• Tidak ada hasil yang ditemukan

Sistem Pentaksiran Antarabangsa: Satu Cadangan di Malaysia

Dalam dokumen Kurikulum Kursus Pembuatan Perabot Pendi (Halaman 94-107)

Noor Azreen Abd Aziz 1 dan Sulaiman Yamin 2

Abstrak

Negara-negara yang berprestasi tinggi telah mengintegrasikan kurikulum, pengajaran, dan pentaksiran bagi tujuan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P). Sehubungan itu, sebagai sebahagian yang besar dan semakin bertambah sistem peperiksaan, negara-negara ini menggunakan tugasan prestasi terbuka dan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) untuk memberikan peluang kepada pelajar untuk mengembangkan kemahiran abad ke-21 iaitu kebolehan untuk mencari dan menguruskan maklumat untuk menyelesaikan masalah, merangka dan menjalankan siasatan, menganalisis serta mensintesiskan data, dan menggunakan pembelajaran kepada situasi yang baru. Kertas ini menunjukkan ringkasan ciri-ciri sistem pentaksiran di beberapa buah negara yang mana pentaksiran ini diintegrasikan ke dalam kurikulum untuk mewujudkan pembelajaran yang lebih kukuh bagi membolehkan kedua-dua pelajar dan guru menghasilkan pencapaian yang lebih tinggi dan saksama. Terdapat juga perbincangan berkaitan dengan sistem pentaksiran ini yang mana membincangkan isu permasalahan pentaksiran berterusan dan pentaksiran berasaskan sekolah dan cadangan bagi mengatasi permasalahan tersebut serta cadangan ciri-ciri PBS yang perlu ada pada sistem pentaksiran di Malaysia.

Kata kunci: pentaksiran berterusan, pentaksiran berasaskan sekolah

1. Pengenalan

Malaysia berhasrat menjadi sebuah negara maju dengan mencapai kemajuan seimbang dari aspek ekonomi, politik, sosial, kerohanian dan kebudayaan sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian, kemakmuran masyarakat dan negara sehingga boleh mengangkat nama dan sistem pendidikan Malaysia di arena antarabangsa dan secara tidak langsung akan dapat menambah modal insan yang berkemahiran untuk membantu pembangunan negara dan individu tersebut.

Jika diteliti dengan lebih mendalam, terdapat beberapa usaha yang telah dijalankan bagi memperbaiki, mempertingkat dan memperkasakan sistem pendidikan

Noor Azreen Bt Abd Aziz. Tel.: + (0132578036). E-mail address: (hb100009@siswa.uthm.edu.my).

Sulaiman Bin Yamin. Tel.: + (0197599619). E-mail address: (sulaimn@uthm.edu.my).

negara di antaranya kerajaan telah memperkenalkan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dalam Rancangan Malaysia Ke-10. Ia merupakan satu daya upaya untuk mengubah Malaysia ke arah pertumbuhan ekonomi, politik, sosial, kerohanian, psikologi dan budaya yang lebih besar untuk merealisasikan wawasan 2020. Program ini memberi tumpuan kepada 6 Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA). Pendidikan adalah salah satu agenda yang termaktub dalam NKRA. Lanjutan daripada itu, kerajaan telah menggantikan sistem pendidikan berorientasikan peperiksaan kepada sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Ia merupakan penentu kepada dua perkara iaitu apa yang pelajar telah belajar dan apa yang boleh mereka lakukan seterusnya. Hal ini bertepatan dengan strategi kerajaan dengan aspirasi MN serta NKRA.

Program Pentaksiran Berasaskan Sekolah bagi mata pelajaran tertentu di sekolah menengah telah diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sejak tahun 1992. PBS merupakan formatif, proses berterusan, diagnostik dan pembangunan yang bertujuan untuk memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran (Ghani, 1995). Program ini menggunakan kedua-dua kaedah formal dan tidak formal seperti kerja-kerja pemerhatian, penilaian output lisan, bertulis dan produk kemasan, ujian dan penilaian kendiri saling melengkapi antara satu sama lain untuk memenuhi keperluan KBSM.

Walau bagaimanapun, bagi memastikan sistem pentaksiran ini berjalan dengan lancar dan berjaya, kertas ini menunjukkan ciri-ciri sistem pentaksiran di beberapa buah negara yang mempunyai sistem pendidikan berpencapaian tinggi seperti negara Finland, England, Australia, Hong Kong dan Singapura. Di samping itu, terdapat juga ciri-ciri bagi sistem International Baccalaureate (IB), yang kini digunakan di kebanyakan sekolah di Amerika Syarikat dan juga sekolah di seluruh dunia.

2. Sistem Pentaksiran Antarabangsa

Dalam bahagian ini, jadual 1 di bawah menunjukkan ciri-ciri sistem pentaksiran di beberapa buah negara iaitu Finland, England, Australia, Hong Kong, Singapura dan sistem International Baccalaureate (IB), yang digunakan di kebanyakan sekolah di Amerika Syarikat dan juga sekolah di seluruh dunia. Jadual ini turut membincangkan berkaitan ciri-ciri sistem pentaksiran yang mana menerangkan sistem teras, jenis- jenis pentaksiran, dan pihak yang bertanggungjawab untuk mereka bentuk serta memberi skor/gred bagi pentaksiran tersebut (Darling-Hammond & Closkey, 2008); (Grima, 2003); (Hutchinson, 2008).

Negara/ Negeri Penerangan berkaitan Sistem Teras Apakah jenis pentaksiran yang digunakan?

Siapakah yang mereka bentuk dan memberi

skor/gred bagi pentaksiran tersebut? Finland Tahap pencapaian pelajar

dinilai dengan berasaskan

sampel/contoh oleh pihak berkuasa pendidikan Finland pada akhir gred kedua dan kesembilan untuk memberi maklum balas kepada kurikulum serta pelaburan sekolah.

Semua pentaksiran yang lain direka bentuk dan diuruskan mengikut acuan sendiri berdasarkan kurikulum kebangsaan. Negara  Masalah dan tugasan bertulis yang meminta pelajar berfikir.

 Direka bentuk oleh guru-guru menerusi Kementerian

Pelajaran Finland.

 Digredkan oleh guru- guru. Sekolah berasaskan  Tugas-tugas berkaitan penyelidikan, pembentangan, demonstrasi.

 Reka bentuk guru dan gred tugasan berdasarkan kriteria pentaksiran yang disaran dan penanda aras bagi setiap subjek dan gred dalam kurikulum teras kebangsaan. Peperiksaan matrikulasi

secara sukarela yang diambil oleh kebanyakan pelajar bagi memberikan maklumat kepada kolej. Para pelajar akan memilih subjek yang dikehendaki untuk menduduki peperiksaan. Lazimnya, sekurang- kurangnya empat subjek yang diambil, serta ujian dalam bahasa ibunda pelajar yang mana adalah wajib.  Ujian menggunakan sebahagian besar soalan-soalan terbuka untuk menilai kemahiran termasuk penyelesaian masalah, analisis, dan penulisan.  Peperiksaan ini ditadbir, disusun dan dinilai oleh Lembaga Peperiksaan

Matrikulasi yang dilantik oleh Kementerian

Pendidikan Finland.

 Guru yang menanda dan memberi gred peperiksaan tersebut sendiri dengan menggunakan garis panduan rasmi dan sampel gred diperiksa semula oleh penilai profesional yang diupah oleh Lembaga Peperiksaan.

England Pentaksiran kurikulum kebangsaan telah digubal pada awalnya sebagai garis panduan untuk formatif berasaskan sekolah dan pentaksiran kemajuan yang dikendalikan oleh guru- guru dalam pengajaran. Satu set mandatori pentaksiran pada peringkat umur 7 dan 11 tahun yang merangkumi tugas kemajuan eksternal dan skala pemerhatian yang dilaksanakan oleh guru. Guru-guru memilih tugas dan ujian untuk digunakan dan menggunakannya dalam parameter tertentu.

Pentaksiran sekolah rendah telah direka bentuk dan diuruskan secara sendiri, berdasarkan kurikulum kebangsaan dan panduan yang disediakan melalui Program Menilai Kemajuan Murid (Assessing Pupil’s Progress project, APP).

Negara  Skala pemerhatian

yang lengkap disediakan oleh guru berhubung dengan tugas dan prestasi pelajar ke atas jenis tugasan yang spesifik iaitu bertulis, lisan, serta tugas dan ujian prestasi.  Qualifications and Curriculum Authority (QCA) membangunkan pentaksiran kebangsaan, yang mana diskor oleh guru-guru, dan pelbagai panduan dan sokongan untuk pentaksiran di sekolah.

Berasaskan Sekolah  Kerja kursus, ujian,

projek, esei.

 Guru menilai prestasi pelajar dan sampel tugasan berdasarkan kurikulum serta sukatan pelajaran kebangsaan.

 Panduan yang luas untuk mendokumentasikan prestasi dan kemajuan pelajar, dengan indikator yang menunjukkan hubungan dengan standard kebangsaan, disediakan melalui Program Menilai Kemajuan Murid (Assessing Pupil’s Progress preject, APP).  Pihak berkuasa wilayah menyokong melatih guru untuk pentaksiran dan moderasi dalam- sekolah.

Kebanyakan pelajar secara sukarela mengambil set peperiksaan pada tahun 11 (umur 16) bagi mencapai General Certificate of Secondary Education (GCSE). Sekiranya para pelajar mengambil kursus-kursus lanjutan, pelajar tersebut boleh mengambil peperiksaan A-level yang memberi maklumat kepada universiti. Para pelajar akan memilih subjek yang dikehendaki untuk menduduki peperiksaan berdasarkan kepentingan serta bidang kepakaran pelajar tersebut. Kira-kira 75% daripada gred peperiksaan adalah berdasarkan ujian kemajuan eksternal serta 25% adalah berasaskan sekolah. Negara  Esei dan penyelesaian masalah yang terbuka, pentaksiran bagi lisan subjek bahasa.

 Peperiksaan eksternal direka bentuk dan digredkan oleh kumpulan pemeriksa yang berkhidmat dengan sekolah- sekolah yang berbeza (contohnya, Oxford Cambridge, Ed Excel, Assessments dan Qualifications Alliance). Berasaskan Sekolah  Kerja kursus, ujian,

projek-projek.

 Guru membangunkan dan memberi skor terhadap komponen berasaskan sekolah berdasarkan sukatan pelajaran.

Australia Di peringkat kebangsaan, pentaksiran bagi membaca dan mengira diberi pada gred 3, 5, 7, dan 9. Negeri dan kawasan tempatan menguruskan sistem pentaksiran mereka sendiri. Negara  Aneka pilihan, jawapan singkat/ringkas, dan memperluaskan jawapan bertulis.

 Direka, ditadbir, dan memberi skor oleh Perbadanan

Kurikulum dengan persoalan/ keraguan dan menggesa agensi pendidikan di peringkat negeri tentang antara yang menjadi sebab.

Australia tambahan ini adalah berasaskan sekolah, yang dibangunkan oleh guru berdasarkan garis panduan kurikulum kebangsaan dan sukatan pelajaran negeri.

Atas dasar pilihan, sekolah boleh menggunakan bank Rich Tasks daripada projek

New Basics yang telah ditadbir bagi seluruh peringkat gred serta memberi skor secara sendiri dengan moderasi.

 Kertas terbuka, projek, dan pertanyaan.

Rish tasks adalah tugasan yang kompleks, dan kepelbagaian disiplin yang menghendaki dalam penyelidikan, penulisan, dan pembangunan produk dari pelbagai aspek.  Pentaksiran dibangunkan,

ditadbir, dan menberi skor oleh guru-guru.

 Pemarkahan

moderasi oleh panel daerah iaitu guru dan profesor yang mengkaji skor portfolio tugasan pelajar yang mewakili setiap titik skor dari setiap tahap gred dari setiap sekolah.

 Sekumpulan panel negeri turut melihat sampel/contoh di seluruh sekolah juga.

 Berdasarkan proses moderasi ini, sekolah diberi arahan untuk menyesuaikan gred bagi perbandingan.  Rich tasks dibangunkan oleh guru-guru dengan membangunkan pentaksiran, diiringi oleh rubrik penskoran dan proses moderasi yang mana kualiti tugasan dan pemarkahan pelajar boleh dinilai. Internationa l Baccalaurea te (IB) International Baccalaureate (IB) merupakan program yang digunakan untuk pelajar pada gred 11 dan 12 di seluruh dunia yang mana mentaksir pelajar dengan

Eksternal (IB Kemajuan) Eksternal  Esei, penyelesaian masalah yang terbuka, jawapan singkat/ringkas, dan item aneka pilihan.

 Direka bentuk, ditadbir, dan digredkan oleh pemeriksa terlatih IB (lazimnya merupakan

menggunakan

pentaksiran berasaskan sekolah sepanjang program dua tahun dan dari peperiksaan kemajuan eksternal pada akhir program dua tahun tersebut. Pentaksiran berasaskan sekolah ini terdiri dari 20 hingga 50% daripada skor peperiksaan bagi setiap subjek. guru semasa berkhidmat mahupun bekas guru). Berasaskan Sekolah  Pengucapan projek, portfolio, persembahan, penyiasatan, makmal, persembahan seni.

 Direka bentuk dan digredkan oleh guru kelas berdasarkan sukatan pelajaran yang sama dan kriteria pemarkahan.

Hong Kong Hong Kong Territory-

wide System Assessments (TSA) terdapat pada setara gred 3, 6, dan 9 dalam Cina, Bahasa Inggeris, dan matematik. Ujian matriks-sampel, dan keputusan dilaporkan kepada sekolah-sekolah, tetapi tidak dibuat secara terbuka. Keputusan tidak dilaporkan kepada pelajar secara individu. Matlamatnya adalah untuk memaklumkan perancangan kurikulum di sekolah dan untuk membolehkan kerajaan untuk membantu sekolah-sekolah yang sedang bekerja keras/kesusahan.

Sebuah bank atas talian berkaitan tugasan juga disediakan untuk guru gunakan bagi membuat pentaksiran diagnostik

Seluruh Wilayah  Item TSA bertulis

dan item terbuka secara lisan dan tugasan.

 Pentaksiran

dibangunkan dan diskor oleh Lembaga Peperiksaan Pendidikan Hong Kong. Berasaskan Sekolah  Esei, projek penyelidikan dan penyiasatan.  Pentaksiran dibangunkan dan diskor oleh guru.

 Biro Pelajaran menggalakkan sekolah untuk membangunkan pelbagai bentuk pentaksiran termasuk projek-projek, portfolio, dan pemerhatian serta ujian, dan mencari pelbagai jenis pentaksiran dalam petunjuk prestasi yang digunakan untuk penilaian sekolah.

pelajar secara individu.

Sijil Peperiksaan Pendidikan Hong Kong (Hong Kong Certificate

of Education

Examinations) diambil pada akhir sekolah menengah untuk memberikan maklumat kepada universiti dan pihak majikan. Pelajar memilih bidang yang dikehendaki untuk menduduki peperiksaan, melainkan Cina, Bahasa Inggeris, matematik, dan kajian liberal. Peperiksaan ini dan Diploma Pendidikan Menengah (Diploma of Secondary Education) itu digantikan pada tahun 2012 meliputi pentaksiran berasaskan sekolah, yang terdiri dari 10% hingga 50% daripada jumlah skor peperiksaan. Seluruh Wilayah  Bertulis, bercakap dan mendengar tugasan.  Pentaksiran dibangunkan oleh guru dan ahli fakulti pendidikan tinggi, serta diskor oleh guru yang dilatih sebagai pentaksir.

 Ujian diperuntukkan secara rawak untuk diskor, dan jawapan esei biasanya dinilai oleh dua penskor bebas. Berasaskan Sekolah  Projek, portfolio, eksperimen/uji kaji, makmal, aktiviti membaca, tugasan secara lisan  Pentaksiran berasaskan sekolah telah direka bentuk, ditadbir, dan diskor oleh guru-guru berdasarkan kepada garis panduan sukatan pelajaran.  Keputusan secara statistik telah di moderasi untuk memastikan perbandingan dalam wilayah.  Pentaksiran menjadi penanda aras di

peringkat

antarabangsa, melalui contoh penilaian kertas kerja pelajar, untuk merancang serta menetapkan keputusan kepada negara lain.

Singapura Peperiksaan eksternal diadakan pada akhir sekolah rendah (gred 6) dalam matematik, sains, Bahasa Inggeris, dan bahasa ibunda (Melayu, Cina atau Tamil). Keputusan digunakan untuk menentukan penempatan kursus di sekolah menengah. Semua pentaksiran yang lain adalah berasaskan sekolah. Negara  Jawapan terbuka singkat dan panjang.  Lembaga Pendidikan Pentaksiran Singapura mereka bentuk pentaksiran dan menguruskan sistem pentaksiran tersebut. Berasaskan Sekolah  Kerja kursus, projek

penyelidikan, penyiasatan

 Direka bentuk dan digredkan oleh guru di dalam bilik darjah sebagai tindak balas kepada sukatan pelajaran.

Selepas empat tahun di sekolah menengah, pelajar akan mengambil

GCE N- atau peperiksaan O-level. Para pelajar memilih bidang subjek elektif yang dikehendaki untuk menduduki peperiksaan. Peperiksaan tersebut mempunyai komponen berasaskan sekolah yang mengandungi sehingga 20% daripada skor akhir. Keputusan digunakan sebagai maklumat bagi pendidikan selepas sekolah menengah.

Negara  Jawapan terbuka

singkat dan panjang dan item aneka pilihan.  Lembaga Pendidikan Pentaksiran Singapura mengendalikan sistem pentaksiran.  Peperiksaan GCE telah dibangunkan oleh Cambridge International Examinations Group. Berasaskan Sekolah  Projek penyelidikan, penyiasatan makmal dan ujikaji.  Guru membangun, melaksana, dan membuat skor bagi projek dan produk- produk lain bagi

Peperiksaan GCE A-level boleh diambil selepas dua tahun pendidikan peringkat tinggi.

melengkapkan peperiksaan eksternal.

Jadual 1: Perbezaan Sistem Pentaksiran Antarabangsa: Finland, England, Australia, International Baccalaureate (IB), Hong Kong dan Singapura.

3. Cadangan dan Perbincangan PBS di Malaysia

Pentaksiran berterusan atau continuous assessment (CA) sudah sebati dalam sistem pentaksiran di sekolah dan sentiasa juga disalah erti kan makna sebenar pentaksiran ini. Pentaksiran berterusan telah dianggap sebagai pemeriksaan berkala terhadap keupayaan kognitif pelajar. Keseluruhan jumlah ujian tersebut dikira sebagai skor akhir pentaksiran berterusan sebanyak 40% dan ditambah kepada skor peperiksaan akhir sebanyak 60% untuk memperoleh gred. Penting untuk diberi perhatian bahawa ujian mingguan dan peperiksaan akhir adalah diperoleh daripada tajuk-tajuk modul yang tergolong menerusi program pengajian serta hanya menekankan kognitif (Oko, 2011). Justeru itu, amalan ini boleh diperihalkan sebagai pentaksiran kognitif berterusan.

Meskipun objektif dinyatakan dalam tiga domain pembelajaran, ujian memberi tumpuan hanya pada kognitif sahaja. Skala kedudukan bagi pemboleh ubah dalam domain afektif dan psikomotor tidak diterjemahkan mahupun ditransformasikan ke dalam skor bagi tujuan pengiraan gred akhir pelajar. Skala kedudukan bagi pemboleh ubah dalam domain afektif dan psikomotor tidak diterjemahkan mahupun ditransformasikan ke dalam skor bagi tujuan pengiraan gred akhir pelajar. Psikomotor dan afektif seolah-olah tidak membawa sebarang makna dalam gred. Gred pelajar dalam suatu kelas masih ditentukan dengan menambah skor dalam ujian kognitif berkala yang lebih dikenali sebagai pentaksiran berterusan yang merupakan sebanyak 40% dan skor peperiksaan akhir sebanyak 60% (Akanwa, 2004). Pemeriksaan balas terhadap skor atau gred dalam kad laporan semasa di sekolah rendah dan menengah yang membuktikan hal ini.

Dalam perbincangan ini, pentaksiran berasakan sekolah atau PBS akan digunakan untuk menerangkan konsep pentaksiran berterusan yang betul. Pentaksiran berasaskan sekolah ini tidak berbeza dari konsep betul pentaksiran berterusan. Kedua-duanya mempunyai skop yang sama, ciri-ciri yang sama serta menggunakan instrumen dan personel yang sama.

Jika diteliti daripada jadual 1 di atas, dapat dilihat bahawa kebanyakan negara- negara maju menggunakan pentaksiran berasaskan sekolah dalam sistem pendidikan. Ciri-ciri sistem bagi keseluruhan negara hampir sama tetapi cara yang berbeza. Sistem pendidikan di Malaysia juga mempunyai ciri-ciri pentaksiran tersebut akan tetapi tidak dapat diaplikasikan dengan baik kerana komuniti di sekolah tidak

bersedia sepenuhnya dari aspek pengetahuan dan kemahiran untuk menerima sistem baru ini (Mei, 2010). Kebanyakannya beranggapan bahawa sistem pentaksiran ini membebankan guru dan pelajar dengan tugasan yang pelbagai. Ibu bapa juga tidak memahami cara sistem ini dilaksanakan. Menurut (Raffan, 2001), pentaksiran berasaskan sekolah merupakan pentaksiran yang berkesan tetapi sukar untuk dilaksanakan, mengambil masa dan seringkali memerlukan kos yang tinggi, namun ianya adalah amat penting untuk pendidikan. Sistem pentaksiran tidak mudah untuk dipindahkan dari satu negara ke negara lain.

Oleh itu, Malaysia perlu menggubal kurikulum bagi sistem pentaksiran ini dengan baik dan sistematik. Seharusnya, Malaysia mencontohi cara pelaksanaan PBS di negara-negara maju tersebut. Daripada jadual di atas, negara Finland, Queensland, International Baccalaureate, Hong Kong dan sekolah rendah di England, pentaksiran berasaskan sekolah telah direka bentuk, ditadbir, dan di skor oleh guru-guru berdasarkan kepada garis panduan sukatan pelajaran. Terdapat juga negara yang menggunakan kriteria pemarkahan untuk mentaksir hasil tugasan para pelajar tersebut. Kriteria pemarkahan ini bertujuan memudahkan proses untuk mentaksir dan memberi skor. Di Queensland, rich tasks dibangunkan oleh guru dengan membangunkan pentaksiran, diiringi oleh rubrik penskoran dan proses moderasi yang mana kualiti tugasan dan pemarkahan pelajar boleh dinilai. Rich tasks adalah tugasan yang kompleks, dan kepelbagaian disiplin yang menghendaki dalam penyelidikan, penulisan, serta pembangunan produk dari pelbagai aspek.

Walau bagaimanapun, sistem pentaksiran ini bukan sahaja perlu digubal dengan baik tetapi dilaksanakan dengan konsisten. Sistem ini juga perlu dikendalikan oleh guru-guru yang berpengetahuan dan berkemahiran bagi melaksanakan pentaksiran ini di sekolah. Guru-guru yang kurang mahir menggunakan PBS akan menghadapi kekangan untuk mentaksir para pelajar serta akan memberi kesan yang buruk pada pencapaian pelajar tersebut (Begum & Farooqui, 2008). Terdapat beberapa cadangan berkaitan dengan pelaksanaan sistem pentaksiran berasaskan sekolah di sekolah yang dicadangkan oleh (Begum & Farooqui, 2008) dalam jurnal bertajuk School Based Assessment: Will it Really Change the Education Scenario in Bangladesh? iaitu,

i. penyelia akademik perlu diberi tanggungjawab untuk memantau pelaksanaan sistem pentaksiran ini

ii. pengetua dan guru besar sepatutnya memanggil untuk mengadakan mesyuarat dan memeriksa rekod setiap guru pada setiap penggal

iii. suatu jawatankuasa perlu ditubuhkan dalam setiap sekolah untuk memeriksa rekod tersebut

iv. ibu bapa dan penjaga harus menyedari hakikat bahawa anak-anak atau pelajar tersebut tidak boleh menjadi mangsa keadaan akibat daripada mana- mana guru, jika disyaki, penjaga perlu membuat aduan segera kepada guru besar

v. guru besar perlu membuat mesyuarat bersama ibu bapa dan penjaga sesudah tamat setiap penggal dan berusaha untuk menyelesaikan aduan yang diberikan oleh ibu bapa tersebut

vi. Bimbingan dan Kaunseling boleh diperkenalkan yang mana akan memberi peluang untuk mengetahui masalah guru dan pelajar semasa pelaksanaan sistem pentaksiran baru ini.

Ini adalah sebahagian cadangan yang terkandung dalam kertas ini, apa yang lebih baik adalah segala kebaikan tersebut dapat digunakan dan dikekalkan dengan betul, barulah boleh menjangkakan hasil yang diingini dari pentaksiran berasaskan sekolah.

4. Kesimpulan

Pemeriksaan amalan pentaksiran di sebilangan negara pencapaian tinggi serta program teliti seperti International Baccalaureate telah menunjukkan kepentingan pentaksiran dalam pembelajaran, untuk pembelajaran dan sebagai pembelajaran. Ia bukannya sebagai satu elemen yang berasingan dan tidak berkaitan. Pentaksiran yang berkualiti tinggi dapat menyediakan maklum balas kepada pelajar, guru, serta sekolah mengenai apa yang telah dipelajari, serta dapat memberikan maklumat maju ke hadapan yang mana dapat mencorakkan pembelajaran pada masa hadapan depan.

Sistem ini dengan teliti dapat menyelaraskan jangkaan kurikulum, kriteria subjek dan prestasi, serta hasil pembelajaran yang dikehendaki. Ia melibatkan guru dalam membangunkan pentaksiran serta pemarkahan yang mana sebagai salah satu cara untuk memperbaiki amalan profesional dan kemampuan guru untuk membantu pembelajaran dan pencapaian pelajar. Manakala, ia melibatkan pelajar dalam pentaksiran yang autentik dalam memperbaiki motivasi dan pembelajaran pelajar tersebut. Sistem ini juga bertujuan untuk memajukan pembelajaran pelajar dalam kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif serta dapat menyelesaikan masalah dengan menggunakan pelbagai strategi pengajaran dan pentaksiran.

Walaubagaimanapun, (Raffan, 2001) menyatakan bahawa pentaksiran berasaskan sekolah merupakan pentaksiran yang berkesan tetapi sukar, mengambil masa dan seringkali memerlukan kos yang tinggi, namun ianya adalah amat penting untuk pendidikan. Jesteru itu, wajarlah sekiranya sistem pentaksiran ini dijadikan agenda utama dalam sistem pendidikan. Perubahan sistem pentaksiran merupakan kunci kepada perubahan sistem pendidikan secara keseluruhannya. Oleh itu, adalah penting untuk kerajaan Malaysia serta pendidik-pendidik yang berkaitan mencari cara dan kaedah untuk menjadikan sistem pentaksiran ini lebih relevan dan sah untuk pelajar dalam masa yang sama dapat mengekalkan standard yang optimum.

5. Rujukan

[1] Akanwa, U. N. (2004). Evaluation of Continuous Assessment practices In Nigerian University in Onofeghara.

[2] Begum, M., & Farooqui, S. (2008). School Based Assessment: Will it Really Change the Education Scenario in Bangladesh? International Education Studies 1(2).

[3] Darling-Hammond, L., & Closkey, L. M. (2008). Assessment for Learning around the World: What Would it Mean to Be "Internationally Competitive?".

Dalam dokumen Kurikulum Kursus Pembuatan Perabot Pendi (Halaman 94-107)

Dokumen terkait