• Tidak ada hasil yang ditemukan

PELABURAN DALAM ISLAM

PELAKSANAAN INSTRUMEN PELABURAN ISLAM DI ISLAMIC BANK OF THAILAND (ISBT)

3.5 Dasar-Dasar Pelaburan ISBT 388

Dalam melaksanakan sebarang pelaburan, pihak ISBT mempunyai dasar-dasar yang telah ditetapkan. Justeru, jabatan-jabatan di ISBT seperti Jabatan Perancangan, Jabatan Pembangunan Produk, Jabatan Operasi bertindak sebagai perancang, pembangun dan pelaksana yang mengikuti dasar-dasar yang telah ditentukan sebagai asas sebelum melakukan sebarang pelaburan. Dasar-dasar ini dibuat dengan teliti dan terancang bagi memastikan setiap pelaburan yang dibuat bukan sahaja mendatangkan keuntungan yang tinggi malah, selaras dengan syariah Islam juga. Dasar-dasar tersebut adalah seperti yang disebutkan di bawah.

3.5.1 Halal389

Setiap pelaburan yang diteroka akan dipastikan halal dan tidak bertentangan dengan syariah Islam. Ini melibatkan sama ada pelaburan yang diteroka sendiri oleh pihak ISBT atau yang dilakukan bersama-sama rakan kongsi. Bagi pelaburan yang

388

Islamic Bank Of Thailand (2003), op. cit., h. 13; Temu bual dengan Tuansaleena Kubaha, Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Produk, Pejabat Induk ISBT, pada 23 April 2008, bertempat di bilik tamu Pejabat Induk ISBT, Bangkok; Islamic Bank Of Thailand (ISBT),

http://www.isbt.co.th/th/faq/index.php, 26 April 2008.

389

Islamic Bank Of Thailand (2003), op. cit., h. 13; Temu bual dengan Tuansaleena Kubaha, Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Produk, Pejabat Induk ISBT, pada 23 April 2008, bertempat di bilik tamu pejabat induk ISBT, Bangkok; Islamic Bank Of Thailand (ISBT),

diteroka sendiri, segala sumber, sektor dan sekuriti dipastikan halal di sisi syariah. Bagi yang melibatkan rakan kongsi pula akan dipastikan syarikat ekuiti dan syarikat bersekutunya tidak terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang bercanggah dengan syariah. Ini termasuklah dari segi sumber pembiayaan terbesarnya (tidak terlibat dengan ribÉ) dan aktiviti perniagaan yang diceburi seperti pasaran hutang (debt instrument), pasaran ekuiti (equity investment). Begitu juga dengan urusniaga yang dilakukan dalam syarikat-syarikat yang telah dilabur. Bagi memastikan pegangan sahamnya diharuskan oleh Islam, ISBT sentiasa mendapatkan pandangan dan nasihat daripada Lembaga Penasihat Agama ISBT selain kajian-kajian yang dilakukan oleh jabatan-jabatan yang bertanggungjawab dalam hal itu sendiri. Ini bagi memastikan amalan pelaburan yang di jalankan oleh ISBT tidak bertentangan dengan kehendak syariah.

Prinsip halal ini merupakan satu syarat penting di dalam pelaburan ISBT memandangkan ia adalah pemegang amanah umat Islam yang ingin memastikan dana mereka sentiasa suci dan bersih bagi mendapatkan mu‟amalah Islam yang suci.

3.5.2 Berisiko rendah390

Bagi memastikan mendapat pulangan yang lebih terjamin dan selamat serta memastikan pelaburan yang dibuat tidak mempunyai risiko yang tinggi, ISBT telah memilih untuk menggunakan sistem Pengurusan Risiko (Risk Managemant) sebagai instrumen dalam hal tersebut. Justeru itu, ISBT telah melantik satu jawantankuasa kecil (Sub-Committee) bernama Jawantankuasa Kecil Pengurusan Risiko atau JKPR (Risk

Management Sub-Committee) yang bertanggungjawab menggariskan polisi dan strategi

390

Islamic Bank Of Thailand (2003), op. cit., h. 13; Temu bual dengan Tuansaleena Kubaha, Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Produk, Pejabat Induk ISBT, pada 23 April 2008, bertempat di bilik tamu Pejabat Induk ISBT, Bangkok; Islamic Bank Of Thailand (ISBT),

http://www.isbt.co.th/th/faq/index.php, 26 April 2008; Islamic Bank Of Thailand (ISBT), Annual Report

pengurusan risiko sejajar dengan kehendak dan objektif ISBT. Bersama JKPR, ISBT juga telah melantik Jawatankuasa Pengurusan Aset dan Liabiliti (Assets and Liabilities

Management Sub-Committee:ALCO) yang bertanggungjawab menggariskan garis

panduan dan strategi pengurusan risiko dalam hal yang berkaitan risiko kecairan (liquidity risk), risiko pasaran (market risk) dan risiko kadar pulangan (Rate of return

risk). Garis panduan pengurusan risiko ISBT terbahagi kepada lima seperti yang

dinyatakan di bawah.

i. Risiko dalam hal berkaitan kredit (Credit Risk) ii. Risiko dalam hal berkaitan operasi (Operational Risk) iii. Risiko dalam hal berkaitan strategi (Strategic Risk) iv. Risiko dalam hal berkaitan kecairan (Liquidity Risk) v. Risiko dalam hal berkaitan pasaran (Market Risk)

Ringkasannya, ISBT sentiasa melakukan pelaburan dengan cara selamat (play

safe). Namun, ini tidak bermakna ISBT tidak berani berdepan dengan risiko. Bahkan,

kedudukan ini diambil kerana sebagai pemegang amanah dana umat Islam, ISBT akan memastikan setiap pelaburan yang dibuat tidak mendatangkan komplikasi kepada para penyimpan dan pendeposit.

3.5.3 Pulangan yang tinggi391

Di samping memastikan pelaburan yang dibuat berisiko rendah, Jabatan Operasi (Operation Support Department) dan Jabatan Perdagangan (Business Department) ISBT juga akan memastikan pulangan yang didapati daripada setiap cawangannya adalah tinggi. Ini kerana tugas utama kedua-dua jabatan tersebut adalah bertanggungjawab bagi mengembangkan dan meningkatkan lagi aset lembaga ini. Pulangan yang tinggi ini bukan sahaja penting bagi membiayai hal-hal yang berkaitan dengan pentadbiran dan pengurusan ISBT sahaja, tetapi juga sebagai satu imbuhan kepada para pendeposit yang sudi menabung di dalam ISBT.

3.5.4 Rakan kongsi yang berpotensi392

Oleh kerana ISBT adalah institusi perbankan yang bebas dari segala unsur-unsur yang berkaitan ribÉ, ketegasan dan syarat-syarat yang ketat dalam memilih dan menilai potensi rakan kongsi amat ditekankan.

ISBT mempunyai kriteria-kriteria tertentu dan ketat di dalam menjalinkan sebarang kerjasama dengan syarikat lain. Hanya rakan kongsi yang berpotensi dan mempunyai syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh ISBT sahaja yang layak. Ini penting bagi memastikan setiap pelaburan yang disertai oleh ISBT di dalam sebarang

391

Islamic Bank Of Thailand (2003), op. cit., h. 13; Temu bual dengan Tuansaleena Kubaha, Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Produk, Pejabat Induk ISBT, pada 23 April 2008, bertempat di bilik tamu Pejabat Induk ISBT, Bangkok; Islamic Bank Of Thailand (ISBT),

http://www.isbt.co.th/th/faq/index.php, 26 April 2008; Islamic Bank Of Thailand (ISBT), Annual Report

2007, h. 11-13.

392

Islamic Bank Of Thailand (2003), op. cit., h. 13; Temu bual dengan TuansaleenaKubaha, Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Produk, Pejabat Induk ISBT, pada 23 April 2008, bertempat di bilik tamu Pejabat Induk ISBT, Bangkok; Islamic Bank Of Thailand (ISBT),

kegiatan pelaburan sama ada syarikat-syarikat bersekutu mahupun ekuitinya dapat menghasikan keuntungan.

3.5.5 Berdaya maju

Setiap projek pelaburan yang ingin diceburi ISBT juga akan dipastikan mempunyai daya maju dan dinamik. ISBT tidak akan menyertai sebarang pelaburan yang tidak berdaya maju dan kurang potensi. Justeru, Jabatan Perdagangan (Business

Department) akan melakukan kajian-kajian yang terperinci ke atas sesuatu projek yang

dirancang dan dicadangkan bagi memastikan ianya berdaya maju.393