• Tidak ada hasil yang ditemukan

Cadangan Penambahbaikan dalam Kurikulum

Dalam dokumen Kurikulum Kursus Pembuatan Perabot Pendi (Halaman 163-168)

Pendidikan Vokasional Negara

4. Struktur Kurikulum Pendidikan Asas Vokasional

4.7 Cadangan Penambahbaikan dalam Kurikulum

Cadangan penambahbaikan yang dibuat ini adalah berdasarkan kepada permasalahan yang timbul sepanjang pelaksanaan MPV yang sedikit sebanyak memberi gambaran tentang keadaan yang berkemungkinan akan berlaku dalam pelaksanaan PAV Kursus Pembuatan Perabot di Sekolah Menengah Akademik Harian memandangkan PAV ialah program bagi menggantikan MPV.

MPV ditawarkan kepada pelajar yang memperoleh pencapaian rendah dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) di mana purata gred yang diperoleh adalah gred D termasuk mata pelajaran utama seperti Bahasa Melayu, Sains dan Matematik. Oleh yang demikian, Kementerian Pendidikan Malaysia (2003) mendapati pencapaian akademik pelajar yang rendah banyak mempengaruhi P&P khususnya yang memerlukan kemahiran tinggi di dalam pelaksanaan MPV. Dapatan kajian Asnul Dahar Minghat & Rabiah Sikh Mohamad (2010) turut menunjukkan kesediaan pencapaian pengetahuan pelajar dalam mengikuti MPV berada pada nilai yang sederhana. Ini adalah kerana, pelajar yang pengetahuan asasnya sederhana dan rendah agak lambat memahami isi pelajaran yang disampaikan oleh guru dan lambat dalam menguasai sesuatu kemahiran dan seterusnya kurang bersedia untuk mengikuti MPV di sekolah. Untuk mengelakkan masalah ini berulang dalam pelaksanaan PAV, kurikulum yang dirangka perlu memaksimumkan kandungan yang relevan dalam Kursus Pembuatan Perabot dengan memuatkan dengan kandungan yang dapat mengasah kemahiran pelajar. Langkah ini bertujuan untuk memastikan bahawa terdapat keseimbangan antara pengetahuan teknikal dengan kemahiran yang juga dapat membantu pelajar PAV meningkatkan pencapaian pengetahuan mereka. Selain itu, penggubal kurikulum juga perlu mengambil kira faktor usia dan tahap pemikiran pelajar dengan kesesuaian kemahiran yang perlu dikuasai.

Jika ditinjau dari aspek kurikulum MPV, menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (2003), terdapat projek yang mengambil masa yang lama untuk disiapkan dan akan mengakibatkan projek seterusnya lewat untuk disiapkan mengikut masa yang ditentukan. Sebagai contoh projek meja tulis yang mengambil masa dua bulan untuk disiapkan sedangkan bilangan modul yang perlu dihabiskan terlalu banyak dan menyebabkan kekurangan masa untuk menyiapkan kesemua modul. Dalam pada itu,

Kementerian Pendidikan Malaysia (2003) turut mendapati di dalam pelaksanaan MPV, beberapa aspek kandungan MPV seperti tajuk berkaitan teori, keusahawanan dan mengira kurang diminati kerana sukar difahami oleh pelajar. Oleh yang demikian, penyediaan guru PAV berdasarkan bidang pengkhususan mengikut mata pelajaran PAV di peringkat Ijazah Sarjana Muda, jelas menjadi keutamaan untuk mengelakkan masalah ini berulang memandangkan melalui pengkhususan bidang ini akan melahirkan guru berkemahiran tinggi. Dengan penguasaan ilmu dan kemahiran guru juga, dapat menjamin tahap kualiti kemahiran pelajar dalam meningkatkan tenaga sumber negara pada masa akan datang. Walau bagaimanapun, sebagai langkah awal penawaran kursus bagi mata pelajaran berkaitan boleh dilaksanakan dengan menawarkan mata pelajaran baru dalam program sedia ada di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Jika diteliti dengan lebih mendalam dapatan kajian Zainudin Othman (2004), sukatan mata pelajaran MPV Membuat Perabot adalah tidak selari dengan keperluan masa kini. Oleh yang demikian bagi kurikulum PAV yang dirangka ini perlu dilengkapi dengan latihan vokasional yang membolehkan pelajar mempunyai asas dan pengetahuan serta kemahiran teknologi yang kukuh dalam menguasai sesuatu bidang pekerjaan sekali gus dapat memenuhi keperluan sektor perindustrian negara. Selain itu, kurikulum PAV juga boleh mewujudkan mata pelajaran keselamatan dalam kurikulum yang bukan hanya sekadar pengetahuan atau penyampaian teori semata-mata, tetapi pelajar akan didedahkan dengan amalan di industri secara lebih praktikal. Selain itu, penyemakan semula kurikulum PAV perlukan dibuat dari masa ke masa untuk menghadapi keperluan tempat kerja dan memenuhi jenis kemahiran yang diperlukan oleh industri.

Penambahbaikan kurikulum Kursus Pembuatan Perabot PAV yang dicadangkan ini masih perlu dibuat kajian yang lebih luas dan menyeluruh sebelum di laksanakan di sekolah. Ini kerana perubahan dalam satu kurikulum tidak boleh dibuat tanpa kesahan yang jitu kerana ia melibatkan masa depan individu dan negara pada masa akan datang.

6. Kesimpulan

Melalui kertas konsep ini menjelaskan dengan lebih terperinci mengenai struktur kurikulum PAV yang dilaksanakan bagi tujuan rujukan mahupun sebagai panduan dalam penulisan ilmiah kelak. Di samping itu, jelaslah bahawa perlaksanaan PAV memainkan peranan penting dalam reformasi pendidikan di Malaysia dengan memberi peluang pendidikan kepada murid yang kurang berminat dengan pendidikan berorientasikan akademik dan lebih cenderung kepada program vokasional yang berbentuk hands-on. Demi meningkatkan tahap keberkesanan pelaksanaannya, penyelidik telah mengemukakan beberapa cadangan penambahbaikan kurikulum yang merangkumi cadangan yang perlu diambil tindakan oleh semua yang terlibat dalam pelaksanaan PAV termasuklah pegawai yang berkaitan di organisasi terbabit, IPT, pentadbir sekolah serta guru yang terlibat. Diharapkan melalui kurikulum ini

mampu meningkatkan keberkesanan pelaksanaan PAV di samping melahirkan pelajar yang berfikiran kritis, kreatif dan inovatif, berkemahiran, bersedia dengan alam dunia pekerjaan dan penting sekali ialah mempunyai nilai-nilai yang murni akan menjadi sumbangan ke arah menjayakan Wawasan 2020 Malaysia untuk meningkatkan produktiviti dan memajukan ekonomi negara. Adalah diharapkan bahawa pelajar yang telah mengikuti program ini boleh menjalani kehidupan yang baik dalam dunia berteknologi yang kompleks dan sentiasa berubah dan berkembang ini.

7. Rujukan

[1] Ab. Alim Abdul Rahim (1999). Pengurusan Kokurikulum. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

[2] Ab. Aziz (1998). Asas-Asas Keusahawanan. Kuala Lumpur: Prentice Hall.

[3] Abbott, I. (1997). Why Do We Have to Do Key Skills? Student Views about General National Vocational Qualifications. Journal of Vocational Education and Training. Vol.49. No.4.

[4] Abdul Hakim Mustor (2006). Pendidikan Selepas SPM. Edisi Kedua. Malaysia: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

[5] Ahmad Sipon (2001). Ucaptama: Hala tuju dan Cabaran Pendidikan Vokasional di Sekolah Menengah Akademik. Seminar Kebangsaan Pendidikan Asas Vokasional. 7 – 10 November 2001. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

[6] Ahmad Tajudin Jab (2012, Januari 4). Projek Rintis Program Asas Vokasional. Berita Harian.

[7] Aminudin Mansor (2012, April 24). Minda: Pendidikan Sejarah Pengukuh Patriotisme. Dicapai pada April 24, 2012, daripada http://www.hmetro.com.my/

[8] Asnul Dahar Minghat & Rabiah Sikh Mohamad (2010). Kesediaan Pelajar Dalam Mengikuti Mata Pelajaran Vokasional di Sekolah Menengah Harian Luar Bandar Daerah Jerantut, Pahang. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.

[9] Atan Long (1984). Pendidik dan Pendidikan. Petaling Jaya: Fajar Bakti.

[10]Aziz Deraman, Syahrul Fahmy M. Naim Yaakub & A. Aziz Jemain (2002). Benefit, Monitoring & Evaluation System: A Case Study of Malaysian Technical Education System. Informing Science.

[11]Davidsson, P. (1995). Determinants of Entrepreneurial Intentions. Working Paper. Piacenza, Italy: RENT IX Workshop. November 23-24, 1995.

[12]Ee Ah Meng (1995). Pendidikan Sebagai Satu Proses. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

[13]Evans, N. R. & Herr, E. L. (1978). Foundation of Vocational Education. 2nd ed. Ohio: Charles E. Merill Publishing Company.

[14]Ishak Mad Shah (2002). Pengenalan Psikologi Industri dan Organisasi. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.

[15]Jenner, S. (2000). The Graduate Career Handbook. Petaling Jaya: Prentice Hall.

[16]Kandar Selamat, Yahya Buntat & Muhammad Rashid Rajuddin (2003). Mata Pelajaran Vokasional (MPV) di Sekolah Menengah Harian: Penyediaan Guru

MPV, Isu dan Cabaran. Johor: Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

[17]Kementerian Pelajaran Malaysia (2011). Kurikulum Standard Sekolah Menengah, Pendidikan Asas Vokasional Pra Vokasional Tingkatan Satu.

[18]Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Laporan Kajian Pelaksanaan MPV Membuat Perabot di Sekolah Menengah Akademik 2003, Pusat Perkembangan Kurikulum. Dicapai pada April 18, 2012, daripada

http://mamo60.tripod.com/laporanmpppk2003.htm

[19]Kementerian Pendidikan Malaysia (2002). Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah, Huraian Sukatan Pelajaran Membuat Perabot Tingkatan Empat dan Lima. Malaysia: Pusat Perkembangan Kurikulum.

[20]Kolvereid, L. (1996). Organizational Employment versus Self-Employment: Reasons for Career Choice Intentions. Entrepreneurship Theory and Practice. 20(3), 23-31.

[21]Kramlee Mustapha, Ruhizan Mohd Yasin & Hamdan Mohd Ali (2003). Integrasi Akademik dan Vokasional: Rasional dan Cabaran. Jurnal Pendidikan. 28. 77-90.

[22]Ku Seman (2006, Disember 24). Kurang Fikir Terhadap Kurang Upaya. Utusan Malaysia. Dicapai pada Januari 5, 2012, daripada http://utusan.com.my

[23]Mastura Bazdis (2008). Pendidikan Anak-anak di Peringkat Awal Umur Berasaskan Binaan Kurikulum yang Integratif. Jurnal Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC). Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

[24]McDaniels (1992). Summary of Visits to 670 Roanoke, Virginia Area Business Industry-Government Employers: Summer 1992. Roanoke Virginia Area Tech Prep Consortium.

[25]Mohamed Rashid Navi Bax (2002). Technical Vocational Education,

Polytechnics, and Community Colleges. Selangor: The Malaysian Educational Odyssey, Oxford Fajar Sdn. Bhd.

[26]Mohd Yusuff Mohd, Mohd Fadhil Nuruddin & Naimah Yong (1995). Cabaran Perindustrian Masa Hadapan dan Kualiti Graduan Teknikal yang Diperlukan. Persidangan Kebangsaan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan. Johor: Universiti Teknologi Malaysia. 15 - 16 Ogos 1995.

[27]Muhyiddin Yassin (2010, September 25). Sistem Pendidikan Vokasional dirombak, Kata Muhyiddin. Dicapai pada Februari 15, 2012, daripada http://www.themalaysianinsider.com/

[28]Muhyiddin Yassin (2012, Januari 9). Melonjak Pendidikan Vokasional. Utusan Malaysia.

[29]Shahril Marzuki (1993). Peranan Pendidikan Vokasional dalam Pembangunan Sumber Tenaga Manusia bagi Mencapai Matlamat Wawasan 2020. Jurnal Pendidikan Jilid 37. 8 Jun 1993. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.

[30]Sharil @ Charil Marzuki & Habib Mat Som (1999). Isu Pendidikan di Malaysia: Sorotan dan Cabaran. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributions Sdn. Bhd.

[31]Turker, D. & Selcuk, S. S. (2009). Which Factors Affect Entrepreneurial Intention of University Students?. Journal of European Industrial Training. 33(2), 142-159.

[32]Valerie Saysset (2005). A Look At Vocational Training: A Survey of Secondary Cycle Two Students. Education, Loisir et Sport, Quebec.

[33]Yahya Emat (2005). Pendidikan Teknik dan Vokasional di Malaysia. Selangor: IBS Buku Sdn. Bhd.

[34]Zainudin Othman (2004). Tahap Masalah dalam Pelaksanaan Mata Pelajaran Membuat Perabot di Sekolah Menengah Akademik Terpilih bagi Negeri Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. Universiti Teknologi Malaysia: Projek Sarjana Muda.

Penerapan Kemahiran Komunikasi Menerusi Unit Beruniform

Dalam dokumen Kurikulum Kursus Pembuatan Perabot Pendi (Halaman 163-168)

Dokumen terkait