Kata Seru
CONTOH AYAT
Simpulan Bahasa Maknanya
Anak emas Anak kesayangan
Kaki ayam Orang yang tidak memakai sepatu
Ringan tulang Rajin bekerja
Bau-bau bacang Ada ikatan kekeluargaan
Makan angin Bersiar-siar
CONTOH AYAT
1. Aminah menjadi anak emas keluarganya kerana dia rajin belajar. 2."Jangan berkaki ayam ketika bermain, nanti terpijak kaca," kata ayah. 3. Dia ringan tulang sebab itu dia disukai ramai.
4. Zulnas dan Abu ada bau-bau bacang kerana nenek mereka adik-beradik. 5. Minggu lepas kami sekeluarga makan angin ke Langkawi.
52 | K o l e k s i T a t a b a h a s a M e l a y u
Latihan 1
( Simpulan Bahasa ) : Pilih simpulan bahasa yang paling sesuai bagi mengisi tempat-tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.
anak emas/ kera sumbang/ anak angkat/ besar kepala/ naik angin/ ringan mulut/ panjang tangan/ ringan tangan/ buah hati/ buah mulut
Kasim dan Wahab tinggal di Kampung Pandan. Kasim disukai penduduk kampung kerana dia _______ , sering bertegur sapa dengan orang apabila bersua. Walaupun Kasim hanya menjadi _______ kepada keluarga Pak Samad, tetapi dia tetap disayangi oleh semua ahli keluarga angkatnya.
Wahab pula digelar _______ kerana dia tidak suka bercampur gaul dengan orang lain. Wahab bangga kerana dia menjadi _______ kepada Encik Jamil. Wahab menjadi _______ dan sering berbuat sesuka hati kerana ayahnya merupakan orang kaya di kampung itu. Akhirnya Wahab menjadi _______ pantang melihat barang berharga akan dicurinya.
Apabila ayahnya mengetahui perangai Wahab, dia pun _______ lalu memukul Wahab dengan teruknya. Kejadian itu telah menjadi _______ orang kampung dan semenjak hari itu Wahab mula berubah perangai. Wahab telah insaf dan berkawan baik dengan Kasim. Mereka berdua _______ , sering menolong orang kampung dan kini menjadi _______ orang kampung.
53 | K o l e k s i T a t a b a h a s a M e l a y u
Latihan 2
( Simpulan Bahasa ): Pilih simpulan bahasa yang sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.
1. Miskam itu memang _______ , tendang bola pun tak pandai.
A. kaki ayam B. kaki botol
C. kaki bangku D. kaki kelentong
2. Maria berasa _______ kerana tidak dijemput ke majlis hari jadi Rita.
A. besar hati B. ada hati
C. kecil hati D. hati tikus
3. Kamis dan isterinya berasa gembira kerana mereka mendapat _______ pertama.
A. cahaya mata B. mata air
C. buah hati D. muka tembok
4. _______ telah berlaku di antara Ramesh dan Suva kerana Ramesh menuduh Suva mengambil buku rampaiannya.
A. Perang teluk B. Mulut murai
C. Perang mulut D. Mulut tempayan
5. Dalam pemilihan pasukan pingpong sekolah, tidak ada _______ , hanya mereka yang terbaik sahaja akan dipilih.
A. pilih menantu B. pilih kasih
C. anak buah D. anak angkat
6. Janganlah kita tunggu sehingga _______ , kalau kita malas kita tidak akan hidup senang.
A. terang tanah B. terang hati
C. kucing bertanduk D. kucing kurap
7. Low berada di _______, dia tidak tahu calon mana yang hendak diundinya.
A. bawah pagar B. atas angin
C. atas pagar D. bawah angin
8. Pemain-pemain bola sepak yang _______ akan disingkirkan dari pasukan sekolah.
A. kaki kuda B. makan angi
C. kaki bangku D. makan suap
9. Zuraidah mendapat _______ apabila memenangi hadiah dalam cabutan bertuah.
A. durian runtuh B. serkap jarang
C. buruk siku D. kepala angin
10. Kita hendaklah menyambut kedatangan tetamu dengan _______ .
A. tangan panjang B. hati batu
54 | K o l e k s i T a t a b a h a s a M e l a y u
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan tiga situasi yang berbeza yang terdapat dalam petikan ini.
Perpaduan rakyat menjadi tonggak kegemilangan negara Malaysia. Mereka saling membantu antara satu sama lain. Mereka amat sedar bahawa pada masa ini sikap negatif akan menyukarkan kerajaan untuk menyatupadukan rakyat. Sekiranya hal ini wujud maka tiada sesiapa pun yang untung. Sebaliknya, mereka akan kehilangan segala-galanya.
[ 6 markah ] Kita sebagai rakyat yang taat setia kepada negara ini sepatutnya tidak memburuk-burukkan nama negara kita sendiri. Kita seharusnya menentang usaha-usaha pihak yang tidak bertanggungjawab demi memastikan keamanan dan kesejahteraan yang kita kecapi selama ini terus dipertahankan. Kita tidak mahu dicap sebagai penderhaka kepada negara yang memberikan kita kehidupan selesa selama ini. Oleh itu, kita hendaklah berjuang mempertahankan negara kita daripada segala ancaman musuh.
[ 6 markah ] Kegigihan sesetengah anak yatim dalam mengharungi hidup amatlah disanjungi. Walaupun nasib kebanyakan mereka terbela apabila ada pihak yang sudi menghulurkan bantuan bagi meringankan beban perbelanjaan harian, namun penderitaan yang dialami oleh mereka kerana hilang tempat bermanja bukanlah suatu yang dapat disembunyikan begitu sahaja. Dalam hal-hal tertentu pula, abang atau kakak sulung dalam keluarga terpaksa bekerja keras untuk menyara kehidupan keluarga. Hal ini terjadi apabila ada pihak yang diamanahkan untuk memberikan bantuan telah tidak menunaikan amanah tersebut.
[ 6 markah ] Ibu bapa yang berpendapatan rendah berasa lega apabila kerajaan mengumumkan pemberian baucer tuisyen kepada para pelajar tahun enam.Mereka sememangnya mengharapkan skim seumpama itu untuk membolehkan anak-anak mereka mengikuti kelas tuisyen seperti pelajar lain. Bagi anak-anak pula, menghadiri kelas tuisyen merupakan satu daripada usaha untuk berjaya dengan cemerlang di samping bertungkus-lumus membuat ulang kaji bersendirian di rumah. Bagi ibu bapa pula, walaupun tanggungjawab berat untuk menyediakan kemudahan pembelajaran anak-anak adalah tanggungjawab mereka tetapi dengan bantuan yang diberikan oleh kerajaan dapat meringankan beban mereka.
55 | K o l e k s i T a t a b a h a s a M e l a y u
Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud atau situasi ayat tersebut.
1. Orang itu lupa akan asal usulnya setelah berjaya dalam hidupnya.
2. Marilah kita menghadapi saat-saat susah dan senang bersama-sama agar hidup menjadi lebih bermakna .
3. Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari menjadi prinsip hidup Fadzli Zainal.
4. Walaupun kita berasa kasihan atas nasib malang yang menimpa Amira, tetapi dia yang menanggungnya tentulah berasa lebih perit.
5. Jamal menikmati segala kemewahan yang disediakan oleh bapanya tetapi dia tidak gembira kerana tidak dibenarkan bergaul bebas sesuka hati seperti remaja lain. 6. Perbelanjaan kita biarlah bersesuaian dengan pendapatan dan janganlah kita
berbelanja berlebih-lebihan.
7. Setiap pelajar perlulah berusaha untuk mencapai kejayaan kerana kejayaan itu tidak datang begitu mudah melainkan dengan usaha yang gigih.
8. Walaupun Tengku Hassan berasal daripada keluarga bangsawan yang begitu dihormati tetapi beliau masih mahu bergaul dengan orang kebanyakan atau rakyat bawahan kerana beliau tidak pernah menganggap imejnya akan terjejas akibat pergaulannya itu.
9. Walaupun Encik Ahmad merupakan tokoh korporat yang banyak menerima pengalaman di luar negara dan telah tinggal di sana lebih sepuluh tahun, namun beliau akhirnya meninggalkan perniagaan itu dan kembali ke tanah air untuk berbakti.
10. Setiap kali pertukaran menteri berlaku, dasar dan matlamat kementeriannya berubah mengikut perencanaan yang disasarkan oleh menteri tersebut.
11. Pegawai pertanian daerah telah menegur dan menasihati sekumpulan kecil pesawah yang memulakan kerja penanaman padi lebih awal daripada jadual yang ditetapkan, namun teguran itu tidak diendahkan oleh pesawah berkenaan.
12. Ketua pejabat itu berasa amat runsing dengan sikap beberapa orang bawahannya yang hanya bekerja apabila ada arahan dan jika tiada arahan, mereka duduk berbual tanpa melakukan apa-apa kerja.
13. Perbuatan Pak Kasim yang suka menceritakan kelakuan buruk anak lelakinya yang sering melawan percakapannya amat dikesali oleh anggota keluarga yang lain kerana pada mereka, perbuatan Pak Kasim telah menyebabkan mereka berasa malu dengan jiran-jiran sekampung.
14. Sebelum ini, Salmi selalu gagal dalam beberapa ujian tetapi kegagalan itu tidaklah mematahkan semangatnya malah Salmi menjadikan kegagalan itu sebagai dorongan untuk terus berusaha.
56 | K o l e k s i T a t a b a h a s a M e l a y u
15. Pengetua menasihati pelajar-pelajarnya agar selalu mengulang kaji dan membaca buku kerana beliau berpendapat bahawa pelajar yang lemah dalam pelajaran sekalipun, jika selalu belajar, akhirnya pasti akan menjadi pandai.
18 Baca petikan di bawah dengan teliti , kemudian senaraikan peribahasa yang sesuai untuk diisikan pada tempat kosong.
Aminah sudah lama tidak pulang ke kampung untuk menziarahi keluarganya ekoran daripada perselisihan faham dengan adik-beradiknya. Dia memberikan alasan bahawa kampung itu jauh dan jalan yang menuju ke sana bengkang-bengkok ...(i)... . Walau bagaimanapun, dalam hati kecilnya tetap mengakui hubungan kekeluargaan penting dan mesti dikekalkan kerana ...(ii)... . Segala susah-payah balik ke kampung dan kesibukan bukanlah alasan untuk dia tidak menziarahi kaum keluarganya kerana ...(iii)... .
[ 6 markah ]
Baca dialog di bawah dengan teliti , kemudian senaraikan peribahasa atau kata-kata hikmat yang sesuai untuk diisikan pada tempat kosong.
Amir : Ramai pengguna bahasa Melayu suka menggunakan bahasa rojak semasa berkomunikasi.
Sofea : Yalah, bukan itu sahaja! Media massa pun sering mengabaikan penggunaan bahasa yang betul.
Amir : Jika kita sayang akan bahasa, kita mesti menggunakan bahasa yang betul pada setiap masa dan keadaan, kerana ...(i)... .
Sofea : Media massa perlulah memainkan peranan yang bersungguh-sungguh dalam mendaulatkan bahasa Melayu tanpa perlu berdolak, bak kata pepatah ...(ii)... .
Amir : Saya bersetuju dengan pendapat kamu. Media massa dapat menyalurkan idea dan kritikan dengan lebih berkesan kerana ...(iii)... .
57 | K o l e k s i T a t a b a h a s a M e l a y u
Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan peribahasa yang sesuai.
1. Ahmad sangat disayangi oleh pengurus syarikat di tempat dia bekerja.Pengurusnya sering membawa Ahmad melancong ke luar negara. Ahmad merupakan ____________ kepada pengurusnya.
2. Khalus Jamlid merupakan seorang pemain bola sepak yang berbakat. Beliau merupakan _______________ kepada pasukan bola sepak negeri Terengganu kerana kehadiran beliau telah menyebabkan Terengganu banyak meraih kejayaan. 3. Guru-guru sering menasihati para pelajar supaya mengamalkan semangat
bekerjasama dalam semua hal. Semangat ini penting untuk membuahkan kejayaan dalam sesuatu perkara yang dilakukan seperti kata pepatah_________________. 4. Sebagai pegawai pemasaran syarikatnya, Johar sangat rajin bekerja selain pantas
menyiapkan segala tugasan yang diberi oleh majikannya seperti membuat promosi
dan mengemaskinikan data pemasaran. Perbuatannya yang
_____________________ wajar dicontohi oleh pekerja di situ.
5. Badrul dinasihati oleh ibunya supaya melabur ke dalam Unit Saham Amanah. Dia tidak mahu anaknya mengalami nasib malang yang telah menimpa dirinya pada suatu ketika dahulu, bak kata pepatah .___________________________________. 6. Azmeer memperkenalkan burger keluaran syarikatnya dengan nama Burger
Azjamros dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan pelbagai kaum. Azmeer memperbanyak gerai burgernya di sekitar bandar Taiping.
Kemunculan gerai-gerai tersebut pada ketika itu umpama
________________________________.
7. Pelajar-pelajar yang menuntut di luar negara hendaklah pandai menyesuaikan diri ketika berada di tempat orang, bak kata pepatah __________________________.
58 | K o l e k s i T a t a b a h a s a M e l a y u
Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan satu peribahasa lain yang sama atau hampir sama maksudnya dengan peribahasa yang bercetak tebal. 1. Pada awalnya pasangan kembar itu bergaduh, tetapi akhirnya mereka berbaik-baik
semula. Benarlah kata orang, carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga. 2. Perangai anak itu kasar seperti perangai bapanya juga.Tepatlah kata peribahasa,
bagaimana tepuk, begitulah tarinya.
3. Setelah bertahun-tahun merantau di negara asing, akhirnya dia pulang ke tempat asalnya, bak kata peribahasa setinggi-tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap