• Tidak ada hasil yang ditemukan

CARA MENGATASINYA

Dalam dokumen INTEGRITI MENURUT PERSPEKTIF ISLAM - DR ZUL (Halaman 25-37)

Cara untuk mengatasi halangan yang menjejaskan integriti terlalu banyak sama ada melalui pendekatan agama, muhasabah, etika akhlak, undang-undang, nasihat atau kaunseling dan lain-lain. Tetapi yang utamanya, ia bertitik-tolak daripada kesedaran diri yang tinggi dapat mengatasinya.

1.

Ianya berdasarkan kepada pendekatan agama. Jika dilihat daripada perkataan al-din dalam bahasa Arab membawa beberapa pengertian. Antaranya:

 Pembalasan  Kebiasaan.  Ibadat.

Keta`atan.  Perhitungan.  Paksaan.  Kemenangan.  Ketinggian.  Kesultanan.  Pemerintahan.  Perjalanan.

 Pentadbiran.  Keesaan.

Nama bagi segala perkara yang bertujuan mengabdikan diri kepada Allah .

 Agama.

Dari segi istilah, perkataan al-din bermaksud dasar Ilahi yang menjadi panduan kepada mereka yang berfikiran waras dan memilih tingahlaku serta tindakan yang terpuji demi kebaikan mereka sendiri sama ada di dunia dan akhirat. Oleh itu, al-din dengan pengertian ini merangkumi prinsip aqidah dan fiqh dalam pelbagai aspek.

Begitu juga sepertimana pepatah Arab berkata:

نادت نيدت امك

Maksudnya: Bagaimana kamu lakukan, begitulah kamu

dibalas.”

Konsep agama wujudnya hari pembalasan sepertimana firman Allah dalam Surah al-Fatihah: Ayat 4.

Maksudnya: “Yang Menguasai pemerintahan hari

pembalasan (hari akhirat).”

Dengan memahami dan menghayati agama, sudah pasti dapat mewujudkan seseorang individu yang benar-benar berintegriti.

2.Muhasabah

Muhasabah atau menghitung diri adalah sebahagian daripada jalan ke arah tercapainya ma’rifatullah. Muhasabah diri memerlukan persediaan hati yang penuh sedar, pemikiran yang celik dan terbuka, serta sensitif kepada bisikan-bisikan nafsu dan syaitan. Hal ini bertepatan dengan firman Allah dalam Surah al-A’raf: Ayat 201.

Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa,

apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari

Syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah) maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar).”

Al-Qurtubi berkata: Perkataan al-Taif memberi dua makna yang berlainan.

• Khayalan.

• Syaitan itu sendiri.

Al-Suhaili berkata: “Ini kerana ia merupakan khayalan dan bukan hakikat. Justeru, dinamakan al-Taif.”

Ibn Kathir berkata: “Allah mengkhabarkan tentang orang yang bertaqwa daripada hamba-hamba-Nya yang sentiasa mentaati arahan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. Muhasabah penuh dengan kesedaran ini diistilahkan oleh pakar-pakar psikologi sebagai jiwa yang celik. Para murabbi sangat mengambil berat dalam aspek didikan mereka agar para murid mereka mewakili hati dan jiwa yang sentiasa hidup dan sedar. Inilah aspek yang sangat ditekankan oleh golongan sufi sejak dahulu yang sentiasa hauskan pimpinan adab-adab Islam dan hidayah yang dibawa oleh Rasulullah

sepertimana kenyataan Saydina Umar bin al-Khattab :

اوُبَساحُت نأ لبق مكَسُفْنَأ اوُبِساَح

Maksudnya: “Hitunglah dirimu sebelum kamu dihitung.”

3.Etika akhlak

Kemuliaan akhlak merupakan matlamat utama bagi ajaran Islam sebagaimana sabda Nabi :

ِقلْخلا َمِراكم َمّمَتُِل ُتْثِعُب امّنِإ

Maksudnya: “Sesungguhnya aku diutuskan untuk

menyempurnakan kemuliaan akhlak.”

Hadith Sahih, riwayat Imam Bukhari dalam Adab

al-Mufrad.

Antara etika akhlak tersebut ialah:

 Menjauhkan diri daripada perkara-perkara syubhat.  Memelihara pandangan.

 Memelihara lidah.  Bersifat pemalu.

Bersifat lemah-lembut dan sabar.

Bersifat benar.  Bersifat tawadhu’.

 Menjauhi sangka buruk dan mengumpat.

 Bermurah hati.

4.

Undang-undang

Firman Allah dalam Surah al-Isra’: Ayat 70.

Maksudnya: “Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan

anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan.”

Pengarang Fiqh al-Manhaji berkata: “Penghormatan ini akan hanya dapat direalisasikan apabila seluruh kepentingan manusia dijaga dan dipelihara daripada segala perkara yang tidak baik. Namun ini akan dapat dicapai hanya apabila lima keperluan asasi manusia iaitu agama, nyawa, akal,

keturunan dan harta dikawal. Semua elemen ini adalah keperluan asasi yang penting untuk kelangsungan hidup manusia melaksanakan tugas yang diamanahkan oleh Allah

.

Agama Islam didatangkan untuk memelihara semua elemen utama ini di samping mengelak sebarang perkara yang tidak baik. Atas dasar ini, menurut para ulama’, Islam datang untuk menggarap semua kebaikan dan menghindari semua keburukan. Dengan landasan ini, Islam menggariskan pelbagai undang-undang.

5. Nasihat

Dalam bahasa Arab, perkataan nasihat mengandungi maksud supaya yang dinasihati mendapat keuntungan dan faedah. Dan perkataan nasihat itu diambil daripada perkataan (همبوث لمجرلا حمصن) – ertinya seorang lelaki menjahit kainnya. Dengan itu diertikan bahawa orang yang memberi nasihat itu bermaksud untuk memberi kebaikan kepada orang yang dinasihati sebagaimana orang yang berkehendak untuk kebaikan kainnya dengan jalan menjahitnya bila ia telah koyak.

Atau diambil daripada perkataan (لمسعلا تحمصن) - ertinya aku menapis manisan. Dengan ini diertikan pula bahawa orang yang memberi nasihat hendaklah menggunakan kata-kata yang sudah dipilih dan telah dihalusi serta ikhlas dan bersih daripada maksud yang tidak baik.

Betapa pentingnya konsep nasihat ini sehingga Allah berfirman dalam Surah al-`Asr.

Maksudnya: “Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam

kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.”

Al-Sabuni berkata: “Allah bersumpah dengan waktu Asar atau masa yang merupakan masa di mana penghujung bagi manusia. Terdapat di dalamnya dari pelbagai keajaiban, iktibar-iktibar yang menunjukkan kudrat Allah dan hikmah-Nya betapa manusia berada dalam kerugian dan

kekurangan kecuali mengumpulkan dalan kehidupannya empat sifat ini iaitu:

Keimanan.  Amalan salih.

 Berpesan dengan kebenaran.  Berpegang dengan kesabaran.

Yang menjadi asas kelebihan dan kebaikan juga sebagai asas agama. Justeru, Imam al-Syafi`e berkata: “Kalaulah Allah tidak menurunkan kecuali surah ini sahaja, nescaya sudah cukup bagi manusia.”

Sebagai pelengkap isu ini, penulis menaqalkan daripada buku ‘Don’t be afraid’: “Setelah proses takhliyah (pengosongan), langkah selanjutnya adalah tahliyah (pengisian). Setelah diri kita dikosongkan dari tiga hal yang menghalang perubahan, kini tiba masanya mengisinya dengan perubahan. Ketika hati dan fikiran sudah bebas daripada pengaruh buruk kawalan orang lain, arus budaya, dan bayang-bayang kehidupan, tiba masnya kini menghidupkan keberanian melakukan perubahan.

Bagaimana bentuk perubahan yang perlu kita lakukan, semuanya bergantung pada kenyataan yang kita hadapi.

Dengan kata lain, diperlukan satu tindakan tertentu untuk situasi yang tertentu pula. Tindakan perubahan yang diambil itu adalah jawapan terhadap kenyataan.

Bentuk perubahan itu adalah bertindak menyikapi pelanggaran, penundaan, kebuntuan dan kegoncangan. Keadaan dan responnya adalah seperti berikut. Pelanggaran disikapi dengan koreksi, penundaan disikapi dengan aktualisasi, kebuntuan disikapi dengan inovasi dan kegoncangan disikapi dengan kestabilan.

PERLAKSANAAN

Dalam hati dan fikiran setiap orang terdapat niat, keinginan hingga rancangan untuk melakukan sesuatu yang bererti. Tetapi cita-cita mulia itu banyak yang hanya sampai pada bentuk kata-kata. Beberapa orang yang sudah membuat rancangan terburu-buru melangkah melihat rintangan yang menanti. Bermacam-macam rancangan besar dan penting di benak mereka akhirnya tertangguh dalam jangka yang tidak tentu.

Perlaksanaan adalah keberanian untuk mengubah harapan indah di alam fikiran menjadi kenyataan. Proses inilah yang

menjadikan nyata segala niat, janji, harapan atau perancangan. Perlaksanaan adalah mempercepatkan gerak sejarah di dunia, mendekati kecepatan loncatan fikiran di alam imaginasi.

Dalam satu sabdanya, Rasulullah pernah bercakap tentang takhta kerajaan Romawi Timur di Byzantium yang akan berada dalam genggaman Islam. Dan janji itu sudah tertangguh selama lapan abad lebih, sejak hal itu terucap dari mulut Baginda . Berbagai dinasti dan kerajaan Islam yang datang dan pergi selama tempoh itu belum mampu mewujudkannya. Hal itu berlangsung lama hinggalah seorang pahlawan, al-Fatih muncul pada abad ke 15 Masihi. Sultan Muhammad al-Fatih, nama penuh pahlawan itu adalah putera Sultan Murad 2, penguasa Dinasti `Uthmani. Wilayah kekuasaannya adalah Turki sekarang dan beberapa negara Balkan. Al-Fatih diangkat menjadi Sultan ketika usianya sangat muda ketika ayahnya mengundurkan diri. Ketika serangan asing sering dilakukan terhadap dinasti ini, jawatan sultan dikembalikan semula kepada si ayah hingga ia mangkat.

Setelah jawatan sebagai sultan yang kedua inilah, al-Fatih menyedari janji yang pernah diucapkan Rasulullah . Dalam sabda itu disebutkan bahawa tentera yang terlibat dalam pembebasan itu adalah tentera terbaik dan panglima yang memimpin pasukan adalah panglima terbaik pula.

Atas niat mewujudkan janji yang tertangguh begitu lama itulah al-Fatih memutuskan untuk terbabit secara langsung memimpin pembebasan Kostantinopel yang dikuasai kerajaan Romawi Timur dan dilindungi oleh selat dan benteng yang tinggi. Halangan besar yang menghalang usaha itu tidak melemahkan niatnya. Kekuatan laut mahupun daratan Romawi Timur yang didukung bantuan armada dari Yenesia tidak membuatnya berhenti.

Ketika hendak bergerak, pasukan al-Fatih terhalang dari arah darat dan laut. Posisi mereka tidak memungkinkan untuk menembusi pertahanan laut. Mereka tidak boleh menembusi kota itu kecuali dengan peperangan jarak dekat. Dalam kesukaran itu al-Fatih menerapkan strategi dan taktik unik yang belum pernah dikenali dalam perang di lautan. Puluhan kapal armada Turki ‘dilayarkan’ di darat dengan melalui jarak sepuluh batu, di atas kayu-kayu balak yang

dilumuri dengan lemak, armada kapal perang al-Fatih ditarik oleh para tentera dengan bantuan kuda dan lembu.

Al-Fatih dengan semangat perlaksanaannya mendapat ilham yang penuh dengan kecerdasan, kekuatan, keberanian dan keajaiban untuk mewujudkan janji yang lama tertangguh. Keinginannya untuk mewujudkan janji itu melahirkan sejarah kepahlawanan yang mengagumkan.

Dalam dokumen INTEGRITI MENURUT PERSPEKTIF ISLAM - DR ZUL (Halaman 25-37)

Dokumen terkait