• Tidak ada hasil yang ditemukan

latihan tatabahasa

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "latihan tatabahasa"

Copied!
58
0
0

Teks penuh

(1)

1 | K o l e k s i T a t a b a h a s a M e l a y u

MODUL LATIHAN SPM KELAS 5 GEO & 5 SENI SPM BAHASA MELAYU TATABAHASA

BINA AYAT

TIPS: Semasa bina ayat, pastikan ayat lengkap dengan subjek dan predikat dan tunjukkan maksud ayat yang jelas.

Contoh: wayang

 Wayang itu terletak di kompleks beli-belah itu. (x)

 Ali pergi menonton wayang di panggung yang terletak di kompleks beli-belah itu. (√) 1. Tulis satu ayat bagi setiap perkataan dalam pasangan perkataan berikut untuk jelas

menunjukkan perbezaan maksudnya. Anda tidak boleh menambah imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa.

(i) bukan - bukan-bukan

(ii) jarang - jarang-jarang

(iii) siang - siang-siang

(iv) putus - putus-putus

(v) habis - habis-habis

(vi) lama - lama-lama [ 12 markah ]

2. Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham penggunaan dan maksudnya. Anda tidak boleh menambah imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa.

(i) perakuan (ii) diperakui (iii) keakuan (iv) mengaku (v) pengakuan

(vi) memperakukan [ 12 markah ]

3. Tulis satu ayat bagi setiap perkataan dalam pasangan perkataan berikut untuk jelas menunjukkan perbezaan maksudnya. Anda tidak boleh menambah imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa.

(i) mengacau - meracau (ii) mengalas - menggalas (iii) menimang - meremang

(2)

2 | K o l e k s i T a t a b a h a s a M e l a y u

4. Tulis satu ayat bagi setiap perkataan dalam pasangan perkataan berikut untuk jelas menunjukkan perbezaan maksudnya. Anda tidak boleh menambah imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa.

(i) kupas - kelupas (ii) suling - seruling (iii) kuncup - kemuncup (iv) tumpat - mampat (v) telus - tulus

(vi) lewah - lewa [ 12 markah ]

5. Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk jelas menunjukkan perbezaan maksudnya. Anda tidak boleh menambah imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa.

(i) kelepasan - pelepasan (ii) kehidupan - penghidupan

(iii) kesempurnaan - penyempurnaan

(iv) ketetapan - penetapan (v) kehabisan - penghabisan (vi) kesusutan - penyusutan

(vii) kepalsuan - pemalsuan

(ix) kerencatan - perencatan

[ 16 markah ]

6. Tulis satu ayat bagi setiap perkataan dalam pasangan perkataan berikut untuk menunjukkan bahawa anda faham penggunaan dan maksudnya. Anda tidak boleh menambah imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa.

(i) menggerakkan (ii) pergerakan (iii) gerakkan (iv) bergerak (v) digerakkan

(3)

3 | K o l e k s i T a t a b a h a s a M e l a y u

7. Tulis satu ayat bagi setiap perkataan dalam pasangan perkataan berikut untuk menunjukkan bahawa anda faham penggunaan dan maksudnya. Anda tidak boleh menambah imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa.

(i) tentu

(ii) menentukan (iii) penentu (iv) penentuan (v) tertentu

(4)

4 | K o l e k s i T a t a b a h a s a M e l a y u

IMBUHAN DAN EJAAN

IMBUHAN - Pasangan apitan me---kan/me—I

Rumus:

me-…-kan ---Objek Bergerak, me-….-I –Objek Tidak Bergerak Huraian:

Apitan men-…-kan dan men-…-I yang berpasangan dalam ayat yang mempunyai dua objek kebanyakannya diikuti oleh objek bergerak dan objek tidak bergerak. Dalam situasi ini, apitan men-…kan diikuti oleh objek bergerak, manakala apitan men-…-I diikuti oleh objek yang tidak bergerak.

Contoh:

Dia menghadiahkan sehelai kain batik kepada ibu. (Kain batik bergerak). Dia menghadiahi ibu sehelai kain batik. (Ibu tidak bergerak)

Latihan :

Nyatakan ayat-ayat di bawah ini sama ada betul [ / ] atau salah [ x ]

(1) Nenek membekalkan Najwa pisang goreng. [ ]

(2) Nenek membekali pisang goreng kepada Najwa. [ ]

(3) Hakim menjatuhi pesalah itu hukuman mati. [ ]

(4) Hakim menjatuhkan hukuman mati kepada pesalah itu. [ ] (5) Guru menghadiahkan Salima sebuah buku rujukan. [ ] (6) Guru menghadiahi sebuah buku rujukan kepada Salima. [ ] (7) Cikgu Zamilah mengajarkan kami mata pelajaran Matematik. [ ] (8) Cikgu Zamilah mengajar mata pelajaran Matematik kepada kami. [ ] (9) Saya memberi anak-anak yatim wang sebanyak RM5.00. [ ] (10) Saya memberikan wang kepada anak-anak yatim sebanyak RM 5.00. [ ]

(5)

5 | K o l e k s i T a t a b a h a s a M e l a y u

IMBUHAN - Pasangan apitan me---kan dan awalan me- ….

Rumus:

Me---kan --> Objek Bernyawa Me-… --> Objek Tak Bernyawa Huraian:

Apitan me----kan dan awalan me- yang berpasangan dalam ayat yang mempunyai dua objek sahaja kebanyakannya diikuti oleh objek bernyawa dan objek tidak bernyawa. Dalam situasi ini, apitan men-…-kan diikuti oleh objek bernyawa dan awalan me- .. diikuti oleh objek tidak bernyawa.

Contoh:

Ibu menjahitkan adik sehelai baju kurung. (Adik ialah objek yang bernyawa).

Ibu menjahit sehelai baju kurung untuk adik. (Baju kurung ialah objek yang tidak bernyawa)

Latihan:

Nyatakan ayat-ayat di bawah ini sama ada betul [ / ] atau salah [ x ]

(1) Kakak membuatkan secawan kopi untuk ayah. [ ]

(2) Kakak membuat ayah secawan kopi. [ ]

(3) Ibu memasakkan ayah sup kambing. [ ]

(4) Ibu memasak sup kambing untuk ayat. [ ]

(5) Pelayan itu mengambilkan saya makanan. [ ]

(6) Pelayan itu mengambil makanan untuk saya. [ ] (7) Reza menuliskan sepucuk surat untuk neneknya. [ ]

(8) Reza menulis neneknya sepucuk surat. [ ]

(9) Mereka akan membelikan kami cenderamata. [ ]

(6)

6 | K o l e k s i T a t a b a h a s a M e l a y u Latihan Imbuhan Apitan

Nyatakan ( √ ) atau ( X ) bagi ayat-ayat yang berikut:

1a. Saya menduduki kerusi yang kosong itu. ( )

1b. Saya menduduki anak itu pada kerusi yang di hadapan. ( )

1c. Saya mendudukkan kerusi yang kosong itu. ( )

1d. Saya mendudukkan anak itu pada kerusi yang di hadapan. ( )

2a. Pelajar-pelajar menaiki bas sekolah itu. ( )

2b. Pelajar-pelajar menaiki bendera sekolah. ( )

2c. Pelajar-pelajar menaikkan bas sekolah itu. ( )

2d. Pelajar-pelajar menaikkan bendera sekolah. ( )

3a. Pak Hamid mendekati lembaga itu. ( )

3b. Pak Hamid mendekatkan badannya ke tembok. ( )

3c. Pak Hamid mendekatkan lembaga itu. ( )

3d. Pak Hamid mendekati badannya ke tembok. ( )

4a. Batang buluh memagari rumah Pak Abu. ( )

4b. Pak Abu memagarkan rumahnya dengan buluh. ( )

4c. Batang buluh memagarkan rumah Pak Abu. ( )

4d. Pak Abu memagari rumahnya dengan buluh. ( )

5a. Ali menghadiahi anaknya seutas rantai emas. ( )

5b. Ali menghadiahi seutas rantai emas kepada anaknya. ( ) 5c. Ali menghadiahkan seutas rantai emas kepada anaknya. ( ) 5d. Ali menghadiahkan anaknya seutas rantai emas. ( )

6a. Hasnah membeli sebuah buku untuk Ali. ( )

6b. Hasnah membeli Ali sebuah buku. ( )

6c. Hasnah membelikan Ali sebuah buku. ( )

6d. Hasnah membelikan sebuah buku untuk Ali. ( )

7a. Mutu mencari ubat sakit pinggang untuk Pak Hussein ( ) 7b. Mutu mencarikan Pak Hussein ubat sakit pinggang. ( ) 7c. Mutu mencari Pak Hussein ubat sakit pinggang. ( ) 7d. Mutu mencarikan ubat sakit pinggang untuk Pak Hussein. ( )

(7)

7 | K o l e k s i T a t a b a h a s a M e l a y u

8a. Saya memasak gulai ikan untuk tetamu. ( )

8b. Saya memasak tetamu gulai ikan. ( )

8c. Saya memasakkan gulai ikan untuk tetamu. ( )

8d. Saya memasakkan tetamu gulai ikan. ( )

9a. Ah Min menjahit seluar pendek untuk adiknya. ( )

9b. Ah Min menjahit adiknya seluar pendek. ( )

9c. Ah Min menjahitkan seluar pendek untuk adiknya. ( )

9d. Ah Min menjahitkan adiknya seluar pendek. ( )

10a. Anak itu membaca telegram untuk bapanya. ( )

10b. Anak itu membacakan bapanya telegram. ( )

10c. Anak itu membacakan telegram untuk bapanya. ( )

10d. Anak itu membaca bapanya telegram. ( )

11a. Jangan dilepaskan kayu itu, nanti menjatuhi tanaman. ( )

11b. Hakim telah menjatuhi Ali hukuman gantung. ( )

11c. Hakim telah menjatuhkan hukuman gantung ke atas Ali. ( ) 11d. Hakim telah menjatuhi hukuman gantung ke atas Ali. ( ) 11e. Hakim telah menjatuhkan Ali hukuman gantung. ( ) 12a. Baginda menganugerahi pahlawan itu bintang kehormatan. ( ) 12b. Baginda menganugerahi bintang kehormatan kepada pahlawan itu. ( ) 12c. Baginda menganugerahkan pahlawan itu bintang kehormatan. ( ) 12d. Baginda menganugerahkan bintang kehormatan kepada pahlawan itu. ( ) 13a. Kakak menghidangi tetamu itu sepinggan kuih. ( ) 13b. Kakak menghidangkan sepinggan kuih kepada tetamu itu. ( ) 13c. Kakak menghidangi sepinggan kuih kepada tetamu itu. ( ) 13d. Kakak menghidangkan tetamu itu sepinggan kuih. ( )

14a. Ali memberi kucing makanan. ( )

14b. Ali memberi makanan kepada kucing. ( )

14c. Ali memberikan kucing makanan. ( )

14d. Ali memberikan makanan kepada kucing. ( )

15a. Mei Leng mengambilkan ayahnya segelas air. ( ) 15b. Mei Leng mengambilkan segelas air untuk ayahnya. ( ) 15c. Mei Leng mengambil segelas air untuk ayahnya. ( )

(8)

8 | K o l e k s i T a t a b a h a s a M e l a y u

IMBUHAN SISIPAN BAHASA MELAYU

Sisipan -el-, contoh kata:-

1. tapak - telapak 2. kupas - kelupas 3. tunjuk - telunjuk 4. serak - selerak 5. getar - geletar

Sisipan -em-, contoh kata:-

1. guruh - gemuruh 2. gilang - gemilang 3. kuning - kemuning 4. kuncup - kemuncup 5. gercing - gemercing 6. gentar - gementar

Sisipan -in-, contoh kata:-

1. sambung - sinambung

Sisipan -er-, contoh kata:-

1. godak - gerodak 2. sabut - serabut 3. gicau - gericau 4. gigi - gerigi 5. kuping - keruping 6. suling - seruling 7. godak - gerodak

(9)

9 | K o l e k s i T a t a b a h a s a M e l a y u

KESALAHAN EJAAN DAN IMBUHAN & KESALAHAN ISTILAH DAN TATABAHASA

Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu atau lebih kesalahan ejaan dan. Senaraikan dan betulkan kesalahan tersebut. Bagi setiap ayat anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

1. Kebanyakan pelancung lebih gemar berkunjung ke pulau-pulau yang cantik di persisiran pantai Malaysia.

2. Kerajaan menggalakkan orang ramai menyertai progrem kemasyarakatan supaya hubungan antara kaum dapat dipererat.

3. Syarikat pemaju perumahan akan membayar gantirugi kepada pembeli yang rumahnya gagal disiapkan mengikut jadual.

4. Aturcara kejohanan olahraga tahunan yang lengkap dimuatkan dalam buku program.

5. Malaysia mampu memajukan bidang eko-pelancongan kerana kekayaan sumber alam semula jadinya.

6. Guru bimbingan itu telah memberikan penerangan yang jelas tentang profesyen sebagai pakar bedah.

7. Persatuan belia yang baru ditubuhkan itu mengetengahkan moto yang berteraskan perpaduan belia semalayasia

8. Semasa berada di peringkat pra-sekolah, kanak-kanak diberikan pendedahan awal tentang alam persekolahan.

9. Wakil Rakyat di kawasan pedalaman itu telah mengesyorkan pembinaan sebuah stesen jana kuasa kecil di situ.

10. Penggunaan e-mail memberikan kemudahan untuk seseorang menyampaikan mesej dalam beberapa saat sahaja.

11. Kempen anti-dadah peringkat kebangsan yang dilancarkan oleh kerajaan mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat.

12. Kerajaan sudah meluluskan undang-undang yang membenarkan pegawai penguatkuasa menahan individu yang berkelakuan tidak bermoral.

13. Kenaikan harga barang sentiasa dipantau oleh pihak berkuasa agar tidak membebankan gulungan berpendapatan rendah.

14. Ketua sendiket pemalsuan kad kredit telah diberkas oleh pihak polis dalam serbuan semalam.

15. Lazimnya aktiviti pengayaan dalam matapelajaran Bahasa Melayu terdiri daripada bacaan luas, permainan bahasa, dan kerja projek.

16. Pada pendapat saya, pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara sangat berkesan untuk latihan jatidiri bagi remaja lulusan Sijil Pelajaran Malaysia.

(10)

10 | K o l e k s i T a t a b a h a s a M e l a y u

17. Pelaksanaan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di negara kita telah membuktikan bahawa kerajaan menyedari kepentingan bahasa tersebut sebagai bahasa antara bangsa.

18. Pihak media-massa sering memaparkan berita yang sensasi untuk menarik perhatian orang ramai.

19. Melalui dailek yang digunakan dalam dialog mereka, dapatlah kita mengagak bahawa mereka datang dari negara Sepanyol.

20. Kompleks beli-belah itu mengadakan jualan penghabisan setok secara besar besaran.

Cari kesalahan ejaan dan kesalahan imbuhan dalam ayat-ayat di bawah ini.

1. Yang DiPertua Majlis Perbandaran telah memesan kepada kaki tangannya supaya bekerja bersungguh-sungguh.

2. Kerajaan telah melengkapi stesen bas itu dengan pelbagai pasarana untuk golongan OKU.

3. Para belia yang tidak berjaya menyambung pelajaran ke universiti telah disarankan agar mengikut kursus kemahiran di instituisi kemahiran yang ada. 4. Matan Perdana Menteri telah menyeru para belia agar lebih proaktif untuk

bangunkan negara.

5. Pengguna jalan raya untuk ke gua Musang telah dinasihatkan oleh pihak berkuasa agar lebih berhati-hati kerana jalan raya tersebut mempunyai beberapa kawasan merbahaya.

6. Permohon untuk jawatan kosong di syarikat itu boleh dihantar menerusi mesin fax sahaja.

7. Pada awalnya, gagasan 1Malaysia telah memberikan pelbagai definasi oleh pihak-pihak tertentu sehingga wujud kekeliruan.

8. Semua calon SPM dijangka akan terima keputusan masing-masing pada bulan Febuari.

9. Hajjah Saorah telah ternobat sebagai Ibu Mithali negeri Melaka pada tahun 2011 atas kejayaan beliau mendidik anak-anaknya menjadi orang berjaya.

10. Semua kenderaan yang berusia sepuluh tahun atau lebih telah dipaksa membayar insuran yang lebih mahal.

11. Pasangan suami istri itu bagai pinang terbelah dua

12. Juru terbang harus memerhati demi keselamatan semua penumpang

13. Oleh sebab mereka datang lambat mereka tidak membenarkan masuk ke dewan pepereksaan.

14. Percikkan bunga api itu dilihat sungguh indah pada malam sambutan Hari Kemerdekaan Negara.

(11)

11 | K o l e k s i T a t a b a h a s a M e l a y u

16. Saya tidak dapat dengar apa-apa yang diperkatakan oleh Salmah kerana suasana hangar bingar.

Kesalahan kata/istilah dan bahasa. Cari kesalahan-kesalahan tersebut.

1) Kontingen negara akan menghantar satu pasukan peninju muda yang paling handal sekali di negara kita dalam kejohonan tinju peringkat amatur di Bangkok, Thailand .

2) Petunjuk-petunjuk perasaan yang menentang campur tangan Amerika di negara Iraq itu sedang berarak di jalan raya-jalan raya di seluruh negara. 3) Penyanyi yang menagih dadah itu akan diletakkan di bawah perhatian pihak

polis selama dua setengah tahun.

4) Saya mengucapkan berbanyak terima kasih atas kesudian tuan mengisytiharkan kempen Cintai Sungai Kita peringkat daerah ini.

5) “Wahai generasi muda, berbaktilah kepada negara yang tercinta ini,” wasiat pemimpin itu ketika berucap dalam perhimpunan belia.

6) Kelawar-kelawar yang bergayutan di dinding Gua Niah menarik perhatian pelancong.

7) Siswazah yang memiliki kemahiran tertentu selain daripada kelulusan akademik mempunyai peluang yang lebih baik dalam perlawanan untuk mendapatkan pekerjaan.

8) Stesen minyak-stesen minyak di bandar-bandar utama negara kita mengamalkan konsep layan sendiri.

9) Pembabitan golongan wanita di dalam pelbagai bidang kerjaya telah menambahkan martabat mereka.

10) Atur susun perabot di dalam bilik pameran itu dilakukan oleh sebahagian dari pekerja syarikat tersebut..

11) Keseluruhan penduduk-penduduk kampong itu akan bergotong-royong apabila tiba musim membajak padi.

12) Selepas pilihan raya umum, biasanya terdapat setengah pihak yang membuat spekulasi tentang pindaan cabinet yang akan dibuat olek Perdana Menteri.

13) Hasrat Aiman supaya menyertai ekspedisi mendaki Gunung kinabalu terpaksa dimahsuhkan kerana masih belum mendapat keizinan daripada kedua-dua ibu bapanya.

14) Wang gaji yang diperoleh oleh saya setiap bulan dibelanjakan secara berhemah dan bakinya disimpan di dalam bank.

(12)

12 | K o l e k s i T a t a b a h a s a M e l a y u

15) Jabatan Meteorologi menganggarkan bahawa cuaca di pantai timur Semenanjung Malaysia mendung, manakala di lain-lain kawasan cuacanya cerah.

16) Pencemaran alam sekitar pada tahap besar akan menyebabkan sesebuah negara mengalami kerugian di dalam jangka masa panjang.

17) Amalan pemakanan lengkap dalam kalangan masyarakat adalah antara langkah yang berkesan supaya mencegah pelbagai penyakit.

18) Tindakan tatatertib akan dikenakan pada pegawai yang melakukan silap laku dalam menjalankan tugas.

19) Sederetan rumah-rumah telah musnah dalam kebakaran di tapak perumahan tersebut. Anggota pasukan bomba telah bergegas ke tempat kejadian supaya memadamkan api yang sedang mara. Jumlah kerugian yang pemilik-pemilik rumah alami belum dapat ditafsirkan lagi.

20) “Adakah menu yang dihidangkan oleh tukang masak di hotel itu?” tanya para peserta perlawanan memasak yang dianjurkan oleh hotel tersebut.

21) Bapa saudaranya memperoleh pendapat yang agak lumayan hasil jualan pisang goreng yang dia buat.

22) Biarpun wajah kedua-dua pemuda itu agak sempadan, tetapi perangai pemuda bertubuh gempal itu lebih baik dari seorang pemuda lagi.

23) Seorang pegawai tinggi syarikat itu telah didakwa di mahkamah di atas tuduhan memalapkan wang syarikat tersebut.

24) Azmir tidak melepaskan peluang untuk menyertai pertandingan menjajah ke seluruh negeri Melaka yang syarikat itu anjurkan.

25) Beribu ayam ternakan dimusnahkan oleh kerajaan Maxico akibat sindrom selsema burung yang menyerang di beberapa buah daerah di negara itu. 26) Semua mangsa tsunami dipindahkan oleh kami ke pusat petempatan

sementara sebaik-baik menerima arahan daripada pihak berkuasa.

27) Buku-buku Syarikat Maju Jaya paling laris sekali jualannya kerana penulis-penulis di syarikat tersebut begitu mengutamakan kuantiti.

28) Setelah meneliti semua syarat-syarat yang ditetapkan di dalam surat perjanjian oleh peguam, akhirnya Ah Chong bersetuju untuk menulis surat perjanjian tersebut.

29) Buku itu telah saya hantar ke pengirimnya semalam mengikut alamat yang tercatat pada bungkusan buku tersebut.

30) Sebelum mesyuarat pada hari itu berakhir, pengerusi mesyuarat telah meminta pandangan ahli yang hadir untuk membincangkan lain-lain hal dan seterusnya menunda mesyuarat tersebut.

31) Pada hari ini, masalah penggunaan dadah di kalangan remaja semakin membimbangkan dan jalan penyelesaian perlu segera diambil.

32) Pada masa kini, bangunan-bangunan lama di kawasan bandar yang sudah buruk akan dibaik puluh bagi menarik kehadiran pelancong ke negara kita.

(13)

13 | K o l e k s i T a t a b a h a s a M e l a y u

33) Pemilik kilang yang masih berdegil kerana membuang sisa toksik ke dalam sungai akan disenaraihitam supaya menjadi teladan kepada pekilang yang lain.

34) Remaja yang menunggang motosikal di lebuh raya itu saling potong-memotong tanpa memikirkan takat keselamatan diri mereka sendiri.

35) Ayah sangat gemarkan makanan yang dimasak oleh ibu terutamanya ayam goreng yang dibaluti tepung itu.

36) Berdasarkan kepada maklumat yang diberi oleh orang awam, akhirnya pemjenayah berbahaya itu berjaya ditangkap dan didakwa di muka perbicaraan.

37) Peminat bola sepak itu sedang membincangkan tentang corak permainan yang ditunjukkan oleh kedua-dua buah kumpulan bola sepak dari luar negara. 38) Mereka-mereka yang hadir ke majlis makan malam perdana pada malam itu dihiburkan dengan petikan biola seorang ahli muzik tanah air yang amat terkenal.

39) Pihak polis di negara tersebut sedang giat memburu sekumpulan penjenayah yang dipercayai masih berada pada ibu negara berkenaan.

40) Seorang daripada peserta kereta lumba itu telah menarik diri daripada pertandingan kerana dua butir tayar kereta yang dipandunya meletup.

41) Tiap pagi hari minggu, ibu akan membangunkan kami daripada tidur dan mengajak kami berjoging di taman yang berhampiran.

42) Pekerja di kilang menjahit songket itu memberi syarahan kepada kami tentang perjalanan kilang tersebut sebaik sahaja kami sampai di situ.

43) Mereka menempuh berbagai cabaran sejak ketua keluarga itu tidak bekerja kerana terlibat dalam kecederaan.

44) Kami amat terkejut bila mendapat tahu bahawa ada seekor lembu mati kerana digiling kereta api di kawasan landasan itu.

45) Terdapat beribu ekor rusa telah dipelihara di kawasan ternakan Pulau Kerdas.

46) Pekerja yang mengambil cuti itu menjatuhkan tandatangan kepada borang di atas meja tersebut sebelum menyerahkan borang itu kepada pengurusnya. 47) Ibu menghadiahkan kakak sebuah telefon tangan kerana mendapat

keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

48) Setengah penonton yang tidak berpuas hati telah membaling objek seperti botol apabila para pemain gagal memasukkan gol.

49) Pegkaji di hospital itu telah mengemukakan sebuah pendapat bagi membendung wabak selsema burung daripada meluas kepada orang ramai. 50) Adalah dimaklumkan bahawa pertunjukan pakaian ini akan dirasmikan oleh

seorang tokoh perniagaan yang terkenal.

51) Rakyat Malaysia perlu berusaha mengekalkan kemerdekaan negara dari masa ke semasa agar tanah air yang tercinta ini tidak akan dijelajah lagi.

(14)

14 | K o l e k s i T a t a b a h a s a M e l a y u

52) Rakyat diseur membeli barangan tempatan demi untuk mengurangkan pegerakan wang ke luar negara.

53) Anggota pasukan keselamatan itu sanggup bergadai nyawa demi mempertahankan tanah air kita dari ancaman musuh.

54) Kebanyakan peserta-peserta yang menyertai acara lumba basikal itu terpaksa melalui jalan yang berbelok-belok sebelum tiba ke garisan penamat. 55) Para peserta yang menyertai perlawanan memasak tersebut akan disediakan

dengan berapa jenis bahan masakan di ruang masakan itu.

56) Perdana Menteri menggesa pemaju-pemaju perumahan agar mempercepatkan kerja-kerja pembinaan rumah kos bawah yang masih terbengkalai.

57) Menurut Badan Pencegah Rasuah, kejayaan perumahan itu ialah disebabkan oleh kelemahan pengurusan syarikat terbabit.

58) Nama julukan artis yang terkenal itu adalah Mawi.

59) Walaupun Rajagopal cuba untuk menyembunyikan perbuatan jenayah yang dia lakukan, namun perbuatan jahatnya itu terbungkam juga.

60) Bagi mengatasi masalah pencemaran alam sekeliling, pihak berkuasa perlu memberi pendidikan yang sewajarnya pada orang ramai.

61) Tapak sisih yang dibawa oleh rombongan pengantin lelaki itu telah mereka serahkan kepada pihak pengantin perempuan.

62) Pengetua telah mengakui bahawa salinan sijil yang pemuda itu runjukkan adalah benar setelah melihat sijil asal yang dikemukakan.

63) Jabatan Perhilitan akan mengadakan penyiasatan untuk mendapatkan maklumat tentang kepupusan beberapa jenis burung di negara kita dalam tempoh satu setengah tahun.

64) Para budayawan mestilah memerah minda untuk sama-sama memikir dan mencari jalan untuk mengatasi masalah pendidikan di negara kita.

65) Jika sekiranya surat itu hendak dikirim nanti, anda hendaklah menggunakan khidmat pos segera.

66) Ini kerana cara ini lebih selamat dan mereka dapat menyiapkan tugasan itu dalam tempuh yang singkat.

67) Sehubungan itu, beliau meminta ibu bapa dan pelajar terlibat supaya bersabar menunggu keputusan yang bakal di buat pada minggu hadapan. 68) Tumpuan kini ialah kea rah mempertingkatkan kemahiran dan keterampilan

pekerja dari masa ke semasa hingga mencapai satu tahap yang dikehendaki. 69) Kerajaan menyarankan agar pengilang dan pengusaha Malaysia sentiasa

menjalankan penyelidikan dan menggunakan teknologi terkini untuk meningkatkan mutu barang keluaran mereka.

(15)

15 | K o l e k s i T a t a b a h a s a M e l a y u

Betulkan kesalahan tatabahasa bagi setiap ayat di bawah ini.

1. para guru-guru 2. mini kalkulator

3. satu setengah jam 4. Pasaraya Jusco

5. tiap pelajar 6. Persatuan Ibu Bapa Dan guru

7. daripada sekolah 8. Melaka Bandaraya Bersejarah

9. sejak dari semalam 10. Kesimpulanya, masalah ini mesti

diselesaikan.

11. demi untuk ibu bapa 12. Oleh yang demikian, guru pendidik

bangsa.

13. beberapa penjahat 14. rambut kerinting

15. koleksi lagu-lagu 16. membeli olih-olih

17. sesetengah daripada kek yang

dipotong 18. pemadam besar getah

19. video cakera padat 20. karangan contoh cemerlang

21. kain batik sutera 22. sampel merah darah

23. ahli jawatan kuasa 24. diluar jangkaan semua

25. membuang sampah-sarap 26. sekawan gajah-gajah

27. bergantung kepada guru 28. sembilan orang adik beradik

29. beralaskan dengan bantal 30. ilmu mempertahankan diri

31. persahabatan di antara Rushi

dengan Rani 32. lima setengah tahun

33. semangat berkerjasama 34. segerombolan perompak-perompak

35. rakyat yang bersatu-padu 36. membina jatidiri bangsa yang utuh

37. saling hormat-menghormati 38. sudah terhantuk baru terngadah

39. deretan kedai-kedai 40. sesetengah remaja-remaja

41. kawasan pendalaman 42. setiap-tiap warga sekolah

43. kawasan pengairan di Selat Melaka 44. sebuah sungai yang panjang

45. melawat ke negeri Sembilan 46. beberapa buah kelas-kelas

47. menghadiri ke majlis 48. di dalam mesyuarat agung

49. menghadiahkan ibu sebentuk cincin 50. pada masa kini

51. memasak nasi 52. membeli baju baru

(16)

16 | K o l e k s i T a t a b a h a s a M e l a y u

55. menggelakkan diri daripada gejala

sosial 56. membeli alatulis

57. kebanyakkan fail di pejabat 58. melukis gambarajah

59. pertunjukkan amal 60. mewujudkan usahasama antara peniaga

61. negara yang aman-damai 62. dimana ada kemahuan, disitu ada jalan

63. gugusan pulau-pulau 64. dihantar oleh kita

65. pemainan tradisional 66. Kesalahan itu telah adik lakukan

67. masalah yang serious 68. sekaligus

69. golongan cendikiawan 70. sekumpulan ahli-ahli sains

71. memberi banyak faedah 72. kemeja T

73. golongan pelajar-pelajar 74. semangat anti penjajah

75. wajar dilakukan oleh kita 76. berjiwa cintakan negara

77. penyalah gunaan dadah 78. kerosakkan kereta di lebuh raya

79. menjadi orang yang baik 80. mengamalkan urusiaga yang halal

81. jangan sesekali kita membuat jahat 82. mengadakan pilihanraya umum

83. Kadang kala, ibu saya garang. 84. senarai nama-nama

85. Barang kali, lelaki itu sesat jalan. 86. setia-setiausaha menteri kabinet

87. Walaubagaimanapun 88. urusetia program motivasi

89. sejak akhir ini 90. penyanyi professional

91. Justeru itu, masalah ini mestilah

diselesaikan. 92. stesen keretapi

93. Bapa menghadiahkan ibu sebentuk

cincin 94. berkunjung ke Bandaraya Kuala Lumpur

95. barisan hakim-hakim 96. memilih ahli jawatan kuasa

97. telah mereka sediakan 98. segerombolan tentera negara

(17)

17 | K o l e k s i T a t a b a h a s a M e l a y u Potong jawapan yang salah.

1 adek atau adik 41 mandi manda atau mandi-manda

2 asuh atau asoh 42 seMalaysia atau se-Malaysia

3 adoh atau aduh atau adoi 43 anti-dadah atau antidadah

4 batuk atau batok 44 rahmatnya atau rahmat-Nya

5 balik atau balek 45 Ku terima atau kuterima 6 bonus atau bonos 46 Alatulis atau alat tulis

7 catat atau catit 47 Ke-2 atau ke 2

8 cekek atau cekik 48 Guru-guru besar atau guru besar -guru besar

9 derama atau drama 49 Restoran Sapura atau Sapura Restoran 10 ekspot atau eksport 50 Lampu-lampu bergantungan atau lampu

bergantungan

11 ugama atau agama 51 Yang Di-pertuan Agong atau Yang di-Pertuan Agong

12 otomatik atau automatik 52 Yang Mulia Tuan Pengacara Majlis atau Yang Dimuliakan…

13 kuih atau kueh 53 Adalah saya dengan hormatnya atau Dengan hormatnya saya….

14 standard atau standad 54 Dari subuh hingga ke malam atau dari subuh ke malam

15 redha atau reda 55 Dari masa ke semasa atau dari masa ke masa

16 dialog atau dailog 56 Dua lori atau dua buah lori

17 telefon atau talipon 57 Anak emas –anak emas atau anak-anak emas 18 Majalah atau majallah 58 Pilihanraya umum atau pilihan raya umum 19 Professor atau profesor 59 Di antara calon yang ditemu duga atau antara

calon….

(18)

18 | K o l e k s i T a t a b a h a s a M e l a y u

21 Perabut atau perabot 61 Dia memberitahu ibunya…atau dia memberitahukan ibunya….

22 Seksa atau siksa 62 Pusat membeli-belah atau pusat beli-belah 23 Derebar atau drebar 63 Hadiah itu diberi oleh saya… atau Hadiah itu

saya beri….

24 Mertua atau mentua 64 lima setengah ringgit atau lima ringgit setengah

25 Tulen atau tulin 65 Azman menaiki bendera…atau Azman

menaikkan bendera…

26 Munasabah atau manasabah 66 Puan Balqis mengajarkan kami..atau …..mengajar kami…

27 Masaalah atau masalah 67 Beliau mengajarkan mata pelajaran Fizik atau….mengajar…

28 Hajjah atau hajah 68 Dia menyintai saya atau Dia mencintai saya 29 Stesyen atau stesen 69 Sungguh mengagumkan atau sungguh

mengkagumkan

30 Laporan atau lapuran 70 Dijatuhi hukuman atau dijatuhkan hukuman.. 31 Peragawati atau pragawati 71 Menghadkan atau mengehadkan

32 Sekelian atau sekalian 72 Ambil alih atau ambilalih/ mengambil alih atau mengambilalih

33 Beristirahat atau beristirehat 73 Menghadiahi emak atau menghadiahkan emak 34 Setor atau stor 74 Letaklah di mana pun atau letaklah di

mana-mana pun

35 Jeket atau jaket 75 Anda apa nama? Atau anda siapa nama? 36 Materialisma atau materialisme 76 memberi perhatian atau ……memberikan

perhatian….

37 Calun atau calon 77 Seperti yang di bawah atau seperti di bawah 38 Gembleng atau gembeleng 78 Dalam pelbagai bidang atau di dalam pelbagai

bidang

39 Sama ada atau samada 79 Mentalkinkan ….atau menalkinkan….. 40 Kereta api atau keretapi 80 Penghargaan yang setinggi-tingginya atau

(19)

19 | K o l e k s i T a t a b a h a s a M e l a y u

SUBJEK & PREDIKAT

Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti. Tentukan subjek dan predikat ayat-ayat tersebut.

1. Mereka tidak mampu menyiapkan kertas projek tersebut.

2. Penduduk di kawasan kejiranan saya sedang bermesyuarat untuk mengadakan kerja-kerja amal.

3. Sungguh cantik baju yang dipakai oleh Mak Munah. 4. Wajah kawasan Koridor Utara telah berubah.

5. Identiti bandar raya yang baru ini adalah berteraskan budaya rakyat Malaysia. 6. Buku yang berwarna merah itu buku Sejarah.

7. Telah ditempah oleh ayah kereta baru.

8. Banyak pelajar yang suka mengulang kaji untuk peperiksaan pada saat-saat akhir.

9. Perkara ini terjadi disebabkan sikap tidak bertanggungjawab para pegawai syarikat itu.

10. Ada segelintir ibu bapa yang kurang mengambil berat akan hal anak-anak mereka di sekolah.

(20)

20 | K o l e k s i T a t a b a h a s a M e l a y u

LATIHAN ASAS TATABAHASA

Ayat-ayat berikut mengandung kesalahan. Garisi kesalahan tersebut dan tulis pembetulan di hujung ayat.

Kata ganti tanya:

1. Nama kucing kesayangan kamu siapa?. 2. Apa nama saudari?

3. Siapa nama lelaki yang berkumis itu?.

4. Apa faktor utama yang menyebabkan pencemaran air?

5. Pelajar yang dilantik sebagai ketua pengawas siapakah? Barang yang di dalam beg itu apakah?

Kata ganti nama tunjuk

1. Ini buku sangat tebal.

2. Itu kampung nelayan letaknya kira-kira 10 kilometer dari sini.

Kata ganti tak tentu

i. Apa yang dikhabarkannya itu benar belaka.

ii. Siapa yang bersalah dalam kes tersebut akan tetap didenda. iii. Mana yang buruk jadikan sempadan.

iv. Pegawai itu akan datang pada bila masa dalam bulan ini. v. Saya tidak akan menyebelahi mana pihak.

vi. Saya ingin berkawan dengan siapa sahaja.

Kata bilangan

1. Para-para pekerja yang layak mendapat bantuan diminta mengisi borang. 2. Sudah satu suku jam ayah dimasukkan ke wad kecemasan.

3. Tiga orang pemuda-pemuda itu telah ditahan oleh polis. 4. Berbagai jenis kuih dijual di gerai makanan itu.

5. Beg itu berharga tujuh setengah ringgit. 6. Beberapa orang pelajar-pelajar.

(21)

21 | K o l e k s i T a t a b a h a s a M e l a y u

7. Peraturan sekolah mesti dipatuhi oleh kita semua. 8. Para hadirin sekalian diminta berdiri.

9. Kedua belah pihak bersetuju dengan cadangan itu.

10. Kertas peperiksaan itu mesti dijawab dalam masa empat setengah jam.

11. Setengah masyarakat tidak menghiraukan keselamatan negara.

Penjodoh bilangan

1. Semua orang mangsa banjir itu ditempatkan di dewan sekolah. 2. Dia menyimpian sebuah cita-cita yang tinggi.

3. Polis menemukan tiga orang mayat di dalam semak itu. 4. Semua anggota polis mempunyai sebuah impian yang murni. 5. Tiap hari saya dimarahi olehnya.

6. Beratus buah kapal musnah dilanda angin puting beliung . 7. Beberapa pelajar didenda oleh guru disiplin.

Latihan Pengukuhan Tatabahasa

kerana sementara sambil tetapi lalu agar sejak

1. Syakifi berdiri ________________ menjawab soalan yang diberikan oleh Cikgu Wong.

2. Ibu mencedok sambal _____________________ abang membungkus nasi lemak. 3. William mandi _______________ menyanyi di dalam bilik air.

4. Natasha suka makan ayam goreng __________________ tidak suka makan sayur.

5. Lily sangat sedih _____________ kucing kesayangannya dilanggar oleh kereta. 6. Kita mestilah mejaga kebersihan ____________ kesihatan kita terjamin.

7. Encik Steven cacat penglihatan ______________ terlibat dalam kemalangan.

berapakah mengapakah apakah siapa bilakah bagaimanakah mana

1. ______________________ dua orang budak perempuan itu menangis di kantin ? 2. _______________________ jumlah gula-gula dalam botol itu ?

(22)

22 | K o l e k s i T a t a b a h a s a M e l a y u

4. Lagu itu ditujukan kepada _____________ ?

5. Jelapang padi banyak terdapat di negeri ________________ ? 6. Selepas mencuci sayur ini, _______________ langkah seterusnya ?

7. ___________________________ kamu akan memulangkan buku rujukan saya yang kamu pinjam ?

Pilih kata ganda yang betul :

bantu-membantu kering-kontang orang-orang lintang-pukang gelap-gelita anai-anai lauk-pauk huru-hara rama-rama basah-kuyup

1) Apabila musim kemarau datang, sawah padi menjadi

___________________________.

2) Biliknya menjadi ________________________________ apabila bekalan elektrik terputus.

3) Adik saya suka mengejar _____________________________ di taman bunga. 4) Almarinya rosak dimakan oleh __________________________________. 5) Jiran tetanggu seharusnya saling __________________________________ . 6) Pak Ali meletak ______________________________ di tengah sawahnya untuk

menakutkan burung-burung.

7) Emak masak ________________________ yang enak untuk saudara-mara yang datang dari New Zealand.

8) Keadaan di dalam kelas menjadi _______________________________ setiap kali guru tidak ada di dalam kelas.

9) Samy berlari _______________________________ apabila dikejar oleh anjing liar yang garang.

10) Malang tidak berbau, dia lupa membawa payung dan hujan turun lebat. Apa dayanya, dia tidak dapat menjadi tempat untuk meneduh, bajunya ______________________.

(23)

23 | K o l e k s i T a t a b a h a s a M e l a y u

Tuliskan kata dasar untuk perkataan di bawah ini :

1) Menyenaraikan - _______________ 6) dikemukakan - __________________ 2) mengelakkan - ________________ 7) pernyataan – ___________________ 3) mengesan - ___________________ 8) diperolehi - ______________________ 4) dihurungi - _____________________ 9) deruan - ________________________ 5) dihasilkan - ____________________ 10) terpulihara - ____________________

Kata Seru

Keterangan :

Kata seru digunakan untuk menyatakan perasaan seseorang sama ada gembira, geram, marah, hairan, sakit , takut dan sebagainya.

Contoh:

Ah – menyatakan penolakan atau rasa tidak setuju. Aduh – menyatakan perasaan sakit.

Aduhai – menyatakan perasaan sedih atau rintihan. Am boi – menyatakan rasa kagum atau hairan

Cis - untuk menyatakan perasaan marah , mencemuh atau marah bercampur jijik. Eh – perasaan hairan atau terkejut

Hai – menyapa atau menarik perhatian

Nah – untuk mempelawa seseorang menerima sesuatu

Oh – menyatakan perasaan terkejut, hairan, sedih atau kecewa Wah – menyatakan perasaan kagum

Wahai – perasaan sedih atau untuk menarik perhatian

Aduh Aduhai Amboi wahai Cis Wah Nah Syabas Hai Oh Eh

1) ______________, sudah lama kita tidak berjumpa !

(24)

24 | K o l e k s i T a t a b a h a s a M e l a y u

3) ______________, kamu berjaya mendapat markah yang baik dalam peperiksaan Bahasa Melayu.

4) ______________, malangnya nasib pemuda yang ditimpa kemalangan jalan raya itu!

5) ______________, kawan-kawan, mari kita ke kantin bersama-sama! 6) ______________, merahnya baju awak !

7) ______________, cubalah kek yang saya buat ini !

8) ______________, rupa-rupanya awak yang mencuri duit aku !

9) ______________, malangnya mangsa-mangsa di Indonesia yang ditimpa bencana bumi seperti tsunami dan gempa bumi.

10) _____________, sakitnya gigi aku ! 11) _____________, cantiknya bunga ini !

12) _____________, berani kamu menggangu adikku ! 13) _____________, ambillah wang ini !

14) _____________, kamu telah mengambil tempat pertama dalam pertandingan melukis itu !

15) _____________, peningnya kepala aku ini ! 16) _____________, sakitnya perut aku ini !

17) _____________, keluarga itu sentiasa ditimpa nasib malang!

Isikan tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai :

cerah degil tangkas terketar-ketar terkebil-kebil berdentum rending sukar deras berseri

1) Adik berasa takut setiap kali guruh ____________________ and kilat sabung-menyabung.

2) Budak itu sangat ______________________________, dia enggan mendegar teguran ibunya.

3) Anak-anak Makcik Sara akan bermain di padang bola apabila cuaca ____________________.

(25)

25 | K o l e k s i T a t a b a h a s a M e l a y u

4) Murid-murid suka berehat di bawah pepohon yang _____________________ di sekolah itu.

5) Mata guru _________________________________ apabila melihat muridnya memanjat tingkap di dalam kelas.

6) Apabila dimarahi oleh guru penasihat, Johan _________________________________ .

7) Selepas hujan lebat, air di sungai itu mengalir ________________________ ke air terjun di hadapannya.

8) Muka Cikgu Jibson ________________________ apabila murid-muridnya mendapat markah yang baik di dalam kelas.

9) Chong Wei bermain badminton dengan _______________________ sekali, bukan senang untuk memenanginya.

10) Ramai murid berasa muram apabila melihat soalan peperiksaan yang _________________.

Tuliskan imbuhan awalan me- and akhiran –an, -kan atau -i yang sesuai untuk kata dasar di bawah : jelas - _______________ nyata - ____________ lancer - _____________ cadang - ______________________________ galak - ______________ bubuh - _______________________________ amal - ______________ kekal - _________________________________ tahu - ______________ rujuk - _________________________________ Tuliskan penjodoh bilangan untuk benda-benda di bawah :

Helai batang angkatan baris bentuk biji buah bilah ekor naskhah orang pucuk ulas utas rangkap patah kuntum

1) se____________________________ rambut 2) se ____________________________ risalah 3) se_____________________________ pantun

(26)

26 | K o l e k s i T a t a b a h a s a M e l a y u 4) se_____________________________ perkataan 5) se_____________________________ tokong 6) se _____________________________ sungai 7) se _____________________________ kedai 8) se_____________________________ polis 9) se _____________________________ dawai 10) se _____________________________ mata kail

Pilih kata adjektif yang sesuai untuk ayat-ayat berikut.

1. Adik tidak suka makan ubat yang __________________ itu.[pahit/manis/pedas.]

2. Kami memerlukan galah yang lebih ____________ untuk mengait buah rambutan itu.[lembut/panjang/usang]

3. Dinding rumah kedai yang lama itu telah ________ .[hancur/retak/pecah]

4. Pokok-pokok yang ____________ di sepenajang jalan itu mestilah ditebang dengan segera.[condong/bongkok/jatuh]

5. Gulai ikan yang dimasak oleh ibunya semalam telah _____________________.[tengik/busuk/basi]

6. Ikan yang disiang-siang oleh tukang masak itu berbau ___________________. [garing/hangus/hanyir]

7. Kedua-dua tangan saya hampir ____________ kerana cuaca terlalu sejuk.[keras/kaku/beku]

8. Ubi keledek yang ____________ ini memang sesuai untuk dijadikan hidangan jamuan ringan.[empuk/lemau/lembik]

9. Biskut di dalam tin ini cepat ______________ jika tidak ditutup dengan ketat.[retas/rangup/lemau]

10. Jalan yang menuju ke ladang itu agak _______________.[regang/sempit/longgar] 11. Nordin sentiasa _____________ belajar kerana dia berazam cemerlang dalam

(27)

27 | K o l e k s i T a t a b a h a s a M e l a y u

12. Janganlah kita bersikap ____________ walaupun kita sudah kaya-raya.[ramah/angkuh/kejam]

13. Malam ini ____________ benar.[rajin/pesar/gelap]

14. Buah pokok durian itu ______________sekali.[lebat/banyak/garau]

15. Pelajar yang _____________________ akan berjaya dalam hidupnya.[pandai/malas/bingung]

16. Pekerja itu menyiapkan tugasnya dengan

________________________[hening/gopoh/hijau]

17. Tindak-tanduk pemain itu terhadap lawannya amat

______________________[kasar/pelik/bodoh]

18. Baju ___________________________ itu kepunyaanku.[merah/redup/cerah] 19. Warna ________________________- tidak digemari oleh ramai

orang.[hangit/perang/renek]

20. Pahlawan itu sentiasa berkeris ____________ ke mana-mana saja dia pergi.[panjang/singkat/labuh]

21. Ayam jantan itu berbulu ___________________________.[kerdil/hitam/parau] 22. Orang Eskimo sentiasa berbaju _____________ kerana iklim negeri itu

sejuk.(sendat/tebal/kempis)

23. Pokok itu ____________ kerana kekurangan baja.(renik/pendek/buncit)

24. Kemerdekaan Negara itu tercapai hasil satu perundingan meja ______________ (bulat/hijau/tebal)

25. Bola ragbi berbentuk ____________. (lonjong/dalam/dangkal/perak)

26. Kotak hadiah itu berbentuk empat segi _____________ (merdu/bujur/gelap) 27. Gasing ___________ kesayangannya telah pecah.( payau/leper/cetek/panjang) 28. Matanya ____________ seperti buah badam.(kerdil/kelam/bundar)

29. Perut Si Abu ………. (leper/buncit/bundar)

30. Tayar ………itu segera ditukarnya.(kurus/kempis/bulat)

31. Pemuda itu mudah dicam kerana berdagu ………(lekuk/hitam/rending/parau)

32. Kami tidak akan pergi kerana waktu

amat……….(lama/singkat/cemburu/tajam)

(28)

28 | K o l e k s i T a t a b a h a s a M e l a y u

34. Usah dikenang waktu yang ………..(lama/silam/baharu/sejarah)

35. Mereka segera pulang kerana hari sudah

………(segera/lampau/lewat/cepat)

36. Jam dinding itu ………..setengah jam.(suntuk.lambat/segera) 37. Pemain ………itu berasal dari utara.(renek/gopoh/lampai/rending) 38. Dia selalu ……….peperiksaan.(daif/gopoh/bakhil/berat)

39. Gadis itu terlalu ………untuk bertanya.(segan/pekak/berahi) 40. Anak raja itu ……… akan Puteri Bongsu.(berahi/nyaris)renek)

41. Dia masih ….………. terhadap kejujuran pembantunya. (sangsi/kecur/khusyuk)

42. Pisang muda rasanya ………..(tawar/manis/kelat/lemak) 43. Ubat ……….itu untuk ayah.(pahit/lazat/gopoh)

44. Air perigi di rumah saya sangat ………..(lincah/alpa/payau/empuk) 45. Di pulau itu ada tasik air ……….(tawar/kasih/ragu/gembur)

46. Gulai itu tidak ……….kerana kekurangan santan.

(lemak/masin/pahit/kelat)

47. Kakaknya akan berkahwin dengan pemuda ………….…….itu.

(tampan/cantik/manis/kelu)

48. Penyanyi itu mempunyai suara yang …………..……….(hanyir/lunak/comel/licin)

49. Penyanyi bersuara …………..…… itu baru berusia 5

(29)

29 | K o l e k s i T a t a b a h a s a M e l a y u

ANALISIS AYAT

Kenal pasti jenis-jenis ayat berikut. Tentukan sama ada ayat tersebut ialah ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah atau ayat seru

1. Doktor itu sedang menjalankan pembedahan terhadap pesakitnya. 2. Malaysia mendapat 111 butir pingat emas dalam Sukan SEA 2001. 3. Bagaimanakah mereka mengatasi masalah itu?

4. Tengoklah barang-barang ini. 5. Tolong tutup tingkap itu sekarang.

6. Syabas, anda telah berjaya memenangi tempat pertama! 7. Pemuda yang sedang berdiri di tepi pagar itu siapa? 8. Jangan merokok di dalam kawasan sekolah

9. Pengetua menanyai pelajar itu tentang ketidakhadirannya semalam. 10. Oh, cantik sungguh lukisan itu!

11. Mengapakah pemuda itu berdiri di tepi jalan itu? 12. Dia bertanya kepada saya tentang perkara itu. 13. Eh, kau rupa-rupanya di belakangku!

14. Jangan merokok di dalam kawasan sekolah. 15. Dia menulis cerpen itu?

Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti. Tentukan subjek dan predikat ayat-ayat tersebut.

1. Mereka tidak mampu menyiapkan kertas projek tersebut.

2. Penduduk di kawasan kejiranan saya sedang bermesyuarat untuk mengadakan kerja-kerja amal.

3. Sungguh cantik baju yang dipakai oleh Mak Munah. 4. Wajah kawasan Koridor Utara telah berubah.

5. Identiti bandar raya yang baru ini adalah berteraskan budaya rakyat Malaysia. 6. Buku yang berwarna merah itu buku Sejarah.

7. Telah ditempah oleh ayah kereta baru.

8. Banyak pelajar yang suka mengulang kaji untuk peperiksaan pada saat-saat akhir.

9. Perkara ini terjadi disebabkan sikap tidak bertanggungjawab para pegawai syarikat itu.

10. Ada segelintir ibu bapa yang kurang mengambil berat akan hal anak-anak mereka di sekolah.

(30)

30 | K o l e k s i T a t a b a h a s a M e l a y u

Nyatakan jenis kata bagi perkataan yang bercetak tebal dalam ayat-ayat di bawah ini sama ada kata nama, kata kerja, kata adjektif atau kata tugas.

1. Mereka berbicara tentang bioteknologi.

2. Kami telah menyaksikan perlawanan yang hebat pada malam itu. 3. Guru menghadiahi kami sebuah buku cerita.

4. Kami sekeluarga berada dalam keadaan sihat. 5. Hadiah ini disediakan untuk ibuku yang tersayang.

6. Dia bimbang akan keadaan ibunya yang masih belum sedar.

Nyatakan jenis kata kerja bagi perkataan yang bergaris dalam ayat-ayat di bawah ini, sama ada, kata kerja transitif atau kata kerja tak transitif.

1. Ayah terbaring di atas katil kerana kepenatan.

2. Kami sampai di tapak perkhemahan itu pada pukul 9.00 pagi. 3. Kami bersiar-siar di tepi pantai pada hujung minggu lepas. 4. Kanak-kanak itu menangis kerana terlalu dahaga..

5. Meja yang berat itu terangkat oleh pelajar yang berbadan kurus di sekolah itu. 6. Lisdarudaini menghadiahi suaminya seutas jam tangan pada hari ulang tahun

perkahwinan mereka yang ketiga.

7. Dia sedang mengarang pantun untuk pertandingan peringkat sekolah. 8. Tumpahan cat itu menyebabkan air kolam memutih.

9. Ibu sedang menggulai ikan untuk makan tengah hari di dapur.

10. Kapal terbang itu telah selamat mendarat di lapangan terbang Medan pagi tadi.

Nyatakan jenis frasa yang bercetak tebal dalam ayat-ayat di bawah ini sama ada Frasa Nama, Frasa Kerja, atau Frasa Sendi Nama.

(i) Mereka berkelah di tepi sungai.

(ii) Pemuda itu kehujanan ketika pulang dari pejabat. (iii) Saya ke Hotel Nikko pada petang esok.

(iv) Ibu saya akan pergi ke Mekah pada tahun ini. (v) Jika mereka ada, saya pun ada.

(31)

31 | K o l e k s i T a t a b a h a s a M e l a y u

AYAT AKTIF AYAT PASIF

Tukarkan ayat-ayat pasif berikut kepada ayat aktif. 1. Tugas itu patut anda selesaikan sekarang juga. 2. Jawatan yang dipegang oleh mereka sangat penting.

3. Sedikit garam dimasukkan oleh kakak ke dalam gulai yang sangat saya gemari.

4. Pokok-pokok itu dipangkas oleh para pekerja supaya sentiasa rendah.

5. Nota pelajaran dikemaskinikan oleh mahasiswa itu supaya mudah membuat ulang kaji.

6. Orang yang lurus bendul itu tidak harus kamu peralat sewenang-wenangnya.

7. Pelajar itu ditahan oleh guru disiplin selepas perhimpunan kerana melanggar peraturan sekolah.

8. Anak-anak sewajarnya dikawal oleh ibu bapa supaya mereka tidak bergaul dengan budak-budak nakal.

9. Pelajar itu dihadiahi oleh guru bahasa Melayu sebatang pen setelah berjaya memperoleh „A‟ dalam peperiksaan percubaan SPM.

10. Satu misi dilaksanakan oleh mereka bersama-sama.

11. Alat pendingin hawa itu dijualnya dengan harga yang tinggi. 12. Komputer itu saya beli untuk adik di kolej.

13. Permukaan air itu dilitupi pokok teratai yang berwarna-warni.

14. Majalah bercorak akademik kurang diminati oleh golongan remaja meskipun bahan di dalamnya memberikan ilmu kepada mereka.

15. Pondok buruk yang didiami oleh orang tua itu beratapkan rumbia dan berdinding buluh.

16. Adik perempuan saya dijahitkan baju kurung oleh kakak pada hujung minggu yang lalu.

17. Rumah itu tidak berani kami hampiri kerana takut akan anjing peliharaan tuan rumah tersebut.

18. Kerja-kerja memperdalam Sungai Kinta itu akan ditangguhkan oleh mereka berminggu-minggu.

Tukarkan ayat pasif berikut kepada ayat aktif. 1. Mesin tebu itu telah dibaiki oleh Pak Abu.

2. Encik Tarmizi telah dilantik oleh ahli persatuan sebagai bendahari. 3. Lesen memandu hendaklah engkau perbaharui segera.

4. Pokok rambutan jantan itu saya tebang kelmarin.

5. Rumah peserta PPRT kami bina secara bergotong-royong. 6. Sebentuk cincin berlian dibeli oleh Ramli untuk Jamilah.

(32)

32 | K o l e k s i T a t a b a h a s a M e l a y u

7. Perintah itu dititahkan oleh sultan kepada Laksamana Khoja Hassan. 8. Tugas itu dijalankannya dengan penuh tanggungjawab.

9. Bantuan kepada mangsa gempa bumi di Sumatera kami hulurkan. 10. Elesa dihadiahi Kamil sebuah kamera digital yang mahal.

11. Segala nasihat dan teguran daripada ibu bapa dan pembaca akhbar ini kami hargai dalam usaha meningkatkan mutu pendidikan di negara kita.

12. Dahan-dahan pokok yang menghalang laluan kenderaan berat itu dicantas oleh beberapa orang pekerja Jabatan Kerja Raya.

13. Untuk membanteras kemiskinan dalam kalangan rakyat berbagai-bagai cara telah dilakukan oleh kerajaan.

14. Kadar faedah yang tinggi ditawarkan oleh syarikat itu kepada pelabur yang ingin melabur dalam projek yang dijalankan itu.

15. Barang-barang perhiasan yang diperbuat daripada tembaga itu digilapnya sehingga berkilat.

16. Orang ramai telah diperingatkan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri agar menjelaskan cukai pendapatan bagi tahun taksiran 2007 dengan segera.

17. Masyarakat diseru oleh kerajaan agar berganding bahu dengan mereka untuk menghapuskan kegiatan cetak rompak .

18. Lagu-lagu kegemaran pendengar selalu disiarkan oleh juruhebah kesukaan ramai itu sehingga rancangan yang dikendalikannya sering mendapat sambutan yang menggalakkan.

19. Ahmad diisytiharkan oleh Canselor Universiti Teknologi Malaysia sebagai Graduan Terbaik Fakulti Kejuruteraan.

20. Segala aduan dan rasa tidak puas hati peserta terhadap pengendalian pertandingan itu dipandang sepi oleh jawatankuasa pertandingan wau itu.

(33)

33 | K o l e k s i T a t a b a h a s a M e l a y u

AYAT TUNGGAL & AYAT MAJMUK Ayat Tunggal:

Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat sahaja.

Ayat Majmuk:

Ayat majmuk ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu subjek atau predikat yang digabungkan dengan kata hubung.

Ayat Majmuk Pancangan:

Dalam BM terdapat tiga jenis ayat majmuk pancangan seperti yang berikut:- 1. Ayat Majmuk Pancangan Relatif

2. Ayat Majmuk Pancangan Komplemen 3. Ayat Majmuk Pancangan Keterangan

i. Ayat Majmuk Pancangan Relatif menggunakan kata relatif 'yang'. Contoh ayat:

(34)

34 | K o l e k s i T a t a b a h a s a M e l a y u

Ayat di atas terdiri daripada dua ayat, iaitu:- a. Encik Alwi membasuh kereta. (Ayat utama)

b. Kereta itu baru dibelinya. (Ayat ini dipancangkan kepada ayat utama dengan kata relatif yang)

ii. Ayat Majmuk Pancangan Komplemen menggunakan kata komplemen 'bahawa'.

Contoh ayat:

Mutu menjelaskan bahawa disket kawannya hilang. Ayat di atas terdiri daripada dua ayat, iaitu:-

a. Mutu menjelaskan sesuatu. (Ayat utama)

b. Disket kawannya hilang. (Ayat ini dipancangkan kepada ayat utama dengan kata komplemen bahawa)

iii. Ayat Majmuk Pancangan Keterangan merupakan ayat kecil (klausa) berfungsi sebagai keterangan.

Contoh ayat:

Kambing itu mengembek kerana sangat lapar. Ayat di atas terdiri daripada dua ayat, iaitu:- a. Kambing itu mengembek. (Ayat utama)

b. Kambing itu sangat lapar. (Ayat kecil yang berfungsi sebagai keterangan dengan kata hubung kerana)

LATIHAN

Nyatakan sama ada ayat-ayat di bawah ayat tunggal (AT) atau ayat majmuk (AM). 1. Peserta yang pengsan itu bernama Sulaiman. ( )

2. Adik saya suka menonton rancangan kartun. ( )

3. Wanita yang berambut panjang itu ialah Cikgu Soon. ( ) 4. Sakinah akan berasa kecewa jika dia gagal dalam pertandingan itu. ( ) 5. Encim Rahman sedang menyapu daun-daun kering. ( )

6. Kucing itu mengiau kerana lapar. ( )

7. Cikgu Anita memakai baju batik hari. ( )

8. Mereka bertiga pergi ke kantin. ( )

9. Gopal masih mempunyai datuk dan nenek. ( )

(35)

35 | K o l e k s i T a t a b a h a s a M e l a y u

Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah dengan kata hubung yang diberi supaya menjadi ayat majmuk.

1. Ayah membaca surat khabar.

Ayah menonton televisyen. (sambil)

2. Hanita tinggal di Taman Aman.

3. Suresh tinggal di Taman Aman (dan) 4. Amran melayari internet.

5. Amran mencari maklumat terbaru. (untuk) 6. Kasut itu berwarna biru.

7. Kasut itu sangat mahal. (yang)

8. Kami terkejut.

9. Kami terdengar bunyi letupan. (apabila) 10. Halim kaya.

11. Halim kedekut. (tetapi)

12. Murid itu mengetuk pintu.

13. Murid itu masuk ke dalam bilik darjah. (sebelum) 14. Ibu memarahi adik.

15. Adik bermain di tepi longkang. (kerana) 16. Asward tetap pergi ke kelas tuisyen.

(36)

36 | K o l e k s i T a t a b a h a s a M e l a y u LATIHAN MENGGABUNGKAN AYAT

Tulis semula ayat-ayat di bawah supaya menjadi tiga ayat sahaja tanpa mengubah maksud dan susunan asal ayat-ayat tersebut.

Menabung merupakan amalan yang baik. Menabung dapat menjamin masa depan seseorang. Mereka dapat menggunakan wang tabungan itu apabila diperlukan. Tabungan boleh dibuat di bank-bank. Tabung Haji juga menerima tabungan. Tabungan boleh dibuat melalui potongan gaji. Anak-anak patut digalakkan menabung. Ibu bapa boleh menyediakan tabung. Tabung itu boleh dibeli. Tabung juga boleh dibuat sendiri.

[ 6 markah ]

Proses globalisasi membawa kepada kemajuan negara. Proses globalisasi membawa masalah pencemaran alam sekitar. Pencemaran alam sekitar kian berleluasa. Masalah ini mengakibatkan pencemaran sungai berlaku. Sungai membekalkan sumber air mentah kepada rakyat. Sumber air tidak pupus.Air semakin berkurangan. Air dapat digunakan oleh manusia dengan selamat.

[ 6 markah ]

Buta sejarah tidak bererti rapuhnya semangat patriotik masyarakat negara ini. Hal ini terbukti daripada semangat mereka. Mereka mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang bulan Ogos. Generasi muda berbilang kaum di kota perlu disatukan menerusi penggunaan satu bahasa.Generasi muda berbilang kaum di desa juga perlu disatukan menerusi penggunaan satu bahasa. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan perlu digunakan. Bahasa Melayu merupakan teras perpaduan dan jati diri bangsa Malaysia. Bahasa Melayu akan terus kukuh jika kerap digunakan. Penggunaannya dalam bidang ilmu, mesyuarat, majlis rasmi dan perbualan mampu meningkatkan martabatnya sebagai bahasa kebangsaan.

[ 6 markah ]

Kita berasa terkilan melihat kemasukan warga asing ke negara ini. Kemasukan mereka ke negara ini semakin bertambah. Kerajaan sudahpun mengambil tindakan yang sewajarnya. Hal ini berpunca daripada sikap tidak bertanggungjawab rakyat kita sendiri. Rakyat kita memberikan peluang pekerjaan kepada warga asing. Rakyat kita menyeludup masuk warga asing ke negara ini. Mereka melakukannya untuk kepentingan peribadi. Mereka lupa bahawa perbuatan mereka hanya memusnahkan masa depan negara sendiri. Warga asing ini menimbulkan pelbagai masalah.

(37)

37 | K o l e k s i T a t a b a h a s a M e l a y u LATIHAN MENCERAKINKAN AYAT

Cerakinkan setiap ayat majmuk di bawah kepada dua ayat sahaja.

1. Adakah Encik Amran hendak ke Muzium Negara atau ke Putrajaya ? 2. Pendebat itu petah berhujah dan bijak mematahkan hujah lawan.

3. Siswazah yang berpandangan jauh tidak mengharapkan kerja makan gaji sahaja. 4. Sebuah bas terbabas lalu melanggar sebuah teksi limosin.

5. Institusi penyelidikan di negara ini perlu dilengkapi kemudahan moden dan aktif menjalankan pelbagai aktiviti .

6. Keramahan dan kemesraan warga Maktab Rendah Sains MARA Transkrian menjadikan sekolah tersebut tumpuan para pelawat.

7. Kementerian Penerangan akan menjalan kempen jangka panjang untuk menghebahkan kefahaman mengenai konsep Islam Hadhari

8. Seorang rakyat Malaysia yang terbabit dalam letupan bom di Peshawar petang semalam mengalami kecederaan parah keseluruhan badan

[ 8 markah ]

Cerakinkan ayat majmuk dalam perenggan di bawah kepada enam ayat tunggal tanpa mengubah maksud asalnya.

Pengguna bahasa Melayu dahulu mahu pun sekarang masih keliru tentang penggunaan imbuhan. Masalah ini menjadi begitu ketara dan menimbulkan implikasi kepada pengguna. Pengguna sepatutnya membuat rujukan atau bertanyakan masalah itu kepada ahli bahasa.

[ 6 markah ]

Kerajaan menyarankan pengaplikasian teknologi mutakhir oleh golongan petani dan penternak. Langkah itu termasuklah penggunaan biji benih dan baka ternakan yang dihasilkan oleh pakar-pakar dalam bidang tersebut.

[ 6 markah ] Kajian industri kraf 2005 mendapati industri batik tempatan berada pada tahap kematangan dan mengalami beberapa penambahelokan. Hal ini kerana, ramai pengusaha batik kini menyedari penggunaan batik sebagai produk hiasan dalaman selain kegunaan tradisi seperti pakaian. Justeru tidak hairan batik menjadi produk paling digemari oleh pembeli pelbagai kaum di negara ini selain menjadi daya tarikan kepada industri pelancongan

[ 6 markah ]

(38)

38 | K o l e k s i T a t a b a h a s a M e l a y u

CAKAP AJUK & CAKAP PINDAH

Langkah menukarkan ayat cakap ajuk/pindah:

A. Ayat Cakap Ajuk kepada Ayat Cakap Pindah.

a) Langkah menukarkan ayat:

i. Jangan mengubah makna asalnya.

ii. Susunan ayat hendaklah dikekalkan (yang dahulu didahulukan) iii. Lakukan perubahan perkataan:

iv. Jangan gunakan "kata tanya". Tukar pada fungsinya.

v. Tukar penggunaan "kata" atau "tanya" dalam ayat asal.

contoh:

- saya ...dia...- kamu...dia - kami ...mereka...- hamba...dia - di sini...di situ/di sana...- begini...begitu - kini...ketika itu...- dan sebagainya.

contoh:

- mengapa...punca/sebab...-bagaimana...cara/keadaan - berapa...jumlah/harga...-bila...masa

contoh:

Ayat penyata : berkata, memberitahu, menjelaskan, menceritakan, menerangkan dan sebagainya yang sesuai dengan situasi.

Ayat silaan : mempersilakan, menjemput, mengundang, mengajak. Ayat permintaan : meminta, merayu, menggesa, mencadangkan, menasihati. Ayat suruhan : menyuruh, mengarahkan, memerintahkan.

Ayat larangan : melarang, tidak membenarkan, menegah, menghalang. Ayat tanya : bertanya, menanyakan, ingin tahu, ingin kepastian. Ayat seruan : (bergantung kepada situasi ayat itu diucapkan sama ada

"marah, hairan, terkejut, menyindir, memarahi, mencabar, merayu dan sebagainya".

(39)

39 | K o l e k s i T a t a b a h a s a M e l a y u vi. Contoh penukaran ayat:

 "Orang itu menerpa dan memberi hadiah ini kepada saya" kata Ali kepada Chan.

o Jawapan: Ali memberitahu Chan bahawa orang itu menerpa dan memberinya hadiah tersebut.

 "Dunia pada hari ini semakin panas kerana berlaku penipisan ozon" kata guru itu.

o Jawapan: Guru itu menerangkan bahawa dunia pada hari ini semakin panas kerana berlakunya penipisan ozon.

 "Mengapakah kamu datang lewat ke sekolah hari ini, Raju?" tanya guru disiplin itu.

o Jawapan: Guru disiplin itu ingin tahu punca Raju datang lewat ke sekolah pada hari tersebut.

 "Jemput makan kuih itu!" kata Mak Chan kepada Cik Lim.

o Jawapan: Mak Chan menjemput Cik Lim supaya makan kuih itu.  "Pak cik mesti makan ubat yang saya beri ini" kata doktor kepada pesakit itu.

o Jawapan: Doktor tersebut menasihati pesakitnya seorang tua supaya makan ubat yang diberinya itu.

 "Amboi, bagusnya anak dara. Pukul 11.00 baru bangun tidur!'' kata Mak Tan kepada Michelle.

o Jawapan: Mak Tan menyindir Michelle yang baru bangun daripada tidur walaupun sudah pukul 11.00 pagi.‟

 "Hai, apa khabar Sally?" kata Fai Jun Pui.

(40)

40 | K o l e k s i T a t a b a h a s a M e l a y u

B. Contoh Menukarkan Ayat dan Jawapan:

Contoh 1:

Tulis semula perbualan di bawah dalam bentuk cakap pindah. Anda dikehendaki mengekalkan susunan isi dalam petikan ini.

Kamariah : Malaysia mempunyai banyak tempat menarik untuk dikunjungi.

Samad : Negara ini mempunyai pantai-pantai yang bersih dan hutan semula jadi yang indah.

Aziz . : Ramai rakyat Malaysia yang suka melancong ke luar negara seperti Indonesia, Thailand, Singapura dan negara-negara Eropah.

Samad : Keadaan ini berlaku kerana kurangnya promosi untuk menarik pelancong tempatan .pelancong di dalam negeri.

Kamariah. :.Pihak swasta seperti pusat-pusat pelancongan tempatan perlu memberi potongan harga istimewa kepada pelancong tempatan yang

mengunjungi pusat percutian mereka.

Samad ... : Kesedaran rakyat Malaysia tentang faedah melancong di dalam negeri perlu ditanam dalam diri.

Jawapan:

Kamariah berkata kepada Aziz dan Samad bahawa negara Malaysia memang banyak mempunyai tempat menarik untuk dikunjungi. Pendapatnya itu disokong oleh samad dengan mengatakan bahawa negara ini mempunyai pantai-pantai yang bersih dan hutan semula jadi yang indah. Aziz pula menyatakan kehairanannya tentang ramai orang Malaysia yang masih suka melancong ke luar negara seperti ke Indonesia, Thailand, Singapura dan negara-negara Eropah. Kamariah menyetujui pandangan itu. Samad berpendapat mungkin keadaan ini berlaku kerana kurangnya promosi untuk menarik pelancong tempatan melancong di dalam negeri. Aziz bersetuju dengan pendangan Samad itu. Kamariah pula mencadangkan supaya pihak swasta seperti pusat-pusat pelancongan tempatan memberi potongan harga istimewa kepada pelancong tempatan yang mengunjungi pusat percutian mereka. Samad pula mengatakan bahawa di samping itu, kesedaran rakyat Malaysia tentang faedah melancong di dalam negeri perlu ditanam dalam diri. Kamariah dan Samad mengiakan pendapat itu.

(41)

41 | K o l e k s i T a t a b a h a s a M e l a y u Contoh 2:

Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk karangan biasa dengan menggunakan cakap pindah.

Redwan dan Kamarul berkawan baik. Mereka sangat rapat dengan Cikgu Hassan. “ Oh, cikgu, kami ada di rumah ! “ Sahut Kamarul setelah mendengar sapaan Cikgu Hassan di halamannya.

Cikgu Hassan sudah berada di tangga rumah Redwan. “ Jemputlah naik, cikgu. Redwan ada di dalam, “ pelawa Kamarul dengan hormat.

“Naik. Mestilah naik, kalau tidak buat apa datang, “ gurau Cikgu Hassan “Rumah kami berselerak. Tak sempat nak berkemas, “ Redwan mencelah.

“ Manalah sempat nak berkemas, kerja-kerja menuai baru selesai dua hari yang lepas, “ Kamarul memberikan alasan.

Jawapan:

7. Redwan dan Kamarul berkawan baik dan hubungan mereka dengan Cikgu Hassan sangat rapat.

8. Kamarul telah menyahut sapaan Cikgu Hassan yang berada di halaman rumah dengan mengatakan bahawa mereka berada di dalam rumah.

9. Setelah berada di tangga rumah Redwan, Kamarul dengan hormat mempersilakan Cikgu Hassan naik ke rumah dan/ sambil mengatakan bahawa Redwan berada di dalam rumah.

10. Dengan nada mengusik Cikgu Hassan membalas ajakan itu dengan mengatakan bahawa dia tentu akan naik kerana kalau tidak masakan dia datang ke situ.

11. Redwan memohon maaf kerana keadaan rumahnya belum berkemas/ tidak teratur. 12. Kamarul pula menjelaskan bahawa mereka tidak berkesempatan mengemas rumah

Referensi

Dokumen terkait

Kemudian, penulis membuat siluet pada karakter, yang berguna untuk memberikan ciri khas pada karakter tersebut.Selanjutnya, penulis memberikan warna.Penulis menggunakan warna

Selain kelompok tersebut diatas kelompok industri manufaktur besar dan sedang yang juga memberikan kenaikan pertumbuhan produksi yang cukup besar adalah : Industri

Oleh karena itu, maka tujuan penelitian ini adalah mendeskripsikan dan menganalisa faktor-faktor yang menyebabkan masyarakat memberi sedikit peluang kepada caleg

Dari hasil analisis regresi pada Gambar 2, panjang stek memiliki pengaruh yang tidak berbeda nyata atau tidak berpengaruh terhadap potensi hasil panen..

Boleh juga sekali-kali shalat empat rakaat dengan satu kali salam. Disunnahkan mempunyai jumlah rakaat tertentu, jika ia tertidur dan tidak shalat maka diqadha’

Kegiatan ini perlu dilakukan di awal suatu proses perubahan, karena seperti diketahui bersama, tingkatan resistensi pertama dari penolakan adalah berhubungan dengan tidak

Budidaya eceng gondok dapat memberi beberapa manfaat, yaitu: (1) dapat menyerap kandungan logam Pb dan Cd; (2) sebagai bahan biogas untuk menghasilkan 3.425 MW

Ketegangan yang terjadi dalam Keluaran 32:1-6 itu juga terkait dengan sikap yang inkonsisten dalam penolakan icon Anak Lembu Emas atau dalam keberpihakannya pada