Penjejakan & Keselamatan Kenderaan - Kesalahan Isnin Dis 092019 15:07:55
Melebihi Had Laju
Pesona Pelanggan Pelancongan Pintar
Parkir PIntar
Sistem Pengurusan Air Pintar
Lampu Trafik Pintar Topi Keledar Pintar
Pertanian Pintar
Geolokasi Keselamatan Zul Hisham Awam
Dalam perjalanan ke tempat kerja Geolokasi
Sistem Pengurusan Kenderaan Pintar Bilangan penumpang: 35
Destinasi: SMK TM Waktu Ketibaan: 15 minit
Sistem Pengurusan Kenderaan Pintar
• Kalendar Kewangan 1
• Prestasi Saham 2
• Maklumat Penting Kewangan Kumpulan 4
• Ringkasan Penyata Kedudukan Kewangan &
Analisis Segmen Kumpulan 6
• Prestasi Kewangan Suku Tahunan Kumpulan 9
• Ulasan Kewangan Kumpulan 10
• Penyata Nilai Tambah 15
• Pengagihan Nilai Tambah 16
• Penyata Tanggungjawab Para Pengarah 17
• Laporan Para Pengarah 18
• Penyata-penyata Pendapatan 23
• Penyata-penyata Pendapatan Keseluruhan 24
• Penyata-penyata Kedudukan Kewangan 25
• Penyata Perubahan Ekuiti yang Disatukan 26
• Penyata Perubahan Ekuiti Syarikat 28
• Penyata-penyata Aliran Tunai 30
• Nota-nota kepada Penyata Kewangan 31
• Penyata Pengarah 146
• Akuan Berkanun 146
• Laporan Juruaudit Bebas 147
• Statistik Pegangan Saham 155
• Nilai Buku Bersih Tanah & Bangunan 158
• Penggunaan Hartanah 159
#2019
26 Februari 2019
Pengumuman keputusan kewangan yang disatukan dan diaudit serta pengisytiharan dividen setingkat interim sebanyak 2.0 sen sesaham bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018.
18 Mac 2019
Tarikh kelayakan dividen setingkat interim sebanyak 2.0 sen sesaham bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018.
12 April 2019
Tarikh pembayaran dividen setingkat interim sebanyak 2.0 sen sesaham bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018.
25 April 2019
Pengeluaran Notis Mesyuarat Agung Tahunan ke-34, Laporan Tahunan Bersepadu 2018 dan Pekeliling kepada Pemegang-pemegang Saham.
29 Mei 2019
Mesyuarat Agung Tahunan ke-34 Syarikat.
30 Mei 2019
Pengumuman keputusan suku tahun pertama berakhir 31 Mac 2019 yang disatukan dan belum diaudit.
28 Ogos 2019
Pengumuman keputusan suku tahun kedua berakhir 30 Jun 2019 yang disatukan dan belum diaudit.
26 November 2019
Pengumuman keputusan suku tahun ketiga berakhir 30 September 2019 yang disatukan dan belum diaudit.
#2020
9 Mac 2020
Tarikh kelayakan dividen setingkat interim sebanyak 10.0 sen sesaham bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019.
3 April 2020
Tarikh pembayaran dividen akhir setingkat interim sebanyak 10.0 sen sesaham bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019.
21 Februari 2020
Pengumuman keputusan kewangan yang disatukan dan diaudit serta pengisytiharan dividen setingkat interim sebanyak 10.0 sen sesaham bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019.
30 April 2020
Pengeluaran Laporan Tahunan Bersepadu 2019 secara digital.
Tahun 2019
Bulan Jumlah ('000) Tertinggi (RM) Terendah (RM)
Januari 68,637 2.91 2.57
Februari 65,351 3.12 2.82
Mac 69,925 3.28 2.99
April 43,534 3.21 2.83
Mei 218,165 3.61 2.60
Jun 253,310 4.27 3.48
Julai 200,786 4.68 3.95
Ogos 132,669 4.14 3.65
September 122,784 3.76 3.37
Oktober 116,996 3.95 3.30
November 75,453 3.99 3.67
Disember 54,848 3.94 3.72
1.00
0 4.00
2.00 5.00
3.00
Harga Saham TM (RM) Jumlah Dagangan ('000)
300,000
250,000
50,000 200,000
100,000
0
Tertinggi (RM) Terendah (RM) Jumlah ('000)
150,000
Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sep Okt Nov Dis
DIVIDEN INTERIM TK2018 TARIKH KELAYAKAN: 18 MAC 19 PEMBAYARAN DIVIDEN: 2.0 SEN SESAHAM
Harga Saham TM (RM)* Indeks FBM KLCI
MODAL PASARAN & HARGA SAHAM TM
2016 2015
2017 2018
2019
7.00 6.00 5.00 4.00 3.00 2.00
1.00 0 30.00
20.00
10.00
0
Modal Pasaran (RM Bilion) Harga Saham TM (RM)
6.78 6.30 5.95
2.66 3.82
14.38 25.22
Harga Saham TM (RM)* Modal Pasaran (RM Bilion)
10.00 23.67 22.36
1,750.00 1,800.00
1,700.00
1,650.00
1,600.00
1,550.00
1,500.00
1,450.00 Indeks FBM KLCI
Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sep Okt Nov Dis
0.50 0 2.00 3.50
1.00 2.50 4.00
1.50 3.00 4.50
Harga Saham TM (RM) 5.00
TARIKH PEMBAYARAN: 12 APR 19
* Harga saham TM adalah berdasarkan pada harga tutup akhir bulan
KEPUTUSAN KENDALIAN
Hasil kendalian 11,434.2 11,819.3 12,085.1 12,060.9 11,721.6
Keuntungan sebelum cukai dan zakat 925.1 17.4 1,048.0 918.5 911.8
Keuntungan/(Kerugian) bagi tahun kewangan tersebut 557.4 (260.5) 730.5 613.4 591.8
Keuntungan milik pemegang ekuiti Syarikat 632.7 153.2 929.7 776.0 700.3
DATA UTAMA KEDUDUKAN KEWANGAN
Jumlah ekuiti pemegang saham 7,353.3 7,525.2 7,843.5 7,692.3 7,780.6
Jumlah aset 25,599.7 23,704.5 24,761.8 25,001.6 24,413.1
Jumlah peminjaman 8,733.1 8,571.3 8,150.2 8,363.3 7,583.7
Liabiliti pajakan* 1,914.1 - - - -
MAKLUMAT SAHAM Sesaham
Perolehan (asas) 16.8 sen 4.1 sen 24.7 sen 20.6 sen 18.7 sen
Dividen kasar 10.0 sen 2.0 sen 21.5 sen 21.5 sen 21.4 sen
Aset bersih 195.3 sen 200.3 sen 208.7 sen 204.7 sen 207.0 sen
Maklumat harga saham
Tinggi RM4.68 RM6.22 RM6.69 RM6.90 RM7.79
Rendah RM2.57 RM2.11 RM5.96 RM5.81 RM6.00
NISBAH KEWANGAN
Pulangan ekuiti pemegang saham 8.5% 2.0% 12.0% 10.0% 9.1%
Pulangan jumlah aset 2.2% -1.1% 3.0% 2.5% 2.4%
Nisbah hutang-kepada-ekuiti* 1.4 1.1 1.0 1.1 1.0
Liputan dividen 1.7 2.0 1.2 1.0 0.9
* Kumpulan telah menggunakan kaedah peralihan retrospektif yang diubah suai dan dipermudah untuk penggunaan permulaan MFRS 16 pada 1 Januari 2019 dan oleh demikian maklumat perbandingan tidak dinyatakan semula. Nisbah hutang-kepada-ekuiti dikira berdasarkan baki pada akhir tahun kewangan masing-masing.
JUMLAH ASET (RM Juta)
2016 2015
2019 20172018 25,001.6 24,413.1
25,599.7 24,761.823,704.5
PEMEGANG EKUITI SYARIKAT (RM Juta)
2016 2015
2019 20172018 776.0 700.3
632.7 929.7153.2
PULANGAN JUMLAH ASET (%)
2016 2015
2019 20172018 2.5 2.4
2.2 3.0-1.1
PEMEGANG SAHAM (%)
2016 2015
2019 20172018 10.0 9.1
8.5 12.02.0
JUMLAH PEMINJAMAN (RM Juta)
2016 2015
2019 20172018 8,363.3 7,583.7
8,733.1 8,150.28,571.3
SAHAM (RM Juta)
2016 2015
2019 20172018 7,692.3 7,780.6
7,353.3 7,843.57,525.2
NISBAH HUTANG-KEPADA- EKUITI
2016 2015
2019 20172018 1.1 1.0
1.4 1.01.1
2016 2015
2019 20172018 12,060.9 11,721.6
11,434.2 12,085.111,819.3
2019
RM Juta 2018
RM Juta
Aset tak ketara 493.2 490.0
Hartanah, loji dan peralatan 14,259.5 15,263.3
Aset hak penggunaan 1,115.2 -
Inventori 102.0 134.6
Belum terima perdagangan dan lain-lain 2,434.5 2,405.2
Tunai dan baki bank 4,918.4 2,826.3
Belum terima bukan semasa lain 425.0 737.7
Aset kontrak 641.6 624.5
Aset lain 1,210.3 1,222.9
Jumlah Aset 25,599.7 23,704.5
Aset tak ketara
Hartanah, loji dan peralatan Aset hak penggunaan
Inventori
Belum terima perdagangan dan lain-lain Tunai dan baki bank
Belum terima bukan semasa lain Aset kontrak
Aset lain
64.4%
2.1%
2.6%
11.9%
0.6%
1.9%
2.5%
4.4%
9.5%
19.2%
1.7%
4.7%
10.1%
3.1%
5.2%
0.4%
55.7%
2019 2018
2019
RM Juta 2018
RM Juta
Modal saham 3,698.6 3,667.1
Rizab-rizab lain (79.1) (159.3)
Keuntungan tertahan 3,733.8 4,017.4
Kepentingan bukan mengawal (800.2) (509.7)
Peminjaman 8,733.1 8,571.3
Deposit pelanggan 298.0 352.8
Liabiliti cukai tertunda 1,424.1 1,661.3
Belum bayar perdagangan dan lain-lain 3,686.8 3,631.8
Cukai dan zakat 256.5 93.0
Pendapatan tertunda 1,744.1 1,470.9
Instrumen kewangan derivatif 1.7 -
Liabiliti kontrak 987.4 907.9
Liabiliti pajakan 1,914.9 -
Jumlah Liabiliti & Ekuiti Pemegang Saham 25,599.7 23,704.5
Cukai dan zakat Pendapatan tertunda
Instrumen kewangan derivatif Liabiliti kontrak
Liabiliti pajakan Modal saham
Rizab-rizab lain Keuntungan tertahan Kepentingan bukan mengawal
Liabiliti cukai tertunda
Belum bayar perdagangan dan lain-lain
Peminjaman
Deposit pelanggan
# Kurang daripada 0.1%
3.9%
34.1%
1.2%
5.6%
14.4%
1.0%
6.8%
3.8%
7.5%
14.4%
14.6%
-0.3% -0.7%
6.2%
1.5%
2018
-2.2%
7.0%
15.3%
16.9%
15.5%
0.4%
-3.1%
2019
36.2%
#
Mengikut Segmen Perniagaan 2019
RM Juta 2018
RM Juta
unifi 313.3 (686.3)
TM ONE 995.1 1,081.2
TM GLOBAL 257.4 (214.6)
Perkhidmatan Berkongsi/Lain-lain (319.9) (55.5) Tambah/(Tolak): Penyingkiran 322.4 (60.2)
Jumlah 1,568.3 64.6
EBIT SEGMEN
*bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember
Mengikut Segmen Perniagaan
Mengikut Segmen Perniagaan
2019 RM Juta
2018 RM Juta
unifi 4,713.9 5,285.9
TM ONE 3,931.3 4,097.9
TM GLOBAL 2,306.3 1,945.4
Perkhidmatan Berkongsi/Lain-lain 482.7 490.1
Jumlah 11,434.2 11,819.3
Mengikut Lokasi Geografi 2019
RM Juta 2018
RM Juta
Malaysia 10,215.8 10,624.0
Negara-negara Lain 1,218.4 1,195.3
Jumlah 11,434.2 11,819.3
2019 2018
* EBIT diselaraskan kepada keuntungan kendalian sebelum kos pembiayaan Kumpulan yang di dalam nota 47 kepada penyata kewangan.
89.3% 89.9%
Malaysia Negara- negara Lain
10.7% 10.1%
Mengikut Lokasi Geografi
unifi TM ONE TM GLOBAL Perkhidmatan Berkongsi/
Lain-lain
41.2 % 44.7% 34.4% 34.7% 20.2% 16.5% 4.2% 4.1%
2019 2018
Mengikut Segmen Perniagaan
20.0% (1,062.4%)
unifi
63.5% 1,673.7%
TM ONE
16.4% (332.2%)
TM GLOBAL
20.5% (93.2%)
Tambah/(Tolak):
Penyingkiran (20.4%) (85.9%)
Perkhidmatan Berkongsi/
Lain-lain
2019
Suku Tahun Pertama
Suku Tahun Kedua
Suku Tahun Ketiga
Suku Tahun
Keempat Tahun
2019
Dalam RM Juta
Hasil kendalian 2,778.9 2,768.6 2,852.6 3,034.1 11,434.2
Keuntungan kendalian sebelum kos pembiayaan 505.6 265.5 417.2 111.4 1,299.7
Keuntungan sebelum cukai dan zakat 437.2 147.5 301.5 38.9 925.1
Keuntungan/(Kerugian) milik pemegang ekuiti Syarikat 308.3 114.2 261.3 (51.1) 632.7
Perolehan/(Kerugian) sesaham asas (sen) 8.2 3.0 7.0 (1.4) 16.8
Dividen sesaham (sen) - - - 10.0 10.0
2018
Suku Tahun Pertama
Suku Tahun Kedua
Suku Tahun Ketiga
Suku Tahun
Keempat Tahun
2018
Dalam RM Juta
Hasil kendalian 2,848.0 2,936.4 2,946.0 3,088.9 11,819.3
Keuntungan/(Kerugian) kendalian sebelum kos
pembiayaan 193.9 248.7 (319.8) 252.7 375.5
Keuntungan/(Kerugian) sebelum cukai dan zakat 194.2 108.4 (431.6) 146.4 17.4
Keuntungan/(Kerugian) milik pemegang ekuiti Syarikat 157.1 102.0 (175.6) 69.7 153.2
Perolehan/(Kerugian) sesaham asas (sen) 4.2 2.7 (4.7) 1.9 4.1
Dividen sesaham (sen) - - - 2.0 2.0
tradisional yang semakin menyusut, sambil pada masa yang sama membuat persiapan rapi bagi menjangkau ambang telekomunikasi yang seterusnya, iaitu 5G.
Di sebalik semua ini, kami terus berusaha memperkukuhkan asas kami, walaupun menghadapi pelbagai cabaran terutama sekali di dalam sektor runcit. Inisiatif peningkatan prestasi kami terus membuahkan hasil, terutama dari segi kos.
HASIL KENDALIAN
Selaras dengan panduan kami kepada pasaran pada awal tahun kewangan, hasil Kumpulan kami telah mengalami penurunan yang kecil iaitu sebanyak 3.3%, kepada RM11.43 bilion, dari RM11.82 bilion bagi tempoh yang sama tahun lepas. Tatkala penurunan hasil daripada segmen yang lebih tradisional, data telah menjadi pemacu hasil utama, mencatatkan peningkatan 16.9% tahun ke tahun yang terhasil daripada dorongan permintaan dalam tempoh 12 bulan yang lepas dari RM2.44 bilion pada 2018 kepada RM2.86 bilion pada 2019.
PERKHIDMATAN INTERNET DAN MULTIMEDIA
Corak perbelanjaan pengguna yang terjejas oleh keadaan ekonomi yang tidak menentu telah melahirkan pasaran yang amat peka harga. Permintaan untuk perkhidmatan internet yang bermutu tinggi pada harga yang berpatutan terus meningkat. Pada masa yang sama, perbezaan di antara talian mudah alih dan talian tetap semakin hilang di mana akses cepat dan mudah kepada internet berkelajuan tinggi menjadi lebih penting daripada pilihan teknologi. Faktor-faktor ini apabila digabungkan telah membolehkan pembekal talian mudah alih menceroboh ruang pasaran talian tetap, yang mana menyaksikan penyusutan hasil pendapatan Internet Kumpulan, dari tahun ke tahun.
Strategi yang telah dilaksanakan untuk memastikan Kumpulan kekal berdaya saing dan dapat terus memelihara asas pengguna jalur lebar kami telah melahirkan kempen-kempen seperti ®unifipaynothing pada suku keempat tahun kewangan 2019, di mana pelanggan baru dan sedia ada telah menikmati perkhidmatan unifi secara percuma sehingga tiga bulan. Ini jelas membuahkan hasil dari segi pertumbuhan asas pengguna. Berikutan kejayaan meningkatkan kelajuan perkhidmatan lebih 973,000 pengguna unifi pada setengah tahun kewangan yang pertama sebagai sebahagian daripada komitmen Kumpulan untuk memberikan perkhidmatan yang bermutu tinggi pada harga yang berpatutan, pelanggan Streamyx kami pula diberi ganjaran atas kesetiaan mereka dengan pelarasan penurunan harga yang kekal bermula September 2019 dan seterusnya.
pengguna, hasil dari perkhidmatan Internet dan multimedia Kumpulan susut kepada RM3,814.6 juta pada tahun ini, iaitu penurunan sebanyak 7.4% (RM305.3 juta) dari tahun yang sebelumnya.
Walau bagaimanapun asas pelanggan unifi kami kekal kukuh pada 1.44 juta, iaitu peningkatan 11.2% dari 1.13 juta pada tahun sebelumnya, dengan asas pelanggan jalur lebar bagi tahun kewangan berakhir berjumlah 2.18 juta.
PERKHIDMATAN DATA
Peningkatan keperluan serta penggunaan data secara keseluruhan, baik dalam segmen pengguna mahupun perusahaan, telah membolehkan perkhidmatan data berkembang dengan amat baik. Ini sekaligus telah juga mengukuhkan kedudukan Kumpulan sebagai pembekal Akses Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBA) serta perkhidmatan backhaul yang dipertingkat yang penting kepada pembekal telekomunikasi lain di Malaysia. Hasil dari perkhidmatan data telah meningkat sebanyak 16.9% (RM412.5 juta) kepada RM2,855.0 juta pada 2019 berbanding RM2,442.5 juta pada 2018. Menyumbang sebanyak 25.0% dari hasil keseluruhan Kumpulan, perkhidmatan data juga merangkumi pendapatan talian dipajak, Ethernet serta perkhidmatan IPVPN dan IP, yang memberikan perkhidmatan bukan sahaja kepada pelanggan tempatan tetapi juga pelanggan luar negara yang merupakan pemegang lesen telekomunikasi.
PERKHIDMATAN SUARA
Hasil perkhidmatan suara terus menurun akibat penggunaan yang lebih rendah - baik dari segmen pengguna perseorangan mahupun perusahaan - dan sumbangan yang lebih rendah dari TM WHOLESALE (yang sebelum ini dikenali sebagai TM GLOBAL). Dengan jumlah hasil sebanyak RM2,675.1 juta untuk tahun ini, penurunan tahun ke tahun sebanyak 11.2%
(RM337.6 juta), hasil perkhidmatan suara masih tetap merupakan salah satu sumber pendapatan utama Kumpulan, menyumbangkan 23.4% daripada hasil keseluruhan Kumpulan.
Pendapatan hasil dari perkhidmatan suara tetap utuh walaupun menghadapi pelbagai cabaran dari segi perubahan teknologi dan corak penggunaan pengguna perseorangan dan perusahaan, yang semakin mengutamakan data berbanding suara.
Hasil Kendalian (RM Juta)
3,814.6 4,119.9
Perkhidmatan Internet dan
multimedia
2,855.0 2,442.5
Perkhidmatan data
2,675.1 3,012.7
Perkhidmatan suara
1,762.1 1,957.8
Perkhidmatan berkaitan telekomunikasi lain
327.4 286.4
Perkhidmatan bukan berkaitan telekomunikasi lain
2019 2018
Menutup tahun kewangan dengan jumlah hasil sebanyak RM1,762.1 juta, hasil daripada perkhidmatan berkaitan telekomunikasi lain ini mengalami penurunan sebanyak 10.0% (RM195.7 juta) tahun ke tahun. Perbelanjaan yang cermat untuk ICT bagi Sektor Perusahaan dan Awam berterusan dari tahun 2018 hingga 2019. Dengan keadaan ekonomi dan politik negara yang semakin pulih selepas tahun 2018, Kumpulan terus mengekalkan kontrak penyelesaian ICT dan telekomunikasi penting dengan pelanggan sedia ada dan baru dengan memanfaatkan asas Kumpulan yang kukuh serta kebolehpercayaan Kumpulan dalam segmen perkhidmatan ini dengan keupayaan tanpa had untuk berkhidmat dan menyediakan penyelesaian telekomunikasi yang komprehensif kepada segmen Perusahaan dan Sektor Awam di seluruh negara. Pelaburan Kumpulan dalam infrastruktur telekomunikasi dan ICT yang termasuk Pusat Data kami, merupakan kunci kepada aspirasi untuk membina ekonomi negara berasaskan awan, penyelesaian, penyimpanan data dan aktiviti pertukaran sebagai sumber hasil baru yang berterusan bagi Kumpulan dengan potensi masa depan yang tinggi.
PERKHIDMATAN BUKAN BERKAITAN TELEKOMUNIKASI
Perkhidmatan bukan berkaitan telekomunikasi Kumpulan telah mencatatkan pertumbuhan 14.3%, iaitu hasil sebanyak RM327.4 juta pada 2019 daripada pelbagai aktiviti perniagaan melalui anak-anak syarikat dalam sektor pendidikan, pelancongan, pembangunan hartanah dan perdagangan.
Perkhidmatan ini juga menyumbang 2.9% dari jumlah hasil Kumpulan pada 2019, berbanding 2.4% pada 2018. Peningkatan dalam tahun semasa adalah terutamanya dari peningkatan dalam bahagian perkongsian Kumpulan di dalam Nilai Pembangunan Kasar (GDV) aktiviti pembangunan hartanah bersama serta aktiviti perniagaan runcit, sementara hasil dari sektor pelancongan melalui menara telekomunikasi kami iaitu Menara Kuala Lumpur, kekal kukuh tahun ke tahun.
KOS KENDALIAN
Inisiatif penambahbaikan prestasi Kumpulan yang bermula pada tahun kewangan sebelumnya, terus membuahkan hasil, terutama dari segi kos. Kos kendalian sebanyak RM10,001.6 juta pada 2019 merupakan pengurangan sebanyak 15.9% (RM1,885.0 juta) dari RM11,886.6 juta yang dicatat pada 2018. Perbelanjaan Kumpulan yang semakin teliti dan cermat sepanjang tahun kewangan menggambarkan komitmen berterusan kami terhadap usaha pengurusan kos yang akan terus menjadi keutamaan demi mengekalkan keuntungan Kumpulan di tengah-tengah pasaran telekomunikasi yang semakin berdaya saing yang kami hadapi hari ini.
Walau bagaimanapun, Kumpulan juga peka memenuhi tanggungjawab kami untuk memacu pertumbuhan perniagaan dan perkhidmatan digital negara dan terus mengalirkan pelaburan ke dalam infrastruktur telekomunikasi negara, sambil memantapkan keupayaan anggota kami melalui latihan semula dalam kemahiran digital menjelang IR4.0, teguh dalam menjadi pemboleh digital utama perniagaan dan organisasi awam untuk negara.
SUSUT NILAI, ROSOT NILAI DAN PELUNASAN
Pada tahun kewangan yang baru berakhir, Kumpulan telah mengiktiraf peruntukan sebanyak RM124.6 juta untuk rosot nilai aset rangkaian tetap berikutan pengumuman Kumpulan untuk pelarasan harga perkhidmatan Streamyx pada suku ketiga tahun kewangan. Diunjurkan berdasarkan penilaian terhadap nilai guna boleh diperoleh semula aset rangkaian yang terjejas, Kumpulan akan terus meneliti dan memantau kesan ekonomi semasa ke atas nilai aset-asetnya, termasuklah dari segi perubahan kepada penggunaan rangkaian dan perkembangan teknologi semasa, bagi menentukan sebarang pelarasan atau peruntukkan yang mungkin diperlukan dalam mencerminkan realiti industri telekomunikasi yang sangat rentan terhadap perubahan dalam penggunaan rangkaian dan teknologi terkini.
juta) lebih rendah berbanding RM3,404.8 juta yang dicatat pada 2018. Ini sebahagian besarnya disebabkan oleh kerugian rosot nilai aset rangkaian yang lebih kecil, iaitu sebanyak RM124.6 juta berbanding RM982.5 juta yang dicatat pada suku ketiga dan keempat tahun kewangan sebelumnya.
Tanpa mengambil kira kerugian rosot nilai ini, kos susut nilai, rosot nilai dan pelunasan secara amnya adalah lebih rendah, hasil daripada perbelanjaan modal (CAPEX) yang lebih rendah oleh Kumpulan pada 2019, iaitu 11.9%
daripada hasil Kumpulan berbanding 18.1% pada 2018.
PEMBAYARAN DOMESTIK, ANTARABANGSA DAN KOMISEN
Kategori kos kendalian ini terdiri terutamanya daripada pembayaran telekomunikasi dan kos pengendalian minit trafik yang digunakan dalam perkhidmatan kepada pasaran tempatan dan antarabangsa, komisen untuk ejen dan penjual semula, kos peralatan telekomunikasi dan perkhidmatan kejuruteraan untuk memenuhi kontrak Kumpulan dengan pelanggan dalam segmen Perusahaan dan Sektor Awam. Selaras dengan penyusutan hasil untuk perkhidmatan suara, Internet dan perkhidmatan lain berkaitan telekomunikasi, elemen kos Kumpulan ini yang akan meningkat atau turun dengan hasil, berkurangan sebanyak 20.3% (RM529.5 juta) bukan sahaja melalui kos dan aktiviti berkaitan jualan yang lebih rendah, tetapi juga melalui inisiatif pengurusan kos yang merangkumi usaha merasionalisasikan kos keseluruhan perkhidmatan pelanggan yang meliputi kos kandungan dan juga kos pusat panggilan pelanggan.
PENYELENGGARAAN
Sebahagian besar kos penyelenggaraan terdiri daripada kos pembaikan dan penyelenggaraan rangkaian telekomunikasi, bangunan dan premis serta sistem dan perisian Kumpulan. Elemen kos ini untuk Kumpulan telah berkurangan buat tahun kedua berturut-turut sebanyak 11.6% (RM71.0 juta) daripada RM614.5 juta pada 2018 kepada RM543.5 juta pada 2019, mencerminkan impak mapan daripada inisiatif pengoptimuman operasi yang berterusan, dipacu oleh pasukan pembangunan rangkaian dan kendalian hartanah Kumpulan. Walau bagaimanapun, dalam mengejar salah satu tonggak strategik kami iaitu membina rangkaian yang terunggul untuk pengalaman pelanggan kami, inisiatif pengoptimuman kos Kumpulan ini telah disusun untuk tetap memastikan mutu rangkaian tidak terjejas sama sekali.
BAHAN/PERALATAN PELANGGAN DAN PEMASANGAN
Kumpulan menanggung kos bagi semua peralatan yang diperlukan untuk perkhidmatan pemasangan di premis pelanggan seperti router dan modem, serta komisen berkaitan dengan setiap kontrak yang dimeterai. Di mana perlu, kos ini akan dikira sebagai modal dan dilunaskan sebagai perbelanjaan kepada penyata pendapatan sepanjang tempoh minimum kontrak yang ditandatangani dengan pelanggan masing-masing. Kekal sebagai sebahagian daripada perbelanjaan Kumpulan, iaitu sebanyak RM582.9 juta pada 2019, peningkatannya tahun ke tahun sebanyak 11.3% (RM59.1 juta) mencerminkan usaha dan tumpuan berterusan Kumpulan untuk mengembangkan asas pelanggan kami, merentasi setiap saluran perniagaan dan produk.
KERUGIAN ROSOT NILAI BERSIH KE ATAS ASET KEWANGAN DAN ASET KONTRAK
Perbelanjaan sebanyak RM37.4 juta untuk Kumpulan yang dicatat pada 2019 sebahagian besarnya merangkumi peruntukkan bagi rosot nilai baki belum terima perdagangan Kumpulan. Pengurangan sebanyak 79.6% (RM146.2 juta) berbanding dengan RM183.6 juta yang dicatat pada 2018 adalah disebabkan oleh penstabilan pemodelan kerugian kredit dijangka Kumpulan yang digunakan pada 2019 untuk menganggarkan kerugian kredit dari baki belum terima berdasarkan prestasi kredit tahun-tahun sebelumnya, susulan kepada pelaksanaan tahun pertama MFRS 9 “Instrumen Kewangan” oleh Kumpulan, pada 2018.
Pelaburan Teknologi yang telah dilabur Kumpulan sejak 2015.
KOS PEMBIAYAAN BERSIH
Kos pembiayaan bersih sejumlah RM389.6 juta pada 2019 merupakan peningkatan bersih yang kecil berbanding RM379.1 juta yang dicatat pada 2018 disebabkan oleh ketiadaan peminjaman baru atau penerbitan nota baru oleh Kumpulan sepanjang 2019, selain daripada penggunaan kemudahan jangka pendek tertentu oleh anak-anak syarikat Kumpulan yang beroperasi.
Perbelanjaan faedah yang lebih tinggi daripada peminjaman jangka pendek telah diimbangi serba sedikit melalui peningkatan pendapatan faedah daripada pelaburan Kumpulan dalam pasaran kewangan dan pendapatan tetap portfolio sekuriti, hasil daripada baki asas tunai dan bank Kumpulan yang lebih besar, iaitu RM4,918.4 juta pada 31 Disember 2019 berbanding RM2,826.3 juta pada tahun sebelumnya.
Laba bersih pertukaran asing melalui pengiraan semula peminjaman pada 2019 adalah minimal iaitu sebanyak RM1.1 juta berbanding dengan kerugian pertukaran asing sebanyak RM31.3 juta pada 2018 memandangkan hanya terdapat perubahan bersih yang kecil dalam kadar pertukaran USD/MYR antara kedua-dua tarikh akhir tahun kewangan pelaporan.
PERBELANJAAN CUKAI
Caj cukai bersih sebanyak RM367.7 juta pada 2019 berbanding dengan RM277.9 juta yang dicatatkan pada 2018 sebahagian besarnya terdiri daripada perbelanjaan cukai di peringkat Syarikat TM dan kenaikan tahun ke tahun pada kuantum mutlak yang sebahagian besarnya disebabkan oleh peningkatan prestasi kendalian pada kedua-dua tahap EBIT dan keuntungan sebelum cukai di peringkat Syarikat serta Kumpulan TM.
Walaupun kadar cukai efektif Kumpulan kekal lebih tinggi daripada kadar cukai berkanun sebanyak 24%, yang mana, seperti yang dinyatakan dalam tahun-tahun terdahulu adalah disebabkan oleh kerugian semasa dan yang dibawa ke hadapan serta elaun cukai yang tidak digunakan oleh beberapa anak syarikat, yang mana tiada aset cukai tertunda telah diiktiraf, namun jumlah yang dicatat pada 2019 adalah jauh lebih baik berbanding tahun kewangan sebelumnya, hasil peningkatan prestasi anak-anak syarikat tersebut secara keseluruhannya dari tahun ke tahun.
Kumpulan sentiasa mencari dan meneliti setiap peluang insentif cukai khusus yang tersedia daripada dasar-dasar fiskal sedia ada terutama sekali yang berkaitan dengan perbelanjaan modal yang besar yang dilaburkan Kumpulan dan komited untuk meningkatkan peranannya dalam pembangunan negara terutamanya pelaburan dalam infrastruktur telekomunikasi dalam membolehkan lonjakan negara ke dalam teknologi 5G.
Inisiatif penambahbaikan prestasi Kumpulan mula membuahkan hasil pada tahun 2019, apabila Kumpulan mencatatkan Pendapatan Sebelum Faedah dan Cukai (EBIT) yang paling tinggi dalam sejarahnya, iaitu RM1.57 bilion, atau peningkatan tahun ke tahun yang melebihi 100% pada 2019.
Ini termasuk peningkatan tahun ke tahun bagi kos tenaga kerja Kumpulan, yang sebahagian besarnya merupakan peruntukan yang dibuat pada akhir tahun 2019 bagi tabung ganjaran pekerja dalam mengiktiraf komitmen dan sumbangan daripada anggota Kumpulan yang telah memberi komitmen padu kepada semua inisiatif Kumpulan dan mengharungi segala cabaran operasi yang telah dihadapi pada tahun-tahun kewangan kebelakangan ini.
Kos keseluruhan tenaga kerja sebanyak RM2,616.5 juta (setelah ditolak kos anggota yang dipermodalkan) pada 2019 adalah 13.0% (RM300.7 juta) lebih tinggi berbanding 2018 dan merupakan 22.9% daripada hasil, berbanding 19.6% pada tahun kewangan sebelumnya.
SEWA
Pelaksanaan MFRS 16 Pajakan (MFRS 16) oleh Kumpulan bermula 1 Januari 2019 menerusi penggunaan kaedah peralihan retrospektif yang diubah suai dan dipermudah Kumpulan untuk tidak perlu menyatakan semula jumlah bandingan bagi 2018 (iaitu tempoh sebelum penggunaan MFRS baru tersebut pada 1 Januari 2019). Ini bermakna pengurangan dalam kos sewa sebanyak 91.3% (RM450.8 juta) daripada RM493.7 juta pada 2018 kepada hanya RM42.9 juta pada 2019 sebahagian besarnya adalah disebabkan oleh Kumpulan mengambil kira sewa pajakan tapak rangkaian, kapasiti rangkaian, bangunan dan premis sebagai susut nilai aset Hak Penggunaan (ROU) dan perbelanjaan faedah, dan bukan lagi sebagai sewa seperti tahun- tahun sebelumnya. Baki kos sewa yang masih dinyatakan dalam Penyata Pendapatan Kumpulan adalah pajakan aset bernilai rendah serta pajakan jangka pendek yang mana Kumpulan telah menggunakan pengecualian penggunaan sebagaimana yang dibenarkan MFRS 16.
KERUGIAN DAN LABA LAIN (BERSIH)
Kerugian dan laba lain (bersih) bagi Kumpulan menggambarkan laba dan kerugian nilai saksama terhadap instrumen kewangan yang dibawa Kumpulan dalam Penyata Kedudukan Kewangan yang Disatukan pada nilai saksama melalui keuntungan dan kerugian (FVTPL) atau pendapatan keseluruhan lain (FVOCI), di mana laba atau kerugian mengikut FVOCI dibenarkan untuk dikitar semula dan direalisasikan kepada Penyata Pendapatan Kumpulan setelah pelupusan atau penyahiktirafan instrumen kewangan tersebut.
Kerugian bersih nilai saksama RM268.6 juta yang diiktiraf di peringkat Kumpulan TM pada 2019 sebahagian besarnya merupakan kerugian nilai saksama yang diiktiraf Kumpulan sebanyak RM233.7 juta atas langganan Nota Jangka Sederhana Boleh Ubah Kumpulan (MTN Boleh Ubah) yang diterbitkan oleh kepentingan bukan mengawal salah satu anak syarikat Kumpulan. Nilai saksama MTN Boleh Ubah adalah berdasarkan baki nilai ekuiti entiti yang boleh ditukar ganti dengan MTN Boleh Ubah ini, yang boleh dilaksanakan mulai 30 September 2019.
Secara perbandingannya, laba bersih lain sebanyak RM310.9 juta yang dicatatkan pada 2018 adalah terutamanya daripada pengurangan nilai saksama RM311.0 juta liabiliti opsyen jual yang timbul daripada kewajipan Kumpulan untuk membeli saham yang dipegang oleh kepentingan bukan mengawal anak syarikat yang sama. Kewajipan ini telah diiktiraf dalam penyata kedudukan kewangan Kumpulan dari hari anak syarikat itu diperoleh dan pengurangan dalam nilai pada 2018 telah dicetuskan oleh rosot nilai aset-aset rangkaian yang diiktiraf dalam buku anak syarikat tersebut.
Kedua-dua instrumen kewangan ini telah dinyatakan dalam nota-nota yang disertakan dalam nota-nota Kumpulan kepada Penyata Kewangan yang Disatukan bagi tahun-tahun kewangan yang berkaitan dengan instrumen ini.
KEUNTUNGAN
Persaingan yang sengit dalam pasaran telekomunikasi pada 2019 serta komitmen Kumpulan untuk menyediakan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi kepada negara pada harga yang berpatutan telah membawa kepada penurunan hasil yang telah pun dijangka kami catatkan pada 2019. Walau bagaimanapun, hasil daripada pelan peningkatan prestasi berterusan yang dilaksanakan daripada 2018, Kumpulan telah berjaya memperbaiki lagi prestasi kos kendalian tahun ke tahun.
Walaupun pelarasan harga Streamyx yang dilaksanakan Kumpulan telah mengakibatkan kerugian rosot nilai ke atas aset rangkaian pada tahun ini, Kumpulan mencatatkan EBIT yang sihat dan bertambah baik berjumlah RM1,568.3 juta, berbanding dengan RM64.6 juta yang dicatatkan pada 2018.
Sehubungan itu, keuntungan sebelum cukai dan zakat Kumpulan, pada RM925.1 juta juga melonjak lebih daripada 100% lebih tinggi daripada RM17.4 juta yang dicatatkan pada 2018, manakala keuntungan milik pemegang ekuiti syarikat (PATAMI) juga meningkat beberapa kali ganda, daripada RM153.2 juta pada 2018 kepada RM632.7 juta pada 2019.
JUMLAH ASET
Kumpulan telah menutup akhir tahun kewangan dengan aset berjumlah RM25,599.7 juta berbanding dengan RM23,704.5 juta pada akhir tahun kewangan sebelumnya yang didorong oleh kenaikan bersih dalam baki tunai dan bank serta pengiktirafan aset ROU hasil daripada pelaksanaan MFRS 16, berbanding pengurangan bersih hartanah, loji dan peralatan.
HARTANAH, LOJI DAN PERALATAN
Kumpulan telah menutup tahun ini dengan baki hartanah, loji dan peralatan sebanyak RM14,259.5 juta berbanding RM15,263.3 juta pada akhir tahun 2018. Pengurangan ini mencerminkan corak perbelanjaan Kumpulan yang lebih berhati-hati pada 2019 di mana hanya RM1,362.6 juta CAPEX dibelanjakan berbanding RM2,135.7 juta pada 2018, seiring dengan penurunan hasil tahun ke tahun Kumpulan. Perbelanjaan CAPEX pada 2019 adalah pada 11.9% daripada hasil Kumpulan berbanding dengan 18.1%
pada 2018. Perbelanjaan CAPEX yang lebih berwaspada ini harus diteliti bersama dengan jangkaan pelaburan yang diperlukan untuk meletakkan TM sebagai Penyedia Infrastruktur Telekomunikasi Nasional (NTIP) bagi 5G dan pemangkin utama dalam Pelan Penyambungan dan Pemasangan Fiber Nasional (NFCP) ke arah mempercepatkan lagi pelancaran 5G melalui era baru penggunaan rangkaian 5G berkongsi.
ASET ROU
Penggunaan pakai MFRS 16 oleh Kumpulan yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2019 telah menyaksikan pengiktirafan aset ROU bernilai RM1,609.6 juta yang terdiri daripada hak bersama Kumpulan untuk menggunakan aset yang dipajak yang sebahagian besarnya terdiri daripada sewa beribu-ribu tapak penyiaran telekomunikasi di seluruh negara, kapasiti yang dikenal pasti dalam kabel dasar laut dalam dan luar negara dan pengaturan penempatan bersama di pusat data serta semua pajakan bangunan pejabat, sepanjang baki tempoh pajakan-pajakan tersebut. Aset-aset ini kemudiannya akan disusut nilai sepanjang baki tempoh pajakan masing-masing dan untuk menentukan jumlah aset yang wajar dicatat, Kumpulan telah membuat andaian-andaian yang kritikal dalam menentukan samada tempoh-tempoh pajakan terbabit akan dilanjutkan oleh Kumpulan atau tidak, mengikut penelitian setiap perjanjian pajakan satu persatu. Pada tahun kewangan berakhir, Kumpulan menutup pegangan aset ROU bernilai RM1,115.2 juta manakala perbandingan untuk 2018 tidak dinyatakan semula selaras dengan pilihan yang diambil oleh Kumpulan pada masa permulaan pelaksanaan MFRS 16 sebagaimana yang diperuntukkan dan dibenarkan oleh piawaian tersebut.
Susut nilai, rosot nilai dan
pelunasan
2,454.3 3,404.8 114.2 129.6
Litar suwa
582.9 523.8
Bahan/peralatan pelanggan dan
pemasangan
42.9 493.7
Sewa
318.6 355.4
Caruman penyediaan perkhidmatan
sejagat
859.7 906.0
Kos kendalian
lain 2,081.6 2,611.1
Pembayaran domestik dan antarabangsa dan komisen
543.5 614.5
Penyelenggaraan
37.4 183.6
Kerugian rosot nilai bersih ke atas
aset kewangan dan aset kontrak
2,616.5 2,315.8
Kos anggota
350.0 348.3
Utiliti
Keuntungan Milik Pemegang Ekuiti Syarikat (RM Juta)
Syarikat Kumpulan
632.7 153.2 644.7 (1,285.0)
2019 2018
Baki belum terima perdagangan dan lain-lain adalah sebanyak RM2,434.5 juta pada akhir 2019 berbanding dengan RM2,405.2 juta pada tahun sebelumnya.
Peningkatan kecil sebanyak RM29.3 juta ini apabila dibandingkan dengan pengurangan hasil sebanyak RM385.1 juta atau 3.3% adalah sama dengan peningkatan sebanyak 3 hari dalam Hari Akaun Belum Terima (AR).
Sejumlah besar dari baki belum terima ini merupakan akaun yang secara individunya berjumlah besar yang berkaitan dengan bil yang dikeluarkan di penghujung tahun kewangan untuk menuntut semula geran CAPEX yang berhak dituntut oleh Kumpulan ke atas perbelanjan CAPEX yang telahpun ditanggung Kumpulan pada awal tahun tersebut.
TUNAI DAN BAKI BANK
Tunai dan baki bank Kumpulan mengalami peningkatan yang ketara antara tahun laporan berakhir dengan sebanyak RM4,918.4 juta dicatatkan pada 31 Disember 2019 berbanding dengan RM2,826.3 juta pada akhir tarikh kunci kira-kira sebelumnya. Peningkatan sebanyak RM2,092.1 juta ini selari dengan pengurangan dalam perbelanjaan modal dan perbelanjaan yang lebih berhati-hati secara keseluruhannya sepanjang tahun ini, ditambah pula dengan penerimaan yang lebih baik daripada baki belum terima perdagangan serta kesan langsung daripada inisiatif pengoptimuman kos sepanjang tahun.
Tunai dan baki bank yang tersedia kepada Kumpulan pada 31 Disember 2019 adalah sebanyak RM4,786.1 juta (31 Disember 2018: RM2,756.5 juta).
INVENTORI
Inventori yang berjumlah RM102.0 juta pada akhir tahun kewangan, mengalami pengurangan sedikit berjumlah RM32.6 juta daripada RM134.6 juta pada 31 Disember 2018. Penurunan ini dapat dilihat sebahagian besarnya daripada pengurangan pemegangan peralatan telekomunikasi Kumpulan disebabkan oleh tawaran terkini produk runcit tertentu kepada pelanggan yang membolehkan kelonggaran pilihan ke atas langganan unifi TV. Ini diikuti dengan pengurangan pengeluaran peralatan premis pelanggan dan pemegangan inventori tersebut selari dengan komitmen berterusan kami kepada pelanggan dalam menyediakan jalur lebar berkelajuan tinggi pada harga yang lebih berpatutan kepada negara.
JUMLAH LIABILITI
Kumpulan telah menutup tahun kewangan berakhir dengan jumlah liabiliti sebanyak RM19,046.6 juta berbanding dengan RM16,689.0 juta yang dicatatkan pada akhir 2018.
PINJAMAN
Jumlah pinjaman Kumpulan adalah sebanyak RM8,733.1 juta pada 31 Disember 2019 berbanding dengan RM8,571.3 juta pada penghujung 2018. Peningkatan sebanyak RM161.8 juta ini berpunca daripada penggunaan kemudahan jangka pendek oleh anak-anak syarikat tanpa sebarang penerbitan sukuk di bawah program Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN) Kumpulan.
LIABILITI PAJAKAN
Penggunaan pakai MFRS 16 Kumpulan melibatkan pengiktirafan serentak liabiliti pajakan sebanyak RM2,020.4 juta bersama dengan aset ROU sebanyak RM1,609.6 juta. Liabiliti pajakan mewakili nilai semasa pajakan yang perlu dibayar oleh Kumpulan pada masa hadapan, setelah diambil kira faedah yang dikenakan kepada setiap entiti. Sejumlah RM50.0 juta juga telah dikelaskan semula daripada pinjaman, berkaitan pajakan kewangan yang telah pun diiktiraf oleh Kumpulan sebelum ini pada penyata kedudukan kewangan yang disatukan.
BELUM BAYAR PERDAGANGAN DAN LAIN-LAIN
Jumlah belum bayar perdagangan dan lain-lain Kumpulan meningkat sedikit pada RM3,686.8 juta pada 31 Disember 2019 berbanding dengan RM3,631.8 juta pada penghujung 2018. Ini sebahagiannya disebabkan oleh peruntukan yang diiktiraf dalam tahun ini berkenaan dengan penggunaan pakai MFRS 16.
EPS dan ROE 2019 2018
EPS (Sen)
4.1
16.8
ROE (%)
8.5 2.0
Kedudukan aset dan liabiliti bersih Kumpulan pada akhir tahun kewangan, berkurangan sebanyak RM171.9 juta daripada RM7,525.2 juta pada 31 Disember 2018 kepada RM7,353.3 juta pada 31 Disember 2019, walaupun Kumpulan mencatatkan PATAMI sebanyak RM632.7 juta bagi tahun kewangan berakhir, tolak RM75.2 juta peruntukan dividen pada tahun kewangan berakhir.
Pengurangan bersih ini adalah disebabkan pengurangan bersih sebanyak RM841.1 juta dalam keuntungan tertahan Kumpulan milik pemegang saham hasil daripada pelaksanaan MFRS 16 pada 1 Januari 2019. Salah satu kesan yang sudah dijangka hasil pelaksanaan MFRS 16 adalah penurunan dalam jumlah keuntungan tertahan. Dalam kes ini, ia disebabkan perbezaan antara aset ROU yang diiktiraf (setelah ditolak susut nilai terkumpul sehingga 1 Januari 2019) dan liabiliti pajakan berkaitan yang diiktiraf pada 1 Januari 2019, serta kerugian rosot nilai setelah aset ROU diiktiraf di salah satu anak syarikat Kumpulan. Hasilnya, dari segi aset bersih sesaham, Kumpulan menutup lembaran tahun ini dengan aset bersih 195.3 sen sesaham berbanding 200.3 sen sesaham pada tahun sebelumnya.
PEROLEHAN SESAHAM (EPS) DAN PULANGAN KE ATAS EKUITI (ROE) Peningkatan dalam keuntungan kendalian dan keuntungan milik pemegang saham syarikat yang dicatat Kumpulan secara keseluruhan bagi tahun 2019 telah sekali gus menghasilkan peningkatan dalam perolehan sesaham tahun ke tahun iaitu daripada 4.1 sen pada 2018 kepada 16.8 sen. Pulangan ke atas ekuiti (dikira sebagai PATAMI dibahagi purata ekuiti pemegang saham) naik daripada 2.0% pada 2018 kepada 8.5% pada 2019.
DIVIDEN
Kumpulan telah menyemak semula dasar dividennya selepas daripada tahun kewangan sebelumnya, yang menyatakan bahawa Syarikat berhasrat untuk mengagihkan dividen tahunan sebanyak di antara 40% hingga 60% daripada PATAMI yang dilaporkan. Dividen akan dibayar bergantung kepada prestasi perniagaan dan pendapatan secara keseluruhan, komitmen modal, keadaan kewangan, rizab yang boleh diagihkan dan lain-lain pertimbangan kewangan yang berkaitan.
Selaras dengan prestasi kendalian Kumpulan yang meningkat pada 2019, Lembaga Pengarah telah mengisytiharkan, pada 21 Februari 2020, dividen tunai setingkat interim terakhir sebanyak 10.0 sen sesaham bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019 (2018: dividen tunai setingkat interim sebanyak 2.0 sen sesaham). Dividen ini akan dibayar pada 3 April 2020 kepada pemegang saham yang namanya tercatat dalam Daftar Ahli dan Rekod Pendeposit pada 9 Mac 2020.
Kumpulan untuk pelaburan semula dan pertumbuhan masa hadapan.
Nilai Tambah 2019
RM Juta 2018
RM Juta
Hasil 11,434.2 11,819.3
Pembelian barangan dan perkhidmatan (4,835.9) (6,042.4)
Kesan yang timbul daripada penggunaan MFRS 16 (841.1) -
Kesan yang timbul daripada penggunaan MFRS 15 dan MFRS 9 - 61.0
Nilai tambah oleh Kumpulan 5,757.2 5,837.9
Pendapatan kendalian lain (bersih) 135.7 131.9
(Kerugian)/Laba lain (bersih) (268.6) 310.9
Pendapatan pembiayaan 146.1 102.3
Kos pembiayaan (536.8) (450.1)
Laba/(Kerugian) pertukaran asing atas peminjaman 1.1 (31.3)
Bahagian keputusan syarikat bersekutu 15.0 21.0
Nilai tambah tersedia untuk pengagihan 5,249.7 5,922.6
Pengagihan
2019 RM Juta
2018 RM Juta Kepada Anggota
Kos penggajian 2,711.4 2,439.4
Kepada Kerajaan/Agensi-agensi yang Diluluskan
Cukai dan Zakat 367.7 277.9
Kepada Pemegang Saham
Dividen 75.2 454.7
Kepentingan bukan mengawal (75.3) (413.7)
Disimpan untuk pelaburan semula dan pertumbuhan masa hadapan
Susut nilai, rosot nilai dan pelunasan 2,454.3 3,404.8
Pengurangan bersih dalam keuntungan tertahan (283.6) (240.5)
Jumlah yang diagihkan 5,249.7 5,922.6
Kepada Anggota - Kos penggajian RM2,711.4 juta
Kepada Kerajaan/Agensi-agensi yang Diluluskan - Cukai dan Zakat
RM367.7 juta
Kepada Pemegang Saham - Dividen dan kepentingan bukan mengawal -RM0.1 juta
Disimpan untuk pelaburan semula dan pertumbuhan masa hadapan - Susut nilai, rosot nilai, pelunasan dan keuntungan tertahan RM2,170.7 juta
Kepada Anggota - Kos penggajian RM2,439.4 juta
Kepada Kerajaan/Agensi-agensi yang Diluluskan - Cukai dan Zakat
RM277.9 juta
Kepada Pemegang Saham - Dividen dan kepentingan bukan mengawal RM41.0 juta
Disimpan untuk pelaburan semula dan pertumbuhan masa hadapan - Susut nilai, rosot nilai, pelunasan dan keuntungan tertahan RM3,164.3 juta
2019
2018
41.2%
53.4%
4.7%
0.7%
# Kurang daripada 0.1%
51.7%
7.0%
41.3%
#
Menurut Akta Syarikat 2016, para Pengarah perlu memastikan penyata kewangan yang disediakan pada setiap tahun kewangan mematuhi Piawaian Pelaporan Kewangan Malaysia (MFRS), Piawaian Pelaporan Kewangan Antarabangsa, Akta Syarikat 2016 dan Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama (Keperluan Penyenaraian Utama) Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa Securities). Para Pengarah adalah bertanggungjawab untuk memastikan penyata kewangan tersebut memberi gambaran yang benar dan saksama mengenai kedudukan kewangan Kumpulan dan Syarikat pada hujung tahun, serta prestasi kewangan dan aliran tunai Kumpulan dan Syarikat bagi tahun kewangan tersebut.
Dalam menyediakan penyata kewangan, para Pengarah telah:
• menerima pakai dasar-dasar perakaunan yang sewajarnya dan mengamalkannya secara berterusan;
• membuat keputusan dan anggaran yang wajar dan berhemat;
• memastikan pematuhan semua piawaian perakaunan berkaitan yang diluluskan; dan
• menyediakan penyata kewangan berdasarkan usaha perniagaan berterusan sepertimana para Pengarah menjangkakan dengan sewajarnya, setelah semakan dijalankan, bahawa Kumpulan dan Syarikat mempunyai sumber yang mencukupi untuk meneruskan operasi sedia ada dan akan datang.
Para Pengarah bertanggungjawab memastikan bahawa Kumpulan dan Syarikat menyimpan rekod-rekod perakaunan yang menunjukkan kedudukan kewangan Kumpulan dan Syarikat yang tepat, serta membolehkan para Pengarah memastikan penyata kewangan tersebut mematuhi peruntukan Akta Syarikat 2016.
Para Pengarah juga bertanggungjawab secara keseluruhan dalam mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk melindungi aset-aset Kumpulan dan Syarikat, serta mewujudkan, melaksana dan menyelenggara sistem perakaunan dan kawalan dalaman yang bersesuaian bagi mencegah dan mengenal pasti sebarang pemalsuan dan ketidakpatuhan.
AKTIVITI UTAMA
Aktiviti utama Kumpulan dan Syarikat adalah pewujudan, penyelenggaraan dan penyediaan perkhidmatan telekomunikasi dan perkhidmatan berkaitan. Butir-butir dan aktiviti utama anak-anak syarikat adalah seperti dinyatakan dalam nota 55 kepada penyata kewangan. Tiada perubahan penting dalam aktiviti utama Kumpulan dan Syarikat sepanjang tahun kewangan.
KEPUTUSAN
Keputusan operasi Kumpulan dan Syarikat bagi tahun kewangan tersebut adalah seperti berikut:
Kumpulan
RM Juta Syarikat RM Juta Keuntungan bagi tahun kewangan milik:
- pemegang ekuiti Syarikat 632.7 644.7
- kepentingan bukan mengawal (75.3) -
Keuntungan bagi tahun kewangan tersebut 557.4 644.7
Pada pendapat para Pengarah, keputusan operasi Kumpulan dan Syarikat dalam tahun kewangan tidak terjejas dengan ketara oleh sebarang perkara, urus niaga atau peristiwa penting dan berbentuk luar biasa selain daripada yang dinyatakan dalam nota 3(c), (e), (i), (j) dan nota 49(a)(i) kepada penyata kewangan.
DIVIDEN
Sejak akhir tahun kewangan yang lepas, dividen-dividen ke atas saham-saham biasa yang telah dibayar, diisytihar atau dicadangkan oleh Syarikat adalah seperti berikut:
Syarikat RM Juta (a) Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018, dividen setingkat interim sebanyak 2.0 sen sesaham telah diisytihar
pada 26 Februari 2019 dan telah dibayar pada 12 April 2019 75.2
Pada 29 Mei 2019, para Pemegang Saham telah meluluskan pembaharuan kuasa kepada Pengarah Syarikat untuk memperuntuk dan menerbitkan saham-saham biasa baharu dalam Syarikat (Saham-saham TM) selaras dengan Skim Pelaburan Semula Dividen (DRS) (seperti yang dinyatakan dalam nota 13(c) kepada penyata kewangan) pada Mesyuarat Agung Tahunan ketiga puluh empat (AGM) sehingga selesai penganjuran AGM seterusnya.
Pada 21 Februari 2020, Lembaga Pengarah telah mengisytiharkan dividen tunai setingkat interim akhir sebanyak 10.0 sen sesaham bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019. Dividen tersebut akan dibayar pada 3 April 2020 kepada para pemegang saham yang nama mereka tercatat dalam Buku Daftar Ahli dan Rekod Pendeposit pada 9 Mac 2020.
PELAN INSENTIF JANGKA PANJANG (PIJP)
Pada 29 September 2016, Syarikat telah melaksanakan PIJP bagi tempoh 10 tahun, setelah mendapat kelulusan para pemegang saham pada Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) pada 28 April 2016 dan semua kelulusan lain yang diperlukan. EGM juga telah meluluskan Undang-undang Kecil yang mentadbir PIJP tersebut.
Sepanjang tahun kewangan sehingga kini, Syarikat memberikan saham di bawah PIJP kepada anggota Syarikat dan anak-anak syarikatnya yang layak seperti yang terperinci di bawah:
Penerangan Tarikh Pemberian Tarikh Letak Hak
Jumlah saham TM yang diberikan
Harga Rujukan seunit1
(RM)
Saham Terhad (RS) 17 Jun 2019 1 Jun 2022 15,274,100 4.06
Saham Prestasi (PS) 17 Jun 2019 1 Jun 2022/1 Jun 20232 1,001,500 4.06
Saham Prestasi (PS) 20 Disember 2019 15 Disember 2022/
15 Disember 20232
1,117,800 3.86
1 Merujuk kepada penutupan harga saham pada tarikh penilaian PIJP.
2 Sekiranya metrik prestasi tidak dipenuhi dalam tempoh yang ditetapkan oleh Jawatankuasa PIJP sebagaimana yang terpakai bagi Penerima PS, satu ciri penggulungan boleh memanjangkan tempoh prestasi dan tarikh letak hak selama 1 tahun.
Penerangan bagi kedua-dua RS dan PS telah dinyatakan dalam nota 14 kepada penyata kewangan beraudit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019.
MODAL SAHAM
Saham diterbitkan berikutan PIJP
Bilangan saham biasa Syarikat meningkat sebanyak 7,742,400 semasa tahun kewangan berakhir selaras dengan peletakan hak saham daripada Saham Terhad (RS) Pelan Insentif Jangka Panjang (PIJP) yang diberikan kepada anggota pada 1 Disember 2016 seperti yang dinyatakan dalam nota 14 kepada penyata kewangan beraudit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019.
Bilangan saham biasa Syarikat adalah 3,765,677,223 pada 31 Disember 2019.
Saham diterbitkan berikutan DRS
Syarikat akan mendapatkan kelulusan para pemegang saham pada Mesyuarat Agung Tahunan ketiga puluh lima (AGM ke-35) akan datang bagi memperbaharui kuasa para Pengarah Syarikat untuk memperuntuk dan menerbitkan Saham-saham baru TM di bawah DRS serta kelulusan Bursa Securities bagi penyenaraian dan sebut harga Saham-saham baru TM tersebut.
Tiada saham baharu diterbitkan berikutan DRS sepanjang tahun kewangan kerana DRS tersebut tidak terpakai kepada sebarang dividen yang diperuntukkan sepanjang tahun kewangan.
PERGERAKAN RIZAB DAN PERUNTUKAN
Kesemua pindahan penting kepada atau daripada rizab atau peruntukan sepanjang tahun kewangan telah didedahkan dalam penyata kewangan.
MAKLUMAT BERKANUN LAIN
Sebelum penyata kewangan Kumpulan dan Syarikat disediakan, para Pengarah telah mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk:
(a) menentukan bahawa tindakan yang betul telah diambil berhubung dengan penghapusan kira hutang lapuk dan peruntukan bagi hutang ragu, dan telah berpuas hati bahawa kesemua hutang lapuk yang diketahui telah dihapus kira dan peruntukan secukupnya telah dibuat untuk hutang ragu; dan (b) memastikan bahawa sebarang aset semasa yang mungkin tidak dapat direalisasikan secara urusan biasa perniagaan termasuk nilai aset semasa seperti yang ditunjukkan dalam rekod perakaunan Kumpulan dan Syarikat telah diturunkan kepada jumlah aset semasa yang dijangka dapat direalisasikan.
Pada tarikh laporan ini, para Pengarah tidak mengetahui akan adanya sebarang keadaan:
(a) yang boleh menyebabkan jumlah yang dihapus kira untuk hutang lapuk atau jumlah yang diperuntukkan bagi hutang ragu dalam penyata kewangan Kumpulan dan Syarikat jauh tidak mencukupi; atau
(b) yang boleh menyebabkan nilai aset semasa dalam penyata kewangan Kumpulan dan Syarikat mengelirukan; atau
(c) yang telah timbul yang boleh menyebabkan kepatuhan kepada kaedah sedia ada bagi penilaian aset atau liabiliti Kumpulan dan Syarikat mengelirukan atau tidak wajar.
Pada tarikh laporan ini terdapat:
(a) tiada caj ke atas aset Kumpulan dan Syarikat yang telah timbul sejak akhir tahun kewangan yang menjamin liabiliti mana-mana orang lain; dan (b) tiada liabiliti luar jangka dalam Kumpulan dan Syarikat yang telah timbul sejak akhir tahun kewangan.
Tiada liabiliti luar jangka atau liabiliti lain milik mana-mana syarikat dalam Kumpulan telah dikuatkuasakan atau berkemungkinan akan dikuatkuasakan dalam tempoh dua belas bulan selepas akhir tahun kewangan yang, pada pendapat para Pengarah, akan atau mungkin menjejaskan keupayaan Kumpulan atau Syarikat untuk memenuhi segala kewajipan apabila tiba masanya.
Pada tarikh laporan ini, para Pengarah tidak mengetahui akan adanya sebarang keadaan yang tidak diambil kira dalam laporan ini atau dalam penyata kewangan Kumpulan dan Syarikat, yang boleh menyebabkan mana-mana amaun yang dinyatakan dalam penyata kewangan mengelirukan.
Pada pendapat para Pengarah:
(a) keputusan operasi Kumpulan dan Syarikat sepanjang tahun kewangan tidak terjejas dengan ketara oleh sebarang perkara, urus niaga atau peristiwa yang bersifat material dan luar biasa selain daripada yang telah dinyatakan dalam nota 3(c), (e), (i), (j) dan nota 49(a)(i) kepada penyata kewangan; dan
(b) tidak timbul dalam selang antara akhir tahun kewangan dan tarikh laporan ini sebarang perkara, urus niaga atau peristiwa yang bersifat material dan luar biasa yang mungkin menjejaskan dengan ketara mana-mana hasil operasi Kumpulan dan Syarikat untuk tahun kewangan di mana laporan ini dibuat.
PARA PENGARAH
Para Pengarah yang berkhidmat sejak tarikh laporan yang lepas dan sepanjang tempoh dari akhir tahun kewangan hingga tarikh laporan adalah:
Para Pengarah Para Pengarah Gantian
Rosli Man
Dato’ Noor Kamarul Anuar Nuruddin [Dilantik pada 13 Jun 2019]
Dato’ Asri Hamidin @ Hamidon Iszad Jeffri Ismail
[Dilantik pada 5 Disember 2019]
Faisal @ Pisal Abdul Ghani
[Berhenti sebagai pengarah gantian pada 26 Ogos 2019]
Dato’ Mohamed Nasri Sallehuddin [Dilantik pada 26 Ogos 2019]
Dato’ Mohd Naim Daruwish Datuk Zalekha Hassan
Tunku Afwida Tunku Dato’ A.Malek Balasingham A. Namasiwayam Hisham Zainal Mokhtar Suhendran Sockanathan Dato’ Ibrahim Marsidi [Dilantik pada 12 Jun 2019]
Datuk Bazlan Osman
[Berhenti pada 28 Februari 2019]
Gee Siew Yoong
[Bersara pada 29 Mei 2019]
Dr Farid Mohamed Sani [Berhenti pada 26 Ogos 2019]
Berikutan Fasal 106(2) Perlembagaan Syarikat, para Pengarah berikut yang dilantik sebagai Pengarah Syarikat pada tahun semasa, akan bersara pada AGM ke-35 Syarikat akan datang dan kerana layak, menawarkan diri mereka untuk dipilih semula:
(i) Dato’ Noor Kamarul Anuar Nuruddin (ii) Dato’ Mohamed Nasri Sallehuddin; dan (iii) Dato’ Ibrahim Marsidi.
Berikutan Fasal 112 Perlembagaan Syarikat, para Pengarah berikut akan bersara mengikut giliran daripada Lembaga Pengarah pada AGM ke-35 Syarikat akan datang dan kerana layak, menawarkan diri mereka untuk dipilih semula:
(i) Tunku Afwida Tunku Dato’ A.Malek; dan (ii) Balasingham A. Namasiwayam
Datuk Zalekha Hassan yang juga bersara mengikut giliran berikutan Seksyen 112, tidak akan mendapatkan pemilihan semula dan oleh itu akan bersara sebagai Pengarah Syarikat apabila tamatnya AGM ke-35 Syarikat.
KEPENTINGAN PARA PENGARAH DALAM SAHAM
Selaras dengan Daftar Pemegangan Saham Pengarah yang dikehendaki disimpan di bawah Seksyen 59 Akta Syarikat 2016, tiada Pengarah yang memegang jawatan pada akhir tahun kewangan memegang sebarang saham dalam Syarikat, sepanjang tahun kewangan kecuali yang berikut
Kepentingan
Bilangan saham biasa Baki pada
1.1.2019/
Pada Tarikh
Pelantikan Diperoleh Dihapus Baki
31.12.2019
Rosli Man* Tidak Langsung 3,000 #700 - 3,700
Dato’ Noor Kamarul Anuar Nuruddin Langsung - 170,000 - 170,000
Balasingham A. Namasiwayam Langsung 16,013 - - 16,013
* Kepentingan tidak langsung melalui pegangan anak lelaki, Mohd Azizi Rosli (seorang anggota TM).
# 700 saham yang diperoleh telah diletakkan hak daripada PIJP yang diberikan pada 1 Disember 2016.
Selaras dengan Daftar Pemegangan Saham Pengarah, tiada seorang pun Pengarah lain yang memegang jawatan pada akhir tahun kewangan, mempunyai sebarang kepentingan langsung atau tidak langsung dalam saham Syarikat dan syarikat-syarikat berkaitan dengannya sepanjang tahun kewangan.
Tiada seorang pun Pengarah yang berkhidmat pada akhir tahun kewangan telah diberikan sebarang unit saham di bawah PIJP Kumpulan dan Syarikat seperti yang dinyatakan dalam nota 14 kepada penyata kewangan kecuali yang berikut:
Kepentingan
Tarikh Pemberian
Jenis Pemberian
Baki pada
1.1.2019 Pemberian Letak Hak Luput
Baki pada 31.12.2019 Rosli Man* Tidak
Langsung
1 Disember 2016 RS 700 - (700) - -
1 Jun 2017 RS 700 - - - 700
17 Jun 2019 RS - 1,100 - - 1,100
* Kepentingan tidak langsung melalui pegangan anak lelaki, Mohd Azizi Rosli (seorang anggota TM).
Sejak akhir tahun kewangan yang lepas, tiada seorang pun Pengarah telah menerima atau berhak untuk menerima sebarang manfaat (kecuali yuran Pengarah, imbuhan dan emolumen lain seperti yang dinyatakan dalam nota 6(b) kepada penyata kewangan) disebabkan suatu kontrak yang dibuat oleh Syarikat atau syarikat berkaitan dengan Pengarah atau dengan sebuah firma yang mana beliau adalah seorang ahli atau dengan syarikat di mana beliau mempunyai kepentingan kewangan yang besar dan apa jua manfaat yang dianggap telah diterima oleh para Pengarah tertentu, kecuali para Pengarah tertentu tersebut juga menerima imbuhan daripada syarikat-syarikat berkaitan.
Sama ada pada bila-bila masa sepanjang tahun kewangan ataupun pada akhir tahun kewangan, Syarikat atau mana-mana syarikat berkaitan dengannya tidak menjadi pihak kepada sebarang persetujuan yang matlamatnya membolehkan para Pengarah mendapat manfaat dengan cara pemerolehan saham, atau debentur Syarikat atau mana-mana badan korporat yang lain.
Para Pengarah dan Pegawai Kumpulan dan Syarikat dilindungi oleh insuran liabiliti para Pengarah dan Pegawai yang ditanggung semasa menjalankan tugas mereka, dengan syarat mereka tidak bertindak secara salah atau tidak jujur atau memperoleh sebarang keuntungan atau kelebihan peribadi. Premium insuran yang dibayar pada tahun kewangan berjumlah RM0.2 juta.
ULASAN PERNIAGAAN
Ulasan perniagaan untuk Kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019 dan prospek untuk tahun kewangan yang akan datang telah dinyatakan dalam bahagian Perbincangan dan Analisis Pengurusan yang terkandung di dalam Laporan Tahunan Bersepadu Kumpulan dan Syarikat bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019.
IMBUHAN JURUAUDIT
Butiran imbuhan juruaudit dinyatakan dalam nota 6(b) kepada penyata kewangan.
JURUAUDIT
Juruaudit, Tetuan PricewaterhouseCoopers PLT (LLP0014401-LCA & AF 1146), telah menyatakan kesanggupan mereka untuk menerima pelantikan semula sebagai juruaudit.
Selaras dengan resolusi Lembaga Pengarah bertarikh 21 Februari 2020.
ROSLI MAN Pengarah
DATO’ NOOR KAMARUL ANUAR NURUDDIN Pengarah
Semua amaun adalah dalam juta kecuali dinyatakan sebaliknya Nota
2019 RM
2018 RM
2019 RM
2018 RM
HASIL KENDALIAN 5 11,434.2 11,819.3 10,221.3 10,524.9
KOS KENDALIAN
- susut nilai, rosot nilai dan pelunasan 6(a) (2,454.3) (3,404.8) (2,212.3) (2,278.7) - kerugian rosot nilai bersih ke atas aset kewangan dan aset kontrak (37.4) (183.6) (479.0) (2,067.3)
- kos kendalian lain 6(b) (7,509.9) (8,298.2) (6,553.7) (7,328.5)
PENDAPATAN KENDALIAN LAIN (bersih) 7 135.7 131.9 313.0 429.9
(KERUGIAN)/LABA LAIN (bersih) 8 (268.6) 310.9 (34.9) (0.1)
KEUNTUNGAN/(KERUGIAN) KENDALIAN SEBELUM KOS PEMBIAYAAN 1,299.7 375.5 1,254.4 (719.8)
PENDAPATAN PEMBIAYAAN 146.1 102.3 144.3 95.7
KOS PEMBIAYAAN (536.8) (450.1) (467.2) (420.9)
LABA/(KERUGIAN) PERTUKARAN ASING ATAS PEMINJAMAN 1.1 (31.3) 1.6 (31.8)
KOS PEMBIAYAAN BERSIH 9 (389.6) (379.1) (321.3) (357.0)
SYARIKAT BERSEKUTU
- bahagian keputusan (selepas ditolak cukai) 29 15.0 21.0 - -
KEUNTUNGAN/(KERUGIAN) SEBELUM CUKAI DAN ZAKAT 925.1 17.4 933.1 (1,076.8)
CUKAI DAN ZAKAT 10 (367.7) (277.9) (288.4) (208.2)
KEUNTUNGAN/(KERUGIAN) BAGI TAHUN KEWANGAN TERSEBUT 557.4 (260.5) 644.7 (1,285.0)
MILIK:
- pemegang ekuiti Syarikat 632.7 153.2 644.7 (1,285.0)
- kepentingan bukan mengawal (75.3) (413.7) - -
KEUNTUNGAN/(KERUGIAN) BAGI TAHUN KEWANGAN TERSEBUT 557.4 (260.5) 644.7 (1,285.0)
PEROLEHAN SESAHAM (sen)
- asas 11 16.8 4.1
- dicairkan 11 16.7 4.1
Penyata-penyata Pendapatan di atas perlu dibaca dengan Nota-nota kepada Penyata Kewangan di muka surat 31 hingga 145.
Laporan Juruaudit Bebas – Muka surat 147 hingga 154.
Semua amaun adalah dalam juta kecuali dinyatakan sebaliknya Nota RM RM RM RM
KEUNTUNGAN/(KERUGIAN) BAGI TAHUN KEWANGAN TERSEBUT 557.4 (260.5) 644.7 (1,285.0)
PENDAPATAN KESELURUHAN LAIN
Perkara yang tidak akan dikelaskan semula kemudian kepada penyata pendapatan:
- pengurangan dalam nilai saksama bagi pelaburan ekuiti pada
nilai saksama melalui pendapatan keseluruhan lain (FVOCI) (8.2) (11.2) (8.2) (11.2) Perkara yang mungkin akan dikelaskan semula kemudian
kepada penyata pendapatan:
- pertambahan/(pengurangan) dalam nilai saksama bagi pelaburan pada nilai saksama melalui pendapatan
keseluruhan lain (FVOCI) 2.8 (0.2) 2.8 (0.2)
- pelarasan pengelasan semula berhubung dengan pelupusan
pelaburan FVOCI 8 (1.2) (0.1) (1.2) (0.1)
- pertambahan dalam nilai saksama bagi belum terima pada FVOCI 19.9 3.7 19.9 3.7 - lindung nilai aliran tunai:
- (pengurangan)/pertambahan dalam nilai saksama bagi
lindung nilai aliran tunai 20 (12.1) 39.4 (12.1) 39.4
- perubahan dalam nilai saksama yang berasaskan mata wang 20 10.0 (51.5) 10.0 (51.5) - pengelasan semula kepada laba/(kerugian) pertukaran
asing atas peminjaman 9 1.2 (17.1) 1.2 (17.1)
- lindung nilai saksama:
- pertambahan dalam nilai saksama bagi lindung nilai saksama 20 - 1.5 - 1.5
- perbezaan terjemahan mata wang
- anak-anak syarikat 62.6 (58.6) - -
- syarikat bersekutu 0.2 0.2 - -
Pendapatan/(Kerugian) keseluruhan lain bagi tahun kewangan
tersebut 75.2 (93.9) 12.4 (35.5)
JUMLAH PENDAPATAN/(KERUGIAN) KESELURUHAN BAGI TAHUN
KEWANGAN TERSEBUT 632.6 (354.4) 657.1 (1,320.5)
MILIK:
- pemegang ekuiti Syarikat 707.9 59.3 657.1 (1,320.5)
- kepentingan bukan mengawal (75.3) (413.7) - -
JUMLAH PENDAPATAN/(KERUGIAN) KESELURUHAN BAGI TAHUN
KEWANGAN TERSEBUT 632.6 (354.4) 657.1 (1,320.5)
Penyata-penyata Pendapatan Keseluruhan di atas perlu dibaca dengan Nota-nota kepada Penyata Kewangan di muka surat 31 hingga 145.
Laporan Juruaudit Bebas – Muka surat 147 hingga 154.