• Tidak ada hasil yang ditemukan

Carta Kerumitan Mining

Sebenarnya itulah yang ditetapkan oleh Satoshi Nakamoto. Semakin banyak Bitcoin yang diterbitkan, semakin rumitlah masalah matematiknya.

Para miner juga mula berkerjasama sesama mereka. Mereka berganding masa, kuasa komputer dan kepakaran untuk menjadikan proses mining ini lebih efektif dan efisien. Kumpulan-kumpulan inilah yang dinamakan ‘mining pool’. Ganjaran Bitcoin yang diterima dikongsi sesama mereka mengikut usaha yang mereka sumbangkan kepada pool. Lebih banyak sumbangan, lebih tinggilah ganjaran yang diterima. Dan untuk menolong mereka menyelesaikan masalah matematik dengan lebih cepat, pada tahun 2013, para miner mula menggunakan cip ASIC yang lebih berkuasa daripada GPU. Apa yang menariknya ialah ASIC ini memang dicipta khusus untuk mining Bitcoin!

39

Ketika inilah syarikat-syarikat muncul dan membina gudang dan gudang tersebut dilengkapkan dengan komputer, server dan ASIC khusus untuk mining Bitcoin. Dan untuk menjelaskan situasinya dengan lebih jelas (!), gudang-gudang itu bukan mempunyai satu, dua atau 10 komputer mining sahaja tetapi beratus-ratus malah beribu-ribu komputer mining di dalamnya! Berikut ialah gambar salah sebuah gudang mining yang terletak di China. Seperti yang anda dapat lihat, terdapat berpuluh-puluh barisan komputer mining dalam gudang ini. Dan mungkin terdapat lima, enam gudang lagi di sebelah gudang ini!

Apa yang kekal ialah prosesnya memerlukan kuasa elektrik yang tinggi. Itulah sebabnya mengapa kebanyakan gudang dan gudang mining pool ini beroperasi di China dan di Eropah Timur di mana kos elektriknya rendah. Sudah tentu ‘kos elektriknya rendah’ itu relatif kerana gudang Genesis Mining di Iceland milik Marco Streng membayar bil elektrik yang berjumlah $1 juta setiap bulan!

Semua ini bermakna miner yang beroperasi secara solo di rumah sudah tidak mempunyai peluang untuk buat duit daripada mining lagi. Miner solo hendak lawan gudang dan gudang yang dibina khusus untuk

mining Bitcoin? Memang tidak akan menang punya!

Jadi jika ada mamat yang tiba-tiba muncul dalam hidup anda dan menceritakan yang dia akan menolong anda buat duit mining Bitcoin secara individu, saya rasa anda perlu berlari secepat mungkin daripada mamat itu! Kalau tidak dapat lari, anda terbang! Ambil perhatian yang saya bermaksud anda mining Bitcoin secara solo (tanpa menyertai mana-mana mining pool) di perenggan ini.

40

Dalam realitinya (terutamanya di Malaysia), kebanyakkan miner yang mempunyai komputer mining mereka sendiri menyertai mining pool. Ya, mereka membeli komputer mining mereka sendiri dan kemudiannya menyertai salah satu mining pool yang telah wujud.

Berikut adalah diantara mining pool yang popular:  AntPool

 Discuss Fish/F2Pool  BitFury

 BTCChina Pool  BW Pool

41

16. APAKAH PERBEZAAN MINING POOL DAN CLOUD MINING

Walaupun pada asasnya mining pool dan cloud mining adalah kumpulan miner yang berkerjasama untuk menjadikan proses mining lebih efektif dan efisien, mereka adalah amat berbeza.

Mining pool adalah kumpulan persendirian atau syarikat yang berganding kuasa komputer mereka untuk mining Bitcoin. Tujuan menyertai mining pool ini ialah untuk meningkatkan peluang anda berjaya dalam

proses mining. (Ini bermakna anda perlulah mempunyai komputer mining sendiri untuk menyertai mining

pool ini!) Apabila anda berkongsi kuasa komputer, peluang untuk kumpulan anda menghasilkan blok meningkat naik. Walaupun anda perlu berkongsi Bitcoin yang diterima dengan miner lain, ganjaran itu diterima dengan lebih konsisten jika dibandingkan dengan mining sendiri.

Cloud mining pula ialah dimana anda membayar wang (atau Bitcoin) untuk menyertai kumpulan/syarikat mining. Jadi anda tak perlu memiliki komputer mining sebab syarikat tersebut mempunyai komputer mining mereka sendiri dan merekalah yang akan menjalankan semua kerja mining. Sebagai balasan di

atas sokongan anda (melalui pelaburan anda), syarikat akan membayar anda sebahagian (kecil) daripada Bitcoin yang berjaya mereka lombong. Sudah tentulah bayaran ini dilakukan hanya selepas semua kos dan keuntungan syarikat ditolak.

Jadi dalam cloud mining, syarikat menjalankan semua kerja dan usaha mining – bina gudang, beli komputer, baiki, menyelenggarakan, bayar kos eletrik, bayar gaji pekerja dan itu dan ini sementara anda duduk goyang kaki tengok Maharaja Lawak! (Saya rasa ini merupakan salah satu daripada tarikan utama

cloud mining – anda goyang kaki sementara syarikat yang buat semua kerjanya.)

Oleh kerana inilah situasinya, sudah pasti ganjaran anda yang anda terima daripada syarikat itu adalah tempiasnya sahaja! Sesiapa yang memberikan apa-apa jawapan yang lain adalah naif atau tidak tahu situasi yang sebenarnya atau tidak menceritakan situasi yang sebenarnya!

Apa yang membuatkan sesetengah operasi cloud mining begitu mencurigakan ialah banyak maklumat tentang syarikat – identiti pemilik syarikat, lokasi gudang, kos, efisiensi, untung, rugi – tersembunyi. Dan selalunya, jika banyak maklumat tentang syarikat disembunyikan, operasi itu adalah satu scam.

Dan untuk menambahkan tahap curiganya, kebanyakkan syarikat yang menawarkan servis cloud mining ini mempraktikkan sistem MLM (multi-level marketing). Jadi bila A merekrut B ke dalam bisnes ini, A akan mendapat komisen daripada wang yang dilaburkan oleh B. Ramai pakar berpendapat yang komisen yang dibayar kepada A datang daripada wang yang dilaburkan oleh B, bukan daripada hasil mining. Jika teori ini betul, ini bermakna yang kebanyakkan operasi cloud mining ini adalah skim Ponzi!

Daripada pandangan mata kasar saya, lebih 50 peratus daripada mereka yang aktif dalam Bitcoin di Malaysia ini adalah mereka yang terbabit dalam industri cloud mining.

Saya rasa inilah satu sebabnya mengapa beberapa personaliti kewangan di Malaysia memandang serong terhadap Bitcoin!

42

Akhirnya, saya perlu menjelaskan yang saya tidak berkata yang semua operasi cloud mining adalah scam. Saya kata yang sesetengah operasi cloud mining amat mencurigakan. Jadi kalau anda ingin menyertai mana-mana operasi cloud mining, buatlah kajian yang menyeluruh dahulu sebelum bertindak. Akhirnya, kalau anda berkeras untuk menyertai mana-mana operasi cloud mining yang mencurigakan walaupun banyak amaran yang telah diberikan oleh orang dan organisasi lain, itu pilihan anda.

Dunia mempunyai undang-undang untuk menghukum orang yang menipu tetapi tidak mempunyai undang-undang untuk menghukum orang yang bodoh!

43

17. BERAPA BANYAK BITCOIN YANG TELAH DIMINE SETAKAT INI?

Setakat bulan Julai 2017, jumlah Bitcoin yang telah dimine ialah 16,500,000.

Dokumen terkait