanding hotel. Kebiasaannya tinggal di homestay bukan sahaja menjimatkan, mereka juga dapat merasai suasana kehidupan kampung dan pinggir bandar.

(43)

Pengangkutan Ulang-Alik

Anda boleh berunding dengan pihak hotel di tempat anda dan menawarkan perkhidmatan pengangkutan ulang-alik dari hotel ke bandar, lapangan terbang dan tempat-tempat menarik. Perkhidmatan ini memudahkan penghuni hotel berkenaan untuk pergi membeli-belah ataupun ke lapangan terbang pada kadar tambang yang lebih murah berbanding menggunakan teksi.

Pengangkutan Anak Kapal

Kebiasaannya syarikat-syarikat carigali minyak dan perkapalan memerlukan syarikat kereta sewa memberikan perkhidmatan seperti mengambil dan menghantar pekerja, bekalan makanan, barangan runcit, surat khabar dan majalah ke pelabuhan.

Wakil Agensi Pelancongan Luar

Terdapat syarikat pelancongan dari luar yang memerlukan perkhidmatan pangangkutan untuk membawa pelanggan-pelanggan mereka ke destinasi yang telah ditetapkan. Memandangkan mereka tidak mempunyai cawangan di tempat tersebut, maka mereka memerlukan syarikat kereta sewa yang boleh menjadi wakil kepada syarikat mereka.

Sewa Motosikal

Terdapat pelanggan mahu berjimat-cermat atau tidak mahu terperangkap dengan kesesakan lalu lintas. Justeru mereka lebih suka memilih untuk menyewa motosikal sahaja. Selain menjimatkan, mereka dapat bergerak dengan mudah.

Sewa Basikal

Mungkin ada pelanggan yang mementingkan aspek alam sekitar, mereka lebih suka bersiar-siar menggunakan basikal untuk ke tempat-tempat berdekatan.

Pakej Pelancongan Khas

Anda boleh menyediakan pakej pelancongan seperti berkelah di air terjun, membeli-belah di bandar, pergi ke tempat-tempat menarik dan sebagainya.

Referensi

Dokumen terkait

Memandangkan pengauditan terhadap pengurusan kewangan yang dijalankan oleh Jabatan Audit Negara bagi tujuan memberi penarafan adalah terhad kepada beberapa Pusat Tanggungjawab (PTJ)

Dengan adanya penjelasan di atas tentang masih banyaknya perlakuan menyimpang yang dilakukan oleh seorang ibu dalam mendidik anaknya, hal inilah yang memberi inspirasi

Pembekal/vendor  Laporan kewangan digunakan untuk menilai keupayaan dan kecekapan dalam pengurusan hutang sebelum memberi kemudahan kredit atau memberikan pinjaman kepada

- boleh gunakan ilmu tersebut dlm bidang perniagaan - jenis latihan: pengurusan aliran tunai, kewangan,. stok dan inventori, sumber manusia dan jenamaan -

Amalan pengurusan ini juga telah diperluaskan kepada lebih ramai komuniti pada masa kini dan sekaligus telah menjadi satu sistem pengurusan yang bukan sahaja untuk

BIM Cihideung mempunyai perancangan di masa akan datang iaitu mahu menjadi pusat sumber perundingan perniagaan, pusat sumber pembangunan komuniti, latihan pengurusan dan

Kursus ini bertujuan untuk memberi para pelajar peluang untuk mengalami sendiri aktiviti pekerjaan dan latihan dalam bidang pengurusan, pemasaran, kewangan dan dalam

Selaras dengan kepentingan penyata kewangan kepada sesebuah institusi, kebanyakan isu yang menjadi topik hangat dalam perbincangan khususnya oleh para penyelidik, pengurusan tertinggi