• Tidak ada hasil yang ditemukan

MUTIARA NASIHAT

Dalam dokumen INTEGRITI MENURUT PERSPEKTIF ISLAM - DR ZUL (Halaman 44-68)

Dinukilkan daripada kitab ‘La Tahzan’ yang bermaksud jangan bersedih, karya Dr. `Aid `Abdullah al-Qarni, beberapa mutiara untuk dijadikan panduan bagi mencapai kebahagiaan dalam kehidupan ini.

Jangan menunggu ucapan terima kasih dari manusia. Cukuplah pahala dari Zat yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Tidak ada yang perlu anda lakukan terhadap orang yang membangkang, dengki dan iri hati.

Ketika waktu pagi tiba, jangan menunggu hingga petang. Hiduplah dalam batasan hari ini. Kerahkan seluruh semangat yang ada untuk menjadi lebih baik di hari ini.

Bersihkan jiwa dari dengki dan jernihkan daripada iri hati. Keluarkan penyakit permusuhan dan perbalahan dari dalam jiwa.

Buku adalah kawan yang paling baik. Berkata-katalah dengan buku, bersahabatlah dengan ilmu dan bertemanlah dengan pengetahuan.

Anda harus berjalan-jalan dan beriadhah. Jauhi kemalasan dan ketidakupayaan. Tinggalkan kekosongan dan pengangguran.

Perbaharuilah hidup anda. Jadikan hidup anda lebih bervariasi. Ubahlah kebiasaan hidup anda.

Bersyukurlah kepada Tuhan atas nikmat agama, akal, kesihatan, penutup (aib), pendengaran, penglihatan, rezeki, keluarga serta nikmat-nikmat yang lain.

Maafkanlah orang yang pernah melakukan kezaliman kepada anda, sambunglah tali silaturrahim orang yang memutuskan tali silaturrahim dengan anda, berilah orang yang pernah tidak pernah memberi kepada anda, dan bersabarlah terhadap orang yang berbuat jahat kepada anda nescaya anda akan memperolehi rasa bahagia dan aman dalam diri anda.

Ketahuilah bahawa selepas kesusahan itu akan ada kemudahan, dan selepas kesusahan itu akan ada jalan keluar. Ketahuilah bahawa keadaan seseorang itu tidak akan tetap selama-lamanya. Hari-hari itu akan sentiasa silih berganti.

Jauhilah buruk sangka, buanglah angan-angan, khayalan-khayalan yang merosak dan fikiran-fikiran yang sakit.

Jangan banyak bergaul dengan orang-orang pendendam dan jangan pula dengan orang-orang menganggur serta pendengki. Sebab mereka adalah penyakit jiwa, pembawa kesedihan dan keresahan.

Jangan terpengaruh dengan perkataan buruk dan ungkapan keji yang dikatakan tentang diri anda, kerana itu akan menyakiti orang yang mengatakannya, dan bukan diri anda sendiri.

Senyumlah kepada siapa sahaja nescaya anda akan mendapatkan cinta kasih mereka. Haluskan tutur kata anda nescaya mereka akan mencintaimu. Dan rendahkan hati kepada mereka nescaya mereka akan menghormati anda.

Hiduplah sederhana, dan jauhi semua bentuk foya-foya dan pemborosan. Sebab setiap kali badan diajak berfoya-foya maka jiwa akan semakin terhimpit.

Rancangkanlah pekerjaan-pekerjaan itu, jangan menggabungkannya dalam satu waktu. Rancangkanlah pekerjaan-pekerjaan itu akan anda kerjakan dalam satu rentang waktu tertentu, dan luangkan beberapa waktu antaranya untuk rehat supaya optimal.

Jangan marah, sebab marah hanya akan merosakkan keadaan jiwa, mengubah perilaku, memperburuk

pergaulan, merosak cinta dan memutuskan tali silaturrahim.

Bawalah selalu catatan kecil di dalam poket saku anda untuk mengatur pekerjaan dan waktu, mengingatkan anda akan janji-janji yang anda buat. Dan untuk mencatatkan hal-hal yang penting menurut anda.

Mulakan dengan mengucapkan salam, ucapkan selamat dalam keadaan tersenyum, curahkan perhatian anda kepada mereka supaya anda menjadi orang yang sangat mereka cintai dan dekat dengan mereka.

Hindari kata pengandaian: “Jika…..maka nanti akan….” Menangguhkan pekerjaan dan menangguh-nangguh kewajipan. Sebab ini merupakan tanda kegagalan.

Pekerjaan yang serius produktif akan membebaskan jiwa daripada kecenderungan-kecenderungan buruk, khayalan-khayalan yang penuh dosa dan keinginan-keinginan yang terlarang.

Kebahagiaan itu tidak terdapat dalam garis keturunan, dalam harta benda dan emas berlian. Tetapi

kebahagiaan itu terdapat dalam agama, ilmu, sopan santun dan destinasi yang kesampaian.

Kegemberiaan itu membuatkan jiwa menjadi bersemangat, membuatkan hati menjadi berbunga, menyeimbangkan setiap anggota tubuh, memberikan kekuatan dan memberi nilai kepada kehidupan dan faedah kepada usia hidup manusia.

Kekayaan, keamanan, kesihatan dan agama adalah ciri-ciri kebahagiaan. Logiknya, orang yang tidak mempunyai apa-apa, yang dilanda ketakutan, yang sakit dan yang kafir tidak akan mendapat kebahagiaan. Mereka semua berada dalam kesengsaraan.

Sahabat yang paling baik adalah orang yang sangat anda percaya dan membuat diri anda tenang bersamanya. Dan menjadi tempat berkongsi kelelahan, kesedihan dan tidak pernah menjual rahsia diri anda.

Akhlak yang buruk itu azab, kedengkian itu racun,

ghibah itu kerendahan, dan mengintip kesalahan orang

itu kehinaan.

Dalam ujian itu adalah empat keindahan seni: Mengharapkan pahala, hidup interaktif dengan kesabaran, berzikir dengan baik dan membayangkan datangnya kebaikan.

Tanda kebodohan itu adalah membazir waktu, menunda-nunda taubat, bergantung kepada orang lain, derhaka kepada ibubapa dan menyebarkan rahsia orang lain.

Iman, kesihatan, kekayaan, kebebasan, rasa aman, semangat muda dan ilmu adalah sari dari semua yang diinginkan oleh orang-rang yang berfikir. Namun hanya sedikit orang yang mampu mendapatkannya sekaligus.

Sebaik-baik yang ada di dunia ini ialah keimanan yang benar, akhlak yang yang lurus, akal yang sihat, fizikal yang kuat dan rezeki yang mencurah. Sementara di luar itu, semua adalah kesibukan semata-mata.

Dua kenikmatan yang tersembunyi: Kesihatan badan dan keamanan di dalam negeri. Sedangkan dua kenikmatan yang nampak: Pujian yang baik dan keluarga yang soleh.

Anak lebih utama daripada kekayaan, kesihatan lebih baik daripada harta benda, keamanan lebih baik daripada tempat tinggal dan pengalaman lebih mahal daripada harta.

Kebahagiaan itu hanya kilasan waktu yang tidak nyata, kesedihan adalah tebusannya, kemarahan adalah kekejian yang tidak diakibatkannya, menganggur adalah kerugian dan ibadah adalah perniagaan.

Teman minum anda adalah pena, kolam renang anda adalah dakwat, sahabat anda adalah buku, rumah anda adalah istana dan harta kekayaan anda adalah kekuatan dalam diri anda. Justeru itu, tidak perlu merasa takut dengan sesuatu yang telah berlalu.

Enam perkara yang memberikan kesembuhan: Agama, ilmu, kekayaan, harga diri, keampunan dan kesihatan.

Menghias diri dengan meneliti secara saksama, tidak memotong percakapan, lembut dalam bertutur dan halus budi bahasa adalah lencana-lencana yang tersemat di dada orang yang merdeka.

Anda memiliki dua mata, dua telinga, dua tangan, dua kaki satu lidah, iman, al-Quran dan rasa aman. Tapi, di mana rasa syukur, wahai umat manusia?”

Maksudnya: Maka yang mana satu di antara

nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan

(wahai umat manusia dan jin)?

(Surah al-Rahman: 13).

Kebahagiaan termurah yang dijual di pasar orang-orang yang berakal jernih adalah meninggalkan sesuatu yang tidak ada gunanya. Sedangkan barang perniagaan dengan harga termahal yang ada di dunia ini adalah ketika anda membuat diri anda dekat dengan sesama manusia dan mereka pun kemudian dekat dengan anda.

Sebelum tidur, maafkan seluruh manusia, bersihkan dengan pemaafan sebanyak tujuh kali, dan untuk yang kelapan kalinya, lumurilah dengan ampunan, nescaya anda akan mendapatan manisnya iman.

Yang paling berhak mendapatkan tambahan nikmat adalah orang yang paling bersyukur, dan yang paling patut mendapatkan cinta adalah orang yang mengeluarkan seluruh kebaikannya, mengekang keinginan jahatnya dan membuat wajahnya selalu berseri-seri.

Anak lebih berharga daripada kekayaan. Akhlak lebih agung daripada kedudukan, semangat lebih tinggi daripada pengalaman sedangkan taqwa lebih mulia daripada kemuliaan.

Sebaik-baik hari adalah hari yang memberikan tambahan kesabaran kepada anda, yang memberikan ilmu kepada anda, yang mencegah supaya tidak semakin tenggelam dalam dosa, yang membukakan pemahaman dan yang memberikan tekad yang kuat dalam diri anda.

Gembirakan jiwa anda dengan mengingatkan kebaikan-kebaikan, tenangkan hati dengan bertaubat dari semua keburukan-keburukan yang pernah anda lakukan, dan

rangkullah tangan-tangan anda yang putih bersih itu ke leher orang lain.

Orang yang bahagia adalah orang yang panjang umurnya dan baik amalnya. Orang yang beruntung adalah orang yang banyak hartanya dan banyak melakukan kebaikan. Dan orang yang mendapat berkat adalah orang yang yang bertambah ilmunya lalu semakin bertambah takwanya.

Kejujuran adalah ketenangan, dan kebohongan adalah keraguan. Rasa malu adalah benteng, ilmu adalah hujjah, sastera adalah keindahan dan diam adalah hikmah.

Sejauh mana keinginan, kesungguhan dan kesabaran anda maka sejarah anda akan menuliskannya. Kemuliaan itu tidak diberikan secara percuma. Kemuliaan itu diperolehi dengan kesungguhan dan pengorbanan.

Jadilah seperti semut dalam ketekunannya. Dia berusaha merambat naik ke batang pohon hingga ratusan kali, dan jatuh sebanyak jumlah yang sama. Tapi

dia terus berusaha naik semula hingga akhirnya sampai pada matlamat yang diingini. Kerana itu jangan cepat menyerah dan jangan pula bosan.

Jadilah seperti lebah, menyantap makanan yang baik dan mengeluarkan sesuatu yang baik pula. Dan jika hinggap di atas dahan dia tidak merosakkannya atau di atas bunga dia tidak mengoyakkannya.

‘Berlumba-lumbalah’ kerana perlumbaan itu perlu diikuti oleh sesiapa saja. Zaman terus bergerak, matahari terus berlari, bulan terus berjalan, dan angin terus berhembus. Jangan sekali-kali berhenti, sebab kafilah kehidupan tidak akan menunggu.

‘Bersegeralah’, melompatlah ke peringkat yang lebih tinggi, peringkat orang-orang yang tinggi, kerana yang direbutkan adalah kemuliaan. Kemenangan itu tidak akan dihidangkan di atas dulang emas, tapi diperolehi dengan air mata, darah, berjaga malam, keletihan, rasa lapar dan kesulitan.

Keringat orang yang bekerja jauh lebih baik daripada minyak kasturi yang menebar daripada orang yang hanya duduk-duduk tanpa kerja. Suara termengah-mengah orang yang bekerja kuat jauh lebih merdu daripada nyayian orang-orang yang malas. Dan roti kering yang dimakan oleh orang yang lapar lebih lazat daripada daging kibasy yang disantap oleh orang yang berfoya-foya.

Jangan merasa ngeri dengan kesusahan-kesusahan, kerana singa berani menghadapi satu kawanan unta tanpa ada perasaan takut sedikitpun. Jangan mengeluh kerana beban berat yang harus anda tanggung, sebab keldai membawa beban yang sangat berat dan tidak pernah mengaduh. Jangan pening dengan tuntutan yang perlu anda capai, sebab anjing akan selalu mengejar mangsanya walaupun terpaksa masuk ke dalam api.

Jangan terlalu ego dengan pendapat anda sendiri dalam

menghadapi permasalahan apapun tapi

bermusyawarahlah, sebab pendapat dua orang lebih kuat daripada pendapat seorang. Tidak ubahnya tali, setiap kali disatukan dengan tali yang lain, maka akan semakin kuat.

Orang yang tidak pernah bahagia di rumahnya maka dia tidak akan akan bahagia di tempat lain. Ketahuilah bahawa tempat yang paling tepat untuk ketenangan dan kedamaian jiwa yang jauh dari citra kepalsuan adalah rumah anda sendiri.

Akhlak dan sikap yang baik lebih indah daripada wajah yang tampan, mata yang hitam, dan pipi yang licin. Keindahan makna lebih utama daripada keindahan bentuk.

Tindakan-tindakan yang baik akan menghalang diri untuk masuk ke tempat-tempat yang buruk, akal yang cerdas akan mencegah kesalahan yang dipengaruhi oleh hawa nafsu, sedangkan kepelbagaian pengalaman lebih bermanfaat daripada seribu nasihat.

Jika anda melihat ribuan manusia menghabiskan umurnya untuk hal-hal yang tiada manfaat dan bersenang-senang maka bersyukurlah kepada Allah atas segala kebaikan yang ada pada diri anda. Sebab

dengan melihat orang yang menderita maka di hati orang yang sihat akan timbul rasa syukur.

Jangan menuntut orang lain untuk menghormati anda sehingga anda sendiri yang memulai menghormati mereka, dan jangan pula menyalahkan mereka atas kegagalan yang menimpa diri anda, tetapi salahkan diri sendiri. Jika anda ingin supaya orang lain menghormati anda, maka hormatilah diri anda sendiri.

Khabar gembira untuk anda….kebersihan adalah sebahagian daripada iman, kebersihan akan menghapuskan dosa-dosa, akan mencuci semua kesalahan, dan akan membersihkan anda untuk menghadap Raja Diraja.

Orang yang gila kemenangan supaya orang lain menghormatinya dan tidak mengkritiknya, maka kebanyakan orang seperti itu akan hidup sengsara dan merana. Bagi orang sepertinya, usaha mendapatkan penghormatan itu ada di belakang kemunculan nama seseorang, dan kemasyhuran adalah musuh daripada kebahagiaan.

Teori-teori dan pelajaran-pelajaran tentang seni hidup bahagia tidaklah cukup, perlu ada gerak, kerja dan pergaulan. Contohnya, setiap hari berjalan-jalan atau pergi ke tempat-tempat rekreasi.

Seorang pemburu meletakkan seekor merpati di dalam sebuah sangkar, maka bernyayilah merpati itu. Si pemburu bertanya: “Adakah ini waktu yang tepat untuk bernyanyi.” Merpati itu menjawab: “Setiap jam berganti, setiap itu pula kebebasan semakin dekat.”

Ciptakan diri anda selalu mempunyai kegiatan. Dengan kata lain, anda perlu berusaha dengan penuh kesedaran dan kemahuan untuk memanfaatkan kemampuan anda melakukan kemungkinan-kemungkinan yang boleh anda lakukan. Dijamin, anda akan merasa lebih bahagia kalau diri anda melakukan sesuatu yang indah. Kemalasan hanya akan menyuburkan kedukaan.

Kenalilah potensi diri anda. Ketika anda menimbang-nimbang untuk melakukan sesuatu maka ingatlah kata bijaksana ini: Allah akan menurunkan rahmat kepada seseorang yang menyedari kemampuan dirinya. Jika

usia anda telah mencapai lima puluh tahun lebih dan masih ingin beriadhah, maka pertimbangkan mana yang akan anda lakukan, joging, renang atau tenis. Jangan berfikir untuk bermain bola sepak. Dan tetaplah selalu mengasah kemahiran anda.

نمم كمبذوعنو ،ِلمسَكلاو ِزجعلا نِم كمبذوعنو ،ِمنزحلاو ّمَهلا نِم كُبُذوعَن امنإ ّمُهللا .ِلاجّرلا رهقو ِنْيّدلا ِةَبَلَغ ْنِم كبذوعنو ،ِلْخُبلا ِنبُجلاو

Maksudnya: “Ya Allah, kami berlindung kepadamu daripada rasa gundah dan sedih, kami berlindung daripada sikap lemah dan malas, kami berlindung dari sikap bakhil dan pengecut, dari beban hutang dan kejahatan orang-orang yang jahat.”

Ibn Hazm dalam kitabnya al-Akhlak wa al-Siar berkata: “Tidak ada matlamat apapun yang paling diingini dan dicari oleh manusia dalam hidup ini kecuali untuk menghilangkan perasaan takut dan dukacita mereka.”

PENUTUP

Seorang yang solih merumuskan cara menewaskan musuh ketatnya sama ada hasutan syaitan atau mengikut hawa nafsu.

Saya telah merenung dan memikirkan cara-cara dari pintu manakah syaitan masuk ke dalam diri manusia. Ternyata ia masuk ke dalam diri manusia melalui sepuluh pintu.

Pertama: Tamak dan buruk sangka. Maka aku

menghadapinya dengan sifat menaruh kepercayaan dan berpada dengan apa yang ada.

Kedua: Cintakan kehidupan dunia dan panjang

angan-angan, lalu saya menghadapinya dengan perasaan takut terhadap kedatangan maut yang boleh berlaku saban waktu.

Ketiga: Cintakan kerehatan dan kemewahan, lantas aku

menghadapinya dengan keyakinan bahawa kenikmatan itu akan hilang dan balasan buruk pasti menanti.

Keempat: Kagum terhadap diri sendiri (`ujub) lantas saya

menghadapinya dengan rasa terhutang budi kepada Allah dan kepada akibat yang buruk.

Kelima: Memandang rendah terhadap orang lain dan tidak

menghormati mereka. Lalu saya menghadapinya dengan mengenali hak-hak serta menghormati mereka secara wajar.

Keenam: Hasad (dengki) lalu saya menghadapinya dengan

sifat berpada (qana`ah) dan redha terhadap kuniaan Allah kepada makhluk-Nya.

Ketujuh: Riya’ dan sukakan pujian orang. Lalu saya

menghadapinya dengan ikhlas.

Kelapan: Bakhil (kedekut), lalu saya menghadapinya

dengan menyedari bahawa apa yang ada pada makhluk akan binasa manakala yang kekal itu berada di sisi Allah .

Kesembilan: Takabbur (membesar diri), lalu saya

menghadapinya dengan rasa tawadhu’.

Kesepuluh: Tamak haloba, lalu saya menghadapinya

dengan mempercayai ganjaran yang disediakan di sisi Allah dan tidak tamak terhadap apa yang ada di sisi manusia.

Penyair berkata: ُمانلا َمِلَع ْوَل ِلاو امأ اوُمانو اوُعجه اَمَل اوُقَلَخ امل ُهْتَأَر وَل ٍرمل اوُقِلُخ دقل اوُماهو اوُهات مِهِبولُق ُنوُيُع ٌرْشَح مث ٌرْبَق مث ٌتاَمَم ُماظِع ٌلاَوْهَأو ٌخْيِبْوَتو ٌلاجر ْتَلِمَع دق ِرشحلا ِمويِل اوُماصو ِهِتَفاخَم ْنِم اوّلصف انْيَهَن وأ انْرَمَأ اذإ نحنو .ُمايِن ٌظاقْيَأ ِفهكلا ِلهأك Maksudnya:

Demi Allah! Jika manusia tahu nanti apa yang akan berlaku, PENGUKUHAN INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM (PIPA)

63

Tidaklah mereka mahu lalai dan mensia-siakan diri selalu, Mereka dicipta kerana sesuatu jika mereka lihat,

Hati merekakan terharu fikiran tak menentu kerana terperanjat,

Bukanlah mereka akan menghadapi maut, kuburan kemudian mahsyar,

Akan menerima celaan dan pelbagai kecelakaan yang besar-besar,

Lantaran hari mahsyarlah maka manusia mesti mengerjakan,

Solat, puasa dan zakatpun mesti dikeluarkan, Wajarlah kita apabila disuruh atau ditegah,

Menunjukkan kesetiaan taat serta menurut perintah.

Semoga matlamat Pelan Integriti Nasional (PIN) untuk melahirkan masyarakat yang berintegriti dapat dicapai dengan jayanya. نيمآ

Rujukan

1.

يمناعملا حور, Ruh al-Ma`ani, Abi al-Fadhl Syihabuddin al-Sayid Mahmud al-Alusi al-Baghdadi, Cetakan Pertama, 1999, Dar Ihya’ al-Turath al-`Arabi.

2.

ريممسافتلا ةوفممص, Sofwah Tafasir, Muhammad Ali al-Sobuni, Cetakan ke 9, Dar al-Sobuni.

3.

لميزنتلا ملاعم, Ma`alim al-Tanzil, Imam Abi Muhammad al-Husain bin Mas`ud al-Farra’ al-Baghawi, Cetakan ketiga 1992, Dar al-Makrifah.

4.

مميظعلا نآرقلا ريمسفت, Tafsir al-Quran al-`Azim, Al-Hafiz Abi al-Fida’ Ismail ibn Kathir al-Qurasyi al-Dimasyqi, Cetakan Pertama 1994, Dar al-Khair.

5.

مولعلا رمممحب, Bahr al-`Ulum, Abi al-Laith Nasr bin Muhammad Ahmad bin Ibrahim al-Samarqandi, Cetakan pertama 1993, Dar al-Kutub al-`Ilmiyah.

6.

لميوأتلا قئاقحو لميزنتلا كرادم, Madarik al-Tanzil wa Haqaiq

al-Ta’wil, Imam Abdullah bin Ahmad al-Nasafi,

Cetakan pertama 1996, Dar al-Nafais.

7.

نآرقلا ماكحل عممماجلا, Al-Jami’ Li Ahkam al-Quran, Abi `Abdillah Muhammad bin Ahmad Ansari al-Qurtubi, Cetakan pertama 2004, Dar Ibn hazm.

8.

نيحلامصلا ضاير حرش, Syarh Riadh al-Salihin, Imam Abi Zakaria Yahya bin Syaraf al-Nawawi, Cetakan pertama, 2002, Dar al-Salam.

9.

مارملا غولب حرش ملسلا لبس, Subul al-Salam, Syarh Bulugh

Maram, Syeikh Imam Muhammad bin Ismail

al-Amir al-Yamani al-San`ani, Cetakan pertama 1995, Dar al-Makrifah.

10. Apa ertinya saya menganut Islam, al-Ustaz Fathi Yakan, Cetakan terbaru 2002, Dewan Pustaka Fajar.

11.

Kitab Fikah Mazhab Syafie, Cetakan pertama, Julai 2005, Pustaka Salam Sdn. Bhd.

12.

La Tahzan (Jangan bersedih), Dr. `Aid `Abdullah

al-Qarni, Cetakan pertama, 2004, Klang Book Centre.

13.

Jangan Takut (Don’t Be Afraid), Ahmad Safuan al-Karami, Cetakan pertama 2005, Jasmin Enterprise.

14.

Himpunan Risalah Imam Hasan al-Banna, Cetakan pertama Jun 2003, Pustaka Salam Sdn. Bhd.

15.

Prinsip-prinsip Tasawwuf Islam, Syeikh `Abdul Hafiz Faraghli Ali al-Qarani, Cetakan Pertama 2002, Jabatan Mufti Negeri Sembilan.

16.

Kamus Dewan, Edisi Ketiga, Cetakan kelima Edisi Ketiga 2000, Dewan Bahasa dan Pustaka.

17.

Hadith 40, terjemahan dan syarahannya, Cetakan terbaru 2005, Dewan Pustaka Fajar.

18.

Dosa-dosa besar (terjemahan), Syeikh Ahmad Semait, Cetakan kelima (Singapura) 2004, Pustaka Nasional Pte Ltd, Singapura.

19.

`Aqidah Islamiyyah (terjemahan), Cetakan pertama April 2004, Dr. Mustafa Sa`id al-Khin, Syeikh Muhyiddin Dib Misto, Jabatan Mufti Negeri Sembilan.

Dalam dokumen INTEGRITI MENURUT PERSPEKTIF ISLAM - DR ZUL (Halaman 44-68)

Dokumen terkait