• Tidak ada hasil yang ditemukan

DASAR-DASAR PERAKAUNAN YANG PENTING

Dalam dokumen Laporan Tahunan Bersepadu 2019 (Halaman 33-57)

IMBUHAN JURUAUDIT

DATO’ NOOR KAMARUL ANUAR NURUDDIN Pengarah

2. DASAR-DASAR PERAKAUNAN YANG PENTING

(a) Asas Penyediaan Penyata Kewangan

Penyata kewangan Kumpulan dan Syarikat telah disediakan selaras dengan Piawaian Pelaporan Kewangan Malaysia (MFRS), Piawaian Pelaporan Kewangan Antarabangsa dan peruntukan-peruntukan Akta Syarikat 2016, di Malaysia.

Penyata kewangan telah disediakan menurut konvensyen kos sejarah, kecuali seperti dinyatakan dalam Dasar-dasar Perakaunan yang Penting di bawah ini.

Penyediaan penyata kewangan selaras dengan MFRS, memerlukan penggunaan anggaran dan andaian perakaunan kritikal tertentu yang memberi kesan kepada amaun aset dan liabiliti yang dilaporkan, dan pendedahan aset serta liabiliti luar jangka pada tarikh penyata kewangan, dan amaun yang dilaporkan bagi hasil dan perbelanjaan sepanjang tempoh pelaporan. Para Pengarah juga perlu melaksanakan pertimbangan mereka dalam proses mengguna pakai dasar-dasar perakaunan Kumpulan dan Syarikat. Walaupun anggaran dan pertimbangan tersebut adalah berasaskan pengetahuan terbaik para Pengarah mengenai hal ehwal dan tindakan semasa, keputusan sebenar mungkin berbeza. Bidang yang melibatkan tahap pertimbangan atau kerumitan yang lebih tinggi, atau bidang di mana andaian dan anggaran adalah penting kepada penyata kewangan, adalah didedahkan dalam nota 3 kepada penyata kewangan.

(i) Piawaian baru, Interpretasi Jawatankuasa Interpretasi (IC), penambahbaikan tahunan dan pindaan kepada piawaian tersiar yang berkuat kuasa dan diterima pakai oleh Kumpulan dan Syarikat bermula tahun kewangan 1 Januari 2019

Piawaian baru, Interpretasi IC dan pindaan kepada piawaian tersiar yang bersesuaian dengan Kumpulan dan Syarikat, yang tidak diterima pakai lebih awal oleh Kumpulan dan Syarikat, adalah seperti berikut:

Berkuat kuasa bagi tempoh tahunan bermula pada atau selepas 1 Januari 2019

Pindaan kepada MFRS 3, 11, 112 dan 123 Penambahbaikan Tahunan kepada Piawaian MFRS Kitaran 2015 to 2017 Pindaan kepada MFRS 9 Ciri-ciri Bayaran Terdahulu dengan Pampasan Negatif

MFRS 16 Pajakan

Pindaan kepada MFRS 119 Pelan Pindaan, Penangguhan atau Penyelesaian (Manfaat Anggota) Pindaan kepada MFRS 128 Kepentingan Jangka Panjang dalam Syarikat-syarikat Bersekutu dan

Syarikat Usaha Sama

Interpretasi IC 23 Ketidaktentuan Terhadap Kaedah bagi Cukai Pendapatan

Penggunaan pakai piawaian baharu di atas, Interpretasi IC, penambahbaikan tahunan dan pindaan kepada piawaian yang diterbitkan tidak menimbulkan sebarang kesan material ke atas keputusan, kedudukan atau pendedahan kewangan bagi tempoh semasa atau sebelumnya atau mana-mana dasar perakaunan penting Kumpulan dan Syarikat selain MFRS 16 seperti yang dinyatakan di bawah.

MFRS 16 Pajakan

MFRS 16 “Pajakan (yang bersamaan dengan IFRS 16)” menggantikan MFRS 117, yang mana memerlukan penerima pajak kepada pajakan kendalian untuk mengiktiraf aset hak penggunaan dan liabiliti pajakan di bawah model perakaunan kunci kira-kira yang serupa dengan perakaunan pajakan kewangan semasa. Penyata kewangan dan nisbah kewangan utama Kumpulan dan Syarikat akan terjejas berikutan pengiktirafan aset dan liabiliti baharu ini, dan perbezaan masa dan klasifikasi pendapatan/perbelanjaan pajakan yang timbul daripada pengiktirafan tersebut.

Pada permulaan kontrak, Kumpulan dan Syarikat menilai sama ada sesuatu kontrak merupakan, atau mengandungi, pajakan. Kontrak adalah, atau mengandungi, pajakan jika kontrak tersebut memberi hak untuk mengawal penggunaan aset yang dikenal pasti bagi suatu tempoh masa sebagai pertukaran untuk sesuatu pertimbangan. Untuk menilai sama ada kontrak memberi hak untuk mengawal penggunaan aset yang dikenal pasti, Kumpulan dan Syarikat menilai sama ada:

• kontrak melibatkan penggunaan sesuatu aset yang dikenal pasti;

• Kumpulan dan Syarikat mempunyai hak untuk memperoleh kesemua manfaat ekonomi daripada penggunaan aset tersebut sepanjang tempoh penggunaannya; dan

• Kumpulan dan Syarikat mempunyai hak untuk mengarahkan penggunaan aset tersebut. Kumpulan dan Syarikat mempunyai hak ini apabila ia mempunyai hak membuat keputusan yang berkaitan dengan perubahan cara dan tujuan aset tersebut digunakan.

(a) Asas Penyediaan Penyata Kewangan (sambungan)

(i) Piawaian baru, Interpretasi Jawatankuasa Interpretasi (IC), penambahbaikan tahunan dan pindaan kepada piawaian tersiar yang berkuat kuasa dan diterima pakai oleh Kumpulan dan Syarikat bermula tahun kewangan 1 Januari 2019 (sambungan) MFRS 16 Pajakan (sambungan)

Pada permulaan atau penilaian semula kontrak yang mengandungi kedua-dua komponen pajakan dan bukan pajakan, Kumpulan dan Syarikat memperuntukkan pertimbangan dalam kontrak kepada setiap komponen pajakan berdasarkan harga tersendiri yang relatif.

Kumpulan dan Syarikat telah mengguna pakai MFRS 16 untuk pertama kalinya dalam penyata kewangan 2019 dengan tarikh permulaan penggunaan pada 1 Januari 2019 menggunakan pendekatan peralihan retrospektif diubah suai yang dipermudah dan oleh itu maklumat perbandingan tidak dinyatakan semula dan terus dilaporkan di bawah MFRS 117 Pajakan (MFRS 117) dan Interpretasi IC 4 Menentukan Sama ada Pengaturan Mengandungi Pajakan (IC 4). Kesan terkumpul mengguna pakai MFRS 16 bagi kontrak pajakan yang dinilai sebagai relevan kepada MFRS 16 pada 1 Januari 2019 telah diselaraskan kepada keuntungan tertahan Kumpulan dan Syarikat pada 1 Januari 2019.

Sebagai penerima pajak, Kumpulan dan Syarikat mengiktiraf aset hak penggunaan dan liabiliti pajakan pada tarikh permulaan pajakan.

Aset hak penggunaan pada mulanya diukur pada kos, yang terdiri daripada amaun permulaan liabiliti pajakan yang diselaraskan untuk sebarang pembayaran pajakan yang dibuat pada atau sebelum tarikh permulaan, ditambah dengan kos langsung awal yang ditanggung dan anggaran kos untuk melerai dan membuang aset sandaran atau untuk memulihkan aset sandaran atau tapak di mana ianya terletak, kurang sebarang insentif pajakan yang diterima.

Aset hak penggunaan kemudiannya disusut nilai menggunakan kaedah garis lurus dari tarikh permulaan kontrak hingga ke yang terdahulu di antara akhir tempoh pajakan atau penghujung hayat berguna bagi aset hak penggunaan tersebut yang ditentukan berdasarkan asas yang sama dengan hartanah, loji dan peralatan Kumpulan dan Syarikat. Aset hak penggunaan dikaji semula untuk rosot nilai di bawah MFRS 136 “Rosot Nilai Aset” pada tarikh permulaan penggunaan.

Liabiliti pajakan pada mulanya diukur pada nilai semasa pembayaran pajakan yang tidak dibayar pada tarikh permulaan, didiskaunkan menggunakan kadar faedah yang tersirat dalam pajakan atau, jika kadar itu tidak dapat ditentukan dengan mudah, kadar kenaikan pinjaman Kumpulan dan Syarikat. Pada amnya, Kumpulan dan Syarikat menggunakan kadar kenaikan pinjamannya sebagai kadar diskaun.

Seterusnya, liabiliti pajakan diukur semula apabila terdapat perubahan dalam anggaran pembayaran pajakan masa depan Kumpulan dan Syarikat yang timbul daripada perubahan keadaan yang berkaitan dengan kontrak sekiranya Kumpulan dan Syarikat menukar anggaran sama ada ia akan mengambil pilihan untuk melakukan pembelian, pelanjutan atau penamatan, atau apabila pelarasan untuk pembayaran pajakan berdasarkan indeks atau kadar berkuat kuasa.

Dalam pengukuran semula ini, pelarasan yang sepadan dibuat kepada nilai dibawa aset hak penggunaan, atau direkodkan dalam keuntungan atau kerugian jika nilai dibawa aset hak penggunaan tersebut telah dikurangkan kepada sifar.

Kumpulan dan Syarikat telah memilih untuk tidak mengiktiraf aset hak penggunaan dan liabiliti pajakan untuk sebarang pajakan jangka pendek yang mempunyai tempoh pajakan 12 bulan atau kurang pada insepsi atau pada awal penggunaan MFRS 16 dan juga aset nilai rendah. Kumpulan dan Syarikat akan mengiktiraf pembayaran pajakan berkaitan dengan pajakan yang dikecualikan ini sebagai perbelanjaan mengikut kaedah garis lurus sepanjang tempoh pajakan.

Kesan ke atas Kumpulan dan Syarikat dalam menggunakan MFRS 16 pada 1 Januari 2019 telah mengurangkan keuntungan tertahan Kumpulan dan Syarikat kerana kesan awal daripada caj faedah yang dikenakan di bawah MFRS 16 untuk pengaturan pajakan tertentu menyebabkan faedah dan caj susut nilai yang digabungkan untuk pajakan tertentu akan lebih tinggi di bahagian awal tempoh pajakan dan akan melebihi caj garis lurus bagi bayaran pajakan di bawah MFRS 117 dalam tempoh pajakan yang sama. Satu lagi kesan MFRS 16 adalah penurunan bersih dalam aset bersih semasa Kumpulan dan Syarikat disebabkan pembayaran pajakan untuk 12 bulan akan datang diiktiraf sebagai liabiliti semasa manakala aset hak penggunaan untuk pajakan operasi tersebut terus dikelaskan sebagai aset bukan semasa.

Dasar-dasar perakaunan penting baru yang timbul daripada penggunaan pakai MFRS 16 yang terpakai bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019 dan seterusnya telah dinyatakan dalam nota 2(q) kepada penyata kewangan sementara kesan kewangan dalam menggunakan piawaian-piawaian ini dan perubahan-perubahan ketara didedahkan dalam nota 54 kepada penyata kewangan.

Pada Disember 2019, Jawatankuasa Interpretasi IFRS (“IFRIC”) menerbitkan Keputusan Agenda November 2019 berkenaan dengan interaksi antara hayat berguna bagi penambahbaikan pegangan pajak yang tidak boleh ditarik balik di bawah MFRS 116 “Hartanah, Loji dan Peralatan” (“MFRS 116”) dan terma pajakan aset sandaran di bawah MFRS 16. Perkara utama dari Keputusan Agenda adalah seperti berikut:

• Kewujudan sebarang penambahbaikan pegangan pajak yang tidak boleh ditarik balik adalah kritikal dan dikaitkan dengan penaksiran tempoh penguatkuasaan untuk pajakan boleh dibatalkan atau boleh diperbaharui. Ekonomi yang lebih luas dari kontrak harus dipertimbangkan apabila menentukan tempoh penguatkuasaan pajakan.

• Sekiranya tempoh pajakan bagi pajakan yang berkaitan adalah lebih pendek daripada hayat ekonomi penambahbaikan pegangan pajak yang tidak boleh ditarik balik, penerima pajak perlu mempertimbangkan sama ada ia menjangkakan untuk menggunakan penambahbaikan pegangan pajak melebihi tempoh pajakan tersebut. IFRIC mendapati bahawa sesebuah entiti mungkin sering mencapai kesimpulan ini untuk penambahbaikan pegangan pajak di mana entiti akan menggunakan dan memanfaatkan hanya selagi ia menggunakan aset sandaran dalam pajakan.

(a) Asas Penyediaan Penyata Kewangan (sambungan)

(i) Piawaian baru, Interpretasi Jawatankuasa Interpretasi (IC), penambahbaikan tahunan dan pindaan kepada piawaian tersiar yang berkuat kuasa dan diterima pakai oleh Kumpulan dan Syarikat bermula tahun kewangan 1 Januari 2019 (sambungan) MFRS 16 Pajakan (sambungan)

Kumpulan dan Syarikat akan terus mengkaji semula tempoh pajakan dan hayat berguna aset tertentu selaras dengan Keputusan Agenda IFRIC. Memandangkan jumlah pajakan yang besar dengan terma dan syarat yang berbeza, Kumpulan dan Syarikat akan mencerminkan sebarang perubahan dasar (jika perlu) pada masa hadapan, secara retrospektif.

Piawaian Lain Berkuat kuasa 1 Januari 2019

• Pindaan kepada MFRS 3 “Kombinasi Perniagaan” dan MFRS 11 “Kepentingan yang dimiliki terdahulu dalam Operasi Bersama”

menjelaskan bahawa melalui pindaan MFRS 3 “Kombinasi Perniagaan”, apabila entiti memperoleh kawalan perniagaan yang merupakan operasi bersama, ia mengukur semula kepentingan sebelum ini di dalam perniagaan tersebut. Pindaan ke atas MFRS 11 “Pengaturan Bersama” menjelaskan bahawa apabila entiti memperoleh kawalan bersama atas perniagaan yang merupakan operasi bersama, entiti tersebut tidak mengukur semula kepentingan yang dimiliki sebelum ini dalam perniagaan itu.

• Kesan Cukai Pendapatan bagi Pembayaran untuk Instrumen Kewangan yang Dikelaskan sebagai Ekuiti (Pindaan kepada MFRS 112 “Cukai Pendapatan”) menjelaskan bahawa sebuah entiti mengiktiraf kesan cukai pendapatan bagi dividen dalam keuntungan atau kerugian kerana kesan cukai pendapatan dividen dikaitkan secara lebih langsung kepada urus niaga yang lepas berbanding dengan pengagihan kepada pemilik.

• Kos Peminjaman Layak untuk Permodalan (Pindaan kepada MFRS 123 “Kos Peminjaman”) menjelaskan bahawa apabila aset yang layak bersedia untuk penggunaan atau penjualan yang dimaksudkan, suatu entiti menggunakan kaedah di mana sebarang pinjaman tertunda yang dibuat khusus untuk memperoleh aset yang layak sebagai sebahagian daripada pinjaman umum.

• Pindaan kepada MFRS 9 “Instrumen Kewangan” memberi panduan khusus mengenai bagaimana untuk mengambil kira aset kewangan dengan ciri-ciri prabayar yang mungkin mengakibatkan pampasan negatif munasabah untuk penamatan awal.

• Pindaan kepada MFRS 119 “Manfaat Anggota” memerlukan entiti untuk menggunakan andaian aktuari yang dikemaskinikan bagi menentukan kos perkhidmatan semasa dan faedah bersih untuk baki tempoh pelaporan tahunan selepas pelan pindaan, pengurangan atau penyelesaian apabila entiti mengukur semula liabiliti manfaat (aset) bersih yang ditakrifkan. Menggunakan andaian yang dikemaskini menyediakan maklumat yang lebih berguna kepada pengguna penyata kewangan dan meningkatkan kefahaman penyata kewangan. Sebelum pindaannya, MFRS 119 tidak memerlukan entiti untuk menggunakan andaian yang dikemaskini bagi menentukan kos perkhidmatan semasa dan faedah bersih bagi tempoh di mana terdapat perubahan kepada pelan pencen faedah yang ditetapkan.

• Pindaan kepada MFRS 128 “Kepentingan Jangka panjang dalam Syarikat Bersekutu dan Usaha Sama” (berkuat kuasa pada 1 Januari 2019) menjelaskan bahawa entiti harus menggunakan MFRS 9 “Instrumen Kewangan” (termasuk keperluan rosot nilai) kepada kepentingan jangka panjang dalam syarikat bersekutu atau usaha sama, yang merupakan sebahagian daripada pelaburan bersih entiti, yang penyelesaiannya tidak dirancang dan tidak mungkin berlaku pada masa depan yang dijangka. Di samping itu, faedah jangka panjang sebegini adalah tertakluk kepada peruntukan kerugian dan keperluan rosot nilai dalam MFRS 128. Pindaan tersebut akan diguna pakai secara retrospektif.

• Interpretasi IC 23 “Ketidakpastian terhadap Pengolahan Cukai Pendapatan” menyediakan panduan mengenai cara mengiktiraf dan mengukur aset dan liabiliti cukai pendapatan tertunda dan semasa apabila terdapat ketidakpastian mengenai pengolahan cukai. Jika pegolahan cukai berkemungkinan tidak diterima oleh pihak berkuasa cukai, kesan ketidakpastian cukai harus dimasukkan dalam tempoh apabila penentuan sedemikian dibuat. Kesan ketidakpastian hendaklah diukur dengan menggunakan kaedah yang paling sesuai untuk meramalkan penyelesaian ketidakpastian tersebut.

(ii) Piawaian baru, Interpretasi Jawatankuasa Interpretasi (IC) dan pindaan kepada piawaian tersiar yang belum dikuatkuasakan dan yang tidak diterima pakai lebih awal oleh Kumpulan dan Syarikat

Berkuat kuasa bagi tempoh tahunan bermula pada atau selepas 1 Januari 2020 MFRS 2, 3, 6, 14, 101, 108, 134, 137, 138 &

Interpretasi IC 12, 14, 21, 22 and 132

Pindaan kepada Rujukan kepada Rangka Kerja Konseptual dalam Piawaian MFRS

Pindaan kepada MFRS 3 Definisi Perniagaan

Pindaan kepada MFRS 101 dan MFRS 108 Definisi Materialiti

Pindaan kepada MFRS 9, MFRS 139 & MFRS 7 Pembaharuan Penanda Aras Kadar Faedah Berkuat kuasa bagi tempoh tahunan yang akan diumumkan oleh MASB

Pindaan kepada MFRS 10 dan 128 Jualan atau Sumbangan Aset antara Pelabur dengan Syarikat Bersekutu atau Syarikat Usaha Samanya

(a) Asas Penyediaan Penyata Kewangan (sambungan)

(ii) Piawaian baru, Interpretasi Jawatankuasa Interpretasi (IC) dan pindaan kepada piawaian tersiar yang belum dikuatkuasakan dan yang tidak diterima pakai lebih awal oleh Kumpulan dan Syarikat (sambungan)

• Pindaan kepada Rujukan kepada Rangka Kerja Konseptual dalam Piawaian MFRS berkuat kuasa bagi penyata kewangan bermula 1 Januari 2020 terdiri daripada satu set konsep yang menyeluruh untuk laporan kewangan. Dirangka berdasarkan versi terdahulu, Rangka Kerja Konseptual untuk Pelaporan Kewangan yang dikeluarkan pada tahun 2011, perubahan kepada bab mengenai objektif pelaporan kewangan dan ciri-ciri kualitatif maklumat kewangan yang berguna adalah terhad, tetapi dengan penjelasan yang lebih baik untuk menyerlahkan kepentingan menyediakan maklumat yang diperlukan untuk menilai pengawasan pihak pengurusan terhadap sumber ekonomi sebuah entiti. Penambahbaikan lain bagi Rangka Kerja Konseptual yang disemak semula termasuk bab baharu mengenai pengukuran, panduan atas pelaporan prestasi kewangan, definisi dan bimbingan yang lebih baik–khususnya definisi liabiliti–dan penjelasan dalam bidang-bidang penting, seperti peranan penghematan dan ketidakpastian pengukuran dalam pelaporan kewangan.

• Pindaan kepada MFRS 3 “Kombinasi Perniagaan” mengehadkan dan menjelaskan definisi perniagaan untuk memberi tumpuan kepada barangan dan perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan, menjana pendapatan pelaburan dan pendapatan lain, dan ia tidak termasuk pulangan dalam bentuk kos yang lebih rendah dan faedah ekonomi lain. Pindaan juga menambah ujian konsentrasi pilihan yang membenarkan penilaian mudah sama ada satu set aktiviti dan aset yang diperolehi bukan perniagaan.

• Pindaan kepada MFRS 101 “Pembentangan Penyata Kewangan” dan MFRS 108 “Dasar-dasar Perakaunan, Perubahan dalam Anggaran dan Kesilapan” memperincikan definisi materialiti dengan memasukkan “mengaburkan maklumat” untuk menangani situasi di mana kesannya sama dengan meninggalkan atau menafikan maklumat tersebut. Ia juga menjelaskan bahawa entiti menilai materialiti dalam konteks penyata kewangan secara keseluruhannya. Pindaan ini selanjutnya menjelaskan maksud

“pengguna utama penyata kewangan tujuan umum” yang kepadanya penyata kewangan ditujukan, dengan mendefinisikannya sebagai “pelabur yang sedia ada dan berpotensi, peminjam dan pemiutang lain” yang harus bergantung pada penyata kewangan tujuan umum untuk kebanyakan maklumat kewangan yang mereka perlukan.

• Pindaan kepada MFRS 9 “Instrumen Kewangan”, MFRS 139 “Instrumen Kewangan: Pengiktirafan dan Pengukuran” & MFRS 7

“Instrumen Kewangan: Pendedahan” mengubahsuai beberapa keperluan perakaunan lindung nilai khusus untuk memberikan bantuan daripada potensi kesan ketidakpastian yang disebabkan oleh Pembaharuan Tanda aras Kadar Faedah. Pindaan-pindaan ini juga memerlukan syarikat-syarikat untuk memberikan maklumat tambahan kepada para pelabur tentang hubungan lindung nilai mereka, yang secara langsung dipengaruhi oleh ketidakpastian ini.

• Pindaan kepada MFRS 10 dan MFRS 128 berkenaan “Jualan atau Sumbangan Aset antara Pelabur dan Syarikat Bersekutu atau Syarikat Usaha Samanya” bertujuan untuk menangani ketidaktekalan yang diakui antara keperluan dalam MFRS 10 “Penyata Kewangan Disatukan” dan MFRS 128 “Pelaburan dalam Syarikat-syarikat Bersekutu dan Syarikat Usaha Sama”. Keuntungan atau kerugian penuh sepatutnya diiktiraf bagi kehilangan kawalan sesuatu perniagaan, sama ada perniagaan itu ditempatkan dalam sebuah anak syarikat atau tidak. Pada masa yang sama, keuntungan atau kerugian yang disebabkan oleh jualan atau sumbangan sebuah anak syarikat yang bukan suatu perniagaan seperti yang ditakrifkan dalam MFRS 3 “Kombinasi Perniagaan” kepada sesuatu syarikat bersekutu atau syarikat usaha sama hanya patut diiktiraf setakat kepentingan pelabur yang tidak berkaitan dalam syarikat bersekutu atau syarikat usaha sama itu.

Penggunaan pakai piawaian baru, Interpretasi IC, penambahbaikan tahunan dan pindaan piawaian tersiar yang bersesuaian di atas dijangka tidak mempunyai kesan ketara ke atas penyata kewangan Kumpulan atau Syarikat, kecuali untuk perubahan dari MFRS 9 dan 7 yang mana Kumpulan dan Syarikat masih menilai.

(b) Entiti-entiti Ekonomi dalam Kumpulan (i) Anak-anak Syarikat

Anak-anak syarikat merupakan kesemua entiti (termasuk entiti berstruktur) di mana Kumpulan mempunyai kawalan. Kumpulan mengawal sesebuah entiti sekiranya Kumpulan mempunyai:

• Kuasa ke atas penerima pelaburan (iaitu, hak tersedia ada yang memberikannya keupayaan semasa untuk mengarahkan aktiviti berkaitan entiti tersebut),

• Pendedahan, atau hak, kepada variasi pulangan daripada penglibatannya dengan entiti tersebut, dan

• Keupayaan menggunakan kuasa ke atas entiti tersebut bagi mempengaruhi pulangannya.

Apabila Kumpulan mempunyai kurang daripada majoriti hak mengundi atau yang serupa ke atas sesebuah entiti, Kumpulan akan mempertimbangkan kesemua fakta dan situasi yang berkaitan dalam menilai sama ada ia mempunyai kuasa ke atas entiti tersebut, termasuk:

• Pengaturan kontrak dengan pemegang undi lain entiti tersebut

• Hak yang timbul daripada pengaturan kontrak lain

• Hak mengundi dan potensi hak mengundi Kumpulan

Kumpulan menilai semula sama ada ianya mengawal atau tidak penerima pelaburan sekiranya fakta dan situasi menunjukkan bahawa terdapat perubahan dalam satu atau lebih daripada tiga elemen kawalan.

(b) Entiti-entiti Ekonomi dalam Kumpulan (sambungan) (i) Anak-anak Syarikat (sambungan)

Anak-anak syarikat disatukan menerusi kaedah perakaunan pengambilalihan, kecuali untuk kombinasi perniagaan yang melibatkan beberapa entiti atau perniagaan di bawah kawalan pihak yang sama dengan perjanjian bertarikh pada/selepas 1 Januari 2006, yang diambil kira dengan menggunakan kaedah penggabungan.

Di bawah kaedah perakaunan pengambilalihan, anak-anak syarikat disatukan sepenuhnya dari tarikh apabila kuasa mengawal dipindahkan kepada Kumpulan dan tidak disatukan dari tarikh kawalan tamat.

Pertimbangan yang dipindahkan bagi pengambilalihan sesebuah anak syarikat adalah nilai saksama aset-aset yang dipindahkan, liabiliti yang ditanggung dan kepentingan ekuiti yang diterbitkan oleh Kumpulan. Pertimbangan yang dipindahkan termasuk nilai saksama apa-apa aset atau liabiliti terhasil daripada pengaturan pertimbangan bersyarat dan nilai saksama sebarang kepentingan ekuiti sebelumnya dalam anak syarikat. Kos berkaitan pengambilalihan adalah diiktirafkan sebagai perbelanjaan mengikut jumlah yang telah dibelanjakan.

Aset-aset yang boleh dikenal pasti yang diambil alih dan liabiliti dan liabiliti luar jangka yang diambil alih dalam satu kombinasi perniagaan, dengan pengecualian terhad, pada mulanya diukur pada nilai saksama pada tarikh pengambilalihan.

Sekiranya satu kombinasi perniagaan yang dicapai secara berperingkat-peringkat, kepentingan ekuiti dalam syarikat yang diambil alih yang dipegang sebelum ini diukur semula pada nilai saksama pada tarikh pengambilalihan dan laba atau kerugian yang terhasil daripadanya diiktiraf dalam Penyata Pendapatan yang Disatukan.

Lebihan pertimbangan yang dipindahkan, amaun apa-apa kepentingan bukan mengawal dalam syarikat yang diambil alih dan nilai saksama pada tarikh pengambilalihan bagi apa-apa kepentingan ekuiti sebelumnya dalam syarikat yang diambil alih berbanding dengan nilai saksama aset bersih yang boleh dikenal pasti dicatatkan sebagai muhibah. Sekiranya ia adalah kurang daripada nilai saksama aset bersih anak syarikat yang diambil alih bagi pembelian pada harga yang murah, perbezaan diiktiraf dalam Penyata Pendapatan yang Disatukan (rujuk kepada Dasar-dasar Perakaunan yang Penting nota 2(f)(i) mengenai Muhibah).

Kepentingan bukan mengawal adalah ekuiti dalam sesebuah anak syarikat bukan milik syarikat induk secara langsung atau tidak langsung. Bagi setiap pengambilalihan, Kumpulan mengukur apa-apa kepentingan bukan mengawal dalam syarikat yang diambil alih sama ada pada nilai saksama atau pada bahagian seimbang kepentingan bukan mengawal bagi aset bersih syarikat yang diambil alih yang boleh dikenal pasti. Pada akhir tempoh pelaporan, kepentingan bukan mengawal merangkumi amaun yang dikira pada tarikh gabungan dan bahagian perubahannya dalam ekuiti anak syarikat sejak tarikh penggabungan.

Urus niaga serta baki dan keuntungan atau kerugian belum terealisasi daripada urus niaga antara syarikat-syarikat dalam Kumpulan disingkirkan. Kerugian belum terealisasi juga disingkirkan melainkan urus niaga berkenaan menunjukkan bukti rosot nilai aset yang dipindahkan. Dasar-dasar perakaunan anak-anak syarikat telah diubah di mana perlu bagi memastikan ketekalan dengan dasar-dasar perakaunan yang diterima pakai oleh Kumpulan.

Kepentingan bukan mengawal dalam keputusan dan ekuiti anak syarikat ditunjukkan secara berasingan dalam Penyata Pendapatan yang Disatukan, Penyata Pendapatan Keseluruhan, Penyata Perubahan Ekuiti dan Penyata Kedudukan Kewangan masing-masing.

Apabila Kumpulan tidak lagi menyatukan kerana hilang kawalan, sebarang kepentingan tertahan dalam entiti diukur semula pada

Apabila Kumpulan tidak lagi menyatukan kerana hilang kawalan, sebarang kepentingan tertahan dalam entiti diukur semula pada

Dalam dokumen Laporan Tahunan Bersepadu 2019 (Halaman 33-57)