• Tidak ada hasil yang ditemukan

CARA UNTUK MENDAPATKAN BITCOIN (SELAIN MEMBELINYA)

Selain daripada membelinya, anda juga boleh mendapatkan Bitcoin dengan cara lain. Ya, tuan-tuan, anda tidak semestinya perlu keluar duit untuk mendapatkan Bitcoin! Berikut adalah beberapa cara tersebut:

a) Mining

Cara yang paling nyata untuk mendapatkan Bitcoin adalah dengan menjadi seorang miner dan menerbitkan Bitcoin anda sendiri! Sepertimana yang anda mungkin maklum, setiap kali anda berjaya mengesahkan satu blok, anda akan mendapat ganjaran berjumlah 12.5 Bitcoin.

Sekurang-kurangnya itulah teorinya!

Satu masa dulu, apa yang anda perlukan untuk menjadi miner ialah sebuah komputer dan central

processing unit (CPU). Kemudiannya, CPU itu digantikan dengan GPU yang lebih efisien. Tidak lama

kemudian, GPU itu pula digantikan dengan Application Specific Integrated Circuit (ASIC) yang jauh lebih efisien untuk mining.

Malangnya semua peralatan ini pun tidak bermakna anda boleh menjadi seorang miner Bitcoin yang berjaya. Hal ini demikian kerana kerjaya mining ini amat kompetitif. Lawan anda termasuklah syarikat-syarikat gergasi yang telah membelanjakan jutaan Dolar untuk membeli hardware terkini dan membina gudang-gudang yang dilengkapi dengan ASIC berkuasa tinggi yang dicipta khusus untuk mining Bitcoin. Jadi peluang anda untuk berjaya mengatasi gudang-gudang ini adalah negatif seribu!

Bagaimanapun anda mungkin berpeluang untuk mendapatkan Bitcoin dengan menyertai kumpulan cloud

mining. Cloud mining ini adalah di mana anda membayar wang untuk menyertai kumpulan atau syarikat mining yang memang mempunyai hardware mining mereka sendiri. Jadi anda tidak perlu membeli hardware, menyelenggarakan alat, membayar gaji pekerja dan itu dan ini. Semuanya ditanggung oleh

syarikat.

Tetapi sudah tentunya habuan anda juga kecil memandangkan mereka yang melakukan semua kerja sementara anda duduk goyang kaki sambil menonton Maharaja Lawak Mega!

Masalah yang lebih besar ialah 90 peratus daripada syarikat yang menawarkan servis cloud mining ini adalah scam! Mana tidaknya? Ianya terlalu senang untuk sesiapa sahaja termasuk si badut scammer menyediakan laman web yang cantik serta menarik dan menceritakan bahawa mereka menawarkan servis

cloud mining. Mangsa tertarik dengan kata-kata manis lalu menghantar wang kepada badut ini. Apa yang

menarik, selalunya si mangsa memang menerima pulangan pada awal-awalnya. Mereka tidak tahu yang pulangan awal itu adalah perangkapnya. Kerana sudah diracuni rasa tamak, mangsa pun menambah jumlah ‘pelaburan’ mereka. Selepas beberapa ketika, pulangan tersebut menjadi perlahan dan kemudiannya terus terhenti. Waktu itu, mangsa hendak buat apa? Semuanya hanya wujud atas talian belaka. Laman web tutup, syarikat hilang dan begitu juga wang mereka.

33

b) Menerima Bitcoin dalam bisnes anda

Sudah tentu juga anda boleh menerima Bitcoin dalam bisnes anda. Ya, anda terima Bitcoin (di samping mata wang kertas) apabila menjual produk dan servis anda.

Malah inilah cara yang paling cepat dan efektif untuk menambahkan jumlah Bitcoin anda.

c) Mencari kerja dan mendapatkan bayaran dalam bentuk Bitcoin

Anda juga boleh melakukan kerja dan mendapatkan bayaran dalam bentuk Bitcoin. Semakin banyak syarikat yang tumbuh dalam industri Bitcoin dan mereka sudah tentu memerlukan tenaga kerja. Jadi anda bolehlah mencuba untuk mendapatkan kerja di salah satu syarikat-syarikat ini.

Berikut adalah beberapa laman web yang menawarkan ganjaran dalam bentuk Bitcoin:  Coinality.com

 Xbtfreelancer.com

 Reddit.com/r/Jobs4Bitcoins

d) Faucet

Salah satu poin yang luar biasa ialah anda boleh mendapatkan Bitcoin dengan percuma! Ya, terdapat beberapa laman web yang ditermakan sebagai faucet di mana anda boleh mendapatkan Bitcoin dengan percuma. Selalunya laman web ini memerlukan anda melakukan satu atau dua tugas seperti membaca buku dan main game!

Masalahnya ialah jumlah Bitcoin yang diterima adalah terlalu kecil dan remeh! Mungkin jumlah Bitcoin yang diterima tidak cukup walaupun untuk membayar harga teh tarik dan telur setengah masak!

Memandangkan anda dapat Bitcoin dengan percuma di sini, jadi jangan merungut banyak sangat, ya!

e) Hadiah

Jangan lupa juga anda boleh mendapatkan hadiah dan tip dalam bentuk Bitcoin. Sebagai contoh, jika dulunya hadiah sesuatu peraduan adalah dalam bentuk wang ringgit, kini hadiah tersebut boleh digantikan dengan Bitcoin.

f) Menulis artikel tentang Bitcoin

Jika anda mempunyai banyak ilmu tentang Bitcoin, anda juga boleh menjana Bitcoin dengan menulis artikel tentang Bitcoin di blog dan laman berita tertentu. Saya tidak perlu terangkan yang artikel tersebut perlulah dalam bahasa Inggeris!

Banyak blog dan laman berita ini mempunyai kuota harian untuk post dan berita. Jadi mereka memang mencari penulis yang boleh menyampaikan artikel-artikel yang berinformasi kepada pembaca mereka. Ganjaran yang ditawarkan adalah lebih kurang $35 untuk artikel sepanjang 1,000 perkataan. Jika anda

34

sudah mempunyai nama (seperti saya (ehem, ehem)), kadar bayarannya mungkin lebih tinggi sedikit daripada angka ini.

g) Berjudi

Jika anda tidak sabar-sabar hendak menanggung kerugian, maka anda bolehlah juga berjudi dengan Bitcoin anda! Terdapat ratusan laman perjudian atas talian dan kasino atas talian yang menerima Bitcoin. Mereka menarik hati pelanggan dengan menceritakan bagaimana senangnya untuk menang bila berjudi dan malah mungkin menceritakan kisah seorang dua mamat yang telah menang besar.

Tetapi realitinya ialah majoriti daripada mereka yang berjudi akan menanggung kerugian.

Dan oh ya, saya tidak perlu terangkan yang berjudi adalah haram dalam Islam – tidak kiralah apa yang dipertaruhkan termasuk Bitcoin juga!

h) Dan bermacam-macam cara lagi

Sebenarnya terdapat pelbagai cara lagi untuk anda mendapatkan Bitcoin. Ini termasuklah day trading,

contract for differences (CFD), binary options, menjadi ejen escrow, affiliate marketing dan itu dan ini.

Malangnya kebanyakan cara tersebut memerlukan banyak ilmu, banyak masa dan dalam masa yang sama, berisiko tinggi.

35

Dokumen terkait