• Tidak ada hasil yang ditemukan

Perubahan Usahawan atau Peniaga Dalam

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Perubahan Usahawan atau Peniaga Dalam "

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

Amirul Annuar Bin Ariffin

Mohamad Zulhelmi Bin Sulaiman

Mohd Haris Aizat Bin Muhammad

Pengenalan

Di dalam makalah ini akan membincangkan tentang perubahan yang berlaku terhadap pekerjaan khususnya usahawan atau peniaga. Pada bahagian pertama, perubahan pekerjaan ini dilihat dari sudut teori. Beberapa teori telah diambil sebagai rujukan dalam melihat perubahan

terhadap pekerjaan ini. Antara teori yang digunakan ialah Technology determinism dan seterusnya teori alienation yang diutarakan oleh Karl Marx. Dalam bahagian kedua pula melihat kepada hubungan manusia dan juga rangkaian komputer. Dengan berlakunya revolusi teknologi yang pesat hubungan manusia terhadap teknologi umumnya dan komputer secara khususnya perlu diberi perhatian dalam peradaban manusia. Seterusnya dalam bahagian ketiga membincangkan tentang perubahan yang berlaku terhadap usahawan atau peniaga. Penilitian secara khusus cuba dilihat dalam bahagian ini terhadap pekerjaan usahawan atau peniaga.

Teori terhadap perubahan pekerjaan

Perubahan dalam teknologi adalah salah satu daripada perubahan sosial perkara ini telah dinyatakan oleh (Joseph & Roland, 1979) mengatakan perubahan sosial disebabkan oleh peranan teknologi. Menurutnya lagi, peranan teknologi telah banyak membantu dalam perkembangan revolusi perindustrian. Perkara ini bukan sahaja menyebabkan hasil kuatiti produk lebih banyak dan masa juga dapat dijimatkan dengan bantuan mesin. Selain itu, faktor industri ini akan menyebabkan masyarakat telah berpindah daripada kawasan pendalaman ke kawasan bandar untuk mencari kerja dan menyebabkan sistem pembandaran akan menjadi lebih baik kerana penambahbaikan sistem perhubungan dan pengakutan turut berkembang. Oleh itu, dapat diperkatakan inovasi dalam teknologi banyak menggubah dunia perkerjaan pada zaman ini.

(2)

Ahli sosiologi tidak melihat sesuatu teknologi hanyalah sebagai teknologi secara objektif tetapi ahli sosiologi melihat teknologi ini sebagai device atau hardwa re yang digunakan untuk membantu oleh pekerja untuk membuat sesuatu produk.

Bukan itu sahaja, menurut (Watson, 2008) teknologi ini telah menjadi penentu jika dipandang dalam sudut pandang sejarah dan perubahan sosial seperti mana yang telah diperkataan Kerr et al. (1973) tentang “iron hand of technology”dan perkara ini sangat berpengaruh untuk pelabur untuk melabur dalam teknikal inovasi dan kepelbagaian teknik yang menyebabkan perkara ini berkuasa. Di samping itu, pada zaman revolusi perindustrian teknologi

dilihat sebagai sesuatu perkara yang sangat kuat pengaruhnya sehinggakan mereka tidak menentang dan mustahil untuk manusia menghapuskan teknologi secara keseluruhanya dalam kehidupan mereka. Perkara ini telah mencipta sejarah perindustrian kerana penciptaan teknologi telah berlaku dengan pesatnya. Walaubagaimanapun, kuasa dalam teknologi ini juga dipengaruhi

oleh iktihar oleh manusia untuk membuat faktor teknologi ini berkuasa sebagai contoh inovasi teknologi China kuno banyak menghasilkan teknologi yang hebat tetapi tidak menyebabkan berlakunya revolusi perindustrian kerana inovasi teknologi ini tidak diaplikasikan dalam sudut ekonomi(Watson, 2008).

Technology determinism boleh dianggap sebagai sesuatu teknologi adalah sebagai pembangunan exogenous dan autonomous dimana pembangunan telah dipengaruhi oleh paksaan, penentuan sosial, organisasi ekomoni, dan hubungan. Hal ini kerana, teknologi banyak mempengaruhi perubahan dalam alam perkerjaan secara spontan kerana keinginan untuk terus bertahan dalam dunia ekonomi ini. Oleh itu, pendekatan ini juga seperti inovasi darwinisme dalam teori bertahan untuk hidup. Organisasi-organisasi ini wujud dan terpaksa untuk mengadaptasi persekitaran untuk terus kekal dalam dunia perkerjaan. Sebagai contoh semua organisasi perkerjaan perlu mengunakan teknologi komputer dalam semua jenis perkerjaan.

Ahli sosiologi menerusi pekerjaan melihat teknologi sebagai faktor penentuan dalam perubahan dalam organisasi atau sistem pekerjaan tersebut. Kajian yang telah dijalankan oleh Blauner (1964) yang telah menggunakan teori sistem sosio-teknikal yang banyak menyentuh

(3)

mengunakan sistem pembahagian kerja selepas pembangunan teknologi. Beliau mengunakan konsep yang dicipta oleh Karl Marx iaitu konsep alienation dan menguji hubungan antara alienation dan mengenal pasti corak teknologi dan trend organisasi menerusi masa.

Empat perkara yang terdapat dalam konsep Alienation iaitu powerlessness, meaninglessness, isolation, dan selft-estramgement. Perkara –perkara tersebut mempunyai hubung kait antara satu sama lain dalam setiap organisasi penbahagian kerja diadakan. Pekerja tidak mempunyai mempunyai kuasa atau kebebasan untuk mengubah suai produk walaupun beliau sudah berpengalaman. Pekerja hanya membuat kerja dan mengikut kehendak dan bentuk

yang ditetapkan oleh majikan sahaja. Oleh itu, teknologi berupaya untuk menghadkan keupayaan pekerja dalam bentuk kuasa dan kebebasan. Disamping itu, teknologi adalah sebagai penentu tahap minat dalam sesuatu perkerjaan dan akhirnya pekerja akan terbatas dalam menentukan cara untuk pembuatan dan krativiti pekerja akan terhakis. Oleh itu, faktor teknologi boleh

mempengaruhi tahap kebebasan dan kuasa dalam menghasilkan produk sebagai contoh yang telah dikemukakan oleh Blauner (1964) adalah industri kraf teknologi yang mempunyai teknologi yang terhad dan menyebabkan pekerja bebas dan kuasa untuk menetukan hasil produk mereka.

Masyarakat dan rangkaian komputer

(4)

rangkaian komputer telah menyumbang kepada kepelbagaian hubungan sosial dan rangkaian perkerjaan di dalam komuniti. Beliau telah menguji degan skala yang lebih luas tentang masyarakat yang menggunakan dan mencari komuniti yang menggunakan komputer untuk kegunaan rangkaian sosial. Disamping itu beliau juga akan menjelaskan bagaimana sesetengah kata kunci untuk konsep analisis rangkaian sosial untuk diaplikasikan bagi memahami fenomena atas talian (on-line).

Ideanya pertama adalah hubungan atas talian (relationships online), terdapat beberapa sub idea yang boleh dirungkai dalam hubungan atas talian ini pertama adalah sokongan sosial

(social support). Atas talian merupakan medium yang digunakan untuk bertukar-tukar maklumat. Pengguna berupaya untuk menyebarkan, memberi pandangan dan maklumat tersebut boleh diakses oleh pelbagai masyarakat di serata dunia dan masyarakat lain berupaya memberi pandangan dan menjadi medium bertukar-tukar maklumat yang berskala besar. Oleh itu,

maklumat akan mudah untuk diperolehi hanya menggunakan media atas talian sahaja. Sub idea yang seterusnya adalah keistimewaan dan multiplex tiex. Struktur rangkaian atas talian ini mempunyai ciri-ciri keistimewaan iaitu penemuan cara baru untuk memperkembangkan pasaran menerusi pendekatan sumber sosial. Hal ini kerana, atas talian membolehkan membolehkan masyarakat saling berhubung antara satu sama lain, atas talian dijadikan sebagai alat untuk menkembangkan pasaran dengan mencari sumber dalam semua urusan termasuklah urusan jual dan beli. Perkara ini akan meringankan beban pengguna yang jika dahulu akan terpaksa pergi ke pasar atau kedai untuk mendapatkan barangan mereka berbanding secara atas talian mereka hanya duduk di dalam rumah atau pejabat untuk mendapatkan barang(Wellman, 1996, p. 3). Keistimewaan yang lain adalah sistem pesanan email, kelebihan ini akan menbolehkan komunikasi antara dua hala sesama pengguna teknologi ini. Masyarakat berupaya mengenal antara satu sama lain dengan menguna kan teknologi ini. Disamping itu, teknologi elektonik lain yang melibatkan komunikasi adalah teknologi talefon yang berupaya menghubungankan antara sesama masyarakat.

(5)

sebelum pembangunan teknologi ini, pengguna tidak mendapat maklumat tentang produk yang telah dipasarkan oleh syarikat hanya kerana jarak yang terlalu jauh. Mereka berupaya mempromosikan produk mereka di dalam negara mengikut kuasa yang diperolehi oleh syarikat tersebut. Jika syarikat tersebut hanya sebuah syarikat yang kecil mungkin hanya disekitar kawasan tersebut sahaja yang mengatahui tentang maklumat produk tersebut. Perkara tersebut sudah diselesaikan oleh pembagunan teknologi atas talian ini dengan tidak mempunyai sempadan dan had untuk mempromosikan produk mereka. Disamping itu, menurutnya lagi pengguna teknologi ini sudah menjadi pilihan orang ramai didalam kalangan masyarakat. Kesanya pengguna menjadi semakin ramai dan meyebabkan maklumat itu disebarkan dengan semakin pantas dan berkesan. Selain itu, dari segi komunikasi juga, masyarakat boleh berkomunikasi antara satu sama lain tanpa dihadkan oleh faktor jarak.

Di samping itu, mereka yang menggunakan teknologi ini dapat berkomunikasi antara

satu sama lain dengan mereka yang tinggal di kawasan dan zon masa yang berbeza. Teknologi ini akan memberi kesan kepada perubahan dalam tingkah laku masyarakat. Masyarakat akan mengehadkan aktiviti mereka diluar rumah mereka kerana pengaruh teknologi menyebabkan mereka mempunyai tingkah laku sedemikian. menurut(Wellman B. , 1992) masyarakat di barat kurang mengunakan masa mereka untuk berjumpa dengan rakan-rakan di kawasan awam dan mereka banyak menggunakan masa hanya di rumah sahaja. Oleh itu telah berlaku perubahan iaitu komuniti telah berubah daripada awam ke dalam rumah sahaja.

Perubahan dalam pekerjaan usahawan atau peniaga

(6)

masyarakat.Industri adalah perkara yang luas dan berkaitan dengan teknologi, ekonomi dan perusahaan. Kesan daripada revolusi industri ini juga banyak memberi dan membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat. Perubahan yang berlaku terutama dalam bidang teknologi telah menyebabkan persekitaran perniagaan berubah. Hal ini demikian kerana teknologi tidak dapat lari dan berkait rapat dengan bidang industri dan perniagaan .Teknologi maklumat adalah antara teknologi yang mengalami perubahan dan memberi kesan yang besar kepada sistem operasi sesebuah organisasi dan cara bekerja. Kemajuan teknologi maklumat telah mewujudkan pekerja maya iaitu pekerja yang tidak perlu datang bekerja di tempat kerja sebaliknya hanya perlu bekerja di rumah.

Fakto perniagaan pada masa kini berubah daripada perniagaan yang zahir kepada perniagaan online atau e-dagang adalah faktor persekitaran pemasaran. Persekitaran pemasaran merupakan kuasa yang boleh mempengaruhi keupayaan pengurusan untuk membentuk dan mengekalkan pembelinya.Persekitaran dalaman pula boleh memberi kesan kepada keupayaan pemasar untuk melayani penggunanya.Manakala persekitaran luaran pula ialah faktor di luar kawalan pemasar dan boleh memberi peluang atau ancaman kepada aktiviti pemasar.Persekitaran menawarkan peluang dan ancaman kepada aktiviti pemasaran. Pemasar akan berjaya sekiranya pemasar sentiasa mengawasi perubahan yang berlaku dan membuat pendekatan yangbersesuaian dengan perubahan yang berlaku. Sehubungan itu pendekatan pemasaran yangsesuai mesti difikirkan oleh pemasar untuk mengawasi perubahan yang berlaku, merebut peluang yang wujud daripada perubahan di samping mengekalkan dan meluaskan pasaran yang sedia ada. (Said, 2002)

Apabila wujudnya perkhidmatan internet dan lama sosial, strategi pemasaran bagi setiap perniagaan telah berubah. Hal ini demikian kerana dengan internet pasaran akan menjadi lebih luas ke peringkat global.Apabila sesebuah firma bercadang untuk membangunkan sesuatu laman sawang di internet, ia bukan sahaja beroperasi dalam kawasan tempatan tetapi melangkau satu pasaran yang lebih luas iaitu pasaran global (Zugelder, Flaherty & Johnson, 2000). Jika dahulu

(7)

menjimatkan kos penjual tersebut dengan tidakperlu mengeluarkan belanja bagi membeli atau menyewa sebuah kedai. Melalui internet juga urusan perniagaan menjadi lebih mudah dan tidak menyuahkan bagi kedua pihak pebeli dan penjual.Pembeli tidak perlu untuk keluar dan membawa wang yang banyak untuk membayar barangan yang ingin dibeli.

Perubahan teknologi maklumat menyebabkan aliran maklumat yang menjadi nadi kepada aktiviti pemasaran bergerak dengan kelajuan yang amat pantas.Ia telah membolehkan para pem buat keputusan mencapai maklumat yang diperlukan dengan kadar yang begitu cepat dan banyak berbanding keadaan sebelum ini. Maklumat yang lebih berkualiti dan lebih banyak boleh

diperolehi dalam masa yang singkat.Perubahan ini juga telah membolehkan pembuat keputusan membuat keputusan yang lebih baik dan memperbaiki komunikasi dalam organisasi dan luar organisasi seperti pembekal dan pembeli. Kepantasan perolehan maklumat ini menyebabkan perubahan yang mendadak dirasai dalam mengurus aktiviti pemasar?di abad baru ini. Impak

perubahan teknologi maklumat ke atas pemasaran industri akan memberikan pelbagai jalan atau alternatif baru dalam usaha mempelbagaikan aktiviti pemasaran yang sebelum ini tidak pernah difikirkan. (Said, 2002) Pertumbuhan perniagaan melalui e-dagang ini telah menggalakkan organisasi di seluruh dunia mengintegrasikan sistem ini ke dalam sistem perdagangan mereka sama ada secara dalaman dan luaran (Chan & Swatman, 2000).

Faktor lain peniaga berubah kepada perniagaan secara dalam talian adalah keran perniagaan ini mempunyai masa dan tempat yang bebas untuk bekerja. Apabila tempat tidak ditetapkan ini akan menjimatkan kos dan akan memberi keuntungan dan kelebihan kepada peniaga.Kebebasan masa bekerja pula adalah peniaga bebas untuk melakukan perniagaan tidak kira masa dan ketika.Sekiranya peniaga sudah memiliki pekerjaan tetapi masih boleh lakukan bisnes online tersebut selepas waktu bekerja. Pendek kata tiada had masa dan tiada kekangan untuk peniaga terus melukan urusan perniagaaan.

Kesan positif daripada perubahan dari segi teknologi terhadap perniagaan internet ini adalah perniagaan menjadi semakin maju kerana kaedah pemasaran dan persekitaran pemasaran yang sangat luas. Sebagai contoh perniagaan yang dijalankan dengan mengunakan laman sosial

(8)

dengan lebih pesat. Selain itu akan wujudnya promoter tidak bergaji dimana mereka akan tolong mempromosikan barang yang dijual kepada rakan-rakan mereka. Hal ini akan menyebabkan perniagaan itu bertambah maju.

Selain menjadikan perniagaan semakin maju, perniagaan internet telah menjadiakan urusniaga lebih mudah dan cepat. Tidak perlu mengira masa untuk melakukan urusan jual beli. Pembeli hanya perlu duduk dirumah dan memilih barangan yanga ingin dibeli. Hanya perlu mengunakan perbankan internet untuk melakukan urusan jual beli. Ini telah memudahkan penjual dan pembeli untuk berurus niaga.Perniagaan internet juga telah mengurangakan risiko.

Tidak dinafikan bahawa setiap perniagaan mengandungi risiko-risiko tersendiri namun risiko perniagaan internet jauh lebih rendanh berbanding perniagaan biasa.

Terdapat juga beberapa kesan negatif apabila menceburkan diri dalam perniagaan Internet, antaranya ialah peniaga terpaksa menghadapi pelbagai kerenah pelanggan.Sebagai contohnya, walaupun Malaysia semakin meningkat maju, terdapat banyak lagi anggota masyarakat yang tidak mahir menggunakan teknologi maklumat. Peniaga juga terpaksa bersabar dengan kerenah pelanggan yang sering tidak berpuas hati dengan produk yang dipasarkan atas alasan hanya membuat pilihan melalui iklan dalam Internet sahaja. Keadaan ini juga memberikan impak kepada peniaga yang terpaksa mengeluarkan kos yang lebih tinggi untuk menghantar barang yang lain itu semula demi kepuasan pengguna. Selain itu, terdapat juga pengguna yang terlalu cerewet dan menyusahkan peniaga atau usahawan Internet. Keadaan ini berlaku kepada peniaga yang mengamalkan konsep bayar, terima dan guna iaitu pembeli terpaksa membayar harga barangan tersebut terlebih dahulu sebelum menghantar barangan.

(9)

Keadaan ini bukan sahaja menjejaskan ekonomi negara lebih-lebih lagi dalam sektor pelancongan, malah mendapat tanggapan negatif daripada pelancong asing yang kebanyakannya tertipu dengan pihak yang tidak bertanggungjawab dan hanya mementingkan keuntungan tanpa mengira kepuasan dan keselesaan pelanggan.

Penutup

(10)

Rujukan

Aziz, A. R. (1995). Sosiologi Industri: Suatu Pengenalan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Edgell, S. (2006). The Sociology of Work. London : SAGE Publication.

Joseph, S. R., & Roland, L. W. (1979). Sosiologi Suatu Pengenalan. (M. H. Yusuf, Trans.) Ampang / Hulu Selangor: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Munck, R. (2002). Globalisation and Labour. London: Zed Books Ltd.

Said, N. P. (2002). Perubahan Pengurusan Dalam Pemasa ran Industri. Sintok: Sekolah Pengurusan, Universiti Utara Malaysia.

Watson, T. J. (2008). Sociology, Work And Industry (5th ed.). New york: Routledge.

Wellman, B. (1996). For A Social Network Analysisi Of Computer Networks: A Sociological Perspective On Collaborative Work And Virtual Community. Centre for Urban and Community Studies , 1-11.

Wellman, B. (1992). Which Types Of Ties And Networks Gives What Kind Of Social Support? Advances in Group Popcesses. 207-237.

Referensi

Dokumen terkait

Dalam penelitian ini, persiapan yang dilakukan penulis untuk menilai kembali aktiva adalah dengan cara memperoleh data laporan keuangan sebelum dan sesudah

Apabila dikaitkan dengan karakteristik budaya hukum, yaitu tidak tertulis, hidup, tumbuh dan berkembang dalam masyarakat 40 kemudian merupakan ide, nilai dan sikap yang diyakini oleh

Justifikasi Produk furniture yang diproduksi CV Noble Gallery Indonesia tidak termasuk dalam produk yang yang berasal dari bahan baku yang dibatasi

Sri Setyani, M.Hum Tulus Yuniasih, S.IP., M.Soc.Sc Dra.. Sri Setyani,

Sebenarnya, baik dari pihak guru maupun pengurus yayasan menghendaki pembelajaran kitab kuning di MTs Salafiyah NU Karanganyar Tirto tidak hanya dalam bidang akhlak

Tidak hanya gebyok, saya mendapatkan banyak mendengar cerita dari "arga mengenai cerita kali 1engek, maupun cerita tokoh!tokoh yang kini makamnya berada di

Berdasarkan uraian penjelasan yang meliputi tugas dan kewenangan Dinas Perhubungan Kabupaten Hulu Sungai Utara, Fungsi-fungsi yang dimiliki, struktur organisasi, dan

Kemudian usaha kedua yaitu merencanakan kampanye diawali dengan menyusun tujuan dari kampanye Counting Down ini yaitu: untuk menberikan informasi kepada