6(a). SUSUT NILAI, ROSOT NILAI DAN PELUNASAN
RM (i) Penjualan/Pembelian barangan/perkhidmatan
- belum terima daripada anak-anak syarikat - - 1,255.5 1,153.9
- belum terima daripada syarikat bersekutu 17.8 39.2 17.8 39.2
- belum bayar kepada anak-anak syarikat - - 261.4 358.0
- belum bayar kepada syarikat bersekutu 0.4 0.4 0.4 0.4
(ii) Belum bayar lain
- anak-anak syarikat - - 570.1 358.2
Belum terima daripada/belum bayar kepada pihak-pihak berkaitan di atas, timbul terutamanya daripada urus niaga penjualan/
pembelian yang mempunyai tempoh kredit selama 30 hingga 90 hari. Belum terima/belum bayar tersebut adalah tidak bercagar dan tanpa faedah.
Belum bayar lain kepada anak-anak syarikat terutamanya merangkumi lebihan dana anak-anak syarikat yang diuruskan dan dilaburkan oleh Syarikat di bawah pengaturan pengoptimuman dana. Amaun ini dibayar semula mengikut permintaan dan faedah dibayar kepada anak-anak syarikat sepanjang tahun kewangan adalah antara 3.38% hingga 3.81% (2018: 3.39% hingga 3.90%).
(c) Pinjaman dan pendahuluan kepada anak-anak syarikat
Syarikat 2019
RM 2018
RM
Pada 1 Januari 0.2 1,835.9
Kesan penggunaan MFRS 9 - peningkatan peruntukan terhadap pinjaman antara syarikat dan
pendahuluan kepada anak syarikat - (621.0)
0.2 1,214.9
Pinjaman kepada anak-anak syarikat - 300.0
Pembayaran balik (nota 42) (7.6) (4.5)
Kebalikan/(Rosot nilai) ke atas pinjaman dan pendahuluan kepada anak-anak syarikat 4.0 (1,510.2)
Dikelaskan daripada belum terima lain 19.0 -
Faedah dikenakan (nota 7) 19.7 97.4
Dikelaskan semula sebagai belum terima lain (19.7) (97.4)
Pada 31 Disember (nota 28) 15.6 0.2
Peruntukan rosot nilai pinjaman dan pendahuluan kepada anak-anak syarikat
Syarikat 2019
RM 2018
RM
Pada 1 Januari 2,142.2 11.0
Kesan penggunaan MFRS 9 - peningkatan peruntukan pinjaman dan pendahuluan kepada
anak-anak syarikat - 621.0
(Kebalikan)/Rosot nilai ke atas pinjaman dan pendahuluan kepada anak-anak syarikat (4.0) 1,510.2
Pada 31 Disember (nota 4(a)) 2,138.2 2,142.2
(d) Anggota-anggota pengurusan utama
Anggota-anggota pengurusan utama adalah anggota-anggota yang berautoriti dan bertanggungjawab untuk merancang, mengarah dan mengawal aktiviti-aktiviti Kumpulan atau Syarikat sama ada secara langsung atau tidak langsung. Konsisten dengan tahun kewangan yang lepas, anggota-anggota pengurusan utama telah ditakrif sebagai para Pengarah (eksekutif dan bukan eksekutif) Syarikat dan ketua atau pegawai pengurusan kanan yang menganggotai Jawatankuasa Pengurusan masing-masing untuk Kumpulan dan Syarikat.
Apabila wujud, urus niaga pihak berkaitan juga merangkumi urus niaga dengan entiti-entiti dikawal, entiti-entiti dikawal bersama atau dipengaruhi dengan nyata sekali, secara langsung atau tidak langsung, oleh mana-mana anggota pengurusan utama atau oleh ahli keluarga mereka yang rapat.
Kumpulan Syarikat
2019 RM
2018 RM
2019 RM
2018 RM Pampasan anggota-anggota pengurusan utama@
- manfaat anggota jangka pendek
- yuran 3.1 3.0 2.4 2.4
- gaji, elaun dan bonus 14.6 8.6 14.5 8.6
- caruman kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) 1.1 1.3 1.1 1.3
- anggaran nilai wang bagi manfaat 1.4 1.1 1.4 1.1
@ Termasuk imbuhan para Pengarah (sama ada eksekutif atau sebaliknya) seperti didedahkan dalam nota 6(b) kepada penyata kewangan
Di samping itu, beberapa anggota pengurusan utama mempunyai ahli keluarga yang berkhidmat sebagai pegawai di anak-anak syarikat dengan jumlah imbuhan sebanyak RM0.5 juta (2018: RM0.3 juta).
(e) Entiti berkaitan kerajaan
Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) adalah pemegang saham utama dengan kepentingan ekuiti sebanyak 26.15% (2018: 26.21%) dan adalah pihak berkaitan Kumpulan dan Syarikat. Khazanah ialah sebuah entiti milik penuh MOF Inc, yang juga dimiliki oleh Kementerian Kewangan, sebuah kementerian di dalam Kerajaan Persekutuan Malaysia. Oleh itu, Kerajaan Malaysia dan badan-badan yang dikawal atau dikawal bersama oleh Kerajaan Malaysia juga merupakan pihak berkaitan kepada Kumpulan dan Syarikat.
Urus niaga penting secara individu yang dimeterai oleh Kumpulan dan Syarikat dengan pihak berkaitan yang dikenal pasti dan baki sepadan bagi penyediaan perkhidmatan berkaitan telekomunikasi pada tarikh pelaporan masing-masing adalah seperti berikut:
Jumlah urus niaga penting
individu Baki tertunggak yang sepadan 2019
RM
2018 RM
2019 RM
2018 RM Kumpulan
Jualan dan Belum Terima 833.9 706.6 106.2 111.2
Syarikat
Jualan dan Belum Terima 299.7 160.1 6.3 -
Kumpulan dan Syarikat juga mempunyai kontrak penting secara individu dengan entiti berkaitan Kerajaan lain di mana Kumpulan dan Syarikat telah menerima pendanaan bagi projek-projek di mana pelunasan geran kepada Penyata Pendapatan dalam tahun kewangan semasa adalah sebanyak RM385.2 juta (2018: RM306.5 juta) dengan belum terima sepadan berjumlah RM443.0 juta (2018: RM2.2 juta).
Selain daripada yang didedahkan di atas, Kumpulan dan Syarikat mempunyai urus niaga penting secara berkumpulan, tetapi bukan secara individu, dengan entiti-entiti berkaitan Kerajaan yang lain berhubung dengan penyediaan perkhidmatan berkaitan telekomunikasi serta perolehan telekomunikasi dan peralatan serta perkhidmatan berkaitan dalam urusan biasa perniagaan.
46. KOMITMEN MODAL DAN LAIN-LAIN
Kumpulan Syarikat
2019
RM 2018
RM 2019
RM 2018
RM
(a) Hartanah, loji dan peralatan
Komitmen berhubung dengan perbelanjaan yang telah dilulus
dan dikontrakkan 2,412.9 3,323.2 1,807.4 3,114.4
Kumpulan dan Syarikat 2019
RM 2018
RM
(b) Pelaburan pada nilai saksama melalui keuntungan atau kerugian (FVTPL)
Baki komitmen modal Kumpulan di Dana Pelaburan Teknologi didedahkan sebagai sebahagian
daripada Pelaburan Bukan Semasa pada FVTPL Kumpulan 66.0 78.5
(c) Projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB)
Pada 25 Julai 2008, Syarikat telah menerima Surat Keputusan (Letter of Award) daripada Kerajaan Malaysia (GoM) untuk melaksanakan projek HSBB di bawah Pengaturan Perkongsian Awam-Swasta (PPP). Perjanjian PPP ini telah dimeterai oleh GoM dan Syarikat pada 16 September 2008.
Tujuan projek HSBB ialah untuk membangun infrastruktur jalur lebar negara bagi meningkatkan penembusan jalur lebar dan persaingan negara dalam usaha menarik pelaburan asing. Projek ini melibatkan penempatan rangkaian akses, teras domestik dan rangkaian antarabangsa untuk menyediakan sambungan infrastruktur HSBB dari hujung ke hujung. Anggaran kos penyediaan ini, yang ditanggung sepanjang tempoh 10 tahun (sehingga 25 Julai 2018) diunjurkan sebanyak RM11.3 bilion. Sebagai Penaja Bersama projek ini, GoM telah bersetuju untuk membiayai sebanyak RM2.4 bilion daripada kos projek. Baki RM8.9 bilion akan ditanggung oleh Syarikat. Penyediaan kemudahan HSBB telah meliputi 1.3 juta premis dalam tahun 2012.
Di bawah persetujuan bagi projek tersebut, Syarikat telah menuntut daripada GoM lima puluh peratus (50.0%) daripada perbelanjaan modal yang ditanggung untuk projek HSBB, secara suku tahunan sepanjang tempoh unjuran selama 3.5 tahun, sehingga amaun maksimum sebanyak RM2.4 bilion.
Berhubung dengan pengaturan tersebut, Syarikat perlu memenuhi beberapa syarat tertentu untuk GoM termasuk perkongsian bahagian yang berpatutan bagi sebarang lebihan hasil sebenar dan penjimatan kos lain yang ditanggung berhubung dengan projek tersebut.
(d) Projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi Fasa 2 (HSBB2) dan Projek Jalur Lebar Pinggir Bandar (SUBB)
Pada 17 Disember 2015, Syarikat telah menandatangani dua (2) perjanjian PPP dengan GoM bagi pelaksanaan HSBB2 dan SUBB untuk menempatkan akses dan infrastruktur rangkaian teras domestik bagi menyediakan perkhidmatan infrastruktur rangkaian jalur lebar menyeluruh untuk negara.
Projek 10 tahun HSBB2 meliputi penggunaan akses tambahan dan kapasiti teras yang meliputi ibu negeri dan bandar-bandar utama terpilih di seluruh negara. Ia termasuk perancangan, reka bentuk, pelaksanaan, operasi dan penyelenggaraan rangkaian infrastruktur dan perkhidmatan HSBB.
Infrastruktur SUBB juga akan disiapkan dalam jangka masa sepuluh (10) tahun, termasuk menaik taraf jaluran tembaga sedia ada untuk menghasilkan akses jalur lebar berkelajuan tinggi sehingga 20Mbps dan sehingga 100Mbps di kawasan yang dilengkapi dengan teknologi Gentian-ke-Kediaman (FTTH), kepada lebih 420,000 premis menjelang 2019.
Jumlah kos pelaburan HSBB2 bagi tempoh sepuluh (10) tahun adalah RM1.8 bilion di mana Kerajaan akan melaburkan sebanyak RM500.0 juta manakala baki sebanyak RM1.3 bilion lagi akan dilaburkan oleh Syarikat. Jumlah kos pelaburan bagi SUBB untuk tempoh sepuluh (10) tahun adalah berjumlah RM1.6 bilion di mana Kerajaan akan melaburkan sebanyak RM600.0 juta manakala Syarikat pula melabur sebanyak RM1.0 bilion.
Berhubung dengan pengaturan tersebut, Syarikat mempunyai beberapa syarat tertentu yang perlu dilaksanakan untuk GoM termasuk pengaturan berkaitan dengan penjimatan kos yang ditanggung berhubung dengan kedua-dua projek tersebut.
Kumpulan dan Syarikat
2019 RM
2018 RM (e) Derma kepada/melalui Yayasan Telekom Malaysia
Amaun yang telah diluluskan dan terikat 27.0 20.6
Kumpulan Syarikat 2018
RM 2018
RM