• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENGENALAN DAN OPERASI. Azizi Ali MBA ChFC IFP

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PENGENALAN DAN OPERASI. Azizi Ali MBA ChFC IFP"

Copied!
62
0
0

Teks penuh

(1)

1

PENGENALAN DAN OPERASI

Azizi Ali

MBA ChFC IFP

(2)

2

Dapatkan petunjuk dan bimbingan secara

peribadi daripada Mentor Jutawan #1 Malaysia.

Sertai program Inner Circle sekarang!

(3)

3 Diterbitkan oleh True Wealth Sdn Bhd

Tel: 03-7880 1051 Faks: 03-7880 8051

Emel: info.tw@MillionairesPlanet.com Laman Web: www.RahsiaBitcoin.my

Hak cipta © 2017 oleh Azizi Ali

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa juga cara sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada penerbit.

Edisi Pertama 10 9 8 7 6 5 4 3 2 19 18 17

Buku ini dihasilkan untuk memberi pengajaran dan menyalurkan maklumat umum mengenai subjek yang dibincangkan. Ia tidak boleh dianggap sebagai mengandungi nasihat kewangan, sekuriti atau perakuan sekuriti.

Segala strategi yang digariskan dalam buku ini mungkin tidak sesuai bagi individu dan tiada jaminan dikeluarkan untuk menghasilkan satu keputusan.

Tiada jaminan dibuat berkenaan ketepatan atau kesempurnaan maklumat yang terkandung di dalam buku ini. Penulis dan penerbit secara khusus tidak bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerugian atas risiko, perbadi mahupun sebaliknya, yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung.

(4)

4

AZIZI ALI

RAHSIA BITCOIN

PANDUAN ASAS TENTANG

CRYPTOCURRENCY YANG SEDANG

MENGGONCANG DUNIA

(5)

5

KANDUNGAN

TOPIK

MUKASURAT

Pengenalan

6

Operasi

1. SEJARAH BITCOIN 11

2. APAKAH ITU BITCOIN? 14

3. KELEBIHAN BITCOIN 15

4. KEKURANGAN BITCOIN 18

5. APAKAH ITU WALLET? 21

6. APAKAH PERBEZAAN DIANTARA HARD WALLET AND COLD STORAGE? 22

7. DIMANA UNTUK MENDAPATKAN WALLET? 23

8. BAGAIMANA CARANYA UNTUK MEMBELI BITCOIN? 24

9. BAGAIMANA CARANYA UNTUK MEMBELI BITCOIN DI MALAYSIA? 25

10. APAKAH ITU EXCHANGE? 26

11. APA YANG ANDA BOLEH BELI DENGAN BITCOIN? 27

12. CARA MENJUAL BITCOIN ANDA 30

13. CARA UNTUK MENDAPATKAN BITCOIN (SELAIN MEMBELINYA) 32

14. APAKAH BITCOIN MINING? 35

15. APAKAH ITU BITCOIN MINING POOL? 38

16. APAKAH PERBEZAAN MINING POOL DAN CLOUD MINING? 41

17. BERAPA BANYAKKAH BITCOIN YANG TELAH DIMINE SETAKAT INI? 43

18. APAKAH ITU BLOCKCHAIN? 44

19. BOLEH TRANSAKSI BITCOIN DIBATALKAN? 47

20. BOLEHKAH BITCOIN DIGODAM? 48

21. BETULKAH BITCOIN TIDAK DIPANTAU? 49

22. APAKAH ITU ‘FORK’? 51

23. APAKAH ITU ICO? 52

24. APAKAH ITU CRYPTOCURRENCY? 53

25. CRYPTOCURRENCY YANG LAIN 55

26. TAHAP SEKURITI 56

27. KESELAMATAN BITCOIN ANDA TERLETAK DI TANGAN ANDA 100 PERATUS! 59

(6)

6

1. PENGENALAN

Apakah yang akan anda lakukan jika anda berdepan dengan satu teknologi baru yang anda tahu akan menggoncangkan dunia?

Apakah yang akan anda lakukan jika anda berdepan dengan satu teknologi baru yang anda tahu akan membawa banyak perubahan dalam dunia?

Apakah yang akan anda lakukan jika anda berdepan dengan satu teknologi baru yang anda tahu akan membawa banyak kebaikan pada dunia?

Jika anda tidak dapat tidur malam, saya faham mengapa.

Jika anda terus bertindak untuk memastikan yang anda juga akan mendapat manfaat daripadanya, saya faham mengapa.

Itulah yang telah berlaku kepada saya apabila saya mengetahui tentang Blockchain.

Tuan-tuan dan puan-puan, saudara dan saudari, Blockchain ialah satu teknologi baru yang mampu melakukan semua yang saya tulis di atas, malah lebih lagi! Ia akan menggoncangkan dunia dan akan membawa ribuan (!) perubahan positif di dunia. Malah dunia kita ini tidak akan kekal sama; ratusan praktis yang wujud sekarang akan berubah dalam masa beberapa tahun sahaja lagi. Sepertimana elektrik, kapal terbang dan Internet mengubah dunia, teknologi Blockchain pun mampu membawa efek yang sama, malahan lebih lagi!

Apakah itu Blockchain? Mengapa ia begitu berkuasa?

Sabar! Anda akan membaca tentangnya dalam buku ini. Jadi buat masa ini, anda terima sahaja yang

Blockchain adalah suatu yang positif.

Dan apabila Blockchain (teknologi baru yang positif) itu berganding bahu dengan Bitcoin (produk kewangan dan ehem, ehem, kekayaan), tidak hairanlah jika ianya meletup-letup!

Nilai Bitcoin telah naik daripada kosong pada tahun 2009 kepada $5,000+ pada tahun 2017! Sebenarnya, pulangan ini adalah pulangan infiniti sebab modal permulaannya adalah kosong. Tetapi untuk memberikan angka, pulangannya ialah 49,999,900 % atau 415 % setahun (dengan kiraan modal permulaannya ialah $0.01). Saya tidak tahu mana-mana produk ataupun instrumen kewangan lain yang memberikan pulangan yang begitu tinggi dalam sejarah dunia!

Dan daripada idea yang hanya disebut-sebut oleh tech geeks semata, ianya kini menggoncang dunia, dan menjadi sebut-sebutan berjuta-juta manusia!

(7)

7

Tetapi ceritanya tidak indah semata-mata. Seperti kebanyakan produk baru, Bitcoin telah melalui beberapa insiden negatif dalam usianya yang masih muda ini. Ini termasuklah menjadi mata wang utama untuk penjahat membeli produk dan servis ‘underground’.

Tetapi, kita ingat yang Bitcoin masih muda remaja – usianya hanya lapan tahun waktu buku ini diterbitkan! Berapa banyak kesilapan yang kita lakukan pada waktu kita berumur lapan tahun? Realitinya, banyak produk dan instrumen kewangan telah melalui zaman-zaman insiden negatif pada peringkat awalnya. Sebagai contoh, mata wang Denarius yang digunakan pada zaman pemerintahan Rom purba telah kehilangan nilainya kerana berat mata wang tersebut semakin berkurangan seiring dengan peredaran masa. Dan saya boleh memberikan puluhan contoh di mana mata wang kertas kehilangan nilainya setelah dicetak dengan rakus oleh pihak yang menerbitkan mata wang tersebut. Tetapi satu dunia masih menggunakan kertas sebagai mata wang sehingga kini, bukan?

Begitu juga situasinya dengan pasaran saham. Banyak insiden negatif yang berlaku dalam pasaran saham terutamanya sewaktu ianya mula-mula diperkenalkan. Namun, pasaran saham kini wujud di kebanyakan negara di dunia dan kekal sebagai tempat menjual beli saham.

Jadi poin yang saya ingin ketengahkan ialah Bitcoin masih muda. Jadi kita perlu memberikannya peluang serta masa.

Pokoknya, jika sesuatu produk itu menawarkan banyak kebaikan, kita tidak sepatutnya menolaknya ke tepi hanya kerana ada satu dua insiden negatif yang telah berlaku. Sebagai contoh, berpuluh-puluh orang kehilangan nyawa ketika industri penerbangan mula-mula bertapak pada awal abad ke 20. Oleh sebab industri itu masih muda, banyak yang belum diketahui ramai. Malah, pakar-pakarnya pun masih bergerak dalam separuh kegelapan! Namun disebabkan kita semua sedar akan banyak kebaikan yang ditawarkan oleh industri penerbangan, dunia terus menerima industri tersebut. Hari ini, kita tidak dapat membayangkan dunia tanpa industri penerbangan!

Dan seperti industri penerbangan, Bitcoin juga menawarkan banyak kebaikan jika dibandingkan dengan mata wang yang wujud sekarang. Salah satu kebaikan tersebut ialah kelajuan transaksi. Satu lagi kebaikan Bitcoin ialah ia memberikan peluang kepada 2.5 bilion penduduk dunia yang tidak mempunyai akaun bank hari ini untuk turut sama berinteraksi dalam ekonomi dunia semasa.

Jadi kita perlulah memberikan peluang kepada Bitcoin untuk keuntungan kita bersama.

Lagipun, kemunculan Bitcoin tidak bermakna yang kita perlu berhenti menggunakan mata wang kertas; kedua-dua Bitcoin dan mata wang kertas boleh wujud bersama-sama.

(8)

8 Pokoknya, Bitcoin adalah mata wang yang lebih baik.

Sekarang kita mempunyai pilihan: kita boleh menolak alternatif yang lebih baik ini ke tepi atau kita boleh turut serta dalam produk yang sedang menggoncangkan dunia ini! Saya rasa pilihan yang kedua merupakan pilihan yang lebih baik dan bernas.

Jadi baca buku ini sampai ke akhirnya. Dapatkan ilmu asas tentang Bitcoin dan kemudian buat keputusan anda sendiri.

(9)

9 Penafian

Bitcoin wujud di Internet. Dan sepertimana produk lain yang wujud di Internet, Bitcoin boleh berubah dengan sekelip mata. Hari ini okey, besok boleh jadi tidak okey!

Oleh sebab itu, berikut adalah beberapa penafian tentang kandungan buku ini:

a) Maklumat mungkin berlainan

Dalam usaha menulis buku ini, saya telah melakukan banyak kajian. Ini termasuklah membaca banyak buku tentangnya, membaca artikel-artikel di Internet, menonton video di YouTube, menyertai program di Udemy dan bertanya beberapa individu yang terlibat di dalam dunia Bitcoin.

Walaupun kebanyakan maklumat itu adalah sama, ada beberapa maklumat yang berlainan. Buku A kata begini sementara buku B pula kata begitu! Dan oleh sebab tidak ada penerbitan rasmi yang diterbitkan oleh mana-mana autoriti Bitcoin (malah terma autoriti Bitcoin pun dah tidak betul kerana autoriti rasmi Bitcoin tidak wujud!), maka ada beberapa maklumat dalam buku ini yang mungkin berbeza dengan maklumat yang anda peroleh di Internet atau buku-buku lain.

b) Situasinya mungkin berlainan

Penafian kedua ialah situasinya mungkin berlainan semasa anda membaca buku ini. Situasinya adalah tepat semasa saya menulis buku ini tetapi oleh sebab semuanya boleh bertukar dengan cepat di Internet, situasi mungkin berlainan semasa anda membacanya. Sila ingat poin ini semasa anda membaca buku ini.

c) Terma dalam bahasa Inggeris

Walaupun saya mahu menggunakan bahasa Melayu dalam buku ini, realitinya Bitcoin ialah produk dari barat dan hampir 100 peratus terminologi yang digunakan berkaitannya – proses mendaftar, membeli, menyimpan dan menjual – adalah dalam bahasa Inggeris. Walaupun saya boleh mengalih bahasa kebanyakan terminologi tersebut, ia akan nampak pelik, berbunyi pelik, malah ramai pembaca yang mungkin tidak faham apa yang saya maksudkan. Oleh itu, saya membuat keputusan untuk mengekalkan dan menggunakan beberapa terminologi bahasa Inggeris di dalam buku ini. Jadi jika ada sesiapa yang kompelin dia tidak faham bahasa Inggeris, ini jawapannya – anda tidak sepatutnya melabur dalam Bitcoin kerana bahasa Inggeris adalah bahasa utama dalam dunia Bitcoin. Dan jika anda tidak faham bahasa Inggeris, anda pasti akan menanggung kerugian kerana anda mungkin akan tersalah tekan butang, tersilap sana, tidak faham itu dan tidak faham ini ketika melakukan transaksinya.

Sila ambil perhatian juga yang saya menggunakan nilai Bitcoin dalam nilai Dolar Amerika – simbolnya $ – dalam buku ini supaya nilainya kekal konsisten dan ianya pasti akan menolong anda memahaminya.

(10)

10 d) Buku ini adalah asas-asas tentang Bitcoin

Akhirnya, saya perlu terangkan bahawa saya bukan seorang pakar teknologi, bukan webmaster, bukan

hacker dan bukan miner. Saya merupakan seorang usahawan, pengguna dan pelabur Bitcoin, seperti anda dan ramai pembaca lain. Lagipun, buku ini ditulis untuk pembaca awam yang ingin mempelajari asas-asas tentang Bitcoin. Jadi buku ini menggunakan bahasa yang mudah difahami, senang dibaca dan mempunyai jawapan yang straight to the point! Malah tidak ada penerangan teknikal atau rumit dalam buku ini. Jadi sesiapa yang hendak tahu dengan panjang lebar tentang hashrate, port 8333, Finney attack dan sebagainya, mereka perlulah mendapatkan maklumat tersebut di tempat lain.

Ada faham? Baik.

(11)

11

1.

SEJARAH BITCOIN

Sebelum saya memberikan definisi Bitcoin – apakah ia digital currency atau cryptocurrency? – ada baiknya saya menceritakan dulu asal-usul dan sejarah kewujudan Bitcoin. Saya pasti cerita ini akan membuka mata anda serta membuatkan anda lebih menghargai produk yang super-unik ini.

Dunia sudah sekian lamanya – tempohnya melebihi 200 tahun – menggunakan kertas sebagai mata wang. Sudah tentunya banyak kebaikan yang ditawarkan oleh mata wang kertas kerana ia mampu bertahan begitu lama. Kebaikan ini termasuklah ianya ringan, boleh dibawa ke mana-mana, senang disimpan dan juga cantik dipandang.

Malangnya mata wang kertas datang dengan beberapa poin negatif juga. Dan salah satu poin negatif yang utama ialah pihak yang menerbitkan mata wang tersebut boleh mencetak sebanyak mana wang yang mereka mahu! Walaupun situasi ini tidak berlaku setiap hari atau setiap bulan tetapi poinnya tetap sama iaitu mereka boleh mencetak sebanyak mana wang yang mereka mahu. Dan oleh sebab nama lain untuk ‘pihak yang menerbitkan mata wang’ ialah ‘kerajaan’, mereka memang boleh melakukannya dan tidak ada sesiapa yang boleh menahan mereka!

Untuk menambahkan malangnya, tragedi pencetakan wang berleluasa ini memang berlaku dari semasa ke semasa. Dan apabila ianya berlaku, tragedi itu membawa akibat yang amat buruk kepada rakyat negara tersebut – hiper-inflasi. Apabila hiper-inflasi berlaku, nilai mata wang jatuh merudum dan ini mengakibatkan ribuan syarikat menutup kedai, berpuluh-puluh ribu staf kehilangan kerja, rusuhan, famili berpecah-belah dan rakyat merana. Kes hiper-inflasi telah berlaku pada tahun 1920-an di negara Jerman (selepas mereka kalah Perang Dunia Pertama), Argentina pada tahun 1981, Mexico pada tahun 1982, Yogoslavia pada tahun 1994 dan pada tahun 1990-an hingga 2009 di Zimbabwe.

Baik. Itu kisah lama. Sekarang kita maju ke zaman moden ini ke tahun 2000 hingga sekarang.

Atas beberapa sebab tertentu, kebanyakan negara di dunia mula mencetak wang dengan banyaknya pada awal dekad 2000. Alasan utama yang diberikan adalah untuk memajukan negara masing-masing. Mereka mencetak wang dan juga banyak berhutang. Malah hutang yang ditanggung begitu banyak, bukan hanya sampai sekeliling pinggang bahkan sehingga melebihi sekeliling pinggang! Sebagai contoh, hutang

“Saya fikir Bitcoin adalah mata wang kriptografi pertama yang mempunyai potensi untuk mengubah dunia.”

Peter Thiel

(12)

12

kerajaan Amerika Syarikat (AS) ialah 55 % Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2000. Hutang kerajaan United Kingdom (UK) pula ialah 35 % KDNK sementara hutang kerajaan Jepun ialah 96 % KDNK.

Jumlah hutang itu melompat dari setahun ke setahun kerana kerajaan ketiga-tiga negara tersebut (malah banyak negara lain juga) dibuai keenakan wang pinjaman. Jadi angka hutang AS pada tahun 2008 melompat menjadi menjadi 67 % (81 % pada tahun 2009), hutang UK melompat ke 50 % (64 % pada tahun 2009) dan hutang Jepun melompat ke 192 % (210 % pada tahun 2009)!

Untuk menambahkan tahap toksiknya, industri kewangan turut sama memainkan peranan. Bank dan institusi kewangan mula bermain api dengan praktis-praktis yang bahaya dan pelik. Antara praktis pelik ini adalah dengan menerbitkan produk-produk kewangan yang kompleks (dan mahal) seperti collaterized debt obligation (CDO). Lagi satu praktis bahaya adalah apabila mereka memberikan hutang yang dikenali sebagai sub-prime loan kepada peminjam yang berkualiti rendah. Malah mereka menghulurkan wang pinjaman kepada sesiapa yang mempunyai jantung yang masih berdenyut! Kemudiannya mereka membayar gaji masing-masing ke tahap yang menggila sebagai ganjaran mencipta produk-produk toksik ini. Sebagai contoh, bekas Setiausaha Kewangan AS, Robert Rubin telah mendapat ganjaran berjumlah $126 juta semasa dia menjadi senior eksekutif syarikat Citigroup!

Sudah tentu parti-parti liar ini tidak dapat bertahan, terutama apabila ianya dibiayai dengan hutang. Jadi pada tahun 2008, semuanya meletup!

Krisis Kewangan Dunia itu mula meletup apabila mortgage-backed securities yang diterbitkan di AS gagal. Kegagalan itu menyebabkan industri kewangan di negara itu dan seterusnya satu dunia tunggang terbalik. Banyak bank dan institusi kewangan tutup kedai (contoh: Lehman Brothers) sementara beberapa bank (contoh: ABN Amro, Northern Rock, RBS dan AIG) dan institusi kewangan (contoh: Merrill Lynch) terpaksa diselamatkan oleh kerajaan. Malah, sistem perbankan negara Iceland terus punah dalam krisis tersebut.

Jadi, untuk merumuskan cerita kita ini, sistem kewangan yang wujud di dunia pada waktu ini adalah toksik dan ketinggalan zaman. Ianya tidak efisien, perlahan, penuh dengan caj-caj yang pelik dan mahal, penuh dengan misteri dan paling utamanya, dikawal oleh mereka yang tidak bisa dan tidak mahu mengerti!

Jadi dunia memerlukan satu sistem kewangan baru yang lebih efektif dan efisien.

Dan teng! teng! teng! Sistem kewangan baru yang lebih efektif dan efisien itu sudah pun wujud. Namanya ialah Bitcoin!

Apa yang menambah keunikan ceritanya ialah Bitcoin muncul pada zaman kekecohan Krisis Kewangan Dunia itu sendiri. Malah kita boleh buat rumusan yang Bitcoin muncul kerana Krisis Kewangan Dunia! Pada 31 Oktober 2008, seorang individu bernama Satoshi Nakamoto menerbitkan kertas putih yang bertajuk Bitcoin: A Peer-To-Peer Electronic Cash System di Internet.

Bagaimanapun, kertas putih itu tidaklah menjadi bestseller! Malah ia hanya menarik perhatian pemaju, ahli teknologi dan hacker pada awal-awalnya. Konsep Bitcoin menjadi menarik kepada kumpulan ini

(13)

13

kerana ianya satu produk yang wujud hanya di Internet dan kerana ianya di luar kawalan bank, institusi kewangan dan juga kerajaan. Jadi Bitcoin ialah anti-golongan berkuasa!

Hari demi hari dan secara perlahan-lahan, konsep Bitcoin menjadi semakin popular.

Dan mungkin kerana dia tidak mahu dituduh hanya pandai menulis sahaja, Nakamoto betul-betul menerbitkan Bitcoin pada tahun berikutnya. Jadi Bitcoin muncul pada bulan Januari 2009 dan dalam proses itu, menjadi cryptocurrency yang mula-mula diterbitkan di dunia.

Mengapakah saya berkata yang Bitcoin lebih efektif dan lebih efisien?

Berikut adalah beberapa sebabnya: ianya lebih efisien kerana anda boleh menghantar Bitcoin kepada anak anda yang belajar di Paris (sebagai contoh) tanpa apa-apa kos. Dia akan menerima wang itu dalam masa 10 minit sahaja dan akan mendapat keseluruhan jumlah, tanpa apa-apa caj atau fi yang dikenakan oleh sesiapa.

Transaksi ini juga selamat kerana tidak siapa yang tahu identiti anda dan juga anak anda.

Transaksi ini direkodkan di dalam lejar yang dinamakan Blockchain, dan tidak ada siapa yang boleh menukar, mengubah atau mengeditkan rekod itu sampai bila-bila. Jadi tidak ada penipuan yang berlaku. Tidak ada autoriti (nama lain untuk ‘kerajaan’) yang boleh menerbitkan Bitcoin kerana Bitcoin tidak diterbitkan oleh mana-mana autoriti. Ini bermakna situasi pencetakan wang yang berleluasa tidak akan atau boleh berlaku. Malah jumlah Bitcoin yang boleh diterbitkan dihadkan kepada 21 juta unit sahaja. Jika anda pergi merantau dunia pula, anda tidak perlu membawa banyak wang di poket anda. Apa yang perlu dibawa hanyalah telefon bimbit anda kerana semua bayaran boleh dibuat melalui telefon bimbit itu! Dan anda tidak akan rugi kadar pertukaran mata wang kerana nilainya sama di serata dunia. Ini sudah tentu membuatkan Bitcoin lebih efektif dan efisien jika dibandingkan dengan mata wang kertas sekarang. Jadi Bitcoin bukan sahaja merupakan satu produk kewangan canggih yang wujud di Internet tetapi lebih utamanya adalah di luar sistem kewangan dunia sekarang dan di luar kawalan bank, institusi kewangan dan kerajaan!

Ianya mata wang yang diterbitkan oleh rakyat, diselenggarakan oleh rakyat untuk kegunaan rakyat. Lebih utamanya, Bitcoin merupakan mata wang yang lebih baik daripada mata wang kertas yang kita gunakan sekarang.

(14)

14

2.

APAKAH ITU BITCOIN?

Jadi selepas bercerita panjang tadi, sekarang barulah boleh saya menerangkan lebih lanjut tentang Bitcoin itu sendiri.

Berikut ialah definisi Bitcoin: ianya merupakan satu sistem pembayaran digital yang wujud di Internet. Tetapi sebenarnya Bitcoin bukan hanya ‘sistem pembayaran digital’. Ianya lebih daripada itu.

Bitcoin adalah satu teknologi yang baru, jadi ianya mungkin mudah untuk anda memikirkannya sebagai kombinasi empat perkara:

1. Pertama, Bitcoin merupakan sistem pembayaran untuk produk dan servis, sama seperti kad kredit. 2. Kedua, Bitcoin merupakan sistem pembayaran peer-to-peer (individu ke individu) yang tidak

memerlukan pembabitan orang tengah seperti bank atau institusi kewangan.

3. Ketiga, Bitcoin adalah seperti emas (sejenis logam berharga) kerana jumlahnya terhad. Perbezaannya ialah Bitcoin boleh ditukar milik dengan cepat secara online.

4. Keempat, Bitcoin adalah seperti Internet di mana tidak ada individu, negara atau entiti yang menyelia atau mengawalnya.

Keempat-empat faktor ini berkerjasama malah saling memperkukuhkan antara satu dengan lain. Jadi sekarang kita mempunyai satu produk baru – Bitcoin – yang merupakan sistem pembayaran yang berharga, mudah, efektif dan efisien!

Bitcoin dibahagikan kepada sembilan angka dan unit yang paling kecil (0.00000001) dinamakan satoshi

sempena nama pengasasnya. Simbol yang digunakan untuk mewakili Bitcoin ialah BTC.

Dan oleh sebab satu dunia masih pening mengenainya, ada orang mengklasifikasikan Bitcoin sebagai

currency. Ada pula yang tidak setuju. Lalu mereka memanggilnya digital cash, cryptocurrency, electronic money dan malah virtual currency! Pak Husin pula bertanya, “Menatang apa Bitcoin ni?”

Pada intinya, Bitcoin ialah mata wang pintar, yang direka oleh jurutera bijak yang berpandangan ke hadapan. Ia menghapuskan keperluan bank, menghapuskan

yuran kad kredit, yuran pertukaran mata wang, yuran pemindahan wang, dan mengurangkan keperluan untuk peguam dalam peralihan ...

semua perkara baik.

Peter Diamandis

(15)

15

3.

KELEBIHAN BITCOIN

Berikut adalah beberapa kelebihan yang ditawarkan oleh Bitcoin:

a) Cepat dan pantas

Transaksi Bitcoin adalah cepat dan pantas kerana ia mengambil masa hanya 10 minit untuk wang itu tiba di wallet penerima. (Untuk pengetahuan anda, masa 10 minit itu diperlukan untuk transaksi tersebut disahkan oleh para miner.) Ya, itulah masa yang diperlukan untuk Bitcoin tiba di wallet penerima walaupun dia berada di Eropah, Amerika Selatan malah di penghujung dunia sekalipun! Jika tempat itu mempunyai Internet, transaksi Bitcoin pasti boleh berlaku.

Anda juga tidak perlu mengisi apa-apa borang untuk menghantar atau menerima Bitcoin. Malah anda tidak perlu membawa kad pengenalan, pasport, surat beranak atau surat daripada penghulu! Dan sudah tentunya anda tidak perlu hadir di mana-mana pejabat untuk melakukan transaksi Bitcoin.

b) Kos yang rendah

Transaksi Bitcoin juga murah jika dibandingkan dengan transaksi mata wang kertas. Fi yang dikenakan oleh para miner adalah rendah jika dibandingkan dengan fi yang dikenakan oleh bank dan institusi kewangan.

Kos menghantar Bitcoin ke luar negara juga adalah jauh lebih rendah kerana anda tidak dihentam dengan kadar pertukaran mata wang yang tinggi seperti yang berlaku sekarang.

c) Selamat

Bitcoin dikunci dalam sistem kriptografi awam yang amat canggih. Dan sistem kriptografi yang canggih ini menjadikannya mustahil untuk sesiapapun membolosi skema sistem ini.

Penghantaran Bitcoin pula hanya boleh dilakukan oleh pemilik private key. Tidak ada orang lain yang boleh melakukannya.

Ini bermakna tahap sekuriti Bitcoin adalah amat tinggi dan ini menjadikannya selamat. d) Tidak ada chargeback

Peniaga juga gembira menerima Bitcoin kerana konsep chargeback atau pulangan wang tidak wujud dalam Bitcoin. Selepas pembelian berlaku, si pembeli tidak boleh membatalkan transaksi atau menuntut wangnya kembali sepertimana yang berlaku dalam pembelian kad kredit sekarang.

Ini tidak bermakna bisnes tidak boleh menawarkan money back guarantee dalam Bitcoin. Mereka masih boleh menawarkan konsep ini. Tetapi sekarang semuanya dalam tangan si penjual. Jika mereka menawarkan konsep ini, mereka boleh memulangkan Bitcoin tersebut kepada si pembeli jika perlu.

(16)

16 e) Tidak ada cukai

Apabila anda membuat pembelian menggunakan mata wang kertas di kebanyakan negara, anda akan dikenakan cukai. Ini termasuklah cukai perkhidmatan dan cukai GST.

Bagaimanapun, cukai tidak wujud dalam dunia Bitcoin! Ya, tidak ada cukai jualan, cukai perkhidmatan dan GST dalam Bitcoin.

Ini sudah tentu satu keuntungan kepada pengguna kerana mereka membayar harga yang lebih rendah apabila mereka menggunakan Bitcoin.

f) Telus

Sistem kewangan yang wujud dalam dunia sekarang menggunakan sistem lejar yang tertutup. Maklumat yang direkodkan disembunyikan untuk tujuan sekuriti. Malangnya sistem ini mengundang penyelewengan dan penipuan. Kita tidak tahu sama ada semua transaksi direkodkan. Maklumat juga boleh diedit, diubah serta dimanipulasi. Oleh sebab itu, banyak penipuan dan salah laku yang berlaku. Dan penipuan ini bukan sahaja dilakukan oleh pekerja malahan oleh pemimpin, peneraju syarikat dan ahli majlis tertinggi!

Operasi Bitcoin yang menggunakan sistem Blockchain, yang merupakan lejar yang telus dan terbuka sudah tentu lebih baik daripada sistem lejar yang tertutup. Semua transaksi direkodkan dan perlu diluluskan sebelum boleh ditambah dalam sistem Blockchain. Dan transaksi serta kelulusan ini dilakukan oleh ribuan manusia dan komputer! Rekod transaksi ini juga kekal buat selamanya dan boleh diperiksa oleh sesiapa sahaja yang berminat.

Jika sistem telus sebegini dipraktikkan dalam sistem kewangan dunia sekarang, saya rasa lebih 50 peratus daripada insiden pecah amanah dan penipuan tidak akan berlaku.

g) Tahap privasi

Dalam masa yang sama, walaupun semua transaksi Bitcoin direkodkan dalam lejar Blockchain dan boleh dilihat oleh semua mata, identiti mereka yang melakukan transaksi tersebut – penghantar dan penerimanya – adalah tersembunyi. Jika mereka tidak memberitahu pihak ketiga, tidak ada siapa yang akan tahu identiti mereka.

Apabila nilai naik, kepala mula berpusing dan skeptis mula lembut. Memulakan mata wang baru adalah mudah, sesiapa sahaja boleh melakukannya. Masalahnya adalah untuk memujuk orang supaya menerimanya, kerana penggunaan merekalah yang memberikan nilai terhadap mata wang

tersebut.”

Adam B. Levine CEO Tokenly

(17)

17

Jadi ini bermakna tahap privasi dalam Bitcoin adalah amat tinggi.

Informasi pengguna Bitcoin juga tidak boleh dijual atau dicuri sepertimana yang berlaku sekarang. Untuk makluman anda, banyak bisnes termasuklah institusi kewangan menjual data anda kepada pihak yang berminat. Tetapi oleh sebab identiti pengguna Bitcoin adalah tersembunyi, bisnes tidak boleh menjual identiti anda.

h) Alternatif yang lebih baik

Lebih 2.5 bilion penduduk dunia tidak mempunyai akaun bank! Ya, mereka tidak mempunyai akaun simpanan, akaun semasa ataupun kad kredit. Situasi ini wujud kerana kemiskinan, kos perbankan yang tinggi, tahap birokrasi yang tinggi dan kerana mereka tinggal jauh di kawasan pedalaman.

Terdapat juga beberapa negara di mana kerajaannya korup, sistem kewangan termasuk bank tidak boleh dipercayai dan kadar jenayahnya tinggi.

Jadi penggunaan mata wang kertas adalah kurang baik untuk mereka ini.

Bitcoin memberikan golongan ini alternatif yang lebih baik kerana Bitcoin tidak memerlukan campur tangan kerajaan, bank atau orang tengah. Bitcoin memberikan kepercayaan dan sekuriti dan dalam masa yang sama mengurangkan risiko kerana ianya tidak menggunakan orang tengah.

Jadi jika dulu 2.5 bilion penduduk dunia ini hanya menjadi pemerhati, Bitcoin membolehkan mereka untuk turut serta dan berinteraksi dalam sistem ekonomi semasa!

i) Anda memilikinya secara mutlak

Anda memiliki Bitcoin anda secara mutlak kerana tidak ada sesiapa, syarikat, agensi atau kerajaan yang boleh mengganggu, mengambil atau membekukan wallet Bitcoin anda. Ianya merupakan sistem pembayaran peer-to-peer, anda mempunyai lebih banyak kebebasan menggunakan Bitcoin jika dibandingkan dengan mata wang kertas.

j) Anda boleh mencipta wang anda sendiri!

Akhirnya, anda juga boleh mencipta Bitcoin – wang anda sendiri – jika anda mahu! Apa yang anda perlukan hanyalah komputer mining yang cukup power dan anda sudah boleh turut serta dalam usaha

mining! Wajah, rupa, darjat, bangsa, kerakyatan malah tahap pelajaran langsung tidak menjadi faktor dalam usaha untuk menjadi seorang miner. Sesiapa sahaja boleh menjadi miner.

(18)

18

4. KEKURANGAN BITCOIN

Tuan-tuan dan puan-puan, produk kewangan yang sempurna tidak wujud! Semuanya, saya ulang, semua produk kewangan mempunyai kebaikan dan kekurangan masing-masing. Jadi sesiapa yang berkata sebaliknya seperti produk X adalah yang terbaik dan tidak mempunyai apa-apa kekurangan langsung, orang itu ialah (a) penjual X, atau (b) mabuk, atau (c) penjual X yang sedang mabuk!

Oleh sebab inilah situasinya, dan untuk memberikan anda pandangan 360 darjah tentangnya, berikut adalah kekurangan Bitcoin:

a) Ketidaktentuan nilai

Sudah tentu kekurangan Bitcoin yang utama ialah ketidaktentuan nilainya.

Walaupun nilai kebanyakan mata wang, emas, perak malah saham naik turun setiap hari, pada amnya nilai semua instrumen kewangan ini agak stabil dari sehari ke sehari.

Nilai Bitcoin pula boleh naik turun melebihi 10 % dalam sehari!

Sebagai contohnya, nilai Bitcoin pada 1 Januari 2017 ialah $998.99 sementara nilainya pada 1 September 2017 ialah $4,904.90 Ini adalah kenaikan hampir 390 % dalam masa hanya lapan bulan (walaupun tidak ada seorang pengguna yang memiliki Bitcoin pada waktu tersebut yang akan kompelin!).

Data ini menarik kerana nilainya naik. Malangnya nilai Bitcoin tidak sentiasa naik.

Sebagai contohnya, nilai Bitcoin merudum dari $4,911.80 pada 2 September ke $4,200.40 pada 4 September 2017 (setelah Bank Pusat China mengharamkan ICO di negara tersebut). Ini kejatuhan $711 dalam masa hanya dua hari!

Jadi Bitcoin mempunyai ketidaktentuan nilainya.

Dalam masa yang sama, jika anda menerima ‘kekurangan’ ini (seperti yang saya lakukan sendiri), maka ianya tidaklah menjadi isu besar.

b) Transaksi muktamad

Semua transaksi Bitcoin adalah muktamad. Apabila anda klik butang ‘send’, transaksi tersebut tidak

boleh ditarik balik, dibatalkan, diedit atau dipertikaikan. Bitcoin itu akan pergi buat selama-lamanya! Walaupun fakta ini tidak semestinya menjadi satu kekurangan yang hebat, ia mungkin menimbulkan masalah kepada pengguna-pengguna baru. Mereka ambil ringan, cuai atau tidak tahu akan fakta ini. Jadi mereka menghantar Bitcoin ke alamat yang salah, dan kemudiannya marah kerana tidak boleh membatalkan transaksi tersebut.

(19)

19

Sebenarnya, kekurangan ini boleh dihapuskan terus oleh pengguna Bitcoin itu sendiri. Pertamanya, mereka perlu menerima fakta yang Bitcoin adalah berlainan daripada sistem mata wang kertas. Dan oleh sebab ianya berlainan, maka ini bermakna terdapat beberapa praktis dalam Bitcoin yang berlainan daripada sistem mata wang kertas. Salah satunya ialah kesemua transaksi Bitcoin adalah muktamad. Jadi sebelum mereka klik butang ‘send’, periksa, periksa dan periksa lagi yang jumlah Bitcoin dan alamatnya

adalah betul.

c) Masalah scalability

Lagi satu kekurangan Bitcoin ialah masalah scalability dalam network Bitcoin.

Masalah scalability ini timbul kerana setiap blok dalam jaringan Bitcoin dihadkan saiznya. (Untuk mereka yang berminat, hadnya ialah 1 MB per data blok atau lebih kurang tiga transaksi setiap saat. Sebagai perbandingan, kad kredit Visa memproseskan 2,000 transaksi setiap saat.)

Had ini memang ditetapkan dari mulanya untuk melindungi Bitcoin daripada serangan hacker. Malangnya, had ini juga memperlahankan proses meluluskan transaksi setiap blok. Masalah ini menjadi kronik kerana jumlah transaksi Bitcoin semakin bertambah sejak kebelakangan ini. Ini bermakna, kita semua perlu menunggu untuk mendapatkan kelulusan setiap transaksi yang dilakukan.

Walaupun proses meluluskan transaksi setiap blok telah dipercepatkan dengan perlaksanaan SegWit baru-baru ini, tempoh kelulusan itu masih perlahan jika dibandingkan dengan transaksi kad kredit dan cara pembayaran yang lain.

Jika situasi ini berterusan, berkemungkinan besar Bitcoin hanya akan digunakan sebagai instrumen untuk mengekalkan nilai (seperti emas) dan bukan sebagai mata wang.

d) Fi

Semua transaksi Bitcoin adalah percuma sewaktu Bitcoin dilancarkan. Ya, tidak ada fi yang dikenakan dulu. Waktu itu, ganjaran yang diterima oleh para miner untuk memproses dan meluluskan setiap blok ialah melalui terbitan Bitcoin yang baru semata-mata. Apabila Bitcoin semakin popular dan jumlah miner

bertambah, kerja untuk memproses dan meluluskan setiap blok menjadi lebih rumit sementara ganjarannya berkurangan! Jadi untuk mengekalkan minat mereka untuk meneruskan kerja mining, fi mula dikenakan. (Jadi sekarang, ganjaran miner ialah kombinasi Bitcoin baru dan fi yang dikenakan.)

Walaupun anda tidak diwajibkan untuk membayar fi tersebut, transaksi anda akan mengambil masa yang lama untuk diproseskan jika anda tidak membayar fi kerana para miner akan memberi lebih keutamaan kepada transaksi yang membayar fi.

(20)

20

Suatu hari nanti apabila semua Bitcoin telah pun diterbitkan (jumlahnya dihadkan kepada 21 juta unit sahaja), para miner akan mendapat ganjaran dalam bentuk fi sahaja kerana tidak ada Bitcoin baru yang akan diterbitkan lagi. Waktu itu, fi itu mungkin naik.

e) Penggunaan elektrik yang tinggi

Untuk memproseskan setiap blok Bitcoin, para miner perlu menyelesaikan masalah matematik. Masalahnya ialah proses ini menggunakan kuasa daya komputer dan kuasa elektrik yang tinggi.

Inilah sebabnya majoriti gudang-gudang mining Bitcoin terletak di negara China dan Eropah Timur kerana kos elektrik di sana lebih murah.

Seorang profesor di University of Queensland di Australia, Profesor John Quiggin, membuat pengiraan yang setiap hari network Bitcoin menggunakan kuasa elektrik yang boleh memberi kuasa elektrik kepada 50 buah rumah selama setahun!

Situasi ini akan menjadi lebih kronik apabila lebih ramai orang menggunakan Bitcoin.

Untuk merumuskan bahagian ini, saya perlu mengingatkan yang Bitcoin bukan sahaja produk baru tetapi ianya turut memperkenalkan teknologi baru. Malah teknologi itu ditermakan sebagai disruptive technology atau teknologi yang mengacau situasi semasa. Oleh sebab itu, ramai orang tidak memahaminya dan tidak selesa dengannya. Dan mereka ini hanya melihat keburukannya sahaja.

Jadi Bitcoin tidak ubah seperti Uber dan Grab semasa kedua-dua syarikat/servis/teknologi ini mula muncul di Malaysia. Ramai orang yang tidak memahaminya, dan ramai yang tidak selesa dengannya. “Siapa yang memberikan permit untuk orang ini membawa penumpang? Siapa yang pantau kualiti kereta-kereta ini? Siapa yang periksa asal-usul semua pemandu ni?” mereka bertanya. Malah berlaku beberapa pergaduhan di antara pemandu teksi dan pemandu Uber/Grab.

Setelah setahun dua berlalu, kita bukan sahaja menerima Uber/Grab, tetapi ramai orang yang hanya akan menggunakan servis kedua-dua syarikat ini dan tidak mahu ambil teksi lagi kerana mereka tahu servis yang ditawarkan oleh Uber/Grab adalah jauh lebih baik berbanding servis teksi.

Begitulah juga situasinya dengan Bitcoin. Walaupun sebenarnya Bitcoin telah wujud lebih lama daripada Uber/Grab tetapi oleh sebab tahap penerimaannya di Malaysia masih rendah, ribuan orang masih tidak memahaminya dan oleh itu mereka tidak selesa dengannya. Mereka ini hanya nampak kekurangan Bitcoin dan mengabaikan berbagai-bagai kebaikan yang ditawarkan oleh Bitcoin. Jika mereka memahaminya dan lebih utamanya, menggunakannya sendiri, mereka akan sedar akan kelebihan Bitcoin. Dan saya tidak hairan jika masa itu mereka berkata yang mereka hanya akan menggunakan Bitcoin!

(21)

21

5.

APAKAH ITU

WALLET

?

Wallet, seperti namanya, adalah tempat di mana anda menyimpan Bitcoin dan/atau cryptocurrency anda. Sebenarnya, wallet ini tidak wujud secara fizikal. Ianya wujud dalam bentuk maya jadi mungkin lebih baik untuk anda memikirkannya sebagai akaun digital Bitcoin anda.

Setiap wallet mempunyai dua data yang penting. Data yang pertama ialah public address (alamat) yang mempunyai kombinasi 26+ angka dan huruf (contoh: 1BvPTEYstWetqTFn7Au4m2GFg5xJaNVN3). Dan sepertimana anda memberikan e-mel anda kepada orang lain supaya mereka dapat menghantar e-mel kepada anda, anda berikan public address ini kepada penghantar supaya mereka dapat menghantar Bitcoin kepada anda. Ambil perhatian, anda boleh menjana public address yang berbeza dalam satu

wallet.

Apabila anda hendak menghantar Bitcoin pula, anda hantarkan Bitcoin itu kepada public address si penerima.

Data yang kedua ialah private key anda. Private key ini adalah kata laluan (password) anda untuk mendapat akses ke dalam wallet anda. Ianya adalah bukti yang andalah tuan punya Bitcoin yang terdapat di dalam wallet tersebut. Ianya juga membolehkan anda melakukan transaksi serta menghantar Bitcoin keluar dari wallet anda.

Saya perlu mengingatkan yang anda perlu berhati-hati dengan maklumat private key anda. Pertamanya, anda perlu merahsiakannya. Jika ada orang yang tahu maklumat tersebut, mereka boleh membelanjakan Bitcoin anda! Keduanya, anda juga perlu membuat backup. Jika anda terlupa atau kehilangan maklumat tersebut, anda tidak akan dapat akses ke Bitcoin anda dan ini akan mengakibatkan anda kehilangan Bitcoin itu buat selama-lamanya!

Tahap sekuriti berbeza antara wallet yang berbeza. Wallet yang digunakan secara harian mempunyai akses yang pantas (dan oleh itu, tahap sekuriti yang minimal) sementara terdapat juga wallet yang mempunyai tahap sekuriti yang amat canggih.

Terdapat empat jenis wallet:

1) Wallet software: Bitcoin anda disimpan dalam apps yang terletak di hard drive komputer anda. 2) Wallet web: wallet anda disimpan oleh sebuah syarikat online.

3) Wallet hardware: anda simpan Bitcoin anda di dalam sebuah peranti (device) fizikal. 4) Wallet kertas: anda cetak data Bitcoin di atas kertas.

Yang mana satu menjadi pilihan anda bergantung kepada tujuan anda berinteraksi dengan Bitcoin, bajet dan lokasi anda. Sebagai contoh, jika anda melakukan banyak jual beli (anda seorang trader), maka wallet online merupakan pilihan terbaik untuk anda kerana ia tidak memerlukan banyak kerenah atau birokrasi untuk membuat pembelian.

(22)

22

6.

APAKAH PERBEZAAN ANTARA

HARD WALLET

DAN

COLD STORAGE

?

Hot wallet ialah jenis wallet yang sentiasa online. Ianya mempunyai talian sambungan yang aktif kepada jaringan Bitcoin anda, dan anda boleh membuat pembelian, membuat deposit serta mengeluarkan Bitcoin dengannya. Jadi ianya sentiasa panas!

Cold storage ialah wallet yang offline. Dua contoh walletcold storage ialah Trezor dan Ledger Nano S. Kedua-duanya datang dalam bentuk USB.

Gambar 6.1: Ledger Nano S

Anda hanya akan menyambungkan wallet cold storage online apabila perlu sahaja, selalunya apabila anda hendak memindahkan Bitcoin dari hot wallet anda.

Selalunya, pengguna akan menyimpan sedikit Bitcoin di hot wallet untuk kegunaan harian sementara kebanyakan Bitcoin yang lain disimpan di cold storage.

Tindakan begini dibuat adalah untuk tujuan sekuriti. Bitcoin yang disimpan di hot wallet terdedah kepada serangan hacker. Ya, walaupun dengan pelbagai tahap sekuriti, selagi mana wallet itu online, ianya terdedah kepada serangan hacker. Dan jika hacker itu berjaya membolos masuk ke dalam hot wallet anda, mereka pasti akan menyapu bersih semua Bitcoin anda!

Oleh sebab itulah anda perlu menyimpan kebanyakan Bitcoin anda dalam cold storage kerana ianya selamat daripada serangan hacker.

Mungkin ini boleh menolong anda: fikirkan hot wallet sebagai akaun semasa sementara cold storage

(23)

23

7.

DI MANA UNTUK MENDAPATKAN

WALLET

Kebanyakan exchange menyediakan hot wallet untuk kemudahan pelanggan mereka. Selalunya mereka menguatkuasakan 2FA/MFA (two factor authentication) seperti Google Authenticator apabila anda mahu mengeluarkan wang, dan mungkin juga meminta passphrase untuk menambahkan lagi tahap sekuriti. Ada juga syarikat yang menawarkan hot wallet walaupun mereka bukan exchange. Exodus menawarkan

hot wallet yang berada di desktop komputer anda sementara StrongCoin menawarkan hot wallet di server mereka. Blockchain.info juga menawarkan servis hot wallet yang bernama Bitcoin Wallet di server mereka. Secara kebetulan, Bitcoin Wallet merupakan hot wallet yang paling popular di dunia dengan lebih 16 juta pengguna sewaktu buku ini diterbitkan!

Sebuah syarikat exchange, Coinbase, juga menawarkan cold storage yang mereka termakan sebagai vault. Seperti yang telah dijawab sebelum ini, dua contoh wallet cold storage jenis hardware ialah Trezor dan Ledger Nano S.

(24)

24

8.

BAGAIMANA CARANYA UNTUK MEMBELI BITCOIN?

Wah! Nampaknya anda sudah tidak sabar-sabar lagi hendak beli Bitcoin!

Baik. Anda boleh membeli Bitcoin daripada exchange atau daripada individu yang boleh anda temui di

marketplace.

Bayaran yang diterima ialah tunai, kad kredit, kad debit, bank transfer dan malah cryptocurrency yang lain. Cara bayarannya bergantung kepada lokasi (negara) anda dan daripada siapa anda membelinya. Bagaimanapun, langkah pertama yang anda perlu lakukan untuk membuat pembelian adalah dengan mendapatkan wallet. (Sila rujuk jawapan tentang wallet.)

(25)

25

9.

BAGAIMANA CARANYA UNTUK MEMBELI BITCOIN DI MALAYSIA?

Sebenarnya, anda boleh membeli Bitcoin daripada kebanyakan exchange yang beroperasi di Internet. Ini termasuklah Coinbase, BitQuick, BitBargain dan CoinCorner. Tetapi oleh sebab semua exchange ini tidak menerima ringgit Malaysia, anda perlu menukar ringgit kepada bentuk mata wang yang mereka terima terlebih dahulu (selalunya Dolar AS, pound sterling ataupun Euro) untuk membuat pembelian tersebut. Jadi leceh sikitlah!

Oleh itu, saya rekomen anda untuk menggunakan salah satu daripada dua exchange yang beroperasi di Internet dan juga di Malaysia – Luno.com dan LocalBitcoins.com. Saya rekomen mereka kerana kedua-dua exchange ini menerima ringgit. Jadi anda hanya perlu depositkan ringgit ke dalam wallet dan kemudiannya anda boleh terus membuat pembelian.

Bila anda jual Bitcoin pula, anda boleh terus menerima ringgit dan kemudian pindahkan wang itu ke dalam akaun bank anda. Cepat dan mudah.

Oleh sebab proses pembelian dan peraturan di antara kedua-dua exchange ini berbeza, anda perlu log masuk ke laman web exchange yang berkenaan untuk mengetahui langkah sebenar untuk membuat pembelian.

(26)

26

10. APAKAH ITU

EXCHANGE

?

Sepertimana pengguna membeli dan menjual saham di bursa saham, exchange ialah laman web di mana pengguna boleh membeli dan menjual Bitcoin dan cryptocurrency lain.

Contoh exchange ialah Luno, Coinbase, LocalBitcoins, Kraken dan BitPanda. Ambil perhatian yang hanya beberapa exchange sahaja yang beroperasi di kebanyakan negara di seluruh dunia (contoh: CoinBase dan LocalBitcoins). Kebanyakan exchange beroperasi hanya di beberapa negara tertentu sahaja (contoh: Luno yang beroperasi di Afrika Selatan, Singapore, Indonesia dan Malaysia sahaja).

Untuk bertransaksi di exchange tertentu, pengguna perlulah mendaftarkan diri dengan exchange tersebut dahulu. Selalunya mereka akan bermula dengan proses pengesahan identiti mereka.

Apabila proses pengesahan itu berjaya, barulah akaun dibuka untuk pengguna. Mereka kemudiannya perlu memindahkan dana ke dalam akaun ini sebelum mereka dapat membeli Bitcoin. Ada juga exchange

(contohnya Luno) yang mengehadkan jumlah transaksi bergantung kepada tahap pengesahan diri pengguna. Lebih banyak maklumat yang diberikan oleh pengguna, lebih tinggilah jumlah Bitcoin yang mereka dapat beli/jual.

Cara untuk mendeposit dana ke dalam exchange mungkin berbeza antara exchange yang berbeza. Cara tersebut termasuklah pindahan atas talian, direct bank-in, draf bank, kad kredit, kad debit dan wire transfer.

Pengguna yang ingin mengeluarkan wang dari akaunnya pula boleh menggunakan opsyen yang disediakan oleh exchange seperti pindahan atas talian, PayPal, direct bank-in, cek atau kad kredit.

Sudah tentu pihak exchange tidak membuat semua kerja ini dengan percuma! Mereka juga mendapat habuan mereka. Habuan yang pertama ialah melalui fi yang dikenakan kepada pengguna setiap kali mereka membuat transaksi membeli dan menjual Bitcoin. Habuan yang kedua ialah melalui fi yang dikenakan kepada pengguna untuk mendeposit dan mengeluarkan wang dari akaun mereka. Selain fi transaksi dan yuran pemindahan dana, pengguna juga boleh dikenakan fi penukaran mata wang. Jumlah semua fi ini bergantung kepada polisi exchange berkenaan.

Saya perlu menambah, tidak semuanya indah belaka dalam dunia Bitcoin.

Satu masalah yang boleh timbul apabila anda menggunakan exchange ialah sekiranya exchange tersebut menghadapi masalah kewangan atau masalah dengan bank, wang anda (yang berada dalam pegangan mereka) mungkin turut sama tersangkut dalam masalah itu.

Untuk pengetahuan anda, Mt. Gox (satu exchange yang popular pada awal-awal usia Bitcoin) menghadapi masalah ini sebelum exchange itu menutup operasi dan kemudiannya diisytiharkan bankrup.

(27)

27

11. APAKAH YANG ANDA BOLEH BELI DENGAN BITCOIN?

Jadi sekarang anda sudah mempunyai Bitcoin di tangan (atau lebih tepatnya di wallet anda). Anda teringin hendak membelanjakan sedikit daripada Bitcoin tersebut. Siapakah yang menerima Bitcoin anda? Mengikut laporan, lebih 160,000 bisnes menerima pembayaran dalam bentuk Bitcoin. Malangnya untuk kita, kebanyakan tempat yang menerima Bitcoin buat masa ini beroperasi di negara-negara barat terutamanya Amerika Syarikat. Antara syarikat yang menerima Bitcoin termasuklah Microsoft, Dell, DISH Network, Overstock dan Newegg. Kesemua syarikat ini menerima bayaran dalam bentuk Bitcoin dan anda boleh memesan produk fizikal dan juga servis daripada mereka.

Anda juga boleh membeli gift card dengan Bitcoin. Dan gift card ini boleh digunakan di banyak kedai seperti Walmart, Amazon, Target and Nike.

Expedia, sebuah syarikat pelancongan online, menerima tempahan dengan Bitcoin dan juga beberapa

cryptocurrency yang lain.

Pembekal platform pembayaran seperti PayPal dan kad kredit juga menerima Bitcoin.

Anda juga boleh membayar tip dan menderma dengan Bitcoin. Sebagai contoh, Human Rights Foundation, Wikipedia Foundation dan TheWaterProject.org menerima derma dalam bentuk Bitcoin. Malah, Wikileaks juga menerima Bitcoin! Ini amat menarik jika anda mempunyai apa-apa maklumat tentang derma $2.6 bilion (ehem, ehem) yang disebut-sebut oleh orang itu!

“Okey, okey, okey. Semua maklumat ini nampaknya hanya berguna jika saya tinggal di Amerika Syarikat. Bagaimana pula situasinya di Malaysia?”

Buat masa ini, hanya segelintir bisnes di Malaysia yang menerima Bitcoin. Berikut adalah senarai bisnes yang menerima Bitcoin (ambil perhatian, senarai ini saya peroleh daripada laman web Luno.com; saya tidaklah pergi periksa sama ada mereka benar-benar menerima Bitcoin atau tidak!):

(28)

28 Nama Bisnes

BolehVPN Codashop

Cygnus IT Solutions Dae Jang Geum ExpressVPN Footsteps GeekZen HostPro2U Ipmart

Jeq in the House, PJ L&W Car Rental Nook Bangsar

One Edu Smart Resources OverStock

PDABase RuzNor Corner

Seishinkan Aikido di Kuching

Shell Petrol station di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur Spyking

Vape Club International

Viv’s Boutique Cafe & Restaurant Jijah’s NK Stall!

(29)

29

Saya rasa berkemungkinan terdapat beberapa syarikat dan organisasi lain yang menerima Bitcoin di Malaysia tetapi jumlahnya pasti sedikit sahaja. (Saya difahamkan yang Bitcoin semakin rancak dan popular di Singapura.) Jadi dalam kata lain, tidak banyak tempat untuk anda membelanjakan Bitcoin anda di Malaysia buat masa ini.

Tetapi tidak perlu risau, bro, sebab apa yang pasti ialah jumlah organisasi dan syarikat yang menerima Bitcoin hanya akan bertambah setiap hari.

Ini adalah berita yang amat baik. Semakin banyak tempat yang menerima Bitcoin, semakin mudahlah hidup anda (tidak perlu bawa tunai yang banyak) dan semakin tinggilah nilai Bitcoin!

(30)

30

12. CARA MENJUAL BITCOIN ANDA

Terdapat dua cara untuk menjual Bitcoin anda: online ataupun secara personal. Menjual Bitcoin melalui online

Menjual Bitcoin melalui online adalah amat popular. Dan terdapat tiga cara untuk menjual Bitcoin anda melalui online.

a) Direct Trade

Dua laman web yang menawarkan jualan secara Direct Trade ialah Coinbase dan LocalBitcoins.

Anda perlu mendaftarkan diri sebagai seorang penjual di laman web berkenaan sebelum anda dibenarkan untuk menjual. Proses pendaftaran ini termasuklah mengesahkan identiti anda. Setelah anda mendaftarkan diri, anda boleh membuat tawaran untuk menjual. Laman web tersebut akan memberi alert (amaran) kepada anda apabila seorang pembeli ingin berinteraksi dengan anda. Dari situ, anda berinteraksi terus dengan pembeli walaupun proses penjualannya masih melalui laman web yang berkenaan.

b) Exchange

Anda juga boleh menggunakan exchange untuk menjual Bitcoin anda. Malah, prosesnya lebih mudah berbanding menggunakan Direct Trade.

Pihak exchange bertindak sebagai orang tengah dan memegang currency kedua-dua pihak supaya tidak ada penipuan berlaku.

Proses jualannya begini: Anda post sell order, nyatakan volume (jumlah), jenis currency (contoh – Bitcoin) dan harga per unit.

Apabila pembeli muncul dan order belinya padan dengan order jual anda, pihak exchange akan menyempurnakan transaksi tersebut. Setelah transaksi siap, wang belian (tolak fi yang dikenakan oleh

exchange berkenaan) akan dikreditkan ke dalam wallet anda. Semuanya beres! c) Peer-to-peer trading marketplace

Satu perkembangan terkini ialah kewujudan laman web seperti Brawker dan Purse yang menemukan dua kumpulan yang mempunyai kemahuan yang seiring.

(31)

31

Kumpulan yang pertama ialah mereka yang ingin menggunakan Bitcoin untuk membeli barangan dari tempat yang belum menerima cryptocurrency sementara kumpulan kedua ialah mereka yang ingin membeli Bitcoin dengan menggunakan kad kredit/debit. Jadi laman web tersebut menemukan mereka, yang berakhir dengan satu kumpulan menjual Bitcoin dan kumpulan yang kedua menjual produk dengan harga diskaun. Jadi semua pihak menang di sini!

Marketplace tersebut bertindak sebagai orang tengah di samping menawarkan servis wallet dan escrow

untuk transaksi.

Menjual Bitcoin secara personal (face to face)

Menjual secara personal mungkin cara yang paling cepat dan senang untuk menjual Bitcoin terutamanya jika anda menjual Bitcoin kepada orang yang anda sudah kenal seperti rakan atau kaum keluarga. Apa yang perlu dilakukan ialah imbas kod QR di telefon bimbit pembeli dan kemudian menerima tunai daripada pembeli. Atau anda boleh menghantarkan Bitcoin anda ke wallet mereka dan kemudiannya mengutip tunai daripada mereka. Habis cerita!

Walau bagaimanapun, ceritanya panjang sikit jika anda menjual kepada orang yang belum dikenali. Berikut adalah beberapa tip untuk memudahkan transaksi dan juga menjamin keselamatan anda:

 Bersetuju dengan harga awal-awal lagi.

 Gunakan harga di Coin Desk Bitcoin Price Index sebagai panduan.

 Awasi akan naik turun harga Bitcoin dalam ringgit.

 Bertemu di kawasan awam atau pergi dengan teman/rakan.

(32)

32

13.

CARA UNTUK MENDAPATKAN BITCOIN (SELAIN MEMBELINYA)

Selain daripada membelinya, anda juga boleh mendapatkan Bitcoin dengan cara lain. Ya, tuan-tuan, anda tidak semestinya perlu keluar duit untuk mendapatkan Bitcoin! Berikut adalah beberapa cara tersebut:

a) Mining

Cara yang paling nyata untuk mendapatkan Bitcoin adalah dengan menjadi seorang miner dan menerbitkan Bitcoin anda sendiri! Sepertimana yang anda mungkin maklum, setiap kali anda berjaya mengesahkan satu blok, anda akan mendapat ganjaran berjumlah 12.5 Bitcoin.

Sekurang-kurangnya itulah teorinya!

Satu masa dulu, apa yang anda perlukan untuk menjadi miner ialah sebuah komputer dan central processing unit (CPU). Kemudiannya, CPU itu digantikan dengan GPU yang lebih efisien. Tidak lama kemudian, GPU itu pula digantikan dengan Application Specific Integrated Circuit (ASIC) yang jauh lebih efisien untuk mining.

Malangnya semua peralatan ini pun tidak bermakna anda boleh menjadi seorang miner Bitcoin yang berjaya. Hal ini demikian kerana kerjaya mining ini amat kompetitif. Lawan anda termasuklah syarikat-syarikat gergasi yang telah membelanjakan jutaan Dolar untuk membeli hardware terkini dan membina gudang-gudang yang dilengkapi dengan ASIC berkuasa tinggi yang dicipta khusus untuk mining Bitcoin. Jadi peluang anda untuk berjaya mengatasi gudang-gudang ini adalah negatif seribu!

Bagaimanapun anda mungkin berpeluang untuk mendapatkan Bitcoin dengan menyertai kumpulan cloud mining. Cloud mining ini adalah di mana anda membayar wang untuk menyertai kumpulan atau syarikat

mining yang memang mempunyai hardware mining mereka sendiri. Jadi anda tidak perlu membeli

hardware, menyelenggarakan alat, membayar gaji pekerja dan itu dan ini. Semuanya ditanggung oleh syarikat.

Tetapi sudah tentunya habuan anda juga kecil memandangkan mereka yang melakukan semua kerja sementara anda duduk goyang kaki sambil menonton Maharaja Lawak Mega!

Masalah yang lebih besar ialah 90 peratus daripada syarikat yang menawarkan servis cloud mining ini adalah scam! Mana tidaknya? Ianya terlalu senang untuk sesiapa sahaja termasuk si badut scammer

menyediakan laman web yang cantik serta menarik dan menceritakan bahawa mereka menawarkan servis

cloud mining. Mangsa tertarik dengan kata-kata manis lalu menghantar wang kepada badut ini. Apa yang menarik, selalunya si mangsa memang menerima pulangan pada awal-awalnya. Mereka tidak tahu yang pulangan awal itu adalah perangkapnya. Kerana sudah diracuni rasa tamak, mangsa pun menambah jumlah ‘pelaburan’ mereka. Selepas beberapa ketika, pulangan tersebut menjadi perlahan dan kemudiannya terus terhenti. Waktu itu, mangsa hendak buat apa? Semuanya hanya wujud atas talian belaka. Laman web tutup, syarikat hilang dan begitu juga wang mereka.

(33)

33 b) Menerima Bitcoin dalam bisnes anda

Sudah tentu juga anda boleh menerima Bitcoin dalam bisnes anda. Ya, anda terima Bitcoin (di samping mata wang kertas) apabila menjual produk dan servis anda.

Malah inilah cara yang paling cepat dan efektif untuk menambahkan jumlah Bitcoin anda.

c) Mencari kerja dan mendapatkan bayaran dalam bentuk Bitcoin

Anda juga boleh melakukan kerja dan mendapatkan bayaran dalam bentuk Bitcoin. Semakin banyak syarikat yang tumbuh dalam industri Bitcoin dan mereka sudah tentu memerlukan tenaga kerja. Jadi anda bolehlah mencuba untuk mendapatkan kerja di salah satu syarikat-syarikat ini.

Berikut adalah beberapa laman web yang menawarkan ganjaran dalam bentuk Bitcoin:

Coinality.com

Xbtfreelancer.com

Reddit.com/r/Jobs4Bitcoins

d) Faucet

Salah satu poin yang luar biasa ialah anda boleh mendapatkan Bitcoin dengan percuma! Ya, terdapat beberapa laman web yang ditermakan sebagai faucet di mana anda boleh mendapatkan Bitcoin dengan percuma. Selalunya laman web ini memerlukan anda melakukan satu atau dua tugas seperti membaca buku dan main game!

Masalahnya ialah jumlah Bitcoin yang diterima adalah terlalu kecil dan remeh! Mungkin jumlah Bitcoin yang diterima tidak cukup walaupun untuk membayar harga teh tarik dan telur setengah masak!

Memandangkan anda dapat Bitcoin dengan percuma di sini, jadi jangan merungut banyak sangat, ya!

e) Hadiah

Jangan lupa juga anda boleh mendapatkan hadiah dan tip dalam bentuk Bitcoin. Sebagai contoh, jika dulunya hadiah sesuatu peraduan adalah dalam bentuk wang ringgit, kini hadiah tersebut boleh digantikan dengan Bitcoin.

f) Menulis artikel tentang Bitcoin

Jika anda mempunyai banyak ilmu tentang Bitcoin, anda juga boleh menjana Bitcoin dengan menulis artikel tentang Bitcoin di blog dan laman berita tertentu. Saya tidak perlu terangkan yang artikel tersebut perlulah dalam bahasa Inggeris!

Banyak blog dan laman berita ini mempunyai kuota harian untuk post dan berita. Jadi mereka memang mencari penulis yang boleh menyampaikan artikel-artikel yang berinformasi kepada pembaca mereka. Ganjaran yang ditawarkan adalah lebih kurang $35 untuk artikel sepanjang 1,000 perkataan. Jika anda

(34)

34

sudah mempunyai nama (seperti saya (ehem, ehem)), kadar bayarannya mungkin lebih tinggi sedikit daripada angka ini.

g) Berjudi

Jika anda tidak sabar-sabar hendak menanggung kerugian, maka anda bolehlah juga berjudi dengan Bitcoin anda! Terdapat ratusan laman perjudian atas talian dan kasino atas talian yang menerima Bitcoin. Mereka menarik hati pelanggan dengan menceritakan bagaimana senangnya untuk menang bila berjudi dan malah mungkin menceritakan kisah seorang dua mamat yang telah menang besar.

Tetapi realitinya ialah majoriti daripada mereka yang berjudi akan menanggung kerugian.

Dan oh ya, saya tidak perlu terangkan yang berjudi adalah haram dalam Islam – tidak kiralah apa yang dipertaruhkan termasuk Bitcoin juga!

h) Dan bermacam-macam cara lagi

Sebenarnya terdapat pelbagai cara lagi untuk anda mendapatkan Bitcoin. Ini termasuklah day trading,

contract for differences (CFD), binary options, menjadi ejen escrow, affiliate marketing dan itu dan ini. Malangnya kebanyakan cara tersebut memerlukan banyak ilmu, banyak masa dan dalam masa yang sama, berisiko tinggi.

(35)

35

14. APAKAH BITCOIN

MINING

?

Dalam sistem kewangan tradisional, wang diterbitkan oleh Bank Negara (di Malaysia) dan staf bank merekodkan setiap deposit dan wang keluar daripada akaun bank.

Tetapi Bitcoin, seperti yang kita tahu, tidak mempunyai mana-mana autoriti untuk menerbitkan Bitcoin. Bitcoin juga tidak mempunyai akauntan untuk merekodkan semua transaksi yang berlaku dalam jaringan mereka.

Jadi bagaimana Bitcoin dicipta? Dan bagaimana semua transaksi Bitcoin diluluskan dan direkodkan? Jawapannya ialah kedua-duanya berlaku dalam proses mining.

Para miner memproseskan transaksi (memeriksa, meluluskan serta merekodkan) Bitcoin dengan menggunakan komputer mereka untuk menyelesaikan masalah matematik. Proses ini ditermakan sebagai

mining. Jadi mining merupakan cara bagaimana Bitcoin baru diterbitkan dan juga cara bagaimana semua transaksi Bitcoin direkodkan.

Dan untuk menjelaskan situasi dengan sejelas-jelasnya, mining inilah satu-satunya cara bagaimana Bitcoin diterbitkan. Ini bermakna semua Bitcoin yang telah wujud dan akan wujud terbit hanya melalui

faucet dan hadiah – sebenarnya adalah untuk mendapatkan Bitcoin yang telah diterbitkan oleh miner. Jadi sebenarnya terma mining itu mungkin kurang tepat. Oleh sebab tugas mereka yang sebenarnya adalah untuk memproses dan meluluskan transaksi, mungkin terma ‘pakar memproses dan meluluskan transaksi (PMMT)’ lebih tepat kut!

(36)

36

“Mengapakah miner melakukan semua kerja ini?” anda mungkin bertanya.

Jawapannya adalah apabila mereka berjaya menyelesaikan masalah tersebut (iaitu memproseskan dan meluluskan transaksi), mereka menerima ganjaran 12.5 Bitcoin sebagai upah mereka. (Pada permulaannya dulu, ganjaran itu ialah 50 Bitcoin per blok. Ianya dibahagi dua menjadi 25 Bitcoin pada bulan November 2012 dan kemudian dibahagi dua sekali lagi menjadi 12.5 Bitcoin pada bulan Julai 2016. Pembahagian dua dalam Bitcoin ini memang sudah ditetapkan oleh penciptanya, Satoshi Nakamoto. Beliau menetapkan ganjaran setiap blok dibahagi dua setiap 210,000 blok diterbitkan. Jadi pembahagian dua yang berikutnya dijangka berlaku pada tahun 2020.)

Para miner juga mendapat sedikit ganjaran dalam bentuk fi yang dikenakan untuk memproseskan setiap transaksi dalam blok. Buat masa ini, fi adalah rendah. Tetapi fi ini dijangkakan akan naik sikit apabila semua Bitcoin telah diterbitkan pada 2140. Malah fi itulah yang akan menjadi satu-satunya ganjaran buat

miner kerana waktu itu Bitcoin baru tidak akan diterbitkan lagi. Tetapi oleh sebab 2140 adalah lebih 120 tahun di hadapan, anda tidak perlu pening kepala memikirkan tentang poin ini lagi!

Kerja mining ini berlaku lebih kurang setiap 10 minit. Dalam tempoh tersebut, koleksi komputer mining

mengumpulkan beberapa ratus transaksi urus niaga Bitcoin yang belum diproseskan ke dalam satu blok dan menukarkannya kepada masalah matematik. Miner yang berjaya menyelesaikan masalah matematik tersebut akan mengumumkan kejayaan tersebut kepada miner-miner lain yang berada di dalam network. Kumpulan miner ini akan memeriksa sama ada penjual Bitcoin memang benar memiliki Bitcoin dan berhak untuk menjual Bitcoin tersebut, dan juga memeriksa jawapan yang diberikan kepada masalah matematik tersebut adalah betul. Jika kesemua jawapannya adalah betul, mereka akan memberikan kelulusan untuk blok tersebut ditambah kepada lejar yang dinamakan Blockchain. Kumpulan miner itu kemudiannya akan memulakan usaha untuk menyelesaikan masalah matematik di blok yang berikutnya. Jadi blok itu bersambung-sambung. Itulah sebabnya blok-blok itu ditermakan sebagai Blockchain.

Seperti yang saya tulis di atas, miner yang berjaya menyelesaikan masalah matematik tadi diberikan ganjaran sebanyak 12.5 Bitcoin. Tetapi apa yang menariknya, walaupun mereka menerima ganjaran ini sebaik sahaja mereka berjaya menyelesaikan masalah matematiknya, mereka hanya dapat membelanjakan Bitcoin tersebut hanya selepas 99 blok lagi ditambah kepada lejar! Ini memberikan insentif kepada kumpulan-kumpulan miner untuk terus-menerus berusaha mengesahkan transaksi Bitcoin.

“Setiap orang yang terpelajar perlu mengetahui tentang Bitcoin kerana ia mungkin merupakan salah satu perkembangan yang paling penting di dunia.”

Leon Louw Penama Hadiah Nobel

(37)

37

Sistem ini juga menambahkan tahap sekuriti Bitcoin. Untuk para hacker melakukan double-spend Bitcoin (membelanjakan Bitcoin yang sama dua kali), mereka perlu berpatah balik dan mengubahkan blok yang telah diluluskan. Dan untuk bertindak demikian, mereka perlu menguasai lebih 51 peratus kapasiti kuasa daya komputer kumpulan-kumpulan miner. Dan ini adalah satu kemungkinan yang super-tipis berlaku kerana kumpulan-kumpulan miner mempunyai di antara komputer yang paling power di seluruh dunia! Kuasa komputer-komputer mereka adalah 13,000 kali lebih power dibandingkan dengan kuasa 500 super-komputer di dunia!

Ada mereka yang berpendapat terma mining itu digunakan kerana ia menyerupai aktiviti perlombongan komoditi lain seperti emas. Mining memerlukan usaha serta menambahkan jumlah mata wang baru dengan perlahan yang memang menyerupai aktiviti perlombongan emas.

(38)

38

15. APAKAH ITU BITCOIN

MINING POOL

?

Pada awal usia Bitcoin, proses mining ini agak senang. Apa yang diperlukan hanyalah sebuah komputer dan CPU dan anda sudah boleh menjadi salah seorang miner Bitcoin. Ganjarannya pula menarik – 50 Bitcoin!

Kemudian para miner mula menggunakan GPU kerana ianya lebih berkuasa dan ia menolong mereka menyelesaikan masalah matematik dengan lebih cepat. Masalahnya penggunaan semua perkakasan dan

graphic processing unit (GPU) itu makan elektrik! Jadi bil elektrik mereka pun melompat setinggi kangaroo.

Bagaimanapun, disebabkan ganjaran mining ini begitu menarik, jumlah miner semakin bertambah. Apa yang bagus dengan pertambahan ini ialah kualiti pemeriksaan transaksi Bitcoin dalam blok meningkat – kerana banyak mata yang memeriksanya. Apa yang kurang bagus dengan pertambahan ini ialah masalah matematik menjadi semakin rumit! Lihat bagaimana tahap kerumitan itu bertambah dengan peredaran masa dalam graf berikut.

Rajah 15.1: Carta Kerumitan Mining

Sebenarnya itulah yang ditetapkan oleh Satoshi Nakamoto. Semakin banyak Bitcoin yang diterbitkan, semakin rumitlah masalah matematiknya.

Para miner juga mula berkerjasama sesama mereka. Mereka berganding masa, kuasa komputer dan kepakaran untuk menjadikan proses mining ini lebih efektif dan efisien. Kumpulan-kumpulan inilah yang dinamakan ‘mining pool’. Ganjaran Bitcoin yang diterima dikongsi sesama mereka mengikut usaha yang mereka sumbangkan kepada pool. Lebih banyak sumbangan, lebih tinggilah ganjaran yang diterima. Dan untuk menolong mereka menyelesaikan masalah matematik dengan lebih cepat, pada tahun 2013, para miner mula menggunakan cip ASIC yang lebih berkuasa daripada GPU. Apa yang menariknya ialah ASIC ini memang dicipta khusus untuk mining Bitcoin!

(39)

39

Ketika inilah syarikat-syarikat muncul dan membina gudang dan gudang tersebut dilengkapkan dengan komputer, server dan ASIC khusus untuk mining Bitcoin. Dan untuk menjelaskan situasinya dengan lebih jelas (!), gudang-gudang itu bukan mempunyai satu, dua atau 10 komputer mining sahaja tetapi beratus-ratus malah beribu-ribu komputer mining di dalamnya! Berikut ialah gambar salah sebuah gudang mining

yang terletak di China. Seperti yang anda dapat lihat, terdapat berpuluh-puluh barisan komputer mining

dalam gudang ini. Dan mungkin terdapat lima, enam gudang lagi di sebelah gudang ini!

Apa yang kekal ialah prosesnya memerlukan kuasa elektrik yang tinggi. Itulah sebabnya mengapa kebanyakan gudang dan gudang mining pool ini beroperasi di China dan di Eropah Timur di mana kos elektriknya rendah. Sudah tentu ‘kos elektriknya rendah’ itu relatif kerana gudang Genesis Mining di Iceland milik Marco Streng membayar bil elektrik yang berjumlah $1 juta setiap bulan!

Semua ini bermakna miner yang beroperasi secara solo di rumah sudah tidak mempunyai peluang untuk buat duit daripada mining lagi. Miner solo hendak lawan gudang dan gudang yang dibina khusus untuk

mining Bitcoin? Memang tidak akan menang punya!

Jadi jika ada mamat yang tiba-tiba muncul dalam hidup anda dan menceritakan yang dia akan menolong anda buat duit mining Bitcoin secara individu, saya rasa anda perlu berlari secepat mungkin daripada mamat itu! Kalau tidak dapat lari, anda terbang! Ambil perhatian yang saya bermaksud anda mining

(40)

40

Dalam realitinya (terutamanya di Malaysia), kebanyakkan miner yang mempunyai komputer mining

mereka sendiri menyertai mining pool. Ya, mereka membeli komputer mining mereka sendiri dan kemudiannya menyertai salah satu mining pool yang telah wujud.

Berikut adalah diantara mining pool yang popular:

 AntPool

 Discuss Fish/F2Pool

 BitFury

 BTCChina Pool

Gambar

Gambar 6.1: Ledger Nano S
Gambar 14.1: Antminer S9: Sejenis komputer yang digunakan khusus untuk mining Bitcoin
graphic  processing  unit  (GPU)  itu  makan  elektrik!  Jadi  bil  elektrik  mereka  pun  melompat  setinggi

Referensi

Dokumen terkait

Saya bekerja sendiri sih kecapean pasti, untuk setting mesin sama potong paper ini, dibilang kerepotan sih kerepotan gimana ya cuma dia engga sampe bikin risiko

Kurikulum digunakan sebagai pedoman utama dalam melaksanakan kegiatan pembelajaran. Kurikulum sangat penting bagi guru, karena di dalam kurikulum memuat tujuan

Laporan keuangan terdiri atas laporan posisi keuangan (Neraca), laporan sisa hasil usaha, laporan perubahan ekuitas, laporan arus kas dan catatan atas laporan

Manawi toemrap ing wanda menga, ingkang mawi sandangan: soekoe oetawi: taling angan: soekoe oetawi: taling taroeng, mangka boten loeloeh, poerwaning panambang malih dados: ꦈ꧋..

Proses bisnis yang berjalan saat ini yaitu diawali dengan guru petugas piket berkeliling ke setiap kelas pada jam pertama mengecek dan menuliskan nama siswa yang tidak

CARA PEN=5,A6AN ,OMPONEN PERANCAH P5PA DEN=AN CLAMP @AN= D5PASA,... CLAMP UN6U, PERANCAH DAN

Berdasarkan hasil analisis terhadap Bahasa Gambar pada Anak : Tinjauan Psikolinguistik disimpulkan sebagai berikut. a) Bahasa merupakan sarana komunikasi antar manusia