• Tidak ada hasil yang ditemukan

LATIHAN CAKAP AJUK DAN CAKAP PINDAH

Dalam dokumen latihan tatabahasa (Halaman 42-51)

Kata Seru

LATIHAN CAKAP AJUK DAN CAKAP PINDAH

Tulis petikan di bawah ini dalam bentuk cakap ajuk. Anda dikehendaki mengekalkan susunan isi dalam petikan ini.

Petikan 1

Sakinah memberitahu Mariam bahawa dia bercadang untuk mengikuti kursus usahawan muda yang dianjurkan oleh kerajaan. Mariam menyokong rancangan Sakinah itu. Seterusnya, Mariam menyatakan bahawa Sakinah akan dapat menimba pengetahuan melalui kursus itu. Sakinah melahirkan hasratnya untuk menjadi usahawan yang terkenal pada suatu hari nanti. Mariam menyatakan keyakinannya bahawa Sakinah mampu untuk mencapai cita-citanya dan mendoakan kejayaannya. Sakinah mengucapkan terima kasih kepada Mariam.

[ 6 markah ]

Petikan 2

Kamariah berkata kepada Aziz dan Samad bahawa negara Malaysia memang banyak mempunyai tempat menarik untuk dikunjungi. Pendapatnya itu disokong oleh Samad dengan mengatakan bahawa negara ini mempunyai pantai-pantai yang bersih dan hutan semula jadi yang indah. Aziz pula mengatakan kehairanannya tentang ramai orang Malaysia yang masih suka melancong ke luar negara seperti ke Indonesia, Thailand, Singapura dan negara-negara Eropah.Kamariah menyetujui pandangan itu. Samad berpendapat mungkin keadaan ini berlaku kerana kurangnya promosi untuk menarik pelancong tempatan melancong di dalam negeri. Aziz bersetuju dengan pandangan Samad itu. Kamariah pula mencadangkan supaya pihak swasta seperti pusat-pusat pelancongan tempatan memberi potongan harga istimewa kepada pelancong tempatan yang mengunjungi pusat percutian mereka. Samad pula mengatakan bahawa di samping itu kesedaran rakyat Malaysia tentang faedah melancong di dalam negeri perlu ditanam dalam diri. Kamariah dan Aziz mengiakan pendapat itu

. [ 6 markah ]

Petikan 3

Bapa menegur anak jirannya, Zul supaya tidak membuang sampah ke dalam longkang. Zul memberitahu bahawa dia membuang sampah ke situ kerana pihak majlis tempatan tidak menyediakan tong sampah. Bapa menyatakan bahawa Zul atau bapanya yang sepatutnya menyediakan tong sampah tersebut dan bukannya pihak majlis. Zul dengan sinis meminta bapa membelikannya tong sampah. Bapa menjelaskan bahawa dia hanya memberikan saranan supaya Zul tidak membuang sampah ke dalam longkang. Zul membalas dengan ucapan terima kasih.

43 | K o l e k s i T a t a b a h a s a M e l a y u

Petikan 4

Osman menanya Ali tentang rancangan yang dibuatnya untuk masa cuti penggal persekolahan nanti. Ali memberitahu Osman bahawa dia masih belum pasti tentang perkara itu. Osman agak hairan dengan jawapan Ali kerana sebelum ini Ali membayangkan bahawa dia dan keluarganya hendak melawat Zoo Taiping. Ali menyatakan bahawa rancangan tersebut sudah dibatalkan oleh ayahnya kerana pada masa itu ayahnya ke luar negara mengikuti rombongan Perdana Menteri. Osman menanya Ali sama ada akan mengikut ayahnya ke luar negeri pada masa itu. Ali mengatakan bahawa cuma ayahnya sahaja yang pergi manakala ahli keluarga tidak dibenarkan mengikut rombongan tersebut.

[ 6 markah ]

Tuliskan semula perbualan di bawah ke dalam bentuk karangan biasa menggunakan cakap pindah.

Petikan 1

Hani : Dah lama kau tunggu aku, Nah?

Hannah : Lamalah jugak. Kalau aku makan nasi lemak, dah habis dua bungkus. Hani : Maafkan aku. Bukan sengaja aku datang lambat. Aku kena simpan

kerja-kerja aku dulu. Eh, apa hal kau minta aku datang sini? Hannah : Aku ada masalah sikit. Aku nak minta kau tolong aku.

Hani : Boleh, apa salahnya. Cakaplah.

( 6 markah )

Petikan 2

Kamal : Emak, apa khabar?

Hindun : Kau Kamal. Aku ingat tadi adikkau yang balik!

Kamal : Sarah ke mana? Dah lama benar saya tak jumpa dia.

Hindun : Entah ke mana lesapnya, aku pun tak tahu. Sejak pagi sampai sekarang tak balik-balik. Tak pernah dia tak cakap pada aku. Kamal : Dia dah besar panjang mak. Tahulah dia jaga diri.

( 6 markah )

Petikan 3

“Kau jangan marah, ya bila aku cakap!” kata Zalmi. “Cakaplah. Aku dengar,” jawab Juriah.

“Semalam aku jumpa Pak Tamam. Kami berbual singkat. Katanya, engkau sombong!” “Ya? Aku tak kisah!” balas Juriah.

“Kawan-kawan lain juga dengar Pak Tamam kata engkau begitu.”

“Engkau tahu sebab Pak Tamam kata begitu? Aku tak mau main kutu yang dia anjur tu. Itulah sebabnya,” kata Juriah.

44 | K o l e k s i T a t a b a h a s a M e l a y u Petikan 4

“Hai, cepat datang hari ini. Tersalah hari!” kata Jenny. “Tak, sesekali tu berilah aku peluang pula,” balas Maimun. “Macam mana boleh seawal ini?”

“Aku tak hantar anak aku. Kakak aku nak tengok dia.” “Oh, begitu. Bila dia sampai?”

“Semalam. Dengan teksi. Kau mahu pucuk ubi, Jen?” “Tentu sekali! Aku buat gulai lemak campur ikan bilis.” “Eh, kau suka , ya! Esok aku bawa.”

( 6 markah )

Petikan 5

“Bagaimana dengan rancangan awak?” tanya Saleh. “Rancangan apa?” jawab Ani.

“Rancangan mendaki gunung Jerai yang awak kata pada saya tempoh hari, “ kata Saleh.

“Oh, itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Sabtu depan,” jelas Ani. “Bagus Ani, bagus. Saya sokong rancangan itu!”

Ani tersenyum mendengar kata-kata sahabatnya itu.

(6 markah)

Petikan 6

“Oh, cikgu, kami ada di rumah!” Sahut Kamarul setelah mendengar sapaan Cikgu Hassan di halaman.Cikgu Hassan sudah berada di tangga rumah Redwan.

“Jemputlah naik , cikgu. Redwan ada di dalam, “ pelawa Kamarul dengan hormat. “Naik. Mestilah naik, kalau tidak buat apa datang,” gurau Cikgu Hassan.

“Rumah kami masih berselerak. Tak sempat nak berkemas,” Redwan mencelah. “Manalah sempat nak berkemas, kerja-kerja menuai baru selesai dua hari yang lepas,” Kamarul memberi alas an.

45 | K o l e k s i T a t a b a h a s a M e l a y u

PERIBAHASA

TIPS: MURID-MURID, APABILA TERDAPAT SOALAN BINA AYAT UNTUK PERIBAHASA, KAMU PERLU BINA

AYAT TERSEBUT YANG MELAMBANGKAN MAKSUD PERIBAHASA TERSEBUT & MASUKKAN PERIBAHASA TERSEBUT DALAM AYAT YANG DIBINA.

Latihan 1

Nyatakan maksud peribahasa di bawah ini dan bina ayat yang sesuai untuk menunjukkan maksudnya.

• Seperti isi dan kuku

• Harapkan pagar, pagar makan padi

• Biar pecah di perut, jangan pecah di mulut • Rambut sama hitam, hati lain-lain

• Sedangkan pantai boleh berubah, inikan pula hati manusia • Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna • Nasi menjadi bubur

Berdasarkan petikan di bawah ini, senaraikan tiga peribahasa yang sesuai. Anda boleh memilih jawapan daripada senarai peribahasa di atas.

Siti dan Arissa merupakan sahabat baik sejak dari kecil lagi. Ke mana-mana sahaja mereka pergi pasti berdua dan keakraban mereka sukar dipisahkan. Semua rahsia antara mereka berdua disimpan dengan hemat sekali. Tiada sesiapa yang mampu mengorek rahsia mereka kerana mereka pasti tidak akan memecahkan rahsia masing-masing. Suatu hari, seorang pelajar baru bernama Keisya menyertai kelas mereka. Namun Keisya sukar untuk mendapatkan sahabat, oleh itu Siti dan Arissa membuka pintu persahabatan mereka. Setelah sekian lama, persahabatan Siti dan Arissa kian renggang kerana Siti semakin rapat dengan Keisya berbanding Arissa. Semua rahsianya diberitahu kepada Keisya dan tidak lagi pada Arissa. Akhirnya, pershabatan mereka selama 10 tahun itu berkahir begitu sahaja.

Latihan 2

Nyatakan maksud peribahasa di bawah ini dan bina ayat yang sesuai untuk menunjukkan maksudnya.

• Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna • Alah membeli, menang memakai

• Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit

46 | K o l e k s i T a t a b a h a s a M e l a y u Latihan 3

Nyatakan maksud peribahasa di bawah ini dan bina ayat yang sesuai untuk menunjukkan maksudnya.

 Berjagung-jagung dahulu sementara menunggu padi masak

 Bagai kera mendapat bunga/bagai kudung mendapat cincin

 Melentur buluh biarlah dari rebungnya

Latihan 4

Berikan maksud peribahasa di bawah dan bina ayat yang menunjukkan maksud peribahasa tersebut.

 Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya

 Kalau tiada angin bergoyang masakan pokok boleh bergoyang

 Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri

 Carik-carik bulu ayam lama-lama bercantum juga

 Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit

 Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

Latihan 5

Berikan makna simpulan bahasa di bawah dan kemudian bina ayat bedasarkan simpulan bahasa tersebut.

 buta perut- makan sahaja, tidak mempedulikan rasa makanan tersebut

 tumbuk rusuk- rasuah

 patah arang- perceraian atau perpisahan yang tidak dapat didamaikan lagi

Latihan 6

Beri maksud peribahasa yang diberi di bawah dan bina ayat daripada peribahasa tersebut.

 bagaikan kera mendapat bunga

 kerana lembu seekor membawa lumpur, semuanya terpalit

 burung terbang dipipiskan lada

 menegakkan benang yang basah

 bagaikan telur dihujung tanduk

 ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya

 bagaikan tikus jatuh di kepuk

 matinya semut kerana gula

 air dicincang tidak akan putus

47 | K o l e k s i T a t a b a h a s a M e l a y u Latihan 7:

Beri maksud peribahasa yang diberi di bawah dan bina ayat daripada peribahasa tersebut.

 seperti mendukung biawak hidup

 sudah jatuh ditimpa tangga

 kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan

 ditelan mati emak, dibuang mati bapak

 kalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah

 bagaikan anjing dengan bayang-bayang

 sekilas ikan di air, sudah kutahu jantan betina

 genggam bara api biar sampai menjadi arang

 bagai mencurah air ke daun keladi

 kuman di seberang laut Nampak, gajah di depan mata tak Nampak

Latihan 8:

Beri maksud peribahasa yang diberi di bawah dan bina ayat daripada peribahasa tersebut.

 Bagaikan lalat mengharung najis/ tahi

 Seperti cendawan tumbuh selepas hujan

 sehari sehelai benang, lama-lama menjadi kain

 seperti pelanduk dua serupa

 melentur buluh biarlah dari rebungnya

 seperti ular kena palu

 mati semut kerana gula

 bagai mendapat durian runtuh

 umpama tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain

48 | K o l e k s i T a t a b a h a s a M e l a y u Latihan 9:

Beri peribahasa yang sesuai dengan ayat yang dinyatakan tersebut.

1. Kata-kata dan janji manis yang diberi oleh calon yang bertanding dalam pilihanraya itu tidak disukai oleh penduduk di kawasan itu kerana janji yang ditabur tersebut mempunyai maksud yang tertentu.

2. Selepas pertandingan memilih calon wakil rakyat itu berakhir, semua pihak yang bermusuhan telah berbaik-baik semula seperti sediakala.

3. Walaupun sudah sepuluh tahun berhijrah ke luar negara untuk mencari rezeki, namun kehidupan Encik Hamreesh masih juga susah apabila dia pulang ke kampung halamannya.

4. Walaupun berbadan besar dan kelihatan garang namun sebenarnya Encik Lin Cheng Heng seorang yang baik hari dan lemah lembut.

5. Walaupun cuba keluarga Encik Yow Weng Fai cuba menyembunyikan kisah anaknya terlibat dalam rasuah, namun akhirnya rahsia tersebut tersebar juga kepada orang ramai.

6. Hanya Chan Wei Jian sahaja yang nakal di kelas itu tetapi semua pelajar di sekolah itu menganggap pelajar kelas tersebut sebagai kelas pelajar-pelajar nakal.

7. Walaupun asalnya How Huai Lam seorang pelajar yang lembam namun setelah diajar dengan bersungguh-sungguh oleh guru-gurunya, akhirnya dia berjaya dalam peperiksaan itu dengan cemerlang.

8. Santos seorang pelajar yang tidak tahu bermain badminton tetapi cuba mengambil bahagian dalam pertandingan badminton peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

9. Setelah merantau di India lebih tujuh tahun, akhirnya Cik Liew Poh En pulang dan menetap semula di kampungnya yang terletak di Negeri Sembilan.

10. Perbuatan Tong Kuan Yee menasihati kekasihnya yang bernama Wong Du Hou itu supaya berhenti merokok sia-sia sahaja kerana tidak diendahkan sama sekali oleh Wong Du Hou.

Latihan 10:

Beri peribahasa yang sesuai dengan ayat yang dinyatakan tersebut.

1. Encik Surinder meminta pelajarnya bernama Khor Chean Foo membaiki

komputernya tetapi akhirnya komputer itu semakin rosak teruk dan tidak dapat digunakan sama sekali.

2. Perbuatan Mathews itu sungguh melampau kerana dia menggunakan Santos untuk memikat hati adik perempuan Santos yang cantik itu.

49 | K o l e k s i T a t a b a h a s a M e l a y u

3. Pada waktu hampir senja barulah para pelajar tingkatan satu dan tingkatan peralihan berduyun-duyun pulang ke rumah masing-masing.

4. Oleh sebab terlalu mengikut rasa marah setelah dirotan oleh guru disiplinnya akibat berambut panjang, Tan Yee Voong menyepak tiang gol itu sehingga menyebabkan kakinya patah.

5. Walaupun berani dan bijak dengan selok-belok di hutan itu tetapi Gan Yang tidak menunjuk-nunjuk kemampuannya itu kepada peserta perkhemahan tersebut. 6. Sejak pengurus itu bersara bersara, Michele Tan yang memangku jawatannya

semakin sombong dan bersifat kejam kepada pekerja-pekerja bawahannya. 7. Sebagai rakyat negara asing yang berhijrah ke Malaysia untuk mencari rezeki,

pendatang asing mestilah menghormati undang-undang yang diguna pakai di Malaysia.

8. Tidak ada apa-apa yang lebih dipercayai dan bermakna oleh seseorang itu kecuali janji-janji yang telah diucapkannya kepada mereka.

9. Walaupun hanya memenangi pertandingan membaca berita peringkat sekolah namun berita kemenangan Lim Weng Hoi itu tersebar ke seluruh daerah Cheras. 10. Walaupun berbadan kecil dan kurus namun semua pelajar takut akan Azila yang

garang dan pandai bersilat itu.

Latihan 11:

Bagi setiap satu petikan yang diberi di bawah, kemukakan 3 peribahasa yang sesuai dengan cerita dan situasi tersebut.

1. Perbuatan Poon Ooi Yee memang tidak dapat dimaafkan. Ayahnya, Encik Poon Tan Chook benar-benar kecewa akan tindakan anak kesayangannya. Encik Poon sentiasa memenuhi kehendak Poon Ooi Yee dan menjaganya dengan penuh kasih sayang. Tindakan Poon Ooi Yee menjual kereta Mercedes milik Encik Poon tanpa pengetahuannya sangat melampau. Hancur luluh hati isteri Encik Poon yang turut menyayangi anak tunggalnya itu. Dia tidak menyangka kebaikan yang telah diberi kepada Poon Ooi Yee selama itu dibalas dengan perbuatan yang tidak baik tersebut. Encik Poon berjanji akan menghukum anaknya yang tidak tahu mengenang budi dan jasa keluarganya itu. Perbuatan Poon Ooi Yee itu sungguh tidak bertanggungjawab.

50 | K o l e k s i T a t a b a h a s a M e l a y u

2. Penduduk Taman Taynton View tidak mempercayai kata-kata pegawai itu kerana bagi mereka, kata-katanya mempunyai maksud tertentu. Mereka sudah serik dengan janji manis yang ditaburkan oleh pegawai itu dahulu. Sebenarnya pegawai itu pandai berkata-kata dengan menabur janji palsu bahawa penduduk taman itu akan menjadi jutawan sekiranya menjual tanah mereka untuk projek yang bakal dijalankan. Walau bagaimanapun, penduduk di taman itu kecewa kerana pegawai itu tidak dapat menyelesaikan tugas yang diamanahkan dan melakukan kerja itu separuh jalan. Sebelum itu penduduk berharap agar tugas yang dilakukan oleh pegawai itu dapat disempurnakannya.

3. Sikap Koh Shu Yin yang selalu ponteng kerja tidak disenangi oleh majikannya. Rakan-rakannya telah menasihatinya agar tidak mengulangi perbuatan buruk itu tetapi nasihat mereka sia-sia belaka. Malahan Koh Shu Yin mula berani tidur ketika majikannya tiada di pejabat. Pada satu hari, perbuatan buruk Koh Shu Yin tidak dapat disembunyikan lagi. Dia telah dimarahi oleh majikannya. Pada bila-bila masa sahaja dia boleh dibuang kerja. Nasibnya kini bergantung kepada budi bicara majikannya

4. Dalam keadaan sedih bercampur gembira, Lim Pei Pei akan menempuh alam perkahwinan mendahului kakaknya yang sulung. Bakal suaminya pula bukanlah sebangsa atau rakyat Malaysia tetapi berasal dari negara barat iaitu seorang rakyat Perancis. Selepas berkahwin, bakal suaminya akan membawanya bercuti selama dua minggu ke Eropah.

5. Setelah meninggalkan kampung halamannya lebih daripada 20 tahun, tiba-tiba Kou Chee Pet mengambil keputusan untuk pulang ke kampung bagi menabur khidmat baktinya sebagai guru. Kata beliau, walaupun dia beroleh pelbagai kesenangan ketika bertugas di bandar, namun keseronokan yang diperolehnya di kampung tidak sama dengan keseronokan ketika bertugas di Bandar. Setelah kepulangannya ke kampung itu, beliau telah menjadi tajuk perbualan masyarakat kerana beliau merupakan seorang guru yang berdedikasi.

6. Sikap Yow Weng Fai yang malas amat dibenci oleh ibu bapanya terutama dalam aspek pelajaran. Sekali suruh barulah dia mahu memegang buku. Jika tidak, dia sentiasa asyik tidur. Cikgunya iaitu Encik Nazri sering menasihatinya bahawa semua pelajar boleh mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan. Walaupun seseorang itu sangat lemah dalam pelajaran, namun jika mereka berusaha, mereka pasti akan Berjaya. Perkara yang penting ialah seseorang itu mesti mempunyai kemahuan. Jika kita tidak mempunyai kemahuan atau keinginan, sudah tentulah kita tidak akan berjaya.

51 | K o l e k s i T a t a b a h a s a M e l a y u

Simpulan Bahasa

Simpulan bahasa ialah ungkapan yang terdiri daripada dua patah perkataan atau lebih dan mempunyai makna yang berlainan daripada perkataan-perkataan yang membentuknya.

Lihat beberapa contoh simpulan bahasa di bawah:

Simpulan Bahasa Maknanya

Anak emas Anak kesayangan

Kaki ayam Orang yang tidak memakai sepatu

Ringan tulang Rajin bekerja

Bau-bau bacang Ada ikatan kekeluargaan

Makan angin Bersiar-siar

Dalam dokumen latihan tatabahasa (Halaman 42-51)

Dokumen terkait